You are on page 1of 55

KANDUNGAN

1- Sistem Penjanaan
2- Prinsip Operasi Enjin
3- Jenis-Jenis Bateri dan Penggunaan
4- Asas Janakuasa
5- Prinsip Asas Penjanaan
6- Pembinaan Asas Janakuasa
7- Asas Keluaran Janakuasa
8- Ulangan Sebuah Pengulangalik
9- Jenis Jenis Pengulanngalik
10-Kuasa Janakuasa
11- Pelaras Voltan Otomatik
12- Penguja
13- Kadaran Sesebuah Janakuasa
14- Janakuasa Tunggu Sedia
15- Bilik Janakuasa Tunggu Sedia
16- Papan AMF
17- Generetor Open Circuit Test ARB
Sistem Penjanaan:-
Penjanaan tenaga elektrik merupakan proses tenaga lain kepada tenaga elektrik
seperti:
1-Tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik
2-Tenaga kimia kepada tenaga elektrik
3- Tenaga solar kepada tenaga elektrik
4- Tenaga udara kepada tenaga elektrik
5- Tenaga nuklear kepada tenaga elektrik
Contoh:-
Sistem janakuasa haba.

Arang Steam Turbine Alternator

Tenaga kimia haba mekanikal Tenaga elektrik


ARB
Dalam sistem penjanaan kecil atau sederhana kebanyakkan bahan bakar yang
mudah diperolehi ialah desil.
Kebiasaan janakuasa yang menggunakan injen desil beroperasi dalam dua cara
a) Sebagai janakuasa tunggu sedia
b) Janakuasa yang beoperasi secara terus
a. Janakuasa tunggu sedia berpunsi semasa berlaku gangguan bekalan atau
, terputus bekalan, janakuasa dihidupkan melalui satu panel kawalan AMF board
, (Automatic main failure) yang mana telah dirancang dari segi sistem litar
kawalan . Ia dapat dihidupkan secara Auto,Test dan manual.
, Janakuasa tungu sedia kebanyakkan dipasang pada bagunan yang mengguna ,
kan beban yang melebihi 150Amp, biasanya hanya satu set janakuasa sahaja.
Janakuasa ini perlu didaftar dengan SuruhanJaya Tenaga dan kadar bayaran
fee nya adalah mengikut jumlah kw.
Bagi mengendali dan mengawal janakuasa tunggu sedia, pihak pengurusan perlu
melantik seorang yang memegang satu perakuan kekompeten penjaga jentera
kategori A4-1.
ARB
b) Janakuasa yang berpunsi secara beterusan biasanya diguna dan dipasang pada
sesebuah kawasan yang terpencil seperti Pulau Tioman, kawasan perladangan
dan di tapak pembinaan yang besar, yang mana sukar untuk mendapat bekalan
dari pihak berkuasa bekalan. Kebanyakkan loji
janakuasa ini terdapat lebih daripada satu janakuasa. Oleh
sebab ia menggunakan beban yang tinggi di mana, ia nya melebihi keupayaan satu
janakuasa maka ianya perlu di-segerakkan dengan janakuasa yang lain supaya
dapat menampong beban yang diperlukan.
Dalam sistem loji janakuasa yang memiliki lebih dari tiga janakuasa,
janakuasa tersebut dihadkan masa operasi setiap lapan jam, dan akan diganti
dengan janakuasa yang lain, dimasa inilah tugas-tugas Synchronize dilaksanakan
sama ada cara manual ataupun Auto, bagi melaksanakan tugas penyegerakkan
seseorang itu perlu memegang atau memiliki satu perakuan kekompeten penjaga
jentera kategori A4 .

ARB
Prinsip operasi enjin:-
Prinsip pergerak enjin disel terbahagi kepada,
1- 4 lenjang 2-
2- 2 lenjang
Lenjang-lenjang tersebut ialah:
1- Lenjang sedut
2- Lenjang mampatan
3- Lenjang kuasa
4- Lenjang ekzos
Lenjang ialah pergerakan omboh ke atas dan ke bawah di dalam silinder.
Setiap kali pergerakan omboh tersebut, ia akan melakukan tindak kerja salah satu
daripada empat lenjang yang tersebut di atas.
Operasi pergerakan enjin empat lenjang:
Lenjang sedut:
Gambarjah A,B, dan C ialah proses lenjang sedut.
Injap masuk terbuka, udara masuk ke dalam selinder melalui injap masuk dan injap
keluar tertutup.
ARB
Langkah 1
Injap keluar Udara masuk ke dalam selinder
Injap masuk
Selinder

Omboh

Rod rangkai

Lengan engkol
Aci engkol

(A) (B) (C)


Bering utama
Omboh begerak dari atas ke bawah(Lenjang Sedut) ARB
Langkah 2
Injekter bahan bakar

Lenjang mampat
Lihat gambar rajah D, kedua-dua injap masuk dan keluar
tertutup udara dimampatkan, tekanan dan suhu udara
meningkat, injekter menyembur bahan api apabila omboh
menghampiri bahagian atas.

(D)
Omboh begerak dari bawah ke atas(Lenjang Mampat) ARB
Langkah 3 Penyembur bahan apai
Lenjang kuasa:
Gambar E dan Fmenunjukan proses lenjang kuasa.
Omboh begerak dari atas ke bawah, kedua-dua injap
masuk dan keluar tertutup, daya pembakaran bertindak
ke atas omboh dan menolaknya ke bawah.

Gas panas bertindak ke atas omboh

(E)

(F)
ARB
Langkah 4

Ekzos gas dikeluarkan dari selinder

Lenjang ekzos: Injap ekzos terbuka

Gambar rajah G dan H menunjukan


proses lenjang ekzos, Omboh
bergerak dari bawah ke atas, injap
masuk tertutup dan injap keluar
terbuka.Pergerakan omboh ke atas
menolak lebihan pembakaran keluar
melalui injap keluar.

(G)
(H)
ARB
Sistem bahan api:-
Sistem bahan api adalah untuk menakong minyak dan menghantar minyak daripada
tangki ke-injekter, penghantaran bahan api mestilah tepat dan mempunyai kuasa
tekanan yang cukup untuk mengisi dan menyempurnakan kehendak kelajuan dan
beban yang ditugaskan ke atas sesuatu enjin mengikut keadaan perjalanan enjin
tersebut.
Bahagian–bahagian utama sistem bahan api:
a)Tangki minyak untuk menakung atau menyimpan minyak bahan api.
b)paip saluran di mana bahan api mengalir dari tangki ke injekter.
c)penapis pertama / kedua, sebagai penapis segala kekotoran yang
terdapat pada , ‘ bahan api.
d)pam bekalan bahan api digunakan untuk menghantar bahan api
dari tangki ke , pam penyembur bahan api dengan tekanan yang tertentu
mengikut pergerakan , enjin.
e)pam penyembur bahan api ialah satu bahagian yang
bertujuan untuk , menghantar bahan api yang bertekanan tinggi ke
injekter lenjang yang tertentu. f)injekter ialah satu alat untuk menyemburkan
bahan api ke dalam ruang , pembakaran dalam bentuk semburan yang
halus.
ARB
Jenis-jenis sistem penghantaran bahan api:-
Sistem penghantaran bahan api yang selalu digunakan ialah,
a) Sistem kuasa tarikan graviti yang terdapat pada enjin-enjin kecil.
b) Sistem yang menggunakan kuasa mekanikal yang mana dipasangkan pam
, penghantaran bahan api.
c) Pam bahan api menggunakan kuasa elektrik jarang diguna pada enjin
diesel.
Gambar-gambar di bawah menunjukan rangkaian sistem bahan api.

Final stage filter


gauge Nozzle holder

Over flow valve


nozzle

Fuel supply pump

Secondary filter
Primary filter ARB
Sistem penyejuk:-
sistem penyejuk berfungsi mengalirkan air penyejuk ke bahagian-bahagian enjin
yang memerlukan penyejuk dan bertugas untuk mengalirkan haba yang tidak di
kehendaki dari bahagian-bahagian enjin supaya masalah berikut dapat diatasi:
1-Panas berlebihan menyebabkan minyak kurang kelikatannya.
2-Sekiranya panas berlebihan juga akan menyebabkan logam-logam akan
hilang , keupayaan.
3-Ketegangan di dalam atau di antara bahagian-bahagian enjin di
sebabkan suhu , yang tidak seimbang.
Sistem pelinciran:-
Sistem pelinciran pada enjin diesel mempunyai beberapa persamaan dengan
sistem pelinciran enjin petrol. Di sebabkan enjin diesel mempunyai tenaga
pembakaran yang lebih kuat daripada enjin petrol, maka minyak pelincir yang di
gunakan pada enjin diesel lebih pekat.
Sistem pelinciran merupakan salah satu sistem utama pada enjin. Bermula
daripada tempat menyimpan minyak, penapis, pam dan paip saluran minyak untuk
menyalurkan minyak pelincir ke bahagian-bahagian yang memerlukan pelinciran.
ARB
Sebuah enjin memerlukan udara, minyak,tekanan,pelinciran, penyejukkan dan
kuasa penggerak, iaitu bateri.
Enjin diesel juga perlu dilakukan kerja penyenggaraan bagi memastikan enjin
diesel dapat beroperasi pada bila-bila masa yang di perlukan .
Bagi enjin tunggu sedia perlu dihidupkan seminggu sekali selama satu jam, bagi
tujuan memanaskan bahan logam, mengalirkan pelincir ke tempat yang di
perlukan serta sistem penyejukkan dan lain-lain keperluan dapat beroperasi.
Enjin diesel perlu diganti minyak pelincir pada tiap-tiap enam bulan sekali sama
ada ia beroperasi secara terus atau tunggu sedia.
Alat-alat yang perlu diganti pada masa yang sama:
1-Penapis udara.
2-Penapis minyak pelincir.
3-Mengganti air penyejukkan.
4-Penapis minyak diesel.

Pastikan bahagian pelinciran luaran dipam minyak grease dan enjin sentiasa
berada dalam keadaan bersih serta tiada bahagian yang longgar atau tidak
bergeger semasa enjin dihidupkan. ARB
Jenis-jenis bateri dan penggunaan:-
Bateri ada dua atau lebih sel disambung secara siri,ia akan menghasilkan voltan
dan arus terus.
Tindak balas kimia di antara elektrolit dan plat menghasilkan tenaga
elektrik.
Bateri terdiri dari dua jenis:
1. Sel kering yang banyak di gunakan dalam penggunaan domestik, beberapa
jenama terkenal telah menggunakan nikel kadmium untuk bateri jenis ini di
mana ia lebih tahan lama untuk tugas ringan dan boleh dicaj semula sebanyak
1000 kali.
2. Sel basah lebih popular untuk tugas berat, ia dikenali sebagai sel basah kerana
jenis ini menggunakan tindak balas cecair kimia dalam menghasilkan sumber
arus terus.
Terdapat dua jenis bateri sel basah dalam pasaran:
a. Bateri nikel kadmium direka dan dikilang untuk empat jenis kegunaan.
i)Untuk tujuan am yang tahan dengan beban terus menerus selama tiga jam
atau lebih seperti bekalan kepada pencahayaan kecemasan, pensuisan pelantik,
penggera kebakaran dan bekalan tunggu sedia. ARB
ii) Untuk prestasi sederhana beban terus menerus selama setengah jam hingga dua
jam seperti bekalan kepada pencahayaan kecemasan, tugas-tugas luar pantai,
penggera kebakaran dan bekalan tunggu sedia.
iii) Untuk prestasi tinggi beban terus menerus selama kurang dari setengah jam
seperti bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS), pemulaan enjin, penutupan suis dan
elektromagnet.
iv) Untuk penggunaan berulang di mana bateri berkeadaan caj dan nyacaj seperti
pencahayaan dalam lokomotif, sistem lokomotif, tugas-tugas luar pantai dan solar.
b) Bateri asid plumbum direka dan dikilang untuk empat jam.
i)Plat (plate) yang berjangka hayat 20 tahun hingga 25 tahun dan biasa digunakan
di sistem janaelektrik, penutupan suis, pencahayaan keselamatan, bekalan kuasa
tanpa gangguan (UPS) dan memulakan enjin.
ii) Taburan berjangka hayat 15 tahun dan biasa digunakan pada sistem
telekomunikasi, sistem janaelektrik dan lokomotif.
iii) Plat rata (flat plate) berjangka hayat selama 10 tahun dan digunakan pada suis
pelantik penutupan, pencahayaan keselamatan, bekalan kuasa tanpa gangguan
(UPS) dan PABX (Public Automatic Branch Exchange).
ARB
iv) Jenis kedap yang berjangka hayat selama 10 tahun dan biasa digunakan untuk
sistem telekomunikasi, bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS), permulaan enjin, suis
pelantik, pertolongan di laut, penggera kebakaran, panel pengesan gas dan
sebagainya.
3. Ciri-ciri teknikal bagi bateri:
Asid Pelumbum Nikal Kadmium
Voltan Namaan 2.0 V 1.2 V
Voltan Apong 2.16 V – 2.25 V 1.4 V – 1.5 V
Voltan Galak 2.4 V – 2.7 V 1.53 V – 1.7 V
Kecekapan Ampere Jam 90% 75% - 80%
Kadar Caj Maksimum 14% C10 33% C5

ARB
4. Bateri Untuk Jana kuasa:-
Bagi set janakuasa bateri digunakan untuk menghidupkan enjin dan membekalkan
tenaga elektrik kepada litar penunjuk seperti lampu, alat jangka dan alat
kawalan. Bateri yang digunakan akan kehilangan kuasa dan perlu dicas semula
supaya kuasanya dipulihkan dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Sistem
cas di perlukan untuk tujuan ini.
5. Cara cara Memeriksa Bateri:-
a) Pastikan bateri diikat kukuh pada tempatnya
b) Pastikan jika sambungan kepala bateri longgar, berkarat atau rosak.
c) Gunakan grease kepada kepala bateri dan terminal bagi menghalang karat dan
pertambahan rintangan akan menyukarkan operasi menghidupkan enjin.
Namun begitu jika bahan tidak bekarat digunakan untuk kepala dan
penyambungan bateri, grease tidak perlu digunakan. Ini adalah kerana
minyak grease akan mengumpul habuk.

ARB
d. Periksa paras elektrolyte bateri. Sepatutnya 0.4 in (10mm) dari atas plat bateri
e. Periksa jika ada kerosakan luar kepala bateri
f. Ukur voltan bateri menggunakan meter voltan d.c yang sesuai, selalunya 12 v
atau 24 v digunakan.
g. Periksa ketumpatan bandingan (specific gravity) elektrolyte setiap sel bateri
menggunakan hydrometer.
h. Jika membuka kabel bateri buka kabel negative dahulu.
i. Bateri boleh hilang kuasa walaupun tidak digunakan. Oleh itu ia perlu di cas
selalu jika tidak digunakan.
j. Jangan membuat ujian dengan melintar pintaskan punca positive dan negative
bateri kerana perbuatan itu menghasilkan percikan bunga api dan bahaya di mana
kebakaran boleh terjadi.

ARB
6.Ketumpatan Bandingan:-
Ketumpatan bandingan elektrolyte adalah 1.26 pada suhu 20 C. Jika perubahan
suhu berlaku ketumpatan bandigan akan berubah pada setiap 1 C dengan nilai
0.0007.
Jika ketumpatan bandingan elektrolyte bateri tidak sama seperti di atas walaupun
bateri telah dicas penoh, ketupatan bandingan boleh diperolehi dengan
menggunakan air sulin atau larutan sulfuric acid yang mempunyai nilai
ketumpatan bandingan 1.45 atau lebih rendah.
7. Sistem Cas:-
Sistem cas yang kerap digunakan ialah:
a) Trickle cas - untuk menggantikan cas bateri yang hilang secara neutral
b) Boost cas - mengecas bateri dengan arus tinggi dan masa yang pendek
c) Float cas - mengecas bateri yang sedang digunakan kuasanya

ARB
8. Cas bateri:-
Terdapat beberapa cara mengecas bateri:
a) Cas kering (Dry Charge) di perlukan untuk bateri baru. Kemudian dalam masa
24jam selepas elektrolyte diisi, ia perlu dicas semula. Jumlah arus elektrik yang
diperlukan untuk mengecas bateri mestilah tidak melebihi 0.05 dari kapasiti
bateri dan cas selama 5 hingga 10 jam.
b) Untuk cas biasa bateri yang kurang tenaga arus elektrik 0.1 dari kapasiti bateri.
Jumlah masa yang perlu dicas boleh diperolehi dengan formula di bawah.

=electricity discharge (AH) X Faktor ( 1.2 atau 1.5 )

Arus charging
Contoh:-
Jika kapasiti bateri 110AH mempunyai ketumpatan bandingan 1.2 , 40% .
Dischage = 40 x 110 /100 =44AH Arus charging = 110 x 1 / 10 = 11A
Masa charging = 44 x 1.2 / 11 = 4.8jam.
ARB
Menguji kuasa bateri:-

HydroVolt alat uji ketumpatan bandingan Bateri Tester, alat uji nilai voltan tiap-tiap
.(nilai Air Bateri) sel.
1. Warna merah = discharge 1. Warna merah = discharged

2. Warna putih = normal ( biasa) 2. Warna kuning = normal ( biasa)

3. Warna hijau = penoh 3. Warna hijau = penoh


4. Warna putih = fullup ARB
Bateri Tester, ini diguna untuk ujian bateri
seminggu sekali sebelum enjin di hidupkan
selama satu jam setiap minggu, Lihat Gambar
Rajah ‘A’
‘Bateri Tester’ ini tidak sama dengan multimeter
ia menyukat nilai voltan bersama beban.
Dalam kata lain ia menyukat kekuatan tekanan
voltan, yang ada pada sesebuah sel bateri itu
dan penunjuk jarum meter pada Warna Merah
(dischaged ) Kuning ( Normal ) Hijau (Penoh )
Putih (Fullup ).
‘’bateri tester’’ tidak boleh diguna untuk
menjalankan kerja kerja Commissioning battery
bank ( Discharge Battery )
9. Ketumpatan Bandingan Elektrolyte Dan Discharge:-
Ketumpatan bandingan Discharge volume Charging
Lebih 1.230 kurang 25% tidak perlu
1.19 > 1.230 25% > 49% perlu
Kurang 1.19 lebih 50% perlu
10. Langkah –langkah Keselamatan:-
1- Bateri perlu di letakkan tegak kecuali bateri kering
2- Memakai cermin mata keselamatan apabila membuat kerja
3- Menggunakan perkakas bertebat
4- Memakai pakaian pelindung apabila berkerja dengan elektrolyte
5- Jangan merokok berhampiran bateri
6- Elakkan elektrolyte dari terkena kulit dan pakaian
7- Jangan biarkan bahan-bahan logam terletak di atas bateri atau jatuh merentang
tamatan
8- Jangan memakai pakaian nylon kerana di khuatiri menghasilkan elektrostatik ARB
Persedian alat alat pengujian:-
1. Multimeter 1nos
2. Discharge load 1nos
3. Hydrovolt (Uji Air Bateri) 1nos
4. Clampmeter D/C 1nos
Ujian discharge bateri bank ( Commissioning battery Bank) dilakukan bagi tujuan
masa charge dan discharge mengambil masa yang sama.

1-Sebelum membuat ujian dicas bateri kuasa charge di “off”kan, setelah kuasa bateri
benar-benar sudah penuh. Guna discharge load bagi membuang cas yang ada pada
bateri. Buat permulaan ambil bacaan nilai voltan keseluruhan dan ambil bacaan
voltan untuk tiap-tiap sel bateri.
2-Ambil bacaan ketumpatan bandingan ( Specific Gravity) untuk tiap-tiap sel bateri
3-Bacaan perlu diambil setiap satu jam sekali sehingga bacaan voltan menjadi nilai
kosong, lihat gambar rajah ‘B’

ARB
Atur cara melaksana ujian:-
Ujian mingguan:- Ujian keselurohan sel
Bateri tester mendapat nilai voltan 12v
Bateri tester
hingga 13.5v d/c

Ujian dilakukan pada


tiap tiap sel 1.2v d/c
Ujian ini bertujuan bagi menyukat nilai voltan dan beban
Hedrovolt tester

Ujian ketumpatan bandingan


(Specific Gravity) diuji tiap tiap sel
dan ambil bacaannya

Kedua dua ujian diatas diuji pada tiap tiap minggu sebelum enjin dihidupkan.
Gambar Rajah ‘A’
Commissioning battery bank:-
Multimiter

Ujian dilakukan pada tiap tiap sel

Ujian ini bertujuan bagi menyukat nilai voltan sahaja


Hedrovolt tester

Ujian ketumpatan bandingan


(Specific Gravity) diuji tiap tiap sel
dan ambil bacaannya

Ujian di atas dibuat dan diambil bacaan sebelum discharge bateri dibuat
Gambar Rajah ‘B’ langkah pertama
Commissioning battery bank:-

Ujian ini bertujuaan membuang cas yang ada pada tiap tiap sel bateri

Load discharege

Gambar Rajah ‘B’ langkah kedua


BATTERY DISCHARGE TEST RESULTS:
Substation : Date:
Battery type: Nominal voltage: Make:
Discharge time: Ambient temp: Discharge amp:

Hours 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Remarks
No S/G Volt Volt Volt Volt Volt Volt Volt Volt Volt volt Volt S/G
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Tested by: (Specific gravity) ketumpatan bandingan.


1- Asas Janakuasa
Janakuasa ialah sebuah mesin yang menukar tenaga mekanikal kepada tenaga
elektrikal.Sebaliknya mesin yang boleh menukar tenaga elektrik kepada tenaga
mekanikal dipanggil motor.Binaan terdiri dari Stator dan Rotor.Asas janakuasa ialah
apabila seutas kabel/pengalir yang boleh membawa arus digerakkan atau memotong
kearah medan magnet kekal,dan akan ujud di pengalir tersebut (lihat rajah 1.00) di
samping itu sebaliknya medan kekal boleh juga digerak kearah kabel tadi yang
dalam kedudukan tidak bergerak (stationary) arus juga wujud di kabel/pengalir
tersebut. Proses ini dipanggil atau di kenali sebagai aruhan elektromagnet
(electromagnet induction).

Rajah 1.00 Penukaran Urat Daya Mengaruhkan Daya Gerak Elektrik ARB
Asas Janakuasa
Di samping kita menggunakan satu magnet kekal untuk mengeluarkan urat daya
magnet, satu cara lain boleh juga di perolehi iaitu dengan melilit pengalir di sekeliling
sekeping besi lembut ( soft iron ). Dan mengalirkan arus terus ke pengalir tersebut
seperti digambar rajah 1.01. Kekuatan urat daya magnet dapat dikawal oleh arus.

Rajah 1.01 Kesan arus pada gelung ( Elektromagnet )


ARB
2- Prinsip Asas Penjanaan
Sama ada suatu pengalir melalui medan magnet atau medan magnet digerakkan
melalui pengalir, asalkan wujud gerakkan diantara pengalir, maka akan tetaruh daya
gerak elektrik ( d,e,g ). Dari rajah 1.00 dapat di tunjukkan kesan apabila magnet
digerakkan melalui pengalir berbentuk gegelang, yang mana dapat dijelaskan
seperti berikut:
Nilai pesongan jangka Galvanian berkadar terus dengan halaju gerakan ( v )
gegelung dan magnet. Apabila magnet dikeluarkan dari dalam gegelung, jarum
jangka Galvanian terpesong ke arah yang bertentangan dengan arah semasa
magnet dimasukkan. Pengunaan bahan magnet yang lebih kuat ( urat daya B )
akan memberi pesongan yang lebih. Penambahan bilangan lilitan ( I ) gegelung
akan menyebabkan pesongan yang lebih.
Dari ujikaji di atas, magnitud pesongan jangka Galvanian boleh di anggapkan
sebagai ukuran d,e,g yang terjana. Di sini dapat dilihat bahawa magnitud pesongan
jangka Galvanian ini bergantung kepada kekuatan urat daya magnet ( B ) halaju
gerakan ( v ) dan bilangan lilitan atau pun panjangnya pengalir ( I ). Juga arah
pesongan jangka bergantung kepada arah medan magnet dan gerakan.

ARB
Prinsip asas penjanaan

Hukum Fleming Tangan Kanan ( Janakuasa )


Dari Rajah diatas dapat difahami bahawa satu medan magnet pegun dengan
ketumpatan fluks “ B “ dengan panjang pengalir “I” begerak melalui halaju “v”
memotong garisan fluks pada sudut 0. d,e,g terjana akan bertambah sepadan
dengan keamatan fluks dan halaju gerakan. Ia juga akan bertambah jika panjang
pengalir ( lilitan ) bertambah.

ARB
Prinsip asas penjanaan
Jika d,g,e adalah E = BLv Sine 0 maka
EaB
EaI
E a v dan E a Sine 0
Sudut di mana pengalir memotong garisan fluks adalah faktor penting d,g,e menjadi
maksima apabila pengalir bergerak sudut tepat dan menjadi sifar apabila bergerak
selari dengan garisan fluks .Pada kedua-dua keadaan di atas,boleh dikatakan
bahawa ,dengan mengambilkira semua hubungan diatas,dimana
EaB
EaI
E a v, dan
E a Sine 0
Satu persamaan umum diperolehi,yakni,
E = BLv Sine 0
ARB
Prinsip asas penjanaan
Di mana ,
E= d,g,e yang terjana didalam volt ( V )
B= Keamatan fluks di dalam tesla ( T )
L= Panjang pengalir di dalam meter ( m )
V= Halaju pengalir dan medan magnet di dalam meter persaat ( m/s )
0= Sudut di antara arah gerakan pengalir dan garisan fluks.

ARB
Pembinaan asas janakuasa

Rajah 3.00 Pembinaan asas janakuasa

Sebuah janakusa mengandungi dua bahagian asas (sila pandukan rajah 3.00 iaitu
pemutar (rotor) dan pemegun (stator). Pemegun atau bahagian yang tidak bergerak
sesebuah penjana biasanya menempatkan lilitan utama tiga fasa kuasa ulangalik.
Pemutar yang digerak oleh kuasa penggerak utama (Prime mover) mengandungi
kutup medan magnet yang dihasilkan oleh bekalan arus terus merentasi ruang udara
kelilitan pemegun (stator coil) daya gerak elektrik d,g,e tiga fasa terhasil di punca
keluaran penjana generator output terminals. D,g,e yang terjana ditunjukkan sebagai
satu gelombang sine. Proses ini di kenali sebagai aruhan elektromagnet. ARB
Pembinaan asas janakuasa
Di mana E= Daya gerak elektrik
B= Urat daya magnet
L= Panjang pengalir/bilangan lilitan dan
0= Sudut di antara arah gerakan prngalir dan garisan flugs.
Berus berus karban (Carbon brush) yang dipasang di atas gelang arus (slip ring)
adalah berfungsi untuk memugut arus elektrik yang dijana di dalam angker dan
membawanya ke litar luaran untuk dibekalkan ke beban elektrik.Gelang arus dan
berus karban terpaksa digunakan di sebabkan satu bahagian berputar dan satu lagi
bahagian tidak beputar. Namun begitu janakuasa jenis gelung berputar ini sudah
tidak banyak dikeluarkan dan digunakan sebab memerlukan senggaraan yang lebih.
Jenis yang banyak digunakan sekarang ialah jenis tanpa berus karban.

ARB
Asas keluaran janakuasa
1 2 3 4 5

0 1/4 1/2 3/4 1


Own Revolution

induced
B
+
-A C E
Rajah 4.00
D
Berpandukan pada rajah 4.00 voltan yang dijana oleh janakuasa ialah voltan ulang
alik oleh kerana ianya mengikut masa dan kedudukan dari positif ke negatif.Oleh
kerana voltannya berubah ubah atau berulang alik maka arus sentiasa dikaitkan
dengan voltan ulang alik. Voltan ulang alik akan menghasilkan arus ulang alik.

ARB
Ulangan sebuah pengulangalik

Ulangan arus ulangalik yang dijana oleh sebuah pengulangalik bergantung kepada
bilangan kutup dan kelajuan pemutar.
Kaitan di antara ulangan yang dijana disebut dalam kitaran sesaat,kelajuan disebut
dalam pusingan seminit dan bilangan kutup adalah seperti fomula dibawah ini.
F= P N/120 Hz
Di mana
F= Keluaran ulangan dalam Hz (hertz)
N=Putaran janakuasa pusingan seminit (p,m,s,)
P= Jumlah bilangan kutup utara dan selatan 120 = Angkatap

ARB
Jenis jenis pengulangalik
Ada dua jenis pengulangalik iaitu:
a) Pengulangalik jenis angker bergerak / berputar
b) Pengulangalik jenis medan bergerak / berputar

Rajah 6.00 Kegunaan biasanya voltan rendah


ARB
Pengulangalik tiga fasa jenis medan bergerak

Rajah6..01 kegunaan biasanya voltan tinggi

Jenis angker yang bergerak berputar melalui medan yang pegun. Manakala arus
ulangalik yang dijana disalurkan ke beban melalui gelang arus (lihat rajah 6.00).
Walau bagaimanapun biasanya jenis pengulangalik angker yang bergerak hanya
yang berkadaran kecil sahaja. Di samping itu ia tidak digunakan dengan
meluas.Pengulangalik jenis medan bergerak mengandungi lilitan angker yang pegun
dan medan yang bergerak.

ARB
Pengulangalik tiga fasa jenis medan bergerak
Kebaikan jenis angker yang pegun ialah voltan yang dijana boleh disambung terus
ke beban tanpa gelong arus dan berus karban. Di samping itu sambungan yang
dibuat berserta dengan tebatan yang berkesan di punca sambungan jenis angker
yang pegun.Oleh itu pengulangalik jenis voltan tinggi biasanya dari jenis angker
yang pegun dan medan magnet yang bergerak.

Kuasa janakuasa
Pengulangalik berkadaran mengikut voltan dan arus keluaran.Inibermakna
kadaran pengulangalik tersebut dalam Volt-Ampere (VA). Bagi mesin yang besar
ianya berkadaran Kilovolt-Ampere (KVA) dan (MVA) untuk janakuasa yang
terbesar,selaras dengan kuasa yang mampu dikeluarkan oleh pengulangalik
tersebut.
Pelaras voltan otomatik(Generator automatic voltage regulator)
Voltan keluaran sebuah janakuasa tiga fasa yang biasa digunakan di Malaysia
240v / 415v. Mengikut peraturan IEE perubahan voltan ialah +5% dan -10% ia
disambung secara bintang (star). Titik bintang dibumikan. Oleh itu sistem iniadalah
sistem 3 fasa empat dawai. Penentuan voltan yang dijana oleh sebuah janakuasa
ialah dengan menyelaras perubahan medan. Sila lihat rajah 8.00 satu contoh
pelaras voltan. ARB
Rajah 8.00 satu contoh pelarasan voltan (Pengujian luar)

ARB
Pelaras voltan secara manul (Manul operated voltage regulator)
Dalam sebuah janakuasa voltan keluaran berubah ubah dengan beban dan dengan
tambahan susutan IR (Stator dan talian)dan satu lagi susutan dalam lilitan yang
dikenali sebagai susutan IXL. Kedua dua susutan IR dan IXL boleh menurunkan
keluaran voltan sebaik saja beban meningkat.
Perubahan voltan dari tiada beban kepada adanya beban penuh adalah dipanggil
pengaturan voltan (voltage regulation). Untuk kegunaan satu reostat dengan operasi
manual (manual operation) didalam kitar medan boleh digunakan bagi
menyelaraskan kekuatan medan. Tetapi oleh kerana banyak janakuasa mengalami
bebanan yang tidak seimbang secara berterusan, adalah perlu dibuat banyak
pengubahsuian.Oleh itu alat yang beroperasi secara automatik adalah lebih sesuai
(sila lihat rajah 8.01). Pelaras voltan untuk sistem mengecas bateri kereta adalah
contoh sebuah pelaras voltan otomatik.

ARB
Rajah 8.01 Janakuasa ujaan diri dengan bantuan AVR (Automatic voltage regulator)

ARB
Automatic voltage Sensing wire for AVR
regulator load

PMG
Exciter stator
stator
Main generator
stator

PMG Exciter Rotating Main generator


Rotor Rotor rectifiers rotor

Janakuasa pengujaan PMG dan AVR


ARB
Pengujaan (Exciter)
Telah dijelaskan bahawa arus terus perlu dibekalkan kepada lilitan medan bagi
tujuan mengujudkan medan magnet supaya voltan keluaran janakuasa dapat
distabilkan.Proses ini dipanggil pengujaan janakuasa.Pada janakuasa tunggu sedia,
tiga jenis pengujaan yang sering digunakan adalah seperti berikut.
1- Pengujaan ujaan diri
2- Pengujaan PMG bantuan AVR
3- Pengujaan ujaan luar.
Kadaran sesebuah janakuasa
Bagi menentukan kadaran janakuasa faktor seperti di bawah ini perlu diambil kira:
a)Penggunaan sama ada untuk tunggu sedia,kuasa punca atau beterusan
b)Beban puncak dalam KW
c)Peratus lebihan beban
d)Faktor kuasa beban
e)Voltan dan fasa (satu atau tiga fasa)
f) Suhu sekeliling

ARB
Kadaran sesebuah janakuasa
g)Had jumlah voltan
h)Had kejatuhan kelajuan
i)Senarai saiz motor dan ciri ciri permulaan
j)Maklumat mengenai jumlah beban yang mungkin wujud di talian apabila
sebarang r motor besar dimulakan.
k)Peratus “down rated”
Janakuasa tunggu sedia
Janakuasa tunggu sedia adalah merupakan sistem bekalan elektrik yang tidak
digunakan dalam keadaan bekalan elektrik adalah normal,ianya digunakan apabila
bekalan kuasa elektrik yang biasa diterima terputus atau mengalami gangguan.
Bilik janakuasa tunggu sedia
Janakuasa hendaklah ditempatkan di dalam bilik yang sesuai dan cukup
keluasannya. Keperluan bilik tersebut antaranya ialah:
a)Cukup keluasan dan ketinggiannya
b)Bersebelahan atau hampir dengan bilik papan suis utama.
c)Laluan keluar masuk hendaklah mudah untuk tujuan senggaraan.
d)Mempunyai peredaran udara yang mencukupi
ARB
Bilik janakuasa tunggu sedia
e)Mempunyai alat atau sistem pemadam api dari jenis yang sesuai dan diluluskan
f)Mempunyai lampu dan soket 13A yang secukupnya.
g)Mempunyai tikar getah setebal 5mm dihadapan papan AMF board dengan saiz
yang tidak kurang dari lebar AMF board itu sendiri.
h)Dilengkapkan dengan sistem pembumian untuk badan logam janakuasa titik
bintang.
i)Dilengkapkan dengan sistem penyerap bunyi.
j)Mempunyai “trench” jika berada ditingkat bawah.
k)Dilengkapkan dengan tanda notis bahaya dan kuncikan pintu masuk.
Papan AMF
Funsi utama papan AMF digunakan untuk menghidupkan engin diesel apabila
bekalan TNB terputus atau mengalami gangguan. Selain daripada itu ia juga
melindungi engin diesel dan janakuasa .
Apabila engin diesel djalankan dengan jayanya,Bekalan dari janakuasa akan
disalurkan kepapan suis utama melalui suis tukar alih otomatik empat kutup(Four
pole automatic chenng over switch) suis tersebut diatas perlu dilengkapkan dengan
kuat punca elektrikal dan mekanikal.

ARB
Generator open circuit test:-
Sebelum menjalankan ujian open circuit test pastikan MCCB janakuasa di”off”kan
dahulu, pastikan peralatan untuk menjalankan ujian telah disediakan.
Alatan pengujian:-
a) Multimeter 4nos
b) Clamp meter D/C 1nos
c) Transformer A/C to D/C 30V 15Amp 1nos
Ujian open circuit test bertujuan memastikan Exciter coil, Rotating rectifier dan main
Generator dalam keadaan baik, ia juga dapat dilihat dari curve hasil ujian yang
menunjukan semakin tinggi voltan d/c di“inject” pada exciter semakin besar nilai
voltan a/c yang keluar dari main stator.
Ujian ini dijalankan semasa pemasangan baru dan setelah mejalankan kerja-kerja
penyenggaraan janakuasa.

ARB
Prosedur melaksanakan Open circuit test:-
Generator open circuit curve:-
350v

300v

250v

200v

150v

100v

50v

0v

0 0.1 0.2 0.3 0.4 0.5 0.6 0.7 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 2.0 2.1 2.2
ARB
OPEN CIRCUIT TEST RESULTS:
Substation : Date:
Gen-set type: Gen-set Output Volt A/C: 1Fasa: 3Fasa:
Exciter Volt D/C: Ambient temp: RPM:

Exciter I (Arus) Exciter Volt D/C Gen-set Output Volt A/C


1Phase 3Phase
0
0.1
0.2
0.3
0.4
0.5
0.5
0.7
0.8
0.9
1.0
1.1
ARB
Exciter I (Arus) Exciter Volt D/C Gen-set Output Volt A/C
1Phase 3Phase
1.2
1.3
1.4
1.5
1.6
1.7
1.8
1.9
2.0
2.1
2.2
2.3

Perbezaan Voltan D/C dengan A/C fasa tunggal antara 5% hingga 15%

ARB

You might also like