You are on page 1of 1

BMM 3103-Pengertian Dan Konsep - Presentation Transcript

1. PENGERTIAN DAN KONSEP Pentaksiran Pengujian Penilaian Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian,
dan Penilaian BMM 3103
2. PENTAKSIRAN
3. DEFINISI
o Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap
sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu.
4. PENGUJIAN
5. DEFINISI
o Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya
pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat
ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set
tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk
‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya
dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
6. KONSEP
o Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti
empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina
ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat.
o Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat
dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan.
o Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang
berkualiti.
7. PENILAIAN
8. DEFINISI
o Definisi penilaian ini membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu
sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal.
Bukti empirikal pencapaian biasanya diperoleh secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan
menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian.
9. KONSEP
o Perkembangan dalam bidang penilaian menunjukkan banyak cara kita boleh menilai pengajaran
pensyarah. Antara pelbagai jenis penilaian yang sering dilakukan di universiti adalah penilaian terhadap
disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar, oral pelajar. Bukti empirikal dikumpul secara sistematik
berasaskan maklumat sahih, tekal, telus dan boleh dipertahankan. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan
terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu
pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.
10. Kuantifikasi dan Kualifikasi Dalam Penilaian
o Penilaian pendidikan membabitkan dua unsur utama iaitu kuantifikasi dan kualifikasi.
Kuantifikasi menggunakan ujian bagi mengukur kewujudan bukti empirikal penguasaan pelajar dalam sesuatu
kursus yang diajar. Kualifikasi menggunakan pertimbangan nilai terhadap bukti empirikal penguasaan pelajar
bagi membuat keputusan sama ada objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai atau tidak.
o Bukti empirikal penguasaan pelajar dalam bentuk skor yang sahih dan boleh dipercayai sangat
diperlukan bagi membuat penilaian. Keperluan ini adalah kerana setiap keputusan yang dibuat melibatkan
risiko. Bukti empirikal membantu kita membuat keputusan dengan risiko yang kecil. Semakin tepat pensyarah
mengukur pencapaian pelajar, semakin tepat penilaian pensyarah terhadap keberkesanan pengajarannya

You might also like