You are on page 1of 17

CIRI-CIRI

KAUNSELOR YANG
BERKESAN
Seorang kaunselor yang berkesan ialah dia
mampu membantu kliennya untuk mengenali
dirinya sendiri seterusnya membantu
meningkatkan dirinya untuk menjadi lebih
baik serta memberi manfaat kapada dirinya
dan orang lain.Seorang kaunselor yang
berkesan boleh dikenali melalui ciri-ciri
tersebut :
(1) PENDENGAR
YANG BAIK

Seorang kaunselor yang berkesan seharusnya mempunyai


ketrampilan dalam melayan klien. Hal ini hanya akan terlaksana
jika seseorang itu mempunyai, merumus luahan pelajar,
kemahiran mendengar yan baik, ini akan membantu kaunselor
untuk mentafsir dan seterusnya memberi manklumat dalam
mencari penyelesaian terhadap isu atau masalah pelajar
tersebut.
(2) MEMILIKI
KEYAKINAN DIRI YANG
TINGGI

Keyakinan merupakan asas untuk melakukan sesuatu tidakan


yang tepat dan bersesuaian dengan sesuatu situasi.Kaunselor
yang berkeyakinan tinggi akan bertindak dengan tenang dan
matang.Walaupun begitu,keyakinan diri itu bersandar pada
keupayaan dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran atau
dipanggil kredibiliti, ini akan melancarkan proses membantu
seterusnya menyebabkan beliau dipercayai pelajar.Hal ini akan
menjadi penarik kepada pelajar untuk mendapatkan khidmat
selanjutnya.
(3) BERSIFAT
TERBUKA
Guru kaunselor hendaklah mempunyai pandangan
yang luas, tidak tertumpu kepada sesuatu aspek
yang sempit. Sesuatu isu atau masalah pelajar
seharusnya dilihat secara holistik atau
menyeluruh.dengan ini jalan penyelesaian
sesuatu isu akan terbuka luas dan ia memberi
ruang kepada pelajar dalam memilih tindakan.
(4) AMANAH, JUJUR,
DAN IKHLAS
Amanah membolehkan seseorang bertindak
mengikut garis panduan tugas yang ditetapkan
untuk menjadi kaunselor. Kejujuran
(trustworthiness) akan mengawal tindakan supaya
hanya tertumpu untuk membantu pelajar.Manakala
keikhlasan akan mengawal segala aspek termasuk
kognitif, efektif,dan tindakan bertujuan
membantu pelajar tanpa mengharapkan ganjaran
atau balasan.
(5) TIDAK
MENGHUKUM
 Seorang kaunselor yang berkesan tidak boleh
menghukum kerana hukuman meninggalkan kesan
negatif yang menyakitkan sama ada dari segi
fizikal seperti mencederakan anggota badan
mahupun emosi seperti menimbulkan rasa marah,
dendam, takut, dan rendah diri terhadap
seseorang.Sebaliknya melatih atau membimbing
merupakan cara terbaik untuk mendidik seseorang
kerana ia meninggalkan kesan positif yang
berpanjangan.
(6) EMPATI

Empati ialah kaunselor merasai apa yang dirasai


oleh orang lain dengan mengenepikan sikap
prasangka serta mengawal persepsi yang sedia
ada.Perasaan ini berlaku kerana adanya
penghayatan.Perasaan empati ini perlu
diperlihatkan kepada pelajar yang dibantu kerana
ia akan membantu proses menyelesaikan masalah
yang lebih mudah dan cepat seterusnya melahirkan
perasaan sayang serta hormat pelajar kepada
kaunselor.
(7) MENYIMPAN RAHSIA
KLIEN DENGAN BAIK
Setiap maklumat yang dikongsi di dalam
sesi kaunseling mestilah dirahsiakan,
kecuali dengan merahsiakan maklumat
tersebut, ia boleh menimbulkan
kemudharatan.Hubungan yang dibina atas
dasar saling hormat menghormati dan
percaya mempercayai boleh dihancurkan
oleh sikap tidak menjaga rahsia.
(8) MEMILIKI SIFAT-SIFAT
TERPUJI
( MAHMUDAH )
Biasanya kaunselor yang berkesan
mempunyai akhlak yang baik seperti
jujur,amanah,bijaksana,adil,pemurah,
mnghormati orang lain,prihatin,kuat
pegangan agama,ikhlas, dan
sebagainya.Oleh itu, mereka akan disanjung
dan dihormati oleh klien, masyarakat,dan
menjadikan dia sebagai sumber rujukan
dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
(9) MEMPUNYAI ILMU
DAN KEPAKARAN DALAM
BIDANG KAUNSELING
Pelajar mempunyai masalah yang berlainan
dan pelbagai, untuk membantu pelajar
dengan berkesan kaunselor memerlukan
ilmu dalam bidang psikologi kaunseling agar
kaunselor dapat menyelesaikan masalah
pelajar dengan mahir dan baik.
(10) PENERIMAAN
TANPA SYARAT ATAU
MUDAH DIHAMPIRI
Guru kaunselor hendaklah memberi
perhatian kepada seseorang pelajar tanpa
batasan penilaian terhadap aspek
pemikiran, perasaan, dan tingkah laku
pelajar itu baik atau buruk. Pelajar perlu
dilayan dengan mesra dan baik tanpa
menunjukkan perasaan pilih kasih.
CIRI-CIRI KAUNSELOR
BERKESAN MENGIKUT
PENDAPAT TOKOH

HACKNEY DAN CARMIER


(1996)
Kesedaran kendiri dan memahami
Kesihatan psikologi yang baik
Sensitif
Berfikiran terbuka
Bersifat objektif
Cekap
Boleh dipercayai
Mempunyai tarikan interpersonal
FOSTER ( 1996 )
DAN
GUY ( 1998 )
DALAM GLADDING,ST ( 2004 )
Berminat secara semula jadi kepada
manusia. Sentiasa ingin tahu dan
mengambil berat terhadap orang lain.
Berkebolehan untuk mendengar dan
minat mendengar apa yang dikatakan
oleh orang lain.
Selesa berkomunikasi dengan orang lain.
Berkebolehan melihat ke dalam diri.
Berkeupayaan mengenepikan kehendak
peribadi untuk mendengar dan mengambil
berat terhadap orang lain terlebih dahulu.
Berkebolehan mengekalkan kerapatan
emosi dengan orang lain.
Menerima kuasa dan boleh melepaskannya.
Berkebolehan untuk ketawa bersama orang
lain.

You might also like