You are on page 1of 36

PERTANDINGAN KAWAT

PASUKAN PAKAIAN
SERAGAM SEKOLAH RENDAH
SYARAT PENYERTAAN
 Terbuka kepada pasukan-pasukan
pakaian seragam di sekolah-sekolah
rendah kerajaan dan bantuan kerajaan
yang berdaftar dengan badan induk.

 Hanya dua pasukan sahaja akan mewakili


sesebuah negeri bagi pertandingan
peringkat kebangsaan
a) Kategori lelaki
b) Kategori perempuan
PENDAFTARAN
 Anggota pasukan dan ketua platun
mestilah terdiri daripada pelajar yang
sedang menuntut.

 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan


yang didaftarkan hendaklah tidak kurang
daripada 31 orang dan tidak melebihi 37
orang termasuk seorang ketua platun dan
anggota simpanan.
 Semua anggota yang didaftarkan hanya
diterima daripada platun yang dianggotai
oleh pelajar lelaki atau perempuan
sahaja.

 Setiap peserta diminta membawa


salinan sijil kelahiran yang disahkan
untuk tujuan penyemakan.
PAKAIAN
 Pakaian ahli pasukan dan ketua platun
hendaklah pakaian kawat atau pakaian
rasmi pasukan pakaian seragam yang
diwakili.
 Untuk pakaian tambahan (aksesori) yang
dinilai adalah sarung tangan putih sahaja.
JANGKA MASA PERSEMBAHAN

 Masa persembahan sepenuhnya bagi


sesebuah pasukan adalah 12 minit
sahaja.

 Masa pertandingan diambil kira bermula


dari hukuman “BUKA BARISAN” sebelum
lapor kepada ketua hakim
 Pemberian markah bermula apabila
platun bergerak masuk ke padang kawat
dan berdasarkan persembahan dalam
tempoh masa yang ditetapkan
 Persembahan terbahagi kepada dua
bahagian: Kawat Asas dan Kawat
Formasi. Persembahan hendaklah
merangkumi kedua-dua bahagian
tersebut dan didahului oleh kawat asas.

 Sekiranya masa persembahan melebihi


12 minit, 5 markah akan dipotong dan
perbuatan selepas 12 minit itu tidak lagi
diberi markah.
PELAKSANAAN PERTANDINGAN

BILANGAN ANGGOTA

 Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh


tidak kurang 31 anggota dan tidak lebih 37
anggota termasuk ketua platun ketika
pendaftaran pertandingan.
 Semasa pertandingan dijalankan setiap
pasukan mestilah dianggotai oleh 31 ahli
termasuk ketua platun.
 Jika ada anggota yang bertanding tidak
dapat meneruskan pertandingan atas apa
juga sebab sehingga menyebabkan
bilangan anggota pasukan kurang daripada
yang ditetapkan, 5 markah akan ditolak
bagi setiap anggota yang kurang.
 Tiada sebarang penggantian anggota ketika
pertandingan kawat sedang berjalan.
Penggantian hanya boleh dilakukan
sebelum pertandingan kawat dijalankan
untuk setiap pasukan.
PEMERIKSAAN KEKEMASAN PAKAIAN

 Pemeriksaan pakaian dijalankan sebelum


giliran pasukan yang mengambil bahagian
masuk ke padang kawat.
 Pemeriksaan pakaian akan dijalankan 15
minit sebelum pasukan membuat
persembahan.
 Pasukan yang gagal menepati masa untuk
pemeriksaan pakaian akan kehilangan
seluruh markah pakaian (20 markah).
4. Hukuman secara statik (hukuman : ke
kanan lurus…. pandang depan)

5. Melapor – Ketua Platun melapor kepada


Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun
melapor, skuad akan berada dalam
keadaan sedia dan buka barisan.

6. Tutup Barisan ( hukuman : tutup


barisan…..gerak)
7. Platun diwajibkan melakukan semua
pergerakan kawat statik yang berikut :
i] Ke kanan lurus….. pandang depan
ii]Bergerak ke kanan /ke kiri, ke kanan/
ke kiri pusing
iii]Bergerak ke kanan/ ke kiri, ke belakang
pusing
iv]Menghadap ke belakang, ke kanan/ke
kiri pusing
v]Menghadap ke hadapan …….belakang
pusing
KAWAT ASAS
1. Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke
padang kawat dalam tiga barisan berjalan,
dalam masa cepat jalan dan berhenti di
hadapan Ketua Hakim.

2. Kelajuan langkah semasa cepat jalan adalah


120-128 langkah seminit). Kelajuan yang
lebih atau kurang daripada yang ditetapkan
akan ditolak 5 markah.

3. Buka Barisan
(hukuman : buka barisan…..gerak)
8. Hukuman bergerak ke kiri diberi
(bergerak ke kiri, kiri pusing)

9. Berjalan dalam masa cepat jalan


(satu pusingan, semasa membelok
hukuman kiri belok diberikan).
Rujuk Plan Litar Pertandingan.
10. Semasa melalui para hakim dalam
pusingan kedua, tukar langkah
perlahan jalan.
(hukuman : tukar langkah perlahan,
perlahan jalan).
Hukuman cepat jalan diberi ketika platun
berada di tengah-tengah antara kon C
dan kon D.
11. Semasa melintas ketua hakim dalam
pusingan ketiga, hukuman hormat ke
kanan di beri (hukuman : hormat,
hormat ke kanan ……hormat).

12. Skuad akan berjalan sehingga penanda


hijau (rujuk lampiran Plan Litar
Pertandingan), belok kiri dan berhenti di
hadapan Ketua Hakim (hukuman : skuad,
skuad…..henti).
13. Ketua Platun memberi hukuman
untuk skuad menghadap ke hadapan.

14. Platun akan mara menghadap


(hukuman : skuad akan mara
menghadap, dari tengah,
cepat…….jalan).

15. Tamat kawat bahagian asas.


CATATAN (1)
 Semasa platun hendak membelok,
Ketua Platun hendaklah memberi
hukuman kiri belok.

 Semasa kawat asas tiada suara dari


anggota platun, hanya hukuman Ketua
Platun sahaja
(contohnya anggota platun menyebut
kiraan masa kiri-kanan semasa berjalan
adalah tidak dibenarkan).
 Ketua Platun memberi arahan secara
statik dan menghadap ke arah skuad
semasa keseluruhan kawat asas. Jika
Ketua Platun bergerak bersama
anggota, 5 markah ditolak. Semasa
mara menghadap Ketua Platun
hendaklah masuk ke padang kawat
dan mara menghadap bersama
anggota platunnya.
 Tidakdibenarkan menggunakan
sebarang alatan semasa membuat
persembahan
(contoh: tongkat atau wisel).

 Isyarattamat masa pertandingan akan


diberi oleh penjaga masa.
PERGERAKAN
MEMBENTUK FORMASI
 Sebaik sahaja tamat mara menghadap,
platun akan mempersembahkan kawat
formasi mengikut kreativiti platun
masing-masing.

 Semasa persembahan kawat formasi


sebarang isyarat atau arahan dari Ketua
Platun atau anggota dalam barisan
seperti hentak kaki, suara dan alatan
tidak dibenarkan. Sekiranya perkara di
atas dilakukan, 5 markah akan ditolak.
 Setiap formasi mestilah diakhiri dengan
kembali ke kedudukan asal dalam tiga
barisan di tengah-tengah padang kawat
dan tidak berhenti terlalu lama antara satu
formasi dengan satu formasi yang
berikutnya.
 Pergerakan kawat formasi, hendaklah
mengandungi pergerakan kawat sahaja.
Pergerakan lain seperti pergerakan tatu,
tarian, silat dll, tidak dibenarkan.

 Setiap platun dikehendaki


mempersembahkan empat formasi yang
berlainan. Formasi yang diulang
pergerakannya dikira sebagai satu formasi.
PENGHAKIMAN
 Hakim terdiri daripada 11 orang
( setiap kategori) yang mewakili
lima hingga sembilan badan
beruniform yang berbeza. Ketua
Hakim dilantik daripada kalangan
Pegawai Pendidikan.
 Hakim daripada hendaklah terdiri daripada :-

Bahagian Kawat - Jurulatih bertauliah dari


agensi di atas.

Bahagian Pakaian - Pegawai Kanan Badan Induk


NGO masing-masing.
 Hakim-hakim yang dilantik oleh pihak
penganjur mestilah mendapat
pengesahan daripada Kementerian
Pendidikan (peringkat Kebangsaan),
Jabatan Pendidikan Negeri
(peringkat Negeri dan Zon )
 Sekiranya berlaku persamaan markah di
antara pasukan-pasukan markah kawat
dinamik akan menjadi penentu. Jika markah
sama juga markah kawat statik akan
diambil kira. Sekiranya masih sama, markah
formasi diambil kira.
 Setiap satu item yang tidak berada pada
kedudukannya (pakaian) ketika kawat statik
atau kawat dinamik atau kawat formasi
dijalankan akan ditolak satu markah untuk
satuitem.
 Keputusan hakim adalah muktamad.
PERMARKAHAN KETUA PLATUN

 Permarkahan Ketua Platun diambil dari


kawat asas dan diadili oleh Hakim yang
berasingan .
(contoh Hakim pertandingan kawat
pasukan oleh 5 hakim. Hakim untuk
Ketua Platun oleh 3 Hakim yang
berasingan)
PERINGKAT PERTANDINGAN

 Pertandingan akan dijalankan pada


empat peringkat:
i. Peringkat Sekolah
ii. Peringkat Daerah / Zon
iii.Peringkat Negeri
iv.Peringkat Kebangsaan
PEMARKAHAN
a) Persediaan 20 markah

i. Pakaian Asas 7 markah


ii. Kekemasan diri
dan pakaian 10 markah
iii. Kelengkapan
Tambahan (aksesori) 3 markah
b) Kawat Asas 121 markah

i. Masuk padang kawat 18 markah


ii. Melapor 15 markah
iii. Kawat Statik 18 markah
iv. Kawat Dinamik 39 markah
v. Melapor Keluar 21 markah
c) Kawat Formasi 108 markah

i. Kreativiti 36 markah
ii. Kemantapan 36 markah
iii. Dinamik 36 markah

MARKAH PENUH 239 markah


CATATAN (2)

Platun-platun yang bertanding di


Peringkat Negeri dan Kebangsaan boleh
dianggotai oleh pelajar-pelajar dari
sebuah sekolah atau gabungan beberapa
buah sekolah tetapi mereka hendaklah
daripada unit pakaian seragam yang
sama.
LAMPIRAN

1. BORANG MARKAH– Sekolah Rendah

2. Plan Litar Pertandingan Kawat –Sekolah


Rendah
SEKIAN.
TERIMA KASIH

You might also like