You are on page 1of 4

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Tahun : 1

Bidang : Membuat corak dan rekaan

Aktiviti : Titisan

Tema : Alam benda

Tajuk : Hiasan bekas serba guna

Masa : 60 minit

Jenis-jenis media : Alatan : berus, palet, botol air yang dikerat.

Bahan : Kertas lukisan, warna air.

Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh bekas serba guna dan contoh-contoh

corak titisan.

Standard kandungan

1. Bahasa Seni Visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan
karya seni.
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa Seni Visual.
3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam karya seni.
4. Apreasiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa Seni Visual.

2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa Seni

Visual yang terdapat pada karya seni.

2.1.1 Unsur Seni

2.1.1.2 Warna - primer dan sekunder.

2.1.1.3 Jalinan - tampak sentuh


2.1.2 Prisip rekaan

2.1.2.1 Kepelbagaian

2.1.2.2 Pergerakan

2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa Seni Visual

dalam menghasilkan karya seni

2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.

2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, warna air dan gam

2.2.1.3 Alatan - berus, palet

2.2.2 Menyatakan teknik penggunaan media dalam penghasilan corak teknik titisan

2.2.2.1 Teknik titisan ( corak tidak terancang )

2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat menghasilkan pengetahuan, kefahaman dan

kemahiran bahasa Seni Visual dalam menghasilkan karya seni.

2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif

2.3.1 Menghasilkan corak teknik titisan

2.4 Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan

berpandukan bahasa Seni Visual.

2.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan

2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan

2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.


STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI
Persepsi Estetik
 Guru menunjukkan kepada murid contoh-contoh
karya corak.
 Memperdengarkan bunyi hujan dan lagu
“Hujan Dah Turun”

Tip tap, tip tap hujan dah turun,


Tip tap, tip tap hujan dah turun,
Tip tap, tip tap baju dah basah,
Mari kita ambil payung.

 Guru menghubungkaitkan titisan hujan dengan


teknik titisan.

Aplikasi Seni

 Guru berbincang dengan murid tentang


penggunaan cat air dalam penghasilan corak
teknik titisan.
 Mengedarkan kertas lukisan
 Guru menyediakan bancuhan warna

Ekspresi Kreatif
 Guru menunjuk cara untuk menghasilkan corak
teknik titisan.

Langkah 1

 Murid menitiskan cat air pada permukaan kertas


lukisan.
 Murid mengangkatkan sebelah dari kertas lukisan
dalam keadaan condong untuk menggerakkan
warna yang telah dititis tadi.
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI
Langkah 2

 Murid di minta mengulang langkah satu dan dua


dengan menggunakan warna yang berlainan bagi
mendapatkan corak yang tidak terancang secara
titisan itu.

Langkah 3

 Murid mengunting hasil tersebut mengikut saiz


botol .
 Murid menggulung hasil corak dan dimasukkan ke
dalam botol yang telah siap dipotong.

Apresiasi Seni

 Murid mempamerkan dan bercerita tentang hasil


kerja sendiri

You might also like