You are on page 1of 9

SUMPAHAN MAHSURI

Kira-kira dua ratus tahun dahulu, dalam masa pemerintahan Al-Marhum Sultan Abdullah

Mukaram Shah yang kedua yang memerintah Kedah antara tahun 1762 dengan 1800, ada

seorang Melayu miskin tinggal di pulau Langkawi itu bersama-sama isterinya. Mereka berdua

hanya mempunyai seorang anak perempuan. Nama orang itu Pandak Maya, nama isterinya Mek

Andak Alang dan anaknya dipanggil Mek Yah.

Pada suatu hari sedang suaminya mencari seekor kerbau hilang, maka dengan tiba-tiba turun

hujan yang sangat lebat serta guruh petirnya. Pandak Maya berteduh di dalam sabuah pondok

tinggal. Semasa ia berada di dalam pondok itu ia telah mendengar tangisan seorang kanak-kanak

kecil. Ia memandang ke seluruh tempat di dalam pondok itu hendak mencari di manakah kanak-

kanak itu tetapi tidak ada tanda-tanda manusia di mana-mana pun. Satu benda luar biasa yang

dilihatnya di dalam pondok itu hanyalah sekeping kerak nasi di atas lantai pondok tersebut.

Diambilnya sedikit kerak nasi itu kerana hendak diperiksanya. Ia berasa takjub kerana dengan

serta-merta tangisan kanak-kanak itu pun berhenti.


 
Selepas memerhatikannya maka dilepaskannya kerak nasi itu dan kedengaran semula bunyi
kanak-kanak menangis. Pandak Maya bertambah hairan apabila melihatkan kejadian itu. Apabila
hujan sidang ia pun berjalan balik dengan membawa sedikit kerak nasi itu. Apabila sampai di
rumah diberinya kerak nasi itu kepada isterinya serta diceritakannya apa yang telah berlaku.

Isterinya menyatakan kepadanya bahawa mengikut kepercayaan orang tua-tua tangisan kanak-
kanak seperti itu ialah tangisan "semangat" buah padi.

Mek Andak pun menyimpan kerak nasi itu dan pada tiap-tiap kali ia memasak nasinya, sama ada
untuk makan siang atau makan malam dimasukkannya kerak nasi itu ke dalam nasinya dan
mereka bertiga beranak pun makanlah seperti biasa.

Beberapa bulan kemudian Mek Andak pun mengandung sekali lagi. Selain daripada berladang
padi untuk menambah pencarian keluarganya, Pandak Maya biasa pergi ke dalam hutan tidak
jauh dari rumahnya kerana mencari damar, iaitu getah daripada pokok meranti. Pada suatu hari,
ia merayau di dalam hutan itu berjalan dari sebatang pokok ke sebatang pokok memungut damar
di suatu tempat bernama Belanga Pechah, maka ia telah sampai ke sebuah gua. Di gua itu
dilihatnya satu benda seperti cendawan melekat pada tepi gua itu. Diambilnya sedikit untuk
dimasak oleh isterinya kalau-kalau benda itu cendawan.

Di tengah jalan pulang ia berjumpa seorang China bernama Ah Pek. Maka ditunjukkannya
kepada Ah Pek benda yang dibawanya itu, serta bertanyakan nama benda itu. Ah Pek sendiri
tidak kenal benda itu lalu meminta sekeping supaya dapat ditunjukkannya kepada taukenya yang
tinggal di Padang Mat Sirat. Tauke sendiri tidak tahu apakah benda lalu dibawanya ke Pulau
Pinang supaya dapat dikenali.

Apabila ia balik dari Pulau Pinang beberapa hari selepas itu, Tauke itu pun bersama-sama
dengan Ah Pek pergi ke rumah Pandak Maya dan memberitahu kepadanya bahawa benda yang
disangka oleh Pandak Maya cendawan itu ialah sarang burung yang boleh dimakan. Tauke itu
menyatakan sarang burung itu sukar didapati dan harganya sangat mahal.
 
Pandak Maya sudah tentu sangat gembira kerana ia boleh dapat dengan banyak di dalam gua itu.

Maka ia pun pergi ke gua tersebut lalu mengumpul sarang burung itu, kemudian ia menyuruh

jualkan kepada Tauke itu di Pulau Pinang. Kadang-kadang ia sendiri pergi menjualnya. Dengan

wang jualan sarang burung itu ia membeli kain baharu serta barang-barang lain untuknya sendiri

dan untuk keluarga. Dia juga membeli barang-barang untuk dijual kepada orang-orang di

kampungnya.

Tiada berapa lama kemudian pecahlah khabar bahawa Pandak Maya telah menjumpai sarang

burung dan dia telah menjadi kaya-raya.

Pada suatu hari seorang kawan Pandak Maya bernama Mat Jusoh telah datang ke rumahnya dan

bertanya kepadanya kalau-kalau boleh ia memberitahu di mana dia mendapat sarang burung itu.

Sebagai seorang yang lurus dan pemurah dia telah menemani Mat Jusoh pergi menunjukkan

tempat itu. Sebelum sampai betul-betul ke tempat tersebut maka dengan tiba-tiba datang angin

ribut yang amat kencang serta guruh petirnya. Beberapa pohon besar telah bongkas. Dengan
yang demikian Pandak Maya dan kawannya itu pun mengambil keputusan membatalkan

perjalanan mereka itu lalu pulang.

Tiada lama selepas itu mereka pergi sekali lagi dan sekali lagi hujan lebat turun serta kilat

sabung-menyabung. Oleh itu bukan sahaja mereka tak dapat mencari sarang burung bahkan juga

tak dapat menemui gua itu. Maka tak ada ikhtiar lain, lalu mereka pun pulang dengan tangan

kosong.

Mat Jusoh dan kawan-kawannya menuduh Pandak Maya tidak jujur iaitu dengan cuba

merahsiakan gua itu daripada mereka.


Dalam masa isteri Pandak Maya hamil maka kebunnya yang bertanam dengan pokok pisang,

pokok buah-buahan dan pokok sayur-sayuran yang lain telah hidup dengan subur dan ayam

itiknya menjadi biak. Jiran-jirannya selalu datang kepadanya membeli daun sirih dan sayur-

sayuran.

Namanya menjadi terkenal bukan sahaja di kampungnya dan di dalam Mukim tempat ia tinggal

tetapi juga di seluruh Pulau Langkawi itu.

Pada suatu malam sedang ia berbual-bual dengan isterinya serta mengucap syukur kepada Tuhan

atas rahmat dan kemakmuran yang telah diturunkan olehNya kepada mereka itu, mereka telah

terdengar bunyi ular cinta mani dekat rumah mereka. Dengan tidak bertangguh-tangguh, Pandak

Maya pun turun ke tanah serta nampaklah ia ular itu ada dua ekor. Ditangkapnya kedua-kedua

ekor ular itu. Mengikut satu kepercayaan orang tua-tua bahawa barang siapa dapat melihat dan

memakan ular cinta mani itu akan hidup senang-lenang. Oleh yang demikian ular itu pun

dibunuh mereka lalu dimasak dan mereka bertiga beranak memakannya dengan tidak ada sisa
barang sedikit pun.

Kira-kira sebulan selepas itu, pada suatu hari yang terang cuacanya dan pada saat yang baik

isteri Pandak Maya berasa sakit hendak bersalin. Ia pun menyuruh panggil bidan. Bidan pun

datang dengan gopoh-gapah dan apabila ia sampai ia menyuruh Pandak Maya mengambil sedikit

air tetapi oleh kerana musim kemarau pada masa itu tak dapatlah ia air yang cukup dari tempat

yang berhampiran dengannya. Kemudian bidan menyuruh Pandak Maya mengambil daun sirih

tetapi ini pun tidak diperolehnya kerana junjung sirih itu tersangat tinggi.

Tidak berapa lama kemudian seorang kanak-kanak telah selamat dilahirkan dan Pandak Maya

dipanggil masuk oleh bidan untuk menamakan kanak-kanak itu. Oleh kerana kanak-kanak itu

seorang perempuan ia telah diberi nama Mahsuri.


 
Telaga Mahsuri
Apabila Mahsuri berumur seminggu, Pandak Maya bermimpi bahawa ia hendaklah membawa

anak kecilnya itu mandi di sebuah kolam yang tiada jauh dari rumahnya. Ia pun menunaikan

kehendak mimpinya itu. Lepas mandi kanak-kanak itu pun dibawa pulang.

Untuk melapangkan hatinya, Pandak Maya pergi bersia-siar di dalam hutan kerana itulah

kesukaannya. Sedang ia berjalan di dalam hutan itu ia telah ternampak setimbun batu yang ganjil

rupanya. Dibedek-bedeknya dan ditakiknya dengan parangnya benda itu lalu dibakarnya. Asap

yang keluar daripada pembakaran itu harum dan keras baunya. Dipungutnya beberapa ketul lalu

dibawanya pulang. Selepas itu ditunjukkannya kepada Ah Pek. Kata Ah Pek benda itu ialah

kemenyan dan boleh dijual dengan senang dan harganya pun baik. Pandak Maya telah mengutip

banyak lagi kemenyan dan minta dijualkan kepada Ah Pek di Pulau Pinang.
Tempat Pandak Maya menjumpai kemenyan itu hingga hari ini dinamakan Lubok Kemian. Hasil

daripada jualan kemenyan itu menambahkan wang Pandak Maya.

Apabila Mahsuri besar rupanya sangat cantik dan ramai orang datang ke rumahnya dan

membawa hadiah. Sebagai seorang gadis yang telah besar panjang rupa parasnya bertambah-

tambah cantik dan dia pandai pula melayan tetamu-tetamu yang datang serta bertimbang rasa

terhadap orang-orang yang miskin. Pada masa itu tidak ada perempuan yang boleh menandingi

kecantikkannya di seluruh Pulau Langkawi itu.

Pada masa tersebut Langkawi telah diperintah oleh seorang orang besar yang dianugerahi oleh

Sultan gelaran Dato' Seri Kerma Jaya dan nama isterinya Mahura. Apabila Dato' itu mendengar

cerita Mahsuri dan peri kecantikannya serta budi bahasanya itu beliau pun pergi ke Mawat

dengan maksud hendak melihat Mahsuri.

Apabila Dato' itu sampai di rumah Pandak Maya didapatinya Pandak Maya dan isterinya tidak

ada di rumah. Anak mereka, Mahsuri ada. Ia pun membuka pintu dan memberitahu Dato' itu

bahawa ibu dan bapanya tak ada di rumah dan akan balik senja kelak. Dato' itu mengatakan

bahawa dia tak dapat menanti dan akan datang sekali lagi pada suatu hari kelak.
 
Dato' itu telah tertarik oleh budi bahasa dan kecantikan Mahsuri dan dengan serta-merta

timbullah di dalam hatinya bahawa ia ingin hendak mengambil gadis itu untuk menjadi isterinya.

Apabila dinyatakannya hasrat hatinya kepada isterinya maka terjadilah satu perkelahian yang

begitu sengit sehingga terpaksa Dato' itu membatalkan cita-citanya hendak mengahwini

Mahsuri.

Dato' Seri Kerma Jaya ada seorang anak bernama Mat Deris dan setelah berbaik-baik semula
dengan isterinya Dato' itu telah berpakat dengan isterinya hendak meminang Mahsuri untuk

anaknya itu dan isterinya itu pun bersetuju. Pandak Maya serta isterinya telah menerima

kedatangan orang-orang pihak Dato' itu mengikut adat istiadatnya dan mereka pun bersetujulah

atas peminangan itu. Tiada berapa lama kemudian majlis perkahwinan pun diadakan dengan

secara besar-besaran dan hampir-hampir semua penduduk Pulau Langkawi telah dijemput hadir

ke majlis yang meriah itu.

Selepas perkahwinan itu sepasang suami isteri pun tinggal bersama-sama dalam aman sentosa

dan rukun damai. Bulan berganti bulan, maka Mahsuri pun hamil. Suaminya Mat Deris telah

pergi ke Siam kerana urusan perniagaan dan sebagai biasa lama dia tiada pulang.

Dalam masa Mat Deris tidak ada maka datanglah seorang pengembara Melayu muda lagi miskin

ke Langkawi. Namanya Deramang. Orang ini dilahirkan di Melaka. Ia mengembara di seluruh

Semenanjung termasuklah Pulau Pinang dan Perlis. Dari Perlis ia menyeberang ke Langkawi

kerana hendak tinggal beberapa hari.

Deramang mempunyai suara yang sangat merdu, dan sangat pandai berpantun serta membaca

cerita dalam bentok prosa. Pada suatu hari dia datang ke rumah Mahsuri. Mahsuri kasihan

melihatkan keadaan pengembara miskin ini lalu mempelawa dia tinggal di rumahnya beberapa

hari dengan izin ibu bapanya. Deramang menerima pelawaan itu serta mengucapkan terima

kasih kepadanya.
Pada waktu malam Deramang telah berpantun dan bercerita. Orang-orang yang tinggal

berdekatan di situ datang ke rumah Mahsuri mendengar pantun dan cerita Deramang.

Beberapa bulan kemudian Mahsuri pun melahirkan anaknya yang pertama seorang laki-laki, dan
telah diberi nama Mat Arus.

Oleh sebab baik budi dan ramah mesra Deramang dan Mahsuri, lebih ramai orang datang ke

rumah Mahsuri dan sedikit sahaja datang ke rumah Dato' Seri Kerma Jaya. Oleh kerana begitu

terkenalnya Mahsuri maka namanya sentiasa di bibir mulut tiap-tiap orang.

Mahura isteri Dato' berasa cemburu dan iri hati kepada Mahsuri kerana namanya terkenal dan

dengan mengingatkan cita-cita suaminya tempoh hari hendak memperisterikan dia dan telah

menimbulkan perselisihan di antara dia, dengan suaminya itu maka ia mengambil keputusan

hendak membuat fitnah.

Pada suatu malam yang gelap dia meminta izin daripada suaminya Dato' hendak pergi ke rumah

Mahsuri dengan alasan hendak mendengar Deramang berpantun dan bercerita. Dato' telah

mengizinkan dia pergi. Ia pun pergi. Beberapa ketika kemudian dan sebelum sampai ke rumah

Mahsuri, Mahura berlari balik ke rumahnya dengan termengah-mengah serta dengan tangisnya

dan memberitahu suaminya bahawa ia telah melihat Mahsuri dan Deramang sedang bercumbu-

cumbuan dan Deramang memakai sebentuk cincin yang diberi kepadanya oleh Mahsuri.

Apabila mendengarkan cerita isterinya itu maka timbullah radang Dato' Seri Kerma Jaya dan

pada keesokan paginya ia telah mengerah orang-orangnya menangkap Mahsuri dan dengan tidak

menyiasat lebih lanjut serta perbicaraan, ia telah dijatuhkan hukuman bunuh.

Orang-orang Dato' itu pun pergilah ke rumah Mahsuri di Mawat dan mereka dapati dia tidak ada

di rumah. Dia telah pergi ke suatu tempat tiada jauh dari rumahnya mendodoikan anaknya di

dalam buaian di bawah sepohon kayu. Orang-orang itu telah pergi ke tempat itu lalu berjumpa
dengannya. la diberitahu bahawa mereka telah diperintahkan oleh Dato' menangkap dan

membunuh akan dia kerana kelakuan sumbangnya dengan Deramang. la hendak dibawa ke suatu

tempat bernama Padang Hangus dan di sanalah hukuman itu hendak dijalankan.

Mahsuri berasa hairan dan merayu bahawa dia tiada bersalah. Tetapi segala rayuannya itu sia-sia

belaka.

Bapanya Pandak Maya yang sedang berada di dalam rumahnya apabila mendengar khabar mala

petaka yang menimpa anaknya itu telah membawa tujuh buah kereta lembu yang penuh berisi

wang untuk menebus anaknya itu tetapi tiada berhasil.

Perkhabaran berkenaan dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas Mahsuri itu telah merebak

dengan pantas ke seluruh kampung di dalam Mukim itu dan ramai orang telah membantah

perintah tersebut. Tetapi apa pun tidak dapat memujuk hati Dato' itu mengubah keputusannya.

Beratus-ratus orang telah berhimpun di Padang Hangus hendak menyaksikan pembunuhan itu.

Permintaan Mahsuri yang terakhir ialah hendak menentang wajah anaknya bagi kali yang terakhir

tetapi Dato' tiada membenarkannya.


 
Benar Deramang ada memakai cincin. Cincin itu dihadiahkan kepadanya oleh Mahsuri dengan

izin bapanya kerana menghargai jasa-jasa Deramang dalam menglipurkan hatinya dengan

berpantun dan bercerita dalam masa suaminya meninggalkan rumah begitu lama.
la telah diikat kepada sebatang pokok asam jawa. Dua bilah lembing tajam telah digunakan.

Apabila ditikamkan ke tubuh Mahsuri yang lemah itu pada kedua-dua belah bahagian lembut

bahunya mata lembing yang tajam itu tidak dapat menembusi kulit atau dagingnya. SeIepas

segala percubaan yang gagal itu, Mahsuri memberitahu pembunuh-pembunuhnya bahawa jika
sekiranya mereka betul-betul hendak menjalankan hukuman membunuh akan dia, dia ada sebilah

lembing kepunyaannya sendiri di rumahnya dan senjata itulah sahaja yang boleh membunuh

akan dia.

Maka perintah pun dikeluarkan untuk pergi mengambil lembing Mahsuri. Apabila ditikamkan

lembing itu ke tubuh badannya maka kelihatan darah putih memancut ke atas lalu terbentuk

seperti payung di atas kepalanya.

Sebelum Mahsuri menghembuskan nafasnya yang akhir dia telah berkata dengan suara yang

lembut dan jelas bahawa oleh kerana perbuatan zalim ini Pulau Langkawi tidak akan makmur

dan tidak akan menikmati keamanan selama tujuh keturunan yang akan datang. Ramalan

Mahsuri itu betul berlaku.

Deramang pula apabila ia mendengar peristiwa yang dahsyat ini ia telah lari ke Perlis dan

langsung tidak kedengaran ceritanya.

Beberapa tahun kemudian Langkawi telah diserang oleh Siam dan telah ditawan dan dibinasakan

mereka. Dato' Seri Kerma Jaya dan kesemua ahli keluarganya telah dibunuh oleh tentera yang

menyerang itu. Ramai daripada penduduk pulau itu telah ditawan dan dibawa ke Silim.

Sebagai ikhtiar yang akhir sebelum tentera Dato' yang bertahan itu mengundurkan diri, mereka

telah menggunakan taktik menjahanamkan harta benda iaitu dengan membakar padi beras rakyat

dan bekalan-bekalan tentera.

You might also like