Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
104Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
IPTB - Ilmu Pendidikan - Jenis-jenis pembelajaran

IPTB - Ilmu Pendidikan - Jenis-jenis pembelajaran

Ratings:

4.82

(11)
|Views: 12,908|Likes:
Published by kizzoie
Institut Perguruan Tuanku Bainu
Institut Perguruan Tuanku Bainu

More info:

Published by: kizzoie on Aug 21, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

03/07/2013

pdf

text

original

 
Jenis-jenis Pembelajaran
1.Pembelajaran Formal2.Pembelajaran Informal3.Pembelajaran Non-formal
Pembelajaran Formal
1.Dijalankan oleh institusi seperti sekolah, IPG dan universiti.2.Pendidikan yang diterima secara langsung.3.Ciri-ciri pendidikan formal:-
Pembelajaran secara langsung dan dikendalikan oleh sesuatu institusi bertauliahdan dilembagakan.
Berasaskan sukatan pelajaran atau kurikulum yang sudah digubal KPM dandilembagakan.
Diwajibkan kepada semua kanak-kanak biasa dari 7 hingga 13 tahun,melanjutkan pelajaran selama 5 tahun dan seterusnya ke IPG dan universiti.
Pembelajaran formal biasanya dilaksanakan di dalam bangunan yang siapprasarananya seperti bilik darjah – kerusi meja, makmal, komputer, pusatsumber dan lain-lain.
Pembelajaran formal perlu dilaksanakan oleh guru-guru terlatih dan betauliah.
Pembelajaran formal melibatkan penilaian pada tiap-tiap tahap yang dilalui,penilaian dalam bentuk formatif dan sumatif.
Pembelajaran formal menekankan secara langsung pendidikan empat bidangpenting iaitu melibatkan aspek kognitif, afektif, rohani dan psikomotor.
Pembelajaran Informal
1.Perlakuan belajar yang terlaksana secara tidak langsung atau secara tidak sedar.2.Pelajar dapat pengetahuan daripada didikan dan asuhan ibubapa di rumah,pergaulan dengan rakan-rakan, menghadiri seminar, menonton tv, mendengar radiodan lain-lain.3.Ciri-ciri pembelajaran informal:-
Diterima secara tak langsung tanpa berasaskan sebarang sukatan pelajaran.
Diserap secara tidak sedar dari persekitaran melalui pemerhatian, perbualandan pengalaman.
Pembelajaran informal adalah proses pembelajaran yang berterusan dan berlakusepanjang hayat.
Pembelajaran informal berlaku setiap masa tanpa melibatkan masa dan tempattertentu.
Pembelajaran informal tidak menetapkan isi pelajaran atau bahan-bahanpelajaran yang perlu dikuasai.
Pembelajaran Nonformal
 
1.Pembelajaran nonformal diadakan bagi melengkapkan lagi hasil pembelajaran yangdiperolehi melalui sistem formal. Biasanya pembelajaran seperti ini jugamemerlukan perancangan secara teliti dan pengendalian yang dilakukan olehpendidik dan pakar-pakar tertentu.2.Ciri-ciri pembelajaran nonformal:-
Sesebuah institusi akan mengadakan kursus pendek, majlis-majlis ceramahsecara formal, forum, bengkel dan sebagainya.
Pembelajaran nonformal berlaku apabila ada keperluan menambah danmempertingkatkan kepakaran pelajar dalam bidang tertentu.
Kursus-kursus ini mungkin melibatkan beberapa jam sehari atau beberapa hari.
Biasanya bayaran minimum akan dikenakan kepada pelajar sebagai bayaransagu hati kepada penceramah dan perbelanjaan makan dan minum.
Tempat-tempat formal seperti dewan sekolah, bilik-bilik darjah, pusat-pusatlatihan dan lain-lain digunakan untuk kursus atau pembelajaran nonformal.
Kandungan kursus bagi pembelajaran nonformal biasanya lebih mendalam, adakesinambungan daripada pembelajaran formal.
Melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang, pelajar mendapat penjelasan yang lebihbaik dalam menambah ilmu dan kepakaran.
Proses Pembelajaran
1.Proses pembelajaran berlaku apabila seseorang itu terdedah dengan persekitaran.Ia bermula dari rangsangan yang diterima melalui pancaindera.2.Rangsangan ini dibawa ke otak untuk diberi makna dan disimpan dalam ingatansebagai pengalaman.3.Apabila pengalaman ini digunakan semula dalam bentuk yang baru, ia dianggapsebagai perubahan tingkah laku iaitu pembelajaran.
Proses Pembelajaran : 8 Fasa (Gagne, 1988)
1.Proses pembelajaran melibatkan pelbagai fasa. Setiap individu akan melalui fasatersebut secara disedari atau tidak disedari.2.Gagne telah menghuraikan proses pembelajaran melibatkan 8 fasa:-
Fasa motivasi – pelajar akan menerima rangsangan daripada persekitaran.
Fasa kefahaman – melibatkan proses persepsi dan penanggapan. Rangsanganyang sesuai dan memberi makna dipilih oleh organ deria.
.Fasa pemerolehan – rangsangan dibawa ke otak untuk diberi makna danditerima.
 
Fasa penyimpanan – fakta atau pengalaman akan disimpan dalam ingatan deria,ingatan jangka pendek atau ingatan jangka panjang. Ini menghasilkanpembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan.
Fasa mengingat semula – fakta atau pengalaman yang disimpan perludikeluarkan semula untuk digunakan. Contohnya, apabila hendak menelefonkawan, kita perlu ingat semula nombor telefonnya.
Fasa generalisasi – dalam fasa ini seseorang mengingat semula fakta ataupengalaman untuk diamalkan dalam suatu situasi baru yang sesuai dansepadan.
Fasa prestasi – seseorang mendapat maklum balas orang lain mengenai tingkahlakunya.
Fasa maklum balas – seseorang mendapat peneguhan mengenai perlakuannya.Maklum balas ini penting bagi menentukan sejauh mana seseorang dapatmengamalkan fakta atau kemahiran yang diperolehinya.
Faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaranKesediaan Pembelajaran
1.Kesediaan pembelajaran sangat penting bagi memastikan kanak-kanakmemperolehi faedah daripada apa yang dipelajari. Ini bermakna kanak-kanak tidakdapat memahami sesuatu konsep apabila tahap pemikirannya belum sampai ketahap itu.2.Kesediaan belajar meliputi mental, kanak-kanak juga perlu ada kesediaanpsikomotor dan afektif sebelum menerima pembelajaran bagi menghasilkanpembelajaran yang berkesan.3.Kesediaan adalah tahap seseorang itu mampu untuk mempelajari kemahiran baru.Ia adalah satu keadaan yang penting kerana ia menentukan kepuasan ataukekecewaan pelajar. Sekiranya seorang kanak-kanak bersedia untuk bermain jengkek, ia mestilah telah boleh melompat-lompat atas satu kaki.4.Piaget mengemukakan teori perkembangan kognitif yang boleh dijadikan panduanapabila merancang objektif dan aktiviti pembelajaran. Piaget membahagikan tahapperkembangan kognitif kepada empat peringkat:-
peringkat deria motor (0 – 2 tahun)
peringkat pra operasi (2 – 7 tahun)
peringkat operasi konkrit (7 – 11 tahun)
peringkat operasi formal (12 tahun ke atas)

Activity (104)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Zurin Shukri liked this
Nur ShOleha liked this
Hisyam Sulaiman liked this
Masnitah Guding liked this
Regi Willy liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->