http://www.geocities.com/pendidikmy/cikgupjj/esei2.htmlEjaan Bahasa Melayu
1. Pengenalan
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu amatlah membanggakan kita. Perubahan ejaankerap berlaku sejak dari tahun 1701 , iaitu Ejaan Rumi Thomas Bowrey, Ejaan RumiJ.Horison (1800), Ejaan Rumi William Marsden (1812), Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat(1878), Ejaan Rumi Swetthenham (1881), Ejaan Rumi Maxwell (1882), Ejaan Wilkinson(1904), dan Sistem Ejaan Rumi Za’aba (1927). Sistem Ejaan Rumi Za’aba telahdigunakan dengan meluas di sekolah-sekolah . Sistem ini menjadi begitu popular dikalangan guru dan murid sekolah sehingga ia terkenal juga sebagai ejaan sekolah.Sistem ini digunakan sehinggalah berlaku perubahan sistem ejaan baharu bahasa Melayu.Sistem ejaan baru telah dirasmikan pada 16 Ogos 1972. Ini bermakna sudah hampir 25tahun ejaan baru dilaksana dan digunakan. Sistem Ejaan Rumi yang dilaksanakan padatahun 1972 itu adalah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia, bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Indonesia. Badan yang ditugaskan menyelaraskanejaan tersebut ialah Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang dilantik oleh MenteriPelajaran, dan Jawatankuasa ini diletakkan di bawah Dewan Bahasa Dan Pustaka.Perubahan dan penyusunan semula ini telah dapat membantu pengguna Bahasa Melayumengeja atau menulis kata-kata dengan ejaan yang betul dan tepat. Apa yang jelas ialah pelaksaanaan sistem ejaan baru itu telah banyak membantu mempertingkatkan lagimartabat bahasa Melayu itu sendiri,.Satu perkara yang menarik dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu ini ialah perubahandari Sistem Ejaan Rumi Za’aba, atau ejaan lama kepada bentuk ejaan baru (1972).Walaupun begitu perubahan sistem ejaan ini tidaklah banyak atau jauh berbeza, kecuali beberapa perubahan dan penyelarasan yang akan dijelaskan berikutnya.
2. SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
2.1 Abjad dan Huruf
Ada terdapat 26 huruf dalam abjad tulisan Rumi Bahasa Melayu, iaitu:
Huruf Sebutan
A a e (spt dlm kata elak, ekor dll)B b biC c si