You are on page 1of 7

OLL

a) Nyatakan 10 peranan menyediakan rancangan pelajaran harian.


b) Nyatakan kebaikan dan keburukan model-model;
i) Lima Fasa Needham
ii) Kitar Pembelajaran 5 Es
iii) Pendekatan Deduktif
iv) Pendekatan Induktif
v) Mastery Learning

Soalan dalam module.

a) Nyatakan 10 peranan menyediakan rancangan pelajaran harian


b) Baca dengan teliti contoh lima model rancangan pelajaran harian dari 4.2
hingga 4.3. Nyatakan kebaikan dan keburukan setiap model
c) Berikan pendapat anda dalam 200 perkataan adakah sepatutnya guru
menggunakan adunan (blended) pendekatan atau satu pendekatan atau
model sahaja dalam pengajaran mereka.

Rancangan Pelajaran Harian.

Rancangan pengajaran bermaksud membuat keputusan awal tentang apa, bagaimana


langkah dan peruntukan masa yang diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Rancangan pelajaran perlu untuk semua guru sama ada guru permulaan atau guru yang
berpengalaman. Walau pun persediaan yang baik bukanlah semestinya membuatkan
pengajaran berjaya tetapi jika tidak bersedia langsung menyebabkan pengajaran terganggu.
Tanpa objektif yang jelas, tidak bermakna dan tiada pemindahan pembelajaran berlaku.
Oleh itu struktur rancangan pelajaran yang jelas adalah penting.

Diantara tujuan menyediakan rancangan pelajaran adalah untuk guru dan pelajar

a. Mengenal pasti skop dan urutan proses pengajaran berdasarkan kurikulum.


b. Persediaan pengajaran mengambil kira perbezaan pelajar.
c. Memilih strategi pengajaran yang sesuai menyebabkan pelajar sibuk dengan aktiviti
pembelajaran yang disediakan bagi memastikan pemindahan pembelajaran yang
bermakna berlaku dan tiada masalah kawalan kelas.
d. Memastikan penerusan pengajaran dan pembelajaran terus berlaku walau dengan
guru ganti yang berlainan.
e. Menolong guru menilai pengajaran mereka berdasarkan pencapaian pelajar.
OLL

Objektif pengajaran guru menepati kehendak sukatan Pelajaran.

- Implikasi; Menentukan Hasil Pembelajaran ( Isi kandungan dan aras) menepati kehendak sukatan
pelajaran bagi topic berkenaan.

- menentukan isi kandungan yg tepat dan sesuai.

- Pilih pendekatan, kaedah, teknik yg sesuai dan berkesan.

- Menentukan pendekatan, kaaedah dan teknik yg digunakan adalah sesuai dan berkesan.

- Pilih aktiviti / pengalaman pembelajaran yg sesuai.

- Tentukan peranan guru bagi setiap langkah pengajaran.

- Tentukan penggunaan sumber P&P (media & material) yg sesuai.

a) Langkah menhubungkan murid dgn obj.pembelajaran

b) keperluan pembelajaran murid, sesuai dgn situasi pembelajaran dan obj pembelajaran.

c) berupaya merangsang minat murid dan menyediakan peluang penglibatan murid.

d) tentukan b/mana aktiviti dan bentuk penglibatan murid.

e) Tentukan bentuk peranan guru sebagai fassilitator.

- Penggunaan prosedur pentaksiran yg sesuai untuk mengesan dan mengukur pencapaian objektif
pengajaran.

- Tentukan prosedur pentaksiran yg sesuai. Gunakan pentaksiran yg bersifat ‘performance – based’.

- Ambil tindakan susulan berdasarkan maklum balas pentaksiran.

- Pastikan penggunaan masa pengajaran.

- pastikan guru dan murid ‘on-task’.

- Pantau penglibatan murid secara berterusan.

Pengetahuan sedia ada, tentukan skop isi kandungan, tentukan aras hasil pembelajaran.

PS ada. Gaya pembelajaran.

Elemen Utama RPH.

- Penentuan objektif pengajaran.

- Pengetauan sedia ada.


- Isi kandungan pelajaran.

- Strategi pengajaran pembelajaran

- Penyebatian kemahiran berfikir

- Penerapan nilai

- Penilaian pencapaian objektif

- Penutup

- Ulasan kendiri

Permulaan penerangan menarik dan


mengekalkan tumpuan pelajar

Permulaan mewujudkan pelaporan

Permulaan penerangan meletakkan topik dalam


konteks

Aspek-aspek penting dinyatakan dengan ringkas


dan tepat

Contoh-contoh yang diberikan senang difahami.

Contoh-contoh yang diberi adalah


munasabah(relavan)

Contoh-contoh yang diberi menarik

Sumber/media pengajaran yang digunakan sesuai


dan menarik

Pelajaran dirumuskan dengan mengaitkan semua


isi penting

Rumusan/Kesimpulan dinyatakan dengan jelas

Rancangan Pelajaran Harian ialah rancangan yang terperinci untuk masa tertentu.
Umumnya ia mengandungi

 Tarikh
 Masa
 Kelas
 Bilangan Pelajar
 Mata Pelajaran
 Tajuk/
 Hasil Pembelajaran
 Pengetahuan Sedia ada
 Kemahiran Proses Sains
 Nilai Murni
 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
 Langkah
- Set Induksi
- Perkembangan
- Penutup
http://akalseni.blogspot.com/2009/05/asas-pembinaanrancangan-pengajaran.html

1.1
Rancangan Tahunan, Rancangan Semester dan Rancangan Mingguan
1.1.1 Kepentingan
1.
Rancangan kerja merupakan satu panduan kepada guru tentang topik-
topik yang hendak disampaikan.
2.
Dapat mengelakkan guru daripada terpesong daripada topik/objektif
pembelajaran.
3.
Membantu guru menentukan strategi pembelajaran yang bersesuaian
dengan tema, masa dan objektif.
4.
Membantu guru menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran mengikut minat dan kebolehan murid-
murid.
5. Perlu merujuk Huraian Sukatan Pelajaran untuk mengetahui bidang pembelajaran dan kandungan akademik yang
dikemukakan.
6. Dapat menyediakan alat-alat bantu mengajar secara terancang

Rancangan Tahunan / Semester

Rancangan tahunan mata pelajaran biasanya dijadikan rancangan untuk dua semester tahun pelajaran

yang berkenaan. Rancangan semester merujuk kepada rancangan kerja yang disediakan untuk satu-satu

semester. Butir-butir dalam rancangan semester termasuk topik-topik yang perlu diajar mengikut setiap

minggu sepanjang tahun. Dalam menyediakan rancangan semester, perkara seperti cuti sekolah, cuti am,

cuti peristiwa sekolah dan aktiviti-aktiviti dalam takwim sekolah perlu diambil kira.
Dalam menyediakan rancangan semester langkah-langkah berikut perlu diikuti:
1.
membuat pemetaan Sukatan Pelajaran iaitu mengenal pasti jumlah topik dan sub
topik yang perlu diajar sepanjang tahun;
2.
agihkan topik dan subtopik yang perlu diajar kepada dua semester;
3.

masukkan topik yang perlu diajar sepanjang semester dengan mengambilkira cuti sekolah dan aktiviti-

aktiviti / acara-acara rasmi peringkat sekolah dalam takwim sekolah.

Sambung

http://www.scribd.com/doc/6125029/Unit-3-PENGAJARAN-DAN-PEMBELAJARAN-PENDIDIKAN-
MORAL

a) Nyatakan 10 peranan menyediakan rancangan pelajaran harian.

Rancangan pelajaran perlu untuk semua guru sama ada guru baru atau guru yang
berpengalaman. Tidak sempurna tugas seorang guru sekiranya tidak membuat
persediaan dan rancangan mengajar. Untuk menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan, guru perlu menguasai kemahiran menyediakan
rancangan pengajaran semester, mingguan dan harian. Rancangan Pengajaran
Semester akan memberikan garis panduan kepada susunan topik-topik yang perlu
diajar sepanjang tahun yang dipecahkan kepada dua semester. Rancangan
Mingguan memfokuskan kepada topik-topik spesifik yang perlu diajar pada minggu
berkenaan.

Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan


yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana
hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai.
Persediaan Mengajar Harian merupakan peringkat terakhir bagi guru untuk
menyiapkan garis panduan yang digunakan untuk menjalankan satu pengajaran.
Berikut adalah peranan menyediakan rancangan pelajaran harian.

1. Rancangan pelajaran harian dibuat adalah untuk membuat keputusan awal


tentang apa, bagaimana langkah dan peruntukan masa yang diperlukan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Dapat memudahkan guru menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa yang


ditetapkan. Oleh itu murid tidak akan tercicir dalam mendapat ilmu yang
sepatutnya mereka dapat.

3. Persediaan membuat bahan bantu mengajar dapat dilakukan sesuai dengan


isi pengajaran yang akan dijalankan dan masa pelajaran tersebut.

4. Tidak terpesung daripada sukatan pelajaran. Ia dapat mengelakkan guru


mengajar perkara-perkara yang tidak sepatutnya dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Pengajaran guru dan pembelajaran murid tidak akan
terganggu.

5. Penyediaan rancangan pelajaran harian akan membolehkan seorang guru


mengajar dengan baik dan terancang. Oleh itu ia dapat menarik minat murid
untuk belajar dan menimba ilmu. Secara tidak langsung ia dapat memenuhi
matlamat falsafah pendidikan negara iaitu melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

6. Menyenangkan guru mengaitkan pengalaman sedia ada murid dalam


kehidupan seharian dengan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

7. Memudahkan guru menerapkan penggunaan ICT dalam Pengajaran &


Pembelajaran sesuai dengan kehendak semasa dan perkembangan ICT
dunia. Guna alat
8. Dengan adanya persediaan mengajar yang terancang, guru akan bertambah
yakin, sistematik, inovatif dan mampu menjadikan pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan.
9. Guru dapat memilih pendekatan, kaedah, teknik yang sesuai dan berkesan
dengan keadaan, kebolehan dan pencapaian murid. Oleh itu pengajaran yang
sistematik dapat dijalankan.
10. Guru dapat menentukan objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif
dan dapat meramalkan sejauh mana objektif itu tercapai. Persediaan
Mengajar Harian merupakan peringkat terakhir bagi guru untuk menyiapkan
garis panduan yang digunakan untuk menjalankan satu pengajaran.

11.

kerana pelbagai aspek perlu diambil kira dalam menjayakan sesuatu pengajaran dan
pembelajaran. rancangan yang terperinci untuk masa tertentu.

- Disiplin dalam pengajaran. Aku janji , mematuhi

You might also like