You are on page 1of 26

Perkembangan Kanak-kanak

“ Tokoh Personaliti Bidang Pendidikan”


Pengenalan.
• Abdullah Munsyi atau nama sebenarnya Abdullah bin
Abdul Kadir Munsyi(1796-1854) dan berasal dari
keluarga yang terpelajar. Beliau berketurunan arab
dari Yaman. Beliau di lahirkan pada tahun 1797 di
Melaka dan merupakan anak kepada Sheikh Abdul
Kadir. Meninggal dunia pada October 1854 di Jeddah, Arab
Saudi). Beliau anak kelima dan keempat orang abangnya
telah meninggal dunia ketika masih kecil. (Munsyi @ munshi
bermakna 'guru').
Beliau merupakan seorang guru agama dan guru
bahasa arab yang menetap di India selatan dan
memperisterikan seorang isteri yang berketurunan
India.
• Abdullah merupakan pengkarya melayu yang pertama yang telah lari
daripada corak penulisan tradisional dan oleh kerana itu beliau telah di
gelar bapa sastera moden.

• Pada masa yang sama beliau telah menterjemah kitab injil ke dalam bahasa
Melayu untuk pergerakan-pergerakan mubaligh kristian di Singapura dan
Melaka. Beliau dibesarkan oleh ayahnya Sheikh Abdul Kadir, seorang yang
alim dan berketurunan Arab-India. Pada usia 7 tahun, beliau dihantar ke
Sekolah Al-Quran Kampong Pali. Ayahnya memastikan beliau belajar
dengan tekun dan dihukum sekiranya tidak mampu menulis dengan
sempurna. Pada waktu itu, beliau menyalin Al-Quran dan menterjemahkan
sebuah buku Arab ke Bahasa Melayu.

Ketika berusia 11 tahun, Abdullah mendapat wang dengan menulis teks Al-
Quran. Dua tahun kemudian, Abdullah mengajar agama Islam kepada
askar-askar pasukan India yang berkhidmat di Kota Melaka. Minatnya
membaca manuskrip Melayu mendorongnya untuk mendalami bidang itu.
• Stamford Raffles yang tiba ke Melaka pada 1810, menggaji Abdullah
sebagai seorang penterjemah. Beliau mencatat serta menyalin cerita
sastera dan manuskrip Melayu untuk dikumpulkan oleh Raffles. Pada
tahun 1811, ketika berusia 14 tahun, Abdullah sudah dikenali sebagai
seorang yang berpelajaran tinggi dan berpengetahuan luas.

Pada 1815, Abdullah berkahwin dan dikurniakan 4 orang anak.


Abdullah belajar Bahasa Inggeris daripada Rev. Milne, seorang
pendakwah Kristian yang akhirnya melantik Abdullah sebagai guru
Bahasa Melayunya. Kemudian pada 1818, Abdullah menyaksikan
peristiwa meletakkan batu asas untuk Kolej Anglo-Cina oleh Major
William Farquhar di Melaka.

Empat tahun selepas itu, Abdullah tiba di Singapura dan mengajar


Bahasa Melayu kepada askar India, pendakwah Britain dan Amerika
serta menjadi setiausaha peribadi Raffles. Sekitar 1840-46, Abdullah
menulis kisah hidupnya sendiri. ‘Kisah Pelayaran Abdullah ke
Kelantan’
• Antara karya-karya yang telah di hasilkan oleh beliau Syair
Singapura di makan Api(1830), Hikayat Abdullah(1849),
Hikayat Binatang , Kisah Pelayaran Abdullah Ke
Jeddah(1854) dan Dewa-ul-kulub(1883). Ini adalah karya-
karya yang di hasilkan oleh beliau di sepanjang hayatnya.

• Menerusi karya-karya yang dihasilkan oleh beliau telah


memperlihatkan perkembangan bahasa melayu pada zaman
tersebut. Karya yang dihasilkan di olah dengan gaya bahasa
yang tersendiri dan indah serta menggunakan kosa kata yang
banyak bagi mengungkap perkara-perkara yang baru akibat
pertembungan budaya barat dan timur. karya-karyanya juga
tidak terikat dengan bentuk penulisan lama seperti cerita
donggeng/mitos, alam ghaib dan ajaib. Beliau juga
menghasilkan karya berdasarkan pengamatannya terhadap
sesuatu perkara.
Kupasan Tentang Falsafah
Abdullah Munsyi
• Abdullah Munsyi adalah seorang pengkarya pertama
yang di gelar bapa sastera moden. Hal ini demikian
kerana beliau telah memperlihatkan perkembangan
bahasa melayu melalui setiap karya kesusateraannya
malahan juga beliau menyedari betapa pentingnya buku
nahu bahasa melayu. Ini adalah sebab mengapa beliau
berpendapat pentingnya buku nahu bahasa;
• ”Sebermula hendaklah engkau ketahui, janganlah
tersalah faham. Maka jikalau ada nahu bahasa Melayu
itu niscaya meringankan pekerjaan sahaja gunanya,
jangan engkau sangkakan boleh menjadi pandai dalam
pekerjaan karang-mengarang. Maka sungguhpun
diletakkan hukumnya maka ada juga lagi beberapa
perkataan yang tiada menurut hukum itu. Umpamanya
jikalau seratus hukum itu barangkali tujuh puluh sahaja
yang masuk dalam hukum itu, dan yang tiga puluh itu di
luarnya”
• Hal ini kerana nahu sesebuah bahasa itu dapat menyelesaikan
masalah penggunaan bahasa walaupun tidaklah membantu
menyelesaikan seratus peratus. Tetapi ianya amat penting untuk
di pelajari khususnya pelajar-pelajar sekolah dan pelajar-pelajar
di ipt serta pengkarya-pengkarya lain. Tetapi ianya tidak
bermaksud yang kita akan menjadi pandai dalam soal karang-
mengarang sekiranya dapat menguasai nahu bahasa tetapi
hanya sekadar untuk memperkasakan lagi bahasa kita daripada
dianggap tidak mengetahui apa-apa tentang nahu bahasa.
• Sekiranya dibandingkan penggunaan bahasa melayu
sebelum munculnya Abdullah, perbezaannya amat ketara
sekali kerana bahasa yang digunakan oleh Abdullah Munsyi
ternyata ada perkembangannya berbanding pengkarya lain.
Perhatikan bahasa yang digunakan dalam petikan dibawah;
• ”Bahawa ini Kisah Pelayaran Abdullah Abdul Kadir
Munshi kepada tarikh sanat 1253 tahun. Maka bahawa
sesungguhnya kepada tahun itu adalah barang
saudagar-saudagar orang China dan orang Yahudi yang
duduk dalam negeri Singapura, kira-kira sepuluh dan dua
belas orang, telah memberi sambutan dagangan kepada
China sampan pukat empat buah, kira-kira empat lima
puluh ribu ringgit banyaknya, akan dibawanya ke negeri
Pahang dan Trengganu dan Kelantan, Patani dan
Senggora.”
• Perkembangan bahasa melayu yang diperlihatkan oleh
Abdullah Munsyi dalam petikan tersebut amat indah gaya
penulisannya disertai dengan ungkapan-ungkapan baru yang
timbul. Perkembangan tersebut tidak hairanlah kerana beliau
telah mendapat pendidikan inggeris manakala sasterawan
sebelumnya ramai yang mendapat pendidikan barat. Oleh
sebab itu dalam setiap karya beliau akan terdapat perkataan-
perkataan baru hasil ubahsuaian beliau dari perkataan inggeris
di melayukan.
• Beliau juga menciptakan perkataan-perkataaan baru atau
ungkapan baru dalam bahasa melayu untuk mempercakapkan
tentang hal-hal atau benda-benda baru yang timbul kerana
pertemuan antara budaya barat dan timur dan juga
mengutarakan pandangan orang melayu terhadap kedatangan
british.
• Hal ini demikian kerana beliau ingin memberitahu
kepada orang melayu supaya jangan berprangsaka
buruk terhadap penjajah kerana tanpa jajahan dari
mereka kita mungkin akan kekurangan ilmu dari segi
ilmu pengetahuan dan teknologi yang telah
dipindahkan oleh penjajah terhadap penduduk
tempatan. Walaupun kita beranggapan penjajah itu
jahat namun kita perlu juga melihat dari sudut
pandangan positif mengenai penjajah kerana tanpa
mereka kita tidak akan maju. Itulah mesej yang cuba
disampaikan oleh Abdullah Munsyi melalui
penulisannya kepada penduduk tanah melayu supaya
mereka lebih berfikiran jauh dan positif menerima
sesuatu..
• Abdullah Munsyi juga memberikan kelainan dalam
menghasilkan karyanya kerana beliau menghasilkan karya
yang tidak terikat dengan corak penulisan lama seperti
terdapatnya cerita mitos/donggeng, alam ghaib dan ajaib.
Hal ini demikian kerana beliau ingin menghasilkan sesuatu
lain daripada yang lain dan mungkin juga kerana corak
penulisan tradisional tidak lagi sesuai digunakan dan
sudah tiba masanya berlaku pembaharuan dalam sastera
melayu dan penggunaan bahasa melayu. Beliau juga
merasakan sekiranya berbuat demikian dengan
menyelitkan unsur-unsur mitos atau alam ghaib ianya
tidak akan membantu perkembangan minda bahasa
pembaca kerana perkara tersebut hanya mitos dan
bukannya benar-benar berlaku dalam kehidupan.
• Oleh sebab itu di dalam karyanya beliau telah menulis
melalui hasil pengamatan beliau terhadap sesuatu perkara.
Beliau juga telah menulis pengalaman dan dijadikan sebuah
buku serta dikarang dengan bahasa yang baik dan indah oleh
beliau. Kesemua buku yang di hasilkan oleh beliau di karang
berdasarkan kejadian yang betul-betul berlaku dan tiada
unsur mitos. Sebagai contoh Riwayat Abdullah merupakan
buku yang paling popular kerana ia menceritakan kisah
Abdullah Munsyi dari kecil sampailah dewasa.
• Hal ini demikian kerana beliau berpendapat dengan
menghasilkan buku berdasarkan pengalaman beliau dapat
mengajar generasi-genarasi zaman kini dan pembaca tentang
sesuatu perkara yang dialami oleh beliau dan fahami maksud
yang ingin di sampaikan oleh beliau. Selain itu, pembaca
dapat pelajari perkataan-perkataan baru yang ditulis oleh
beliau
• Abdullah Munsyi juga telah memberikan kritikan yang
pedas di dalam penulisannya kepada golongan raja melayu
dan golongan elit melayu di atas sikap golongan tersebut
serta komen dan kritikan terhadap penjajah inggeris.
Keberanian beliau itu telah di sifatkan sebagai fenomena
baru dalam dunia penulisan melayu. Beliau berbuat
sedemikian kerana ingin menyedarkan golongan tersebut
yang perbuatan sebegitu tidak di terima oleh orang lain.
• Abdullah Munsyi merupakan sastera melayu yang amat
dikagumi kerana beliau berani dalam melakukan sesuatu
dan menghasilkan sesuatu karya yang lain daripada yang
lain serta seorang yang berfikiran jauh dan memandang
sesuatu perkara dari sudut positif dan negatif .
 
Abdullah Munsyi
Penilaian Negatif Dan Positif

• Abdullah Abdul Kadir Munsyi adalah Bapa Kesusaseraan Melayu


Moden. Ramai pengkaji berpendapat bahawa Abdullah adalah
orang pertama yang melahirkan kesusasteraan Melayu Moden
yang mengenengahkan kesusasteraan melalui apa yang dirasa dan
dilihatnya. Berbeza dengan kesusasteraan lama yang sentiasa
berkisar dengan cerita-cerita khayalan dan tahyul.
• Beliau telah melahirkan dua buah novel autobiografi iaitu Hikayat
Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah ke Terengganu dan
Kelantan. Melalui pemerhatiannya, beliau banyak mengkritik
orang-orang Melayu. Beliau melihat kemerosotan kedudukan
feudal Melayu dan kedudukan sosial masyarakat Melayu yang
amat menyedihkan. Dalamasa yang sama beliau memberitahu dan
menghargai bagaimana baiknya pemerintahan penjajah.
• Walaupun demikian ada sarjana Melayu yang
menyifatkan Abdullah sebagai seorang yang kacau
dan tidak mempunyai jati diri. Konsep pemikiran
beliau sebenarnya telah keluar dari acuan sastera
klasik lalu masuk kepada pembaharuan alam
pemikiran Melayu Moden yang lebih progresif.
• Dalam Kisah Pelayaran Abdullah, abdullah
mengkritik orang Melayu dengan berkata “Dan
lagi, sepanjang jalan dan lorong penuh dengan
sampah dan kotor dan becak dan semak-semak,
penuh dengan ular, hampir-hampir harimau pun
boleh tinggal; itu tidak mengapa?”
• Ada lagi kritikan beliau ketika melawat
Kelantan dengan mengatakan bahawa orang
Kelantan tidak mementingkan kebersihan,
suka bermain judi, tidak berilmu pengetahuan
dan malas. Kritikan yang dibuat itu tidak
disenangi dan dipandang rendah oleh
kebanyakan pengkaji sastera dan budaya.
• Dalam situasi yang lain, Abdullah mengkritik Raja-raja
Melayu yang bersikap zalim terhadap rakyat. Tulisan begini
telah didapati menyimpang dari sastera Melayu Klasik
yang sentiasa mengagungkan Raja-raja. Sebagai
contohnya. “Maka pada sangka sahaya,inilah sebabnya
menjadi miskin negeri Pahang itu. Maka sekalian orang
yang duduk dalam negeri itu sentiasa dengan ketakutan
akan aniaya dan loba raja-raja dan orang-orang besar.
Maka adalah fikiran mereka itu, ‘Apa guna rajin kita itu?
Maka jikalau mendapati sedikit wang atau makanan,
nescaya dilobakan dan dirampas oleh orang besar itu”
• Beliau mengutuk sikap dan perbuatan orang Melayu yang
tidak membawa manafaat seperti malas, membuang
masa, bergaduh dan tidak mementingkan bahasa sendiri.
• Memang benar jika dilihat keadaan orang-orang
Melayu pada ketika itu rata-ratanya berperangai dan
bersifat negatif yang tidak sepatutnya ada pada
Manusia Melayu beragama Islam. Keadaan demikian
juga berlaku sehingga kini, tetapi mungkin dalam
bentuk yang lain.
• Abdullah cuba menerapkan perubahan
dalammasyarakat Melayu dengan cara yang kasar lalu
beliau dianggap sebagai melakukan kesalahan besar.
• Beliau mempunyai hubungan yang amat rapat dengan
penjajah sehinggakan beliau ingin menterjemahkan
kitab Injil kedalam Bahasa Melayu. Disebabkan itu,
beliau telah digelar ‘Paderi Abdullah’.
• Lebih mengeruhkan suasana, Abdullah telah memuji
Sir Stamford Raffles yang dikatakan sebagai
mempunyai kepeibadian mulia yang tidak ada pada
pembesar Melayu. Malahan beliau menggambarkan
Raja-raja Melayu sebagai tidak berilmu dan sering
berebut kuasa.
• Jika difikirkan secara positif, kritikan beliau itu
mempunyai nasihat yang amat baik kerana akibat dari
perebutan kuasa Raja-raja Melayu telah
memudaratkan rakyat jelata. Tidak keterlaluan
dikatakan bahawa akibat dari peperangan dan
gilakuasa itu telah menjadikan Tanah Melayu dengan
mudah dijajah oleh kuasa-kuasa Eropah.
• Satu pembaharuan yang dilakukan oleh Abdullah adalah
menerusi bahasa. Beliau telah meninggalkan pengaruh
bahasa Klasik ke bahasa Moden. Beliau juga telah
membuat terjemahan karya dari bahasa asing ke bahasa
Melayu. Abdullah sebenarnya memberi ruang kepada
orang orang Melayu Islam untuk membuat perbandingan
antara kebenaran Islam dan kekhilafan Kristian.
• Tanggapan orang yang mengatakan bahawa Abdullah
terlalu taksub dengan budaya Barat boleh dipertikaikan
kerana beliau juga turut mengkritik Barat dengan
mengisahkan kerendahan moral orang Eropah yang
ditemuinya termasuk Raffles dan kuncu-kuncunya yang
gemar mabuk.
• Kecaman beliau tidak mengenal sesiapa seperti
“Bermula, maka diantara seratus orang tiada dua
orang yang mengerjakan pekerjaan agama seperti
sembahyang yang mana pekerjaan yang di fardhukan
Allah keatasnya”. Bukankah itu satu kritikan berupa
dakwah kepada umat Islam yang lalai mengerjakan
kefardhuan Allah atasnya.
• Karya-karya Abdullah seharusnya mendapat penelitian
dan kupasan dari segenap lapisan masyarakat. Banyak
aspek yang boleh di kaji hasil dari karya pemikiran
Abdullah yang boleh dijadikan iktibar untuk orang-
orang Melayu dan orang-orang Islam.
Antara Karya Abdullah Munsyi
Gambar
SUMBER RUJUKAN:

• CORNELIUS-TAKAHAMA, VERNON 2001-03-29 (NATIONAL


LIBRARY BOARD SINGAPORE.
 
• AINSLIE THOMAS EMBREE. ENCYLOPEDIA OF ASIAN HISTORY. MACMILLAN
PUBLISHERS, 6 ISBN 0684186195.
 
• SHELLABEAR W.G (TRANS) (1981). THE AUTOBIOGRAPHY OF MUNSHI
ABDULLAH. SINGAPORE: METHODIST PUBLISHING HOUSE.

• SUMBER DARI KATEGORI BACA-BACA, Buku Mesti Baca, PTS


 
• DUNLOP, P.K.G.(2000) STREET NAME OF SINGAPORE(P.216) SINGAPORE: WHO’S
WHO PUB. (CALL NO: SING 959.57 DUN)
 
• A HISTORY OF SINGAPORE (P.300) (1996) SINGAPORE. OXFORD UNIVERSITY
PRESS. (CALL NO: SING 959.57 HIS)

You might also like