You are on page 1of 11

TOKOH-TOKOH ISLAM TERKEMUKA

SAIYIDATINA KHADIJAH BINTI


KHUWAILID
SITI KHADIJAH BINTI KHUWAILID
(Ummul Mu'minin Pertama)

• Nama penuh beliau ialah Siti Khadijah


binti Khuwailid bin Asad bin Abdul
Uzza bin Qushai dari berasal dari
golongan pembesar Mekah. Berkahwin
dengan Nabi Muhammad s.a.w ketika
berumur 40 tahun, manakala Nabi
Muhammad berumur 25 tahun.
• Khadijah merupakan wanita kaya dan
terkenal. Beliau boleh hidup mewah dengan
hartanya sendiri. Meskipun memiliki
kekayaan melimpah, Khadijah merasa
kesepian hidup menyendiri tanpa suami.
Pada suatu hari, saat pagi buta, dengan
penuh kegembiraan ia pergi ke rumahbapa
saudaranya, iaitu Waraqah bin Naufal. Ia
berkata, “Tadi malam aku bermimpi sangat
menakjubkan. Aku melihat matahari
berputar-putar di atas kota Mekah, lalu turun
ke arah bumi.
• Ia semakin mendekat dan semakin mendekat.
Aku terus memperhatikannya untuk melihat
kemana ia turun. Ternyata ia turun dan
memasuki rumahku. Cahayanya yang sangat
agung itu membuatku terpegun. Lalu aku
terbangun dari tidurku". Waraqah
mengatakan, “Aku sampaikan berita gembira
kepadamu, bahawa seorang lelaki agung dan
mulia akan datang meminangmu. Ia memiliki
kedudukan penting dan kemasyhuran yang
semakin hari semakin meningkat".
• Tak lama kemudian Khadijah ditakdirkan
menjadi isteri Rasulullah SAW. Ketika Nabi
Muhammad masih muda dan dikenal sebagai
pemuda yang lurus dan jujur, telah
diperkenalkan untuk ikut menjualkan barang
dagangan Khadijah. Hal yang lebih banyak
menarik perhatian Khadijah adalah
kemuliaan jiwa Nabi Muhammad SAW.
Khadijah lah yang lebih dahulu mengajukan
permohonan untuk menikah dengan Nabi
Muhammad.
• Semua itu berlaku dengan usaha orang
tengah iaitu Nafisah Binti Munyah dan
peminangan dibuat melalui bapa
saudara Nabi iaitu Abu Talib. Keluarga
terdekat Khadijah tidak menyetujui
rencana pernikahan ini. Namun
Khadijah sudah tertarik oleh kejujuran,
kebersihan dan sifat-sifat istimewa
Nabi Muhammad ini, sehingga beliau
tidak mempedulikan segala kritikan dan
kecaman dari keluarga dan kerabatnya.
• Khadijah yang juga seorang yang
cerdas, mengenai ketertarikannya
kepada Muhammad mengatakan, “Jika
segala kenikmatan hidup diserahkan
kepadaku, dunia dan kekuasaan para
raja Iran dan Romawi diberikan
kepadaku, tetapi aku tidak hidup
bersamamu, maka semua itu bagiku tak
lebih berharga daripada sebelah sayap
seekor nyamuk.”
• Sewaktu malaikat turun membawa
wahyu kepada Nabi Muhammad maka
Khadijah adalah orang pertama yang
mengakui kenabian suaminya, dan
wanita pertama yang memeluk serta
menerima Islam. Sepanjang hidupnya
bersama Rasulullah SAW, Khadijah
begitu setia menyertai baginda dalam
setiap peristiwa suka dan duka. Setiap
kali suaminya ke Gua Hira’, beliau pasti
menyiapkan semua bekalan dan
keperluannya.
• Seandainya Rasulullah SAW agak lama
tidak pulang, beliau akan meninjau
untuk memastikan keselamatan
baginda. Sekiranya baginda khusyuk
bermunajat, beliau tinggal di rumah
dengan sabar sehingga baginda
pulang.
• Apabila suaminya mengadu kesusahan serta
berada dalam keadaan gelisah, beliau cuba
sedaya mungkin mententeram dan
menghiburkannya sehingga suaminya benar-
benar merasai ketenangan. Setiap ancaman
dan penganiayaan dihadapi bersama. Malah
dalam banyak kegiatan peribadatan
Rasulullah SAW, Khadijah pasti bersama dan
membantu baginda seperti menyediakan air
untuk mengambil wuduk
• Rasulullah SAW menyebut keistimewaan
terpenting Khadijah dalam salah satu
sabdanya, “Di saat semua orang mengusir
dan menjauhiku, ia beriman kepadaku. Ketika
semua orang mendustakan aku, ia meyakini
kejujuranku. Sewaktu semua orang
menyisihku, ia menyerahkan seluruh harta
kekayaannya kepadaku.”

Siti Khadijah telah hidup bersama-sama Nabi


Muhammad selama 24 tahun dan wafat dalam
usia 64 tahun 6 bulan.

You might also like