You are on page 1of 25

1

1. KUPASAN KONSEP DAN TEORI ASAS UNTUK MENGHASILKAN


ORGANISASI PENDIDIKAN BERPRESTASI TINGGI
2. APLIKASI UNTUK MEMPERBAIKI PENGURUSAN PENDIDIKAN SEMASA
(BERI CONTOH UNTUK MENJELASKAN ANDA)

1. PENGENALAN
Sekolah merupakan organisasi pendidikan yang berfungsi sebagai pengeluar produk
kemenjadian manusia yang terpenting hasil pengembelingan proses pengajaran guru dan
pembelajaran pelajar. Buktinya di Amerika Syarikat telah meletakkan sektor pendidikan
sebagai sektor utama dan memperuntukkan sumber kewangan negara yang terbanyak
berbanding dengan sektor-sektor yang lain. Kepentingan sektor pendidikan tidak dapat
dinafikan sebagai salah satu pemangkin pengeluaran ‘manusia’ berkualiti tinggi dan aset
berharga untuk memajukan negara. Keberkesanan sekolah dalam menyiapkan pelajar
cemerlang sangat diharapkan oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya ibubapa pelajar.
Mereka bukan sahaja mengharapkan agar anak-anak mereka berjaya dengan cemerlang dalam
akademik malah bersahsiah tinggi. Hasrat dan matlamat yang ingin dicapai ini bukan
semudah yang diharapkan kerana pencapaian matlamat ini memerlukan perubahan
tingkahlaku. Dalam usaha mengubah tingkahlaku pula kombinasi warga sekolah amat
diperlukan melalui peranan yang dimainkan oleh guru-guru, pengaruh rakan, persekitaran dan
budaya sekolah. Tugas guru adalah melaksanakan fungsi ini untuk mencipta satu suasana
yang boleh menimbulkan atau menghasilkan perubahan tingkahlaku tersebut (Atan Long,
1978). Namun dalam usaha menuju kecemerlangan dan berprestasi tinggi dalam pendidikan,
semua warga pendidik bermula dari pembuat dasar melalui pembuatan keputusan kerajaan,
pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak Jabatan Pelajaran Negeri, pihak Pejabat
Pelajaran Daerah, pemimpin-pemimpin sekolah, guru-guru, ibu bapa dan pelajar. Dalam erti
kata yang lain, setiap warga sekolah perlu bergerak ke arah pencapaian matlamatnya.

Usaha untuk mencapai matlamat bukan semudah yang disangkakan kerana ianya
sangat memerlukan kefahaman diri, peranan, akauntabiliti, integrity, daya kompetensi dan
kerjasama menyeluruh. Antara ciri-ciri kompetensi yang perlu diterapkan dalam diri seluruh
warga kerja pendidikan ialah emosi yang sihat. Sebagai contoh, usaha untuk merangka dan
menyeimbangkan pengajaran dan pembelajaran cukup memenatkan terutamanya berhadapan
dengan karenah pelajar yang kemungkinan boleh menimbulkan masalah kawalan diri dan
emosi guru. Kajian Skovholt dan D’Rozario (2000) menunjukkan pelajar menganggap guru
2

berempati dan pandai bergaul sebagai guru cemerlang. Dapatan ini menguatkan hasil kajian
Grasha (1996) yang mendapati guru cemerlang adalah guru yang berempati dan prihatin
terhadap keperluan pelajar.

Media masa seringkali memaparkan berita-berita kurang baik mengenai kejadian salah
laku guru terhadap murid, pengurusan dan pentadbiran sekolah, kakitangan, rakan
sehinggakan membawa kepada masalah peribadi. Keadaan ini sedikit sebanyak mencalar imej
profesion perguruan. Noriah et al (2002) mengemukakan contoh-contoh yang berkaitan
tingkah laku kurang beretika dan kurang bertanggungjawab dalam kalangan guru-guru
sekolah. Tingkah laku yang dikatakan kurang beretika dan bertanggungjawab dalam kalangan
guru seperti guru mendenda pelajar secara keterlaluan sehingga menimbulkan kesan negative
terhadap kea psikologi dan fizikal pelajar. Contoh lain adalah seperti ketidakbolehan guru
mengawal kemarahan sehingga sanggup merosakkan harta benda sekolah yang sepatutnya
dijaga untuk kepentingan pendidikan. Tingkahlaku guru yang tidak boleh diterima masyarakat
adalah seperti kejadian guru mencabul dan merogol pelajar selain memukul pelajar sehingga
mendatangkan kecederaan yang serius. Tingkah laku seperti ini sekaligus telah meruntuhkan
kerjaya guru dan mengikis kepercayaan masyarakat terhadap profesion perguruan amnya
yang dikatakan berperanan besar sebagai pendidik , pembimbing (rolemodel) kepada pelajar
dan generasi yang sedang berkembang.

Kejadian-kejadian seperti ini menunjukkan bahawa sebahagian guru tidak dapat


mengawal emosi mereka ketika berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar di dalam dan
luar kelas. Sesetengah pelajar merasa takut untuk datang ke sekolah akibat perlakuan guru dan
ibubapa turut cemas sekiranya anak-anak mereka diletakkan di sekolah yang terdapat guru
yang dilabelkan bermasalah emosi. Persoalannya, adakah perkara ini wajar dilakukan oleh
seorang guru dalam mendidik pelajarnya?.Apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam
kalangan guru-guru di Malaysia? Adakah mereka hanya pintar dalam akademik sahaja tetapi
dari emosi guru tidak mampu mengawalnya? Oleh itu, kes-kes sebegini telah banyak dijawab
oleh ahli-ahli psikologi. Ramai ahli psikologi kognitif mengemukakan teori dan model
mengenai kecerdasan emosi.

2. DEFINISI KECERDASAN DAN EMOSI


2.1 Kecerdasan
3

Menurut Santrock (2004), kecerdasan bermaksud keupayaan manusia untuk


menyelesaikan masalah dan keberkesanannya dalam mengadaptasi ke dalam pengalaman
hidup seharian seseorang. Definisi kecerdasan sentiasa berubah-ubah perkembangannya
berlandaskan penemuan sainstifik yang baru. Di Amerika Syarikat definasi terawal tentang
kecergasan adalah berkait rapat dengan prestasi individu dalam skala kecergasan Stanford –
Binet. Ia pula telah dikembangkan oleh Lewis Terman. Menurut beliau kanak-kanak yang
memperoleh markah 140 atau lebih dianggap sebagai kanak-kanak pintar cerdas.

Gardner (1983,1993,2002) kecerdasan adalah kemampuan menciptakan produk


bermanfaat dan keupayaan dalam menyelesaikan masalah sehari-sehari. Kecerdasan juga
merujuk kepada keupayaan akal fikiran menaakul dan berfikir secara logik dan menghasilkan
tindakan-tindakan berupa tingkah laku yang positif yang bermanfaat kepada kehidupan
harian.

Manakala Guilford (1967) mentakrifkan kecerdasan sebagai kebolehan intelek yang


mengandungi 180 faktor yang khusus. Faktor-faktor ini boleh disusun dalam satu struktur
yang mengandungi tiga dimensi. Dimensi yang pertama mengandungi enam jenis operasi bagi
operasi mental. Dimensi kedua mengandungi lima jenis kandungan yang menjadi bahan
mentah bagi operasi mental. Dimensi yang ketiga pula mengandungi enam hasil yang
diperoleh melalui penggunaan sesuatu operasi mental pada kandungan yang tertentu.
Gabungan ketiga-tiga dimensi inilah yang membentuk kecerdasan manusia. (Suppiah
Nachiappan et.al (2007).

2.2 Emosi
Perkataan emosi berasal dari perkataan latin iaitu motere yang bermaksud bergerak
dan apabila ditambah huruf “e-“ untuk menghubungkan “move away” yang mana setiap
emosi ini berkeupayaan boleh nampak dan berlaku yang melibatkan perasaan kegembiraan,
kegusaran, kasih saying, benci, takut, cemburu, keseronokan atau pun berlakunya gangguan
pada perasaan dan sebagainya. Emosi yang dialami akan memberi kesan dan mempengaruhi
keseluruhan pengalaman hidup seseorang sama ada dari segi psikologi atau pun dari segi
sosial. Oleh itu, emosi merupakan proses yang menggerakkan tingkah laku yang berpunca
dari perasaan (Freemantle, 1998). Dipetik dari Syed Sofian dalam Kesan Kecerdasan Emosi
Ke Atas Tekanan Kerja Dan Niat Berhenti Kerja Profesion Perguruan.
4

Perasaan dan emosi seperti tangisan, sedih, takut dan gelak ketawa mencorakkan
warna kehidupan, membentuk sikap dan personaliti serta menggerakkan arah kehidupan
seseorang manusia. Perkataan emosi ini berasal daripada perkataan Greek “emovere”
yang membawa maksud “untuk keluar”. Maka untuk itu, emosi akan ditonjolkan keluar
sebagai satu bentuk bagi memenuhi kepuasan seseorang.

Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia
yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Perubahan ini
melibatkan satu set tindak balas automatik, viseral iaitu meluap-luap dan komunikasi
emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan
oleh seseorang itu. Manusia yang normal dilihat sebagai individu manusia yang
mengalami situasi yang pelbagai dan berkehendakkan reaksi bagi melahirkan emosi yang
juga berbeza.

Suppiah Nachiappan et.al (2007) menyatakan bahawa emosi merujuk kepada sifat
dalaman seseorang individu. Setiap individu mempunyai kawalan emosi yang berbeza antara
satu sama lain. Ia memerlukan kemahiran kerana ia dapat mengawal atau mempengaruhi
tingkah laku individu.

3. DEFINISI KECERDASAN EMOSI


Kecerdasan emosi juga boleh ditakrifkan sebagai keupayaan untuk mengawal emosi
diri dan orang lain , untuk membezakan antara emosi tersebut dan untuk menggunakan
kefahaman itu untuk membantu fikiran dan tindakan diri. (Mayer dan Salovey, 1997).

Kecerdasan emosi mencakupi pengendalian diri, semangat dan ketekunan serta


kemampuan memotivasikan diri sendiri dan bertahan menghadapi kegagalan, kesanggupan
mengendalikan dorongan hati dan emosi, tidak melebih-lebihkan kesenangan, mengatur
suasana hati dan menjaga supaya beban tekanan tidak melumpuhkan kemampuan berfikir bagi
membaca perasaan dalaman orang lain dan berdoa untuk memelihara hubungan dengan
sebaik-baiknya, kemampuan untuk menyelesaikan konflik serta untuk memimpin
( Azhar,2004).
5

Cooper dan Sawaf (1997) mendefinasikan kecerdasan emosi sebagai keupayaan untuk
mengesan, mengerti, mengaplikasi dengan berkesan ketajaman kuasa emosi sebagai satu
sumber motivasi manusia, maklumat, perhubungan dan pengaruh.
Dulewicz dan Higgs (1990) mendefinasikan kecerdasan emosi sebagai kecerdasan mengenai
kesedaran dan mengurus perasaan dan emosi diri, sensitif dan mempengaruhi orang lain,
memotivasi dan mengimbangkan motivasi dan memantau diri supaya mencapai intuisi,
ketelitian (conscientiousness) dan tingkah laku beretika.

Secara kesimpulannya, kecerdasan emosi ialah kemampuan individu berfikir secara


kreatif dan kritis untuk mengawal tindakan atau pun tingkah laku. Ia juga adalah kebolehan
seseorang untuk memahami perasaan dan emosi diri atau orang lain.

4. KONSEP KECERDASAN EMOSI


Faktor Kecerdasan Emosi dilihat sebagai faktor yang mempengaruhi pengajaran guru
dan pembelajaran pelajar. Dalam erti kata yang lebih luas, Kecerdasan Emosi menjadi
penyumbang kepada kekuatan emosi guru dalam menghadapi tugas pengajaran yang semakin
kompleks dan mencabar. Kini, didapati guru-guru bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu
melakukan kerja-kerja perkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti-aktiviti ko-
kurikulum dan melibatkan diri sama ada secara sukarela atau diarah oleh pihak pentadbiran
sekolah dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (Noriah, 1994). Di samping kerja-kerja yang
dinyatakan, guru juga perlu berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal dan emosi
semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Mohd Najib 2000).

Kecerdasan Emosi banyak dipelajari dalam kehidupan seharian dan boleh berkembang
sepanjang hidup. Kadang-kadang Kecerdasan Emosi ini dipanggil EQ (Emotional Quotient)
seperti IQ (Intelligence Quotient). Mengikut Daniel Goleman (1995), EQ adalah prasyarat
untuk keberkesanan IQ. Ini bermakna, IQ tidak akan berfungsi dengan baik jika bahagian otak
kita rosak akibat kecacatan Emosi.

Daniel Goleman dalam bukunya ‘working eith Emotional Intelligence’


(Goleman.D.1998) menyatakan, penilaian seseorang individu bukan sahaja diasaskan kepada
Kecerdasan Intelektual (IQ) tetapi yang lebih penting ialah kecerdasan emosi (EQ). EQ
meninggalkan kesan yang mendalam keseluruhan aspek dalam kehidupan seseorang individu
termasuk aspek keihatan kesihatan dan social.
6

Kini dunia sedang menghadapi krisis masyarakat di mana IQ meningkat sedangkan


EQ menurun. Dalam profesion perguruan contohnya, pelbagai masalah EQ wujud dalam diri
guru itu sendiri hinggakan berlakunya kes-kes diluar jangkaan dengan membelakangkan
peraturan, nilai, norma dan undang-undang yang telah tersedia ada. Terdapat guru yang
sanggup melanggar undang-undang seperti memukul pelajar dengan serius, kejadian
mencabul dan rogol, pergaduhan antara guru sesame guru, kakitangan dan juga
pengetua.Gejala-gejala ini menunjukkan wujudnya kemerosotan EQ terhadap sesetengah
guru.

5. TEORI KECERDASAN EMOSI


Teori kecerdasan emosi diperkembangkan daripada teori kognitif Emosi sebagaimana
yang telah dihuraikan bahawa kecerdasan emosi merupakan integrasi elemen emosi dengan
kognitif struktur seseorang. Teori ini berlandaskan andaian bahawa emosi yang dihasilkan
adalah dipengaruhi oleh tiga faktor iaitu situasi persekitaran, keadaan fisilogikal dan proes
kognitifnya. Bagaimanapun, proses kognitif ini merupakan faktor yang menentukan sifat
emosi seseorang. Teori ini menegaskan bahawa emosi adalah dikawal dan diadaptasikan
dalam proses kognitif yang utama.

Kajian untuk melahirkan teori dan minat terhadap emosi perkembangan individu telah
bermula pada awal kurun ke 19 lagi. Antara perkembangan teori-teori dikemukakan oleh E.L
Thorndike (sosial Intelligence, 1983), Howard Gardner (Multiple Intelligence,1983), Reuven
Bar-On (Intelligence Quotient), John Mayer dan Peter Salovey (penerbitan Jurnal Akademik
EI, 1990), Daniel Goleman (Emotional Intelligence, 1995), Steiner dan Perry (Emotional
Literacy, 1997, Higgs dan Dulawicz (ujian psikometrik), Geetu Bharwaney (pengukuran KE
bersama IQ) dan EI (Emotional Intelligence, 2006). Di dalam penulisan ini, pemilihan dibuat
terhadap teori-teori dan model-model yang yang terkenal dan masih lagi relevan digunakan
sehingga sekarang seperti Teori Kecerdasan Pelbagai yang dikemukakan oleh Howard
Gardner, 1983 dan Teori Kecerdasan Emosi Oleh Daniel Goleman, 1999.

5.1 Teori Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner, 1983)


Teori pelbagai kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Beliau
mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat.
Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Beliau telah membuat
7

kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa,
juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population).
Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua
ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka
juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada
di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang
kedua-duanya adalah profesional.

Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan
tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang
tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh
diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi,
jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai
(Armstrong, 1994).

Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang


melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang mungkin
berbeza dalam tahap pencapaian kebolehannya. Contohnya, dalam kecerdasan linguistik,
seorang murid mungkin tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik.
Kecerdasan -kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner adalah seperti berikut :

5.2 Teori Kecerdasan Emosi Oleh Daniel Goleman, 1999


Goleman (1999) menyarankan lima faktor atribusi terhadap kecerdasan emosi. Faktor-
faktor tersebut ialah:

1. Kesedaran Kendiri (self-awareness)


2. Pengawalan Kendiri (self-regulation)
3. Motivasi Kendiri (self-motivation)
4. Empati
5. Kemahiran Sosial (social skills).

Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang untuk
mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka untuk memilih
keutamaan panduan dalam membuat keputusan. Seseorang yang mempunyai kesedaran
8

kendiri juga mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan mereka
mempunyai keyakinan diri yang utuh.

Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi


agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.
Individu yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan
sementara perasaan negatif mereka. Individu sedemikian juga cepat pulih dari pada tekanan
emosi. Individu yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan
kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan.
Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-
sungguh untuk memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah
apabila menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.

Motivasi Kendiri

Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan perasaan
orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang melihat atau memahami sudut
pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan
dan keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat
empati boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap
sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa
seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi dengan
orang lain terutama dalam proses membantu seseorang.

Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran
bersosial (social skil ls). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini
membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka
juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir
memujuk dan memimpin. Seseorang yang mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan
juga mampu menjadi pakar runding yang baik di samping berkebolehan menyelesaikan
konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam sesebuah organisasi.

6 MODEL KECERDASAN EMOSI


9

Terdapat 3 jenis model Kecerdasan Emosi yang utama iaitu model Reuvan Bar-On (EQ-i),
model Mayer & Salovey (4 Branch model) dan model Goleman (ECI).

6.1 Model Reuvan Bar-On: (EQ-i) – Emotional Quotient Inventory


Bar-On ialah ahli psikologi yang mereka bentuk 133 item dalam satu ujian untuk
menentukan kemahiran tak kognitif yang boleh meramalkan kejayaan dalam bidang-bidang
tertentu dalam hidup. Bidang-bidang tersebut ialah intrapersonal, interpersonal, penyesuaian
(adaptability), pengurusan tekanan (stress management) dan keadaan perasaan am (general
mood). Setiap bidang ini dibahagikan kepada kemahiran-kemahiran berasingan seperti rajah
di bawah.

INVENTORI KECERDASAN EMOSI

Intrapersonal Interpersonal Penyesuaian Pengurusan tekanan Mood Am

Kesedaran Empati Pengujian Toleransi Optimisme


Kendiri Tanggungja Realiti Tekanan Keceriaan
Penilaian wab Kefleksibelan Kawalan
Kendiri Sosial Penyelesaian Impuls
Berdikari Hubungan masalah
Keasertifan inter-
Penghayatan personal
kendiri

Rajah 1 : Model EQ-i oleh Reuvan Bar –On

6.2 Model Mayer & Salovey: Four Branch Model of Emotional Intelligence
Mayer dan Salovey (1997) telah membangunkan satu model EQ yang dikenali sebagai
Four Branch Model bagi menjelaskan konsep EQ. Dalam model ini kecerdasan emosi telah
dipecahkan kepada empat peringkat iaitu :

Rajah 2 : Four Branch Model


10

Sumber : Mayer dan salovey (1997)

Pada peringkat permulaan individu mula membentuk emosinya seperti sedih, gembira
atau takut pada satu-satu masa. Pada peringkat ini juga individu memikirkan perasaan orang
lain yang mungkin timbul dalam diri mereka. Penanggapan tentang emosi orang lain mula
diproses.Peringkat kedua pula, individu telah menggunakan emosi sebagai alasan dan sebab
ke atas pemikiranya berkenaan sesuatu. Individu juga telah menggunakan emosi untuk
memudahkan proses untuk berfikir. Individu dapat menaakul tentang kesesuaian emosi
dengan situasi yang dialaminya. Pada peringkat ketiga pula, individu mula mempersoalkan
mengapa dirinya dan orang lain berperasaan sedemikian. Pada tahap ini peranan empati amat
penting. Individu telah meletakkan diri mereka menjadi orang lain. Ini akan menambahkan
lagi penghayatan kepada perasaan untuk memahami emosi dan peringkat keempat iaitu
peringkat yang terakhir merujuk kepada kemampuan individu mengurus emosi mereka.
Individu dapat mengurus dan mengawal emosi mereka dengan bijak. Banyak pertimbangan-
pertimbangan dibuat dalam diri. Disamping itu mereka dapat mengawal emosi orang lain.

6.3 Model Trait


Model Trait adalah satu aspek yang penting dalam memupuk kepimpinan subordinat
dalam organisasi atau dalam bidang tugas mereka. Seorang individu yang dapat mengawal
emosi, menguruskan emosi dengan baik dan dapat memahami emosi orang lain akan
menghasilkan budaya organisasi yang diingini. Ia akan mengurangkan konflik dalaman yang
berlaku dalam organisasi tersebut. Stephen (2000) telah memperkenalkan model trait. Beliau
telah memberikan gambaran pemimpin yang berkesan dimana ia dikategorikan kepada tiga
trait iaitu personaliti, kemampuan dan sifat fizikal.

Rajah 3: Trait personaliti, kemampuan dan sifat fizikal


11

Ciri-ciri
fizikal

Kemampuan

Kecerdasan t
B Pemikiran
Emosi dan i
e
intelek n
r
Personaliti
a Trait Sosial
g
Dan Trait g
t
Individu
i

Pengetahuan
Kemahiran

penampilan

Sumber : Stephen 2000

Trait personaliti mempunyai hubungan yang kuat dengan kepimpinan yang efektif.
Perkaitan ini dapat dilihat dalam dua keadaan iaitu trait social yang berkaitan dengan interaksi
pemimpin dengan individu lain dan trait peribadi yang berkaitan dengan tingkah laku
pemimpin sebagai seorang individu. Dalam pendekatan ini trait sosial menunjukkan hubungan
yang lebih konsisten dengan keberkesanan kepimpinan berbanding trait peribadi. Trait sosial
yang positif adalah mesra, memahami, bijaksana, sikap bekerja sama, empati dan kesedaran
sosial. Ia dilihat berhubung secara positif dengan keberkesanan kepimpinan. Manakala corak
trait sosial yang negatif seperti pemusuhan atau persengketaan, pasif dan memencilkan diri
mempengaruhi tahap keberkesanan kepimpinan yang rendah . Trait peribadi adalah trait
penyesuaian emosi, keyakinan diri, ketertiban, bartanggungjawab, inisiatif, berdikari,
keinginan mencapai sesuatu dan keinginan memenuhi kesempurnaan kendiri. Bagi trait
12

peribadi ini kadang kala tidak konsisiten dalam sesetengah situasi. Ia sering dipengaruhi oleh
emosi pemimpin. (Yunus, 2005)

6.4 Model Kecerdasan Emosi oleh Goleman (2002)


Goleman menggunakan istilah seperti pengurusan perhubungan untuk kemahiran
sosial. Rajah di atas menunjukkan aliran kompetensi dan hubungan di antara satu sama lai
KENDIRI SOSIAL
Kesedaran kendiri Kesedaran sosial
 Kesedaran kendiri  Empati
 Penilaian kendiri  Orientasi berkhidmat
 Keyakinan diri  Kesedaran organisasi
Pengurusan kendiri Pengurusan perhubungan
 Kawalan kendiri  Kepimpinan
 Penyesuaian  Pengaruh
 Rajin  Memperkembang orang lain
 Amanah  Pemangkin perubahan
 Inisiatif  Komunikasi
 Orientasi pencapaian  Pengurusan konflik
 Membina tali persahabatan
 Kerja berpasukan
 Kolaborasi

Rajah 3 Model Kecerdasan Emosi Oleh Goleman (2002)

Menurut Goleman, kecerdasan emosi merupakan suatu keupayaan untuk mengenal


perasaan sendiri dan orang lain, memotivasikan diri sendiri serta menguruskan emosi dengan
baik ketikan berhubung dengan orang lain. Definisi yang diberikan oleh Goleman cuba
menerangkan kebolehan-kebolehan lain selain daripada kecerdasan akademik yang dianggap
sebagai pelengkap kepada kebolehan kognitif yang diukur melalui IQ. Dalam menerangkan
konsep kecerdasan emosi, Goleman (1995) membahagikan kecerdasan emosi kepada lima
komponen utama iaitu tiga komponen yang pertama berbentuk kompetensi emosi dan dua
komponen berbentuk kompetensi sosial. Lima komponen tersebut adalah mengenali emosi
diri sendiri, mengatur emosi diri sendiri, memotivasikan diri sendiri, mengenal emosi orang
lain dan membina hubungan.
13

Setelah melalui proses pemantapan dalam kerangka konseptualnya, Goleman


merangkumkan beberapa elemen kepada empat dimensi iaitu dua kompetensi emosi atau
personal dan dua kompetensi sosial. Keempat-empat dimensi ini diperlukan oleh seseorang
yang mempunyai kecergasan emosi dan menggunakannya mengikut masa yang sesuai. Empat
dimenasi utama yang dikenalpasti adalah kesedaran kendiri, pengurusan kendiri, kesedaran
sosial dan kemahiran sosial. Dimensi pertama iaitu kesedaran kendiri merangkumi
pengukuran terhadap kesedaran emosi kendiri, ketepatan penilaian kendiri dan keyakinan.
Seterusnya, dimensi kedua berkaitan dengan pengurusan kendiri iaitu mengandungi kawalan
kendiri, amanah, berhemah, penyesuaian, orientasi pencapaian dan inisiatif. Dimensi ketiga
pula berkaitan dengan kesedaran sosial, memasukkan empati, kesedaran organisasi dan
orientasi perkhidmatan. Dimensi terakhir ialah kemahiran sosial iaitu kebolehan bekerjasama
dan berkumpulan, membantu rakan, kepimpinan, pengaruh, komunikasi, pemangkin
perubahan, pengurusan konflik dan menjalinkan hubungan.

Secara keseluruhannya, Goleman juga percaya model kecerdasan emosi yang


diutarakannya merupakan satu model psikologi yang positif kerana ia dapat membantu
menyelesaikan banyak masalah dalam kehidupan seharian. Model tersebut juga menjanjikan
satu agenda sainstifik kerana berupaya mengkaji spektrum mekanisme psikologi yang lebih
luas dalam kehidupan, pekerjaan, kekeluargaan dan masyarakat.

7. PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN PENDIDIKAN MENGGUNAKAN


PENDEKATAN TEORI DAN MODEL KECERDASAN EMOSI
Sejak dipopularkan oleh Goleman pada tahun 1995, kecerdasan emosi telah mendapat
perhatian yang luas baik dalam bidang akademik mahupun dalam masyarakat umum. Ini
disebabkan kepentingan kecerdasan emosi baik dalam kerjaya ataupun kehidupan
persendirian. Berdasarkan kesedaran dan kesediaan sedemikian, pembelajaran berasaskan
kesedaran dan kesediaan sedemikian, pembelajaran kecerdasan emosi kian ditekankan baik
dalam bidang formal atau bidang informal. Dalam bidang informal, kursus-kursus kecerdasan
emosi telah dibangunkan dan ditawarkan kepada masyarakat umum sebagai kursus
perkembangan diri. Dalam bidang formal pula, perubahan polisi berlaku supaya elemen
kecerdasan emosi diterapkan dalam sistem pendidikan. Sebagai contohnya, Kementerian
Pendidikan Britain dalam “Curriculum 2000” telah menggariskan polisi untuk menekankan
perkembangan sosial dan personal remaja di samping mengkehendakkan guru supaya
14

mencapai kesihatan emosi yang ditetapkan. (Tomlinson,1998). Di bawah perubahan polisi


sedemikian, pengaruh dan implikasi kecerdasan emosi dalam pendidikan semakin meluas dan
boleh dilihat dalam tiga bidang seperti berikut:
(i) Pembangunan kurikulum kecerdasan emosi
(ii) Pembangunan pentadbir dan guru kecerdasan emosi
(iii) Penggunaan kecerdasan emosi sebagai peramal kejayaan pendidikan

Selain menangani masalah pendidikan, kurikulum kecerdasan emosi adalah untuk


melahirkan dewasa produktif, seimbang dan gembira (Davies, 2000) dan melatih bekas
pemimpin yang efektif. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kecerdasan emosi adalah
kompetensi yang mesti dimiliki seorang pemimpin yang berkesan, William (1994) telah
menunjukkan seorang pengurus yang mempunyai kompetensi kecerdasan emosi membawa
perkembangan dan keuntungan yang lebih tinggi kepada organisasinnya.

Di dalam organisasi pendidikan seperti sekolah, kecerdasan emosi ini perlulah


dipraktikkan oleh pihak pengurusan tertinggi pendidikan seperti pembuat dasar, pengurus dan
pentadbir sekolah, guru dan diterapkan kepada pelajar. Teori dan model Daniel Goleman
boleh dijadikan panduan asas untuk diaplikasikan dalam kehidupan di sekolah mengikut
artibusi kecerdasan emosi.

8. KECERDASAN EMOSI PENTADBIR PENDIDIKAN DALAM KONTEKS


KEPIMPINAN
Halatuju sistem pendidikan Malaysia menekankan kepada melahirkan modal insan
yang dapat menguasai sekurang-sekurangnya tiga quotient iaitu Intelectual Quotient (IQ),
Emotional Quotient (EQ) dan Spiritual Quotient (SQ). Hal ini memberikan gambaran kepada
setiap pemimpin perlulah menguasai ketiga kecerdasan termasuklah Kecerdasan Emosi.
Sebagaimana yang diketahui, penngetua sebagai pemimpin utama sekolah memainkan
peranan penting dalam mengubah dan merencana budaya ke arah kecemerlangan dalam
segala aspek pencapaian ekolah. Pengetua yang mempunyai kecerdasan emosi dilihat
berupaya membawa kecemerlangan sekolah berbanding pengetua yang merosot kecerdasan
emosinya. Kecerdasan Emosi adalah prasyarat untuk menjalankan pengurusan dan
kepimpinan yang baik. Pengetua yang dapat mengendalikan kawalan yang baik dan
pengurusan yang baik amat diperlukan untuk mengurus pekerja bawahannya. Pengamalan
kemahiran kepimpinan yang baik, kesedaran sosial, empati, membuat keputusan dan pengaruh
15

positif yang sempurna akan mempengaruhi subordinat bawahan dan menjadi contoh teladan
ikutan guru-guru dan orang-orang di bawahnya. Kajian oleh Abdul Ghani dan Aziah Ismail
2006, mendapati aspek kecerdasan emosi pula telah muncul sebagai moderator terhadap
hubungan antara caragaya kepimpinan transformasi dengan keberkesanan kepimpinan.
Dapatan ini menunjukkan Kecerdasan Emosi perlu diperkembangkan dan diperkayakan lagi
mengikut kesesuaian persekitaran.

8.1 Pengayaan Dari Segi Kesedaran Sosial Pentadbir


Pentadbir bertanggungjawab mewujudkan suasana yang sihat dan harmoni iaitu
perhubungan yang baik antara staf. Keputusan yang diambil berdasarkan perbincangan, polisi
sekolah yang lengkap dan teratur, guru-guru menerima tindak balas yang positif dan dihargai,
pengurangan tugas-tugas pentadbiran sebarang tugas tambahan adalah berdasarkan kepada
kemahiran guru tersebut, membina persekitaran kerja yang ceria dan kerjasama yang baik
untuk menyelesaikan sebarang masalah. Menurut Pratt (1978), faktor hubungan dengan
kakitangan sekolah lebih banyak mempengaruhi tekanan. Faktor ini lebih menumpukan
kepada perhubungan sosial guru-guru di sekolah. Ia melibatkan hubungan antara guru dengan
pengetua atau guru besar, guru dengan rakan sekerja, guru dengan pelajar, guru dengan pihak
pentadbiran dan guru dengan kumpulan kakitangan sokongan. Individu yang cerdas dalam
emosinya berkebolehan dalam menjalinkan hubungan dan ikatan yang baik dalam
kumpulannya. Dengan wujudnya hubungan tolong menolong antara satu sama lain tanpa
mengharapkan ganjaran dalam persekitaran kerja akan melahirkan perasaan emosi yang rapat
atau kemesraan dengan organisasi yang dianggotainya dan seterusnya akan mengelakkan
tekanan kerja yang melampau di persekitaran kerja dalam organisasi yang dianggotainya.
Oleh itu hubungan emosi yang mesra atau rapat antara kaki tangan di persekitaran tempat
kerja akan menjadikan individu guru tersebut merasa bangga terhadap organisasi yang mereka
anggotai dan mereka akan cuba berusaha untuk memperlihatkan kesetiaan terhadap
organisasi.

8.2 Pengayaan Empati Diri Pentadbir Dalam Mengawal Emosi.


Empati bermaksud kebolehan untuk memahami dengan tepat dan membalas dengan
membina terhadap perasaan , pemikiran, dan keperluan orang lain. Seseorang yang ingin
membaca emosi orang lain itu haruslah berempati. Empati berbeza daripada simpati. Simpati
hanya setakat memahami masalah atau perlakuan seseorang. Empati lebih daripada itu.
Empati bukan sahaja memahami masalah orang tetapi merasai apa yang dirasai oleh orang itu.
16

Tanpa empati seseorang itu akan membina jarak emosi dan keadaan ini akan menyebabkan
seseorang itu gagal membina persahabatan yang bermakna. Memperlihatkan empati tidak
bermakna seseorang itu menyerahkan nilai-nilainya ataupun mengenakan nilai-nilainya
kepada orang lain. Sebaliknya seseorang itu dikehendaki mendengar, memahami dan
merasainya. Selepas berempati barulah kita dapat membantu dengan cara yang lebih rasional
dan positif. Contohnya, sebagai pentadbir di sebuah organisasi pendidikan misalnnya,
pentadbir bukan sahaja mendengar masalah orang bawahannya ataupun guru-guru, tetapi
merasai permasalahan tersebut dengan mendengar masalah yang dihadapi oleh individu
tersebut. Dengar segala masalah yang dihadapi, rasai masalah itu jika berlaku di dalam diri
kita sendiri dan cuba cari jalan penyelesaian yang terbaik bersama individu tersebut jika
permasalahan tersebut membabitkan hal berkaitan sekolah dan pendidikan.

8.3 Pengayaan Dalam Kebolehan Membuat Keputusan Dan Pengaruh Yang Positif
Dalam kemahiran membuat keputusan pula, setiap individu mesti mempunyai
kebolehan untuk menggunakan strategi penyelesaian masalah dan konflik dalam menangani
isu. Contoh dalam organisasi pendidikan, apabila sesuatu isu yang berkaitan dengan sekolah,
murid, pentadbiran dan sebagainya. Bagi menyelesaikan konflik tersebut, pentadbir perlu
mengambil jalan penyelesaian yang terbaik dan efektif bagi mendapatkan kesan yang positif
dan konflik serta isu tersebut dapat diselesaikan.contohnya, isu membabitkan pergaduhan
murid yang bukan sahaja melibatkan murid tersebut, tetapi campur tangan ibu bapa murid-
murid tersebut, bagaimana seorang pentadbir menyelesaikan isu tersebut dengan mengambil
jalan penyelesaian yang terbaik tanpa ada sifat berat sebelah dan penyelesaian masalah
bertambah rumit. Bagi pengaruh positif pula, ia bermaksud set kelakuan arahan diri yang
dapat memberi konsensus, momentum dan memperoleh sokongan aktif daripada orang lain.
Ini melibatkan kepercayaan orang lain kepada individu tersebut. seorang individu yang
mempunyai sifat berhemah tinggi, bertanggungjawab dan mengambil berat sentiasa
mempunyai pengaruh yang positif daripada orang lain. Pentadbir perlu berkemahiran
mengawal emosi dan mengenal hubungan. Sebelum seseorang pengetua mengenali emosi
guru-gurudan pelajar terlebih dahulu ianya mesti mengenali emosi sendiri. Lebih tinggi
keupayaan seorang pemimpin menyelami emosi sendiri maka lebih mudah mereka menjelajah
dan memasuki emosi orang lain atau empati. Sekiranya seseorang pemimpin itu tidak mampu
untuk memahami emosi sendiri bagaimana pula hendak memahami emosi orang lain. Sebagai
pemimpin pendidkan perlulah kenali emosi dan sifat yang ada dalam diri sendiri terlebih
dahulu.
17

9. KECERDASAN EMOSI GURU


Dapatan kajian yang dijalankan mengenai Profil Kecerdasan Emosi Guru-Guru di
sebelas buah sekolah menengah dengan seramai 174 orang guru mendapati graf profil bagi
guru-guru di kawasan Zon Tengah dan grag profil bagi guru-guru mengikut negeri didapati
didapati mempunyai skor min yang tinggi pada domain kerohanian dan kematangan, tetapi
rendah pada domain kemahiran sosial. Domain kerohanian dan kematangan merupakan dua
domain baru yang dimasukkan dalam kajian oleh Noriah (2002-2003) berdasarkan konteks
tempatan. Domain kerohanian dan kematangan sangat membantu dalam meningkatkan
kecerdasan emosi dalam kalangan guru-guru yang dikaji dengan mendekatkan diri kepada
Tuhan dan memberikan kekuatan tersendiri untuk mengendalikan emosi-emosi negatif seperti
geram, rimas, sedih dan benci. Sementara kematangan menunjukkan kebijaksanaan dalam
pemikiran, membuat pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan serta dapat membantu
pelajar dalam menghadapi pelbagai pengaruh negatif yang akan merosakkan masa depannya.
Pelajar akan dapat menggunakan kepintaran emosi dan juga intelek dalam menangani masalah
yang dihadapi mereka.

Selain itu, dapatan menunjukkan kumpulan guru mempunyai kebolehan mengawal diri
yang rendah serta kurang menggunakan kemahiran sosial mereka dalam meningkatkan
kecerdasan emosi. Oleh yang demikian, pengaplikasian aspek kecerdasan emosi perlu di
perluaskan merangkumi keseluruhan aspek diri guru. Artibusi model yang dikemukakan oleh
Daniel Goleman boleh dijadikan panduan penekanan kepada aspek-aspek yang dinyatakan.
Antara aspek-aspeknya adalah seperti berikut:

9.1 Pengayaan Kecerdasan Emosi Dari Segi Daya Tindak Dan Mengawal Emosi
(Pengawalan Kendiri)
Seseorang guru boleh mengawal emosi berdaya tindak terhadap tekanan kerja guru.
Kegagalan guru berdaya tindak boleh memberi kesan negatif kepada kelayakan fizikal, mental
dan emosi guru.Tekanan mempunyai hubung kait dengan sokongan sosial dan bantuan yang
diterima. Sokongan sosial yang kuat boleh mengurangkan tahap tekanan. Kewujudan sistem
sokongan yang kuat boleh mengurangkan tahap tekanan. Kewujudan sistem sokongan yang
kuat membolehkan guru-guru untuk berkongsi permasalahan antara satu sama lain dimana ia
boleh menyumbang kepada cadangan yang membantu Woods and Westmer (2004).
18

9.2 Pengayaan Kecerdasan Emosi Dari Segi Kemahiran Intrapersonal Dan Pengurusan
Tekanan
Daniel Goleman dalam artibusi kedua tentang kesedaran kendiri menekankan kepada
kemahiran intrapersonal dan pengurusan tekanan. Setiap guru dididik agar mengawal emosi
diri dari segi motivasi diri dan sebagainya. Setiap individu juga mahir dalam menilai diri
sebagai seorang yang positif, kompetensi dan berjaya. Dalam pendidikan, setiap guru mahir
menggunakan kemahiran intrapersonal dalam diri mereka. Berfikiran sentiasa positif,
mengawal diri apabila menghadapi sesuatu permasalah yang berlaku. Fikiran sentiasa positif
juga mesti dititkberatkan. Kurangkan berfikirann negatif jika menghadapi sebarang tekanan
yang dihadapi dalam diri. Selain itu, dalam pengurusan tekanan pula bermkasud individu
mempunyai kebolehan untuk memilih dan melaksanakan kawalan diri yang sihat semasa
berhadapan dengan perkara yang membawa tekanan. Jika berhadapan dengan perkara
tersebut, hindari dari terlalu fokus terhadap permasalahn yang berlaku, cari jalan penyelesaian
yang sebaik-baiknya. Hindari tekanan yang kuat yang boleh menyebabkan tindakan yang
keterlaluan dan menyebabkan tindakan yang boleh menyebabkan bahaya kepada orang lain.
Disini boleh dinyatakan, guru yang baik adalah guru yang senatiasa membina keunggulan
akhlak pelajarnya. Justeru, guru tidak hanya mementingkan nilai akademik siswa, tetapi
mereka perlu mendidik secara seimbang (Tajul Arifin & Nor ’Aini Dan 2002; Kamarul Azmi
& Ab. Halim 2008). Guru profesional sentiasa bersiap sedia meningkatkan kualiti dan prestasi
diri melalui latihan profesionalisme. Beberapa ciri keperibadian guru untuk membantu mereka
melaksanakan cita-cita yang digariskan melalui tujuan pendidikan, seperti guru mestilah
bersikap ramah, dan mesra, memiliki sifat empati, suka belajar dan mengetahui, amanah,
bertanggungjawab dan mempertahankan etika profesional. Bila dikaitkan dengan kajian-
kajian psikologi (Goleman 1995,1999; Skovholt & D'rozario 2000; Mohd Najib 2000; Noriah
et al. 2001) menunjukkan kemahiran guru dalam aspek psikologi, seperti kemahiran EQ perlu
ditingkatkan untuk tujuan memperkukuhkan ciri-ciri yang disebutkan.

Menurut Dadang Hawari (2003) pendidik yang memiliki EQ yang tinggi mampu
mengendalikan diri dengan baik, sabar dalam mendidik, tekun, tidak mudah bertindak secara
agresif apa lagi sampai mencederakan siswa, serta sentiasa berfikiran positif dalam
menjalankan tugas sebagai pendidik. Menurut beliau untuk memperoleh EQ yang tinggi
individu sepatutnya mendapatkan bimbingan semenjak dari awal lagi, cara yang paling
sederhana adalah melalui contoh tauladan yang ditunjukkan oleh ibubapa di rumah. Ketika
memasuki alam persekolahan, murid dan siswa banyak menghabiskan waktunya di sekolah,
19

untuk itu guru-guru sepatutnya tidak hanya pandai menyampaikan ilmu pengetahuan tetapi
juga dapat memberikan contoh tauladan yang baik kepada murid-murid mereka (Tajul Ariffin
& Nor’Aini Dan 2002; Kamarul Azmi & Ab. Halim 2008). Justeru guru memiliki EQ yang
tinggi senantiasa dapat mengawal tingkah laku yang kemungkinan merugikan diri sendiri dan
juga orang lain.

10. PENGAYAAN KECERDASAN EMOSI GURU DAN PELAJAR (PERSEKITARAN


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

10.1 Kesedaran kendiri


Kesedaran kendiri ialah kebolehan mengenal pasti, mengakui dan mengiktiraf perasaan
dan memahami mengapa perasaan itu wujud. Tanpa kesedaran kendiri, bermakna individu itu
boleh bertindak balas dengan persekitaran tetapi tidak mampu membina makna hasil daripada
tindakan dan reaksi itu. Dalam dunia pendidikan, tidak dapat dinafikan para pelajar mahu
ataupun tidak terpaksa berdepan dengan pelbagai permintaan dan harapan mereka semenjak
mereka mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan sehinggalah ke peringkat pendidikan
tinggi. Peperiksaan, ujian, kerja rumah, tugasan, kuiz, pertindihan jadual waktu, kekurangan
guru, kesibukan ibu bapa dan sikap guru adalah antara perkara yang menyumbang kepada
ketidakstabilan emosi di kalangan pelajar semasa pengajaran. Tekanan itu ditambahkan lagi
dengan adanya masalah kewangan, keluarga, rakan-rakan, dan masalah di bilik darjah.
Keadaan ini menyebabkan pelajar menjadi tertekan, mengalami gangguan tidur, kekurangan
zat makanan, murung sehingga mereka boleh sampai ke tahap mengalami masalah tingkah
laku seperti vandalisme, merokok, ketagihan dadah dan lain-lain lagi.
Bagi pelajar yang mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi, mereka berkebolehan dan
berkemampuan menangani ketidakstabilan emosi berpunca daripada tekanan itu dengan
positif seterusnya berjaya mengurusnya dengan baik. Seharusnya pelajar mengetahui dan
memahami punca tekanan emosi yang mereka hadapi bagi membolehkannya mencari jalan
bagi menanganinya. Seseorang guru seharusnya sentiasa memelihara kestabilan emosi pelajar
melalui kesediaan mereka dalam menerima dan mendengar keluhan dan masalah yang
dihadapi oleh para pelajar. Akan timbul ketidakadilan apabila para pendidik hanya melayan
para pelajar yang sering dan pandai mengemukakan soalan dan idea serta berkeupayaan
berkomunikasi dengan berkesan berbanding pelajar yang gugup, tidak pernah mengeluarkan
idea serta pasif. Dengan mempunyai latihan tentang kesedaran kendiri yang tinggi akan
membolehkan pelajar mengemuka idea dan soalan dengan berkeyakinan hasil daripada
20

kesedaran kendiri yang tinggi yang sudah tentu bukan senang untuk diperoleh oleh semua
pelajar. Anjakan paradigma di kalangan guru diperlukan di mana mereka harus sedar dan
memahami pelajar, yakni semua pelajar haruslah dilayan dengan penuh bijaksana bagi
melahirkan kesedaran kendiri yang tinggi dalam diri mereka. Misalnya pelajar yang tidak
pernah bertanya dan tidak pernah mengeluarkan idea, pandangan dan soalan haruslah juga
mendapat perhatian daripada guru, apabila, apabila mereka tidak bertanya, guru haruslah
memulakan pertanyaan. Apabila mereka tidak pernah mengeluarkan idea dan pandangan,
rangsang mereka melalui pelbagai kaedah sehingga mereka mampu mengeluarkan idea dan
pandangan.

10.2 MengendalikanEmosi
Kemahiran mengendalikan emosi adalah salah satu elemen penting dalam menentukan
kejayaan dalam kehidupan. Perasaan seperti tertekan, murung, dan sedih harus dikendalikan
dan diuruskan dengan bijaksana terutamanya di kalangan para pelajar yang sentiasa berdepan
dengan pelbagai masalah dan tekanan emosi terutamanya apabila menjelang
peperiksaan.Tidak dinafikan pelajar yang mempunyai kecerdasan intelek yang tinggi mampu
menandingi kecemerlangan dan kejayaan pelajar yang mempunyai tahap kecerdasan intelek
yang sederhana tetapi mempunyai kemahiran mengendalikan emosinya dengan baik. Dalam
konteks ini, konsep kejayaan harus diperhalusi. Biasanya masyarakat mengukur kejayaan
seseorang melalui pencapaian pelajar dalam bidang akademik. Sedangkan pada hakikatnya,
kejayaan seseorang harus diukur daripada sudut akademik dan juga bukan akademik.
Dalam konteks Pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru haruslah melatih pelajar
mengawal dan mengendalikan emosi dengan bijaksana. Peranan guru dan pihak pengurusan
sekolah harus menyedari kepentingan kaedah dan teknik menggendalikan emosi terutamanya
apabila berurusan dengan pelajar. Seseorang guru boleh membimbing pelajar menyedari dan
memahami keadaan dan situasi apabila dalam keadaan marah, sedih, dan tertekan. Dengan
cara ini seseorang pelajar dapat mengawal dan memantau emosinya dengan baik. Sekiranya
dia dalam keadaan sedih, dia akan berusaha mengembalikan keceriaanya dengan berbual-bual
dengan rakan-rakannya. Sebaliknya jika dia tidak mampu memantau emosi sedihnya, dia akan
berada dalam keadaan murung dan keadaan ini akan menyebabkan kesihatan mentalnya
terganggu. Kesihatan yang terganggu menyebabkan perubahan tingkah laku daripada normal
kepada abnormal seperti ponteng sekolah, tidak menyiapkan tugasan, dan bersikap pendiam.
21

10.3 Empati
Empati ialah kebolehan menyedari dan memahami perasaan orang lain. Ini bermakna,
individu yang mempunyai empati, dapat mengenali dan memahami perasaan orang lain sama
ada dinyatakan oleh orang itu ataupun tidak. Integrasi antara komunikasi verbal dan non-
verbal dengan persekitaran dan situasi adalah kaedah yang digunakan bagi menerbitkan
empati dalam diri kita. Bagi pelajar, empati membolehkan mereka mengenali dan memahami
keadaan dan situasi terlebih dahulu sebelum memulakan tindakan terutamanya apabila
tindakan yang diambil itu berkait secara langsung dengan guru atau pihak sekolah.
Sebagai contoh, seseorang pelajar yang mempunyai empati mengambil kira masa yang paling
sesuai untuk berbincang dengan guru berkenaan tugasan yang tidak dapat disempurnakan
dalam masa yang ditentukan. Ini dapat memastikan dia tidak dimarahi ataupun digagalkan
oleh gurunya. Dalam konteks ini, seseorang guru harus memainkan peranan penting dalam
usaha membina empati di kalangan pelajar. Guru harus menyediakan pengalaman
pembelajaran yang mampu meningkatkan empati di kalangan pelajar melalui pelbagai kaedah
seperti melatih pelajar kemahiran mendengar, mengaitkan pengajaran dan pembelajaran
dengan keadaan semasa dan seterusnya elemen empati merentasi mata pelajaran yang diajar.

10.4 Kemahiranbersosial
Kesedaran kendiri, mengendali emosi, empati, pemantauan diri, dan penentuan matlamat
akademik dan diri adalah elemen yang menjadi penggerak dalam membangun dan membina
kemahiran bersosial dalam diri individu. Dalam dunia pendidikan terutamanya, kemahiran
bersosial adalah salah satu agenda utamanya sama ada diterjemahkan dalam kurikulum itu
sendiri ataupun tersirat dalam kurikulum yang tersembunyi. Sehingga ke hari ini, pendidikan
memainkan peranan dalm menjana semangat perpaduan, cintakan negara dan memupuk
semangat dan nilai toleransi di kalangan kanak-kanak dan remaja yang satu hari nanti menjadi
harapan negara untuk membentuk dan membawa negara ke arah yang lebih progresif. Oleh
itu, metodologi pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan sentiasa menekankan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang berupaya membina kemahiran bersosial dikalangan
pelajar. Contohnya, kaedah perbincangan dan kerja
lapangandijalankansecaraberkumpulan.Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Moral, para guru seharusnya sentiasa menggalakkan para pelajar berinteraksi dan bergaul
dengan semua peringkat warga sekolah di samping memantau teknik dan kaedah yang
digunakan oleh pelajar supaya teknik bersosial yang dipelajari dan diamalkan oleh pelajar
memenuhi nilai dan ciri sosial peradaban ketimuran.
22

Antara objektif yang ingin dicapai ialah membangunkan elemen dalam kecerdasan emosi
seperti nilai hidup bermasyarakat, mahir berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, penghargaan
budaya pelbagai etnik, nilai bermasyarakat, akhlak dan etika yang berasaskan agama dan
moralyangtinggi,kemahiranberfikirdansebagainya

11. PERANAN PEMBUAT DASAR PENDIDIKAN: UJIAN KECERDASAN


EMOSI TERHADAP PEMILIHAN BAKAL GURU
Kajian terhadap enam belas ribu responden remaja mengenai kecerdasan emosi dalam
kalangan remaja malaysia yang memohon profesion perguruan mendapati remaja Malaysia
mempunyai tahap kecerdasan emosi yang sederhana. Remaja perempuan didapati memiliki
EQ yang agak lebih tinggi berbanding lelaki. Kajian juga memberi tumpuan terhadap enam
komponen EQ iaitu kesedaran kendiri emosi, ekspresi emosi, kesedaran emosi terhadap orang
lain, resilien, hubungan tnterpersonal dan kecerdsasan hubungan. Dapatan kajian
menunjukkan walaupun remaja Malaysia mempunyai tahap EQ yang sederhana tetapi
mempunyai tahap resilien dan kecerdsasan hubungan yang tinggi. Remaja daripada semua
etnik tidak mempunyai kesedaran emosi dan ekspresi emosi yang tinggi. Ini menunjukkan
keupayaan mereka mengenali dan menyedari emosi diri agak kurang. Mereka juga
memperlihatkan kurang berupaya meluahkan perasaan orang lain. Menyedari keadaan ini,
pihak pembuat dasar pendidikan perlu benar-benar dapat memilih bakal guru yang
mempunyai kompetensi Kecerdasan Emosi yang tinggi. Ujian atau alat ukur yang digunaka
mesti mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan tinggi bagi membolehkan calon-calon guru
yang dipilih mempunyai kestabilan emosi yang mantap. Mereka bukan sahaja berhadapan
dengan karenah pelajar tetapi juga akan berhadapan dengan gelagat birokrasi pengurusan
pentadbiran sekolah dan organisasi pendidikan amnya serta ibubapa pelajar.

12. PSIKIATRIS DAN DSM IV(Diagnostic and Statistical Manual Of Mental


Disorders) SEBAGAI RUJUKAN
Cadangan pemilihan bakal guru boleh dibuat melalui tapisan oleh pakar-pakar
psikiatris. Pakar-pakar ini boleh menjalankan diagnosis masa dengan melihat tingkahlaku ,
pergerakan lisan dan bukan lisan bagi membolehkan mereka mengenalpasti serta
mengkategorikan seseorang calon guru yang sedang dan mempunyai tanda-tanda kecelaruan
mental. Pengalpastian kecelaruan mental pada peringkat awal mungkin boleh dikesan bagi
mengelakkan guru yang dipilih terpilih yang akhirnya memberikan impak negatif kepada
profesion perguruan. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga boleh mengadakan kursus,
23

seminar atau taklimat mengenai ’kecelaruan mental’ kepada pengetua atau guru-guru
berkaitan sebagai tambahan maklumat kepada mereka. Setiap sekolah perlu dibekalkan
dengan buku rujukan iaitu DSM IV (Diagnostic and Statistical Manual Of Mental Disorders)
yang boleh dirujuk dari semasa ke semasa. Kecelaruan mental ini berkait rapat dengan
kecerdasan Emosi sebagaimana yang dikemukakan oleh penteori-penteori.

13. PENUTUP
Pendidik bukan sahaja mengetahui elemen kecerdasan moral malah mereka juga harus
menyedari, memahami dan mengimplementasikan elemen itu dalam semua mata pelajaran
yang diajar. Elemen kecerdasan emosi ini bukan sahaja digunakan dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran sahaja tetapi yang penting sekali adalah sewaktu berinteraksi dengan
pelajar. Pendidik harus bijaksana dalam memastikan elemen ini diaplikasikan dan dalam masa
yang sama mempu mengerakkan pelajar dalam kecemerlangan akademik dan pembangunan
diri para pelajar.
Orang yang menghadapi masalah untuk memahami emosi sendiri dikatakan
mengalami alexithymics. Mereka ini bukan sahaja tidak memahami emosi sendiri tetapi juga
tidak tahu apa yang mereka rasai dan seterusnya menjadi keliru dengan emosi sendiri.
Keadaan ini bertambah celaru apabila orang lain mencurahkan emosi mereka. Sehubungan
itu, alexithymics menjadi penghakis kepada pembinaan kecerdasan emosi. Memahami emosi
orang lain perlu kepada kemahiran yang khusus. Manusia sering tidak memperlihatkan emosi
secara langsung. Sebaliknya mereka memperlihatkan melalui tindakan bukan verbal seperti
nada suara, gerak tangan, ekspresi muka, gerak badan dan sebagainya. Sesungguhnya emosi
menggunakan perkara yang bukan verbal untuk disampaikan. Justeru itu, kemahiran untuk
membaca makna daripada unsur-unsur bukan verbal ini sangat penting untuk memahami
emosi orang lain.
Oleh yang demikian, keseluruhan warga pendidik bermula dari atas iaitu pihak
kerajaan selaku pembuat dasar, Kementerian Pelajaran, Jabatan-Jabatan Pelajaran, Pejabat-
Pejabat Pelajaran sehinggalah ke peringkat pelajar perlulah menguasai kecerdasan Emosi.
Peningkatan Kecerdasan emosi seperti pengawalan kendiri, motivasi kendiri, bersikap empati
dan simpati, kesedaran kendiri dan kemahiran sosial ternyata berupaya menjalinkan hubungan
manusia dalam organisasi pendidikan dengan lebih baik di samping cara berkomunikasi
dengan lebih berhemah dan berkesan. Intipati dalam kejayaan sesebuah organisasi itu terletak
kepada corak hubungan warga kerjanya. Corak kepimpinan pengetua sama ada
transformasional atau transaksional menjadikan Kecerdasan Emosi sebagai pemangkin atau
24

koordinator dalam menghubungkan dirinya dengan subordinat dibawahnya. Ini menunjukkan


kecerdasan Emosi atau EQ sangat penting dipraktikkan dan perlu menjadi budaya keseluruhan
warga kerja dalam usaha mencapai matlamat dan wawasan yang telah ditetapkan.

KES-KES BERKAITAN CETUSAN EMOSI YANG BERLAKU DALAM


ORGANISASI SEKOLAH.

Beberapa contoh peristiwa cetusan emosi yang berlaku dalam persekitaran pekerjaan yang
telah dilaporkan oleh media massa, umpamanya, seorang guru besar didapati telah membaling
komputer dari tingkat satu ke tingkat bawah bangunan sekolah akibat salah faham (Berita
Harian, 24 Ogos 2000). Terdapat juga contoh yang melibatkan perhubungan guru-pelajar, di
mana seorang guru telah didapati menampar pelajarnya yang dikatakan terlalu banyak
bercakap dalam kelas. Perbuatan beliau telah menimbulkan rasa takut pelajar untuk datang ke
sekolah (Berita Harian, 3 September 2003).

Seorang bekas guru telah didapati membunuh seorang anaknya dengan mengelar lehernya
(Berita Harian, Jun 2001).

Di barat, sebagai contoh, seorang ibu telah didapati bersalah oleh mahkamah di Texas,
Amerika Syarikat. Beliau didapati telah membunuh lima orang anaknya satu demi satu.
25

Beliau juga dilaporkan telah pernah menerima rawatan psikiatri (New Straits Times, 14 Mac
2002).

Utusan Malaysia (24 Februari 2004) melaporkan bahawa seorang pelajar tingkatan empat
sekolah menengah Anjung Batu Mersing, Mohd. Suhaizi Mohd. Sanim mengalami
kecederaan serius dimuka, lengan dan siku akibat diterajang dan dihempaskan ke lantai oleh
seorang guru lelaki ditempat beliau menuntut.

You might also like