You are on page 1of 12

Topik 9X Penilaian

Perisian
PPBK

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:


1. menerangkan maksud penilaian perisian pengajaran pembelajaran
berbantukan komputer (PPBK);
2. menjelaskan maksud pemilihan perisian PPBK untuk pengajaran dan
pembelajaran;
3. membezakan penilaian formatif dan sumatif perisian PPBK;
4. menyatakan kriteria-kriteria penting dalam pemilihan perisian PPBK
untuk pengajaran dan pembelajaran; dan
5. membezakan penilaian dan pemilihan dalam perisian PPBK.

X PENGENALAN
Sebelum anda menggunakan perisian kursus PPBK di dalam pengajaran dan
pembelajaran, anda perlu memastikan ianya adalah sesuai untuk kandungan
pelajaran yang hendak disampaikan serta sesuai dengan pelajar-pelajar anda.
Lebih penting lagi, ia perlulah dapat membantu pelajar-pelajar mencapai objektif
pembelajaran. Topik ini akan membincangkan beberapa perkara yang perlu
diambil kira apabila menilai perisian PPBK dan bagi membolehkan anda
membuat pemilihan yang tepat.
TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK W 223

Aktiviti 9.1
ȱ
ȱ Jalankan beberapa perisian PPBK yang dibekalkan ke sekolah anda oleh
ȱ Kementerian Pelajaran Malaysia. Adakah ia sesuai digunakan untuk pelajar
ȱ anda? Pada pendapat anda apakah kelemahan dan kekuatan perisian yang
ȱ anda jalankan? Bincangkan isu ini dalam kelas tutorial anda.
ȱ

9.1 PENGENALAN PENILAIAN PERISIAN PPBK


ȱ

Penilaian ialah satu prinsip untuk pengukur pencapaian secara sistematik


(Robiah Sidin, 1992).

ȱ
Penilaian terhadap perisian PPBK adalah sangat penting kerana ia akan
menentukan keberkesanan perisian tersebut di dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Walaupun penilaian perisian PPBK memerlukan masa untuk dilaksanakan, ia


adalah suatu yang penting bagi memastikan hanya perisian yang sesuai sahaja
digunakan di sekolah-sekolah serta dapat mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Kegagalan menilai akan membawa kepada kegagalan pelaksanakan
perisian kursus PPBK secara optimum (Shaifol, 2003).

Penilaian hendaklah merangkumi beberapa aspek agar kelemahan-kelemahan


dapat dikenalpasti dan pemilihan yang tepat dapat dilakukan. Aspek yang
hendak dinilai bergantung kepada tujuan penilaian dilakukan. Penilaian
dilakukan untuk:

(a) Mengukur Kesesuaian


Mengukur kesesuainya untuk pengajaran dan pembelajaran bagi
membolehkan anda membuat pilihan yang tepat. Anda perlu
mengambilkira sama ada perisian tersebut akan dapat membantu mereka
mencapai objektif pembelajaran, adakah ianya mudah digunakan dan
adakah perisian tersebut dapat menarik minat pelajar.

Sebagai penguna, penglibatan pelajar adalah penting agar anda dapat


membuat rumusan yang tepat dan tidak hanya berpandukan kepada
andaian. Penilaian juga tertumpu kepada apakah kelebihan perisian ke atas
kaedah biasa, bahan-bahan tambahan yang perlu disediakan untuk pelajar
224 X TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

dan adakah guru akan mempunyai lebih banyak yang terluang untuk
berinteraksi dengan lebih berkesan dengan pelajar.

(b) Memberi Maklumbalas


Memberi maklumbalas kepada perekabentuk dan pembangun perisian.
Pembangun perisian lebih berminat kepada soal-soal teknikal seperti:
ȱ
x Ralat
x Navigasi
x Saiz font
x Susun atur elemen dalam satu skrin
x Rekabentuk grafik
x Penerbitan video dan audio
ȱ

Penilaian untuk pelajar dan guru akan membawa anda kepada pemilihan
perisian kursus yang sesuai digunakan.

9.2 PEMILIHAN PERISIAN YANG SESUAI

9.2.1 Keperluan Memilih Perisian


Sekarang ini, pembangunan perisian kursus mudah dilakukan dengan adanya
alat pengarangan yang mesra pengguna. Ini membolehkan sesiapa saja
membangunkan perisian kursus yang mengandungi pelbagai media yang dapat
menarik perhatian.

Perisian kursus ini dibangunkan untuk kumpulan sasaran tertentu dengan


objektif tertentu. Oleh itu, anda sebagai guru, perlu menilai dan seterusnya
memilih perisian yang sesuai dan dapat memenuhi keperluan pelajar-pelajar
anda. Tanpa pemilihan yang teliti anda mungkin akan memilih perisian yang:

ȱ
x Tidak dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
x Tidak mengikut kurikulum pengarajan dan pembelajaran.
x Tidak sensitif terhadap budaya dan agama pelajar.
x Tidak sesuai dengan tahap umur pelajar.
ȱ
TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK W 225

9.2.2 Kriteria Pemilihan


Dalam membuat pemilihan perisian kursus, anda perlu memastikan ianya
memenuhi beberapa kriteria penting. Terdapat beberapa kaedah yang boleh
digunakan untuk menilai suatu perisian kursus seperti:

(a) The Learning Object Review Instrument (LORT) yang dicadangkan oleh E-
Learning Research and Assessment Network, Canada.
(b) ESL Software Evaluation Form yang dicadangkan oleh Robb, T. (1996).
(c) Buyers Worksheet yang dicadangkan oleh Planning and Evaluation
Service, U.S. Department of Education (2002).

Rujuk kepada Rajah 9.1. Kita akan bincangkan kriteria-kriteria yang dicadangkan
oleh Evalutech dalam subtopik ini. Evalutech adalah satu inisiatif di bawah
kerjasama antara North Carolina Department of Public Instruction dan Southern
Regional Education Board.
ȱ

ȱ
Rajah 9.1: Kriteria pemilihan perisian kursus

Kriteria-kriteria yang dicadangkan dikategorikan kepada tiga, iaitu:

(a) Isi kandungan


(b) Aspek teknikal
(c) Documentasi
226 X TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

Jadual 9.1 berikut memperincikan setiap kategori tersebut.

Jadual 9.1: Kriteria Pemilihan Perisian Kursus

Kriteria Keterangan
Isi kandungan Ketepatan Bebas daripada kesilapan.
Maklumat terkini.
Pendapat yang tidak berat sebelah.
Sesuai dengan kebudayaan dan agama.
Penggunaan bahasa yang betul dari segi nahu,
ejaan dan struktur ayat.
Kesesuaian Konsep dan bahasa sesuai dengan tahap pelajar.
Maklumat adalah sesuai dengan objektif yang
hendak dicapai.
Interaksi komputer-pelajar hendaklah sesuai
dengan tahap pelajar.
Skop Kandungan yang disampaikan berada dalam
skop topik yang hendak diajar.
Kandungan disampaikan mengikut susunan
yang sesuai.
Kepelbagaian dan kesesuaian aktiviti.
Aspek teknikal Navigasi Maklumat dapat dicari dengan mudah dan cepat.
Penggunaan menu, ikon dan arahan yang
intuitif.
Ada pilihan untuk mengawal perjalanan
perisian, berhenti atau keluar.
Bunyi yang boleh dikawal .
Ciri-ciri Kemudahan untuk mencetak maklumat.
penyimpanan Menyimpan maklumat tentang kedudukan
rekod semasa dalam suatu perisian atau permainan.
Mengambil and menyimpan nota apabila perlu.
Rekod penggunaan perisian pelajar untuk
monitor pelajar.
TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK W 227

Persembahan Isi kandungan disampaikan dengan cara yang


dapat merangsang pemikiran pelajar.
Aktiviti yang menggalakkan penyelesaian
masalah secara kreatif.
Maklumbalas yang membina.
Kemudahan untuk mendapatkan bantuan.
Susun atur paparan yang baik.
Penerangan yang mencukupi bagi visual.
Teks yang mudah dibaca yang mempunyai saiz
yang sesuai dengan kumpulan sasaran.
Kualiti Visual yang sesuai dengan kandungan pelajaran.
Audio yang jelas dan mudah difahami dan
dikawal.
Suara dan musik yang berkaitan dengan paparan
visual.
Dokumentasi Teknikal Penerangan tentang keperluan peralatan dan
sistem operasi komputer.
Penerangan tentang pengoperasian perisian.
Bantuan melalui telefon.
Panduan Maklumat tentang kumpulan sasaran.
Pengguna Ringkasan kandungan perisian.
Objektif pembelajaran.
Cadangan cara penggunaan dalam kelas,
rancangan mengajar dan aktiviti .
Bahan pengajaran dan pembelajaran tambahan.

Rajah 9.2: Contoh susun atur butang dan grafik


228 X TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

Rajah 9.3: Contoh panduan pengguna

Aktiviti 9.2

Sila lawati laman web-laman web berikut untuk mengetahui beberapa


kaedah lain yang digunakan untuk menilai perisian kursus:

Ć http://www-writing.berkeley.edu/TESL-EJ/ej06/mr2/mr2app1.html
Ć http://www.ncrel.org/tech/claims/checklist.html
Ć http://www.elera.net/eLera/Home/About%20%20LORI/

Berpandukan kepada kaedah-kaedah yang telah diberikan, pada pendapat


anda, bagaimanakah cara yang paling sesuai di gunakan untuk menilai dan
seterusnya memilih perisian kursus PPBK?

9.3 PROSES PENILAIAN PEMBANGUNAN


PERISIAN
Penilaian pembangunan perisian adalah satu proses berterusan yang dilakukan
semasa peringkat pembangunan. Penilaian dijalankan diakhir proses
pembangunan bagi memastikan ianya sesuai digunakan oleh pelajar dan
mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Peringkat Penilaian dalam model pembangunan perisian kursus ADDIE yang


anda telah pelajari dalam Topik 8 mencadangkan agar dua jenis penilaian
dilakukan iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK W 229

Rajah 9.2: Proses Penilaian dan Pembaikan ADDIE (Suzuki, 2004)

9.3.1 Penilaian Formatif


Seperti yang anda sedia tahu, penilaian formatif merupakan satu proses yang
berterusan yang perlu dilakukan semasa proses pembangunan. Maklumat yang
diperolehi digunakan untuk meningkatkan keberkesanan perisian kursus.

Penilaian formatif boleh dilakukan dalam tiga peringkat iaitu:

Rajah 9.4: Tiga peringkat penilaian formatif

Sekarang marilah kita bincangkan setiap peringkat tersebut.

(a) Kumpulan Kecil


Dalam peringkat ini, penilai berkerja rapat dengan dua atau tiga orang
guru Golas (1983). Penilai akan berbincang, memberi panduan dan
seterusnya memerhati bagaimana guru-guru ini berinteraksi dengan
perisian. Maklumat mengenai aspek-aspek kejelasan, kesan dan
kebolehlaksanaan dikumpulkan.
230 X TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

(i) Kejelasan
Arahan dan mesej hendaklah jelas dan mudah difahami. Ini
termasuklah mesej yang disampaikan melalui teks, ilustrasi dan
demonstrasi. Kandungan pelajaran juga hendaklah jelas dan
mengikut susunatur yang sesuai.

(ii) Kesan
Kandungan pelajaran hendaklah disampaikan dengan cara yang
menarik dan relevan mengikut kesesuaian kumpulan sasaran.

(iii) Kebolehlaksanaan
Peralatan yang diperlukan untuk perisian kursus ini mestilah mudah
digunakan dan pelajar selesa dengan perisian tersebut. Kos juga
merupakan faktor penting dalam menentukan sama ada pelaksanaan
boleh dijalankan. Dengan itu, kos pembangunan perlu di kurangkan
agar pengguna atau sekolah mampu membelinya.

(b) Berkumpulan Besar


Dalam peringkat ini, satu kumpulan guru akan menentukan samada
pembaikan yang dilakukan berpandukan maklumat yang dikumpul pada
peringkat pertama. Bilangan guru pada peringkat ini adalah lebih kurang
10 orang yang menilai perisian kursus dengan menggunakannya dengan
berpandukan kepada buku panduan. Ini berbeza dengan peringkat
kumpulan kecil dimana penilai dan guru bersama-sama membuat
penilaian.

(c) Pengujian
Peringkat akhir penilaian formatif adalah menguji perisian tersebut dalam
keadaan seperti keadaan sebenar. Sebelum memulakan penilaian peringkat
ini, segala pembaikan hendaklah dilakukan berdasarkan peringkat-
peringkat terdahulu.

Lampiran A, B dan C menunjukkan contoh-contoh instrumen yang anda boleh


gunakan untuk menjalankan penilaian formatif. Instrumen-instrumen ini boleh
diubahsuai mengikut keperluan.
TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK W 231

Aktiviti 9.3

Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM ada menerbitkan panduan untuk


pembinaan perisian kursus, Educational Courseware Standards. Sila lawati
laman web
http://www.moe.edu.my:8080/web/guest/informasi/muat_turun/
untuk mendapatkan panduan tersebut. Dengan menggunakan panduan
ini, anda boleh menilai perisian kursus sama ada ia menepati ciri-ciri yang
di tetapkan.

9.3.2 Penilaian Sumatif


Penilaian sumatif dilakukan diakhir proses pembangunan dan digunakan untuk
menentukan sama ada ianya dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Ia merupakan satu proses pengumpulan data untuk memastikan sama ada apa
yang disampaikan melalui perisian kursus sepadan dengan objektif pengajaran
dan pembelajaran. Penilaian sumatif juga digunakan untuk mengukur
pencapaian berdasarkan objektif perisian kursus serta sikap pelajar selepas
menggunakan perisian tersebut.

Selain daripada menilai pencapaian pelajar, pandangan pakar, pelajar dan guru
juga perlu bagi tujuan pembaikan untuk versi-versi yang berikutnya.

(a) Pandangan pakar adalah perlu bagi memastikan perisian kursus


memenuhi keperluan teknikal seperti kualiti video dan audio.
(b) Penilaian pelajar pula bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang
perisian tersebut dari sudut pandangan pengguna.
(c) Penilaian guru bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan isi kandungan perisian kursus seperti kesesuaian media dan kualiti
soalan-soalan ujian.

Contoh-contoh instrument penilaian untuk pakar, guru dan pelajar di berikan


dalam Lampiran D, E dan F.
232 X TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK

SEMAK KENDIRI 9.1

1. Nyatakan dua bentuk penilaian perisian pengajaran dan


pembelajaran berbantukan komputer.
2. Huraikan keperluan memilih perisian kursus.
3. Perincikan kriteria-kriteria dalam pemilihan perisian kursus.

SEMAK KENDIRI 9.2

1. Apakah tujuan penilaian formatif dilakukan?


2. Apakah tujuan penilaian sumatif dilakukan?
3. Huraikan langkah-langkah penilaian formatif perisian kursus PPBK

x Dalam membuat pemilihan perisian kursus untuk pelajar-pelajar anda, ciri-


ciri perisian harus di nilai terlebih dahulu.

x Ciri-ciri tersebut dikategorikan kepada tiga, iaitu:


 Isi kandungan
 Aspek teknikal
 Dokumentasi

x Bagi yang berminat dalam pembangunan perisian kursus, satu proses yang
penting ialah penilaian. Penilaian di kategorikan kepada dua, iaitu:
 Penilaian formatif yang dilakukan semasa pembangunan dijalankan.
 Penilaian sumatif yang dilakukan selepas selesai proses
pembangunan.
TOPIK 9 PENILAIAN PERISIAN PPBK W 233

Penilaian
Pemilihan
Penilaian formatif
Penilaian sumatif

ȱ
ȱ
Golas, K. C. (1983). The formatif evaluation of computer-assisted instruction.
Educational Technology. 23(1), 26-28.
Robiah Sidin (1992). Keberkesanan program penyediaan guru-guru KBSR satu
tinjauan literatur. Jurnal Pendidikan guru, 4(3), 248-259.

Shaifol Bahary Sulaiman (2003). Latihan dalam perkhidmatan 12 minggu sekolah


bestari. Prosiding seminar Aliran terkini teknologi maklumat dan
komunikasi, 29-38.
Suzuki, K. (2004). Online Instructional Design Workshop for Distance and
Flexible Learning. Distance and Flexible Learning Support
Centre,University of South Pacific, FIJI, Oct. 18 ăNov. 5, 2004. Retrieved on
April 8 2008, http://www.usp.ac.fj/jica/resources/PRESENTATION.HTM

ERE-Evalutech (_). Criteria for evaluating computer courseware. North Carolina


Department of Public Instruction, US. Retrieved on April 8 2008 from
http://www.evalutech.sreb.org/criteria/courseware.asp

ȱ
ȱ

You might also like