You are on page 1of 16

NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU

Kerja Paip Asas

ALATAN TANGAN KERJA PAIP

1. Perengkuh paip

o Kengunaan - untuk memegang batang paip BG ketika memasang atau


membuka penyambung paip
2. Sepana boleh laras

o Kegunaan - untuk membuka kepala pili


3. Sepana hujung terbuka

o Kegunaan - untuk membuka kepala pili


4. Playar gabung

o kegunaan - untuk memegang objek silinder, memotong wayar dan


memutar nat kecil
5. Playar muncung tirus (halus)
o Kegunaan - untuk memegang benda-benda kecil ditempat yang sempit
6. Kikir bulat (kikir ekor tikus)

o kegunaan - untuk membuang gerigis bahagian dalam paip BG


7. Kikir rata

o kegunaan - untuk membuang gerigis bahagian hujung paip BG


8. Pelocok

o kegunaan - untuk membuang kekotoran daripada perangkap sinki


9. Pita pengukur
o Untuk mengukur jarak dan panjang batang paip
10. Gergaji besi

o Untuk mememotong batang paip BG dan PVC


11. Pemotong paip beroda

o Kegunaan - untuk memotong batang paip BG


12. Pengulir luar

o Kegunaan - untuk membuat bebenang luar (ulir luar) pada hujung batang
paip BG
13. Ragum paip yoke
o Kegunaan - untuk memegang batang paip BG ketika kerja membuat
bebenang dan memotong batang paip
14. Pemotong paip PVC

o Kegunaan - untuk memotong batang paip pvc dan paip poli


15. Pelayar cengkam ragum

o Kegunaan - untuk mencengkam batang paip dengan kukuh

JENIS PAIP

1. Paip Besi Galvani


o Dibuat daripada besi galvani
o Ciri-cirinya
i. Tahan lasak
ii. Tidak mudah patah
iii. Berat
iv. Tahan haba tinggi
v. Boleh berkarat
vi. Dibahagikan kepada 2 jenis gred ketebalan

2. Paip PVC
o Diperbuat daripada PVC (Polyvinyl Chloride)
o Ciri-ciri
i. Murah
ii. Ringan
iii. Tidak tahan panas
iv. Mudah patah dan pecah
v. Dijual dalam dua gred ketebalan

3. Paip Poli
o Paip getah tiruan hitam (HDPE)
o Ciri-ciri
i. Tahan karat
ii. Tidak mudah patah
iii. Mudah disambung dan mudah ditanggalkan
iv. Liat dan elastik
v. boleh dilentur

     
Pip BG  Pipi Poli  Paip PVC 

JENIS PENYAMBUNG PAIP

  Jenis penyambung Paip BG  Paip PVC  Paip Poli 


1 Soket sana ada ada ada
2 Soket pengecil ada ada ada
3 Siku 90º ada ada ada
4 T sama ada ada ada
5 T pengecil ada ada ada
6 Penyuai soket injap ada ada ada
7 Penyuai soket PT ada ada ada
8 Puting heksagon ada tiada ada
9 Palam ada ada tiada
10 Soket Penjodoh ada tiada ada

1. Soket

Soket sama Soket pengecil

o Digunakan untuk o Digunakan untuk


menyambung paip yang sama menyambung paip yang berbeza
saiz diameter saiz diameternya

2. Siku 90º

Siku 90º sama Siku 90º pengecil


o Digunakan untuk
o Digunakan untuk
mengubah arah sambungan dua
mengubah arah sambungan paip
paip berlainan saiz yang bersudut
yang bersudut 90º
90

3. T

T sama T pengecil

o Digunakan untuk
o Digunakan untuk
menambah sambungan paip yang
menambah sambungan paip
berbeza diameternya

4. Puting Heksagon
o Digunakan untuk menyambung dua soket sama atau dengan soket penyuai
PT
o Digunakan untuk menyambung dua jenis paip yang berlainan seperti paip
BG dengan paip PVC
5. Soket

Penyuai Soket PT Penyuai soket injap

o Digunakan untuk
o Digunakan untuk
menghubungkan dua jenis paip yang
menyambung batang paip
berlainan seperti paipPVC dengan paip
dengan pili
BG

6. Palam

o Digunakan untuk menutup hunjung paip yang tidak digunakan


7. Soket penjodoh

o Digunakan untuk menyambung dua batang paip BG tanpa mengubah


kedudukan penyambung yang lain

Contoh penyambungan paip


A = Pili, B = soket sama, C = puting heksagon, D = siku 90, E = paip BG 20,
F = T pengecil, G = paip BG 13 , H = paip BG 20 , I = soket penjodoh, dan J = palam

BAHAN PENYAMBUNG

1. Pita PTFE
- Poly textra fluoro ethylene adalah sejenis pita putih lembut dan nipis.
- digunakan untuk mengelakkan kebocoran pada sambungan paip dan
mengukukuhkan sambungan paip BG

2. Glu PVC
- adalah sejenis gam/pelekat cair jenis yang cepat kering
- glu PVC disapu pada kedua-dua bahagian paip PVC dan terus buat sambungan
o Digunakan untuk melekatkan sambungan paip PVC

PILI

I. Pili berbibir II. Pili bertiang  

1. Kegunaan
- mengawal pengaliran keluar air daripada hujung paip
2. Jenis
a. Pili bertiang
- mempunyai alur masuk menegak
b. Pili berbibir
- mempunyai alur masuk melintang
3. Bahagian
A = Pemulas
B = gandar
C = Nat Penyendal
D = Nat Pili
E = Pelompat
F = Alur keluar
G = Sesendal
H = alur masuk

4. Penyelenggaraan

a. Menggantikan pelompat
 Pelompat perlu digantikan baru apabila air di dapati menitik
berterusan walaupun pili telah ditutup

b. Menukar kepala pili


 Kepala pili perlu digantikan apabila
 pili tidak dapat dikunci dengan ketat
 air terus keluar daripada bahagian nat pili dan hujung bibir
SINKI DAN PERANGKAP SAMPAH

1. Kegunaan
o Singki digunakan untuk menadah air semasa tangan dan peralatan
o Perangkap sampah digunakan untuk menghalang bau busuk masuk ke
dalam rumah
2. Jenis Sinki dan Perangkap

o Perangkap 'P'
o Perangkap 'S'
o Perangkap botol
ii. Membersihkan perangkap
o Menggunakan pelocok
- Pelocok boleh digunakan sekiranya sinki tidak tersumbat dengan teruk
o Membuka dan mencuci bahagian kedap
- Bahagian kedap perlu dibuka dan kekotoran yang terperangkap di
dalamnya hendaklah ditarik keluar dengan dawai keras

Sinki Mengeluarkan kotoran daripada kedap perangkap


sinki
iii.
I. Perangkap 'S' II. Perangkap 'P' III. Perangkap botol

SISTEM BEKALAN AIR

1. Sistem bekalan di rumah terbahagi kepada dua


a. Sitem bekalan terus
b. Sistem bekalan tidak terus
2. Sistem bekalan tidak terus menggunakan tangki simpanan air untuk membekalkan
air untuk kegunaan bilik air dan tandas

Sistem bekalan air tidak terus


A = paip bekalan , B = meter air , C = paip perkhidmatan, D = paip perkhidmatan,
E = kunci paip , F = tangki simpanan air , G = tab mandian dan tandas,
H = tab sinki cuci tangan , I = sinki dapur , J = paip agihan

TANGKI SIMPANAN AIR


1. Kegunaan
- untuk menyimpan air dan membekalkan bagi penggunaan tandas dan bilik
mandi serta di waktu kecemasan
2. Bahagian dan fungsi

Bahagian Fungsi
mengawal kemasukan air ke dalam tangki melalui
A Kunci paip
paip perkhidmatan
Paip
B Membekalkan air ke dalam tangki simpanan
perkhidmatan
C Injap masuk Mengawal kemasukan air ke dalam tangki
D Pelambong Mengawal paras air dalam tangki
E Paip cuci Mengeluarkan air semasa kerja mencuci
F Kunci paip Membuka dan menutup paip cuci
G Paip Agihan Membawa air ke bahagian-bahagian dalam rumah
H Paip limpah Mengeluarkan air sekiranya injap rosak
I Penutup tangki Melindungi air dalam tangki daripada pencemaran

TANGKI SIMBAH

1. Kegunaan
Membekalkan air ke dalam mangkuk tandas pada masa yang betul
 
2. Bahagian dan fungsi
  Bahagian Fungsi
A Paip Limpah Mengeluarkan air yang berlebihan
B Pelampung Mengawal paras air dalam tangki
Lengan memegang pelempung dan
C
Pelampung menghubungkannya dengan injap bebeola
Menolak air dengan kuat ke dalam
D Tuib sifon
mangkuk tandas
Paip alur
E Membawa air ke dalam mangkuk tandas
keluar
Injap Memulakan gerakan menolak air ke
F
gegendang dalam mangkuk tandas
Mengawal kemasukan air ke dalam
G Injap bebeola
tangki simbah
Paip alur
H memasukkan air ke dalam tangki simbah
masuk

3. Jenis tangki simbah


a. Tangki simbah aras rendah
Dipasang satu meter dari lantai
b. Tangki simbah aras tinggi
Dipasang dua meter dari lantai
i. Tangki simbah aras rendah ii. Tangki simbah aras tinggi

Masih dalam pembinaan 

Menu

Hak Cipta © Muhammad Khairi. 2006


SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting, Perak
Email : smkbj2005@yahoo.com

You might also like