You are on page 1of 1

RUMUSAN

Malaysia sememangnya kaya dengan keindahan pakaian tradisi dari suku kaumnya yang pelbagai. Setiap pakaian
tersebut mempunyai keunikannya yang tersendiri yang mampu menjadi kebangaan bukan sahaja kaum itu sendiri
malahan oleh semua rakyat Malaysia. Misalnya, baju kurung bukan sahaja dipakai oleh kaum Melayu malahan dipakai
oleh hampir semua kaum yang lain. Begitu juga dengan pakaian-pakaian kaum lain.

Ini menunjukkan, kepelbagaian yang wujud tidak menghalang dalam pemupukan keharmonian bangsa malahan menjadi
salah satu alat untuk menyatupadukan bangsa Malyasia.

Pengetahuan mengenai tradisi pelbagai kaum di Malaysia perlulah diterapkan dalam diri setiap individu sejak dari kecil
lagi agar mereka faham dan tidak menjadikan kepelbagaian ini sebagai penghalang untuk bergaul dengan kaum lain.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan guru untuk menerangkan kepelbagaian ini serta menerapkan nilai-
nilai yang baik agar setiap individu dapat menjadikan kepelbagaian yang wujud sebagai satu kebangaan dan tidak
meremehkan tradisi kaum lain.

Oleh yang demikian, setiap guru pelatih seharusnya melengkapkan diri dengan pengetahuan tentang kaum-kaum lain
agar dapat membantu murid memahami kepelbagaian yang wujud dan seterusnya menjadi guru yang berketerampilan
kelak.

You might also like