You are on page 1of 10

3.

2 Situasi 2

Cikgu Taufik yang mengajar kelas tahun 5 Lily mendapati seorang murid
bernama Edra agak lemah dalam Bahasa Inggeris. Dia tidak bersedia mengikuti sesi
pembelajaran kerana sering tidak membawa buku teks,jarang menyiapkan kerja
rumah dan bersifat pasif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Edra suka
melepak bersama-sama rakan-rakan sehingga larut malam. Ibunya baru meninggal
dunia dan ayahnya berkerja sambilan sebagai pengawal keselamatan dari pukul
7.00 malam sehingga 7.00 pagi.

Berdasarkan situasi yang kedua ini, terdapat beberapa masalah yang dapat
dikesan. Antara masalah yang dapat dilihat di dalam situasi ini adalah seorang murid
bernama Edra agak lemah dalam Bahasa Inggeris. Dia tidak bersedia mengikuti sesi
pembelajaran semasa di dalam kelas. Dia juga sering tidak membawa buku teks dan
jarang menyiapkan kerja rumah serta bersifat pasif semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Edra suka melepak bersama-sama rakan-rakan sehingga larut
malam. Kesemua masalah ini mungkin berlaku akibat daripada dirinya yang baru
sahaja kehilangan ibunya. Manakala ayahnya pula terpaksa berkerja sambilan pada
waktu malam untuk menyara keluarganya.

3.2.1 Model Akibat Logikal Asertif

Setelah berbincang dan menganalisis masalah-masalah yang timbul ini, kami


dapati terdapat beberapa model pengurusan disiplin yang boleh digunakan oleh
Cikgu Taufik bagi menyelesaikan situasi ini. Bagi masalah Edra yang sering tidak
membawa buku teks, jarang menyiapkan kerja rumahnya serta pasif semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dijalankan, Cikgu Taufik boleh menggunakan Model
Akibat Logikal yang dipelopori oleh Rudolf Dreikurs (1897-1972).

“Model Akibat Logikal yang juga dikenali sebagai Model Disiplin Sosial
ini secara amnya berasaskan empat asas Teori Sosial Adler iaitu manusia
adalah makhluk sosial dan motivasi asas mereka ialah ingin dimiliki atau
menjadi ahli atau anggota sesuatu kelompok, kesemua tingkah laku adalah
bersebab, manusia adalah organisme yang berupaya membuat keputusan, dan
realiti dipersepsikan oleh manusia. Oleh itu boleh berlaku salah tanggapan
atau bias.”

(Choong Lean Keow,2009, Siri Pendidikan Guru, Pengurusan Bilik Darjah


dan Tingkah Laku,m/s 88)

Berdasarkan salah satu premis yang telah dinyatakan di dalam Teori Sosial
Adler ini iaitu kesemua tingkah laku adalah bersebab, premis ini jelas
membuktikan bahawa Cikgu Taufik boleh malakukan perkara yang sama
sepertimana yang ditekankan dalam Model Akibat Logikal Dreikurs ini iaitu seorang
guru perlu mengenal pasti punca salah laku seseorang murid itu terlebih dahulu,
kemudian barulah bertindak.

Untuk mengatasi masalah ini Cikgu Taufik boleh menggunakan lima langkah
yang disyorkan berdasarkan Model Akibat Logikal Dreikurs. Langkah yang pertama
Cikgu taufik perlu berusaha mengenal pasti matlamat atau motif tersilap
muridnya. Untuk mengenal pasti motif Edra ini, Cikgu Taufik boleh memberi
perhatian kepada tindak balas Edra terhadap tingkah laku buruknya itu. Cikgu Taufik
boleh melihat tindak balas Edra melalui pertanyaan setiap kali masuk ke kelas.
Contoh pertanyaan seperti “siapa yang tidak membawa buku teks hari ini?” dan
“siapa yang tidak menyiapkan latihan yang telah saya berikan semalam?”. Jawapan
yang diberikan murid adalah tindak balas yang perlu diperhatikan oleh Cikgu Taufik.
Sekiranya Edra sering tidak membawa buku teks dan tidak menyiapkan kerja rumah
tetapi memberikan alasan yang tidak munasabah, ini bermakna Edra sememangnya
didorong oleh motif untuk mendapatkan perhatian cikgunya itu.

Menurut Choong Lean Keow, di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru


Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku pada halaman 89, salah satu
tingkah laku bermasalah murid mengikut motif mendapatkan perhatian adalah
malas membuat kerja. Oleh hal yang demikian, dalam situasi Edra ini, dia mungkin
cuba untuk mendapat perhatian gurunyansemasa di dalam bilik darjah dengan
membuat keputusan menggunakan cara yang salah bagi memenuhi keperluan
tersebut. Edra mungkin cuba menarik perhatian Cikgu Taufik dengan tidak
membawa buku teks dan tidak menyiapkan kerja rumah.
Dalam langkah yang kedua, Cikgu Taufik perlu membantu Edra
memahami motifnya melakukan tingkah laku bermasalah itu. Cikgu Taufik boleh
menanyakan soalan seperti “adakah awak mahu cikgu memberi lebih perhatian
kepada awak?” atau “adakah awak cuba menunjukkan bahawa saya tidak boleh
memaksa awak melakukan kerja rumah ini?” secara individual. Dengan cara ini,
Cikgu Taufik mampu menyedarkan Edra bahawa dia telah meletakkan sasaran
matlamat yang salah. Namun, tindakan Cikgu taufik ini sebenarnya lebih kepada
perbincangan dan ini sedikit pun tidak akan menjadikan Edra merasa dirinya
diancam atau dimarahi. Hal ini sedikit sebanyak akan menyedarkan Edra bahawa
tindakan yang dilakukannya sebelum ini adalah salah.

Dalam langkah ketiga Cikgu Taufik perlu membantu Edra menggantikan


matlamatnya yang salah kepada matlamat yang betul. Cikgu Taufik boleh
menggunakan beberapa teknik yang disyorkan berdasarkan Model Akibat Logikal
Dreikurs ini. Salah satu teknik dalam yang boleh digunakan oleh Cikgu Taufik
ialah mengiktirafkan tingkah laku bermasalah Edra dengan menyerapkannya
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Sebagai contoh, Cikgu Taufik ingin mengajar karangan yang berkenaan


dengan kepatuhan pada hari tersebut. Cikgu Taufik meminta murid di dalam kelas 5
Lily yang tidak membawa buku teks berdiri di hadapan kelas. Kemudian, Cikgu
Taufik menjadikan murid yang tidak membawa buku sebagai contoh untuk tajuk
kepatuhan itu dengan menggunakan kenyataan seperti dialog ini. “Apa yang anda
semua faham tentang kepatuhan? Cuba lihat murid-murid yang tidak membawa buku
teks di hadapan ini. Contohnya, hari ini saya mengarahkan mereka supaya
membawa buku teks pada kelas yang berikutnya.

Sekiranya mereka mengikut arahan saya ini, maka mereka bakal menjadi
murid yang paling mendengar arahan dan patuh di masa akan datang. Itu lah yang
dikatakan dengan kepatuhan.” Setelah memberi contoh tersebut, Cikgu Taufik,
meminta murid yang tidak membawa buku teks duduk di tempat masing-masing.
Seterusnya, Cikgu Taufik menghuraikan tentang kepentingan sifat patuh dan
meminta muridnya menulis sebuah karangan tentang kepatuhan.

Berdasarkan contoh yang diberikan, Cikgu Taufik secara tidak langsung telah
mengiktiraf tingkah laku bermasalah Edra semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran pada hari tersebut. Walaupun sebenarnya Cikgu Taufik ingin mengajar
tajuk yang berkaitan dengan kepatuhan dan karangan, tetapi sekali gus dia dapat
menegur Edra supaya membawa buku teks untuk kelas yang seterusnya. Walaupun
teguran diberikan secara terbuka, namun sebenarnya Cikgu Taufik dapat memupuk
sifat tanggungjawab Edra terhadap tindakan dan pilihan tingkah laku yang
sebaiknya. Dengan ini, Cikgu Taufik telah memberikan ruang Edra berfikir dan
memilih tindakan yang terbaik yang patut dilakukannya sama ada membawa buku
dan akibatnya yang bakal diperolehinya adalah menjadi pelajar yang patuh atau tidak
membawa buku dan memperoleh akibat yang sebaliknya.

Untuk masalah Edra yang sering tidak menyiapkan kerja rumah pula, Cikgu
Taufik boleh menggunakan teknik yang berbeza dari teknik tadi iaitu dengan teknik
mengiktiraf tingkah laku yang baik dengan ucapan seperti tahniah dan terima
kasih. Sebagai contoh, jika Edra tidak menyiapkan kerja rumahnya yang diberikan
sehari sebelum Cikgu Taufik masuk ke kelasnya, Cikgu Taufik boleh menggunakan
teknik ini dengan meminta Edra berjanji untuk menyiapkan kerja tersebut dalam
masa yang tertentu dan menghantarnya sebelum pulang. Sekiranya Edra bersetuju,
Cikgu Taufik boleh mengucapkan terima kasih kerana memberikan kerjasama.

Kemudian, setelah Edra telah menghantar kerja rumahnya, Cikgu Taufik boleh
mengucapkan tahniah dan memuji Edra seperti menyatakan bahawa dia murid yang
boleh mengikut arahan. Cikgu Taufik boleh mengambil kesempatan itu untuk
menasihatkannya supaya menyiapkan kerja yang diberikan selepas itu mengikut
masa yang ditetapkan.Dengan kedua-dua teknik ini, Edra akan lebih merasa dirinya
diberi perhatian. Oleh itu, Edra mungkin akan berubah kepada bertingkah laku yang
lebih positif. Edra akan rasa lebih selesa berada di dalam kelas kerana dirinya
merasai dia tidak dipinggirkan walaupun dia mungkin lemah dalam subjek-subjek
tertentu.

Cikgu Taufik juga boleh menyelesaikan masalah Edra yang pasif semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan menggunakan Model Akibat
Logikal Dreikurs ini. Seperti kedua-dua masalah diatas juga, Cikgu Taufik perlu
mengenal pasti motif salah laku Edra ini terlebih dahulu.
“Motif menunjukkan kekurangan ialah langkah terakhir yang diambil oleh
murid untuk mendapatkan pengiktirafan diri di dalam bilik darjah. Murid yang
gagal mendapatkan pengiktirafan melalui motif-motif yang sebelumnya
(mendapatkan perhatian, mencabar kuasa, membalas dendam) mungkin akan
bertindak menunjukkan dirinya seorang yang lemah dan tidak upaya.”

(Haliza Hamzah, Joey Nesamalar Samuel,2008. Siri Pendidikan Guru,


Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku)

Berdasarkan pernyataan di atas, ini jelas menunjukkan bahawa Edra


bertindak pasif dalam setiap aktiviti yang dijalankan semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung kerana sebelum ini dia gagal mendapatkan pengiktirafan
melalui motif mendapatkan perhatian. Lantas dia cuba menggunakan motif
menunjukkan kekurangannya dengan memencilkan dan meminggirkan dirinya
daripada ahli kelas. Dia secara psikologi cuba meyakinkan dirinya bahawa dia tidak
mempunyai kebolehan seperti rakan lain.

Untuk megatasi masalah ini, Cikgu Taufik perlu menarik perhatian yang lebih
daripada Edra di dalam aktiviti di bilik darjah.Cikgu Taufik boleh menggunakan
teknik seperti melakukan sesuatu aktiviti yang bersifat di luar jangkaan.
Sebagai contoh, Cikgu taufik boleh melakukan aktiviti dengan menggunakan
peralatan muzik. Hal ini mungkin tidak pernah dilakukan oleh Cikgu Taufik sebelum
ini. Dengan adanya kejutan seperti ini, Edra mungkin lebih tertarik untuk bersama-
sama melakukan aktiviti yang telah dirancangkan oleh Cikgu Taufik semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.

Dalam teknik ini, Cikgu Taufik boleh menggunakan strategi berpusatkan


bahan. Cikgu Taufik boleh menjadikan alat-alat muzik sebagai tarikan di dalam
setiap aktiviti yang dijalankan. Bahan yang digunakan boleh dipelbagaikan mengikut
kesesuaian tajuk dan aktiviti yang dirancang. Sebagai contoh, Cikgu Taufik boleh
menggunakan alatan muzik dan bahan-bahan seperti lirik-lirik lagu yang bertemakan
alam sekitar sekiranya ingin mengajar karangan tentang alam sekitar. Klip video
seperti iklan kartun Upin Ipin tentang peraturan menaiki bas merupakan salah satu
bahan yang menyeronokkan untuk menarik minat murid memberi perhatian yang
lebih di dalam kelas. Berasaskan video itu tadi, murid boleh melakonkan kembali
watak di dalam kartun tersebut dan kemudiannya menghasilkan karangan berkaitan
peraturan menaiki bas dan sebagainya. Di sini, murid sudah pasti akan lebih tertarik
untuk beraktiviti di dalam kelas.

Namun begitu, sekiranya Cikgu Taufik mendapati Edra masih pasif dengan
menggunakan strategi tadi, Cikgu Taufik perlulah bertindak menentukan watak yang
perlu dimainkan untuk aktiviti lakonan contohnya. Cikgu Taufik boleh membahagikan
murid-muridnya ke dalam kumpulan yang kecil. Kemudian, menentukan watak-watak
yang sesuai dengan murid-muridnya. Untuk memastikan Edra menjadi lebih aktif,
Cikgu Taufik boleh memberikan watak yang penting kepada Edra. Hal ini sudah pasti
akan membuatkan Edra merasakan dirinya lebih diberi perhatian serta merasa lebih
yakin untuk melakukan aktiviti bersama-sama rakan sekumpulannya. Secara tidak
langsung, Cikgu Taufik menggunakan strategi berpusatkan murid kerana dia
hanya membimbing dan menilai manakala murid-muridnya pula menjalankan aktiviti
mengikut kekreatifan kumpulan masing-masing.

Selain itu, Cikgu Taufik juga perlu memberi peluang yang lebih kepada Edra
untuk melakukan aktiviti itu sendiri. Oleh hal yang demikian, aktiviti yang dijalankan
oleh Cikgu Taufik perlulah bersifat menarik tetapi mungkin boleh diperbanyakkan
aktiviti secara individu supaya Edra tidak merasakan dirinya tidak dapat melakukan
aktiviti tersebut seperti rakan-rakannya yang lain. Cikgu taufik perlu mengelakkan
aktiviti yang dibahagikan mengikut keupayaan murid kerana ini mungkin akan
mengurangkan lagi keyakinan diri Edra. Oleh itu, aktiviti yang dilaksanakan perlulah
selaras dengan semua keupayaan murid di dalam kelas 5 Lily itu.

Sekiranya semasa menjalankan sesuatu aktiviti di dalam kelas itu, Cikgu


Taufik mendapati Edra tidak dapat menguasainya, maka, Cikgu Taufik perlu
mengubah aktiviti yang dijalankan kepada aras yang lebih rendah mngikut
keupayaan muridnya itu. Sebagai contoh , pada hari tersebut, Cikgu Taufik cuba
menjalankan aktiviti teka silang kata dengan memberikan pembayang berbentuk ayat
kepada muridnya. Kemudian, dia mendapati Edra tidak dapat menyelesaikan teka
silang kata tersebut. Oleh itu, Cikgu Taufik perlu bertindak pantas menukar
pembayang berbentuk ayat tadi kepada pembayang berbentuk gambaran dengan
melakonkan pembayang itu pula kepada murid-muridnya. Mungkin dengan cara
yang lebih senang dan menyeronokkan ini Edra akan lebih tertarik untuk
menjalankan aktiviti tersebut.

Langkah yang keempat berdasarkan Model Akibat Logikal Dreikurs ialah


menggalakkan dan membimbing murid untuk bertanggungjawab atas matlamat
baharu yang dipilihnya. Setelah Cikgu Taufik mendapati Edra telah mempunyai
matlamat baru dalam kelas, Cikgu Taufik perlu memberi galakkan kepada Edra
supaya dia bersifat komited terhadap matlamat barunya itu. Cikgu Taufik perlu
membimbing Edra agar bertanggungjawab terhadap matlamat barunya. Cikgu Taufik
hendaklah menggalakkan Edra berkerjasama dan berkomunikasi dengan rakan
sekelasnya supaya dia lebih berkeyakinan semasa menjalankan aktiviti di dalam
kelas dan menyiapkan tugas yang diberikan. Cikgu Taufik perlu menasihatkan Edra
supaya percaya kepada kebolehan dirinya dan membantu dia menghadapi cabaran
seterusnya. Selain itu, Cikgu Taufik perlu menunjukkan rasa bangga terhadap
perubahan Edra. Beliau boleh mempamerkan aktiviti-aktiviti bertulis yang dilakukan
Edra di dalam kelas. Ini dapat menaikkan lagi semangat Edra untuk terus aktif dalam
aktiviti yang dilakukan.

Langkah yang terakhir adalah membantu Edra melihat akibat daripada


tingkah laku yang ditunjukkannya. Sebagai contoh, Cikgu Taufik boleh
menyedarkan Edra dengan menyuruhnya melihat perubahan pada dirinya serta
melihat kepada keyakinan dirinya setelah dia membuat pilihan matlamat yang betul.
Perkara yang paling penting adalah Cikgu Taufik perlu memberitahu muridnya itu
bahawa dia sudah berubah dan menyedarkannnya terhadap perkara positif yang
diperoleh dengan perubahan yang berlaku ke atas dirinya. Dengan ini, Cikgu Taufik
dapat memupuk autonomi di mana Edra akan lebih bertanggungjawab atas tindakan
dan pilihan yang dibuatnya pada masa akan datang.
3.2.2 Model Pengurusan Kelompok Kounin

Berdasarkan situasi 2, Cikgu Taufik mendapati Edra tidak bersedia mengikuti


setiap sesi pembelajarannya. Bagi masalah ini, Cikgu Taufik boleh menggunakan
Model Pengurusan Kelompok untuk membantu Edra mengatasi masalah ini. Di
dalam Model Pengurusan Kelompok, Jacob Counin telah mengesyorkan lima teknik
bagi menangani masalah tingkah laku di dalam bilik darjah. Kelima-lima teknik
tersebut adalah teknik withitness, teknik bertindan-tindan, teknik kelicinan atau
kelancaran, teknik momentum, dan teknik kepekaan kelompok. Untuk masalah Edra
yang tidak bersedia mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran ini, teknik yang
paling sesuai digunakan oleh Cikgu Taufik ialah teknik kelicinan atau kelancaran,
teknik momentum, dan teknik kelompok kepekaan.

Menurut Choong Lean Keow, di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru,


Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku pada halaman 95 dan 96, teknik
kelicinan atau kelancaran merupakan satu teknik yang memerlukan kebolehan
seorang guru untuk membuat peralihan licin antara dua aktiviti pembelajaran.
Teknik momentum merujuk kepada kebolehan guru untuk menggunakan
pergerakan yang sesuai sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung serta kebolehan guru memastikan pembelajaran berlaku pada
kadar yang stabil manakala teknik kepekaan kelompok pula ialah kebolehan
guru untuk mengekalkan penglibatan aktif murid dan mewujudkan minat
mereka.

Berdasarkan huraian teknik kelicinan atau kelancaran di atas , Cikgu Taufik


perlulah membuat perancangan awal sebelum masuk mengajar ke kelas 5 Lily.
Hal ini adalah supaya Cikgu Taufik dapat mengawal kelas tersebut sekiranya berlaku
perkara-perkara yang tidak diingini. Contohnya, semasa mula-mula memasuki kelas
5 Lily, Cikgu Taufik boleh memulakan sesi pengajarannya dengan set induksi yang
interaktif yang mana menggunakan bahan bantu mengajar (bbm) seperti video dan
sebagainya untuk menarik perhatian muridnya terlebih dahulu. Hal ini kerana, murid-
murid di kelas 5 Lily terutamanya Edra, mungkin masih berada di awang-awangan
kerana terikut-ikut dengan kelas yang sebelumnya. Mungkin pada kelas sebelumnya,
Edra telah dimarahi sehingga dia tidak bersedia untuk memulakan pengajaran bagi
kelas Cikgu Taufik. Jadi, tindakan Cikgu Taufik melakukan set induksi terlebih dahulu
sebelum memulakan sesi pengajarannya dapat mengalihkan perhatian Edra
sehingga meningkatkan naluri ingin tahunya untuk belajar di dalam kelas Cikgu
Taufik.

Cikgu Taufik juga perlu menggunakan arahan-arahan yang ringkas tetapi


jelas supaya Edra dapat memahami apa yang hendak disampai dengan betul.

“Kounin menyatakan, guru harus mengelak daripada tersekat-sekat


dalam penyampaian pengajaran atau menyampaikan pengajaran meleret-leret
sehingga keluar daripada sukatan sebenar, memberikan arahan-arahan yang
tidak wajar atau tidak difahami, selalu menukar-nukar tugasan atau
memberhentikan aktiviti yang seronok dilakukan oleh murid-murid.”

(Haliza Hamzah, Joey Nesamalar Samuel,2008. Siri Pendidikan Guru,


Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku)

Berdasarkan kenyataan di atas, ini jelas menerangkan bahawa tindakan


seseorang guru yang terlalu banyak bercakap sehingga lari daripada tajuk sukatan
sebenar akan menimbulkan kebosanan dan ketidakfahaman murid. Jika perkara ini
berlaku, murid akan menjadi tidak bermotivasi untuk meneruskan sesi pembelajaran.
Oleh itu, Tindakan Cikgu Taufik menayangkan video serta penggunaan arahan yang
ringkas dan mudah difahami akan menjadikan pengajaran berlaku dengan lebih
lancar.

Teknik yang kedua yang boleh digunakan oleh Cikgu Taufik ialah teknik
momentum. Dalam teknik momentum, Cikgu Taufik perlu memastikan dapat
mengikuti sesi pembelajaran dengan baik dan pada kadar yang stabil. Cikgu
Taufik boleh meneruskan pengajarannya kepada tajuk yang hendak diajar setelah
melihat Edra telah menumpukan perhatian terhadap pengajarannya. Setelah
mendapati Edra telah memahami tajuk tersebut, Cikgu Taufik tidak perlulah
mengulangi konsep-konsep kecil yang telah difahaminya. Sekiranya ada kesilapan
kecil yang dilakukan oleh Edra, Cikgu Taufik boleh membetulkannya, kemudian
meneruskan dengan pengajaran yang selanjutnya.
Dalam model ini, Cikgu Taufik boleh menggunakan strategi berpusatkan murid.
Cikgu Taufik boleh membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.
Kemudian, semua aktiviti yang dijalankan mengikut kumpulan tersebut. Cikgu Taufik
perlu berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu aktiviti bilik darjah dalam
satu masa memandangkan aktiviti yang dijalankan secara strategi berpusatkan
murid memerlukan penyeliaan yang bijak. Hal ini demikian kerana, mungkin dalam
satu masa Cikgu Taufik sedang memberi perhatian terhadap Edra yang tidak
bersedia untuk meneruskan pembelajarannya tiba-tiba ada murid atau kumpulan lain
yang bising dan bergaduh. Sebagai guru, Cikgu Taufik perlu bijak mengatasi kedua-
dua masalah ini dalam masa yang sama.

Teknik yang ketiga yang boleh Cikgu Taufik gunakan untuk mengatasi
masalah ketidaksediaan Edra dalam mengikuti sesi pembelajarannya adalah
teknik kepekaan kelompok. Teknik ini boleh digunakan setelah Cikgu Taufik
selesai mengajar sesuatu tajuk kecil di dalam satu sesi pengajarannya. Cikgu Taufik
boleh mengemukakan soalan kepada Edra untuk memastikan sama ada Edra betul-
betul memberi perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung
atau sebaliknya. Dalam teknik ini, Cikgu taufik sebenarnya dapat mengekalkan
penglibatan aktif Edra di dalam sesi pembelajarannya. Teknik kepekaan kelompok
juga dapat mewujudkan minat Edra untuk meneruskan pengajaran dan
pembelajaran.

Untuk mewujudkan minat Edra, Cikgu Taufik boleh menanyakan soalan-soalan


yang bercorak suspen kepadanya. Ini adalah untuk memastikan, Edra sentiasa
berada di dalam keadaan bersedia menjawab soalan. Dengan mengemukakan
soalan yang suspen ini, Edra akan lebih fokus kepada pengajaran yang disampaikan
oleh Cikgu Taufik supaya semua soalan yang ditanya dapat dijawabnya. Sekiranya
Edra tidak Berjaya menjawab, Cikgu Taufik boleh meminta seluruh murid di dalam
kelas 5 Lily menjawab bersama-sama. Ini akan memberi dorongan tambahan kepada
Edra untuk terus fokus kepada pengajaran yang disampaikan.

You might also like