Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
1Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Rundingan Baling

Rundingan Baling

Ratings: (0)|Views: 46 |Likes:
Published by zolreena

More info:

Published by: zolreena on Feb 26, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

09/12/2013

pdf

text

original

 
Perjanjian BalingRundingan Damai Baling
merupakan perundingan di antara KerajaanPersekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Rundingan inidiadakan di Baling English School (sekarang Sekolah Kebangsaan Tunku Putra) diBaling, Kedah Darul Aman, Malaysia pada 28 dan 29 Disember 1955.Rombongan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Tunku AbdulRahman, Tun Tan Cheng Lock, David Marshall dan Hamid Jumat sementararombongan PKM terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.
Sebelum rundingan
Kerajaan Perikatan berjaya dalam pilihan raya di Tanah Melayu pada bulan Julai1955. Pada bulan September 1955, kerajaan menabur 40 juta risalah "TawaranMenyerah Diri" serta 12,000 pas pengampunan beramai-ramai ke dalam hutan melaluikapal terbang. Tawarannya berbunyi: "Kalau kamu menyerah diri, keluar dari hutan,kamu tidak akan dihukum kerana kesalahan yang kamu lakukan berhubung darurat."Pada September 1955, sepucuk surat dihantar oleh Parti Komunis Malaya danditandatangani oleh Chin Peng dari Kampung Kelian Intan, Keroh di Perak. Surat itumenyatakan tawaran rundingan kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu,Tunku Abdul Rahman.
  
 
 Rundingan
    
Dari kiri Rashid Maidin, Chin Peng dan Chen Tien pada sesi rundingan di Baling pada tahun 1955
Pertemuan awal dibuat di antara kerajaan yang diwakili Timbalan MenteriPelajaran Too Joon Hing dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Ian C Wylie,manakala PKM oleh Chen Tien. Tiga rundingan awal berlangsung di Kampung KelianIndan sehingga bulan November 1955.Proses rundingan di antara Kerajaan Perikatan dengan PKM kemudianberlangsung selama dua hari pada 28 & 29 Disember di Baling, Kedah. Chin Pengberjanji meletakkan senjata jika PKM diiktiraf dan kebebasan mereka tidak disekat.Tunku bagaimanapun menegaskan PKM harus menyerah kalah.Tawaran Chin Peng juga tidak dihiraukan oleh Kerajaan Perikatan kerana PKMsudah lemah. Lagipun kerajaan dengan bantuan tentera negara-negara Komanwelhampir melumpuhkan pemberontakan bersenjata komunis di dalam hutan. Rundingandengan komunis yang mahu PKM diiktiraf sebagai sebuah parti bebas tentulah tidakwajar.
 
Tiada kata sepakat dicapai selepas rundingan kerana PKM enggan menerima pelandamai kerajaan dan meneruskan gerakan bersenjata. Tunku telah menarik baliktawaran pengampunan pada bulan Februari 1956.
K
esan
Proses rundingan di Baling itu boleh dianggap sebagai antara usaha terakhir Kerajaan Perikatan menyakinkan pihak British bahawa rakyat tempatan layakmemerintah dan bersedia untuk menuntut kemerdekaan. Selepas beberapa haripertemuan bersejarah itu berlangsung, Tunku terus berangkat ke London untukmeneruskan rundingan kemerdekaan dengan British.Setiausaha Antarabangsa DAP dan Ketua Bureau NGO, Ronnie Liu Tian Khiewdalam laman web DAP pada 5 Ogos 2005, mendakwa bahawa Chin Peng adalah salahsatu faktor memaksa pihak British memberikan kemerdekaan kepada Malaysia. Tetapiada pihak yang berpendapat bahawa cadangan Liu itu adalah kurang tepat kerana PartiKomunis Malaya sudahpun lemah dan terpaksa memohon perundingan dilakukan pada1955. Malah, pihak kerajaan yang mengetahui kelemahan Parti Komunis Malayamenolak permintaan langsung Parti Komunis Malaya agar dibenarkan bergerak sebagaisebuah parti politik.Selain itu, sekiranya Parti Komunis Malaya memberi tekanan kepada pihakBritish, sudah pasti pihak British tidak akan melepaskan Tanah Melayu untuk merdekakerana sekiranya Tanah Melayu jatuh ketangan komunis, ini akan menjejaskan bekalanbahan mentah yang amat diperlukan British bagi membangunkan semula industrimereka selepas Perang Dunia II.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->