You are on page 1of 6

P E N I L A I A N D A N P E N TA K S I R A N B A H A S A M E L AY U

TUESDAY, MAY 5, 2009

TAKSONOMI DAN DOMAIN

Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki


(tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji
tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk
mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh
dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis
dan Penilaian.

Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

1) Pengetahuan
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan
lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan
ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.

2) Kefahaman
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-
idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan
menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan
menulis semula.

3) Aplikasi
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah
menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan
lain-lain.

4) Analisis
Sesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada
pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah
atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih.

5) Sintesis
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah,
membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam
soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.

6) Penilaian
Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau
luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah
memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.
Taksonomi Solo

Taksonomi Solo adalah singkatan daripada perkataan "The Structure of the Observed
Learning Outcome". Ia merupakan kaedah mengklasifikasikan jawapan berdasarkan struktur
hasil pembelajaran. Ia juga merupakan hierarki sebenar iaitu peningkatan perubahan secara
kuantiti dan kualiti. Ia membimbing pembinaan item aras rendah dan item aras tinggi.

Aras Taksonomi Solo

1) Prestructural
Jawapan mengandungi maklumat yang tidak berkaitan.

2) Unistructural
Jawapan mengandungi satu maklumat yang berkaitan.

3) Multistructural
Jawapan mengandungi beberapa maklumat yang berkaitan.

4) Relational
Jawapan mengandungi hubung kait di antara maklumat yang berkaitan.

5) Extended Abstract
Jawapan tidak hanya meliputi maklumat berkaitan tetapi merangkumi maklumat
tambahan.

Taksonomi Krathwohl

Taksonomi Karathwohl termasuk di dalam domain afektif yang meliputi emosi, sikap, dan
nilai murid. Pengasas bagi taksonomi ini adalah David R. Krathwohl.

Aras taksonomi Krathwohl

1) Penerimaan
Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian. Tindakan pelajar
mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau
persekitaran yang berhubung dengan domain afektif. Konteks pengajaran menekankan
kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan
menjawab dengan lengkap.

2) Gerak balas
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai
dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina
beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

3) Menilai
Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah
dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten
walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

4) Organisasi
Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada satu nilai
dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina
beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

P OSTE D BY CIKG U IT AT 1 0 :5 7 AM 0 COMM E NTS

PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

TUJUAN

1. Sebagai penggerak kepada pelajar untuk menumpukan perhatian terhadap


pengajaran guru.
2. Sebagai alat mencari punca kelemahan murid.
3. Bagi mendapatkan maklumbalas keberkesanan pengajaran guru.
4. Menilai prestasi dan kemajuan pelajar.
5. Mengetahui pembelajaran lampau seseorang pelajar.
6. Membolehkan murid mendapatkan sijil setelah lulus peperiksaan.
7. Membuat ramalan tentang kemungkinan murid tersebut berjaya atau tidak dalam
peperiksaan besar.
8. Bagi membuat klasifikasi / pembahagian murid.
9. Memudahkan pihak berkuasa membuat pemilihan ke sekolah-sekolah terbaik.
10. Membuat sebarang penyelidikan berkaitan pendidikan.

KEPENTINGAN

1. Membantu guru membimbing setiap pelajar untuk mempelajari setiap konsep dan
kemahiran.
2. Membekalkan murid dan ibu bapanya dengan laporan kemajuan yang boleh
digunakan untuk bimbingan proses pembelajaran.
3. megesahkan suatu paras pencapaian pelajar.
4. Membekalkan rekod dan laporan yang boleh membantu ahli profesional lain untuk
membimbing pelajar secara individu.
5. Menentukan cara pengajaran kumpulan efisien dan efektif.

CIRI-CIRI UTAMA UJIAN

1. Kesahan
2. Kebolehpercayaan
3. Keobjektifan
4. Kebolehtadbiran
5. Kebolehtafsiran

>> Kesahan merujuk kepada takat sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya. ia terbahagi
kepada empat iaitu kesahan isi, kesahan ramalan, kesahan gagasan, dan kesahan serentak.
Kesahan isi merujuk kepada keupayaan ujian menguji apa yang sepatutnya diuji. Contohnya,
ujian kebolehan berbahasa perlu mengandungi soalan tentang bacaan petikan dan soalan
kefahaman petikan itu.

Kesahan ramalan merujuk kepada takat ujian meramal kebolehan seseorang calon
menjalankan sesuatu tugas dalam situasi yang lain ataupun pada masa hadapan. Contohnya,
hasil ujian penulisan mungkin dapat meramal sejauh mana murid dapat membuat karangan
dalam sesebuah bengkel. Sekiranya markah calon itu tinggi dan selalu dapat membuat
karangan yang baik semasa bengkel dijalankan, maka kesahan ramalan ujian penulisan
adalah tinggi.

Kesahan gagasan merujuk kepada takat sesuatu trait hipotetikal dibayangkan dalam
pencapaian ujian. Contohnya, markah seseorang mungkin dipengaruhi oleh kecerdasan,
kebolehan menaakul, dan sebagainya.

Kesahan serentak bertujuan menentukan tarap seseorang murid. Contohnya, dalam


pengajaran Bahasa Melayu, satu objektif penting adalah untuk membolehkan murid menulis
dengan baik berdasarkan peraturan-peraturan tatabahasa. Para pelajar yang memperoleh
markah yang tinggi dalam ujian pencapaian (Bahasa Melayu) seharusnya boleh menulis dan
bertutur dengan baik jika kesahan serentak ujian itu tinggi.

>> Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan sesuatu ujian. Contohnya, jika seseorang
calon mendapat markah sebanyak 80 peratus dalam suatu ujian pada hari pertama dan
mendapat markah yang sama atau hampir sama tiga hari kemudian atau selepas seminggu,
maka ujian itu dikatakan mempunyai sifat kebolehpercayaan.

>> Keobjektifan merujuk kepada takat yang mana pemeriksa-pemeriksa yang mahir
memeberikan markah yang sama kepada skrip jawapan yang sama. Contohnya, keobjektifan
adalah paling tinggi bagi ujian objektif (aneka pilihan) berbanding ujian subjektif dan
pemarkahan tidak dipengaruhi oleh taksiran atau perasaan emosi pemeriksa. Sekiranya
prosedur objektif digunakan, kebolehpercayaan hasil ujian adalah terjamin.

>> Kebolehtadbiran diambil kira apabila ujian ditadbir oleh guru yang terhad latihan
mereka. Arahan-arahan ujian seharusya jelas dan mudah. Masa yang diperuntukkan
haruslah mencukupi. Sekiranya murid tidak dapat menjawab kertas melalu masa yang
ditetapkan, maka kesahan dan kebolehpercayaan ujian juga akan turut terjejas.
Kebolehtadbiran merangkumi aspek pemarkahan. Contohnya, ujian objektif lebih mudah
diperiksa berbanding ujian subjektif. Oleh itu, ia lebih diutamakan guru untuk menanda.

P OSTE D BY CIKG U IT AT 9 :5 9 AM 0 COM ME NTS

PENGERTIAN DAN KONSEP

Pengujian

* Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan
tingkah laku seseorang individu.

* Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberi
satu set tindak balas / respon.

* Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis satu
gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya.

* Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian
pelajar (dalam bentuk markah) sahaja.

Tujuan pengujian adalah seperti berikut:

1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.


2. Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil
pembelajaran yang lain.
3. Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar
sebelum pengajaran.
4. Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu
membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.

Pentaksiran

* Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti atau takat
pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru.

* Alat pengukuran yang digunakan guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai
semak, inventori, atau sesuatu skala.

* Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian
kualitatif atau membuat keputusan.

Fungsi-fungsi pentaksiran adalah seperti berikut:

1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah diperoleh.


2. Mengesan jenis kemahiran yang diperoleh.
3. Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain.
4. Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.

Penilaian

* Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau
takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.

Tiga langkah penilaian:

1. Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.


2. Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.
3. Membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.

* Dari segi konsep, penilaian merupakan yang paling luas.

*Ia adalah proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran dan
keputusan.

* Data kualiti diperoleh daripada rekod peristiwa dan rekod pemerhatian tingkah laku
seseorang individu.

* Contoh data kualiti adalah seperti, " Amir adalah seorang pelajar yang cerdas dan
berinisiatif".

* Data kualitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti "Ahmad mempunyai darjah
kecerdasan 120".

* Ringkasnya, penilaian melibatkan penggunaan maklumat untuk membuat sesuatu


keputusan.

* Penilaian merupakan satu aspek proses pembelajaran yang penting sekiranya ia


menggalakkan pelajar membaiki pencapaiannya, membantu guru membuat taksiran
tentang kesan pengajaran mereka.

Rajah 1: Perhubungan antara pengujian, pentaksiran, dan penilaian

You might also like