Jurutera Awam (Kerja Raya)27.1%Pegawai Perubatan15.1%Polis18.6%Pegawai Pertanian13.4%Pegawai Tadbir Dan Diplomatik38.4%
•
Berhadapan dengan berbagai karenah pelajar yang begitu ramai yang datang dari pelbagai keturunan, adat resam, sosio ekonomi, peringkat umur, masalah disiplin yang perlu ditangani. Malah guru juga perlu melayani karenah ibu bapa, masyarakat, pihak atasan, kerajaan, pertubuhan dan masalah peribadi.
•
Pembelaan pula kurang dan masih tidak memuaskan hati guru sehingga ada cadanganmeletakkan Pegawai Tadbir dan diplomatik (PTD) di bahagian pengurusan samada disekolah, Pejabat Pendidikan Daerah ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri.
•
Wujud profesion lain yang lebih baik hasil dari sistem pendidikan dan kerja kerasguru yang mengajar.
•
Beban kerja dan kurang insentif yang diterima oleh para guru. Masyarakat melihatkerja guru mudah, masa kerja yang pendek dan banyak cuti. Guru pula merasa bebankerja terlalu banyak sehingga membawa ke bilik tidur. Kerja lebih masanya (over-time) tidak dihargai. Pandangan dan persepsi yang berbeza akan menyebabkansegelintir guru kecewa.
Strategi Kerajaan Untuk Memartabatkan Profesion Perguruan
Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa strategi yang telah diambil olehKementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di sampingmenjadikan profesion ini sebagai pilihan utama bagi bekas lulusan graduan. Anatar usahayang telah dilakukan oleh KPM ialah
a.Meningkatkan Tahap Profesionalime
Wan Zahid (1996) menyarankan bahawa untuk membentuk persekitaran kerja yang baik,guru perlulah meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengankepakaran dan kelayakan yang tinggi guru-guru akan dilihat sebagai lebih berkemampuandalam memberi sumbangan terhadap pembentukan persekitaran yang sesuai dan kondusif.
1.Program Diploma Perguruan Khas
Diperkenal pada tahun 1996 bertujuan untuk menjamin kualiti di peringkat menengahdengan menyediakan guru siswazah di semua sekolah menengah menjelang tahun2005.36