Professional Documents
Culture Documents
Pendahuluan
Unit Kurikulum Sekolah Agama Menengah (SAM) Hisamuddin Sungai Bertih telah
mencadangkan satu program kecemerlangan Tingkatan 3 demi mempertingkatkan kualiti serta
prestasi akademik bagi mata pelajaran PMR pada tahun ini.
Melalui pembinaan TWOS MATRIK, pihak pengurusan sekolah telah mengenalpasti
beberapa Program Kecemerlangan PMR yang boleh dianjurkan demi memperkasakan keputusan
PMR tahun 2007 agar lebih berkualiti serta cemerlang. Dan Bengkel Imtiaz PMR Tahun 2007
adalah salah-satu program kecemerlangan akademik yang telah dirancang pada awal tahun.
Rasional
1) Demi untuk mencapai sasaran Headcount PMR 2007 yang telah dirangka oleh pihak
semua guru matapelajaran PMR pada tahun ini.
2) Sebagai satu Program yang terancang serta kolektif yang menjurus kepada pendedahan
format peperiksaan serta panduan yang bersistematik kepada semua calon PMR pada
tahun ini.
Objektif
1) Pelajar dapat melengkapkan pengetahuan mereka dengan teknik serta cara yang efektif
dalam menjawab soalan peperiksaan PMR.
2) Menyediakan calon dari segi fizikal, mental serta emosi untuk menduduki peperiksaan
PMR tahun ini.
3) Guru mata pelajaran dapat merancang pendekatan atau teknik yang lebih komprehensif
demi kecemerlangan mata pelajaran masing-masing khusus pada calon PMR 2007.
1
PENJANAAN STRATEGI MELALUI TWOS MATRIKS
(SWOT bagi penjanaan strategi PROGRAM KECEMERLANGAN PMR TAHUN 2007)
KEKUATAN (S) KELEMAHAN (W)
Maka dengan kekuatan S1(100% guru mata pelajaran terdiri dikalangan guru
terlatih ) & peluang O3 (Masih terdapat 3 bulan sebelum tarikh sebenar
peperiksaan PMR ), maka BENGKEL IMTIAZ PMR 2007 drancang.
2
Latarbelakang Program
Jadual Program
MASA 7.40 ~ 8.00 8.00~10.00 10.00~10.30 10.30 ~ 12.30 12.30 ~ 1.30 1.30~1.40
TARIKH
SOLAT ZOHOR
BACAAN
REHAT
ISNIN BAHASA MELAYU PAI
4 Sept. 2007 BENGKEL BENGKEL
SELASA BAHASA ARAB SEJARAH
QURAN
BERJEMAAH
KHAMIS MATEMATIK KHB
(UNIT KAUNSELING)
7.30 – 8.30 8.30 ~ 9.30 9.30 ~ 10.00 10.00 ~ 12.OO
Ceramah
7 Sept.
REHAT
3
4. MATEMATIK PN. SUSILA MAHMOOD 10. SLOT BIJAK BELAJAR UNIT BIMBINGAN &
PN. NURMURNI ISMAIL KAUNSELING SEKOLAH
5. SAINS PN. NOR’AINI MOHD NOR 11. BACAAN QURAN / BADAN DAKWAH & ROHANI
PN. SAADIAH MOKHTAR SOLAT BERJEMAAH SEKOLAH (BADAR)
6. SEJARAH P.N. SITI HAFSAH JURAIMI
PN. NORAISHAH SAMID
Ahli Jawatankuasa Bengkel Imtiaz Tahun 2007
Penasihat : Puan Hajjah Asmawati Bt. Hj. Ahmad Ishak
PENGETUA
Pengerusi : Puan Hajjah Nazian Bt. Salleh
GPK 1 (AKADEMIK)
Naib Pengerusi : Puan Azlina Bt. Emam Buhari
GPK 2 (HEP)
Pengarah : Puan Siti Radhiah Bt. Shamsudin
GURU KANAN BAHASA
Pen. Pengarah: Puan Kamishah Bt. Saper
SETIAUSAHA PEPERIKSAAN
Setiausaha : Puan Siti Hafsah Juraimi
PENYELARAS TINGKATAN 3
Pen. Setiausaha: Puan Noraishah Bt. Samid
AJK PEPERIKSAAN DALAMAN
Bendahari : Puan Susila Mahmood
KETUA PANITIA MATEMATIK
4
Bidang Tugas AJK Pelaksana Program
1) Pengarah
Menyediakan kertas kerja Program untuk dibentangkan kepada pihak pentadbir.
Menyelaras kerja program mengikut cadangan pihak pengurusan sekolah.
Koordinasi agihan tugasan pada AJK Pelaksana.
Menilai semula program sebagai cadangan penambahbaikan.
2) Penolong Pengarah
Membantu Pengarah untuk menyelaraskan program.
Membantu Pengarah mengagihkan tugasan AJK Pelaksana
3) Setiausaha
Menyediakan surat panggilan mesyuarat serta surat kepada pihak luar.
Mencatatkan minit mesyuarat.
Menyampaikan sebarang maklumat program kepada pelaksana program.
Menyediakan rekod kehadiran peserta
4) Penolong Setiausaha
Membantu Setiausaha dalam melaksanakan tugasan.
Merekod kehadiran peserta setiap hari.
Menyediakan Fail peserta (dengan bantuan pelajar)
Melaporkan sebarang keperluan kepada AJK Induk.
5) Bendahari
Menyelaraskan kutipan sumbangan dari guru tingkatan
Menyediakan laporan kewangan
Bertanggungjawab mengagihkan sumbangan kutipan kepada unit-unit yang memerlukan.
6) Persiapan Tempat
Menyediakan petugas pengemasan dikalangan pelajar tingkatan 3.
Dengan bantuan pelajar menyediakan tempat bengkel Program
Dengan bantuan pelajar mengemas lokasi bengkel selepas Program.
7) Jamuan
Mengenalpasti keperluan jamuan mengikut kehadiran penceramah setiap hari bengkel yang
ditetapkan.
Menyediakan implikasi kewangan Unit kepada pihak AJK Induk & Bendahari.
8) Sijil / Cenderahati
Menyediakan Sijil Penceramah
Menyediakan cenderahati untuk Perasmi Program
Menyediakan implikasi kewangan Unit kepada pihak AJK Induk & Bendahari
5
Menyediakan peralatan siaraya untuk keperluan bengkel.
Meminjam dan memulangkan peralatan ICT & siaraya dari pihak Pusat Sumber sekolah.
Menyediakan implikasi kewangan sekiranya perlu.
Penutup
Sesungguhnya pihak kami mengharapkan cadangan kertas-kerja ini mendapat
sokongan dari pihak pengurusan sekolah. Usaha dan ikhtiar telah dicadangkan demi
kecemerlangan anak didik kita. Semoga calon PMR 2007 dapat manfaat yang
sepenuhnya dari Bengkel Imtiaz PMR 2007 ini.
Pihak kami mengharapkan perjalanan Bengkel Imtiaz PMR ini dapat dijalankan
dengan lancar dan berkesan. Kerjasama dari semua pihak amat dialu-alukan serta
didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh ;
6
…………………………………….
Puan Siti Radhiah Shamsudin
Pengarah Program Imtiaz PMR 2007