You are on page 1of 4

Kedudukan Bahasa Melayu pada Hari Ini

SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Secara umumnya, martabat bahasa Melayu pada hari ini sudah longgar. Hali ini terbukti
melalui pengiktirafan Intitusi Pendidikan Swasta (IPS),  sebagai sebahagian daripada Sistem
Pendidikan Kebangsaan yang dibuat melalui Seksyen 16 Akta 1996. Oleh sebab IPS merupakan
sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, maka IPS mempunyai pilihan dalam hal
penggunaan bahasa penghantar sama ada untuk mengikut amalan sekolah kebangsaan atau
sekolah jenis kebangsaan atau memohon kecualian mengikut seksyen 17 akta berkenaan., dengan
kata lain IPS mempunyai kebebasan seluas-luasnya dalam menentukan penggunaan bahasa
penghantar. Kelonggaran inilah yang merendahkan martabat bahasa Melayu sekali gus
melemahkan pencapaian falsafah dan matlamat dasar pendidikan kebangsaan.

 Dari segi lain, Seksyen 75 sebenarnya tidak memberikan apa-apa kuasa kepada Menteri dalam
menghendaki pengajaran mata pelajaran tertentu yang relevan dalam konteks pendidikan
bersepadu dan kenegaraan di peringkat menengah atas kerana Menteri hanya boleh meminta
institusi pendidikan swasta untuk mengajarkan mata pelajaran bahasa kebangsaan apabila bahasa
lain digunakan sebagai bahasa penghantar. Hal ini bermakna bahawa Menteri tidak diberi kuasa
yang jelas untuk membolehkan pengajaran mata pelajaran bahasa Melayu diwajibkan. Selain itu,
bahasa Melayu hanya diajarkan sebagai mata pelajaran tambahan di samping mata pelajaran lain
yang diajarkan di institusi pendidikan tinggi swasta.    Kesan lain yang ketara ialah bahasa
Melayu mungkin tidak mempunyai tempat dalam kurikulum pendidikan swasta kerana bukan
sahaja boleh tidak menjadi bahasa penghantar tetapi boleh juga tidak menjadi bahasa wajib.
Malah, kedudukannya sebagai bahasa pilihan sebagai bahasa asing tidak disebut sama sekali.    

Hal ini menunjukkan kedudukan Bahasa Melayu pada hari ini mempunyai krisis dalam
aspek martabatnya . Menurut syarahan daripada ketua menteri Sarawak, terdapat beberapa
tentangan yang terpaksa dihadapi tentang Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Pada masa kini, keyakinan masyarakat terhadap bahasa Melayu semakin
berkurangan. Ini menjadi masalah utama terhadap penggunaan bahasa Melayu pada masa
kini.Malahan, ada yang berpendapat anak Melayu tidak mungkin maju dan berjaya dalam
sesetengah mata pelajaran melalui bahasa pengantar bahasa Melayu. Hal ini terbukti apabila
pembelajaran untuk kuliah sains dan teknologi telah ditukar dalam bahasa Inggeris. Walaupun
terdapat banyak kebaikan terhadap pertukaran itu, namun ia telah menjejaskan sedikit sebanyak
kedudukan bahasa Melayu apabila ada sesetengah pihak telah menyalahtafsir dengan
beranggapan bahawa bahasa Melayu tidak membawa kemajuan. Akan tetapi, masih ada pihak
yang mempunyai kesedaran untuk mendaulatkan kembali bahasa Melayu. Walaubagaimanapun,
bahasa Melayu masih lagi digunakan dalam persuratan seperti surat-menyurat, laporan, minit
mesyuarat, pekeliling dan lain-lain.
PERMASALAHAN MARTABAT BAHASA MELAYU SEBAGAI   BAHASA
KEBANGSAAN     

BEBERAPA gejala yang berlaku kini dengan seriusnya mencabar martabat dan
kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia. Menurut kajian pada tahun
1996, yang paling serius ialah penubuhan kolej swasta dan separuh swasta dan institusi pengajian
tinggi kerajaan yang kesemuanya berpenghantar bahasa Inggeris. Faktor ini ditambah pula oleh
gejala globalisasi yang menekankan penggunaan bahasa Inggeris dengan pesatnya. Selain itu,
faktor-faktor itu disertai juga oleh penggunaan bahasa Inggeris yang memang berleluasa dalam
sektor swasta yang tidak pernah tergugat atau digugat. Selain itu, wujud golongan Inggerisofili
yang muncul dengan nostalgia mereka yang amat tebal terhadap bahasa Inggeris hingga
menggugat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia dan sebagai bahasa penghantar
pendidikan.    Faktor lain yang tidak kurang pentingnya ialah kini dalam kalangan golongan elit
Malaysia timbul satu perasaan curiga terhadap kemampuan bahasa Melayu untuk menjadi bahasa
penghantar ilmu sains dan teknologi (Hashim Musa 1996). Dengan kata lain, wujud krisis
keyakinan tentang kemampuan bahasa Melayu dalam menghuraikan dan mengungkapkan ilmu
yang tinggi. Oleh hal yang demikian, faktor dan krisis ini perlu dilihat secara objektif dalam
usaha memartabatkan bahasa Melayu, lebih-lebih lagi apabila wujudnya Akta IPTS yang
kelihatan meminggirkan bahasa Melayu.

     Berdasarkan pelbagai akta dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berkenaan,


jelaslah bahawa kedudukan dan martabat bahasa Melayu telah diletakkan di tahap yang tinggi
sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi. Namun martabat bahasa Melayu kelihatan
terhakis dengan wujudnya akta Pendidikan 1996. Peruntukan dalam akta berkenaan jelas
menunjukkan bahawa bahasa Melayu telah di ketepikan. Dalam hal ini, Abdullah Ayob (1998)
Pro Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata bahawa para siswa tempatan perlu
mempertahankan martabat bahasa kebangsaan kerana kedudukan bahasa kebangsaan sekarang
ini berhadapan dengan beberapa banyak tekanan berikutan banyak institusi pengajian tinggi
swasta yang tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Langkah ini juga
perlu bagi memastikan bahasa Melayu kekal sebagai bahasa kebangsaan untuk selama-lamanya.  
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, bahasa Melayu adalah wacana komunikasi utama dan asa
pembinaan dalam tamadun Melayu.Seperti yang diketahui umum, sejak zaman dahulu hingga
kini bahasa Melayu telah menjadi ucapan penting dalam komunikasi masyarakat
Melayu.Perkembangan bahasa Melayu secara bertahap adalah hasil daripada interaksi yang
berlaku antara masyarakat Melayu dengan masyarakat daripada tamadun-tamadun asing yang
lain.Bahasa Melayu menerima pengaruh dan kesan yang ketara daripada bahasa Sanskrit
(tamadun India), bahasa Inggeris (tamadun Eropah) dan bahasa Arab ( tamadun Islam).

Pengaruh yang paling penting dalam bahasa Melayu ialah daripada tamadun Islam yang
telah membawa revolusi baru berasaskan rasionalisme dan intelektualisme kepada bahasa
Melayu. Kedatangan Islam bukan hanya membawa suatu kepercayaan ketuhanan yang baru
kepada masyarakat Melayu , tetapi juga membawa sistem-sistem bahasa seperti tulisan, kosa kata
dan sebagainya yang berjaya menghasilkan kemajuan dan ilmu baru dalam tamadun Melayu.
Walau bagaimanapun, pengaruh India melalui bahasa Sanskrit juga penting dalam khususnya
pengaruh kosa kata.

Peranan kesusasteraan Melayu melalui persuratan dan penulisan berkembang seiring


dengan perkembangan bahasa Melayu. Justeru, kesusasteraan Melayu yang sejak zaman
pengaruh Hindu Buddha meskipun dalam bentuk sastera lisan sudah menjadi medan pengucapan
seni dan kreativiti masyarakat Melayu yang penting.Seperti juga dengan perkembangan bahasa,
perkembangan kesusasteraan Melayu banyak menerima pengaruh revolusi kedatangan Islam.
Daripada konsep yang kabur tentang tema dan matlamat sastera , Islam telah memperkenalkan
kerana Allah S.W.T dengan tema-tema ketuhanan-kemanusiaan seperti
tauhid,jihad,kepahlawanan dan sebagainya.

Bentuk sastera berubah dengan kehadiran genre-genre baru seperti syair, puisi, dan prosa.
Lebih-lebih lagi apabila pengucapan sastera berkembang daripada lisan kepada penulisan
menerusi tulisan Jawi dan tulisan Rumi.Dengan perkembangan tersebut, kedudukan dan peranan
bahasa dan kesusasteraan Melayu menjadi semakin penting dalam perkembangan tamadun
Melayu. Pembinaan Negara bangsa dan tamadun Malaysia tidak dapat mengenepikan peranan
bahasa dan kesusasteraan Melayu sebagai pembentuk jati diri dan pentakrif kepada kebudayaan
kebangsaan.
1
PERKUKUH GUNA BAHASA MELAYU DALAM SEMUA SEKTOR

Pada 3 Mac yang lalu, akhbar tempatan telah menyiarkan satu berita tentang pelbagai
pihak yang mendesak agar kedudukan bahasa Melayu perlu dinaikkan dan dimartabatkan
sekaligus memperkukuhkan kedudukannya dalam semua sektor. Mereka juga menggesa semua
agensi yang terlibat memartabatkan bahasa kebangsaan supaya berfungsi sepenuhnya bukan
sekadar menerbitkan buku atau menganjurkan konvensyen mengenai bahasa Melayu semata-
mata.

Malah usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu dijadikan agenda utama yang dilaksanakan
secara berterusan supaya `bahasa benar-benar menjadi jiwa bangsa'.
Pensyarah di Jabatan Antropologi Universiti Malaya, Prof. Datuk Zainal Kling berkata,
penggunaan bahasa Melayu secara rasmi dalam semua aspek kehidupan di sektor kerajaan atau
swasta adalah jalan terbaik untuk memartabatkan bahasa kita ini.Hal ini membuktikan
kedudukan bahasa Melayu pada hari ini telah mengalami krisis yang agak menggugat
martabatnya. Namun sebagai warganegara yang bijak berfikir, kita seharusnya sedar bahawa
masalah ini boleh diatasi jika kita sebagai generasi muda berusaha bersungguh-sungguh
memartabatkan kembali bahasa jiwa bangsa kita ini.

1
Y. Bhg. Dato’ Haji Abdul Rahim Bin Abu Bakar,2002, Syarahan Ketua Menteri Sarawak “ Bahasa Melayu sebagai
Tonggak Negara Bangsa dalam Gelombang Globalisasi”.

You might also like