You are on page 1of 4

Pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan tidak akan berlaku tanpa

perancangan yang rapi. Dalam erti kata lain, strategi Pengajaran dan pembelajaran harus di
atur bagi menjamin kualiti pendidikan yang sempurna. Perancangan yang rapi perlu
berlandaskan sesuatu yang kukuh dan diakui kebenaran atau kewajarannya. Perancangan
itu merupakan sesuatu yang terbukti boleh dan benar.

Menurut istilah bahasa arab, pendidikan bermaksud ‘tarbiyah’. ‘Tarbiyah’ dan ‘dakwah’
adalah suatu usaha yang saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. Selepas mengalami
proses ‘dakwah’ maka ‘tarbiyah’ adalah melengkapi segalanya dengan membawa maksud
pendidikan yang berterusan. Melalu pendidikan yang berterusan ini mampu mendidik minda
dan spiritual berpandu pada acuan yang hendak dicapai bagi menyambung proses
‘dakwah’. Hatta, melengkapi itu semua pengajaran dan pembelajaran juga suatu usaha yang
tidak dapat dihasilkan sekiranya ianya tidak saling melengkapi satu sama lain. Seorang guru
pelatih Insitut Pendidikan Guru pada hari ini menuntut ilmu supaya ilmu tersebut dapat
disalurkan pada murid-murid mereka pada masa hadapan. Bersesuaian dengan dalil Al-
Quran yang bermaksud;

“Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab, hikmah
dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-
penyembahku bukan penyembah Allah." Akan tetapi (dia akan berkata): "Hendaklah kamu
menjadi orang-orang rabbani (orang yang sempurna ilmu dan takwanya pada Allah) , kerana
kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya..”
(Al-Imran: 79)

Berdasarkan ayat diatas jelas mengambarkan pengajaran dan pembelajaran bermula


dengan belajar dan kemudian diteruskan dengan mengajar. Itulah konsep yang paling
penting yang mementingkan pengajaran dan pembelajaran.

Buku kognitif dalam pendidikan yang telah dikarang oleh Azizi Yahya, Asmah Suboh,
Zurimi Zakaria, Fawziah Yahya dan telah diterbitkan pada tahun 2005 mengatakan
pengajaran dan pembelajaran juga menerangkan bagaimana cara untuk menggunakan
pancaindera bagi meningkatkan kemahiran pengamatan. Ini termasuk penggunaan
pelbagai jenis alat bantu mengajar yang sesuai oleh seseorang guru dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan serta pemahaman berkaitan dengan konsep
konsep pembelajaran dan perspektif kognitif penting bagi menyediakan peluang-peluang
pembelajaran kepada para pelajar. Ia adalah sumber dan kemahiran yang mencerminkan
cara individu memperoleh pengetahuan, memproses, mentafsir dan menggunakannya
dalam kehidupan seharian. Ia juga memberi peluang kepada kita memahami pelbagai
domain ilmu pengetahuan sesuai kita sebagai seorang guru dan seterusnya ia
membenarkan kita membuat penilaian, generalisasi dan pemilihan kaedah serta strategi
pembelajaran yang bakal digunakan dalam kehidupan seharian.

Kaedah pengajaran yang dibentuk sebaik-baiknya berupaya member peluang kepada


para pelajar secara umumnya supaya memerhati, mencerap, melibatkan diri, meneroka dan
menggunakan strategi dengan berkesan. Melalui kaedah pengajaran yang berkesan, para
pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan serta maklumat baru ke dalam situasi dan
persekitaran baru melalui proses pemindahan pembelajaran. Keberkesanan pengajaran
ditentukan apabila individu berupaya menggunakan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman bagi menyelesaikan masalah pembelajaran dalam kehidupan seharian. Selain
itu juga, sebagai seorang guru kita juga perlu tahu bagaimana cara untuk mengembangkan
kognitif pelajar sama ada yang berkaitan dengan situasi pembelajaran atau sebaliknya.

PEMBELAJARAN
Apakah yang dimaksudkan dengan teori? Menurut Kerlinger (1986), teori ialah suatu
set prinsip dan definisi yang saling berkait serta menerangkan sesuatu fenomena secara
sistematis. Jary dan Jary (1995) pula melihat teori sebagai satu set hipotesis atau prinsip
yang berkait secara logik atau berdasarkan penerangan matematik yang menerangkan
hakikat empirikal sesuatu fenomena.

Menurut psikologi pendidikan, pembelajaran merupakan satu proses yang melibatkan


pemikiran (kognitif), emosi, pengaruh persekitaran dan pengalaman yang hasilnya ialah
perubahan tingkah laku, pengetahuan, kemahiran nilai dan pandangan. Tajul Ariffin (1990),
proses belajar dapatlah diertikan sebagai usaha mencari kebenaran menggunakan akal,
pancaindera, rasa, hati, dan perasaan untuk mencari kebenaran kepada sesuatu
rangsangan yang kita terima. Bermakna belajar adalah proses yang berterusan seumur
hidup tanpa putus asa. Daripada pandangan islam, ilmu adalah dua perkara yang
diutamakan dan kefardhuan menuntut ilmu adalah wajib. Tanpa ilmu dan pembelajaran kita
tidak akan Berjaya mengenal Tuhan. Tanpa proses belajar kita tidak akan dapat
membezakan yang benar dan hak dengan yang batil (Tajul Ariffin, 1990).

“Mengapa tidak pula berangkat satu rombongan dari tiap-


tiap golongan itu untuk mempelajari perkara-perkara agama”
(Surah At. Taubah, ayat 12)
Pembelajaran juga berlaku hasil dari adaptasi ke atas sesuatu keadaan yang
menyentuh secara intrinsik dan ekstrinsik. Secara intrinsik ini bermaksud bahawa segala
bentuk yang dilalui semasa dalam kehidupan seseorang dan menyentuh spiritual orang
tersebut maka pembelajaran secara intrinsik telah berlaku. Contohnya, apabila seorang
pemuda bertemu dengan seorang tua lalu memberi salam, maka pembelajaran ekstrinsik
yang dibina adalah sikap hormat pada yang lebih tua. Manakala secara ekstrinsik pula,
apabila seorang kanak-kanak belajar menunggang basikal, pada peringkat awal dia sukar
untuk menunggang basikal. Lama kelamaan budak itu berjaya menungang dengan
sebaiknya hasil daripada peneguhan dan pengalaman. Menurut Ee Ah Meng (1989),
pembelajaran didefinisikan sebagai perubahan tingkah laku yang agak tetap dan berlaku
kerana pengalaman atau latihan yang diteguhkan. Pembelajaran berlaku apabila
rangsangan diproses oleh otak seseorang untuk menjadi pengalaman. Pengalaman ini pula
akan digunakan untuk sesuatu tingkah laku atau tindakan.

PENGAJARAN

Proses penyampaian kemahiran, ilmu pengetahuan, sikap dan nilai-nilai. Ia


melibatkan perubahan tingkah laku di kalangan para pelajar. Pengajaran dilakukan melalui
penerangan, tunjuk cara, eksperimen atau gabungan kesemua tindakan itu. Ia juga
melibatkan sumber-sumber, pengetahuan dan kemahiran guru atau mungkin bergantung
kepada bahan pengajaran atau kakitangan sumber. pengajaran merangkumi pelbagai
perkara dan fungsi yang saling berkaitan dan hendaklah bertindak serentak agar mencapai
kejayaan. Pengajaran yang menarik serta berkesan merupakan pengajaran yang boleh
menghasilkan pembelajaran murid yang dikehendaki oleh masyarakat dan negara.
pengajaran terdiri drp tiga aspek: objektif pengajaran, prosedur-prosedur kajian, dan
penilaian pencapaian objektif.

Apa dia pengajaran?

Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh
guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik
dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang
sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil
inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai
kemahiran yang diperlukan.
Apakah ciri-ciri Pengajaran?

 guru dan murid,


 guru sebagai pengajar dan murid sebagai pembelajar,
 hanya bermakna apabila ada pembelajaran,
 melibatkan instruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan pelaziman,
 melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau symbol,
 ada kaitan dengan tugasan dan pencapaian,
 boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan
guru-murid serta berpusatkan sumber,
 meliputi rancangan mengajar (KOPI),
 proses yang melibatkan interaksi dua hala,
 ada unsur sains dan seni.

You might also like