You are on page 1of 37

TEORI PSIKOANALISIS

AHLI KUMPULAN:
1. NAJAH ALIMAH BINTI MAMAT@RAZAK
2. NOR AFIDAH BINTI NORDIN
3. MARIA BINTI TUSIRIN

PENSYARAH:
PN. SEFIAH BINTI ABD KADIR

-KPLI – B&K JANUARI 2010-


TEORI PSIKOANALISIS
PENGENALAN

Teori Psikoanalisis merupakan satu sistem psikologi yang


dipelopori oleh Sigmund Freud - dilahirkan di Morovia
(Slovakia) pada 6 Mei 1856 dan meninggal di London pada
23 September 1939.

Teori Psikoanalisis melihat bagaimana proses psikologi


memberi kesan dan mempengaruhi tingkahlaku dan emosi
individu.
Teori Psikoanalisis dikembangkan berdasarkan pengalamannya
sebagai seorang doktor perubatan:

Menumpukan penyelidikannya kepada kecelaruan saraf.


Menggunakan hipnosis sebagai kaedah bagi menyelesaikan
penyakit mental.
Dipengaruhi oleh teknik menumpukan kepada perbualan
tentang simtom-simtom sehingga Freud menerbitkan
bukunya yang pertama “The Interpretation of Dreams
(1900)”

Freud dikenal bukan hanya sebagai pencetus psikoanalisis, tapi


juga telah meletakkan teknik baru untuk memahami perlakuan
manusia.
Sigmund Freud
TEORI PSIKOANALISIS
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA
Freud percaya bahawa manusia dilahirkan dengan desakan
nalusi semulajadi manusia.

Tingkahlaku manusia didorong oleh keinginan sendiri yang


tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang
merosakkan dirinya.

Tingkahlaku manusia lebih kepada naluri kehaiwanan dan


desakan biologikal untuk dapatkan kepuasan diri.

Manusia perlu belajar daripada pengalaman-pengalaman yang


pernah berlaku.
TEORI PSIKOANALISIS
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

Freud membahagikan akal fikiran manusia kepada 3 lapisan


yang berbeza:

1. Alam Sedar

2. Alam Pra-Sedar

3. Alam Bawah Sedar / Tidak Sedar


TEORI PSIKOANALISIS
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

1. ALAM SEDAR
Individu menyedari dan dapat mengetahui apa yang telah
berlaku dan sedang berlaku kepadanya dan
persekitarannya.

Contoh:
Rasa sunyi, sakit, kecewa, marah
TEORI PSIKOANALISIS
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

2. ALAM PRA-SEDAR
Individu sebenarnya tidak menyedari dan tidak tahu yang
sesuatu itu sedang berlaku, melainkan jika ia secara sedar
memberi perhatian kepada apa yang sedang berlaku.

Contoh:
Rasa panas dan serabut dapat difikirkan dan dirasakan
tahap kekuatannya bagi diri individu tersebut berdasarkan
pengalamannya.
- Sebenarnya sedang marah atau tertekan.
TEORI PSIKOANALISIS
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

3. ALAM BAWAH SEDAR / TIDAK SEDAR


Individu tidak menyedari langsung apa yang sedang berlaku.
Merupakan pemikiran perasaan yang tidak dapat dikeluarkan
kerana disekat dari kenyataan.
Berlaku disebabkan individu itu tidak dapat menerima keadaan itu
ataupun individu itu mempunyai pandangan bahawa masyarakat
juga tidak dapat menerimanya.
Contoh:
Individu hanya dapat merasai sebahagian daripada kepiluan apabila
orang yang dikasihi meninggal dunia, sedangkan sebenarnya emosi
yang sangat hebat tersimpan di bawah sedar sehingga individu itu
tidak merasai sama sekali.
-Perasaan sebenar disekat oleh mekanisma bela diri ataupun norma
masyarakat yang tidak membenarkan kematian diratapi oleh yang masih
hidup.
TEORI PSIKOANALISIS
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

Freud membahagikan personaliti manusia kepada 3 struktur


personaliti:

1. Id – komponen biologi

2. Ego – komponen psikologi

3. Superego – komponen sosial & nilai-nilai masyarakat


TEORI PSIKOANALISIS
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

1. ID
Dianggap sebagai komponen biologi dan tidak perlu
dipelajari.
Satu bentuk naluri semulajadi manusia dan diwarisi.
Wujud sejak individu dilahirkan.
Merupakan personaliti di bawah sedar.
Tingkahlaku yang bertindak secara membabi buta, tidak
teratur, tidak rasional, tidak matang dan tidak bermoral.
TEORI PSIKOANALISIS
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

1. ID
Dipandu oleh prinsip keseronokan dan kepuasan nafsu/naluri
semata-mata dengan mendesak dan tidak sabar.
Tindakan id bersifat tidak sedar dan tidak dapat
mengurangkan ketegangan selama-lamanya.
Contoh:
-Individu hanya ingin memuaskan perasaan marahnya dengan
membuat serangan secara membabi buta .
-Mendapat kepuasan hati segera tetapi kepuasan tidak kekal
lama.
TEORI PSIKOANALISIS
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

2. EGO
Dianggap sebagai komponen psikologi dan dipelajari serta
berkembang berdasarkan pengalaman-pengalaman sosial.
Merupakan personaliti tahap sedar.
Penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh
menyesuaikan fungsi dengan keadaan.
Mengawal jenis-jenis tindakan yang hendak dilakukan, menentukan
naluri mana yang akan dipuaskan dan cara nalurinaluri dipuaskan.
Dipandu oleh prinsip realiti dimana tingkahlaku dilakukan setelah
menimbang dengan baik segala perkara yang wujud.
TEORI PSIKOANALISIS
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

2. EGO
Ego wujud bagi memuaskan kehendak-kehendak id dan bukan
untuk menghampakan id.
2 cara ego bertindak:
i. Ego bertindak terhadap tingkahlaku penyelesaian masalah
menggunakan asas pengalaman dan pemikiran.
ii. Ego bertindak terhadap tingkahlaku penyelesaian masalah
menggunakan helah bela diri dengan memesongkan keadaan sebenar.

Contoh: Perasaan marah


i. Berfikir buruk dan baik sesuatu tindakan sebelum melepaskan marah.
ii. Menggunakan helah bela diri untuk memesongkan pandangan
masyarakat terhadap tingkahlakunya.
TEORI PSIKOANALISIS
PANDANGAN TERHADAP MANUSIA

3. SUPEREGO
Dianggap sebagai komponen nilai-nilai sosial/moral yang
dipelajari daripada ibu bapa / masyarakat.
Mengawal id dan ego – menentukan samada sesuatu
tingkahlaku itu baik / buruk.
Dipandu oleh prinsip norma masyarakat.
Memujuk ego untuk menggantikan matlamat realistik id
kepada matlamat moral.
Berusaha ke arah mencapai kesempurnaan.
Contoh:
- Mendengar penjelasan sebelum marah.
(norma yang dipelajari dari masyarakat)
TEORI PSIKOANALISIS
INTERAKSI ID, EGO DAN SUPEREGO

ID

EGO SUPEREGO

Ketenangan Kerisauan
TEORI PSIKOANALISIS
HELAH BELA DIRI
Proses psikologi yang wujud untuk mengurangkan
penderitaan ego yang tidak dapat mengawal id.

Membantu ego untuk mempertahankan dirinya daripada


desakan dan dorongan id.

Digunakan untuk mempertahankan diri dari cemuhan dan


kutukan superego.

Digunakan secara tidak sedar untuk menyangkal /


memutarbelitkan kenyataan / realiti.
TEORI PSIKOANALISIS
HELAH BELA DIRI

REPRESI
Individu sengaja melupakan peristiwa pahit dengan menolaknya
ke alam bawah sedar.
Represi menghalang pemikiran yang membimbangkan daripada
memasuki pemikiran sedar.
Represi tidak dapat menghapuskan peristiwa pahit itu, sebaliknya
ia akan menjurus kepada masalah psikologi.
Contoh:
-Mangsa rogol akan melupakan semua peristiwa pahitnya, tetapi
apabila seorang lelaki cuba mendekatinya, ia akan mengalami
tekanan yang hebat.
TEORI PSIKOANALISIS
HELAH BELA DIRI

PENAFIAN
Individu menafikan realiti yang tidak ingin dipercayainya
bagi membolehkan ia menempuh detik-detik yang sukar
dalam hidupnya.
Contoh:
-Seorang ibu tidak mahu menerima hakikat kematian
anaknya dengan menganggap bahawa anaknya berada di
suatu tempat dan akan kembali suatu hari nanti.
TEORI PSIKOANALISIS
HELAH BELA DIRI

PROJEKSI
Individu membalikkan desakan dan keinginan-keinginan
yang tidak dapat diterima oleh dirinya sendiri kepada orang
lain bertujuan melindungi harga dirinya.
Contoh:
-Seorang pelajar bercadang untuk menipu di dalam
peperiksaan tetapi hatinya menetahui perkara itu salah,
tetapi dilakukan juga dengan beranggapan bahawa pelajar-
pelajar lain juga menipu di dalam peperiksaan.
TEORI PSIKOANALISIS
HELAH BELA DIRI

PEMBENTUKAN REAKSI
Individu mempertahankan diri dari sesuatu ancaman
dengan memperlihatkan reaksi yang bertentangan dengan
bentuk ancaman itu.
Contoh:
-Seorang individu dirundung malang dan pilu yang amat
sangat, tetapi ia memperlihatkan hilai ketawa yang
keterlaluan.
TEORI PSIKOANALISIS
HELAH BELA DIRI

PENYALURAN
Individu mengawal kerisauan dengan melepaskan desakan-
desakan itu kepada sasaran lain yang lebih selamat.
Contoh:
-Seorang individu merasa marah terhadap ketuanya tetapi
disalurkan marah itu kepada anak dan isterinya kerana ia
tidak berani memarahi ketuanya.
TEORI PSIKOANALISIS
HELAH BELA DIRI

RASIONALISASI
Individu memberikan alasan-alasan atau sebab apabila ia
melakukan kesilapan sebagai usaha untuk mempertahankan
egonya.
Contoh:
-Seorang murid yang gagal di dalam peperiksaan akan
memberi alasan-alasan munasabah untuk menjelaskan
kegagalannya bagi mengelak daripada mengakui bahawa ia
tidak cerdik dan cerdas.
TEORI PSIKOANALISIS
HELAH BELA DIRI

SUBLIMASI
Individu menyalurkan tenaga ke jalan yang boleh diterima
masyarakat.
Menyalurkan kekurangan atau kekosongan yang dialami
kepada aktiviti yang sihat.
Contoh:
-Seorang yang bersikap kasar akan menjadi seorang askar
untuk memuaskan kehendak dalamannya yang kasar
supaya kelihatan diterima oleh masyarakat.
TEORI PSIKOANALISIS
HELAH BELA DIRI

INTROJEKSI
Individu menyerapkan nilai-nilai orang lain yang
disukainya untuk dijadikan nilai-nilai di dalam dirinya.
Contoh:
-Seorang individu menyatakan bahawa dirinya adalah anak
saudara kepada seorang menteri dengan harapan mendapat
keistimewaan.
TEORI PSIKOANALISIS
HELAH BELA DIRI

PAMPASAN
Satu bentuk penggantian apabila kelemahan seseorang
diatasi dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang
yan berlainan tetapi hampir sama dengan kehendak asalnya.
Contoh:
-Seorang individu gagal menjadi doktor akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjadi ahli farmasi.
TEORI PSIKOANALISIS
HELAH BELA DIRI

PAMPASAN
Satu bentuk penggantian apabila kelemahan seseorang
diatasi dengan berusaha bersungguh-sungguh dalam bidang
yan berlainan tetapi hampir sama dengan kehendak asalnya.
Contoh:
-Seorang individu gagal menjadi doktor akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjadi ahli farmasi.
TEORI PSIKOANALISIS
MATLAMAT PSIKOANALISIS
1. Membentuk semula watak individu agar segala yang
terpendam di alam tidak sedar dapat dialami di dalam alam
sedar.

2. Menjelmakan akal pemikiran klien yang rasional melalui


keseimbangan personaliti id, ego dan superego.
TEORI PSIKOANALISIS
PERANAN KAUNSELOR
Membina perhubungan yang baik dengan klien.
Menggalakkan klien meluahkan perasaan / pengalaman
terpendam.
Berusaha menggalakkan klien memprojeksi (memindah)
perasaan yang berkaitan masa lampau ke dalam diri
kaunselor.
Mentafsir pengalaman-pengalaman klien bagi menghasilkan
kesedaran kendiri klien.
Membawa klien memahami apa yang berlaku di dalam
dirinya supaya klien mendapat celik akal.
TEORI PSIKOANALISIS
PROSES DAN TEKNIK PSIKOANALISIS
1. Teknik perkaitan bebas
2. Pentafsiran
3. Takbir mimpi
4. Analisa penahanan
5. Analisa pemindahan
6. Ujian projeksi
PROSES & TEKNIK PSIKOANALISIS
1. TEKNIK PERKAITAN BEBAS
Dikenali sebagai Talking cure.
Klien baring di atas kaos, kaunselor di hujung kepala
klien.
Klien meluah apa saja yang terlintas di fikirannya tanpa
sebarang tapisan.
Tujuan untuk mengingati semula pengalaman serta emosi
yang lampau.
Kaunselor mengenalpasti sekatan-sekatan dibawah sedar
klien.
Kaunselor memahami dan menjelaskan perkara yang
dialami klien sehingga klien mendapat celik akal.
PROSES & TEKNIK PSIKOANALISIS
2. TEKNIK PENTAFSIRAN
Kaunselor menganalisa mimpi, perkaitan bebas,
penahanan dan pemindahan.
Dilakukan ketika klien berada dalam keadaan sedar
supaya penafsiran dapat difahami klien.
Klien perlu memahami dahulu sesuatu penahanan atau
helah bela diri sebelum menerangkan tentang konflik
yang dialami klien.
Pentafsiran dapat menggerakkan segala kefahaman
superego yang lama kepada satu tahap kesedaran yang
baru dan selaras dengan kesedaran ego.
PROSES & TEKNIK PSIKOANALISIS
3. TAKBIR MIMPI
Mimpi merupakan perkara di bawah sedar.
Ketika tidur, alam tidak sedar melahirkan keinginan,
impian, kebimbangan yang belum selesai.
Mimpi akan ditafsirkan dan dijelaskan kepada klien
tentang perkaitannya dengan konflik klien.
PROSES & TEKNIK PSIKOANALISIS
4. ANALISA PENAHANAN
Penahanan = keadaan di mana klien tidak bersedia atau
tidak berupaya melahirkan sesuatu
perasaan/pengalamannya, kerana jika dilahirkan klien
akan mengalami suatu perasaan yang sangat hebat.
Penahanan dan helah bela diri perlu dijelaskan kepada
klien.
Kaunselor membantu menyingkirkan penahanan dan
helah bela diri klien dengan menjelaskan tentang jenis-
jenis penahanan.
Klien perlu bersedia melawan penahanan yang
‘melindungi’ dirinya daripada sesuatu perasaan yang
sukar diluahkan.
PROSES & TEKNIK PSIKOANALISIS
5. ANALISA PEMINDAHAN
Klien akan memindahkan perasaan dan pengalaman yang
dirasai kepada kaunselor.
Klien akan menghidupkan semula segala tingkahlakunya
kepada kaunselor tanpa disedari.
Kaunselor cuba memahami dan mentafsirkannya kepada
klien agar klien benar-benar memahami sebab-sebab klien
bertindak tidak rasional.
Klien celik akal dan bekembang dari segi intelek dan emosi.
PROSES & TEKNIK PSIKOANALISIS
6. UJIAN PROJEKTIF
Ujian berbentuk titik-titik dakwat (ink blots)
-Rorscharch Inkblot Test
Gambar-gambar lukisan
-Thematic Apperception Test
Klien nyatakan persepsi atau kesimpulan daripada
gambar atau titik dakwat tersebut.
Kaunselor membuat tafsiran daripada jawapan klien dan
kaitannya dengan diri klien.
Kaunselor akan dapat memahami konflik dalam diri klien.
TEORI PSIKOANALISIS

SEKIAN, TERIMA KASIH

-KPLI – B&K JANUARI 2010-

You might also like