/  23
 
 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SUKATAN PELAJARANKURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
PENDIDIKAN MUZIK
MENENGAH RENDAH
TINGKATAN I – III
(Semakan)
2003
Pusat Perkembangan Kurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia
 
SULITDRAF
 
Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Menengah Rendah (Semakan)Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
PRA KATA
Kurikulum Pendidikan Muzik sekolah menengah digubal selaras dengan FalsafahPendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,berketrampilan dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta menyumbang ke arahkeharmonian dan kemakmuran negara. Kurikulum tersebut diterjemahkan kepada sukatanpelajaran yang bermatlamat membina dan memperkembang lagi potensi pelajar dari segikreativiti dan daya apresiasi seni muzik.Kurikulum ini merupakan program pendedahan secara am. Namun demikian, programpembelajarannya menitikberatkan penguasaan pengetahuan elemen muzik dan penglibatandalam aktiviti muzikal secara solo dan ensembel. Pelajar melibatkan diri dalam aktivitimenyanyi, bermain muzik instrumental, berkarya dan menilai karya dan persembahanmuzik. Kurikulum ini juga memberi peluang pelajar menyanyi, bermain, mendengar danmemperkatakan pelbagai jenis muzik. Pendedahan seperti ini adalah dengan tujuanmembantu membina pemikiran kritis dan kreatif pelajar.Dalam usaha membina semangat jati diri dan patriotisme, murid diberi kesedaran tentangsumbangan seni muzik terhadap warisan budaya dan identiti bangsa. Hal ini dilaksanakanmelalui penglibatan pelajar dalam permainan muzik tradisional tempatan.Adalah diharapkan para guru menghayati semangat dan kehendak Sukatan Pelajaran dalampengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini bagi memastikan tercapainya matlamatdan objektif yang telah ditetapkan.Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan danterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menghasilkan sukatan pelajaran ini.
(TAN SRI ABDUL RAFIE BIN MAHAT)
Ketua Pengarah PelajaranKementerian Pelajaran Malaysia.
i
 
Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Menengah Rendah (Semakan)Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebihmemperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yangberilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawabdan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbanganterhadap keharmonian keluarga, masyarakat dan negara.(Akta Pendidikan 1996)
ii

Share & Embed

More from this user

Recent Readcasters

Add a Comment

Characters: ...

dyra tanialeft a comment

npe xde definisi muzik???