You are on page 1of 17

KRITIKAN

SASTERA
~ TEORI
DISEDIAKAN OLEH:
NOOR SYAZWANI SAADIL
MARXISME~
NUR ATIQAH HALILI
KARL MARX (1818 – 1883)
 pelopor utama gagasan
“sosialisme ilmiah”.
 Lahir pada tahun 1818 di
kota Trier, Jerman.
 Ayahnya ahli hukum.
 Pada umur 17 tahun Karl
masuk Universiti Bonn,juga
belajar hukum.
 Meninggal pada 14 Mac
1883.
PENDIDIKAN
 Marx menerima markah yang baik di sekolah gymnasium, sama taraf dengan
sekolah menengah. Thesisnya yang memberi penekanan kepada fungsi
masyarakat berbanding ketidaksamaan politik dan ekonomi) iaitu “Agama:
Gam Yang Mengikat Masyarakat Bersama“.
 Marx memasuki Universiti Bonn pada tahun 1833 untuk mempelajari 
undang-undang, atas permintaan ayahnya.
 Tahun berikutnya, ayahnya memaksa dia bertukar ke Friedrich-Wilhelms-
Universität di Berlin (sekarang dikenali sebagai Universiti Humboldt). Di
sana, dia bertukar minat pada falsafah bertentengan dengan kehendak
ayahnya, dan dia memasuki kumpulan pelajar dan profesor muda yang
dikenali sebagai "Young Hegelians", diketuai oleh Bruno Bauer. Sesetengah
ahli kumpulan ini menganggap persamaan dengan sebelum falsafah Aristotle
 dan post-Hegelian philosophy. Max Stirner, seorang lagi ahli Young
Hegelian menggunakan kritikan Hegelian dan mendakwa bahawa selain
menolak ugama sepenuhnya nihilistic adalah mistik mysticism.
Pandangannya tidak diterima oleh kebanyakan rakannya, dan Karl Marx
bertindak balas responded in parts melalui Die Deutsche Ideologie (Ideologi
Jerman).
 Marx diberi amaran agar tidak menghantar dissertation kedoktorannya di
KERJAYA
 Apabila Bauer, mentornya disingkir dari fakulti falsafah pada tahun 1842,
Marx meninggalkan falsafah untuk menceburi bidang kewartawanan dan
menyunting Rheinische Zeitung, akhbar radikal Cologne.
 Apabila akhbar tersebut ditutup pada tahun 1843, sebahagiannya akibat
pertelingkahan antara Marx dan penapis kerajaan, Marx kembali berpaling
kepada falsafah, melibatkan diri dengan aktivis politik, dan bekerja sebagai
pemberita bebas free-lance.
 Marx kemudiannya berpindah, sesuatu yang sering berlaku akibat
pandangan radikalnya. Pada mulanya Marx berpindah ke Perancis, dimana
dia menilai semula hubungannya dengan Bauer dan kumpulan Hegelians
Muda, dan menulis On the Jewish Question, kebanyakannya kritikan pada
pendapat semasa mengenai hak awam dan kebebasan politik political
emancipation.
 Di Paris dia bertemu dan bekerjasama dengan rakan collaborator 
Friedrich Engels, yang membawa perhatian Marx pada keadaan kelas
bekerja, dan membimbing minat Marx kepada ekonomi. Selepas dia
dipaksa meninggalkan Paris kerana hasil tulisannya, dia dan Engels
berpindah ke Brussels, Belgium.
KARYA-KARYA KM
 Baxandall, et al. Marx and Engels on Literatur and Art. New York: International
General, 1973.
Meski Marx dan Engels tidak menfokuskann diri pada literatur di dalam teori
dasar mereka, mereka sangat tertarik dan yang dipengaruhi oleh literatur. Buku
ini mengumpulkan sebagian tulisan mereka dan pendapat tentang literatur.
 Craig, David, ed. Marxists on Literatur. Harmondsworth: Penguin, 1975.
Buku ini adalah koleksi esei oleh berbagai Kritikus Marxist. Ia menawarkan
berbagai pendekatan literatur dari perspektif Marxist.
 Eagleton, Terry. Criticism and Ideology. London: New Left Books, 1976.
Meski secara spesifik bukan tentang kritik berkaitan kesusasteraan Marxist, buku
ini menawarkan deskripsi dari banyak teori kontemporer dari Perspektif Marxist.
 Eagleton, Terry. Marxism and Literary Criticism. London: Methuen, 1976.
Buku ini adalah pengenalan yang sangat jelas terhadap aplikasi teori Marx pada
studi literatur.
 Forgacs, David. “Marxist Literary Theories.” Modern Literary Theory, eds.
Jefferson and Robey. London: Batsford, 1986.
Buku ini menguraikan berbagai jenis teori kesusasteraan; dan bab tentang Teori
Marxist adalah pengenalan yang cukup bagus.
TEORI MARXISME
 Marxisme adalah fahaman atau ideologi tentang kehidupan
dengan kepercayaan bahawa sosio ekonomi adalah
penentunya.
 Teori ini memberi penekanan kepada kehidupan manusia yang
sangat bergantung dan ditentukan oleh sistem sosio ekonomi
yang ada di dalamnya.
 Oleh itu, Marxis melihat sejarah dan budaya serta kegiatan
ekonomi masyarakat adalah sangat relevan untuk memahami
sesuatu masyarakat.
 Marxisme  lebih cenderung memahami perilaku masyarakat
khususnya yang berkait dengan politik, ekonomi, budaya dan
sejarah.
 Marxisme tumbuh sebagai kumpulan pemikiran yang hidup
dalam realiti politik sebenar.
 Teori ini dilihat sangat relevan bagi menjelaskan kemunculan
fenomena sastera. Sebagai satu produk sosial, karya
kesusasteraan terikat secara langsung dengan sistem sosial,
persekitaran masyarakat dan pemikiran pengarang yang
menghasilkan karya tersebut. Di sinilah letaknya
kesignifikanan teori Marxisme yang pada asalnya sebuah
teori ekonomi bagi menjelaskan hubungan kesusasteraan
dengan elemen sosial.
 Marx menganggapkan, mengkaji untuk memahami
kesusasteraan, tidak akan sempurna jika ianya dipisahkan
dari realiti masyarakat. Realiti mempunyai latar yang jelas
dan berstruktur.Struktur ini pula mempunyai bentuk yang
khusus.
 Struktur masyarakat bersifat dialektikal. Masyarakat yang
dinamik dan salin bertentangan. Perjuangan kelas sosial
yang bersifat antagonis.Untuk memahami maka, teks
kesusasteraan harus dikaji dengan memberi pemerhatian
yang tinggi terhadap aspek dialektikal itu
 Sosio ekonomi sebagai penentu mutlak. Sesebuah
masyarakat ditentukan secara mutlak oleh unsur sosio
ekonomi. Sosio ekonomi dapat dirujuk kepada
perhubungan dan perkaitan pelebagai jenis pengeluaran
ekonomi. Asas sosio ekonomi yang menentukan karya.
Karya kesusasteraan pula adalah gambaran (cerminan)
tentang apa yang ada dalam sosio ekonomi.

 Masyarakat dilihat sebagai berstruktur. Asas sosio ekonomi


yang membentuk struktur. Struktur yang paling tinggi ialah
struktur agung. Struktur agung yang mempengaruhi
perubahan sejarah dan masyarakat. Kesusasteraan
diletakkan dalam struktur agung. Struktur agung inilah
yang mencerminkan asas kaitan dengan kesusasteraan.
 Konsep ideologi
 Marx dan Engels telah menggunakan istilah ideology
dalam tahun 1840 menerusi karyanya yang berjudul `The
German Ideology’.Istilah ini pada asalnya dicetuskan oleh
seorang ahli falsafah Rasionalis Perancis Destutt de Tracy
(1790-an) yang merujuk kepada `Science of Ideas`
sebagai menentang pemikiran metafizik.
 Kritikan ideologi ini memainkan peranan yang sangat
penting dalam kajian kesusasteraan sejak pengaruh
Kritikan Baharu menjadi lemah. Marx memahami idelogi
sebagai sesuatu yang berlawanan dengan jenis
pengetahuan yang bersifat objektif. Marx menempatkan
kesusasteraan dalam struktur agung idelogi yang setaraf
dengan agama, falsafah, politik dan sistem
perundangan.
 Memahami kesusasteraan dari pandangan
Marxis

Untuk memudahkan kefahaman terhadap


kesusasteraan maka dibina lima model
pendekatannya iaitu Model pencerminan, Model
Penerbitan, Model Genetik, Model Pengetahuan
Negatif dan model Berpusatkan Bahasa.
Model Pencerminan
Dikenali juga sebagai Model Peniruan.
Marx menganggap kesusasteraan/karya sastera sebagai cerminan
realiti dalam masyarakat (demikian sebaliknya).
Pemikiran ini berakar umbi dari idea Plato dan Aristotle tentang
`peniruan`.
George Lukacs memantapkan model ini dengan beberapa
perbezaanya dengan idea Marx.
1. Cerminan tidak bermakna kesusasteraan sebagai
mencerminkan realiti.
2. Tetapi realiti yang dimaksudkannya ialah realiti yang
mempunyai bentuk.
3. Realiti ini tergambar daripada keseluruhan dialetik.
4. Untuk menjadikan realiti ini tercermin dalam kesusasteraan,
maka ianya harus melalui proses kreatif dan pengarang
memainkan peranannya untuk menghasilkan bentuk karya yang
mencerminkan bentuk dunia sebenar. Bentuk inilah yang
membezakan karya yang realisdan karya yang kreatif.
MODEL PENERBITAN
Merupakan Model produksi sastera.
Dikemukakan oleh Piere Macherey (ahli Marxis Perancis).
Beliau menghubungkan karya dengan realiti, tetapi tidak sama dengan konsep
pencerminan Lukacs.
Karyanya menekankan kepada perhubungan di antara pengarang dengan karya
dan ideologi dengan realisme.
Karya beliau yang menjelaskan model ini ialah A Theory of Literary
Production.
Dimana,dalam karyanya menyatakan:
i. Kesusasteraan sebagai tenaga pengeluar yang produktif.Apa-apa yang
dimasukkan ke dalam teks biasanya akan ditukar menjadi sesuatu yang lain.
ii. Ideologi sebagai pementasan tentang dunia nyata.
iii. Teks dilihat sebagai tidak pernah sempurna.
Oleh itu, ada kekosongan dan ketakseimbangan dalam teks. Pembacalah yang
bertanggungjawab melengkapkannya.
MODEL GENETIK
 Model ini dikemukakan oleh Lucien Goldmann.
 Goldman menganggapkan kesusasteraan terhasil
kerana ada sebab akibat, asal usulnya dan penentu-
penentuan tertentu.
 Karya beliau yang berjudul The Hidden God (1955)
yang melihat salin kaitan yang wujud dalam kelompok
sosial. Dalam kelompok itu terdapat manusia istimewa
yang mempunyai hak-hak tertentu.
 Menurut beliau, karya kesusasteraan adalah
merupakan satu pandangan dunia kelompok tertentu.
 Di mana pengarang sebenarnya merupakan wakil
kelompok kelas sosial tertentu yang menulis karya
bagi pihak kelas sosialnya itu.
MODEL PENGETAHUAN NEGATIF
 Model ini dikemukakan oleh Theodor
W.Adorno.
 Kritikan terhadap model Pencerminan Lukacs.
 Seni dan realiti berada pada satu jarak yang
tertentu yang membolehkan karya sastera
pada satu sudut yang baik untuk mengkritik
kebenaran.
 Realiti adalah keseluruhan dialektikal.
 Seni adalah pengetahuan negatif tentang dunia
sebenar.
 Oleh itu, seni boleh mempengaruhi dan
MODEL BERPUSATKAN BAHASA
 Model ini dimajukan oleh kumpulan Bakhtin.
 Masyarakat dan bahasa tiada garis sempadan.
 Ideologi adalah bahasa dalam bentuk lambang-
lambang bahasa.
 Bahasa sebagai kegiatan sosial.
 Beliau menolak model pencerminan yang
menyatakan karya kesusasteraan sebagai
cerminan sosial.
 Sebaliknya, karya sastera adalah cerminan
ideologi.
Kesimpulan

 teori Marxisme muncul bukannya disebabkan


fenomena-fenomena kesusasteraan, sebaliknya lebih
disebabkan oleh fenomena-fenomena sosial yang
berkait dengan pertentangan kelas dalam sistem
ekonomi, kekuasaan dan pengaruh politik.
 Walau bagaimanapun, fenomen-fenomena sosial ini
juga berkait rapat dengan kesusasteraan. Marxisme
meletakkan kesusasteraan dalam struktur yang tinggi
dalam sisitem sosial. Realiti dalam teks sebenarnya
adalah cerminan daripada realiti dalam masyarakat.
CONTOH KARYA
 Ahli kritik sastera melihat, ruang sosial dan ekonomi yang
dibincangkan oleh teori Marxisme membuka ruang yang luas
untuk memahami fenomena tentang isu-isu sosial seperti
kemiskinan, setinggan, buruh, perebutan kuasa, penindasan,
teks kesusasteraan. Oleh kerana itu, untuk memahami
fenomena ini, pengkritik lazimnya menggunakan dasar-
dasar teori Marxisme mengkritik teks.
 Misalnya pengkritik boileh menggunakan model
Pencerminan seperti yang dikemukakan oleh George Lukaas
bagi memahami perkaitan bentuk realiti di dalam novel Shit
karya Shahnon Ahmad dengan realiti politik dalam negara
era pertembungan Mahathir-Anwar Ibrahim. Atau
menggunakan teks yang sama untuk memahami konsep
`pandangan dunia` (world view) berasaskan
model Genetik seperti yang dikemukakan oleh Lucien
Goldman.

You might also like