You are on page 1of 196

Syahadah

Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist.


Oleh Muhammad Ibn ‘Az

Produk eNovel ini dibeli oleh :

Nama : Abdul Hadi Bin Ismail


No Tel : 012-4455059
E-mail : hadi_jihad@yahoo.com
Kod Pelanggan : MH08M022324
HAK CIPTA TERPELIHARA
Tiada bahagian daripada ebook atau terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk
pengeluaran atau ditukar atau diubahsuai dalam apa bentuk atau dengan alat apa jua pun,
kecuali setelah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis dan pemilik hak cipta ini.

Semua grafik, ilustrasi, karya, tajuk, ulasan, tulisan dan terbitan di bawah tajuk
‘Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist’ ini dimiliki hak ciptanya oleh
MOHD ASWANIZAM BIN ALIAS

eBook Syahadah : Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist ini dilindungi dibawah
LAWS OF MALAYSIA
ACT 332
COPYRIGHT ACT 1987 [REPRINT - 2001]
Incorporating latest amendment - Act A1139/2002
Syahadah
Dialog Dengan Gadis Melayu Atheist.
Oleh Muhammad Ibn ‘Az
www.satuhala.blogspot.com

Isi kandungan :
1. “Kenapa Perlu Saya Sembah Allah?!”

2. “Saya takkan menyembah Tuhan yang saya tak nampak…


Buktikan Allah itu ada!”

3. “Kenapa Allah… Tidak Tuhan lain!?”

4. “Kenapa Allah tak pernah makbulkan doa-doa saya, sedangkan Allah berjanji setiap
doa yang dipohonkan hambaNya kepadaNya akan dimakbulkan!?"

5. “Kalau Allah Maha Penyayang, kenapa orang-orang kafir akan dibakar selama-
lamanya di dalam neraka?”

6. “Kenapa terdapat banyak agama di dunia ni, kenapa tidak satu saja dari zaman Nabi
Adam a.s.?”

7. “Awak cakap kitab-kitab agama terdahulu tercemar dengan tulisan-tulisan tangan


manusia, boleh awak buktikan? Kalau setakat cakap siapa pun boleh cakap kan?
Buktikan! Itu yang saya mahu?”

8. “Saya terbaca dalam banyak media dan internet yang Islam merupakan agama yang
menindas wanita, benarkah begitu? Boleh jelaskan?”

9. “Jika awak katakan yang Islam tu adil, kenapa hanya lelaki dibenarkan kahwin
sampai empat sedangkan wanita hanya dibenarkan bernikah hanya dengan seorang
suami, bukankah tak adil namanya tu?.”

10. “Kenapa pula wanita didiskriminasikan dalam pembahagian harta pusaka, bukankah
awak katakan yang Islam mengutamakan hak wanita dalam semua perkara?”

11. “Kenapa pula Allah menyuruh para Malaikat dan Iblis menyembah Nabi Adam a.s.,
sedangkan menyembah makhluk tu satu perbuatan mensyirikkan Allah, tolong jelaskan
kat saya?”

12. “Apa yang saya tahu, Nabi Muhammad menerima wahyunya yang pertama ketika dia
berumur 40 tahun, jadi apa agama Nabi Muhammad sebelum dia dilantik menjadi
Rasul?”

13. “Kenapa Hukum Hudud dalam Al-Qur’an tu nampak macam terlalu kasar, bukankah
tak bertamadun hukuman sebegitu

Syahadah: 2
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

1.

“Kenapa Perlu Saya Sembah Allah?!”

Syahadah: 3
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

1997, tahun yang meninggalkan seribu satu kenangan. Semester tiga yang dilalui
di kampus Shah Alam membawa ribuan cabaran duniawi yang harus ditongkah. Jatuh
bangun sebagai siswa dan manusia menjadi hidangan yang harus dijamah biarpun
adakalanya menjerut tingkah dan batasan sabar di jiwa. Cuti perayaan yang mendatang
seakan membuka ruang bernafas meninggalkan kabut dan serabut jiwa yang sangat
mencengkam. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan yang mencipta, memiliki dan
memelihara sekelian alam. Jiwa yang bagai dicarik-carik dengan seribu satu masalah
masih utuh berdiri bersandarkan kepada tiang Tauhid yang masih lagi tinggal
memberikan harapan. Ujian bertali arus yang dilalui mematangkan dan mencorakkan
kehidupan penulis hari demi hari.

Bosan menunggu keretapi untuk pulang ke kampung halaman diubat dengan menjamu
mata melihat karenah manusia di Stesen Keretapi Kuala Lumpur ini. Sedang hati
mengelamun, penulis disapa oleh seorang gadis berbangsa Cina.

"Hello Encik… boleh saya tumpang tanya.. sekarang jam pukul berapa?" tanya gadis
Cina tersebut fasih berbahasa melayu. Jika semuanya fasih dan menghormati bumi yang
dipijak, tidak kisah bagi penulis berkongsi negara dengan yang setia. Betapa pribumi
mengorbankan tanah semata-mata untuk memberikan yang saksama. Pilu melihatkan
Orang Thai ada Tanah Thainya sendiri, sayu melihatkan orang India memiliki Indianya
sendiri, orang Cina dengan Chinanya sendiri, Orang Inggeris dengan Englandnya sendiri
tapi Tanah Melayu ini hanya pada keretapi. Apa boleh buat, Lord Reid sang ‘pribumi’
dengan enam orang ‘pribuminya’ sudah menetapkan. Terima sajalah. Semoga Malaysia
ini aman dan sentosa dan Malay nya tidak disia-siakan.

"Amoi.. minta maaf la.. saya tak ada jam tangan la," jawab penulis sambil tersenyum
bangga melihatkan gadis Cina yang masih muda tapi sangat fasih berbahasa Melayu.

"Apa pasal semua orang kat sini tak pakai jam ke..? Tadi saya tanya sorang pak cik kat
situ, dia pun cakap dia tak pakai jam… bila tanya awak pun awak tak pakai jam juga?"
balas gadis Cina tersebut sambil tersenyum.

"Apala awak ni…. Awak kata kat orang.. tapi awak sendiri pun tak pakai jam.." balas
penulis.

Gadis Cina tersebut terus ketawa mendengar jawapan penulis.

"Tak pa amoi.. saya boleh tunjuk kat awak orang yang ada jam kat sini.. jom ikut saya…"
sambung penulis lagi.

"Mana…?" tanya gadis Cina tersebut sambil mengikut langkah penulis.

"Haa… tu.. nampak tu.. kalau tak nampak jugak tak tahu la… haa.. ini jam KTM yang
punya, kalau jam ni jatuh timpa kepala, dua kali jumaat lagi awak terus padam…" kata
penulis sambil menunjuk ke arah jam besar yang tergantung di tepi landasan.

Syahadah: 4
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Melihat saja jam tersebut, gadis Cina tersebut terus ketawa.

"Sorry la.. tadi saya tak nampak la… terima kasih…" gadis Cina tersebut berlalu sambil
melambaikan tangan dan tersenyum.

"Ok…. Sama-sama...." jawab penulis kembali.

Lebih kurang jam 930 malam, keretapi pun sampai.

'Bagus sekali keretapi ni…tepat pada masanya.. tak memalukan nama Tanah Melayu
yang dibawanya… biarkan kekal nama itu supaya akar tanah ni jelas dan sentiasa
diperingati.' bisik penulis dalam hati.

Sejurus menaiki keretapi yang dijadualkan bertolak pada pukul 1000 malam. Penulis
mendapati gerabak dalam koc yang dinaiki telah pun penuh dengan penumpang yang
seperti sudah tidak sabar lagi untuk pulang ke kampung untuk berhari raya. Penulis ketika
itu masih lagi seorang pelajar dalam bidang kejuruteraan elektronik ITM (ditukar ke
UiTM pada 1999).

Beg pakaian yang berat di samping gitar kapok yang digalas mencuri sedikit perhatian
penumpang dalam koc tersebut. Mungkin penampilan yang agak selekeh dengan jeans
koyak dan rambut panjang melepasi bahu mengundang prasangka negatif mereka. Jangan
tak tahu, memang pelajar ITM tidak dibenarkan menyimpan rambut panjang, tetapi
kreativiti tidak bertempat pelajar-pelajar pada ketika itu dapat menyebunyikan rambut
mereka di sebalik rambut palsu dan kopiah semasa mengikuti kuliah.

Langkah diatur menuju ke gerabak sebelah dengan harapan masih ada tempat duduk
kosong di sana. Alhamdulillah, sampai saja di koc sebelah, terpandang empat buah
tempat duduk kosong. Tanpa membuang masa, langkah diatur laju dan tempat tersebut
menjadi tempat duduk penulis bagi perjalanan 8 jam yang berikutnya hingga ke Pulau
Pinang.
Selesai meletakkan beg di atas, gitar kapok pula disandarkan ke dinding keretapi, penulis
terpandang kepada seorang gadis melayu di sebelah tempat duduk kanan koc. Yang
memisahkan antara kami ialah laluan pejalan kaki ditengah-tengah koc. Gadis tersebut
memandang ke arah penulis, lalu satu senyuman penulis lemparkan kepadanya supaya
tidak disangka sombong. Senyuman dibalas dengan satu renungan yang menyukarkan
penulis mengetahui reaksinya.

Penulis merupakan seorang yang agak berat mulut untuk menegur dan berbicara dengan
perempuan. Sehingga ke hari ini, perasaan segan dan berat mulut berbual dengan wanita
yang tidak dikenali rapat oleh penulis masih menebal. Mujurlah jodoh sampai juga, itu
pun teguran dan perbualan dimulakan oleh isteri penulis semasa sama-sama bekerja lima
tahun dahulu. Bagaikan kereta lama yang susah dihidupkan enjinnya, begitulah keadaan
penulis dalam memulakan bicara dengan wanita. Setelah enjin berjaya dihidupkan
barulah lancar kereta itu berjalan.

Syahadah: 5
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Berbalik kepada cerita sepuluh tahun yang lalu dalam koc keretapi tadi. Setelah dibalas
dengan senyuman yang agak mistik itu, penulis pun terus keluarkan walkman, sumbatkan
telinga dengan earphone dan terus masuk ke dalam dunia metal yang bercelaru. Baru saja
melayan lagu pertama Crazy Train dari Ozzy Osborne, terpandang satu kelibat
pergerakan perlahan yang menuju ke arah tempat duduk kosong di sebelah penulis. Letih
mengusung beg dari Shah Alam ke Stesen Keretapi Kuala Lumpur membuatkan penulis
terus melelapkan mata. Tiba-tiba terasa seseorang memegang peha penulis seakan-akan
mengejutkan penulis dari tidur-tidur ayam penulis.

Bila saja mata dibuka, terpandang wajah gadis melayu tadi duduk bersebelahan penulis.
Dia menyatakan bahawa dia ingin duduk di sebelah penulis. Penulis mengangguk saja.
Malam yang panjang pun bermula.

Dari perbualan dengan gadis tersebut, penulis mengetahui bahawa dia merupakan
seorang pelajar jurusan sains gunaan dari sebuah universiti tempatan. Berasal dari
Kluang, dan dalam perjalanan menuju ke rumah ibu saudaranya di Pulau Pinang.
Menamakan dirinya Rini, entah betul atau tidak nama tersebut, dia menyatakan bahawa
dia sedang mengambil cuti penuh menangguhkan pengajiannya selama satu semester bagi
menenangkan fikirannya. Untuk tidak menjadi seorang yang penyibuk, penulis tidak
bertanyakan kenapa dia menangguhkan pengajiannya.

Rini seorang gadis yang sederhana, tidak bertudung dan ranggi penampilannya. Dia
sangat ramah, suka ketawa tetapi adakalanya dia seakan-akan merenung jauh sesuatu di
dalam pemikirannya yang tidak dapat diagak oleh penulis. Persepsi pertamanya terhadap
penulis ialah seorang kaki lepak dan remaja yang memberontak jiwanya hasil dari
pemerhatian yang dilakukan ke atas penampilan selekeh penulis.

Melihatkan penulis yang hanya berselipar buruk, dia bertanyakan penulis tentang hal
tersebut. Sebenarnya, selepas menunaikan solat Maghrib di surau stesen keretapi tadi,
kasut boot penulis di kebas oleh manusia yang tak berhati perut. Entah siapa hanya Allah
saja yang tahu, tapi biarkanlah, di akhirat nanti pasti akan ketemu juga. Tapi
perbuatannya menyusahkan penulis yang sedari tadi telah merancang untuk ke pusat
muzik Acoustic di Kompleks Pertama. Tapi dengan kasut yang dikebas dan memakai
selipar surau yang dipinjam, niat tersebut dibatalkan. Melihatkan keadaan selipar surau
yang bahagian hadapannya dipotong membuatkan Rini tergelak besar. Kemudian terpacul
keluar satu dialog dari mulutnya yang membuatkan penulis terkedu sebentar. "Itulah,
siapa suruh pergi sembahyang, kan dah hilang kasut… ," lain macam saja bunyinya.

Disebabkan terkedu, penulis memandang ke arahnya tanpa berkata apa-apa. Dia


merenung muka penulis. "Kenapa?". Terus penulis menjawab tiada apa-apa. Seakan-akan
tahu apa yang menggangu fikiran penulis, dia terus saja bertanya, "Awak percayakan
Tuhan?". 'Aduh! Pasal apa la aku naik keretapi hari ni, kan dah kena soalan maut macam
ni' bentak penulis dalam hati.

Syahadah: 6
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Disebabkan kaget, soalan tersebut dijawab dengan satu soalan pula oleh penulis. "Apsal
awak tanya macam tu? Awak orang Islamkan?" lantas dengan tersenyum dia menjawab,
"Saja je… dalam IC memang Islam bang, tapi dalam hati …. entahla.."

"Kenapa macam tu pulak?" tanya penulis.

"Kalau Tuhan tu ada, kenapa dia berlaku tidak adil dengan saya?" tanya Rini.

'Allahuakbar, apasal la minah ni tanya soalan yang bukan-bukan ni…. ' Perasaan tak
sedap hati mula menguasai diri penulis. 'Macam mana nak jawab soalan ini. Ya Allah,
Tolonglah aku…..'

Lalu penulis dengan kaburnya bertanyakan kembali kepada Rini,"Apa yang dah jadi kat
awak? Apa yang tidak adil dilakukan Allah kepada awak?".

"Sejak dari kecil apa saja yang saya doakan tak pernah saya dapat! Selalu saya doakan
sesuatu tapi tak pernah dimakbulkan. Sedangkan Allah sendiri suruh kita berdoa dan Dia
dah berjanji yang setiap doa pasti akan Dia perkenankan! Tapi apa yang saya dapat cuma
masalah bertimpa-timpa! Sampai kekadang saya hampir bunuh diri! Adilkah macam
ni?!" marah dia pada penulis.

'Alamak! Mampus aku nak jawab…. Sebelum jawab, baik mengucap dua kalimah
syahadah dahulu, takut-takut keretapi ini terbalik disebabkan mulut minah kat sebelah ni.'
Penulis berkata dalam hati.

"Kalau Tuhan tu adil kenapa dia biarkan kasut awak kena curi masa awak pergi
mengadap dan menyembah Dia?" tanya Rini bertalu-talu.

Soalan tadi pun belum sempat dijawab, ini ditambah dengan satu lagi soalan maut pula.
Layak jadi polis Rini ni. Soalan-soalan maut dihamburkan selaju keretapi berjalan,
mengalahkan polis menyoal penjahat.

'Kenapala aku yang ditakdirkan duduk sebelah minah ni. Kenapa tidak mufti Perlis atau
Perak saja yang naik keretapi malam ni dan duduk sebelah minah ni? Mati aku nak
jawab. Ya Allah, tolong lah…. Hidup aku pun berterabur jugak. Camna nak explain…?'
Doa penulis dalam hati.

Dalam keadaan gelabah biawak diasak soalan Rini tadi, tiba-tiba kami disapa oleh
seorang tua, berpakaian kemas yang menjual nasi dan buah di dalam keretapi.

"Nak buah anak?" Rini memandang penulis. Dalam poket cuma ada RM 5. Cukup
tambang dan beli air untuk sampai rumah. Maklumlah student, tak dapat biasiswa pulak
tu. Melihat penulis menyeluk poket dan reaksi wajah penulis yang tersedar duit tak
cukup, pak cik tu bertanya..

"Student ke nak?".

Syahadah: 7
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"A'ah, err.. student, baru nak balik kampung..?" jawab penulis.

“Belajar kat mana?” tanya pak cik tu lagi.

“Saya dekat Shah Alam, dia ni dekat KL…” jawab penulis.

“Kawan ke?”, pakcik tu bertanya lagi.

“Tak ahh… baru kenal dalam keretapi ni” Rini menyampuk.

“Ohh… kawan baik-baik ye nak…” sambil bercakap pakcik tu mengambil satu beg
plastik dan memasukkan 3 biji buah mempelam.

“Nak suka mempelam?” tanya pakcik tu.

Rini mengangguk. Penulis yang ketika itu sengkek buat-buat tak dengar.

“Ambil ni, apa yang dalam plastik ni kamu kongsi dua orang ye..” pakcik tu
menghulurkan beg plastik berisi buah mempelam tadi.

“Pak cik.. minta maafla,, saya tak cukup duit nak bayar ni, kalau bayar jugak, kena balik
jalan kaki nanti lepas turun keretapi…” sampuk penulis pantas.

Rini tergelak kecil melihatkan muka penulis yang gelabah dan menahan malu. Pakcik tu
pun tersenyum.

“Ini untuk anak berdua.. makanlah…. Kan anak ni sedang dalam fisabilillah.. ni zakat
pakcik untuk anak berdua.. apa yang dalam plastik tu kongsi dua orang ye… semoga
Allah membimbing dan memelihara anak berdua setiap masa.. pakcik pergi dulu ya..
Assalamualaikum..” kata pak cik tu sambil berlalu.

“Waalaikum salam warahmatullah.. terima kasih banyak-banyak pakcik..” jawab penulis


sambil tersengeh.

“Terima kasih pakcik…” kata Rini pula.

Sambil berlalu pakcik tu lemparkan satu senyuman pada kami berdua.

Alhamdulillah.. rezeki. Buka saja beg plastik tu, terlihat akan tiga biji buah mempelam
yang dibalut dengan kertas surat khabar dan wang kertas RM 10 sebanyak tiga keping.
Penulis memandang Rini dan kami berbalas pandangan.

“Kita pulangkan duit pak cik ni Rini?” kata penulis.

Syahadah: 8
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Tak yah pulangkan.... kan pakcik tu cakap dia kasi zakat kat kita.. dia ada cakap juga
apa yang ada dalam plastik tu kita kongsi dua orang..” balas Rini.

“Betul gak cakap awak..” penulis kemudian bangun dan menjenguk ke belakang koc
keretapi. Kelibat pakcik tu tidak kelihatan.

“Ish.. takkan secepat tu dia hilang” rungut penulis.

“Apa?!” tanya Rini.

“Tak da apa..” penulis yang kehairanan menjawab dan terus duduk.

“Nah.. ni untuk awak dan ini untuk saya,” kata Rini sambil membahagikan buah
mempelam tadi.

“Bak sini duit lima ringgit awak tadi tu.. hehehe.. nah ambil RM 20 ni,” duit pemberian
pak cik tadi tu dibahagi dua.

“Buah yang satu lagi tu nak buat camna? Macam mana nak bahagi dua?” tanya Rini.

“Ambil sajala kat awak... kat rumah mak saya pun banyak mempelam, balik nanti saya
boleh makan lagi..” balas penulis.

“Thanx.. saya memang suka mempelam ni.. masam-masam manis,” sambil tersengeh
Rini mengucapkan terima kasihnya kepada penulis.

“Rezeki dari Allah.. syukur Alhamdulillah,” kata penulis.

Tiba-tiba reaksi wajah Rini berubah kembali.

“Awak belum jawab soalan saya tadi kan..?” tanya Rini dengan soalan maut yang sudah
pun penulis lupakan tadi.

“Soalan apa Rini?” penulis pura-pura tak ingat.

“Kenapa kita perlu sembah Allah, sedangkan Allah biarkan kita terkapai-kapai dalam
dunia ni dengan macam-macam masalah? Kenapa Allah berjanji nak memakbulkan setiap
doa yang dipohon tapi tak pernah sekalipun doa tu dimakbulkan?” serta merta soalan
bertubi-tubi Rini membuatkan penulis terkedu kembali.

“Relaks Rini.. sabar.. jangan cakap yang bukan-bukan, silap-silap rosak akidah awak
nanti.. mengucap Rini.. kita ni kan hamba Allah.. Dia berhak uji kita dengan apa saja cara
yang Dia hendak sebab hendak uji keimanan kita..” jawab penulis dengan gelabah
menyusun kata supaya tak tersilap.

Syahadah: 9
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Kita juga ada hak dengan diri kita.. kita boleh tentukan hala tuju hidup kita sendiri.. nak
percaya ke.. nak beriman ke..nak mampos ke... itu pilihan kita.. siapa pun tak boleh nak
halang.. diri kita, hidup kita.. kita yang tentukan! Diri ini milik Rini.. apa kena mengena
Tuhan dengan hidup Rini? Mana saja Rini nak pergi, Rini yang tentukan. Langkah kaki
Rini.. Rini yang tentukan! Faham!!?” Rini mula meninggikan suara.

“Shhh.. perlahan sikit cakap awak tu Rini.. ganggu orang tidur nanti..” penulis cuba
menenangkan Rini kembali.

“Maafla.. tapi betulkan apa yang Rini cakap tadi..? Diri kita milik kita sendiri..
Betulkan?” asak Rini lagi.

“Rini.. maafkan saya, jangan marah dengan jawapan saya o.k... sebenarnya awak dah
salah faham.. sebenarnya kita ni cuma menumpang jasad yang Allah ciptakan ni.. semua
ni hanya pinjaman dan kita dihantar ke sini dengan satu amanah untuk menjadi khalifah
di muka bumi ini sebagai ujian dari Allah?” terang penulis.

“Kenapa pulak macam tu? Kenapa pulak kita diuji? Kenapa tidak makhluk Allah yang
lain? Arnab ke.. kucing ke.. tapir ke..? Kenapa kita pulak?” balas Rini membuatkan
penulis hampir tergelak.

“Apsal gelak?!” marah Rini.

“Taaaak.. awak sebut arnab ngan tapir tadi.. nak tergelak saya dengar.. bukan saya
gelakkan awak la..” balas penulis.

“Sebenarnya macam ni... saya nak tanya awak satu soalan?” tanya penulis.

“Apa dia?” Rini bertanya kembali.

“Apa beza awak dengan binatang-binatang yang awak cakapkan tadi?” serta merta muka
Rini berubah mendengar soalan penulis ini.

“Awak samakan saya dengan binatang?!” Rini meninggikan suara kembali dengan
marah.

“Shhh.. perlahankan suara awak tu sikit... awak salah faham dengan soalan saya.. maksud
saya apa yang membezakan awak, saya dengan binatang-binatang yang awak sebutkan
tadi...?” tanya saya membetulkan keadaan.

“Err... errmmm.. kita ada otak tapi binatang-binatang tu tak ada... err.. betulkan?” Rini
kembali tenang dan menjawab soalan penulis.

“Salah tu Rini... binatang-binatang tu ada otak... sama macam kita... tapi Allah s.w.t.
menganugerahkan manusia dengan akal.. itu yang membezakan kita dengan binatang-

Syahadah: 10
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

binatang tu..” jawab penulis yang mula yakin dengan keupayaan menjawab soalan maut
Rini.

“Jadi...?” Rini mencelah.

“Jadi... di atas kelebihan inilah Allah s.w.t. mempertanggungjawabkan satu amanah yang
amat berat ke atas manusia iaitu menjadi khalifah Allah di muka bumi ini. Sebelum dari
manusia, tiada makhluk kecuali jin di muka bumi yang dipertanggungjawabkan dengan
amanah ini,” terang penulis dengan yakin.

“Err.. tak faham la..” kata Rini.

Aduh... macam mana nak terangkan kat dia lagi.

“Macam nilah Rini... tadi awak cakap yang diri awak, tubuh badan awak, awak yang
punya kan?” tanya penulis lagi.

“Betul... memang saya cakap tadi... kenapa?” jawab Rini sambil mengangguk.

“Sebenarnya tidak Rini... tubuh badan awak bukan awak yang punya..” jelas penulis.

“Mana boleh? Saya tak faham la... kenapa pulak tubuh saya bukan saya yang punya?”
Rini bertanya kembali.

“Macam ni Rini.. cuba awak genggam tangan awak kemudian buka balik genggaman
tangan awak.. boleh... ?” ujar penulis.

Rini pun menggenggam dan membuka kedua-dua tapak tangan kanan dan kirinya
beberapa kali sambil mengangguk.

“Bolehkan?” tanya penulis.

“A’ah..” jawab Rini sambil menangangguk lagi.

“Cuba awak gerakkan kaki awak pula? Boleh..?” ujar penulis lagi.

“A’aah.. boleh” jawab Rini.

“Pejam dan buka mata awak..? Boleh..?” tanya penulis lagi.

“Ya.. boleh..” Rini mengangguk.

“Buka mulut awak dan gulung lidah awak.. boleh?” ujar penulis lagi.

“Awak main-main ngan saya ke..?! Apsal suruh saya buat benda-benda bodoh ni?” Rini
mula hilang sabar.

Syahadah: 11
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Ish.. sabar la sikit.. kan saya nak buktikan kat awak yang tubuh badan awak bukan awak
yang punya..” tegas penulis.

“Tak faham la..” rungut Rini pula.

“Ok.. sekarang saya nak minta awak pegang dada awak? Boleh..?” tambah penulis.

“Awak jangan suruh saya buat benda tak senonoh kat sini!” marah Rini.

“Apa la awak ni Rini.. saya suruh pegang dada awak bukan yang itu..” jawab penulis
memperbetulkan tanggapan Rini.

“Ooooo.... sorry... pegang dada nak buat apa?” tanya Rini sambil tersengeh.

“Ok.. sekarang awak dapat rasa jantung awak berdenyut tak..?” tanya penulis.

“Rasa... kenapa?” tanya Rini kehairanan.

“Ok.. sekarang saya nak awak hentikan denyutan jantung awak selama 10 minit,
kemudian awak kasi dia jalan balik macam biasa” kata penulis kepada Rini.

“Awak gila ke? Mana boleh buat camtu?” Rini mula kehairanan.

“Itu la... kan saya dah cakap tadi.. tubuh badan awak tu bukan awak yang punya.. kalau
tubuh badan tu kita yang punya, kita berkuasa untuk buat apa-apa bentuk perubahan kat
anggota badan kita tanpa masalah...” terang penulis.

“Macam tu la juga dengan organ-organ badan kita yang lain.. buah pinggang, hempedu,
paru-paru, usus dan berbillion sel dalam tubuh kita, kita tak pernah satu saat sekalipun
mengawalnya.,” terang penulis lagi.

“Kita tak pernah pedulikan proses rumit yang berlaku dalam badan kita sebab memang
kita yakin yang semuanya akan bergerak dengan sendirinya secara automatik sampai kita
tua... betulkan cakap saya.? Awak kan dari bidang sains... tentu awak tahu semua perkara
ni kan..?” giliran penulis pula mengasak Rini.

“Errr... betul...” Rini menjawab sambil menundukkan pandangannya.

“Badan kita ni umpama sebuah kereta yang mana roh kita merupakan pemandunya..
Kereta yang kita pandu, dibina juruteranya dengan baik sekali.. sebagai pemandu, kita tak
pernah mengambil tahu macam mana enjin kereta tu berfungsi semasa bergerak, macam
mana minyak dibakar dalam piston dan macam mana aircondnya berfungsikan?” asak
penulis lagi.

Rini hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa.

Syahadah: 12
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Kita cuma diajarkan cara memandunya dengan mengawal stereng , gear dan brek. Itu
sudah cukup untuk buat kereta tu bergerak ke mana-mana destinasi yang kita nak pergi.
Sama juga dengan badan kita, kita cuma mengawal pegerakan tubuh ni.. tapi organ-organ
yang menghidupkannya tak pernah kita ambil tahu. Bukan setakat tak pernah ambil tahu,
tengok jantung sendiri pun tak pernah. Awak pernah tengok jantung awak?” tanya
penulis.

“Heheh.. awak ni gila ke..? Ingat saya ni transparent ke? Mana pernah tengok?” jawab
Rini tersenyum pula.

“Sama macam kereta tadi la... kereta tu ada jurutera yang membinanya. Badan kita juga
ada ‘jurutera’ yang membinanya.. bezanya badan kita dan seluruh alam ni dibina oleh
‘Jurutera’ yang paling Agung, Allah s.w.t., Tuhan Yang Maha Pencipta, yang
menciptakan awak dengan saya..kita cuma dapat mengawal tak sampai lima peratus dari
tubuh badan kita... yang selebihnya berfungsi secara automatik sepertimana yang
ditetapkan oleh Allah... awak fahamkan?” tanya penulis dengan harapan Rini akan
faham.

Rini, dia tidak menjawab, sebaliknya kembali menundukkan pandangannya.

“Sedang awak duduk sekarang pun jantung, buah pinggang, paru-paru dan semua organ
badan awak tengah berfungsi... Ada awak kawal semua tu? Semua tu Rahmat Allah
kepada kita Rini? Cuba bayangkan.. macam mana nak hidup kalau sibuk dengan organ-
organ badan yang kita kena kawal sendiri? Allah dah permudahkan semuanya bagi awak
dan saya.. itu pun jarang kita bersyukur kat Dia.. satu perkara saja yang Dia suruh kita
buat.. mengaku Dia Tuhan kita dan kita kena sembah Dia yang menciptakan kita dan
mengaku Nabi Muhammad tu Pesuruh Dia. Itu pun tak boleh ke? Ada Dia pernah hantar
bil untuk oksigen yang awak pakai kat awak? Ada Dia pernah minta awak bayar upah
penggunaan jantung, buah pinggang dan paru-paru yang dia bagi kat awak?! Ada pernah
Dia tarik balik semua tu dari awak sebab awak tak pernah bersyukur dan mengaku Dia
Tuhan? Tak pernahkan? Itu tandanya Dia Tuhan yang Maha Penyayang!” tiba-tiba saja
semua ayat yang keluar dari mulut penulis jadi lancar.

Rini hanya tunduk. Diam tanpa sepatah kata. Agak lama juga dia diam, seakan-akan
merenung sesuatu ke dalam lubuk masa kehidupannya.

“Rini....awak ok ke?” tanya penulis kembali.

“A’ahh... ok.. awak marah saya ke..?” tanya Rini balik.

“Saya tak marah la... cuma teremosional sikit.. sorry la kalau awak rasa macam saya
marah awak, saya minta maaf la..” penulis cuba meredakan keadaan.

Syahadah: 13
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

2.

“Saya takkan menyembah Tuhan yang


saya tak nampak…
Buktikan Allah itu ada!”

Syahadah: 14
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Keretapi yang dari tadi bergerak lancar dan berhenti-henti sekadar mengambil dan
menurunkan penumpang, kini singgah di sebuah stesen. Jam menunjukkan hampir pukul
satu pagi. Hampir semua penumpang dalam koc sedang enak melayan tidur masing-
masing.

Rini yang sedari tadi terdiam tiba-tiba bersuara.

“Awak.. saya lapar la.. jom turun makan sekejap?” ajak Rini.

“Kejap, saya tanya abang tu kejap berapa lama keretapi ni berhenti kat sini?” terus
penulis bangun dan mendekati pegawai yang memeriksa tiket keretapi tadi untuk
bertanya.

“Setengah jam dik.. nanti wisel bunyi keretapi mula bergerak la.” jelas pegawai terbabit.

“Terima kasih bang,” balas penulis.

Terus penulis kembali ke tempat duduk tadi dan tiba-tiba penulis mendapati Rini sudah
tiada di sana.

Beg pakaian Rini masih ada di atas tempat simpanan beg.

‘Mungkin dia dah turun kot?’ bisik hati penulis.

Penulis pun mengambil keputusan untuk turun dari keretapi. Sampai di bawah, Rini tidak
juga kelihatan.

‘Eh.. mana pergi minah ni, entah-entah dah lari kot?’ penulis mula tak sedap hati.

“Nizam!” jerit satu suara perempuan memanggil penulis.

Macam Rini saja suaranya. Penulis pun menoleh ke arah keretapi tadi, jelas nampak Rini
sedang melambai ke arah penulis, kemudian dia pun turun dan berjalan ke arah penulis.

“Sorry arr.. saya gi toilet tadi, ramai sangat sampai kena beratur,” Rini cuba menjelaskan
kehilangannya tadi.

“Ingatkan awak dah cabut tadi...,” balas penulis.

“Kenapa pulak saya nak cabut.. gila ke awak? Tengah-tengah malam macam ni nak lari
gi mana?” kata Rini sambil tergelak.

“Saya melawak la... takkan ambil serius,” balas penulis lagi.

“Tadi awak kata awak laparkan? Jom kita pergi gerai burger tu,” ajak penulis.

Syahadah: 15
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Rini mengangguk saja. Dia menuruti langkah penulis ke arah gerai burger tersebut.

“Awak nak makan apa Rini?” tanya penulis.

“Bagi saya burger special ayam satu” jawab Rini.

“Abang bagi saya Burger Special Ayam dua,” penulis membuat pesanan untuk Rini dan
penulis.

“Ok dik.. no problem,” abang burger tu dengan semangat mula membuka plastik rotinya.

Leka memerhatikan abang burger tersebut mula menggoreng daging burger tersebut,
penulis terpandang kepada bekas mengisi telur yang ada di atas meja dressing burgernya.
Lantas penulis pun terus bertanya.

“Telur dah basuh ke bang?”

Tiba-tiba abang burger tu ketawa terbahak-bahak mendengar soalan penulis. Disambut


pula dengan ketawa Rini.

‘Hampeh tul.. mesti salah faham ni...otak kuning betul’ bentak penulis dalam hati
menahan malu.

“Abang jangan salah faham... maksud saya telur ayam yang abang nak masak kat saya tu
dah basuh ke belum?” menahan malu, penulis cuba bertanya dan memperbetulkan
keadaan.

“Kenapa pulak kena basuh dik?” Abang burger bertanya balik sambil tersenyum.

“Sebenarnya bang, kalau tak basuh, najis ayam kat bekas telur ayam dan kulit telur tu
nanti termasuk dalam makanan pulak. Jadi kalau tak basuh, maknanya burger yang kita
makan tu jadi najis sebab terpalit dengan najis ayam. Kalau makan najis, benda yang first
sekali effect kat tubuh kita ialah iman. Takut nanti terjejas iman makan benda-benda
kotor macam tu,” jelas penulis.

Muka abang burger tu terus berubah.

“Minta maaf la dik.. abang tak tahu.. tak apa, abang basuh kejap lagi dik,” kata abang
burger tu yang sudah pun berhenti ketawa.

Selepas dari mengangkat roti yang sudah dibakar, abang burger tu pun mula membasuh
telur ayam tadi. Alhamdulillah, selamat makanan penulis malam itu.

Setelah siap dan membayar duit, penulis dan Rini menuju ke tempat duduk berhadapan
dengan keretapi tadi.

Syahadah: 16
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Kenapa awak particular sangat bab makanan tadi?” tanya Rini.

“Sebenarnya Rini, antara perkara pertama yang jarang kita sedar yang boleh buatkan
iman kita tercabut ialah makanan kotor yang kita makan. Tak kiralah makanan tu kotor
atau datang dari sumber kotor.” Jelas penulis kepada Rini.

“Saya ingatkan babi je yang tak leh makan?”. Tanya Rini balik.

“Bukan tu saja Rini, darah, bangkai, najis semua tu kena banned, tak leh makan, sebab
merosakkan iman dan merosakkan sifat kemanusiaan seseorang. Kalau iman dah rosak,
sifat kemanusiaan dah hilang, tak hairanlah kalau macam-macam kes jenayah yang
kekadang tu kalau kita lihat lebih kejam dari sifat binatang boleh jadi. Bab makan ni kena
jaga Rini, kalau boleh cari restoran yang owner dia orang Islam, tukang masak dia orang
Islam, waiter dia orang Islam, tak kira la bangsa apa sekalipun, janji dia Islam sebab
hanya orang Islam saja yang faham batas-batas yang dibolehkan dalam Islam. Kalau yang
lain tu, cuma nak kaut keuntungan di sebalik imej halal yang dipaparkan,” terang penulis
lagi.

“Betul ke macam tu? Biasa tu selalu kat KL saya tengok orang Islam siap pakai tudung
pulak tu makan kat restoran bukan Islam yang ada cop halal. Tak ada masalah pun?”
tanya Rini lagi.

“Macam ni la Rini, tak semua yang pakai tudung tu kuat iman dan pengetahuannya.
Ramai juga yang pakai tudung ni sekadar fesyen dan ikut-ikutan. Itu la sebab awak boleh
nampak sesetengah perempuan tu kalau dia pakai tudung, kekadang perut, pusat, ketiak,
dada, leher diorang kita still boleh nampak. Itu maknanya dia tak faham apa hukum pakai
tudung tu sendiri dan batas-batas aurat dia sendiri. Diorang bukannya menipu diri sendiri,
tapi cuba menipu Allah, tudung sebagai syarat. Cuba awak tengok awek kat bawah lampu
ngan pak we dia tu.. nampak?” tanya penulis pula.

“Awak nampak dia pakai tudung kan?’’ tanya penulis lagi.

“Awak nampak rambut dia tak?” tanya penulis menambah.

“Nampak.. lurus terikat cantik.. kenapa?” tanya Rini balik.

“Kan sepatutnya rambut dia tak nampak bila pakai tudung, ini tidak, tudung yang dia
pakai jarang sangat sampai nampak rambut kat dalam. Tu nampak tu.. siap nampak seluar
dalam lagi.. macam mana tutup aurat macam tu. Macam tu salah Rini, kalau nak tutup,
tutup betul-betul, kalau tak nak, tak yah buat. Perbuatan macam ni lebih kurang macam
percubaan diorang menipu Allah, tudung sebagai syarat..” jelas penulis.

“Awak skodeng ngan mengumpat orang ye...?” sampuk Rini.

“Mana ada skodeng! bukan mengumpat, tapi tunjuk contoh kat awak la..” jawab penulis.

Syahadah: 17
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Pasal makanan kat restoran bukan Islam, saya nak bagi contoh kat awak. Kalau
ditakdirkan awak sakit, mahu tak awak pergi kat sorang mamat yang awak kenal yang dia
ni bukan doktor, cuma dia pakai pakaian doktor dengan stetoskop tergantung kat leher,
menyamar sebagai doktor, daripada pergi berjumpa dengan doktor yang sebenar?” tanya
penulis.

“Tentula saya pergi jumpa doktor yang betul... apalah awak ni..” Rini menjawab.

“Ooo.. kenapa dengan kesihatan awak tak boleh kompromi langsung, tapi dengan akidah
dan iman awak boleh buat tak kisah?” tanya penulis balik.

“Saya ni ada iman ngan akidah lagi ke?” tanya Rini seakan-akan perli.

“Awak patut bersyukur lahir sebagai orang Islam dalam keluarga Islam. Bersyukurlah
sebab mak dan ayah awak tu orang Islam gak. Orang lain tu, nak dapat hidayah sampai
bergadai nyawa, awak tahu tak..?” jelas penulis.

“Mana awak tahu pasal family saya? Mummy ngan daddy tak pernah ambil peduli pun..
Seumur hidup saya, saya tak pernah tengok daddy ngan mummy sembahyang, gi masjid.
Diorang pun tak pernah suruh saya sembahyang. Abang saya selalu bawa balik awek dia,
mummy ngan daddy tak pernah marah pun.. Saya pergi disko balik mabuk-mabuk pun
diorang tak pernah marah. Diorang cakap saya dah besar, pandai-pandai pilih arah hidup
sendiri. Awak tu saja yang old fashion sangat!” Rini meninggikan suara kembali.

‘Alamak.. dia buat balik dah,’ hati penulis tersentak kembali.

“Old fashion?” tersenyum penulis mendengar kutukan Rini.

“Sebenarnya Rini, Islam la fesyen paling baru.. awak tak tahu ke..?” tanya penulis cuba
membetulkan kenyataan Rini.

“Apsal pulak, nampak kolot, malas, menindas dan ganas ja... malu tau nak ngaku Islam?”
Rini cuba mempertahankan pendapatnya.

“Awak ni sebenarnya dah terpengaruh dengan dakyah media barat la Rini.. sebenarnya
budaya mabuk, zina, penindasan ke atas wanita dan namakan apa saja yang nampak
buruk tu dah pun berlaku sebelum kedatangan Islam pada zaman jahiliah.. awak tahu kan
jahiliah tu apa?” tanya penulis inginkan kepastian.

“Apa awak ingat saya tak sekolah ke? Subjek Pengetahuan Islam saya time SPM dulu
saya dapat A 1 tahu tak? Distinction!” kata Rini bangga dengan result SPMnya.

“Kalau macam tu lagi senang saya nak cerita kat awak...,” tambah penulis lagi.

“Islam datang menghapuskan semua budaya songsang dari tanah Arab waktu tu.. dari
situlah bermulanya tamadun cemerlang selepas semua sahabat Nabi Muhammad s.a.w.

Syahadah: 18
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

beriman dengan sebenar-benar iman. Bila hidup dah mula teratur dengan Al-Quran, maka
tak mustahil kejayaan dapat dicapai. Awak tengok saja berapa lama Empayar Islam maju
sedangkan waktu tu di Eropah, diorang masih dalam zaman gelap, hidup macam
barbarian, perang sana sini, tiada kemajuan langsung. Diorang ni, mat-mat saleh ni
sebenarnya berhutang dengan Islam kerana kemajuan tamadun Islam la yang jadi
catalyst.. errr.. pemangkin kepada kemajuan diorang.. awak tahu semua tu kan....? Kan
awak dapat distinction dalam Pengetahuan Islam?” tanya penulis.

“Saya tahu la...” jawab Rini sambil menguyah burger yang masih belum habis
dimakannya.

“Tahu..? Abis tu kenapa awak cakap kolot tak maju, malas kat Islam?” tanya penulis
kembali.

“Awak tengok saja kat orang Islam di sini... boleh awak kata diorang tu rajin, maju dan
bijak?” tanya Rini kembali.

“Awak jangan salah faham Rini... ada perbezaan antara Muslim dan Mukmin Rini...
Muslim tu orang Islam macam awak, saya, dan semua orang Islam lain yang awak
nampak... tapi target sebenar dalam Islam ialah untuk menjadikan semua Muslim ni
Mukmin..” jelas penulis.

“Mukmin tu apa?” tanya Rini.

“Aduh... Rini.. Mukmin tu ... err.. jap..” penulis cuba mengingat kembali hafalan surah
Al-Mu’minuun yang diwajibkan hafal masa ambil subjek UIS di Uitm semasa semester
dua.

“Qad aflahal Mu’minuun, al lazina hum fi solatihim khosyi’uun...”

“Eh.. apa awak buat ni....Awak ngah jampi saya ke?” celah Rini.

“Eh diam la kejap.. saya ngah recall balik surah Al Mu’minuun... apa la awak ni.. mana
ada jampi..” terganggu ingatan penulis cuba mengingati surah Al-mu’minuun.

“Ah.. ok... macam ni Rini.. Mukmin tu macam yang Allah s.w.t. sebut dalam surah Al
Mu’minuun... saya hafal terjemahan ni dalam bahasa Inggeris dulu..tu pun sebab kena
paksa ngan ustaz saya dulu la… ok ke awak?” tanya saya kembali.

“No problem En.Nizam..” kata Rini sambil mengangguk.

“Ok macam ni, Allah s.w.t. berfirman dalam surah Al-Mu’minuun : “The Believers must
(eventually) win through. Those who humble themselves in their prayers. Who avoid vein
talk. Who are active in deeds of charity. Who abstain from sex. Except with those joined
to them in the marriage bond..”

Syahadah: 19
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Err.. Rini.. saya tak ingat sampai habis la... tapi intipati ayat tu Allah s.w.t. jelas
menyatakan yang Mukmin ialah orang-orang yang akan berjaya di akhirat nanti dan ciri-
ciri orang Mukmin ialah mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya, yang tak bercakap
perkara yang sia-sia, yang suka bersedekah dan membuat amal jariah dan tidak
melakukan hubungan seks kecuali dengan mereka yang Allah benarkan iaitu suami atau
isteri masing-masing..” jelas penulis.

“Jadi tak semua Muslim tu Mukmin ya....?” tanya Rini kembali.

“Aa’aah.. tak semua Muslim tu Mukmin tapi semua Mukmin tu Muslim.. fahamkan..?”
tanya penulis kembali.

“Boleh jelaskan?” Rini meminta penjelasan.

“Macam ni Rini... Muslim ialah orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah,
mengaku yang Allah s.w.t. itu Tuhan mereka dan tiada Tuhan lain melainkan Dia dan
mengaku yang Nabi Muhammad s.a.w. itu Rasulullah, utusan Allah. Orang Islam atau
Muslim ini akan menjadi Mukmin bila dia mula mempraktikkan ajaran Islam sepertimana
yang terkandung dalam Al-Qur’an dan As Sunnah,” jelas penulis.

“Ok, ok.. saya faham.. tapi tak ada sebut pun minum arak tak boleh jadi mukmin dalam
ayat tu?” tanya Rini lagi.

“Rini.. sebenarnya minum arak, makan babi, darah, najis, benda-benda kotor tu semua
memang ada dilarang dalam Al-Qur’an. Tapi dalam ayat-ayat dalam surah lain. Minta
maaf la.. saya bukan Hafiz Qur’an yang boleh baca secara terus dari hafalan. Tapi kalau
ada Tafsir Al-Qur’an kat sini saya boleh tunjukkan kat awak ayat-ayat tu. Tafsir Al-
Qur'an saya bawa, tapi ada dalam beg saya. Beg tu pulak saya letak kat atas tempat
simpan beg betul-betul atas mak cik depan kita. Dia tengah tidur la. Time nak naik balik
keretapi nanti saya ambilkan, tu pun kalau dia bangun dan tak mengganggu dia tidur la,”
jelas penulis.

“Ok ... tak pe la.. saya faham..nantilah awak ambilkan ye.. tapi yang pentingnya saya
minum pun saya tak pernah kacau orang tau... saya cuma buat hal saya saja.. itu pun salah
ke?” balas Rini.

“Betul ke dengan minum arak tu awak tak kacau orang? Bukan ke masa tengah mabuk tu
tingkah laku awak nanti akan berada di luar kawalan minda awak dan masa tu awak akan
hilang kewarasan akal? Islam merupakan agama yang paling menitikberatkan kewarasan
akal.. tak ada satu amal ibadat dalam Islam boleh dilakukan dengan akal yang tidak
waras.. jadi Islam ni agama untuk orang-orang yang berakal.. yang tidak berakal atas
sebab cacat tidak dipertanggungjawabkan Islam keatasnya... tapi bagi yang berakal tapi
tak mahu menggunakan akal... mungkin Islam itu satu beban kat dia sebab dia tu tak
cukup waras untuk membezakan yang mana baik dan yang mana buruk...” tambah
penulis lagi.

Syahadah: 20
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Awak cakap saya tak waras ke!?” marah Rini pula.

“Kenapa awak marah saya pulak... Boleh awak tunjuk kat saya apa kebaikan yang awak
dapat dari minum arak tu?” tanya penulis kembali.

“Saya dapat ketenangan dari situ.. saya dapat lupakan dan hilangkan masalah saya
dengan enjoy sambil minum-minum dengan kawan-kawan..” kata Rini.

“Ahahahaha....... hah haaa....” penulis tergelak dengar jawapan penuh semangat Rini.

“Kenapa gelak.. nah ambik ni!” marah Rini yang kemudiannya membaling bekas plastik
berisi sampah bekas burger yang dimakannya ke arah penulis.

“Eh.. apa ni Rini.. Kotor la!” penulis cuba mengelak. Nasib baik tak kena baju. Sudahlah
pakai selipar surau, kalau baju kotor kena bekas burger tadi tu tentu nampak lebih ‘kutu’
penampilan penulis yang sudah sedia selekeh.

“Kenapa awak gelakkan saya tadi!?” marah Rini.

“Jangan la marah.. cuma kelakar la bila dengar jawapan awak tu..” balas penulis balik.

“Apa yang kelakar!?” Rini mula buat muka menahan marah.

“Jawapan awak tadi tu tak masuk akal langsung la... kan tadi awak cakap awak dapat
hilangkan masalah dengan mabuk-mabuk ngan kawan-kawan awak..?” balas penulis.

“Ye la.. semua problem hilang bila mabuk.. semua masalah terus lenyap dan saya pun
jadi macam burung yang bebas terbang tanpa masalah... kan satu kebaikan bagi orang
yang bermasalah..?” dengan yakin Rini berhujah.

“Sebenarnya awak tak faham konsep mabuk tu macam mana..,” balas penulis sambil
tersenyum.

“Eh.. mabuk pun ada konsep ke? Kelakarla awak ni..” balas Rini sambil sambil ketawa.

“Saya tak kelakar Rini.. tapi yang kelakarnya awak tak faham apa konsep mabuk tu
sendiri. Itu sama dengan gelakkan diri sendiri la lebih kurang. Awak tahu tak, masa awak
mabuk tu bukan masalah awak hilang pun, yang hilang cuma kewarasan akal awak
sebentar, masalah tu tetap ada kat situ, tak hilang pun, lepas awak sedar dari mabuk nanti,
masalah tu datang balik siap bertambah masalah-masalah lain yang awak sendiri pun tak
sedar awak dah lakukan masa awak tengah mabuk sebelum tu.. bukannya menyelesaikan
masalah pun, tambah masalah lagi ada la... haa.. itula konsep mabuk dalam erti kata
sebenar,” hujah penulis mengenai konsep sebenar mabuk kepada Rini.

Rini kembali tunduk. Tak bercakap apa-apa.

Syahadah: 21
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Habis tu nak hilangkan masalah macam mana?” tiba-tiba Rini bertanya.

“Saya ada tengok ada artis-artis sarankan praktik Yoga... diorang cakap boleh hilang
masalah dengan buat Yoga beberapa jam sehari... boleh ke macam tu?” tiba-tiba Rini
teringatkan Yoga pula.

“Macam ni Rini.. err.. macam mana errr... jap biar saya fikir sekejap..” penulis berfikir
sebentar supaya jawapan terbaik dapat diberikan kepada Rini supaya dia tidak keliru
dengan jawapan penulis nanti.

“Ok Rini... macam ni... Islam tak melarang sesuatu yang baik.. tak kira perkara baik tu
datang dari pihak mana sekalipun selagi perkara baik itu tak menjejaskan akidah dan
Tauhid kita kepada Allah s.w.t., sebenarnya Rini, Yoga tu berasal dari praktik meditasi
yang diamalkan dalam sejarah perubatan India yang berkait rapat dengan ajaran-ajaran
Veda dalam agama Hindu. Selagi Yoga yang dipraktikkan tu tak meletakkan fokus
kepada objek-objek sembahan serta mantera-mantera yang boleh merosakkan akidah
serta tidak memesongkan kita dari landasan Islam, maka kita boleh praktikkan benda tu.
Tapi ini bukan cara Islam... Bukan cara Islam bila seseorang tu berhadapan masalah, dia
akan cari jalan untuk lari dan melupakan masalah itu. Cara Islam ialah, bila apa saja
masalah datang, kita harus menghadapinya tak kira seberat mana masalah tu sekalipun.
Berhadapan dengan masalah bukan bermaksud menghulurkan leher untuk disembelih
oleh masalah tu.. tapi berhadapan dengan hati yang kuat dan tenang serta bersyukur di
atas ujian Allah tersebut dan kemudian bangkit dan cuba menyelesaikan masalah
tersebut.. Setiap manusia yang bernyawa dalam dunia ni pasti akan berhadapan dengan
macam-macam masalah.. tak kira samada dia kaya atau miskin, tua atau muda, bodoh
atau cerdik, baik atau jahat, cantik atau hodoh, semuanya akan berhadapan dengan
masalah. Masalah sebenarnya merupakan paksaan yang Allah kenakan ke atas manusia
untuk memajukan diri. Dari masalah la bermulanya progress atau kemajuan. Yang
membezakan kita semua ialah cara kita mengatasi masalah,” jelas penulis.

"Kenapa pula Tuhan bagi masalah kat manusia?" tanya Rini.

"Sebab Allah tahu apa sifat sebenar makhluk ciptaanNya. Manusia ni Rini.. kalau senang
dia akan cepat berasa complacent atau bersenang lenang dan malas berusaha. Bila
disusahkan diri mereka dengan masalah barulah dia nak bergerak untuk cari jalan keluar.
Disebabkan masalah la kita dapat naik keretapi malam ni… dulu kalau nak bergerak
beramai-ramai sejauh perjalanan kita malam ni mungkin akan ambil masa sampai dua
tiga bulan berjalan kaki. Jadi ini semua merupakan masalah kepada orang-orang di zaman
dulu. Kemudian bagi orang-orang zaman dulu yang terlalu complacent dan malas
berusaha dan cuba buat tak tahu dengan masalah yang dihadapi untuk perjalanan
sebegini, dia tak akan dapat apa-apa melainkan terus mendapat susah dan menyusahkan
orang lain. Dengan bertafakur dan melupakan masalah tersebut, masalah tu tetap ada dan
tak akan hilang. Bagi yang ingin bangun menghadapi masalah, dia akan berusaha untuk
memperbaiki dan membina sesuatu untuk mempermudahkan dirinya dan orang-orang
sekelilingnya. Hasilnya tercipta la kereta, keretapi, kapal terbang dan macam-macam
kenderaan lagi bagi menghilangkan masalah untuk bergerak. Kan masalah tadi dah

Syahadah: 22
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

memudahkan jutaan manusia yang lain? Jadi masalah yang dihumbankan ke atas manusia
ni merupakan satu paksaan supaya manusia itu progress , memajukan diri, supaya keluar
dari kesusahan dan kelembapan kepada kesenangan. Sebab tu la Allah sebut dalam Al-
Quran : Carilah kejayaan dengan jalan Solat dan Sabar. Rini… Solat tu membentuk
disiplin dan memperbaiki hubungan dengan Pemilik seluruh alam ni, rezeki tu semuanya
pemberian Dia. Sabar tu pula memberikan satu daya tahan kepada manusia supaya tidak
cepat berputus asa… mana ada orang berjaya dengan sekali cuba? Kalau awak mencuba
dan jatuh pada halangan pertama dan terus tak bangun lagi sebab berputus asa, awak pasti
takkan berjaya…" penulis berhujah.

"Sebab..?" tanya Rini kembali.

"Sebab elemen sabar dalam formula kejayaan tu tak ada…" jawab penulis.

Rini mengangguk seakan faham.

“Sebenarnya Rini.. masalah itu sebenarnya satu cabaran kepada kita untuk mengatasinya..
semua masalah itu kalau awak faham dan pandang dari sudut positif, ianya merupakan
satu paksaan kepada diri kita untuk mencari jalan keluar seterusnya meningkatkan diri
kita ke satu tahap tinggi lagi..” tambah penulis.

“Contohnya lagi..?” tanya Rini.

“Ok... contoh macam seorang yang banyak hutang... setiap hari dia diasak oleh pihak
bank, ceti, along dan pemberi hutang. Kalau dia seorang yang tak pandai menggunakan
akalnya.. tentu selama-lamanya dia akan terperangkap dalam dunia hutang dia yang
semakin hari semakin bertambah disebabkan bunga yang dikenakan tinggi. Kalau awak
dalam keadaan macam tu, apa yang awak nak buat...? Setiap detik dan masa sangat
bernilai kalau dalam situasi demikian? Tentu Yoga pada waktu sebegini tak dapat
membantu kan? Cara Islam ialah berhadapan dengan masalah itu dengan menerima realiti
keadaannya, seterusnya meminta terus bantuan kepada Allah agar ditunjukkan jalan
untuk keluar dari masalah tersebut dan berusaha bersungguh-sungguh untuk
membebaskan diri dari hutang dengan mencari jalan untuk menambah sumber
kewangan,” jelas penulis.

“Kalau diberikan awak pilihan, antara dua cara bagi awak menenangkan perasaan dan
menghilangkan serabut di otak, yang mana satu antara dua ini yang awak pilih? Yang
pertama... dapat dilakukan dalam lima minit saja, kemudian awak dapat ketenangan
fikiran, dapat melihat jalan keluar dan usaha yang perlu awak lakukan untuk mengatasi
masalah dan kemudiannya akan berjaya mengatasi masalah tersebut... o.k.. yang kedua
pula... caranya awak kena bertafakur selama beberapa jam, melupakan masalah tersebut,
mengosongkan minda dan setelah mencapai ketenangan minda tersebut, masalah itu akan
datang balik kerana awak tidak pernah cuba menyelesaikannya... jadi mana satu yang
awak pilih Rini?” tanya penulis setelah panjang lebar memberi penjelasan dan bandingan.

“Tentula yang pertama tadi... kan lebih efektif..” lantas Rini menjawab.

Syahadah: 23
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Haa.. pandai pun.. lagi pun Rini kalau awak nak tahu, dalam kehidupan seorang manusia
ada tiga perkara yang sangat berharga. Yang pertama ialah mengenal Pencipta, yang
kedua ialah keluarga dan yang ketiga ialah masa. Yang pertama tu ialah Allah... Dia
Kekal selama-lamanya dan Dia tetap yang Maha Agung tak kira samada awak beriman
padaNya atau pun tidak. Dialah tempat semua makhluk bergantung dan Dia sentiasa ada
bila-bila masa saja pun awak perlukanNya. Dia akan sentiasa bersama awak. Yang kedua
ialah keluarga kerana keluargalah tempat awak bergantung dan mendapatkan sokongan.
Yang ketiga pula ialah sesuatu yang paling kejam. Masa..., dia tak pernah pedulikan
awak, samada awak bersedia atau pun tidak, dia tetap akan berlalu. Samada awak
bermasalah atau tidak, dia tetap juga akan berlalu dan dia tak akan kembali kepada awak.
Satu saat yang berlalu tadi takkan kembali semula kepada awak. Jadi masa merupakan
salah satu elemen yang sangat berharga dalam hidup manusia. Jadi, kalau awak faham
tentang kejamnya masa, tentulah awak tak akan menghabiskan masa dengan tak berbuat
apa-apa untuk menyelesaikan masalah yang awak hadapi,” jelas penulis dengan lebih
mendalam.

“Sebab tu lah setiap waktu sembahyang dalam Islam tidak pernah lebih dari lima minit
masa yang diperlukan untuk melaksanakannya. Sebab tu lah Islam ni agama untuk orang
yang berakal dan semua yang ada dalam Islam ni rasional dan bertepatan dengan
kehidupan manusia. Cuba awak fikir kalau awak ni tengah serabut dengan masalah, nak
pergi jumpa tuhan nak mengadu masalah awak, awak kena sediakan macam-macam
benda, buah lah, colok la, bunga la dan kena lakukan macam-macam lagi ritual semata-
mata untuk mengadu masalah awak kepada tuhan tersebut, dan awak kena pergi tempat-
tempat tertentu saja yang boleh awak jumpa tuhan awak, bukankah perkara sebegini lebih
menambahkan kekusutan kat pemikiran awak? Tapi Allah bukan macam tu... di mana
saja awak nak mengadu pada Dia awak boleh lakukan... tak kira di padang bola, dalam
bas, keretapi, atas jalan, dalam rumah, kat masjid, tepi sungai, tengah menyelam dalam
laut atau pun kat mana saja tempat yang bersih.. apa yang perlu awak buat cuma tadah
tangan minta doa kat Dia, tak payah la buat apa-apa atau sediakan apa-apa, Dia tak
perlukan semua tu, bukan Dia minta kita sediakan makan untuk Dia bahkan Dia la yang
bagi kita makan dan semua benda untuk kita.. Cuba awak bayangkan pula yang awak nak
jumpa sorang wakil rakyat untuk minta pertolongan… tapi syarat nak jumpa wakil rakyat
tu awak kena bawa macam-macam buah, makanan dan minuman untuk dia, lepas awak
layan dia baik-baik baru dia nak dengar masalah awak.. itu pun belum tentu lagi dia nak
tolong… bukankah ini akan menyusahkan lagi awak yang sudah sedia susah? Tapi untuk
berjumpa dengan Allah , awak tak perlu lakukan semua tu, Dia sedia menerima awak
dalam keadaan apa awak sekali pun” penulis dengan semakin bersemangat menjelaskan
kepada Rini.

“Maafkan saya Nizam... kalau saya cakap benda ni awak jangan marah ok..?” celah Rini
dengan niat untuk mengajukan pertanyaan kepada penulis.

Cara Rini menanyakan soalan ini membuatkan penulis merasakan tidak sedap badan.
Macam nak keluar soalan maut lagi ni.

Syahadah: 24
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Nizam.. dari tadi awak asyik bercakap pasal Allah tu, Allah ni, Allah Tuhan yang kita
kena sembah dan macam-macam lagi.... awak suruh saya sembahyang... tapi saya takkan
menyembah Tuhan yang saya tak nampak dan yang saya tak kenal! Buktikan Allah tu ada
kat saya! Buktikan sekarang! Kalau awak dapat buktikan, saya mengaku Allah tu Tuhan
yang menciptakan saya!” Rini tiba-tiba naik angin.

‘Alamak... dia buat dah...mau kena panah kilat aku ngan dia malam ni...’ terkejut penulis
mendengar soalan Rini ini. Pada sangkaan penulis dia sudah mula faham mengenai Islam
Tapi pandang penulis tersebut meleset sama sekali.

“Boleh buktikan!?” tanya Rini lagi mendesak.

"Eh.. Nizam! Dengar tak soalan saya tadi? Yang awak pandang ke langit tu apa hal!?"
Rini tak senang dengan penulis yang berdiam sebentar dan memandang ke langit.

"Jap la… saya pandang ke langit tengok kalau ada tanda nak hujan ke awan tebal ke
apa….?" Jawab penulis.

"Apa kena mengena hujan dengan soalan saya tadi?" tanya Rini pula.

"Ya la… bukannya apa.. saya takut tiba-tiba saja kena panah kilat pasal soalan awak?"
jawab penulis.

"Perli saya ke..? Nak jawab ke tak nak!?" desak Rini lagi.

"Saya tak perli awak la… InsyaAllah saya akan jawab soalan awak tu…" jelas penulis
sambil mencari-cari jawapan terbaik untuk diberikan kepada Rini.

"Rini… bukan susah untuk awak dapat melihat Allah. Semua orang yang beriman sudah
pun melihat Allah, cuma orang-orang yang belum beriman dan tidak beriman saja yang
tak tahu bahawa mereka dapat melihat Allah," terang penulis menyusun ayat satu-persatu
supaya tidak tersilap.

"Betulke..?" tanya Rini seakan tidak percaya.

"Ya.. memang betul… awak memerlukan iman untuk melihat Allah," tambah penulis
lagi.

"Kenapa pulak macam tu?" Rini mula kehairanan.

"Rini… manusia diciptakan Allah cukup sempurna bagi menjalankan tanggungjawab


sebagi khalifah di muka bumi ni… tapi Allah juga mengehadkan pancaindera manusia
setakat mana yang diperlukannya sahaja.. sebagai manusia, Allah menganugerahkan
kepada kita lima bentuk pancaindera yang amat diperlukan untuk kita menjalani
kehidupan. Deria penglihatan, pendengaran, pertuturan, bau dan rasa. Semua tu ada pada
awak dan saya kan?" tanya penulis.

Syahadah: 25
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Rini cuma mengangguk.

"Awak tahu tak yang deria penglihatan kita cuma boleh melihat objek dalam spektrum
warna putih saja?" tanya penulis lagi.

"Tentulah saya tahu.. kan saya dari jurusan sains.." jawab Rini.

"Awak tahu tak yang manusia tak dapat melihat dengan mata kasar pantulan warna ultra
ungu dan cahaya infra merah ke atas mana-mana objek?" tanya penulis lagi.

"Tahu…." jawab Rini dengan muka kehairanan.

"Awak tahu tak burung dapat melihat dunia ni lebih cantik lagi dari apa yang dapat kita
lihat disebabkan oleh mata yang Allah anugerahkan kepada burung berkeupayaan untuk
melihat pantulan warna ultra ungu?" tanya penulis lagi.

"Entah la.. saya tak tahu la pulak…." jawab Rini.

"Rini sebenarnya tidak semua perkara yang kita tak nampak tu bermakna perkara tu tak
wujud.." terang penulis lagi.

"Contohnya….?" tanya Rini kembali.

"Contohnya bulu mata awak sendiri…. dapat awak tengok bulu mata awak?" tanya
penulis.

"Boleh… tapi kena tengok cermin la…" kata Rini.

"Iya.. memang boleh nampak kalau tengok cermin.. tapi kalau tengok secara terus dari
mata kasar awak, awak takkan nampak kan?" tanya penulis.

"Aa'aah.. memang tak nampak…." jawab Rini mengangguk.

"Jadi boleh tak awak katakan yang bulu mata awak tak wujud disebabkan awak tak
nampak?" tanya penulis.

Rini tidak menjawab.

"Rini… sedangkan bulu mata awak yang kedudukannya di depan mata awak sendiri pun
awak tak nampak.. inikan pula perkara-perkara ghaib yang di luar jangkaun pancaindera
awak nak lihat.." ujar penulis.

"Tapi kita masih boleh nampak bulu mata tu dengan bantuan cermin kan?" tanya Rini
seakan-akan perli.

Syahadah: 26
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"Ya memang betul… kita dapat lihat bulu mata tu dengan bantuan cermin.. benda ni lah
yang saya nak tekankan supaya awak faham yang awak boleh nampak Allah.." jelas
penulis lagi.

"Apa maksud awak…? Kita boleh tengok Allah dengan cermin ke?" tanya Rini dengan
muka penuh kehairanan.

"Ishh.. apalah awak ni… merepek pulak…" balas penulis.

"Sebenarnya, apa yang saya nak tekankan supaya awak faham ialah… kita dapat melihat
Allah dengan menggunakan bantuan.." jelas penulis.

"Bantuan apa…? Jin ke..?" belum sempai penulis menghabiskan ayat terus Rini mencelah
dengan soalan ini.

"Apa la awak ni…. jangan la merepek.. nanti tak pasal-pasal kita dua orang rentung kena
panah kilat," penulis menjawab.

Rini tergelak melihatkan reaksi penulis.

"Macam ni Rini… sebenarnya manusia dapat melihat Allah dengan bantuan iman.
Percaya..?" tanya penulis.

"Macam mana pulak tu?" Rini terus bertanya seakan-akan berminat hendak tahu.

"O.k… sekarang saya nak awak tengok pasu bunga kat sebelah kiri awak tu selama
sepuluh saat. Boleh…?" ujar penulis.

"Apsal… awak nak buat magik ke?.. Jap.. biar saya teropong." tanya Rini sambil
membuat aksi memegang teropong

"Ya.. buat magik kepala hotak awak.. Rini….jangan la loyar buruk.. saya serius ni."
penulis mula tidak senang dengan loyar buruk Rini.

"O.k..o.k…. jangan marah ye En. Nizam…." kata Rini sambil ketawa.

"Nak tengok pasu tu ke tak nak…?" tanya penulis balik.

"O.k.. o.k…. saya tengok.. berapa saat kena tengok?" tanya Rini balik.

"Sepuluh saat." Jawab penulis.

"Satu, dua, tiga ……………..lapan, sembilan, sepuluh," Rini memandang ke arah pasu
tersebut sambil mengira.

"Ha.. dah cukup sepuluh saat… tak da apa pun yang jadi…?" Rini meminta kepastian.

Syahadah: 27
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"Kalau saya cakap kat awak yang saya nampak pasu tu bergerak tadi awak nak percaya
ke tidak?" tanya penulis.

"Tak percayalah…" kata Rini.

"Kalau saya katakan kat awak yang pasu tu dah bergerak lebih dari seinci masa awak
mula mengira tadi, awak percaya tak?" tanya penulis lagi.

"Tak percayalah.. saya tak nampak pun." jawab Rini lagi.

"Kalau saya katakan kat awak yang pasu tu dah bergerak sejauh 300 kilometer dari
tempat ia duduk tadi dari mula-mula awak kira dari satu sampai sepuluh, awak nak
percaya ke tak..?" tanya penulis lagi.

"Menyampah la awak ni… awak nak main-mainkan saya ke!?" Rini mula hilang sabar.

"Taaaak.. saya tak main-main dengan awak la… tapi betul saya nampak pasu tu bergerak
lebih dari 300 kilometer tadi. Sekarang ni pun saya masih nampak pasu tu bergerak."
tambah penulis.

"Tapi saya nampak kaku je pasu tu," balas Rini .

"Tu la sebab saya suruh awak pandang pasu tu betul-betul, kalau awak pandang pasu tu
dengan mata kasar awak yang punyai banyak kekurangan, tentulah awak tak nampak."
Ujar penulis.

"Abis tu awak tengok pasu tu dengan apa?" tanya Rini yang semakin tak senang duduk.

"Saya pandang pasu tu dengan 'iman'," jawab penulis.

"Iman…? Macam mana tu?" tanya Rini yang semakin kehairanan.

"Awal tadi awak cakap yang awak dari jurusan sains kan?" tanya penulis lagi.

"Ye la.. memang la dari jurusan sains.. apa kena mengena jurusan sains dengan iman
pulak?" tanya Rini yang semakin keliru.

"Macam ni Rini… kalau awak dari jurusan sains .. tentu la awak tahu bahawa bumi ni
bergerak pada kelajuan 30 kilometer pada setiap satu saat… betul tak?" tanya penulis
kembali.

"Errr.. betul…." Jawab Rini.

"Tapi awak tak betul-betul ber'iman' dengan ilmu sains yang awak belajar, buku sains kan
menyatakan bahawa bumi bergerak pada kelajuan 30 kilometer sesaat. Jadi kalau awak

Syahadah: 28
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

benar-benar ‘beriman’ dengan kitab sains yang awak belajar, tentulah awak akan yakin
dan nampak bahawa pasu tadi tu dah bergerak lebih dari 300 kilometer semasa awak
sedang mengira tadi. Dan awak juga pasti akan mengaku awak nampak pasu tu bergerak
semasa saya tanyakan awak tadi. Betul tak?" tanya penulis kembali.

Rini mengangguk saja.

"Dengan mata kasar, sampai bila-bila pun awak takkan dapat melihat pasu tu bergerak
macam tu dan sejauh tu, tak kira la apa saja bentuk peralatan yang awak gunakan, awak
pasti takkan dapat melihat pasu tu bergerak. Tapi dengan 'iman' awak kepada kitab dan
ilmu sains, awak akan dapat melihat ia bergerak melalui pandangan mata 'iman' awak
tadi. Awak fahamkan…?" tambah penulis lagi.

Rini cuma terdiam tanpa sepatah kata.

"Iman tu maksudnya awak percaya dan yakin sebenar-benarnya dengan apa yang awak
percaya tu. Macam contoh tadi tu, awak kan orang sains, tapi awak tak ‘beriman' dengan
kitab sains, tentulah awak tak nampak perkara yang sampai bila-bila pun tak boleh
nampak. Sama la macam orang Islam yang belum mencapai peringkat iman yang
sempurna. Mereka ini tak akan dapat 'melihat' Allah seumur hidup mereka," jelas penulis.

"Untuk menjadi seorang Islam, ada lima rukun yang membentuk akhlak dan jati diri
sebagai orang Islam. Yang pertama mengucap dua kalimah syahadah, kedua sembahyang
lima waktu, ketiga puasa di bulan ramadhan, ke empat dan kelima membayar zakat dan
mengerjakan haji bagi yang mampu. Itu untuk menjadi seorang Islam. Tapi kebanyakan
orang Islam hari ni, satu rukun pun dia tak pernah buat. Sembahyang tak pernah, puasa
tak pernah. Macam mana Islam nak maju."

"Untuk jadi Orang Islam yang beriman pula, ada enam rukun iman yang perlu dipenuhi
bagi membentuk iman dalam diri. Pertama beriman kepada Allah, kedua beriman kepada
Malaikat, ketiga beriman kepada Rasul, keempat beriman kepada Kitab, kelima beriman
kepada Qada' dan Qadar dan yang ke enam ialah beriman kepada hari kiamat."

“Kalau awak perhatikan betul-betul Rini.. dalam rukun iman, terdapat lima rukun yang
tak dapat kita lihat dengan mata. Yang pertama, Allah s.w.t., yang kedua para Malaikat,
yang ketiga para Rasul, dan sesudah zaman Nabi Muhammad s.a.w. tiada lagi Nabi dan
Rasul yang diutus, maka kita sebagai umat di akhir zaman, kita juga tak pernah melihat
siapa itu rasul dengan mata kepala kita sendiri. Qada’ dan Qadar juga tak dapat dilihat
dan hari kiamat pula hanya akan dilihat oleh manusia-manusia yang tidak beriman
kepada Allah. Satu-satunya rukun Iman yang boleh dilihat, dipegang dan ditatap ialah Al-
Qur’an, Mukjizat teragung. Jadi kesimpulan yang dapat dibuat mengenai rukun iman ini
ialah, jika awak tidak beriman dengan Al-Qur’an, maka iman awak sangatlah tidak
sempurna," jelas penulis dengan panjang lebar.

“Kenapa macam tu pulak?” tanya Rini.

Syahadah: 29
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Sebab awak akan kenal Allah melalui Al-Qur’an, awak kenal Malaikat juga melalui Al-
Qur’an, para Nabi dan Rasul juga awak kenal melalui Al-Qur’an, Qada’ dan Qadar di
sebut dengan jelas dalam Al-Qur’an, begitu juga dengan berita-berita mengenai hari
kiamat," jelas penulis.

Rini hanya mengangguk.

“Tapi kalau awak perhatikan betul-betul di sekeliling awak, berapa ramai umat Islam
yang faham dan pernah membaca isi kandungan Al-Qur’an dari mula sampai habis?”
tanya penulis kepada Rini.

“Nizam... saya dah pernah baca sampai habis... dah khatam dah pun..” kata Rini.

“Bukan baca macam tu yang saya maksudkan... itu semua orang buat.. yang saya
maksudkan baca terjemahan Al-Qur’an dari mula sampai habis.. ada pernah awak buat?”
tanya penulis.

Rini hanya menggelengkan kepalanya.

“Jadi macam mana nak mengaku beriman kalau Al-Qur’an terjemahan pun tak pernah
baca dan fahami, sedangkan Al-Qur’an tu lah satu-satunya rukun iman yang kita boleh
nampak. Kalau yang nampak pun selalu buat-buat tak nampak, inikan pula yang tak
nampak,” tambah penulis.

Ketika ini penulis ternampak mata Rini mula bergenang dengan airmata. Lama dia
terdiam dan kemudian tunduk.

"Rini.. awak ok ke…?" tanya penulis.

"Aa'aah.. ….. O.k." Jawab Rini.

"Awak menangis ke..?" tanya penulis yang mula tak sedap hati melihat keadaan Rini.

Rini cuma menggelengkan kepalanya.

Tiba-tiba kedengaran wisel berbunyi. Keretapi akan mula berjalan menuju destinasi
seterusnya. Penulis mengajak Rini masuk semula dalam keretapi.

Syahadah: 30
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

An Nahl ayat 115


Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan
darah, dan daging babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka
sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan
tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia
berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Al Maidah ayat 3
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih),
dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan
binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati
tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan
yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat
kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala;
dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak
panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir
telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka
melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan
gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu.
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah
cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi
ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan
benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa
(maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.

Al Maidah ayat 90
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah
(semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya.

Syahadah: 31
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

3.

“Kenapa Allah… Tidak Tuhan lain!”

Syahadah: 32
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Duduk saja kembali, Rini meminta kepada penulis untuk duduk berdekatan
dengan tingkap pula. Penulis pun bangun mengubah kedudukan dan bertukar tempat
duduk dengan Rini.

“Nizam... apa yang awak cakap kat bawah tadi sikit sebanyak bagi kefahaman kat saya.”
Kata Rini dengan suara yang tersekat-sekat.

“Saya pernah bertanya benda-benda macam ni kat beberapa orang sebelum ni... tak
pernah saya dapat jawapan terutamanya bila saya tanya bolehkah saya tengok Tuhan?
Biasanya saya akan kena marah... terima kasih sebab sudi melayani soalan-soalan saya
dan terima kasih sebab awak bagi jawapan yang paling memuaskan hati saya... saya mula
sedikit yakin yang kita ni diciptakan Tuhan dan kita juga dapat nampak Tuhan kalau
benar-benar beriman.. tapi saya masih ada lagi banyak persoalan yang saya harap kalau
boleh awak bantu terangkan kat saya... Boleh..?” tanya Rini dengan reaksi wajah yang
mula sedikit ceria.

‘Ish.. mesti soalan pelik-pelik lagi ni.... minta-minta la jangan..’ penulis berbisik dalam
hati.

“Nizam... sekarang saya mengaku Tuhan tu ada dan satu-satunya Tuhan yang seringkali
saya pohonkan doa satu ketika dulu ialah Allah... setelah banyak masalah yang menimpa
kehidupan saya, saya mula menjauhkan diri saya dariNya... sebab bagi saya Tuhan
berlaku tidak adil terhadap saya.. selepas dari itu saya mula liar dengan kawan-kawan dan
ada kawan-kawan saya yang lain yang bukan Islam ada yang mengajak saya mendekati
agama diorang.. Tapi saya tak pernah berminat sebab memang pada waktu tu saya tak
percayakan tuhan..tapi bila awak ceritakan kat saya yang masalah itu sebenarnya paksaan
supaya manusia itu maju dan ujian dari Tuhan kepada manusia, saya mula terfikir
kembali tindakan-tindakan saya yang tak matang langsung masa berhadapan dengan
masalah-masalah tersebut. Tapi boleh tak awak yakinkan saya yang Allah lah Tuhan
yang sepatutnya saya sembah, tidak tuhan-tuhan yang disebut dalam agama lain.” Rini
menjelaskan punca dia mula menjauhkan diri dari Allah.

Alhamdulillah, dari segi tutur kata Rini, sebahagian dari bahagian pertama syahadah
sudah hampir diyakininya. Tinggal lagi untuk meyakinkan dia bahawa satu-satunya
Tuhan yang selayaknya disembah ialah Tuhan Yang Maha Esa iaitu Allah.

“Alhamdulillah Rini... sekurang-kurangnya awak mengaku yang kita ni semua dijadikan


oleh Allah.” Kata penulis.

“Sebenarnya soalan yang awak tanya ni senang saya nak jelaskan, tak macam dua soalan
awal awak tadi.. gelabah juga saya nak menjawab..” jelas penulis.

“Sebelum saya jawab, saya nak tanya apa kualiti atau sifat-sifat yang awak fikirkan yang
sepatutnya ada pada Tuhan?” tanya penulis.

Syahadah: 33
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Entah la... tapi yang saya tahu, Tuhan tu sepatutnya boleh lakukan apa saja yang Dia
mahu, dan Dia lah yang ciptakan kita semua ni,” jawab Rini ringkas.

“Apa yang awak cakap tu betul Rini,” balas penulis

“Sebenarnya dalam Al-Qur’an sendiri, ada satu surah yang sepatutnya hari-hari dibaca
oleh Muslim, dalam surah tu Allah s.w.t. dah terangkan siapa Dia yang sebenarnya,”
tambah penulis.

“Surah apa?” tanya Rini seakan berminat.

“Surah Al-Ikhlas, terjemahannya macam ni : “Katakanlah, Allah itu Esa, Allah tempat
bergantungnya segala sesuatu, Tidak beranak dan tidak diperanakkan, Tiada suatu pun
yang sebanding denganNya” penulis menjelaskan kepada Rini.

Rini hanya mendengar dengan penuh minat.

“Rini... surah ini diturunkan Allah kepada Rasulullah s.a.w. semasa baginda ditanya oleh
beberapa orang Yahudi Bani Khaibar mengenai siapa itu Allah. Rasulullah tidak
menjawab dengan serta merta sehinggalah Malaikat Jibril a.s. datang membawa wahyu
dari Allah iaitu surah Al Ikhlas ni,” tambah penulis.

“Jadi surah ini boleh digunakan sebagai petunjuk untuk mengetahui siapa itu Tuhan yang
sebenar berdasarkan empat kriteria yang sepatutnya ada pada Tuhan yang ada disebut
dalam ayat ini. Faham..?” tanya penulis.

“Faham sikit-sikit ja.. boleh terangkan lagi..?” tanya Rini.

“O.k. Rini, macam ni, kita boleh gunakan kriteria yang Allah sebut dalam surah ni untuk
membuktikan Tuhan itu Allah yang Esa. Sekarang ni jom kita test tengok ‘tuhan-tuhan’
lain yang dikatakan ada selain dari Allah, benarkah mereka itu tuhan atau pun tidak,”
gesa penulis.

“O.k...” balas Rini.

“Sekarang saya nak kita uji Latta dan Uzza...?” kata penulis.

“Siapa mereka ni...?” tanya Rini pula.

“Latta dan Uzza ialah berhala yang disembah oleh golongan jahiliah di tanah Arab
sebelum kedatangan Islam di sana," jelas penulis.

“Ooo.. O.k.” kata Rini.

Syahadah: 34
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“O.k. sekarang kita uji dengan kriteria yang pertama iaitu ayat yang pertama, Allah itu
Tuhan Yang Maha Esa. Maksudnya Tuhan yang sebenar ialah Esa iaitu satu. Adakah
awak nampak yang Latta dan Uzza itu satu?” tanya penulis.

"Taaak…" jawab Rini panjang.

"Maksudnya Latta Dan Uzza sudah pun gagal dalam ujian pertama untuk melayakkan
kedua-duanya untuk dipanggil atau dianggap sebagai Tuhan," jelas penulis.

Rini mengangguk tanda faham.

"Sekarang kita uji pula Latta dan Uzza dengan kriteria dalam ayat yang kedua. Ayat
kedua surah Al-Ikhlas menyatakan Tuhan sepatutnya tempat bergantung segala
sesuatu… awak faham tak dengan ayat ni Rini..?" tanya penulis.

"Faham sikit-sikit.. kalau awak explain sikit lagi mungkin saya boleh faham…" beritahu
Rini.

"O.k. maksud ayat tu ialah Tuhan sepatutnya tempat semua makhluk bergantung..
Bergantung di sini pula maksudnya Tuhan lah yang memberikan kita rezeki, kehidupan,
nyawa, kesenangan, kebahagian dan segala-galanya. Tanpa Tuhan tidak mungkin ada
sesuatu pun wujud. Jadi kesimpulannya semua makhluk bergantung hidup kepada Tuhan
dan bukanlah sebaliknya," jelas penulis.

"Awak fahamkan Rini..?" penulis bertanya untuk kepastian.

"O.k. saya faham.." Rini menjawab.

"Kita uji Latta dan Uzza dalam ayat ni ok… Rini.. orang-orang arab jahilliah pada zaman
sebelum Islam dahulu menyembah Latta dan Uzza ini. Semasa menyembah berhala-
berhala ni, diorang akan membawa macam-macam buah, korban dan segala macam
keperluan untuk berhala Latta dan Uzza ini. Ini menunjukkan bahawa Latta dan Uzza
bukan tempat bergantung semua makhluk, tapi Latta dan Uzza ini pula yang bergantung
kepada semua makhluk. Yang mana satu yang awak hendak sembah…? Tuhan yang
memberikan rezeki atau tuhan yang meminta rezeki dari kita?" tanya penulis.

"Tentulah Tuhan yang bagi rezeki kat kita… kalau tuhan tu minta rezeki kat kita tak guna
la kita sembah dia.. nak hidup pun kena harapkan bantuan makhluk dia, macam mana
makhluk nak minta tolong…." jawab Rini yang pada pandangan penulis mula faham
dengan perbandingan yang cuba penulis buat.

"Haaa… pandai pun.. jadi.. apa maksudnya..?" tanya penulis balik.

"Maksudnya Latta dan Uzza dah gagal ujian kedua…" jawab Rini sambil tersenyum.

Syahadah: 35
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"Alhamdulillah… pandai pun, sekarang kita uji Latta dan Uzza dengan kriteria yang
perlu ada pada Tuhan dalam ayat yang ketiga surah Al-Ikhlas," ujar penulis.

"Ayat ketiga menyatakan yang Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan. Maknanya
Tuhan Tidak ada anak dan Dia juga tak dilahirkan. Kita uji Latta dan Uzza dengan ciri
ketiga ini pula. Rini.. Latta dan Uzza dilahirkan melalui ukiran hasil tangan manusia jadi
dengan secara automatik, kedua-dua berhala ini gagal dalam ujian ketiga ni juga," jelas
penulis.

"Tapi berhala-berhala tu tak melahirkan, bukankah tu juga satu ciri yang perlu ada
kepada Tuhan?" tanya Rini inginkan kepastian.

"Betul Rini, memang berhala tu tak melahirkan sebab dia tak ada kuasa untuk buat
macam tu, kalau dia nak anak juga, dia perlu bergantung harap pada manusia yang
mengukir batu untuk mengukir anak-anak bagi berhala tu pula. Maka dengan secara
automatiknya ciri ketiga ini gagal. Awak faham…?" Penulis bertanya.

Rini mengangguk lagi.

"Sekarang kita pergi ke ayat yang ke empat iaitu ayat terakhir surah Al-Ikhlas, Allah
tiada sesiapa pun yang sebanding denganNya. Maksud ayat ini, Kekuasaan dan Sifat-
Sifat Allah tiada siapa atau apa pun yang dapat menyamai taraf dan bersaing denganNya.
Ada awak nampak yang berhala-berhala Latta dan Uzza ini menyamai taraf Allah..?"
tanya penulis.

"Tak…" jawab Rini.

"Dengan semua tiga ciri dalam tiga ayat pertama Surah Al-Ikhlas tak dipenuhi maka
Latta dan Uzza secara automatiknya gagal untuk ciri yang perlu ada pada Tuhan macam
yang disebut dalam ayat ke empat ini.. ini bermakna Latta dan Uzza tu cuma batu yang
diukir dan tak dapat berbuat apa-apa sama ada untuk diri mereka sendiri dan untuk orang-
orang yang menyembahnya. Berhala-berhala ini bukanlah tuhan malahan mereka ialah
makhluk-makhluk Allah yang telah dijadikan objek sembahan oleh mereka yang jahil dan
sesat," tambah penulis.

"Dah jelas Rini…?" tanya penulis.

Rini mengangguk tanda faham.

"Jadi kita boleh gunakan ayat ini untuk membuat perbandingan Siapa tu Tuhan yang
sebenarnya kan?" tanya Rini untuk kepastian.

"Ya.. awak boleh ambil mana-mana objek, manusia, berhala atau apa-apa saja yang
dikatakan atau disamakan dengan Tuhan dalam mana-mana kepercayaan atau agama
sekali pun… pasti semuanya akan gagal dengan ujian Surah Al-Ikhlas ini.." tambah
penulis dengan bersemangat.

Syahadah: 36
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Rini mengangguk lagi.

"Ada surah lain yang boleh digunakan untuk buat perbandingan…?" tanya Rini lagi.

"Ada banyak sebenarnya Rini.. tapi antara ayat yangpendek, padat dan mudah dihafal
ialah surah ini, iaitu surah al-Ikhlas.. awak juga boleh gunakan ayat Kursi iaitu ayat ke
255 dalam surah Al-Baqarah sebagai ujian juga. Awak tahukan ayat itu?" jelas dan tanya
penulis kembali kepada Rini.

"Saya hafal surah tu… biasa kalau saya takut masa stay kat asrama dulu, senior-senior
saya suruh baca surah tu, diorang cakap hantu dan syaitan semua takut bila dengar surah
tu.." kata Rini.

Pernulis tergelak mendengar penjelasan Rini.

"Kenapa awak gelak….!?" Tanya Rini.

"Ya la.. bila takut hantu baru nak baca Al-Qur'an… itu la mentaliti majoriti orang Islam
kat Malaysia ni, ayat Al-Qur'an biasa diguna untuk halau hantu atau bila masa takut atau
bila nak bersolek untuk naikkan seri saja… padahal Al-Qur'an tu lah yang membentuk
jatidiri seorang Islam. Tapi saya berani katakan yang tak sampai 20 % umat Islam kat
Malaysia ni dah habis baca Al-Qur'an dan untuk memahami maksudnya. Baca Al-Qur'an
bukan maksud saya mengaji… tapi fahami maksud sebenar Al-Qur'an. Kalau awak tak
pernah tahu apa makna Al-Qur'an sepenuhnya, macam mana awak nak mengaku yang
awak ni orang Islam.. sedangkan Islam bertiangkan Al-Qur'an… kalau tiang tak ada atau
pun rapuh.. macam mana Islam nak dapat berdiri teguh… betulkan cakap saya.?" tanya
penulis kembali.

Rini terdiam dan kemudian mengangguk.

"Awak hafalkan ayat Kursi..?" tanya penulis.

Rini mengangguk.

"Awak faham maksud ayat Kursi yang awak hafal tu..?" tanya penulis lagi.

Rini menggelengkan kepalanya.

"O.k. saya terangkan kat awak.. terjemahan ayat Kursi tu begini..: Allah, tiada Tuhan
melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian
makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di
langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di
sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka
dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari
ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi meliputi langit dan

Syahadah: 37
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara
keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi), lagi Maha Besar " jelas penulis.

"Awak ni hafal Al-Qur'an ke?" tanya Rini yang membuatkan penulis terus tergelak.

"Mana ada… saya cuma hafal surah-surah yang saya biasa guna time sembahyang
la…kalau awak sembahyang dan baca surah yang awak hafal dan awak tak tahu
maksudnya macam mana awak nak dapat khusyuk dalam solat… kalau cuma baca tanpa
tahu makna surah yang dibaca, maka sembahyang kita jadi macam sembahyang burung
kakaktua la.." jawab penulis sambil ketawa.

"Burung kakaktua…? Kenapa..?" tanya Rini seakan-akan hairan.

"Awak pernah tengok burung kakaktua kan..?" tanya penulis.

"Ya.. pernah.." jawab Rini.

"Setiap kali orang sebut pasal burung burung kakaktua, apa ciri-ciri burung tu yang awak
ingat dan nampak..?" tanya penulis lagi.

"Errmmm… burung kakaktua cantik, bulunya cantik berwarna-warni.. errmm.. haa!


Burung kakaktua boleh bercakapkan..?" jelas Rini dan kemudian bertanya.

"Haa… pandai pun…. Burung kakaktua memang fizikalnya Allah jadikan cantik, burung
kakaktua juga boleh bercakap… tapi awak tahu tak yang burung tu tak pernah faham apa
yang dia cakapkan.. dia cuma mengajuk perbuatan dan perkataan manusia yang lain…
awak tahukan..?" tanya penulis.

Rini mengangguk.

"Macam tu juga la persamaan orang yang sembahyang tapi tak pernah faham apa yang
dia buat, tak pernah faham apa yang dia baca dalam sujud, tak pernah faham apa surah
yang dia baca. Dari segi luaran kalau orang lain tengok orang-orang sebegini
sembahyang, tentulah diorang nampak sangat cantik pergerakan sembahyang dan rukun
yang disempurnakan. Tapi kat dalam, rohnya tak ada. Cuma fizikal saja cantik.
Dalamannya sangat busuk. Dan golongan ini juga dilaknat Allah dalam surah Al-
Maa'uun ayat 4 sampai 6, maksud ayat tu begini. : Maka kecelakaan besar bagi orang-
orang Ahli Sembahyang , (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada
menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak
(bangga diri dalam ibadat dan bawaannya).." jelas penulis.

"Kenapa Allah melaknat orang yang bersembahyang pula?" tanya Rini kembali.

"Macam yang saya katakan tadi, fizikalnya cantik tapi dalamannya hancur.. tetapi ayat ini
Allah melaknat orang-orang yang mengambil mudah bab sembahyang ni.. sembahyang
macam main-main, kekadang buat kekadang tidak.. kalau buat pun dah hampir nak habis

Syahadah: 38
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

waktu, faham-faham sajala kalau sembahyang kelam kabut macam tu, semuanya akan
berterabur," jelas penulis.

Rini hanya tersenyum mendengar penjelasan penulis.

Syahadah: 39
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

4.

“Kenapa Allah tak pernah makbulkan doa-


doa saya, sedangkan Allah berjanji setiap
doa yang dipohonkan hambaNya
kepadaNya akan dimakbulkan!?"

Syahadah: 40
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Dari satu stesen ke satu stesen keretapi bergerak, Rini dan penulis masih lagi
berbual biarpun jam sudah menunjukkan hampir pukul dua pagi. Perasaan mengantuk
sedari awal menaiki keretapi tersebut sedikit sebanyak hilang dengan melayan karenah
dan soalan-soalan Rini. Masing-masing menceritakan pengalaman hidup masing-masing.
Rini menceritakan sedikit sebanyak sejarah hidup dan latar belakang keluarganya kepada
penulis. Bapanya seorang ahli perniagaan yang agak berjaya dan ibunya pula aktif dalam
pertubuhan bukan kerajaan.

"Mula naik keretapi tadi saya ingat awak ni macam kutu… dengan rambut panjang siap
bawak gitar lagi.. bila sembang ngan awak, saya rasa macam sembang ngan ustaz
pulak..awak ni sekolah agama ke dulu sebelum masuk ITM? " kata Rini sambil
tersenyum.

"Haa. haa..haa…" penulis tergelak besar.

"Dulu masa tingkatan satu sampai tingkatan dua, memang saya sekolah agama kat
S.M.K.A. Al-Mashoor lelaki kat Penang, tapi separuh dari tingkatan dua saya tukar
sekolah ke Bukit Mertajam High School. Lepas dari tu masa tingkatan empat dan lima
saya tukar pulak masuk Sekolah Menengah Teknik Tunku Abd. Rahman Putra kat
Penang. Lepas dari tu la saya masuk ITM course Electronic Engineering, start kat Perlis
dua semester pastu tukar ke Shah Alam sampai graduate nanti," jelas penulis.

"Saya suka cara awak bagi penjelasan.. tak pernah saya dengar penjelasan yang boleh
meyakinkan saya tentang Tuhan.. tapi saya suka cara awak… mana awak belajar semua
tu….?" tanya Rini.

"Sebenarnya Rini, semua kefahaman ni Allah yang kurniakan, kalau Dia tak bagi,
tentulah habuk pun saya tak faham, saya sebenarnya suka membaca, kalau makan saja
mesti kena ada benda untuk dibaca, kalau tak nasi tu tak sedap, kekadang tu kalau tak ada
benda nak baca, kertas balut nasi lemak tu pun saya baca juga…. Mungkin kefahaman ni
boleh datang atas sebab doa yang selalu saya amalkan, saya belajar doa ni masa kat
Sekolah Teknik dulu, setiap kali belajar atau sebelum baca Al-Qur'an saya akan baca doa
ni," jelas penulis yang sudah sedikit kembang termakan bodekan bertali arus Rini.

"Doa apa Nizam?" tanya Rini balik.

"Maksud doa tu lebih kurang macam ni, "Ya Allah terangilah hati kami dengan cahaya
kebenaran dan hidayah sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahariMu
buat selama-lamanya dengan RahmatMu," terang penulis.

"Mak saya juga sentiasa mendoakan kebaikan untuk saya, sebab saya ada pernah dengar
dia berdoa setiap kali sembahyang, jika ibu mendoakan kebaikan untuk kita, insyaAllah
kebaikan itu Allah akan bagi kat kita, sebab doa ibu untuk anaknya insyaAllah akan
dimakbulkan Allah. Sebab tu la kalau nak cari isteri, cari yang beriman dan cintakan
Allah, sebab generasi yang akan lahir dari ibu yang beriman, InsyaAllah akan menjadi
generasi yang beriman dan berjaya juga. Kalau ibu yang melahirkan tak pernah

Syahadah: 41
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

mendoakan apa-apa kebaikan langsung untuk anaknya, sembahyang pun tak pernah,
janganlah harap anak tu akan jadi baik. Jangan salahkan anak tu kalau anak tu jadi buas
atau jahat, sebab ibu tu sendiri tak pernah mendoakan kebaikan untuk keluarganya,
dirinya dan anaknya. Jadi tak hairanlah awak boleh tengok masalah sosial sekarang ni
bersepah-sepah," jelas penulis.

Rini menundukkan pandangannya.

"Awak perli saya ke?" tanya ini perlahan.

"Ishh.. bila masa la saya perli awak.. saya cuma bagi penerangan kat awak.." jawab
penulis memperbetulkan persepsi salah yang dibuat oleh Rini.

"Bila saya dengar awak cakap macam tu, saya teringatkan keluarga saya… betul..
memang mummy dengan daddy sayangkan saya, apa yang saya minta semuanya saya
dapat, minta duit dapat, minta anak patung dapat, minta kereta dapat, semuanya saya
dapat.. cuma yang tak pernah saya dapat ialah kasih sayang dari diorang… saya tak
pernah berkesempatan utnuk berkumpul satu keluarga macam keluarga yang lain.. kalau
ada pun setahun dalam dua tiga kali saja… daddy selalu sibuk ngan bisnes dia.. mummy
pulak dengan pertubuhan dia… saya tak pernah tengok mummy ngan daddy sembahyang
kat rumah, diorang pun tak pernah ajar saya sembahyang.. saya mula belajar sembahyang
masa tinggal kat asrama penuh dulu.. itu pun sebab semua pelajar diwajibkan
bersembahyang jemaah… mungkin mummy tak pernah mendoakan saya.. sebab tu
masalah bertimpa-timpa jadi kat saya… satu ketika dulu, kalau saya ada masalah, saya
akan berdoa supaya Tuhan membantu saya untuk keluar dari masalah yang saya hadapi…
kadang-kadang kalau saya ada sesuatu hajat juga, saya berdoa kat Tuhan.. tapi Nizam…
sekalipun Tuhan tak pernah memakbulkan doa saya… saya rasa macam tertipu bila
teringatkan kata-kata ustazah saya dulu.." Rini bercerita.

"Apa yang ustazah awak cakap kat awak dulu…?" tanya penulis kepada Rini.

"Dulu ustazah saya cakap yang setiap kali kita mempunyai hajat atau apa-apa masalah,
kita perlu berdoa kepada Allah sebab setiap doa yang kita pohon kepada Allah akan
dimakbulkan dan takkan ditolak olehNya… tapi lain pula dengan apa yang saya lalui,
setiap doa saya tak pernah dimakbulkan… tak tahulah.. mungkin ustazah saya menipu
saya ataupun mungkin Tuhan membenci saya… saya sangat kecewa… dari situlah saya
mula menjauhkan diri saya dari Tuhan… sebab tiada gunanya saya berdoa kepadaNya
sedang Dia tak pernah sekalipun mendengar keluhan hati saya dan memakbulkan doa
saya….. Nizam… Kenapa Allah tak pernah makbulkan doa-doa saya, sedangkan Allah
berjanji setiap doa yang dipohonkan hambaNya kepadaNya akan dimakbulkan!?" tanya
Rini.

"Janganla cakap macam tu Rini…. Kalau Allah membenci awak tentu awak dah tak
wujud lagi dalam dunia ni… awak masih boleh bernafas disebabkan Kasih sayangNya
kat awak, jantung awak masih bergerak disebabkan Dia masih sayangkan awak… bumi
ni masih wujud biarpun ramai manusia di dunia ni kufur kepadaNya.. Allah.. Dia Tuhan

Syahadah: 42
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

yang Maha Penyayang… awak mungkin sebenarnya kurang faham kenapa kita hidup di
dunia ini… kebanyakan dari kita sebenarnya terlupa Rini…" penulis menjelaskan kepada
Rini.

"Terlupa apa..?" Rini mencelah dengan pertanyaan.

"Sebenarnya kebanyakan dari kita ni dah terlupa yang kita sekarang ni hidup di bumi.."
tambah penulis.

"Kenapa macam tu pulak….? Saya tak terlupa pun…" tambah Rini.

"Memang awak tak terlupa yang awak tinggal di bumi…. tapi kebanyakan dari kita
sebenarnya tak kenal diri dan kenal ruang kehidupan yang kita lalui di bumi ni.." penulis
menjelaskan lagi.

"Tak fahamla.." kata Rini.

"Rini.. bumi yang kita tinggal ni merupakan tempat tinggal kita yang sementara sebelum
dipanggil pulang oleh Allah.. bumi ni bukan Syurga Rini… kalau di Syurga apa saja yang
awak minta akan terus diberikan on the spot.. minta apa saja, terus kita dapat, kalau
minta minuman terus dibagi minuman, kalau minta buah terus diberikan awak buah…
tapi di bumi ni realitinya lain pula.. kalau di syurga awak minta buah terus diberikan kat
awak buah, tapi di bumi kalau awak minta buah, Allah akan berikan awak galah… awak
faham…?" tanya penulis.

"Boleh jelaskan lagi…?" tanya Rini.

"Macam ni Rini… Allah berfirman dalam surah Adz Dzariyaat ayat 56 : Dan Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat
kepadaKu. Bumi yang kita tinggal sekarang ni merupakan tempat kita sebagai manusia
menghadapi ujian dari Allah. Kita di sini bukan untuk berseronok-seronok, tapi kita
dihantar ke sini dengan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Tanggungjawab kita di
muka bumi ini ialah sebagi khalifah yang diberi Allah akal untuk mentadbir bumi ini
menurut kepada peraturan yang telah Allah s.w.t. tetapkan dam memastikan bahawa kita
sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah dan menjauhi laranganNya.
Memang betul apa yang ustazah awak cakap dulu… kalau awak minta doa kepada Allah,
Allah pasti memakbulkannya…?" jelas penulis lagi.

"Macam mana tu…?" dengan wajah kehairanan Rini bertanya lagi.

Penulis terdiam seketika untuk mencari jawapan terbaik. Lantas penulis teringatkan
pakcik yang memberikan buah mempelam tiga biji tadi kepada penulis dan Rini.
Perbuatan pakcik tersebut seakan memberikan satu ilham kepada penulis untuk
menjawab pertanyaan Rini ini.

Syahadah: 43
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"Rini.. sebenarnya kalau awak perasan dan perhatikan betul-betul, setiap kali kita berdoa,
Allah sudah pun memakbulkan doa kita sebelum kita menghabiskan doa kita lagi," jawab
penulis dengan bersemangat.

"Tipulah…!" balas Rini.

"Awak kata macam tu sebab mungkin awak kurang faham… sebenarnya, setiap kali
seorang manusia menadah tangan meminta sesuatu kepada Allah, tentulah ada sesuatu
yang berlaku kepada dirinya yang membuatkan hatinya tak tenang memikirkan tentang
perkara tersebut… manusia memang diciptakan Allah memiliki ketidaktenangan perasaan
dalam dirinya seumur hidupnya. Resah dan gelisah memang satu perasaan yang telah
Allah tanamkan dalam diri setiap insan. Setiap kali berhajatkan sesuatu atau menghadapi
sesuatu musibah, sifat manusia itu sendiri akan mengakibatkan hati dan perasaannya
mula resah dan gelisah. Maka manusia akan cuba mencari jalan keluar supaya setiap apa
yang dihajatinya atau yang menjadi masalah kepada dirinya dapat diperolehi atau
diselesaikan. Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Kaya lagi Maha Bijaksana. Dia mengetahui
setiap apa yang bermain difikiran hamba-hambaNya dan Dia juga Maha Mengetahui
mengenai sifat-sifat makhluk yang diciptakanNya," penulis menjelaskan.

Rini memandang ke arah wajah penulis dengan penuh minat.

"Rini.. boleh tak awak melakukan sesuatu kerja atau menyelesaikan sesuatu masalah
dengan hati dan perasaan yang tak tenang..?" tanya penulis.

Rini menggelengkan kepalanya.

"Tak bolehkan…?" tanya penulis lagi inginkan kepastian dari mulut Rini.

"Errm.. tak boleh.." jawab Rini ringkas.

Penulis tersenyum mendengar jawapan dari mulut Rini.

"Rini.. apa perasaan awak setiap kali lepas awak berdoa..?" tanya penulis lagi.

"Entahla… dah lama saya tak sembahyang dan berdoa… dah lupa la…" jawab Rini sinis.

"Rini.. sebenarnya setiap kali kita berdoa kepada Allah dengan penuh perasaan dan
khusyuk.. perkara pertama sekali yang terjadi kepada kita semasa dan selepas berdoa
ialah hadirnya ketenangan dalam diri dan kegelisahan dalam diri kita terhapus sedikit
demi sedikit… betulkan…?" tanya penulis lagi.

Rini tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng.

"Sebenarnya Allah s.w.t. memakbulkan doa kita dalam berbagai-bagai cara. Cuma kita
yang tak nampak dan tak ahu. Kebiasaannya setiap satu doa yang kita pohon kepada
Allah akan dimakbulkan Allah dengan tiga pemberian oleh Allah. Yang pertama sekali,

Syahadah: 44
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Allah s.w.t. menganugerahkan ketenangan jiwa kepada si pemohon doa sebelum habis
doa itu dipohonnya. Belum sempat dia habis berdoa lagi, Allah sudahpun memberikan
kepadanya sebahagian dari bahagian penting yang sangat diperlukannya sekalipun dia tak
pernah meminta perkara tersebut. Ketenangan diri dan jiwa sangat penting, jika tiada
ketenangan, tiada apa dapat kita lakukan dengan betul sehingga berjaya. Tanyalah kepada
sesiapa pun apa perasaannya selepas berdoa kepada Allah, dia pasti akan merasakan
sedikit ketenangan hadir dalam dirinya mengubati kegelisahannya," tambah penulis.

"Yang kedua, selepas dari hadirnya ketenangan dalam diri dan jiwa si pemohon doa,
Allah s.w.t. akan mengilhamkan kepadanya jalan-jalan usaha dan jalan-jalan keluar bagi
dia menyelesaikan masalah tersebut dengan usahanya. Dipermudahkan Allah setiap jalan-
jalan keluar dan jalan-jalan usaha tersebut bagi si pemohon doa tersebut," jelas penulis.

"Yang ketiga, kejayaan yang Allah anugerahkan kepada si pemohon doa tadi dari usaha
di atas setiap jalan yang Allah ilhamkan sebelum dari itu kepadanya. Jika dia berusaha
bersungguh-sungguh, InsyaAllah kejayaan akan menjadi miliknya. Semua masalah yang
dihadapi akan dapat diselesaikan, dan setiap apa yang dihajati, InsyaAllah akan dapat
diperolehi," jawab penulis.

"Kenapa Allah tak bagi saja terus kat orang yang minta doa tu..?" tanya Rini pula.

"Itulah tadi yang saya cakapkan… kita sebenarnya kena sedar diri dan sedar diruang
mana kita hidup sekarang ni.. Tadi kan saya dah cakap, kita sekarang ni hidup di bumi,
bukan di syurga. Kalau di syurga, kita minta buah, Allah akan berikan kita buah, tapi di
bumi yang fana ni, kalau kita minta buah, Allah akan bagi kita galah, sebab kita kena
berusaha. Cuba awak buka mata dan tengok di sekeliling awak. Kalau awak suka
membaca dan pernah membaca memoir kisah hidup orang-orang yang berjaya, mereka
semua pasti akan berikan formula untuk mencapai jalan kejayaaan yang sama iaitu usaha
bersungguh-sungguh dan jangan berputus asa. Tak ada jalan singkat untuk berjaya Rini..
semuanya kena berusaha," jelas penulis.

"Allah s.w.t. juga memakbulkan doa dengan memberi secara terus apa yang didoakan si
pemohon doa tersebut. Tapi awak kena ingat, biasanya mereka-mereka ini golongan yang
baik hubungannya dengan Allah, menurut perintah Allah dan meninggalkan laranganNya
tanpa sebarang bantahan, mereka ini merupakan golongan orang-orang yang sangat
dicintai oleh Allah," jelas penulis lagi.

"Jadi maksud awak Allah mengamalkan favouritism dalam memberikan sesuatu kepada
hamba-hambaNya?" tanya Rini.

"Na'uzubillah.. Rini.. jangan la cakap merepek macam ni…. Awak kena faham, Allah
s.w.t. Tuhan Yang Maha Adil, awak nak tahu kenapa Allah s.w.t. memakbulkan doa
golongan ini lebih cepat dari golongan yang tak beriman…?" tanya penulis lagi.

Rini mengangguk.

Syahadah: 45
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"Sebenarnya Rini, Allah s.w.t. telah menjanjikan kepada umat manusia satu waktu atau
ketika dalam setiap hari terutamanya hari Jumaat, satu waktu yang mustajab berdoa,
maksudnya jika kita berdoa waktu tu, Allah pasti akan memakbulkan doa kita on the spot.
Jadi disinilah kelebihan bagi seseorang Islam yang beriman dan sentiasa suka beribadat
kepada Allah pada setiap masa berbanding dengan manusia yang tidak beriman… awak
faham?" tanya penulis kembali.

"Bagilah contoh kat saya supaya saya faham.." Rini meminta contoh bagi mendapatkan
kejelasan.

"Errr.. jap Rini… biar saya fikir satu contoh jap…," penulis cuba mencari contoh terbaik.

"O.k. Rini.. saya bagi satu contoh kat awak.. katakanlah ada seorang jutawan kat
kampung awak, semua orang kat kampung tu tahu kat mana rumah jutawan tu, satu hari
orang suruhan jutawan tersebut buat pengumuman dalam kampung, barangsiapa yang ada
di depan muka pintu rumah jutawan tersebut tepat pada waktu si jutawan tersebut
membuka pintu rumahnya, maka jutawan tersebut akan hadiahkan orang tersebut dengan
satu juta ringgit. Maka, bermula selepas subuh hari tu, orang ramai pun berpusu-pusu
pergi ke rumah jutawan tersebut bagi mencuba nasib. Tapi ada juga golongan orang
kampung tersebut yang langsung tak mahu percaya kepada cakap orang suruhan jutawan
tadi. Jadi golongan ini langsung tidak pergi mencuba nasib di depan rumah jutawan
tersebut.

Selang beberapa jam, jutawan tu masih belum membuka pintu rumahnya, maka orang
ramai yang sejak dari awal pagi datang berkumpul di hadapan rumah si jutawan tadi mula
gelisah dan tak senang duduk.

Mereka yang berkumpul ini mula berasa curiga dengan kenyataan yang dibuat oleh orang
suruhan jutawan kelmarin bila golongan yang langsung tidak percaya kepada cakap orang
suruhan tadi melalui tempat mereka berkumpul dan mengejek-ngejek mereka yang
berkumpul di sana tanpa mendapat sebarang hasil. Kata mereka, "Kan kami dah cakap
tadi, jangan percaya cakap orang gila (orang suruhan jutawan) tu, buang masa saja, kan
lebih baik kamu semua ikut kami pergi bersuka ria dari membuang masa di sini.

Akibat termakan pujukan dan hasutan golongan yang tidak percaya dengan orang
suruhan jutawan itu, mereka pun bangun dengan marah dan berlalu dari situ. Bukan
setakat berlalu, malah mereka ini juga turut sama mengajak dan menghasut orang yang
masih ada keyakinan kepada cakap orang suruhan jutawan tadi, supaya bangun mengikut
mereka dan meninggalkan tempat tersebut.

Maka akhirnya, bila hampir menjelang tengah malam, yang tinggal depan rumah jutawan
tersebut hanyalah tak sampai tujuh orang. Mereka bertujuh ni masih lagi berpegang
dengan yakin kepada janji yang diberikan orang suruhan jutawan itu kelmarin. Biarpun
diasak dan diejek oleh mereka yang sudah meninggalkan tempat tersebut dan golongan
yang langsung tidak percaya, mereka ini tetap tidak berganjak. Dalam leka menunggu
dengan tidak berputus asa, tiba-tiba terlihat oleh mereka pintu rumah jutawan tersebut

Syahadah: 46
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

dibuka. Lantas mereka bertujuh ini dipanggil masuk dan dihadiahi oleh jutawan tersebut
dengan satu juta ringgit setiap seorang, dan bukan itu sahaja, malah mereka turut
diberikan tanah, rumah, pelayan dan segala macam perkara yang tidak pernah mereka
terfikir akan dapat. Maka melopong dan meraung-raunglah golongan yang tidak percaya
tadi apabila melihat kepada janji yang telah dipenuhi oleh jutawan tersebut. Lebih teruk
lagi golongan yang pada mulanya percaya tetapi kemudian termakan hasutan oleh
golongan yang tidak percaya kepada orang suruhan jutawan tadi. Mereka ini merasakan
merekalah yang paling rugi disebabkan oleh pada mulanya mereka telah berada pada
landasan yang betul, tetapi akibat termakan hasutan golongan yang langsung tidak
percaya, mereka meninggalkan perkarangan rumah jutawan tadi. Jadi, berbahagialah
golongan yang sedikit tadi tu yang berpegang teguh dan yakin kepada cakap orang
suruhan jutawan tadi…" cerita penulis dengan panjang lebar.

"Awak faham tak cerita tu?" tanya penulis.

Rini menganggguk faham.

"Cerita tu macam metafora la Rini… Watak Jutawan tu awak tahu mewakili siapa..?"
tanya penulis ingin memastikan yang Rini benar-benar faham akan contoh cerita yang
penulis ceritakan tadi.

"Tahu.. Allah kan..?" tanya Rini kembali untuk kepastian.

"A'aaa.. pandai pun.. orang suruhan jutawan tu mewakili siapa pulak?" tanya penulis lagi.

"Nabi Muhammad.. err.. betulkan?" jawab dan tanya Rini kembali.

"Betul… tapi tak tepat lagi.. jawapan yang tepat ialah.. semua Nabi dan Rasul yang
menjadi wakil atau Pesuruh Allah di muka bumi. Pesuruh Allah yang terakhir sekali ialah
Rasulullah s.a.w… Macam mana pula dengan watak golongan yang tidak percaya
langsung tadi..?" tanya penulis.

"Orang kafir bukan…?" jawab Rini.

"Ya.. tepat sekali…." jawab penulis.

“Jadi siapa pula golongan orang yang mula-mula percaya dan tunggu kat rumah jutawan
tu dan kemudian terpengaruh dengan golongan yang tak percaya dan bangun
meninggalkan perkarangan rumah jutawan tu..?” tanya Rini pula.

“Diorang sebenarnya secara metaforanya ialah orang Islam yang hidupnya hanya
mengikut perbuatan orang secara membabi buta, tiada ilmu dan tidak pernah mencari
ilmu, hanya Islam pada nama dan golongan inilah yang akhirnya menjadi golongan yang
munafik dan ada setengah daripadanya murtad di atas kejahilan diorang sendiri,” jelas
penulis.

Syahadah: 47
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Rini mengangguk lagi.


“Golongan terakhir iaitu tujuh orang yang paling setia dan yakin akan janji yang dibuat
oleh orang suruhan jutawan tadi, secara metaforanya, mereka inilah yang golongan
Mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t. dan RasulNya. Mereka ini juga
semakin hari semakin sedikit bilangannya di akhit zaman nanti,” tambah penulis.

“Awak fahamkan cerita tadi tu..?” tanya penulis kepada Rini.

Rini mengangguk tanda faham.

“Jadi mereka yang sentiasa dekat dengan Allah s.w.t. dan kerap melakukan amal ibadat,
peluang mereka untuk dapat berdoa pada waktu doa paling mustajab adalah tinggi jika
dibandingkan dengan mereka yang kurang beribadat dan yang tak pernah beribadat
langsung... awak faham kan...?” tanya penulis lagi.

“Maksud awak kita kena beribadat dan sembahyang terus menerus tanpa henti baru boleh
dapat peluang untuk berdoa waktu doa paling mustajab..?” tanya Rini kembali.

“Jangan salah faham Rini.. sebenarnya ramai kalangan kita, terutamanya umat Melayu
Islam salah faham dengan bentuk ibadat yang sepatutnya dilakukan. Beribadat pada
setiap masa bukanlah bermaksud tinggal dua puluh empat jam dalam masjid atau duduk
tanpa berbuat apa-apa di atas tikar sembahyang, sentiasa medadah tangan minta doa dan
sebagainya. Kita sepatutnya faham bahawa kita ni, Allah s.w.t. jadikan sebagai manusia.
Kita bukanlah Malaikat yang bertasbih, sembahyang dan beribadat kepada Allah pada
setiap saat sepanjang hidup mereka. Kita hendaklah faham bahawa kita ini adalah
manusia. Cara ibadat manusia berbeza dengan malaikat. Cara malaikat beribadat ialah
melakukan secara terus menerus apa yang diperintahkan Allah ke atas mereka, dan
malaikat-malaikat ini tak pernah berhenti dari melakukan amal ibadat seperti yang
diperintahkan Allah s.w.t.”

“Manusia pula cara ibadat kita berbeza, kita diperintahkan Allah s.w.t. supaya melakukan
ibadat khusus sepertimana yang telah diwahyukan kepada kita contohnya sembahyang
lima waktu, berpuasa, membayar zakat dan menunaikan haji. Ibadat khusus ni sangat
jelas hukum melaksanakannya dan merupakan sebahagian dari rukun Islam. Allah s.w.t.
tidak membebankan manusia dengan amal ibadat wajib yang berat. Sembahyang cuma
lima waktu sehari semalam yang mana kalau dikumpulkan waktu melakukannya tidak
sampai pun setengah jam sehari. Puasa wajib juga hanya dua puluh sembilan ataupun tiga
puluh hari setahun. Zakat dan haji pula bagi yang mampu. Itu saja yang diperintahkan.
Sebenarnya apa yang perlu dilakukan manusia ialah mengabdikan dirinya kepada Allah
s.w.t.. Ibadat manusia kepada Allah ialah dengan melakukan apa yang disuruh dan
meninggalkan apa yang dilarang olehNya. Ibadat manusia ialah keluar berusaha mencari
rezeki yang halal. Ibadat manusia kepada Allah ialah bekerja dengan penuh amanah
kerana Allah. Ibadat manusia kepada Allah ialah menjadi yang terbaik dalam setiap
bidang yang diceburi. Ibadat manusia kepada Allah ialah bermain bola dengan
bersungguh-sungguh menaikkan nama negara dan agama di mata dunia kerana Allah.
Ibadat manusia kepada Allah ialah belajar dengan bersungguh-sungguh menjadi pelajar

Syahadah: 48
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

yang paling cemerlang. Ibadat manusia kepada Allah ialah menjaga alam sekitar supaya
tak tercemar. Ibadat manusia kepada Allah ialah menjaga silaturrahim sesama manusia.
Ibadat manusia kepada Allah ialah memelihara orang tuanya dengan baik dan
bersungguh-sungguh kerana Allah s.w.t.. Ibadat manusia kepada Allah ialah menguasai
teknologi-teknologi terbaik dunia kerana Allah s.w.t.. Ibadat manusia kepada Allah ialah
dengan menguasai angkasalepas kerana Allah s.w.t.. Ibadat manusia kepada Allah s.w.t.
ialah dengan menjadi amanah. Ibadat manusia kepada Allah s.w.t. ialah dengan
berdakwah memperkembangkan Islam dan menyelamatkan saudara-saudara bukan Islam
dari kerugian yang amat besar di akhirat nanti. Ibadat manusia kepada Allah s.w.t. ialah
dengan bertaubat pada setiap dosa dan kesalahan yang dibuat. Ibadat manusia...”

“Cukup-cukup... saya dah faham... aduh.. punya la banyak contoh awak bagi..” Rini
mencelah memberhentikan ceramah percuma dari penulis.

“Bukan maksud saya nak bagi contoh yang banyak kat awak.. tapi saya nak awak faham,
kalau awak cuma mengasingkan diri duduk kat masjid tak keluar dan menyumbang
sesuatu kepada komuniti awak, itu maknanya Islam awak tu cacat. Islam bukanlah satu
agama yang mengiktiraf cara hidup macam sami dan rahib yang membuang terus dunia.
Islam ialah mengenai mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Islam ialah berkenaan
tanggungjawab individu dalam komuniti. Kalau awak lemah dalam pelajaran, pasti Allah
s.w.t. memberikan awak kelebihan yang lain seperti pandai melukis, memperbaiki
kenderaan dan sebagainya. Ibadat orang yang macam ni pula ialah dengan menjadi yang
terbaik dalam bidangnya kerana Allah s.w.t.. Semua tu akan dibalas oleh Allah s.w.t.
dengan pahala. Percayalah cakap saya. Kalau Allah s.w.t. mahukan awak hidup di dunia
dengan hanya bertasbih dan bersembahyang dua puluh empat jam, tanpa memberikan
apa-apa sumbangan kepada komuniti atau membawa apa-apa kebaikan dalam
masyarakat, awak sebenarnya tidak amanah dengan segala kudrat dan kelebihan yang
Allah s.w.t. kurniakan dan pertanggungjawabkan ke atas awak. Itu bermakna awak tidak
beribadat sebab awak tak amanah. Kalau Allah s.w.t. mahukan awak bertasbih dua puluh
empat jam sehari, sembahyang dua puluh empat jam sehari, buat apa Allah s.w.t. jadikan
awak sebagai manusia sedangkan Dia mempunyai berjuta Malaikat yang membuat
perkara sedemikian kepadaNya setiap saat dan masa. Cuba bayangkan kalau semua orang
Islam cuma bersembahyang dua puluh empat jam sehari tanpa melaksanakan amanah dan
tanggungjawab dalam komuniti, apa akan jadi pada mereka? Kalau beginilah cara hidup
mereka, pasti Islam tak akan bertahan lama, sebab tiada siapa pun nak pertahankan
negara kalau musuh menceroboh, kalau ada pun mungkin tak boleh sebab tiada
kelengkapan senjata yang disediakan. Yang paling penting ialah, melakukan semua
ibadat khusus yang Allah s.w.t. tetapkan mengikut kadarnya dengan ikhlas dan khusyuk,
dan bertanggungjawab ke atas amanah yang Allah s.w.t. pikulkan ke atas bahu umat
Islam dengan bakat, kepandaian, kecerdikan dan sebagainya. Jika semua ini dilakukan
dengan betul, maka umat Islam akan kembali menguasai dunia. Berjaya di dunia dan
akhirat merupakan motif utama umat Islam... Progress atau memajukan diri dan umat
merupakan ibadat dalam Islam dan sebahagian dari Islam...saya harap awak faham..”
bentang penulis dengan panjang lebar.

Syahadah: 49
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

5.

“Kalau Allah Maha Penyayang, kenapa


orang-orang kafir akan dibakar selama-
lamanya di dalam neraka?”

Syahadah: 50
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Mendengarkan jawapan panjang lebar dari dari penulis membuatkan Rini


tersenyum lalu diajukan pertanyaan kepada penulis.

“Awak cakap banyak ni tak penat ke...?” tanya Rini sambil tersenyum.

“Awak pun sama la juga.. saya cakap banyak sebab banyak soalan dari awak la.... apa la
awak ni...” balas penulis.

Rini hanya tersenyum.

“Tak dahaga ke..?” tanya Rini.

“Dahaga la... dah kering tekak pun.. awak nak minum ke...?” tanya penulis kepada Rini.

“Nantilah.. nanti keretapi berhenti kita turun beli kat stesen o.k... kat atas ni mahal la..”
jawab Rini balik.

“Saya o.k. ja... ikut awak la... air mineral yang awak beli tadi tu ada lagi ke tak..?” tanya
penulis.

“Dah abis la, buat cuci tangan masa makan burger tadi...” jawab Rini.

“Ingatkan ada lagi...” jawab penulis.

“Susahkan kalau tak ada air..?” Rini menambah.

“Ya la.. semuanya nanti susah.. tapi tak apa lah.. berhenti kejap nanti kita turun beli la..”
jawab penulis.

“Awak ada hafal ayat Qur’an juga kan Rini...?” tanya penulis.

“Ada.. tapi tak banyak la.. maksud ayat saya tak tahu la.. Cuma hafal bacaan dalam
bahasa Arab ja,” jawab Rini.

“Kat mana awak belajar mengaji, kan awak cakap yang mak dan ayah awak tak pernah
sembahyang kat umah.?” tanya penulis lagi.

“Diorang memang tak pernah ajar saya, tapi saya belajar masa tinggal kat hostel dulu...”
jawab Rini.

“Saya nak tanya awak satu soalan lagi boleh...?” tanya Rini pula.

“Saya tak pandai sangat nak menjawab kalau yang ditanya awak tu melibatkan hukum-
hukum fikah, bab tu saya belum expert la..” jawab penulis dengan harapan tiada soalan
berhubung hukum-hukum fikah ditanya Rini.

Syahadah: 51
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Taklah.. cuma dulu saya pernah diberitahu oleh kawan bukan Islam saya yang semua
agama itu sama, semuanya mengajak membuat kebaikan. Tak kira awak Islam, Hindu,
Kristian atau agama apa saja,” kata Rini.

“Kalau benar begitu, kenapakah kita menggelarkan mereka dengan panggilan Kafir?”
tanya Rini.

“Rini, sebenarnya tanggapan semua agama ialah sama adalah tak betul. Agama Islam
dengan cara kita sendiri, agama Hindu dengan cara mereka, agama Kristian pula dengan
cara mereka begitu juga agama-agama yang lainnya. Masing-masing menyembah Tuhan
sepertimana yang disebut dalam kitab agama masing-masing.” jawab penulis.

“Mengenai perkataan kafir yang kita gelarkan ke atas orang-orang bukan Islam,
perkataan tu bukanlah kasar, makna perkataan kafir ialah mereka yang tidak beriman atau
mereka yang tidak percaya dan mereka yang menolak Islam. Jadi apa yang menjadi
masalahnya?” tanya penulis lagi.

“Kita akan membuatkan mereka marah dan berkecil hati apabila digelar sebagai Kafir..
jadi perkara macam ni tak betulkan?” jawab Rini.

“Apa yang tak betulnya pula.. dalam dunia Islam hanya ada dua golongan, yang satu
beriman kepada Allah dan Rasulnya dan beriman kepada Al-Qur’an, mereka ini digelar
sebagai Muslim atau orang Islam, dan satu golongan lagi ialah mereka yang tidak
beriman kepada Allah, yang tak mengaku mereka menyembah Alah, mereka ini tak
mengaku yang Allah itu Tuhan mereka, mereka juga tidak mengaku yang Nabi
Muhammad s.a.w. itu pesuruh Allah dan mereka tidak langsung mempercayai Al-Qur’an
itu Kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Mereka inilah yang
digelarkan Kafir, yang bermaksud mereka yang menolak kebenaran Islam. Jadi apa
masalahnya di sini. Bukankah mereka menolak Islam sebagai agama mereka? Bukankah
mereka juga menolak Allah sebagai Tuhan mereka dan mereka juga menolak Nabi
Muhammad s.a.w. sebagi rasul mereka? Kalau mereka tidak suka dengan gelaran
tersebut, apa boleh buat, takkan nak panggil diorang ni Muslim pulak? Cuba awak
panggil diorang tu Muslim, tentu diorang marahkan? Jadi antara dua golongan ni pastinya
diorang ni termasuk dalam mana-mana satu kumpulan, samada yang beriman kepada
Allah ataupun yang tak mempercayai Allah,” jawab penulis.

“Macam mana pula kalau orang Kafir tu tak menentang Islam pula?” tanya Rini.

“Kafir ni ada dua golongan, satu golongan yang tak membuat kacau dan tak memerangi
Islam dan undang-undangnya, yang satu lagi ialah golongan yang menentang Islam,
memerangi umatnya dan menentang undang-undang Islam. Golongan yang pertama di
gelar sebagai Kafir Zimmi, dan yang kedua ialah Kafir Harbi. Golongan Kafir Zimmi ini
berhak mendapat layanan yang baik dari pemerintah negara Islam, keselamatan dan
kesejahteraan golongan ini terletak dibawah tanggungjawab pemerintah Islam untuk

Syahadah: 52
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

membantunya. Manakala Kafir Harbi pula wajib diperangi jika mereka mula memerangi
Islam. Faham..?” tanya penulis pula.

Rini mengangguk.

“Awak tahu tak Rini yang bukan agama Islam saja memberikan gelaran khas kepada
mereka yang di luar agamanya. Agama Hindu menggelarkan penganutnya sebagai Aastik
manakala yang bukan Hindu dan sesiapa saja yang menolak agama Hindu sebagai
agamanya digelar pula sebagai Naastik. Samalah juga dengan golongan Yahudi yang
menggelarkan orang bukan Yahudi sebagai Gentiles. Jadi bukanlah satu masalah kalau
mereka faham apa maksud kafir tu sendiri. Contohnya, kalau seorang Hindu bertemu
saya dan menggelarkan saya sebagai Naastik, tentulah saya seronok, sebab memang saya
seorang Naastik iaitu seorang yang bukan beragama Hindu dan menolak kepercayaan
Hindu sebagai pegangan agama saya, sebaliknya tentulah saya marah kalau orang
tersebut menggelarkan saya sebagai Aastik sebab saya bukan beragama Hindu. Seoarang
Yahudi boleh memanggil saya sebagai Gentiles kerana memang saya bukan Yahudi, jadi
tiada masalah bagi saya. Jadi kenapakah mereka merasakan begitu hina digelarkan
sebagai kafir sedangkan maksud kafir tu ialah sama seperti yang saya sebutkan tadi? Jika
mereka merasa terhina digelar sebagai orang yang tidak mempercayai agama Islam, itu
bermakna mereka tidak faham maksud perkataan kafir itu sendiri? Betapa hebatnya
perkataan yang dipilih Allah untuk menggambarkan mereka yang tidak beriman
kepadaNya sehinggakan mereka yang tidak beriman kepadaNya berasa sangat terhina
digelarkan sedemikian rupa.. padahal perkataan Naastik dan gentiles yang digelarkan ke
atas Muslim sedikit pun tidak mendatangkan kemarahan malahan berbangga pula jika
kita digelar sebagai tidak beriman kepada agama mereka.. awak fahamkan semua ni..?”
tanya penulis lagi.

Rini hanya mengangguk.

“Nizam, betulkah semua orang kafir ini akan dimasukkan ke dalam neraka?” tanya Rini
lagi.

“Ya..” jawab penulis sambil mengangguk.

“Walaupun diorang tu hidup dengan berbuat baik dan tak pernah melakukan apa-apa
kejahatan dan dosa?” tanya Rini lagi.

Penulis hanya mengangguk.

“Bukankah Allah s.w.t. tu Tuhan Yang Maha Penyayang?” tanya Rini lagi.

“Kalau benar Allah s.w.t. tu Tuhan yang Maha Penyayang, kenapa Dia memasukkan dan
menyeksa hamba-hambanya yang kafir selama-lamanya dalam neraka? Sedangkan
mereka tak pernah pun minta dilahirkan dalam keadaan kafir?” tanya Rini lagi.

Syahadah: 53
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Sebab tulah Rini awak perlu bersyukur dilahirkan dalam keluarga Islam dan beragama
Islam. Awak sangat beruntung sebab sedari waktu lahir saja dah kenal siapa Tuhan
sebenar awak. Orang-orang bukan Islam yang lain yang mencari hidayah terpaksa
bergadai nyawa semata-mata ingin menjadi seperti awak,” jelas penulis.

“Rini, pernah awak melancong keluar negeri?” tanya penulis.

“Pernah..” jawab Rini.

“Ke mana?” tanya penulis kembali.

“India, China, Indonesia, Turki, England, Thailand dan Jepun,” jawab Rini bangga.

“Pergi sendiri ke?” tanya penulis.

“Taklah, pergi dengan family,” jawab Rini

“Wow.. banyaknya tempat awak pergi. Saya ni dah plan lepas grad nanti, kerja dalam
tujuh tahun, kumpul duit banyak-banyak, saya nak pergi melancong, kalau boleh ke
seluruh dunia sebab Allah pun suruh kita berjalan-jalan ke seluruh dunia tengok tempat
orang, komuniti kat sana dan dari situlah kita dapat tengok kebesaran Allah. Tak lah
terperuk kat sini ja dan dapat point of view yang sama saja,” tambah penulis.

“Saya pun suka melancong la... kalau boleh nak buat macam yang awak plan juga, pusing
dunia,” tambah Rini.

“Rini, kalau nak melancong kita kena buat passport dulu kan?” tanya penulis pula.

“Ya la, takkan awak tak tahu pulak?” balas Rini.

“Tahu.. saja tanya, sesetengah negara pulak kita kena ada visa untuk masuk ke negara
diorangkan?” tanya penulis lagi.

“A’aah...” jawab Rini sambil mengangguk.

“Macam tu juga la kalau awak nak masuk syurga, awak kena ada ‘passport’ ngan ‘visa’
dulu sebelum diterima masuk,” jelas penulis.

“Hah! Kena ada passport ngan visa untuk masuk syurga? Apa yang awak merepek ni?”
tanya Rini keliru.

“Ya.. memang awak kena ada ‘passport’ dengan ‘visa’ dulu sebelum dapat masuk syurga,
kalau kat dunia ni, masa pemeriksaan dijalankan kat airport, awak akan kena tangkap dan
terus kena tahan kat pusat tahanan atau penjara kalau awak tak ada passport. Betulkan?”
tanya penulis lagi.

Syahadah: 54
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Rini mengangguk.

“Tapi passport ngan visa apa yang kita kena ada untuk masuk syurga?” tanya Rini yang
kehairanan.

“Senang ja, ‘passport’ ngan ‘visa’ untuk masuk syurga ialah dengan mengaku bahawa
Tiada Tuhan yang awak sembah melainkan Allah dan mengaku yang Nabi Muhammad
s.a.w. itu Pesuruh Allah,” jawab penulis dengan jelas.

“Dua kalimah syahadah?” tanya Rini sambil mengerutkan dahinya.

“Ya.. Dua kalimah syahadah. Jika di dunia, passport dan visa untuk keluar negeri dibuat
dulu di negara asal sebelum masuk ke negara lain, samalah juga dengan proses untuk
melayakkan diri untuk masuk syurga. Dua kalimah syahadah perlu diucap dan dipegang
dengan erat dan betul sepanjang hidup kita di dunia ni sebelum masuk ke alam akhirat
nanti,” jelas penulis.

“Tapi adilkah macam tu kat orang dilahirkan dalam keluarga kafir, yang semenjak
dilahirkan ia tinggal di negara kafir dan sepanjang hidupnya dikelilingi oleh orang kafir,
mereka ni tak pernah kenal orang Islam dan agama Islam, jadi macam mana diorang ni
nak mengucap dua kalimah syahadah, adilkah menghukum diorang ni dengan neraka?”
tanya Rini pula.

“Sebenarnya Rini, Allah s.w.t. sudahpun menghantar kepada setiap umat Rasul ataupun
Nabi untuk mengajak setiap umat tu mengakui dan mengenali bahawa Tuhan mereka
ialah Allah. Tiada satu umat pun yang tercicir. Yang menjadi masalahnya ialah bila
datuk, nenek dan moyang mereka menolak sama sekali Nabi-nabi dan Rasul yang diutus
Allah dan ada sesetengahnya pula sehingga ke tahap membunuh utusan-utusan Allah
tersebut. Jadi yang menjadi punca kepada kekufuran diorang ialah kerana datuk nenek
mereka yang menolak samasekali utusan-utusan Allah yang datang kepada mereka. Maka
keturunan yang lahir daripada golongan ini akan menjadi keturunan yang kufur terhadap
Allah,” jelas penulis.

“Abis tu takkan diorang nak kena tanggung semua dosa yang dibuat oleh nenek moyang
diorang. Tak adilkan?” Rini mengasak dengan pertanyaan bertubi-tubi.

“Allah s.w.t. tak pernah membebankan seseorang dengan dosa yang dilakukan oleh orang
lain. Kalau ditakdirkan seorang bayi yang dilahirkan dan belum capai akil baligh dalam
mana-mana keluarga bukan Islam meninggal dunia, Allah s.w.t. akan memasukkan bayi
tersebut ke syurga tanpa apa-apa syarat,” jelas penulis.

“Kenapa pula macam tu?” tanya Rini lagi.

“Setiap bayi yang dilahirkan, dia dilahirkan tanpa sebarang dosa sehinggalah ketika dia
mencapai akil baligh. Biasanya bagi lelaki pada umur 12 hingga 15 tahun dan perempuan
pula kebiasaannya mencapai akil baligh ketika berumur 9 hingga 15 tahun. Selagi belum

Syahadah: 55
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

mencapai akil baligh, apa saja yang dilakukannya dikira tidak berdosa oleh Allah s.w.t.”
jelas penulis.

“Walaupun dia menyembah berhala ketika belum akil baligh?” tanya Rini lagi.

“Ya... walaupun dia menyembah berhala.” Jawab penulis.

“Kenapa pula macam tu.. tak faham saya?” tanya Rini yang sedikit keliru.

“Sebab yang membuatkan kanak-kanak tersebut menyembah berhala ialah ibu bapanya.
Pada waktu masih kanak-kanak, seseorang kanak-kanak tu tak dapat menilai yang mana
betul atau tidak, yang mana benar atau salah. Ini kerana akal yang ada kepada mereka
belum sempurna. Biasanya sifat kanak-kanak akan bertanya mengenai sesuatu yang
kurang difahaminya kepada ibubapanya. Jadi bila kanak-kanak tersebut bertanya kepada
ibubapanya yang sesat, maka anak itu juga akan sesat, tetapi bukan diatas kemahuannya,
tetapi disebabkan oleh jawapan yang menyesatkan yang dia dapat dari orang yang paling
dipercayainya di dunia. Bagi kanak-kanak tersebut, ibu bapanya takkan menipu. Jadi
amatlah tidak adil jika seorang kanak-kanak yang belum sempurna akalnya dibebankan
dengan dosa atas perbuatannya yang hanya menurut kehendak ibubapanya,” jelas penulis
lagi.

“Jadi kenapa bila akil baligh kanak-kanak tersebut akan menanggung dosa akibat
disesatkan ibubapanya pula?” tanya Rini.

“Rini, Allah s.w.t. Tuhan Yang Maha Bijaksana, setiap ciptaannya sangat sempurna
mengikut apa yang telah Dia tetapkan. Soalan awak tadi tu perlu diperbetulkan sedikit.
Apabila kanak-kanak tersebut mencapai akil baligh, dia bukan lagi digelar kanak-kanak.
Tapi digelarkan sebagai remaja. Remaja sebagaimana yang awak, saya dan semua orang
sedia maklum, merupakan satu peringkat dalam hidup di mana perubahan fizikal, emosi
dan cara berfikir dalam diri setiap manusia mula terbentuk. Perkara yang paling biasa kita
dengar mengenai kitar hidup remaja dari mulut semua orang ialah, sifat memberontak
dalam diri mereka yang semakin menguasai diri. Biasanya pada ketika peringkat remaja
inilah mereka mula mempersoalkan berbagai perkara dalam hidup mereka. Paling biasa
kita dengar ialah, remaja akan selalu berselisih faham dengan ibubapanya. Dulu masa
kanak-kanak, semua yang diberitahu atau disuruh ibubapanya, dia akan katakan betul dan
akan turuti. Tetapi apabila masuk ke fasa remaja, hampir apa saja yang dikatakan atau
dibuat oleh ibubapanya akan ditentang dan dipersoalkan olehnya. Jika waktu itu, remaja
Islam sekalipun harus dipaksa ibubapanya supaya sembahyang. Jika tidak, dia akan
mengambil ringan soal ibadat tersebut. Begitu juga dengan remaja bukan Islam. Mereka
akan mula mempersoalkan kebenaran ibadat atau ritual yang diamalkan kerana mereka
dahagakan ilmu dan kebenaran. Itu sifat manusia yang telah Allah tetapkan. Jadi waktu
remaja inilah waktu mereka bereksperimen dengan berbagai benda dan perkara yang baru
dalam hidup mereka. Dan waktu inilah juga waktu di mana ramai remaja melakukan
banyak kesilapan dalam hidupnya. Kemudian remaja-remaja ini yang melalui semua
jatuh bangun akan membentuk satu sejarah hidup yang meninggalkan kesan yang
mendalam kepada mindanya. Sejarah dan kesilapan demi kesilapan yang dilalui akan

Syahadah: 56
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

membuatkannya semakin hari semakin matang dalam menuju kehidupan dewasa. Maka
kematangan akal akan mula terbentuk dan pengalaman-pengalaman inilah yang akan
menjadi sumber rujukan pertamanya dalam menilai sesuatu perkara atau sebelum
memulakan satu tindakan. Apabila matang, maka kecerdikan akal dan daya analitik dan
lojik akan menjadi kuat. Seorang dewasa akan dapat menilai mana yang betul dan mana
yang tidak melalui lojik akalnya. Sebab itulah macam yang saya katakan awal tadi, Islam
ni agama untuk orang yang berakal. Cuba awak fikirkan, kalau awak nampak seorang
doktor atau saintis yang pandai dalam bidang masing-masing tapi masih menyembah batu
yang diukir oleh manusia? Cerdikkah orang sebegini? Takkan mereka tak tahu yang batu
yang mereka sembah tu kalau seekor lalat hinggap dimukanya dia tak dapat berbuat apa-
apa untuk menghalau lalat tersebut. Ini kerana dia hanyalah sebuah batu yang diukir oleh
manusia. Orang yang pandai dan cerdik, dia akan mengenali Tuhan yang menciptakan
dirinya dengan begitu sempurna. Awak fahamkan?” tanya penulis dengan harapan Rini
memahami penjelasan yang dibuat oleh penulis.

“Macam mana yang awak tahu dewasa nanti, remaja tersebut akan mempersoalkan setiap
agama yang dianutinya apakah betul apakah tidak?” tanya Rini lagi.

“Rini.. apalah awak ni... yang awak soal saya macam-macam ni bukankah awak
mempersoalkan agama yang awak anuti? Itukan contoh terbaik yang datang dari diri
awak sendiri? Macam saya juga, saya dapat menjawab sedikit sebanyak soalan yang
awak kemukan disebabkan oleh saya juga dari semasa ke semasa memikirkan apa yang
awak fikirkan, tapi bezanya, saya mencari jawapannya dengan meminta kepada Allah
menunjukkan jalan yang betul, dan akhirnya sedikit sebanyak persoalan yang
ditimbulkan oleh hati saya dapat dijawab,” jawab penulis.

“Satu lagi Rini, kehidupan yang kita lalui dari remaja hingga dewasa dan tua akan
dipenuhi dengan macam-macam konflik yang mencengkam jiwa, bermacam-macam
masalah yang timbul sehinggakan kita mula mengatur langkah mencari ketenangan jiwa.
Allah s.w.t. telah menciptakan manusia sebagi jasad, yang menggerakkan jasad tersebut
ialah Roh kita. Jika jasad memerlukan makanan, begitu jugalah dengan Roh. Makanan
bagi jasad ialah nasi, ayam dan semua makanan yang dihalalkan oleh Allah s.w.t.,
manakala makanan dan santapan bagi roh pula ialah mengenal dari mana kita datang,
Siapa menciptakan kita, apa tujuan kita di sini, dan ke mana destinasi kita selepas ini.
Roh akan menjadi kenyang dengan amal ibadat yang kita lakukan terutamanya
sembahyang, puasa dan zakat. Jadi jika menyembah tuhan yang salah, tiada ketenangan
kepada Roh akan dicapai. Jadi ketenangan yang dicari tak dicapai. Maka manusia itu
akan mula mempersoalkan apakah benar segala ritual dan ibadat yang dilakukan itu betul
ataupun tidak. Setiap manusia akan sampai beberapa ketika dalam hidupnya bertanyakan
soalan yang hampir sama didalam hati mereka, adakah Tuhan itu ada atau wujud? Kalau
wujud Siapakah Dia? Kenapakah aku dijadikan sebagai manusia? Kenapa aku mesti
hidup dan kemudian mati? Ke mana aku akan pergi selepas mati? Apakah macam tu saja
hidup aku di dunia ini, kemudian mati dan tiada apa-apa tujuan? Apakah wujud syurga
dan neraka? Kenapakah dunia ini sangat kejam dan tak adil, yang berkuasa menindas
yang lemah, yang lemah terus ditindas sampai mati, jadi takkan perbuatan jahat seperti
itu akan terlepas begitu saja kalau hidup ini hanya sekadar enam puluh tahun jangka
Syahadah: 57
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

hayatnya? Kenapa banyak sangat agama dalam dunia ini, dan manakah satu yang betul?.
Banyak lagi soalan-soalan yang akan timbul dalam hati setiap manusia dalam beberapa
ketika dalam hidupnya, dan bagi yang mencari jawapan kepada persoalan-persoalan
tersebut, pasti akhirnya dia akan menemui jawapan yang dicarinya dalam agama Islam.
Bagi yang duduk saja dan membiarkan persoalan-persoalan sedemikian bermain di minda
dan hatinya tanpa membuat apa-apa, maka dia akan terus dihantui persoalan-persolan
sedemikin rupa sehingga ke akhir hayatnya. Awak fahamkan?” tambah penulis.
“Saya faham.. tapi macam mana pula dengan situasi dalam soalan saya tadi, dilahirkan
dalam keluarga bukan Islam, dikelilingi masyarakat bukan Islam dan tinggal dalam
negara bukan Islam, macam mana diorang ni nak dapat hidayat?” tanya Rini lagi.
“Rini, zaman sekarang ni, tidak ada manusia yang tak dapat mana-mana jalan untuk cara
mendapatkan apa-apa maklumat mengenai Islam, zaman sekarang ni apa saja maklumat
awak boleh dapat dengan hanya melayari internet. Bukankah itu satu kemudahan bagi
mereka. Bagi yang tidak mendapat capaian internet, buku-buku, majalah-majalah
malahan surat khabar yang diorang baca dan berita yang diorang tonton sendiri pun ada
maklumat yang akan mendorong diorang untuk cuba mengenali agama Islam,” jawab
penulis.
“Betulkah macam tu, contohnya?” Rini bertanya lagi.
“Contohnya macam berbagai konflik yang berlaku antara negara barat dan Islam, paling
kerap ditonton dan dibaca ialah berita mengenai pencerobohan Israel ke atas Palestin,
perang teluk 1992 antara Amerika dan Iraq, perang Soviet dengan Afghanistan dan
sebagainya. Pencerobohan-pencerobohan dan perang-perang yang dimulakan negara
barat ke atas Islam ini walaupun sakit hati umat Islam mengenangkannya, tapi kesan
positif perang itu ke atas agama Islam tu sendiri adalah sangat mengejutkan. Ramai yang
membaca kisah perang tersebut mula mencari dan mempersoalkan siapa orang Islam tu,
kenapa barat sangat memusuhi Islam dan apa Islam tu sendiri. Macam mat saleh selalu
cakap ‘blessing in disguise’, rahmat yang tak terlihat atau terselindung, cara Allah
membuatkan agama Islam tetap berkembang sangat menakjubkan dan di luar lojik akal.
Semakin banyak fitnah yang ditaburkan barat ke atas Islam, maka semakin ramai pula
kalangan penduduk barat yang menganut agama Islam sehinggakan kini, agama Islam
merupakan agama kedua terbesar di Eropah dan hampir menjadi agama kedua terbesar di
Amerika Syarikat. Kesan yang diharapkan barat bagi menjahanamkan imej Islam
dikalangan penduduk barat tidak berlaku dengan magnitud yang diharapkan, tetapi apa
yang terjadi sebaliknya, jualan kitab terjemahan kitab Al-Qur’an semakin hari semakin
laris di pasaran barat, buku-buku mengenai Islam semakin banyak yang menjadi best
seller di sana. Kesannya, semakin ramai yang memeluk agama Islam setelah kebenaran
yang mereka cari selama ini terjawab dengan mengenali Islam. Cara Allah s.w.t.
melakukan sesuatu memang tak dapat garap oleh akal lojik biasa, sepatutnya lebih kerap
Islam difitnah dan dikeji, lebih jauh manusia dari Islam, tapi ini semua tak berlaku, malah
lebih kerap Islam difitnah, lebih ramai pula yang datang berpusu-pusu untuk memeluk
Islam,” jelas penulis dengan panjang lebar.

Syahadah: 58
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Rini mengangguk tanda faham.


“Tapi macam mana pula kalau ada segolongan manusia, katakanlah diorang ni tinggal
dalam sebuah pulau yang tak ada apa-apa kemudahan, tak pernah keluar dari pulau tu, t.v.
tak ada, radio pun tak ada, suratkhabar tak ada dan boleh dikatakan diorang ni terperuk
kat situ saja. Diorang ni pula bukan Muslim. Macam mana diorang nak dapat hidayah dan
terselamat dari api neraka?” tanya Rini menmbahkan lagi koleksi soalan-soalan mautnya.
“Rini, kan saya dah cakap tadi bahawa tidak ada satu umat pun dalam dunia ini yang
Allah s.w.t. tak pernah utus mana-mana Nabi atau Rasul kepada mereka. Cuba awak fikir,
manusia yang tinggal kat pulau tu mesti berasal dari mana-mana tanah besar sebelum
nenek moyang mereka berhijrah ke pulau tersebut. Pastinya nenek moyang mereka dah
pun berjumpa atau bertemu dengan utusan-utusan yang dihantar oleh Allah s.w.t.. Cuma
mungkin nenek moyang mereka menolak kebenaran yang dibawa oleh utusan-utusan
Allah tersebut mengakibatkan mereka tak mendapat apa-apa berita mengenai Allah. Tapi
Allah s.w.t. Maha Kaya, macam apa yang berlaku kat kepulauan nusantara sini la, dulu
nenek moyang kita beragama Hindu dan Buddha, kemudian Allah mengutus pedagang-
pedagang Arab, India dan China yang beragama Islam ke sini untuk berniaga hampir 700
tahun dahulu, dari situ seluruh penduduk kepulauan nusantara ni mendapat hidayat. Allah
s.w.t. pasti akan menghantar apa saja bentuk utusan sebagai pemberi maklumat siapa
Tuhan yang sebenar. Cuma mungkin sesetengah mereka menolak di atas sebab kejahilan
dan cinta dunia yang tak dapat dibuang. Tapi janganlah risau kerana Allah s.w.t. hanya
berjanji untuk meyiksa dan memasukkan ke dalam neraka mereka-mereka yang telah
sampai ilmu pengetahuan mengenai Allah kepada mereka, tetapi ditolak oleh mereka.
Bagi yang tak tahu langsung atau dalam situasi kehidupan macam yang awak sebutkan
tadi tanpa sebarang akses ilmu, Allah s.w.t. tetap Tuhan Yang Maha Pengampun, mereka
hidup dalam keadaan tersebut pun telah ditentukan Allah, jadi Allah sahaja yang berhak
menilai mereka. Ingatlah Rini, Allah s.w.t. takkan menghukum seseorang oleh kerana
orang itu tak tahu atau pun terlupa, tapi yang dihukumNya ialah orang yang telah sampai
ilmu pengetahuan kepadanya tapi masih berdegil dan buat bodoh saja,” tambah penulis.
“Bagaimana kalau orang tu sangat baik dalam kehidupannya, suka menderma dan
menolong orang, tak pernah menyakiti hati orang dan tak pernah berbuat jahat sepanjang
hidupnya, cuma kesalahan yang dilakukannya ialah tidak menyembah Allah. Adilkah
dihukum orang-orang yang baik sebegini?” tanya Rini lagi.
“Rini, kalau ada orang macam tu, tentulah dah lama Allah lorongkan jalan kepadanya
untuk menemui Islam dan mendapat hidayat Allah, kebaikan yang dilakukan dengan
ikhlas akan mendekat seseorang dengan jalan yang benar iaitu Islam, kalau sampai mati
pun orang yang awak nampak baik macam ni tak mendapat hidayat dan mati dalam
kekufuran, jadi apa yang awak nampak baik itu semua hanya kosmetik belaka. Hati, niat
dan atas sebab apa perbuatan baik yang dilakukannya itu hanya Allah s.w.t. sahaja yang
tahu mengapa hidayat tidak dikurniakan kepada orang tersebut. Awak nak tahu kenapa
Allah menghukum orang yang kufur kepadaNya dengan balasan api neraka selama-
lamanya?” tanya penulis kembali.

Syahadah: 59
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Rini mengangguk.
“O.k. saya bagi contoh kat awak di sini. Seorang ibu melahirkan seorang anak,
ditanggung susah payah mengandungkan anak itu selama sembilan bulan, kemudian dia
menanggung pula kesakitan semasa melahirkan anak tersebut. Anak yang dilahirkan tu
diberikan kasih sayang yang sepenuhnya, bila menangis saja tengah malam lapar susu,
ibu tadi bangun menyusukan anaknya biarpun ibu itu sedang letih. Diberikan semua yang
diminta oleh anaknya. Disekolahkan anaknya di sekolah yang terbaik. Diuruskan pakaian
dan makan minum anak tersebut sehingga masuk universiti. Kemudian apabila dah keluar
universiti dan mendapat pekerjaan yang baik, anak itu berkenalan dengan seorang
perempuan sehinggakan anak itu bagaikan lupa diri terbuai dan hanyut dengan cinta
kepada perempuan tersebut. Ibunya langsung tak dijenguk sehingga ke satu tahap anak
tersebut bila bertemu ibunya yang datang melawatnya, dia tak mengaku yang ibunya itu
ibu kandungnya. Lalu disumpah seranah ibunya itu dengan kata-kata dan perbuatan yang
menyakiti hati ibunya. Dia juga mengatakan bahawa dia anak orang lain dan orang lain
yang memeliharanya sampai dewasa dan berjaya sedemikian rupa. Cuba awak bayangkan
perasaan ibu tersebut? Kalau awak ibu tu apa yang akan awak buat? Itu baru kasih ibu,
Kasih Allah s.w.t. kepada kita tak terbayar sampai bila-bila pun. Allah menyayangi kita
berjuta kali lebih mendalam dari kasih ibu kita sendiri kepada kita. Cuba awak bayangkan
setiap degup jantung awak tu dikawal kadarnya oleh Allah, setiap atom udara yang awak
sedut tu telah disediakan Allah untuk awak, hambaNya yang sangat dikasihinya supaya
awak tak sesak nafas. Setiap seekor ikan yang awak makan, Allah telah sediakan laut
sebagai tempat untuk ikan itu hidup dan membesar terlebih dahulu, disediakan makanan
dan sistem-sistem sokongan bagi ikan tersebut untuk hidup sehingga cukup dewasa untuk
ditangkap dan dibawa ke pasar oleh hamba-hambaNya yang lain supaya diakhirnya ikan
itu akan sampai kepada hambaNya yang sangat dikasihiNya iaitu awak yang mengidam
untuk makan ikan tersebut sebagai lauk tengahari. Buah yang awak makan selepas makan
ikan tersebut, Allah s.w.t. telah sediakan baginya tanah di bumi bagi pokok kepada buah
tersebut hidup, membekalkan pokok tersebut dengan secukup bekalan gas karbon
dioksida sebagai bahan makanan pokok tersebut, dijadikanNya Matahari dalam jarak
yang sesuai supaya pokok tersebut mendapat manfaat dari cahaya matahari untuk
membuat makanan dengan proses fotosintesis, diputarkanNya bumi supaya pokok
tersebut tidak mati disinari cahaya matahari secara berlebihan, dihantarNya angin, haiwan
dan serangga untuk mendebungakan pokok tersebut supaya menghasilkan buah, dan
kemudian Dia menghantar hujan bagi menyuburkan pokok tersebut, dijadikannya kulit
kepada setiap buah supaya isi buah tersebut tidak disentuh apa-apa pencemaran sebelum
dikupas oleh awak nanti dan apabila buah itu cukup masak, dihantarNya manusia
memetik buah tersebut lalu dijual dan dibeli oleh awak. Atas kasih sayangNya akhirnya
membuatkan awak akhirnya dapat makan buah tersebut sebagaimana yang awak
idamkan. Bumi ini Allah sediakan dan hamparkan untuk kegunaan kita sebagai khalifah
di muka bumi. Semuanya cukup bagi semua hamba-hambaNya yang amat disayangiNya.
Tapi apa yang Dia minta dari awak? Ada Dia suruh awak duduk dalam masjid 24 jam
setiap hari ucapkan terima kasih kepadaNya setiap saat? Ada Dia hantar apa-apa bil
bayaran bulanan untuk jantung, buah pinggang, paru-paru, udara, matahari, bumi dan
segala-gala yang Dia bagi kat awak sebagai bayaran yang awak perlu bayar kepadaNya?
Ada Dia suruh awak buat benda-benda menyiksakan diri awak macam jalan atas api
supaya awak boleh berterima kasih kepadaNya? Tak adakan? Yang Dia mahu awak buat
Syahadah: 60
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

ialah mengaku yang Dia satu-satunya Tuhan yang awak sembah. Macam mana nak
berterima kasih kepadaNya? Dengan dua kalimah syahadah yang awak ucap dengan
penuh keimanan saja yang Dia minta. Sembahyang setiap hari dalam masa yang tak lebih
dari setengah jam saja setiap hari sebagai tanda bersyukur awak kepadaNya. Itu pun
kalau awak lakukan Dia Yang Maha Pemurah bagi lagi kat awak dengan pahala yang
akan awak dapat dalam syurga. Kalau benda macam ni pun tak boleh buat, tak nak
mengaku yang Allah tu Tuhan yang disembah dan lebih rela menyembah batu dan
memuja orang yang langsung tak memberikan manfaat kepada awak, maka
selayaknyalah orang-orang sebegini dibakar dalam neraka selama-lamanya,” jelas penulis
dengan panjang lebar mengharapkan supaya Rini faham.
Rini hanya terdiam dan memandang ke arah luar tingkap keretapi yang sedang bergerak.
Kemudian dia tunduk menutup mukanya dengan kedua tapak tangannya. Lama dia dalam
keadaan sebegitu.
Penulis hanya memerhatikan gelagatnya. Seakan dia sedang bersedih.
“Awak.. saya nak pergi toilet jap, awak tunggu sini o.k.” tiba-tiba Rini berkata tanpa
menoleh ke arah penulis. Penulis pun bangun memberikan laluan kepada Rini untuk ke
tandas.

Syahadah: 61
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

6.

“Kenapa terdapat banyak agama di dunia


ni, kenapa tidak satu saja dari zaman Nabi
Adam a.s.?”

Syahadah: 62
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Lebih kurang sepuluh minit kemudian Rini kembali ke tempat duduknya di


sebelah penulis. Dia menyatakan tadi dia sempat bertanya kepada seorang pegawai tiket
dalam gerabak di belakang, pukul berapa keretapi yang kami naiki ini akan berhenti di
stesen yang seterusnya. Rini menyatakan bahawa pegawai tersebut memberitahu lebih
kurang pukul dua setengah pagi keretapi in akan berhenti di stesen Ipoh.

Melihatkan sekeliling gerabak yang dinaiki kami, boleh dikatakan ramai penumpang
sudah nyenyak tidur dibuai mimpi. Cuma ada segelintir sahaja yang masih rancak berbual
termasuk kami.

Rini terpandang beg gitar kapok penulis dan kemudian dia bertanya.

“Awak main muzik juga ke..?”

“Main jugak. Isi masa lapang la,” jawab penulis.

“Ada band ke?” tanya Rini lagi.

“Ada.. band suka-suka, semua budak Engineering, tapi kadang-kadang tu ada juga budak
sports science ngan hotcat (Hotel & Catering) join kami,” jawab penulis.

“Dari gaya awak dressing saya tahu awak minat muzik,” tambah Rini lagi.

“Kenapa dengan cara dressing saya?” tanya penulis balik.

“Ya la, baju yang awak pakai pun baju band Ramones, tentulah awak minat muzik kan?”
tambah Rini lagi.

“Awak tak minat ke?” tanya penulis kembali.

“Saya tak berapa minat la..” jawab Rini.

“Bukan ke muzik tu haram?” tanya Rini lagi.

“Sebenarnya fitrah manusia sukakan kepada hiburan, kecantikan, warna dan keindahan.
Selagi fitrah tu tak melalaikan awak dari Allah dan tanggungjawab awak, tiada dosa bagi
awak menjadi manusia yang cintakan fitrah yang Allah s.w.t. anugerahkan kepada awak.
Bagi saya pula, saya perlukan muzik masa saya belajar, kalau tak ada muzik jadi lembab
sikit otak nak solve problem. Kita hanya manusia Rini, Allah s.w.t. menciptakan bumi ni
dengan segala bentuk keindahan bagi manusia menikmatinya dan mengingati Allah serta
bersyukur kepadaNya. Macam yang saya cakap awal tadi, ibadat manusia tidak sama
dengan cara ibadat malaikat. Malaikat ada tugas-tugas khas yang perlu dilaksanakan
tanpa bantahan dan dibuat berterus-terusan. Manusia pula dengan amal ibadat dan
berbagai-bagai tanggungjawab yang perlu dilakukan. Kalau awak belajar atau baca buku
sampai lupa sembahyang, jadi belajar yang sepatutnya menjadi satu fisbilillah
menjadikan awak berdosa kerana ia telah melalaikan awak dari tanggungjawab awak

Syahadah: 63
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

dengan Allah. Jika awak bersembahyang sunat, tiba-tiba ibu awak memanggil awak dan
awak tak memenuhi keperluan ibu awak, maka awak dikira berdosa sebab mengutamakan
yang sunat dan mengabaikan tanggungjawab awak terhadap ibu awak. Satu lagi contoh
semasa awak sedang bekerja, tiba-tiba awak ke surau untuk membaca Yaasin atau
bersembahyang sunat sedangkan tanggungjawab utama awak ketika itu ialah bekerja.
Bagi yang tak memahami bahawa kerja itu juga ibadat jika dibuat kerana Allah, maka
keperluan kepada sembahyang sunat di waktu kerja tidak akan diutamakan. Dalam Islam,
awak seharusnya mengetahui keutamaan sesuatu tanggungjawab di atas tanggungjawab
yang lain sebelum melakukannya. Keutamaan harus diberikan kepada yang paling utama
dahulu yang perlu dilaksanakan. Bagi Muslim, keutamaan yang paling utama ialah
akidah awak kemudian ibadat wajib kepada Allah s.w.t. sebagai memenuhi rukun Islam
awak. Kemudian tanggungjawab awak kepada ibu awak, selepas itu bapa awak dan
seterusnya. Dalam meletakkan keutamaan dalam perkara-perkara yang menjadi
tanggungjawab awak, kebiasaannya hiburan seperti muzik ini akan muncul dalam senarai
yang terkebelakang iaitu setelah semua tanggungjawab wajib awak kepada Allah s.w.t.,
ibu bapa awak, isteri, anak dan keluarga awak dipenuhi waktu tersebut. Maka nikmat
menikmati hiburan itu akan lebih enak rasanya setelah semua tanggungjawab dipenuhi.
Kecuali jika hiburan itu membawa awak melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh
Allah s.w.t. seperti mendedahkan aurat dan lirik yang tak senonoh atau yang terlalu
memuja-muja perempuan atau kekasih dalam nyanyian, sehingga membuatkan awak
berfikiran yang bukan-bukan ke arah perkara yang tak elok, maka hiburan seperti inilah
yang dikatakan sebagai melalaikan. Sebab itu dari awal tadi saya katakan bahawa Islam
merupakan agama yang mementingkan kewarasan akal. Hanya orang berakal sihat dan
sempurna serta sedar akan tanggungjawabnya, tahu meletakkan keutamaan dalam
perkara-perkara yang dibuatnya. Islam juga bukan sebuah agama yang terlampau rigid
atau kaku yang berkisar kepada soal halal dan haram saja. Islam ialah sistem hidup, maka
sebagai sistem hidup yang sempurna, Islam sudah meletakkan garis panduan mengenai
keutamaan-keutamaan yang perlu dituruti oleh penganut-penganutnya supaya kejayaan
dapat dikecapi di dunia dan akhirat,” jelas penulis dengan panjang lebar.

“Awak katakan Islam merupakan satu sistem hidup paling sempurna dan semua manusia
dijadikan oleh Allah s.w.t., tapi kenapa ada banyak agama dan kepercayaan wujud dalam
dunia ni? Kenapa Allah tak jadikan satu saja agama dari Nabi Adam a.s.? Kan senang
macam tu?” tanya Rini lagi.

“Rini, sebenarnya hanya ada satu agama saja dari zaman Nabi Adam a.s. iaitu Islam,
bermulanya zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah ke zaman Nabi Nuh a.s., pada zaman
Nabi Nuh inilah munculnya penyembah-penyembah berhala disebabkan jauhnya mereka
dari syariat yang ditetapkan Allah bagi mereka. Ketika inilah seruan syahadah yang
pertama bagi mengingatkan kaum Nabi Nuh a.s. bahawa tiada Tuhan yang selayaknya
disembah melainkan Allah diucapkan. Ini kerana ramai antara kaum Nabi Nuh a.s. sesat
dalam penyembahan berhala. Sifat manusia yang suka membantah serta melakukan
perkara-perkara yang dilarang membuatkan syariat demi syariat dan utusan demi utusan
diturunkan Allah bagi mengingatkan mereka tujuan utama mereka hidup di muka bumi
ini, iaitu menyembah Allah s.w.t. serta tidak melakukan apa-apa kerosakan di muka bumi
ini. Sejarah kewujudan manusia yang panjang, ditambah dengan penghijrahan dari satu

Syahadah: 64
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

tempat ke satu tempat yang berjauhan bagi memulakan suatu penempatan yang baru
mewujudkan berbagai versi kefahaman tentang agama yang dianuti oleh nenek moyang
mereka sebelum ini. Disebabkan tiada rekod dan manusia yang pada ketika itu belum lagi
mempunyai alatan menulis dan sistem penulisan, maka kalimah-kalimah Allah ini
disampaikan dalam tradisi lisan turun temurun dari satu generasi ke satu generasi. Awak
pernah tak kat sekolah dulu cikgu awak ajar satu permainan di mana awak akan
dimasukkan ke dalam satu kumpulan sepuluh orang murid yang beratur dalam satu
garisan. Kemudian satu pesanan diberikan secara lisan kepada pelajar yang pertama
untuk disampaikan secara lisan juga kepada pelajar yang kedua, pelajar kedua pula
menyampaikan pesanan tersebut kepada pelajar ketiga juga secara lisan dan proses ini
berulang-ulang sampai ke pelajar ke sepuluh. Awak tahukan apa jadi kepada pesanan
lisan itu apabila sampai ke pelajar yang ke sepuluh?” tanya penulis pula.

“Ya.. pesanan tu jadi silap atau tak betul, betulkan?” Jawab Rini.

“Haa.. pandai pun, macam tu la juga dengan apa yang berlaku kepada agama yang satu
dari zaman Nabi Adam a.s.. Tradisi penyampaian secara lisan mengakibatkan berlaku
kesilapan fakta serta maksud pesanan dan ajaran yang handak disampaikan. Jika murid-
murid yang dalam barisan yang hanya ada sepuluh orang pun boleh silap, inikan pula
generasi ke generasi yang melibatkan jutaan orang dalam tempoh ribuan tahun. Cuba
bayangkan jika cerita yang sepatutnya disampaikan ke generasi berikutnya melalui cara
penyampaian sebegini, tentulah berlaku banyak percanggahan dengan setiap pihak
mengaku dia di pihak yang betul. Cuba awak bayangkan contoh yang saya nak bagi kat
awak ini. Katakanlah pada zaman satu generasi selepas Nabi Adam a.s. nenek moyang
kita yang pertama selepas Nabi Adam a.s. ingin menyampaikan cerita mengenai korban
yang dibuat oleh Habil dan Qabil untuk persembahan kepada Allah seperti mana yang
diminta Allah. Pesanan yang mereka nak sampaikan kepada generasi berikutnya berbunyi
seperti ni: Habil dan Qabil mempersembahkan korban kibasy dan tanaman untuk
dipersembahkan kepada Tuhan. Maka pesanan ini disampaikan dari satu generasi ke satu
generasi, dari tahun ke tahun, akhirnya yang tinggal kepada pesanan tu hanyalah yang ini
: Datuk nenek menyembah Tuhan berbentuk kibasy. Na’uzubillah. Jadi perkara
sebeginilah yang antara penyumbang kepada penyelewengan agama yang berlaku. Jika
ada agama yang mengaku bahawa kitab mereka ditulis setelah ribuan tahun tradisi lisan
yang dilakukan turun temurun adalah tepat dan tidak bercanggah dengan ayat-ayat atau
perintah-perintah asal yang sepatutnya terkandung semasa wahyu disampaikan, adakah
awak nak percaya cakap sedemikian rupa? Sedangkan sepuluh ayat dalam satu pesanan
yang dibuat oleh sepuluh orang murid juga bila sampai ke destinasi pelajar yang akhir,
ayat tu sudah pun berubah struktur dan maksudnya. Inikan pula ribuan tahun tradisi lisan.
Betul tak Rini?” tanya penulis setelah penerangan panjang lebar dibuat.

Rini mengangguk dan kemudian bertanya.

“Kenapa tak disampaikan aja pesanan awal tadi tu atau hukum-hukum agama yang awal
tadi tu dalam bentuk tulisan supaya tak terpesong dari landasan yang betul?”

Syahadah: 65
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Manusia ni fitrah hidupnya ialah memajukan diri, macam yang saya katakan awal tadi,
semua masalah yang timbul akan membuka satu peluang usaha kepada memajukan
tamadun. Jadi masalah yang timbul dari segi penyampaian rekod atau pesanan tadi diatasi
satu demi satu dengan mewujudkan satu sistem tulisan, alat menulis serta bahan yang
digunakan untuk ditulis diatasnya dan peringatan demi peringatan yang Allah s.w.t.
hantar melalui Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul supaya semua umat manusia tidak terpesong
semasa proses kemajuan sedang cuba dicapai,” jelas penulis.

“Kenapa Allah s.w.t. tak mengilhamkan saja sistem tulisan semasa bermula dari zaman
Nabi Adam a.s. lagi? Kan mudah dan tidak sesat?” tanya Rini lagi.

“Kalau dalam dunia yang awak hidup cuma ada awak, suami awak dan sepuluh anak
awak, kerja yang awak lakukan cuma mengembala dan bercucuk tanam, tiada musuh nak
datang mencuri kambing awak kerana musuh-musuh tu pun belum wujud lagi disebabkan
awak kumpulan manusia yang pertama, apakah tulisan tu sesuatu yang penting dalam
keadaan cara hidup sebegini? Semua pemberian Allah amat pragmatik dan sesuai
mengikut keadaan. Sama jugalah macam seorang menteri yang menghadiahkan komputer
kepada rakyatnya yang tinggal di kawasan pedalaman yang tak ada kemudahan eletrik,
bukankah bodoh namanya tu? Yang sepatutnya menteri tu lakukan ialah dengan membuat
laluan ke dalam kawasan pedalaman tu dulu, kemudian dipasangkannya tiang elektrik,
dan kemudian baru dipasang kabel. Selepas semua kemudahan untuk menyalurkan
elektrik ke kawasan itu siap, barulah eletrik itu akan disambungkan ke penempatan
tersebut. Selepas ada bekalan elektrik ada barulah boleh dihadiahkan komputer kepada
rakyatnya disitu. Inilah yang dikatakan perancangan yang bijak dan pragmatik. Macam tu
juga la semasa kelompok manusia terawal hidup di muka bumi ini, apa yang menjadi
keutamaan bagi mereka ialah cara untuk melindungi diri dari hujan dan panas, cara-cara
untuk mencari makanan dan minuman serta cara-cara untuk mempertahankan diri dari
serangan binatang-binatang buas. Itu barulah keutamaan yang diberikan kena pada
tempatnya,” tambah penulis.

Rini mengangguk lagi.

“Tapi kenapa pula bila manusia dah mula pandai menulis, tidak Allah s.w.t. hantar terus
Al-Qur’an kepada umat manusia. Kan senang macam tu?” tanya Rini lagi.

“Adoila.... Rini, masa awak baru lahir dulu awak terus berlari ke?” tanya penulis.

“Taklah.. mesti belajar meniarap, merangkak kemudian berdiri dan berjalan. Lepas baru
boleh berlari,” jawab Rini sambil tergelak melihat reaksi penulis kepada soalannya yang
bertubi-tubi.

“Haa.. macam tu la fitrah manusia, kena belajar apa yang sapatutnya dia tahu dulu
sebelum pergi ke peringkat sepatutnya. Cuba awak bayangkan anak awak baru darjah
satu, kemudian apabila dia dah mula boleh membaca, cikgunya bagi buku Fizik Kuantum
kat dia suruh dia baca dan faham. Boleh tak budak tu faham? Tentulah tak bolehkan?
Sebabnya pengetahuan yang ada kat budak tu belum cukup lagi sebagai persediaan bagi

Syahadah: 66
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

dia untuk membaca buku-buku sains tinggi macam tu dalam darjah satu. Itulah antara
sebab Al-Qur’an diturunkan dan disiapkan terakhir sekali di ketika pencapaian akal dan
minda manusia sudah mula matang dan dapat menerima hukum-hukum dan peraturan
serta ayat-ayat yang membawa kita mengenali Tuhan. Setelah lengkap barulah Allah
s.w.t. berjanji bahwa Dia akan memelihara kandungan Al-Qur’an sehingga kiamat,”
penulis menjelaskan lagi kepada Rini.

“Tapi kenapa Zabur, Taurat dan Injil tak dipelihara oleh Allah?” tanya Rini lagi.

“Alasan tu hanya Allah s.w.t. saja yang tahu kenapa Dia berbuat demikian. Tetapi jika
mengikut lojik akal yang setakat boleh digarap oleh manusia ialah kerana Allah s.w.t.
sedari awal lagi telah merancang untuk memberikan kitab paling agung kepada Rasul
terakhir iaitu Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pelengkap dan panduan hidup manusia
sepenuhnya. Jika kitab-kitab terdahulu dipeliharaNya dan tidak tercemar, maka wahyu
terakhir yang paling lengkap iaitu Al-Qur’an akan ditolak oleh mereka-mereka yang
berkepentingan dunia dalam agama mereka masing-masing sebelum kedatangan Nabi
Muhammad s.a.w.. Jadi jika tiada masalah dengan kitab lama mereka, mereka boleh
dengan senang hati mengatakan bahawa kitab yang ada pada mereka pun datang dari
Allah s.w.t. dan betul, maka pengikut Muhammad s.a.w. boleh ikut Al-Qur’an, manakala
pengikut mereka hanya akan menuruti kitab yang diturunkan kepada Rasul dari kalangan
bangsa mereka. Sedangkan Al-Qur’an itu merupakan pelengkap kepada panduan hidup
manusia keseluruhannya serta mempunyai nilai tambah yang sangat tinggi berbanding
dengan kitab-kitab lama yang hanya memuatkan hukum-hukum yang hanya boleh
digunapakai semasa zaman terdahulu saja. Sedangkan Al-Qur’an yang lengkap ini akan
memberikan jawapan serta jalan keluar kepada setiap persoalan yang timbul di masa
lepas, sekarang dan di masa akan datang,” jelas penulis.

“Tapi kenapa sampai sekarang diorang ni tak nak guna Al-Qur’an sedangkan diorang
tahu kitab yang ada pada mereka dah tercemar dengan pindaan yang dibuat oleh
manusia?” tanya Rini lagi.

“Kan saya dah cakap tadi, salah satu sebab Allah tak memelihara Kitab-Kitab terdahulu
adalah kerana Allah s.w.t. akan menurunkan kitab Perjanjian terakhir iaitu Al-Qur’an
yang paling lengkap dan hanya sesuai diwahyukan kepada generasi manusia bermula
dengan generasi Nabi Muhammad s.a.w. iaitu generasi yang lebih bersedia dan matang
dalam gaya pemikiran dan terdedah kepada semua jenis sistem muamalat dan hidup yang
boleh digunapakai sehingga kiamat. Awak pun dah tahu, diorang ni walaupun tahu yang
kitab yang ada pada tangan diorang dah banyak diseleweng, diorang ni masih lagi tak
mahu mengaku yang Al-Qur’an itu benar dan dari Allah s.w.t.. Cuba awak bayangkan
kalau Allah memelihara juga kitab-kitab Zabur, Taurat dan Injil ini. Tentulah mereka
takkan mengikut Al-Qur’an langsung kerana apa yang ada pada mereka juga adalah
daripada Allah dan tak tercemar. Dari sini Allah menguji ahli-ahli kitab ini samada
mereka memang betul-betul beriman dengan kitab yang ada pada mereka dan Allah atau
pun hanya ingin menurut nafsu dan sifat chauvinist yang ada pada diri mereka. Hanya
Allah saja yang mengetahui sebab terbaik mengapa Kitab-kitab terdahulu tidak
dipeliharanya. Tetapi Allah s.w.t. tak membiarkan kita terkapai-kapai dengan perkara-

Syahadah: 67
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

perkara yang mengelirukan. Awak tahu, sangat senang untuk mengetahui mana-mana
kitab yang berada dalam tangan awak tu palsu atau kitab sebenar atau ayat dari Allah
s.w.t.?” tanya penulis kepada Rini.

“Betul ke macam tu, boleh awak tunjuk kat saya macam mana nak bezakan antara Ayat-
ayat Allah yang betul dan dengan yang tidak?” tanya Rini pula.

Belum sempat penulis menjawab, keretapi pun berhenti di stesen Ipoh. Penumpang dalam
gerabak yang kami naiki yang sedari tadi lena di buai mimpi mula tersedar, ada di antara
mereka mula bangun dan bergerak. Ada yang ke tandas dan ada yang turun ke bawah
mengambil angin sekejap.

“Rini, jap lagi saya jawab soalan awak tu, saya ambil beg saya kat situ kejap, awak turun
dulu o.k., pastu kita pergi beli air kat bawah,” ujar penulis.

Syahadah: 68
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Al Baqarah ayat 91
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah
diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami
hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan
mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya,
padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada
mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika demikian mengapa kamu
membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar
orang-orang yang beriman?"

Syahadah: 69
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

7.

“Awak cakap kitab-kitab agama terdahulu


tercemar dengan tulisan-tulisan tangan
manusia, boleh awak buktikan? Kalau
setakat cakap siapa pun boleh cakap kan?
Buktikan! Itu yang saya mahu?”

Syahadah: 70
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Setelah mengambil beg yang berisi buku dan kitab-kitab yang serin penulis buat
rujukan, penulis pun turun dari keretapi dan terus menuju ke sebuah kedai yang menjual
surat khabar, majalah dan air minuman. Rini menurut dari belakang.

“Pakcik, bagi saya air mineral dua botol,” kata penulis memesan air.

“Yang besar ni ke yang kecil?” tanya pakcik tersebut.

“Yang kecik tu..” jawab penulis.

“O.k. semua sekali RM 2.” beritahu pak cik tersebut.

Penulis pun menghulurkan wang kertas RM 2 kepada pakcik tersebut.

“Terima kasih,” balas pakcik tersebut sambil melemparkan senyuman ke arah penulis dan
Rini.

Rini kemudian mengajak penulis masuk kembali ke dalam keretapi.

“Embun la..” Rini menjelaskan sebab dia mengajak masuk ke dalam keretapi.

“O.k.” jawab penulis lantas menyusun langkah menuruti Rini masuk ke dalam keretapi.

Setelah puas meneguk air dari botol mineral yang dibeli tadi, Rini memalingkan
wajahnya ke arah penulis.

“Tadi saya tanya awak soalan apa ye?” tanya Rini seakan-akan terlupa.

“Bila?” tanya penulis balik.

“Tadi, masa belum turun dari keretapi,” jelas Rini.

“Ooo.. soalan pasal kitab-kitab agama yang wujud.. mana satu betul dan mana satu tidak.
Ingat?” tanya penulis kembali.

“A’aah.. ya lah.. saya selalu dengar dari mulut ustaz dan ustazah yang kitab-kitab
terdahulu sebelum dari Al-Qur’an contohnya macam Kitab Taurat dan Injil, semuanya
dah tercemar dengan pindaan-pindaan yang dibuat oleh manusia. Lepas tu pulak awak
pun cakap kitab-kitab agama terdahulu tercemar dengan tulisan-tulisan tangan manusia,
boleh awak buktikan? Kalau setakat cakap siapa pun boleh cakap kan? Buktikan! Itu
yang saya mahu.. saya tak nak la cakap-cakap kosong seakan-akan menuduh saja. Kalau
nak percaya sesuatu dakwaan, kita kena sertakan bukti dulu baru boleh percaya dakwaan
tersebut. Boleh awak buktikan?” tanya Rini sekali lagi dengan gaya inspektor polis
menyoal penjenayah.

“Waa.. bukan main garang awak ni ye?” tanya penulis berseloroh.

Syahadah: 71
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Rini kemudian tergelak.

“Bukan garang la, cuma saya bosan dengan orang-orang yang hanya pandai bercakap
berapi-api, tapi isinya tak ada, biasanya apa yang keluar dari mulut orang macam ni
rupanya hanya satu perbuatan meniru apa yang dicakapkan orang lain,” jawab Rini.

“Perli saya ke?” tanya penulis yang terasa seperti disindir Rini.

“Bukan perli awak la. Bagi saya jawapan yang awak bagi kat saya banyak yang
memuaskan hati saya, walaupun penampilan awak tak macam ustaz tapi cara jawapan
yang awak sampaikan kat saya memudahkan saya faham la.. saya harap awak juga dapat
menjawab soalan saya tadi berkenaan kitab-kitab dulu yang dikatakan tercemar dengan
pindaan yang dibuat manusia. Harap awak boleh tolong saya ye?” tanya Rini.

“Ingatkan awak perli saya tadi,” balas penulis.

“Tapi sebelum saya menjawab soalan awak, saya nak tanya awak pulak. Boleh?” tanya
penulis sehingga menyebabkan wajah Rini sedikit berkerut.

“Apa yang awak nak tanya kat saya?” balas Rini pula.

“Cara awak tanya soalan ni macam professional jugak le.. biasanya kalau student dengan
umur macam awak ni, diorang tak pernah terfikir nak tanya soalan-soalan maut yang
awak tanya ni. Awak suka membaca ke?” tanya penulis pula kepada Rini.

“Sebenarnya memang saya suka membaca, tapi soalan-soalan yang saya tanya kat awak
semua ni bukan soalan yang berasal dari pemikiran saya,” jawab Rini.

“Habis tu?” tanya penulis yang sedikit keliru dengan kenyataan Rini.

“Awak nak tahu ke?” tanya Rini kepada penulis.

“Kalau awak tak kisah la..” jawab penulis lagi.

“O.k. sebenarnya saya ni suka chatting dalam internet. Satu hari tu saya kenal dengan
sorang mamat dari Sabah, dia perkenalkan dirinya sebagai Bernard, lama gak saya kawan
online ngan dia ni,” jelas Rini.

“Kawan macam mana tu? Special ke?” tanya penulis mencelah.

“Jangan kacau la orang nak cerita ni!” balas Rini.

“O.k.. O.k. sorry...” penulis menjawab.

Syahadah: 72
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“O.k. Bernard ni bukan special tapi kawan rapat. Kami tak pernah jumpa la. Dia tahu
yang saya kaki disko. Biasa kitorang sembang pasal benda-benda biasa la. Bernard tu ada
cakap kat saya pada mulanya yang dia tak ada agama. Dari situ dia mula cerita pasal
ideologi dia. Saya tak ambil pusing pun sebab time tu saya memang ada masalah dengan
hubungan ngan Tuhan macam yang saya dah cerita kat awak tadi la. Bernard ni cakap
orang Melayu Islam selalunya mempunyai persepsi negatif terhadap orang macam dia.
Dari dialah saya dapat soalan-soalan yang saya tanyakan kat awak. Dia cakap dia tak
mahu sembah Tuhan yang tak ada, dia cakap yang agama yang ada kat muka bumi
memporakperandakan kehidupan manusia terutamanya agama Islam. Dia tanya saya
pernah sembahyang ke tak? Saya jawab kat dia yang saya pernah gak sembahyang.
Kemudian dia tanya saya pula pasal Tuhan. Kalau Tuhan tu wujud, kenapa kita tak boleh
nampak dia. Dia juga cakap kat saya dia hairan tengok orang Islam sembahyang
menghadap dinding menyembah tuhan yang tak nampak. Kemudian dia suruh saya
buktikan yang Tuhan tu ada. Saya jadi sangat bercelaru, kemudian saya ada ambil
inisiatif bertanyakan seorang dua ustaz dan ustazah yang ada kat sekolah saya. Awak tahu
apa saya dapat?” tanya Rini pula.

“Entah..” jawab penulis ringkas.

“Saya kena marah lepas tu diwajibkan masuk sessi kaunseling, awak tahu dalam sessi
kaunseling tu apa yang saya kena? Ingatkan diorang nak bantu saya jawab semua
kemusykilan yang saya tanya sebelum tu, sebaliknya saya kena marah lagi, diorang tuduh
saya nak murtad dan sebagainya. Saya tak boleh nak buat apa-apa kecuali menangis saja
la. Lepas dari tu saya mula cari jawapan sendiri, hasilnya saya lagi hanyut, saya cari
jawapan dalam internet. Yang saya jumpa banyak sangat laman-laman web yang
mengatakan Islam tu agama pengganas, disebarkan dengan mata pedang, agama penindas
wanita, agama yang tak ada toleransi dam macam-macam lagi. Saya jadi sedikit sebanyak
terpengaruh disebabkan saya juga berhadapan masalah yang serupa masa kat sekolah
dulu. Ustaz dan ustazah yang menghukum saya dulu tanpa membantu, membuatkan saya
semakin hari semakin jauh dari Islam. Saya banyak mempersoalkan banyak perkara
dalam dunia ni dan yang berkaitan dengan agama terutamanya Tuhan. Hasilnya, semua tu
saya humbankan kat awak pulak malam ni. Tapi yang hairannya awak yang macam kutu
ni pulak yang dapat bantu saya jawab sedikit sebanyak kemusykilan yang bersarang
dalam otak saya selama ni,” jelas Rini sambil menggelarkan penulis sebagai kutu.

“Rini, awak cakap baik-baik sikit aaa... apa kutu-kutu.. panggil rockers kan semangat
sikit.. apa la awak n,” jawab penulis yang berasa tidak senang digelarkan sebagai kutu
oleh Rini.

“Oooppss.. sorry arr..” jawab Rini kembali.

“Rini, tak semua ustaz atau ustazah macam tu la, cuma nasib awak tak baik berjumpa
dengan ustaz dan ustazah yang macam tu. Awak kena tahu juga tak semua ustaz yang ada
kat Malaysia ustaz yang benar-benar faham dan ada fikiran kritikal dan memahami Islam
sepenuhnya. Dari pemerhatian saya lah Rini, ustaz dan ustazah ni boleh dikategorikan
dalam tiga kategori. Yang pertama ustaz cari makan, yang kedua ustaz halal haram dan

Syahadah: 73
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

ketiga ustaz pewaris Nabi. Golongan yang pertama dan kedua ni banyak kat Malaysia ni.
Bersepah-sepah. Kalau tak ada susah jugak tapi kalau ada lagi menyusahkan. Awak
faham?” jelas penulis.

“Cerita la sikit, baru saya faham,” jawab Rini kembali.

“O.k.. Ustaz dari golongang pertama, ustaz cari makan. Ustaz ni awak boleh tengok muka
dia kat mana-mana, dalam t.v., corong radio, ceramah ceramah besar, majlis-majlis
kerajaan, swasta dan sebagainya. Tapi tak semua yang muncul dalam majlis-majlis ini
dan sebagainya tergolong dalam golongan ustaz jenis ini. Masih terdapat segelintir yang
ikhlas. Ustaz dari golongan ustaz cari makan ini akan mengeluarkan apa-apa hukum atau
kenyataan bukan menurut nas atau dalil-dalil yang bersesuaian dengan situasi tersebut,
tapi mengeluarkan kenyataan menurut kemahuan pihak yang menggajikannya. Kalau
sesuatu hukum atau kenyataan yang sepatutnya dia keluarkan bagi menegur kesilapan
atau kesalahan majikannya, dia takkan buat perkara tersebut sebaliknya
disembunyikannya dan digantikan dengan kenyataan atau nas atau dalil-dalil kabur
supaya apa yang dilakukan majikannya diterima baik masyarakat Islam seluruh Malaysia
dan yang paling penting sekali gaji bulanannya tetap masuk,” jelas penulis sehingga
membuatkan Rini tersenyum.

“Yang kedua pula, ustaz halal haram. Ustaz dari jenis ni menyempitkan Islam kepada
batas-batas hukum halal dan haram saja. Bila bercakap atau berhujah, yang keluar dari
mulutnya itu haram dan ini halal, yang begitu halal, yang begini pula haram. Mereka-
mereka inilah yang membuatkan masyarakat yang tak memahami Islam melihatkan Islam
bagaikan satu agama berbentuk kepolisan. Padahal Islam tu satu cara hidup yang sangat
lengkap. Islam tu sebenarnya kemajuan tapi dilontarkan seribu tahun ke belakang
maruahnya oleh ustaz-ustaz jenis ini yang terikat dengan tabu jumud dan terlalu rigid ini.
Bagi ustaz golongan ini, ilmu pengetahuan yang diredhai Allah, hanyalah ilmu-ilmu
berkaitan dengan agama saja. Bagi mereka ini, sains itu sekular, matematik itu sekular,
Bahasa Inggeris itu Kristian dan sebagainya. Tapi apa yang mereka tak tahu ialah dalam
Al-Qur’an itu sendiri ada beratus-ratus malahan ribuan ayat yang hanya kita dapat fahami
dengan lebih mendalam apabila kita menguasai ilmu sains dan matematik. Tanpa mereka
tahu juga antara ulama’ dan sarjana-sarjana Islam tersohor di dunia juga menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan sehinggakan rahib, pastor dan sarjana-
sarjana Kristian sendiri takut untuk berdebat dengan mereka-mereka ini tentang
kebenaran Islam. Jadi kalau hidup berpandukan mentaliti Islam korup ustaz-ustaz jenis
ini, maka tak hairanlah kalau apa yang berlaku kat perkampungan-perkampungan di
Pakistan dan Afghanistan boleh berlaku di sini. Wanita-wanita di sana ditindas, kemajuan
langsung tak nampak, yang ada cuma wajah-wajah selekeh berserban yang membiarkan
kemajuan dikecapi bangsa lain. Wajah sebenar Islam kah sebegitu?” tanya Penulis
kepada Rini.

“Macam mana boleh ada ustaz-ustaz dari golongan sebegini?” tanya Rini pula.

“Rini, dua puluh hingga tiga puluh tahun dulu masa kita masih kecil, terdapat satu trend
di kalangan ibubapa yang mempunyai anak yang sedikit nakal, buas atau kurang berjaya

Syahadah: 74
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

dalam pelajaran, maka tempat yang akan dihantarkan kanak-kanak ini bagi sessi
persekolahan menengahnya ialah sekolah agama atau pondok-pondok mengajar agama.
Tujuan para ibubapa ini pada zahirnya nampak sangat murni iaitu untuk mendisplinkan
anak mereka, tapi kesan dari perbuatan mereka ini akan mula dirasai dalam sepuluh
hingga limabelas tahun selepas dari itu,” jelas penulis.

“Apa kesannya?” Rini mencelah.

“Kesannya Rini, selepas keluar dari sekolah-sekolah atau pondok-pondok mengajar


agama ini, mereka-mereka inilah yang menjadi ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah yang
akan kembali ke tempat asal mereka membawa ilmu-ilmu Islam yang mulia dan tinggi
tapi dalam bentuk perspektif dan pandangan yang berbeza. Seringkali golongan inilah
yang menjadi golongan yang terlalu rigid dan ketat serta tertutup pandangan mereka.
Mereka-mereka inilah yang paling ramai tergolong dalam golongan ustaz yang kedua
ini,” jelas penulis.

“Golongan ketiga macam mana pula?” tanya Rini.

“Golongan ketiga ialah golongan yang ikhlas dalam memegang amanah Allah ke atas
mereka di atas kefahaman mereka dalam ilmu agama. Mereka ini memahami bahawa
tanggungjawab mereka sangat besar dalam memacukan ummah ke arah kemajuan di
samping memastikan keutamaan kepada hubungan dengan Allah terjaga. Tapi
kebanyakan dari mereka dari golongan ini terikat dengan berbagai-bagai sekatan dan
tohmahan dari berbagai pihak yang berkepentingan. Jadi mereka ini sentiasa dilabelkan
dengan berbagai label yang merendahkan kredibiliti mereka. Tapi bagi yang benar-benar
faham bahawa merekalah pewaris Nabi, maka halangan dan segala label yang dilontarkan
akan dianggap sebagai asam garam dan ujian dari Allah s.w.t.. Malangnya golongan
inilah yang paling sedikit dari ketiga jenis golongan ustaz yang ada,” jelas penulis.

“Apa yang terjadi kat Malaysia sekarang ni adalah kerana wujud pengasingan awal
terhadap ilmu agama dan ilmu-ilmu yang dilabelkan sebagai ilmu sekular. Yang terbaik
dalam pelajaran dihantarkan keluar negara mempelajari ilmu kejuruteraan, perubatan dan
sains. Jadi yang tak berapa cemerlang menghabiskan masa belajar agama, yang
cemerlang pula semakin jauh dari agama. Kesannya macam yang saya cakapkan tadi.
Awak boleh lihat dalam tempoh 20 tahun ini. Produk yang lahir dari dua cabang ini bakal
melahirkan dua golongan ekstrem, satu terlalu ekstrem kepada agama dan menolak dunia
dan satu lagi golongan professional sekular yang terlalu taksub kepada dunia dan
seringkali mempersoalkan hukum-hukum agama menggunakan lojik akal mereka sahaja.
Tetapi perubahan sudah mula dibuat sedikit demi sedikit dalam tahun-tahun
kebelakangan ini kepada sistem pendidikan kita. Cuma dalam sepuluh tahun
kebelakangan inilah, kelayakan untuk memasuki sekolah-sekolah agama dipertingkatkan
dengan hanya yang terbaik dalam pelajaran sekolah rendah akan mendapat tempat di
sekolah-sekolah menengah agama terpilih ini. Mata pelajaran sains seperti fizik, kimia,
matematik, lukisan kejuruteraan dan matematik tambahan mula diajar disekolah-sekolah
agama terbaik ini. Kesannya kita mula dapat tengok sedikit demi sedikit dalam waktu

Syahadah: 75
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

terdekat ni apabila golongan-golongan yang lahir dari sistem pendidikan seperti ini, bakal
melahirkan pula golongan ‘protaz’,” tambah penulis.

“Apa tu protaz?” tanya Rini pula.

“Protaz tu professional yang bertindak sebagai ustaz juga. Professional sebegini amali
professionnya mungkin dalam bidang perubatan, kejuruteraan atau sains. Mereka-mereka
ini juga golongan yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi seterusnya memberi
nilai tambah kepada cara penyampaian hujah-hujah berkenaan agama Islam yang dibawa
mereka. Perspektif baru yang dibawa golongan protaz ni membuka satu ruang dimensi
baru ke arah gaya pemahaman agama dari satu sudut yang telah lama ditinggalkan
golongan ustaz konvensional. Gabungan kedua golongan ustaz dan protaz ni diharapkan
akan memperbetulkan arah dan hala tuju negara supaya dapat membentuk sebuah negara
Islam paling maju dan menjadi contoh kepada negara-negara Islam yang lain,” jelas
penulis kepada Rini.

“Kalau tadi tu ada dua golongan, satu ustaz dan satu lagi protaz, awak pula apa?
Rockstaz?” balas Rini.

“Apa tu?” tanya penulis kembali.

“Ustaz Rockers,” jawab Rini berseloroh.

“Jangan merepek la... saya orang biasa macam awak la. Cuma mungkin ilmu yang ada
kat saya tu sikit saja lebih dari awak. Yang lebih tu kita kongsi la, baru la ilmu tu
ditambah lagi oleh Allah,” tambah penulis yang tidak senang dengan gelaran yang
diberikan oleh Rini.

Rini hanya tersenyum seronok mengenakan penulis.

"Haa.. jangan cuba lari o.k.. saya ingat lagi soalan saya belum awak jawab?" tanya Rini
lagi.

"Soalan apa?" tanya penulis yang terlupa.

"Pasal kitab-kitab terdahulu, macam mana nak tahu yang kitab-kitab tu benar-benar dah
tercemar dengan pindaan yang dibuat oleh manusia. Kalau boleh tunjukkan bukti sekali
kat saya. Boleh En. Nizam….?" tanya Rini mengingatkan penulis sambil dia tersenyum
sinis memandang tepat ke wajah penulis.

"Kalau saya dapat buktikan macam mana?" tanya penulis pula kepada Rini.

"Saya akan mengaku yang kenyataan kitab-kitab terdahulu tu memang dah tercemar
dengan tangan manusia la," jawab Rini.

"O.k. Boleh awak tepi sikit, saya nak ambil beg saya," kata penulis.

Syahadah: 76
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"Kenapa? Nak lari ke?" tanya Rini sambil tersenyum lagi.

"Bukan nak lari la.. nak ambil nota-nota dengan buku dan kitab yang saya kumpul," jelas
penulis.

"Ooo.. ingatkan nak lari tadi.," kata Rini pula.

"O.k. Rini, dah bersedia?" tanya penulis.

"Awak ni macam masuk rancangan kuiz pulak." balas Rini.

"Bukan kuiz la, ni fakta yang saya nak bentang kat awak, dah sedia nak dengar?" tanya
penulis balik.

"Boleh awak tukar tempat duduk ngan saya tak, sebab saya tak nak orang nampak apa
yang saya nak tunjuk kat awak. Nanti diorang berprasangka buruk pula kat saya?" penulis
menukar tempat duduk dengan Rini yang sedari tadi duduk di bahagian tepi tingkap
gerabak.

"Kenapa pulak?" tanya Rini sambil bangun menukar tempat duduk dengan penulis.

"Manusia ni kalau dia tengok benda yang pelik sikit atau di luar dari kebiasaan, dia akan
mula membuat macam-macam persepsi. Kebiasaan persepsi yang akan dibuat ialah
persepsi negatif," jelas penulis kepada Rini sambil mengeluarkan nota-nota dan beberapa
buku dari beg penulis.

"Semua nota awak tulis sendiri ke?" tanya Rini setelah melihatkan penulis mengeluarkan
beberapa buku nota dan kitab dari beg penulis.

"Haa.. Bible pun ada? Awak punya ke ni?" terkejut melihat penulis mengeluarkan Bible
dari beg penulis.

"Kenapa ada dua Bible ni?" tanya Rini yang kehairanan.

"Dua Bible ni digunakan oleh dua pecahan mazhab terbesar dalam agama Kristian. Satu
ni namanya Douay Rheims yang biasa digunakan oleh Kristian Katholik. Yang satu lagi
ni pula Versi King James yang digunakan meluas oleh mazhab Protestant," jelas penulis
kepada Rini.

"Awak punya ke Bible ni?" tanya Rini lagi.

"Ya.. saya beli kat kedai buku lama dekat Chowrasta Penang. Kat situ banyak buku
terpakai. Bila saja saya jumpa dua Bible ni kat sana, terus saja saya beli," jawab penulis.

"Tak berdosa ke awak baca Bible ni?" tanya Rini pula.

Syahadah: 77
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"Itula yang saya cakap tadi, kalau orang tengok mesti keluar banyak persepsi negatif
macam yang awak tanya ni. Sebenarnya tak berdosa pun. Tapi sebelum awak baca Bible,
sepatutnya awak dah faham mengenai Islam terlebih dahulu. Baca Kitab Al-Qur'an, kitab
paling indah dan teragung di muka bumi dahulu, bila dah cukup ilmu, awak akan berada
di landasan yang betul dan apa saja yang melintas di depan mata awak tak akan
mempengaruhi kebenaran yang sudah sedia kukuh dalam diri awak," Jelas penulis.

"O.k. sekarang awak tengok ni.." kata penulis sambil membuka kitab terjemahan Al-
Qur'an yang diambil dari beg penulis.

"Awak baca terjemahan surah Al-Baqarah ini. Dari ayat dua sampai lima,” ujar penulis.

“Boleh pegang ke ni, saya tak da air sembahyang?” tanya Rini musykil.

Rupanya Rini masih lagi tahu akan adab apabila memegang dan membaca Al-Qur’an.
Alhamdulillah.

“Ini cuma tafsir Al-Qur’an dengan teks rumi dan komen-komen yang dibuat oleh
pentafsirnya. Awak boleh pegang dan baca tanpa ambil air sembahyang, tapi dengan
syarat awak bersih dari hadas besar la,” jelas penulis.

Rini seakan faham lalu mengambil Tafsir Al-Qur’an itu dari tangan penulis.

“O.k. saya baca ni, : Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula
menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman
kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan sembahyang serta membelanjakan
(mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga
orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai
Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin
akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat
petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.” Rini
menghabiskan bacaan sehingga ayat ke lima.

“Faham tafsir tu?” tanya penulis.

“Faham.” Rini mengangguk.

“Surah ni dimulakan dengan Alif Laam Miim, empat ayat yang awak baca tadi tu Allah
s.w.t. menceritakan mengenai orang-orang yang beriman, dua ayat selepas itu Allah
menceritakan mengenai orang kafir dan tiga belas ayat selepas dua ayat mengenai orang
kafir itu, Allah s.w.t. menceritakan mengenai orang-orang munafik dan sifat-sifat
mereka,” jelas penulis.

“Yang saya nak tekankan di sini ialah ayat ke empat dalam surah Al Baqarah ini. Allah
s.w.t. menyatakan bahawa antara ciri-ciri orang yang beriman ialah mereka-mereka yang

Syahadah: 78
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

beriman kepada Al-Qur’an dan kitab-kitab yang diturunkan sebelum dari itu, contohnya
seperti Taurat, Injil dan selainnya yang diwahyukan oleh Allah s.w.t.,” jelas penulis lagi.

“Maknanya kita kena baca semua Taurat, Injil dan kitab-kitab lain tu juga dan percaya
ke?” tanya Rini pula.

“Sebenarnya Rini, kitab-kitab asal Taurat, Injil dan Zabur ni dah tak ada dalam bentuk
asal. Bible yang ada pada umat Kristian pada hari ini bukanlah Injil yang asal, manakala
kitab yang digunakan oleh Yahudi pada hari ini digelar sebagai Tanakh dalam bahawa
Hebrew juga bukan kitab Taurat yang asal. Tanakh ni pula dibahagikan kepada tiga
bahagian iaitu Torah (Taurat) atau dikenali juga dengan nama Five Books Of Moses
(Lima Kitab Nabi Musa), bahagian kedua dinamakan pula sebagai Nevi’im (Nabi) dan
bahagian ketiga pula Ketuvim (Catatan),” penulis menjelaskan kepada Rini.

“Bible yang ada pada hari ini juga bukanlah kitab Injil sebagaimana yang disebut dalam
Al-Qur’an. Kitab Bible pula dibahagikan kepada dua bahagian, bahagian pertama Bible
digelar sebagai Old Testament (Kitab Perjanjian Lama) yang isikandungannya
merupakan Kitab Tanakh Yahudi. Manakala bahagian keduanya pula dinamakan sebagai
New Testament (Kitab Perjanjian Baru) yang dikatakan oleh orang-orang Nasrani sebagai
ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. dan pengikut-pengikutnya,” tambah penulis.

“Macam mana awak tahu yang kitab-kitab ini bukan kitab yang asal?” tanya Rini
inginkan kepastian.

“Pertama sekali, apa yang saya nak cakap kat awak ni, saya harap awak faham betul-
betul. Tak semua kandungan kitab Tanakh dan Bible ini tercemar. Allah s.w.t. menyuruh
kita beriman dengan apa yang telah diwahyukan olehNya sahaja iaitu Kitab Zabur,
Taurat, dan Injil. Tetapi Allah juga menyatakan dalam surah Al-Baqarah ayat 79, cuba
awak cari dalam tafsir tu dan baca kat saya,” pinta penulis.

“Ayat berapa tadi..?” tanya Rini kembali.

“Ayat 79 surah Al Baqarah,” jawab penulis.

“O.k.. saya dapat dah, saya baca ye..: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis
Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan
mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan
perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar
bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi
mereka dari apa yang mereka usahakan itu.” Rini membaca petikan terjemahan ayat 79
surah Al-Baqarah.

“O.k. apa yang awak faham dari ayat tu?” tanya penulis pula.

Syahadah: 79
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Err.. Allah melaknat golongan Yahudi yang alter kitab Taurat yang asal sesuka hati
mereka untuk kepentingan dunia dan mereka katakan ayat yang mereka ubah itu adalah
ayat dari Allah... err.. betulkan?” jelas Rini lalu bertanyakan kepada penulis kembali.

“Kesimpulannya?” tanya penulis pula.

“Kitab Taurat yang ada sekarang dah diubah.. betulkan?” jawab Rini dan kembali
bertanya untuk kepastian.

“Ya.. tepat sekali,” jawab penulis.

“Jadi Taurat yang ada sekarang ni bukanlah ayat-ayat dari Allah?” tanya Rini lagi.

“Itu pendapat yang salah,” jawab penulis.

“Kenapa pulak? Saya tak faham la.” Rini agak keliru dengan kenyataan yang baru penulis
berikan kepadanya.

“Macam ni Rini, dalam kitab Tanakh Yahudi, terkandung tiga bahagian sepertimana yang
dah saya jelaskan tadi iaitu, Torah, Nevi’im dan Ketuvim yang mana keseluruhan Tanakh
bila dikumpulkan menjadi tiga bahagian yang mempunyai 24 buku dengan nama-
namanya yang tersendiri. Dalam Tanakh tidak dinafikan masih terdapat ayat-ayat dari
Allah s.w.t. yang tidak dipinda. Dalam Tanakh juga terdapat ayat-ayat Allah s.w.t. yang
telah dipinda dan dibuang. Dalam Tanakh juga terdapat ayat-ayat yang dicipta dan
ditokoktambah oleh pendita-pendita Yahudi tetapi dikatakan sebagai ayat-ayat dari Allah
s.w.t.,” jelas penulis.

“Untuk mengatakan Kitab Tanakh ini seratus peratus tercemar, itu tidak boleh, takut kita
menafikan ayat-ayat Allah yang masih terkandung dan dipeliharaNya bagi tujuan-tujuan
tertentu yang hanya Allah s.w.t. saja yang tahu. Jadi kesimpulan yang dapat dibuat, kitab
Tanakh yang digunakan Yahudi pada hari ini bukanlah Taurat sepertimana dalam bentuk
asalnya,” tambah penulis.

Rini mengangguk tanda faham.

“Bagaimana dengan Bible pula?” tanya Rini selanjutnya.

“Rini.. oleh sebab bahagian pertama dari kitab Bible yang ada pada hari ini merupakan
Old Testament atau kitab perjanjian lama yang diambil seratus peratus dari kitab Tanakh,
maka kesimpulan yang dapat dibuat tentang Bible juga adalah sama seperti yang kita buat
pada kitab Tanakh tadi,” jelas penulis lagi.

“Kenapa Bible sebahagiannya menggunakan Kitab Yahudi?” tanya Rini.

“Sebenarnya, Nabi Isa a.s. dilantik sebagai RasulNya bagi menguatkan kembali pegangan
agama yang semakin longgar di kalangan Yahudi. Nabi Isa a.s. seorang Rasul Ulul ‘azmi

Syahadah: 80
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

yang dikurniakan Allah dengan pelbagai mukjizat oleh Allah s.w.t. dan kedatangannya
ialah untuk membenarkan isikandungan Taurat yang telah Allah wahyukan kepada Nabi
Musa a.s. sebelum dari itu dan memastikan kaum Yahudi kembali mempraktikkan apa
yang diwahyukan Allah s.w.t. kepada mereka. Awak boleh baca ayat Al-Qur’an
berkenaan perkara ini dalam ayat ke 46 surah Al-Maidah,” jelas penulis lagi.

Rini pun menyelak Tafsir Al-Qur’an dalam tangannya dan kemudian terus membaca.

“Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi
Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami
telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya
yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari
Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang
(hendak) bertaqwa.”

“Fahamkan..?” tanya penulis kembali.

Rini mengangguk.

"Nabi Isa dengan Jesus tu orang yang serupa ke?" tanya Rini lagi.

"Rini, Nabi Isa dan Jesus itu orang yang sama. Cuma nama Isa itu sebutan panggilan
dalam bahasa Arab dan Jesus pula sebutan namanya dalam bahasa Greek yang sudah
dipermudahkan. Dikatakan nama asal kepada Jesus ialah Yehoshua dalam bahasa
Hebrew. Tapi dari sudut akidah pula, terdapat satu perbezaan ketara dengan apa yang
difahami oleh golongan Kristian dan apa yang diyakini oleh orang Islam mengenai Jesus
ini. Bagi majoriti mazhab-mazhab terbesar Kristian, Jesus ialah anak Tuhan dan dihantar
ke bumi untuk menghapuskan Original Sins (Dosa asal atau lahiriah) yang ditanggung
setiap manusia semenjak lahir disebabkan dosa yang pernah dilakukan oleh Nabi Adam
a.s. dan Siti Hawa di syurga satu ketika dulu. Untuk membolehkan semua manusia
diampunkan dosa yang ditanggung sejak dilahirkan ini, mengikut kepercayaan Kristian,
Allah menghantar anaknya iaitu Jesus ke bumi untuk dikorbankan. Menurut orang
Kristian lagi, bagi membolehkan setiap manusia terhapus dosa lahiriah ini, maka mereka
perlu dibaptiskan dan mengaku yang Jesus itu anak Tuhan dan memeluk agama Kristian."

"Bagi orang Islam pula, kepercayaan bahawa Jesus itu anak Tuhan amat bertentangan
dengan akidah kita sebagai Muslim. Jesus atau dikenali sebagai Nabi Isa a.s. dalam Islam
merupakan salah seorang Nabi dan Rasul yang dilantik oleh Allah s.w.t.. Dia hanyalah
seorang manusia biasa macam awak dan saya. Cuma baginda dilahirkan dengan kelahiran
mukjizat iaitu tanpa campurtangan benih lelaki. Allah s.w.t. memuliakan Nabi Isa a.s.
dengan berbagai mukjizat contohnya dapat menghidupkan orang yang telah mati,
menyembuhkan orang yang buta, menyembuhkan orang-orang yang berpenyakit kusta
dan banyak lagi mukjizat yang dapat dilakukan dengan izin Allah s.w.t.. Menurut Islam
semua manusia tak kira awak dilahirkan dalam keluarga Islam atau pun bukan, awak
dilahirkan tanpa sebarang dosa. Dosa hanya dikira sebagai dosa pada ketika awak
melakukannya selepas awak mencapai akil baligh. Menurut Islam lagi tiada manusia

Syahadah: 81
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

dipertanggungjawabkan dengan dosa manusia yang lain. Apa yang awak buat awak kena
tanggung sendiri la. Apa yang orang lain buat dia pula kena tanggung tanpa boleh
membebankan dosa yang dibuatnya ke atas orang lain. Jadi konsep dosa lahiriah tiada
dalam Islam kerana semua manusia dilahirkan suci dan bersih. Dosa dalam Islam pula
jika dilakukan boleh dihapuskan dengan bertaubat kepada Allah s.w.t., iaitu memohon
ampun dengan bersungguh sungguh dan ikhlas kepadaNya. Allah s.w.t. berfirman dalam
surah Az Zumar ayat 53: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu
yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan
maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah
mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani. Tapi awak perlu ingat, jika awak berbuat dosa ke atas orang lain,
taubat awak tak akan diterima selagi anda tidak meminta ampun dan maaf dari orang
yang awak lakukan dosa tersebut. Allah s.w.t. mengampunkan apa saja dosa yang awak
lakukan kecuali syirik kepadaNya. Untuk mengampun dosa yang dilakukan manusia,
Allah s.w.t. tidak perlu mengorbankan mana-mana pihak semata-mata untuk memastikan
orang yang ingin diampuniNya dihapuskan dosa tersebut. Mengatakan Allah s.w.t. itu
mempunyai anak pula sangat menyalahi akidah dalam Islam. Sepertimana Sifat-Sifat atau
kriteria yang ada pada Tuhan yang saya bacakan dalam surah Al-Ikhlas sebelum ni, Dia
tidak beranak dan Dia juga tidak diperanakkan. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah,
menurut Islam, Jesus ialah Nabi Isa a.s., seorang manusia biasa yang dilantik sebagai
Rasul oleh Allah dan diceritakan perihal dirinya dalam Al-Qur'an. manakala menurut
agama Kristian dia adalah anak Tuhan. Awak fahamkan…?" tanya penulis kembali.

"Faham.. tapi dari mana golongan Kristian ni mendapat tahu yang Jesus ini anak Tuhan?"
tanya Rini lagi.

"O.k. Rini, sebenarnya tak terdapat satu ayat pun dalam kitab Bible, Jesus menyeru
umatnya dengan berkata : Akulah Tuhan dan sembahlah lah aku! Dan tidak terdapat
mana-mana satu ayat pun dalam Bible yang menyentuh mengenai konsep Tritunggal atau
menyebut tentang Trinity. Yang ada pun, Jesus hanya menyeru umatnya supaya
menyembah Tuhan yang Esa dan mengaku yang dia hanyalah seorang pesuruh Allah.
Dalam Bible sendiri ada dinyatakan bahawa Tuhan itu Satu dan Nabi Isa ialah
pesuruhNya," jelas penulis lagi.

"Boleh tunjukkan ayat yang mana satu dalam Bible?" pinta Rini pula.

"Awak tolong ambil buku nota biru saya tu kejap," penulis mnita Rini menghulurkan
buku nota penulis yang terselit di antara dua buah Bible yang dikeluarkan tadi.

Rini pun menghulurkan buku nota biru tersebut.

"Jap ye, saya cari.." penulis meinta supaya Rini dapat memberikan sedikit masa kepada
penulis untuk mencari ayat yang dimaksudkan.

Syahadah: 82
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"O.k. dah jumpa.. Nah.. awak ambil Bible Versi King James tu dan buka Book of 1
Timothy 2 ayat 5 dan tolong baca kat saya?" penulis menyuruh Rini membaca petikan
ayat tu sendiri.

"O.k… eh.. macam mana arr?.. saya tak reti nak cari la…" Rini menyatakan yang dia
tidak tahu bagaiman untuk mencari buku yang dimaksudkan dalam Bible tersebut.
Penulis pun lantas menunjukkan kepadanya cara untuk mencari ayat-ayat yang terdapat
dalam Bible. Bible ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Old Testament dan New
Testament yang mana setiap dari bahagian-bahagian yang dimaksudkan mengandungi
buku-buku dengan tajuk-tajuk seperti Genesis, Deuteronomy, Numbers, Levicticus,
Matthew, Mark dan sebagainya. Al-Qur'an pula dibahagi kepada 30 bahagian yang
dipanggil sebagai juzuk dan 30 juzuk ini pula merangkumi 114 surah dengan nama-nama
khas surah tersebut seperti Al-Baqarah, Ali Imran, Al Maidah dan sebagainya. Setelah
memahami cara untuk mencari ayat dalam Bible tersebut, Rini pun mula mencari ayat
yang diminta oleh penulis.

"Ayat apa tadi..?" tanya Rini kembali inginkan kepastian.

"Book of 1 Timothy 2 ayat 5," jelas penulis.

"Jap k…. o.k. dah dapat, saya baca ni : For there is one God, and one mediator between
God and men, the man Christ Jesus.. (Karena Tuhan itu Esa dan seorang pula dia yang
menjadi pengantara antara Tuhan dan manusia, yaitu manusia Jesus Christ..)" Rini
membaca petikan dari Book of 1 Timothy 2 ayat 5.

"Faham maksud ayat tersebut?" Tanya penulis.

"Faham.. menurut ayat dalam Bible ini, Tuhan itu Satu dan Esa dan Jesus pula ialah
perantara antara Tuhan dan manusia." Jawab Rini.

"Bagus sekali.. apa maksud perantara pula?" Tanya penulis lagi.

"Maksud perantara tu Rasul kan?" Tanya Rini inginkan kepastian.

"Tak tepat.. lebih tepat lagi, orang tengah. Dalam Islam tiada konsep orang tengah antara
hubungan Tuhan dan hambaNya, yang ada cuma Rasul yang menyampaikan ayat-ayat
Allah s.w.t. sebagai peringatan," jawab penulis kembali.

“Jadi kalau macam yang awak cakap tadi, Trinity tiada disebut dalam Bible, jadi dari
mana orang-orang Kristian mengambil konsep Trinity ini sebagai akidah utama mereka?”
tanya Rini lagi.

“Semua berpunca dari salah faham dalam mentafsirkan perkataan ‘Kami’ atau dalam
bahasa Inggerisnya ‘We’ yang digunakan Allah dalam kitab-kitab mereka sebelum ini,
termasuk Taurat dan Injil. Bagi mereka, perkataan ini ialah perkataan plural atau kata
jamak yang mewakili lebih dari satu pelaku. Macam yang saya kata tadi la Rini, bahasa

Syahadah: 83
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

asal kepada kitab Tanakh ialah Bahasa Hebrew yang merupakan bahasa kembar kepada
bahasa Arab. Banyak dari perkataan dalam bahasa Hebrew ini mempunyai maksud yang
sama dengan bahasa Arab. Struktur bahasanya juga hampir sama. Dalam bahasa Arab
dan Hebrew, terdapat dua bentuk plural, yang pertama plural yang mewakili banyak
pelaku dan benda. Yang kedua pula royal plural yang digunakan untuk menunjukkan
pangkat dan kebesaran seseorang atau dipakai sebagai kata ganti diri pertama bagi
mereka-mereka yang berpangkat serta dimuliakan dan mempunyai kebesaran. Kekeliruan
mula terjadi apabila Bible ini mula diterjemahkan ke beberapa bahasa asing termasuk
bahasa Inggeris. Pada mereka yang mula-mula menterjemahkannya, perkara ini amat
mengelirukan dan akhirnya mereka menyatakan bahawa perkataan ‘We’ atau ‘Kami’ itu
membawa maksud Trinity yang mewakili Tuhan Si Bapa, Tuhan Si Anak iaitu Jesus dan
Holy Ghost atau dalam Bahasa Melayu dan Arabnya Ruhul Quddus. Sama ada mereka
sengaja atau tidak dengan kesilapan yang dibuat ini, akidah mereka telah terpesong jauh
dari Allah s.w.t.,” jelas penulis.

“Perkataan ‘Kami’ juga digunakan oleh Allah s.w.t. dalam banyak tempat dalam Al-
Qur’an dan ini tidak langsung mengelirukan kerana ayat-ayat Al-Qur’an ini diturunkan
dalam bahasa Arab kepada penduduk Arab, pada waktu ia diwahyukan yang sudah sedia
maklum mengenai dua bentuk plural yang wujud dalam tatabahasa mereka. Mereka
orang-orang Arab tidak pernah berasa keliru dengan perkataan ‘Kami’ yang digunakan
Allah s.w.t. kerana mereka memang sudah sedia maklum bahawa perkataan ‘Kami’ yang
digunakan Allah s.w.t. dalam Al-Qur’an adalah untuk menunjukkan KebesaranNya dan
KehebatanNya dan bukannya membawa maksud sekumpulan beberapa tuhan. Sebagai
contoh untuk bagi awak senang faham, Queen Elizabeth, iaitu Ratu United Kingdom juga
menggunakan kata ganti diri bagi namanya dengan perkataan ‘we’ dalam ucapan
rasminya bagi menunjukkan kebesaran kuasanya dan bukannya membawa maksud dia
menjadi wakil kepada beberapa Raja dan Ratu,” tambah penulis lagi.

Rini mengangguk seakan faham dengan kenyataan yang dibuat penulis.

“Nizam, kalau benar konsep akidah yang sudah bercanggah dengan ajaran asal dalam
agama Kristian berleluasa, tentulah dalam Al-Qur’an yang Allah turunkan selepas dari itu
menegur mengenai kesalahan ini kan..? Ada tak ayat dari Allah sendiri dalam Al-Qur’an
yang menafikan konsep Trinity ini?” tanya Rini lagi.

“Ada Rini, bagi saya buku nota saya tadi tu... saya ada tulis dalam bentuk nota nombor
ayat tersebut, saya tak hafal tapi boleh cari dalam tafsir tu nanti,” kata penulis.

Rini pun menghulurkan buku nota penulis.

“O.k. saya dapat dah, ayat tu dalam surah An Nisaa’ ayat 171, cuba awak buka tafsir tu
dan baca,” pinta penulis.

“Tunggu kejap ye..” kata Rini sambil membuka helaian tafsir Al-Qur’an mencari ayat
dalam surah An Nisaa’ itu dari satu surah ke satu surah.

Syahadah: 84
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“O.k. saya dapat dah, dengar ye saya baca : Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)!
Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu
mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa
ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah
disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka
berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan:
"(Tuhan itu) tiga". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi
kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah
daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di
bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya).”
Rini membaca petikan ayat surah An Nisaa’ ayat 171.

“Jelas..?” tanya penulis kepada Rini.

“O.k... clear,” balas Rini kembali.

“Jadi jelaslah kat awak tentang apa itu Kristian dan Yahudi dan kitab-kitab diorang?”
tanya penulis lagi.

“O.k. semua tu dah jelas, tapi macam mana saya nak tahu yang kitab-kitab tu
mengandungi ayat-ayat yang dimasukkan dan ditulis oleh manusia. Yang awak baca tadi
semua tu ayat dari Al-Qur’an yang menyatakan bahawa kitab-kitab terdahulu dah
tercemar. Tapi cuba awak bayangkan kalau awak cakap benda tu kat orang Kristian ke
atau pun orang Yahudi ke, tentulah mereka takkan percaya sebab sumber ayat yang awak
guna untuk menunjukkan yang kitab mereka itu dah tercemar ialah dari sumber Al-
Qur’an. Kan mereka ini tak beriman kepada Al-Qur’an. Tentu mereka tak nak
percayakan?” tanya Rini. Melihatkan gaya Rini bertanyakan soalan, membuatkan penulis
mengagumi cara pemikirannya yang kritis. Alhamdulillah, setakat ini masih dapat lagi
dilayan soalan yang dikemukan Rini dengan jawapan yang dikira dapat memuaskan
hatinya serta memberikan kefahaman kepadanya.

“Apa yang awak cakap tu memang betul Rini. O.k. sekarang oleh sebab awak dah
bertanyakan soalan tersebut kat saya, saya akan cuba bagi jawapan yang sebaik
mungkin,” kata penulis kepada Rini.

“Rini, kalau sesuatu itu kitab itu dikatakan datangNya dari wahyu Tuhan, apa kualiti
yang awak harapkan yang perlu ada pada kitab tersebut?” tanya penulis lagi.

“Tentulah kitab yang terbaik dan dapat menjawab semua persoalan mengenai
kemanusiaan dan perkara-perkara yang berkaitan kehidupan di dunia dan akhirat serta
dapat memberikan penjelasan kepada kita siapa kita sebenarnya, dari mana kita datang,
ke mana kita pergi selepas ini, apa tujuan kita disini dan kitab yang boleh digunapakai
selama-lamanya sebagai rujukan utama. Haa.. dan satu lagi, sesuatu yang datang dari
Tuhan, sepatutnya sangat hebat dan mendahului zamannya serta tiada sebarang
kecacatan, kesilapan serta percanggahan fakta dalam kitab tersebut. Betul tak apa yang
saya cakapkan ni?” tanya Rini kembali untuk mendapatkan kepastian.

Syahadah: 85
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Punya la panjang... tapi semuanya betul dan sangat tepat Rini. Dari apa yang awak
cakapkan tu, kita boleh mulakan post mortem kat semua kitab yang ada dalam dunia ni
samada memang betul dari Tuhan atau pun sebaliknya. Tapi malangnya, saya cuma ada
tiga kitab dalam beg saya yang boleh kita buat post mortem. Dua buah Bible dan satu Al-
Qur’an, tapi saya ada buat catatan dalam buku nota saya tu ayat-ayat dari kitab Veda dan
Dhammapada bagi agama Hindu dan Buddha. Tapi tak banyak, tapi saya rasa cukup juga
untuk dibuat post morten ke atas kitab-kitab tu juga,” jelas penulis.

“Rini kalau saya katakan kat awak bahawa kalau terdapat walaupun satu kesalahan fakta
dalam mana-mana kitab yang dikatakan didatangkan dari Tuhan, maka kitab itu telah
tercemar dengan campurtangan ayat-ayat yang ditulis manusia. Awak setuju tak dengan
pendapat saya ni..?” tanya penulis ingin menguji pendirian Rini.

“Ya .. tentulah setuju, sebab Tuhan takkan sekalipun melakukan kesilapan kan? Hanya
manusia dengan akal yang lemah dan keupayaan yang terhad sahaja yang akan
melakukan kesilapan. Betulkan?” Rini bersetuju dengan pendapat penulis dan kemudian
memberikan pandangannya pula serta inginkan kepastian.

“Tepat sekali!” jawab penulis sambil tersenyum.

“O.k., awak dah sedia nak buat post mortem?” tanya penulis.

“Sedia Doktor..” jawab Rini sambil berseloroh.

“O.k. awak nak buat post mortem kat kitab yang mana dulu?” tanya penulis.

“Kita cuba dengan Bible dulu.. o.k.?” Rini memberitahu dia ingin mulakan dengan kitab
Bible dulu.

“O.k. sekarang awak ambil mana-mana satu Bible tu dan rujuk mana-mana ayat yang
saya baca dari buku nota saya ni, boleh..?” tanya penulis kembali.

“O.k. No problem.” Jawab Rini kembali.

“Sekarang awak buka Bible yang awak pegang dan buka muka surat yang paling awal
sekali dalam bahagian Old Testament, Book of Genesis 1. Dapat?” cadang penulis.

“O.k. Dapat..” jawab Rini yang semakin cekap mencari surah-surah dalam Bible.

“Boleh awak bacakan kat saya ayat satu sampai ayat kelima?” pinta penulis.

“O.k. saya baca ayat yang pertama sampai kelima : 1:1 In the beginning God created the
heaven and the earth. 1:2 And the earth was without form, and void; and darkness was
upon the face of the deep. And the Spirit of God moved upon the face of the waters. 1:3
And God said, Let there be light: and there was light. 1:4 And God saw the light, that it

Syahadah: 86
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

was good: and God divided the light from the darkness. 1:5 And God called the light
Day, and the darkness he called Night. And the evening and the morning were the first
day. ( 1:1 Pada mulanya Tuhan menciptakan langit dan bumi. 1:2 Bumi belum berbentuk
dan kosong; gelap gelita menutupi samudera raya, dan Roh Tuhan melayang-layang di
atas permukaan air. 1:3 Berfirmanlah Tuhan: "Jadilah terang." Lalu terang itu jadi. 1:4
Tuhan melihat bahawa terang itu baik, lalu dipisahkan-Nyalah terang itu dari gelap.
1:5 Dan Tuhan menamai terang itu siang, dan gelap itu malam. Jadilah petang dan jadilah
pagi, itulah hari pertama.).” Rini menghabiskan bacaan ayat satu sampai lima dalam Book
of Genesis 1.

“Awak faham apa maksud ayat pertama sampai kelima tadi tu?” tanya penulis kembali
kepada Rini.

“Faham, ayat satu sampai lima tu menceritakan tentang penciptaan langit dan bumi.
Menurut Bible, Langit dan bumi mula diciptakan pada hari pertama dan bumi pula waktu
tu belum berbentuk dan diselubungi kegelapan. Tuhan juga menurut Bible menciptakan
cahaya dan kecerahan pada hari pertama. Kecerahan tu Tuhan namakan sebagai siang
hari manakala kegelapan pula dinamakan oleh Tuhan sebagai malam hari. Betulkan?”
tanya Rini kembali setelah mengulas ayat satu sampai lima dari Book Of Genesis 1.

“Betul. O.k. saya nak awak ingat fakta Bible ni, Hari Pertama dalam penciptaan : Tuhan
menciptakan langit, bumi yang belum berbentuk, samudera, cahaya, siang dan malam. Itu
untuk hari pertama dalam penciptaan menurut Bible,” jelas penulis mengiakan apa yang
Rini fahami dari ayat yang dibacakannya.

“O.k. Rini, sekarang saya nak awak baca pula sambungan ayat tersebut iaitu ayat 6
sehingga ayat lapan dalam Book of Genesis 1 yang sama,” pinta penulis lagi.

“1:6 And God said, Let there be a firmament in the midst of the waters, and let it divide
the waters from the waters. 1:7 And God made the firmament, and divided the waters
which were under the firmament from the waters which were above the firmament: and it
was so. 1:8 And God called the firmament Heaven. And the evening and the morning
were the second day. (1:6 Berfirmanlah Tuhan: "Jadilah cakrawala di tengah segala air
untuk memisahkan air dari air."1:7 Maka Tuhan menjadikan cakrawala dan Ia
memisahkan air yang ada di bawah cakrawala itu dari air yang ada di atasnya. Dan
jadilah demikian.1:8 Lalu Tuhan menamai cakrawala itu langit. Jadilah petang dan
jadilah pagi, itulah hari kedua.)” Rini membaca ayat enam sehingga lapan sepertimana
yang diminta oleh penulis.

“Faham Rini..?” tanya penulis inginkan kepastian.

“Faham..” Rini menjawab sambil mengangguk kepalanya tanda dia faham.

“Boleh awak jelaskan kat saya?” tanya penulis mengharapkan supaya Rini akan dapat
mengingati turutan penciptaan sepertimana yang tertulis dalam Book of Genesis 1 ini.

Syahadah: 87
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“O.k., pada hari kedua dalam turutan penciptaan yang diceritakan dalam Book of Genesis
1 ini pula, Tuhan menciptakan satu lapisan cakrawala ditengah-tengah air yang telah
sedia dicipta pada hari pertama, kemudian Tuhan memisahkan lapisan bahagian atas
dengan bahagian bawah dengan mengangkat lapisan bahagian atas itu tinggi. Jadi air
pada bahagian yang atas itu dinamakan sebagai langit,” jelas Rini kepada penulis.

“O.k. Bagus, tepat sekali. Sekarang awak baca pula ayat sembilan sampai ayat tigabelas.”
Penulis menyuruh Rini menyambung membaca petikan Bible tersebut sehingga ayat ke
tigabelas pula.

“1:9 And God said, Let the waters under the heaven be gathered together unto one place,
and let the dry land appear: and it was so.1:10 And God called the dry land Earth; and
the gathering together of the waters called he Seas: and God saw that it was good. 1:11
And God said, Let the earth bring forth grass, the herb yielding seed, and the fruit tree
yielding fruit after his kind, whose seed is in itself, upon the earth: and it was so. 1:12
And the earth brought forth grass, and herb yielding seed after his kind, and the tree
yielding fruit, whose seed was in itself, after his kind: and God saw that it was good. 1:13
And the evening and the morning were the third day. (1:9 Berfirmanlah Tuhan:
"Hendaklah segala air yang di bawah langit berkumpul pada satu tempat, sehingga
kelihatan yang kering." Dan jadilah demikian. 1:10 Lalu Tuhan menamai yang kering itu
darat, dan kumpulan air itu dinamai-Nya laut. Tuhan melihat bahwa semuanya itu baik.
1:11 Berfirmanlah Tuhan: "Hendaklah tanah menumbuhkan tunas-tunas muda, tumbuh-
tumbuhan yang berbiji, segala jenis pohon buah-buahan yang menghasilkan buah yang
berbiji, supaya ada tumbuh-tumbuhan di bumi." Dan jadilah demikian. 1:12 Tanah itu
menumbuhkan tunas-tunas muda, segala jenis tumbuh-tumbuhan yang berbiji dan segala
jenis pohon-pohonan yang menghasilkan buah yang berbiji. Tuhan melihat bahwa
semuanya itu baik. 1:13 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari ketiga.)” Rini
membaca dengan tekun sehingga ayat ke tigabelas seperti yang diminta oleh penulis.

“Fahamkan.. boleh awak jelaskan?” tanya penulis.

Rini mengangguk dan kemudian mula memberikan penjelasan tentang apa yang
difahaminya dengan ayat sembilan dan tigabelas yang dia baca sebentar tadi.

“O.k. Nizam, pada Hari Ketiga dalam sekuel penciptaan Langit dan Bumi menurut Bible,
Tuhan memisahkan air yang ada pada bumi dengan mengumpulkan air yang ada tu ke
satu tempat sehingga menampakkan tanah kering. Tuhan menamakan tanah yang kering
sebagai darat dan tempat air berkumpul tu sebagai laut. Kemudian Tuhan berfirman
kepada tanah daratan tu supaya menumbuhkan pokok-pokok tumbuhan dan semua pokok
yang diperintahkan tumbuh itu pun tumbuh,” jawab Rini.

“Pandai pun. Saya nak awak ingat fakta ni o.k., hari ketiga daratan mula kelihatan dan
tumbuhan mula diciptakan dan tumbuh serta hidup di daratan,” tegas penulis supaya Rini
mengingati fakta penting tentang sekuel penciptaan menurut Bible pada hari ketiga dalam
turutan penciptaan.

Syahadah: 88
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“O.k. saya ingat, Hari pertama, langit dan bumi dicipta, bumi tiada berbentuk kemudian
Tuhan ciptakan cahaya supaya dapat wujudkan siang dan malam. Hari kedua pula Tuhan
pisahkan lapisan air dan mengangkat satu lapisan air ke bahagian atas den dinamakan
sebagai langit. Hari ketiga pula, Tuhan mengumpulkan air pada satu tempat sehingga
menampakkan daratan pada satu tempat dan kemudiannya menciptakan tumbuh-
tumbuhan untuk hidup didaratan yang terhasil tersebut. Betulkan?” tanya Rini selepas
cuba mengingati sekuel turutan tiga hari pertama penciptaan sepertimana yang disebut
dalam kitab Bible.

“Waa.. dasyatnya awak punya memori, boleh ingat. Memang betul apa yang awak baru
hafalkan tu. O.k. sekarang kita sambung balik baca Bible tu tadi. Rini, sekarang awak
baca ayat empatbelas sampai sembilanbelas boleh?” penulis sekali lagi meminta Rini
menyambung membaca ayat-ayat dari Book of Genesis 1.

“1:14 And God said, Let there be lights in the firmament of the heaven to divide the day
from the night; and let them be for signs, and for seasons, and for days, and years: 1:15
And let them be for lights in the firmament of the heaven to give light upon the earth: and
it was so. 1:16 And God made two great lights; the greater light to rule the day, and the
lesser light to rule the night: he made the stars also. 1:17 And God set them in the
firmament of the heaven to give light upon the earth, 1:18 And to rule over the day and
over the night, and to divide the light from the darkness: and God saw that it was good.
1:19 And the evening and the morning were the fourth day. (1:14 Berfirmanlah Tuhan:
"Jadilah benda-benda penerang pada cakrawala untuk memisahkan siang dari malam.
Biarlah benda-benda penerang itu menjadi tanda yang menunjukkan masa-masa yang
tetap dan hari-hari dan tahun-tahun, 1:15 dan sebagai penerang pada cakrawala biarlah
benda-benda itu menerangi bumi." Dan jadilah demikian. 1:16 Maka Tuhan menjadikan
kedua benda penerang yang besar itu, yakni yang lebih besar untuk menguasai siang dan
yang lebih kecil untuk menguasai malam, dan menjadikan juga bintang-bintang. 1:17
Allah menaruh semuanya itu di cakrawala untuk menerangi bumi, 1:18 dan untuk
menguasai siang dan malam, dan untuk memisahkan terang dari gelap. Allah melihat
bahwa semuanya itu baik. 1:19 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari keempat.)”
Rini menghabiskan bacaan sehingga ayat ke sembilanbelas.

“O.k. Huraikan kat saya,” ujar penulis.

“Hari ke empat dalam sekuel penciptaan menurut Bible pula, Tuhan menciptakan cahaya
dilangit dengan matahari diciptakan untuk menguasai siang dan bulan pula dicipta untuk
menguasai malam dan bintang-bintang turut diciptakan,” jelas Rini.

“Tepat sekali. Hari ke empat ni Tuhan menciptakan matahari, bulan dan bintang. Ingat
tau,” pesan penulis kepada Rini supaya mengingati semua sekuel yang dibacakan
semenjak dari tadi.

“Awak baca pula ayat duapuluh sampai duapuluhtiga,” penulis menyuruh Rini
menyambung bacaan Book of Genesis 1 tersebut sehingga ayat ke duapuluhtiga.

Syahadah: 89
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Dengar ni,: 1:20 And God said, Let the waters bring forth abundantly the moving
creature that hath life, and fowl that may fly above the earth in the open firmament of
heaven. 1:21 And God created great whales, and every living creature that moveth,
which the waters brought forth abundantly, after their kind, and every winged fowl after
his kind: and God saw that it was good. 1:22 And God blessed them, saying, Be fruitful,
and multiply, and fill the waters in the seas, and let fowl multiply in the earth. 1:23 And
the evening and the morning were the fifth day. (1:20 Berfirmanlah Tuhan: "Hendaklah
dalam air berkeriapan makhluk yang hidup, dan hendaklah burung beterbangan di atas
bumi melintasi cakrawala." 1:21 Maka Tuhan menciptakan ikan-ikan paus yang besar
dan segala jenis makhluk hidup yang bergerak, yang berkeriapan dalam air, dan segala
jenis burung yang bersayap. Tuhan melihat bahwa semuanya itu baik. 1:22 Lalu Tuhan
memberkati semuanya itu, firman-Nya: "Berkembangbiaklah dan bertambah banyaklah
serta penuhilah air dalam laut, dan hendaklah burung-burung di bumi bertambah
banyak." 1:23 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari kelima.)” Rini menghabiskan
bacaan sehingga ayat ke duapuluhtiga sebagaimana yang dipinta penulis.

“O.k. apa kata Bible mengenai hari kelima dalam sekuel penciptaan?” tanya penulis
kepada Rini lagi.

“Hari kelima, Tuhan menurut yang seperti dicatatkan dalam Bible, menciptakan ikan-
ikan paus yang besar dan segala hidupan yang bergerak dalam air dan kemudian
menciptakan segala jenis burung-burung bersayap di udara dan memerintahkan semuanya
supaya berkembang biak. Betul?”

Penulis mengangguk dan memintanya untuk membaca pula ayat duapuluhempat sehingga
tigapuluhsatu.

“1:24 And God said, Let the earth bring forth the living creature after his kind, cattle,
and creeping thing, and beast of the earth after his kind: and it was so. 1:25 And God
made the beast of the earth after his kind, and cattle after their kind, and every thing that
creepeth upon the earth after his kind: and God saw that it was good. 1:26 And God said,
Let us make man in our image, after our likeness: and let them have dominion over the
fish of the sea, and over the fowl of the air, and over the cattle, and over all the earth,
and over every creeping thing that creepeth upon the earth. 1:27 So God created man in
his own image, in the image of God created he him; male and female created he them.
1:28 And God blessed them, and God said unto them, Be fruitful, and multiply, and
replenish the earth, and subdue it: and have dominion over the fish of the sea, and over
the fowl of the air, and over every living thing that moveth upon the earth. 1:29 And God
said, Behold, I have given you every herb bearing seed, which is upon the face of all the
earth, and every tree, in the which is the fruit of a tree yielding seed; to you it shall be for
meat. 1:30 And to every beast of the earth, and to every fowl of the air, and to every thing
that creepeth upon the earth, wherein there is life, I have given every green herb for
meat: and it was so. 1:31 And God saw every thing that he had made, and, behold, it was
very good. And the evening and the morning were the sixth day. (1:24 Berfirmanlah
Tuhan: "Hendaklah bumi mengeluarkan segala jenis makhluk yang hidup, ternak dan
binatang melata dan segala jenis binatang liar." Dan jadilah demikian. 1:25 Tuhan

Syahadah: 90
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

menjadikan segala jenis binatang liar dan segala jenis ternak dan segala jenis binatang
melata di muka bumi. Tuhan melihat bahwa semuanya itu baik. 1:26 Berfirmanlah
Tuhan: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, supaya
mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan
atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi." 1:27 Maka
Tuhan menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Tuhan
diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka. 1:28 Tuhan
memberkati mereka, lalu Tuhan berfirman kepada mereka: "Beranakcuculah dan
bertambah banyak; penuhilah bumi dan taklukkanlah itu, berkuasalah atas ikan-ikan di
laut dan burung-burung di udara dan atas segala binatang yang merayap di bumi." 1:29
Berfirmanlah Tuhan: "Lihatlah, Aku memberikan kepadamu segala tumbuh-tumbuhan
yang berbiji di seluruh bumi dan segala pohon-pohonan yang buahnya berbiji; itulah
akan menjadi makananmu. 1:30 Tetapi kepada segala binatang di bumi dan segala
burung di udara dan segala yang merayap di bumi, yang bernyawa, Kuberikan segala
tumbuh-tumbuhan hijau menjadi makanannya." Dan jadilah demikian. 1:31 Maka Tuhan
melihat segala yang dijadikan-Nya itu, sungguh amat baik. Jadilah petang dan jadilah
pagi, itulah hari keenam.)

“O.k. Rini, apa yang jadi pada hari ke enam dalam sekuel penciptaan menurut Bible?”
tanya penulis lagi.

“Untuk hari ke enam dalam sekuel penciptaan langit dan bumi menurut Bible, Tuhan
menjadikan segala jenis binatang liar dan segala jenis binatang ternakan dan segala jenis
binatang melata di muka bumi dan kemudian Tuhan menciptakan manusia menurut
bentuk dan rupa Tuhan supaya berkuasa di atas semua yang ada di bumi. Manusia
diciptakan oleh Tuhan lelaki dan perempuan dan diperintahkan mereka juga supaya
beranak pinak. Kemudian Tuhan menjadikan semua jenis buah yang ada biji di muka
bumi ini sebagai makanan bagi manusia dan kemudian semua jenis binatang yang hidup
di bumi ini tak kira la samada liar, jinak, ikan dan burung-burung, makanannya yang
telah ditetapkan Tuhan kepada mereka menurut Bible ialah tumbuh-tumbuhan hijau.”
Rini menjelaskan apa yang difahaminya dari petikan ayat ke duapuluhempat hingga ke
tigapuluh satu dalam Book of Genesis 1 ini.

"O.k. bagus. Awak ingat lagi semua sekuel dari hari pertama penciptaan menurut Bible
sampai sekuel yang terakhir?" tanya penulis lagi.

"Ingat…" jawab Rini balik.

"O.k. sekarang masa kita nak buat post mortem pulak kat semua ayat yang awak baca
tadi. Dah sedia kan..?" tanya penulis lagi.

Rini mengangguk.

"O.k. menurut Bible keseluruhan alam langit dan bumi ini dicipta dalam masa enam hari.
Betul tak dari apa yang awak baca?" tanya penulis selepas memberi kenyataan.

Syahadah: 91
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"Ya.." Jawab Rini ringkas.

"Awak dari jurusan sains kan?" tanya penulis kembali.

"A'aah… awak ni macam dalam mahkamah pulak.." jawab Rini sambil berseloroh.

"Taaak.. saya nak pastikan ja.." jawab penulis balik.

"Awak tahu kan dalam sains, para saintis menyatakan yang semua yang ada dalam langit
dan bumi ini terbentuk dalam masa yang sangat panjang. Langit dan bumi terbentuk
sehingga kesempurnaan dalam masa berbillion tahun. Itu fakta sains dan dah terbukti
fakta sains itu betul. Awak tahu kan..?" tanya penulis lagi.

"Ya.. betul la…" jawab Rini seakan baru sedar.

"Jadi boleh tak awak terima yang alam ini termasuk semua yang ada dalam langit dan
bumi tu dicipta dalam enam hari? Bukankah ianya bercanggah dengan fakta sains?" tanya
penulis lagi.

"Err.. tak boleh la, kan sains tu telah membuktikan, tapi Nizam, dalam Al-Qur'an pun ada
disebut yang langit dan bumi diciptakan Allah dalam enam hari kan?" tanya Rini
kembali.

"Siapa yang beritahu awak macam tu? Itu salah.. Dalam Al-Qur'an Allah s.w.t.
menyatakan yang langit dan bumi diciptakanNya dalam enam tempoh masa. Tempoh
setiap satu masa ini hanya Allah s.w.t. sahaja yang tahu berapa panjang masanya. Ia
boleh jadi seribu tahun, ia juga boleh jadi lima puluh ribu tahun dan mungkin juga
berbillion tahun. Cuba awak baca nota dalam kertas kuning dalam Bible tu untuk
dapatkan ayat-ayat Al-Qur'an yang menceritakan tentang bumi yang dicipta dalam enam
masa. Boleh bacakan kat saya nombor-nombor dan surah-surah ayat tersebut?"penulis
meminta Rini membacakan nota yang sudah sedia dibuat oleh penulis dalam Bible yang
dipegangnya.

"Tak ada la," jawab Rini.

"Jap.. mungkin dalam Bible yang satu lagi kot, cuba awak tengok?" ujar penulis.

"Err.. takde la…" jawab Rini lagi.

"Eh.. mana saya letak entah.. kejap ya Rini," beritahu penulis sambil cuba memikirkan di
mana penulis meletakkan nota dalam kertas kuning yang biasa penulis tempelkan sebagai
komen dalam mana-mana buku yang penulis baca.

"Haa.. ni dia.. ada pun," penulis akhirnya menjumpai nota tersebut ditampalkan di dalam
Tafsir Al-Qur'an yang dibacakan Rini sebelum ni.

Syahadah: 92
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"O.k. nah tolong baca kat saya ayat-ayat yang menyentuh mengenai langit dan bumi yang
dicipta dalam enam masa," penulis menghulurkan nota tersebut kepada Rini.

"Baca semua sekali ke?" tanya Rini balik.

"Ya." jawab penulis ringkas.

"O.k. saya bacakan nama-nama surah yang awak catatkan. Al-A'raaf ayat 54, surah
Yunus ayat 3, surah Furqaan ayat 59, surah As Sajdah ayat 4, surah Qaf ayat 38 dan surah
Al Hadiid ayat 4. Semua sekali ada enam ayat kan?" tanya penulis lagi.

"Ya betul, itulah mukjizat Al-Qur'an, Allah menceritakan yang Dia menciptakan langit
dan bumi dalam enam masa dalam enam ayat yang berada di lain-lain tempat dalam Al-
Quran. Hebatkan?" tanya penulis kepada Rini.

Rini mengangguk dan tersenyum.

"O.k. Rini, saya bacakan surah Yunus ayat 3 kat awak, Allah berfirman : Sesungguhnya
Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian
Ia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang
dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah
Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan
taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu - setelah mengetahui kenyataan yang
tersebut tidak mahu mengingatiNya?" penulis membacakan petikan surah Yunus ayat 3
kepada Rini bagi membuktikan Al-Qur'an menyebutkan Allah s.w.t. menciptakan langit
dan bumi dalam enam masa bukan enam hari seperti yang dikatakan Rini sebelum dari
itu.

"Dalam bahasa Arab, perkataan 'Yaum' membawa maksud hari, tapi dalam semua ayat
yang enam ini, Allah s.w.t. menggunakan perkataan 'Ayyam' yang lebih tepat lagi
membawa maksud tempoh masa," jelas penulis.

"Jadi kenyataan yang mana satu yang bertepatan dengan fakta sains? Ayat-ayat dari Bible
atau al-Qur'an?" tanya penulis kepada Rini.

"Tentulah Al-Qur'an sebab ia menyatakan alam ini diciptakan dalam enam tempoh masa.
Mustahil langit dan bumi boleh diciptakan dalam tempoh enam hari," jawab Rini
menggunakan lojik akalnya.

"Tapi Rini, ada juga para sarjana Kristian mengatakan yang enam hari yang dimaksudkan
dalam Bible itu sebenarnya ialah enam tempoh masa seperti yang dinyatakan dalam Al-
Qur'an. Mereka menyatakan demikian supaya ayat-ayat dalam Bible itu selari dengan
fakta sains. Tapi apa yang dinyatakan dalam Bible tu awak dah bacakan? Bible
menyatakan langit dan bumi diciptakan dalam enam hari? Tapi tak apalah, kalau mereka
katakan yang enam hari dalam Bible tu sama dengan enam tempoh masa yang berbillion

Syahadah: 93
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

tahun lamanya seperti dalam Al-Qur'an, kita terima sajalah, tapi walaupun terima, post
mortem perlu diteruskan. Betul tak?" tanya penulis lagi.

Rini mengangguk tersenyum.

"O.k. sekarang kita tengok pada hari pertama penciptaan pula menurut Bible, langit dan
bumi dah diciptakan, bumi belum berbentuk tetapi cahaya sudahpun Tuhan ciptakan dan
seterusnya mewujudkan keadaan siang dan malam. Betul tak Rini apa yang awak baca
dalam Bible tadi mengatakan macam tu?"

"Betul." Jawab Rini ringkas.

"O.k. sekarang, kita buat sedikit analisis berdasarkan fakta sains. Macam mana Tuhan
berikan cahaya kat langit dan bumi sedangkan sumber cahaya belum lagi dicipta bagi
langit dan bumi? Kan dalam Bible menyatakan yang matahari, bulan dan bintang
diciptakan dalam hari ketiga? Bukankah ini bercanggah dengan fakta sains? Kan kita
sudah sedia maklum sumber cahaya paling utama bagi bumi ialah matahari dan bagi
planet-planet lain diluar sistem solar kita, sumber utama cahaya mereka ialah bintang-
bintang yang menjadi pusat sistem mereka. Jadi betul kah ayat dalam Bible ini? Cahaya
diciptakan terlebih dahulu dari sumber cahaya? Saya bagi contoh kat awak, awak pindah
rumah baru, kemudian awak bawa masuk cahaya ke dalam bilik rumah awak pada hari
pertama dan kemudian pada hari ketiga baru awak pasang lampu. Tak masuk akalkan?"
tanya penulis lagi.

Rini hanya mengangguk.

"O.k. satu lagi Rini, dalam Bible, Tuhan menceritakan yang siang dan malam sudah pun
berlaku pada hari pertama lagi dalam turutan penciptaan sedangkan matahari, bulan dan
bintang belum lagi dicipta sehinggalah hari ketiga. Jika hari yang dimaksudkan itu sama
dengan 24 jam, maka 72 jam selepas siang dan malam berlaku barulah matahari, bulan,
dan bintang dicipta. Boleh tak awak terima ni semua sebagai kenyataan yang dibuat oleh
Tuhan, sedangkan awak tahu yang menurut sains, siang dan malam terjadi disebabkan
oleh putaran bumi di atas paksinya mengelilingi matahari dan cahaya yang menyinari
bumi di waktu siang adalah cahaya matahari? O.k. kalau kita pertimbangkan hari tu sama
dengan 24 jam maka 72 jam selepas siang dan malam dicipta, barulah matahari, bulan
dan bintang pula dicipta. Kata setengah-setengah sarjana Kristian yang hendak
memperbetulkan ayat dalam Bible dengan mengatakan yang enam hari itu merupakan
enam tempoh masa yang berbillion tahun lamanya semata-mata inginkan ayat dalam
Bible selari dengan fakta sains, sekali lagi menghadapi masalah dalam isu ini pula.
Apakah lebih masuk akal kalau dikatakan matahari, bulan dan bintang diciptakan
berbillion-billion tahun selepas siang dan malam berlaku di bumi? Tentulah lebih tidak
masuk akal kan? Penciptaan dalam hari pertama dalam turutan penciptaan yang
diceritakan dalam Bible sudah pun bercanggah dengan berbagai-bagai fakta sains. Bukan
itu saja yang menjadi percanggahan, malah turutan bumi diciptakan awal empat hari
terlebih dahulu daripada penciptaan matahari, bulan dan bintang juga sangat bercanggah
dengan fakta yang telah diketahui dalam dunia sains bahawa seluruh alam ini dihasilkan

Syahadah: 94
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

dengan satu kejadian mendadak dan serentak. Peristiwa ini dikenali sebagai Big Bang
atau pun Letupan Agung dalam komuniti sains dunia. Jadi jika menurut sains, semuanya
tercipta dengan serentak, maka ayat-ayat dalam Bible ini juga dengan jelas semakin
bercanggah denga fakta-fakta sains," jelas penulis dengan panjang lebar.

"Tapi apa kata Al-Qur'an pula?" tanya Rini inginkan kepastian.

Penulis tersenyum mendengar soalan Rini yang seperti sudah boleh diagak akan
dikemukankannya kepada penulis.

"O.k. Rini, apa yang dikatakan Allah s.w.t. dalam Al-Qur'an adalah sangat bertepatan
dengan fakta sains. Ini memang sangat menakjubkan. Dalam Al-Qur'an, Allah s.w.t. telah
menceritakan mengenai Big Bang ini 1400 lebih awal dari penemuannya oleh komuniti
sains pada abad ke dua puluh. Pada tahun 1929, Edwin Hubble, seorang ahli astronomi
Amerika Syarikat telah menjumpai bukti-bukti bahawa alam ini bermula dengan satu
letupan besar. Letupan Agung inilah yang memisahkan semua jasad yang asalnya dari
satu, dipisahkan dengan letupan ini menjauhi antara satu sama lain. Edwin Hubble juga
menyatakan yang seluruh galaksi dalam alam ini sedang berkembang dan menjauhi
antara satu sama lain dengan pantas dan secara berterusan. Mana mungkin seorang lelaki
yang hidup 1400 tahun lalu, yang tidak tahu membaca dan menulis serta hidup di
kalangan komuniti jahiliah, mempunyai pengetahuan yang tepat tentang bagaimana alam
ini bermula sebagai satu objek kemudian dipisahkan dan dikembangkan secara
berterusan. Sedangkan Albert Einstein sendiri melakukan kesilapan yang dianggapnya
sebagai kesilapan terbesar dalam kariernya apabila dia pada mulanya mempercayai
bahawa alam ini sudah sedia ada dan tiada permulaan. Albert Einstein kemudian
mengakui bahawa teori yang cuba dipertahankannya adalah salah setelah semua bukti-
bukti yang dibuat dari pemerhatiannya juga menunjukkan bahawa alam ini sentiasa
berkembang. Cuba awak fikirkan, saintis-saintis terhebat yang mempunyai asas
pendidikan yang cukup tinggi pun membuat kesilapan apabila berbicara mengenai
penciptaan langit dan bumi, tapi ini tidak berlaku kepada Rasulullah s.a.w. yang ummi,
iaitu baginda tidak tahu membaca dan menulis, tapi semua yang dibawakannya dan
diwahyukan kepadaNya sangat bertepatan dengan semua ilmu yang ada terutamanya ilmu
sains sehingga kini. 1400 tahun dahulu mana ada teleskop untuk memerhatikan
pergerakan planet-planet dan bintang-bintang. Tapi apa yang diwahyukan kepada Nabi
Muhammad s.a.w. itu sangat tepat. Ini menunjukkan bahawa Al-Qur'an itu merupakan
wahyu dari Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk disampaikan kepada semua
manusia. Hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana Dia menciptakan seluruh alam ini dan
apa yang disampaikanNya juga mestilah betul dan bertepatan dengan ilmu sains yang
telah dibuktikan," jelas penulis kepada Rini.

"Jadi apa ayat yang menggambarkan permulaan penciptaan langit dan bumi dalam Al-
Qur'an?" tanya Rini lagi.

"O.k. Ayatnya terdapat dalam surah Al-Anbiya' ayat 30. Allah s.w.t. berfirman : "Dan
apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya
dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara

Syahadah: 95
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka
mengapakan mereka tiada juga beriman?" penulis membacakan petikan ayat 30 surah Al
Anbiya' kepada Rini.

"Awak tengok Rini, ayat ni bukan sahaja dengan tepat menceritakan detik permulaan
alam semesta ini, malah dengan tepat juga menyatakan bahawa semua hidupan yang
wujud di alam ini diciptakan dari air. Betulkan cakap saya, sangat bertepatan dengan
sains?" tanya penulis kepada Rini.

Rini mengangguk seakan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

"O.k. sekarang kita teruskan dengan post mortem kita tadi, o.k. pada hari kedua turutan
penciptaan alam menurut Bible, Tuhan mengasingkan langit dan bumi dengan
mewujudkan satu lapisan di tengah-tengah air dan kemudian mengangkat lapisan yang
atas tadi tu tinggi ke atas dan meninggalkan lapisan yang bawah di tempat asalnya.
Kemudian pada hari ketiga dalam turutan penciptaan menurut apa yang dicatatkan oleh
Bible, Tuhan mengumpulkan air di bumi ke satu tempat dan kemudian mengelarkan
kawasan tanah kering yang kelihatan itu sebagai darat dan kawasan air berkumpul itu
sebagai laut. Kemudian di kawasan darat tersebut, Tuhan memerintahkan supaya rumput-
rumput serta pokok-pokok tumbuhan tumbuh dan mengeluarkan hasil seperti buah berbiji
dan berkembang biak. Betul tak seperti yang tercatat dalam Bible?" tanya penulis lagi.

"Ya.. betul" Rini menjawab sambil tersenyum.

"Kenpa awak tersenyum Rini?" tanya penulis setelah melihat Rini tersenyum seolah-olah
sudah tahu apa yang penulis hendak cakapkan.

"Taklah.. tak de apa, cuma saya boleh agak apa yang awak nak ulas pasal ayat ni nanti."
jawab Rini.

"Agak awak apa dia yang saya nak ulas?" tanya penulis kepada Rini.

"Tentu awak nak cakapkan yang bagaimana pokok-pokok tersebut boleh hidup tanpa
cahaya matahari. Betul tak?" tanya Rini kembali.

"Haa.. bijak, bijak.. memang tepat sekali apa yang awak cakap. Macam mana pokok-
pokok tu nak hidup tanpa cahaya matahari, sedangkan matahari pula diciptakan pada hari
ke empat. Kan pokok-pokok tu semua memerlukan cahaya matahari untuk membuat
klorofil sebagai makanan melalui proses fotosintesis. Pokok-pokok dalam ayat-ayat dari
Book of Genesis 1 ini dapat hidup, menghasilkan buah dan berkembang biak walaupun
tanpa cahaya matahari. Bukankah tak masuk akal? Jika di ambil kira tempoh yang disebut
dalam Bible adalah sehari bagi satu turutan penciptaan, maka kita boleh anggap pokok ini
masih boleh selamat dengan satu hari tanpa cahaya matahari. Tetapi ianya menyalahi
pula fakta sains yang menyatakan bahawa alam ini berkembang dalam tempoh berbillion
tahun lamanya. Mereka boleh pilih salah satu dari dua kenyataan yang nak dipertahankan
dalam Bible ini samada nak pertahankan alam ini diciptakan dalam enam hari atau pun

Syahadah: 96
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

nak pertahankan pendirian yang alam ini diciptakan dalam enam tempoh masa. Jika yang
pertama iaitu alam ini diciptakan dalam enam hari menjadi pilihan, maka kita akan dapati
semua percanggahan ayat dalam Bible ini dengan fakta sains menjadi ketara disebabkan
fakta sains menyatakan bahawa proses penciptaan alam ini mengambil masa berbillion
tahun lamanya. Tetapi pilihan pertama ini dapat menyelamatkan ayat mengenai turutan
penciptaan pada hari ketiga iaitu pokok-pokok tumbuh sebelum matahari dicipta. Jika
tidak disinari matahari untuk sehari, maka pokok-pokok itu takkan mati. Tapi pilihan ini
tetap juga bercanggah dengan fakta sains seperti yang disebut saya tadi. O.k., jika pilihan
kedua pula dibuat iaitu memilih alam ini diciptakan dalam enam tempoh masa, maka
kesalahan kepada fakta sains yang awal tadi dapat diperbetulkan, tetapi ia bercanggah
pula dengan ayat-ayat dalam Bible yang menyatakan pokok-pokok dapat tumbuh
berbillion tahun sebelum matahari dicipta. Maka kesimpulan yang dapat dibuat ialah, jika
enam hari dipilih, maka Bible itu sangat bercanggah dengan sains. Jika enam tempoh
masa pula dipilih, maka Bible itu tetap juga bercanggah dengan fakta sains yang
menyatakan tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Maka bolehkah awak
katakan yang ayat-ayat yang mempunyai kesilapan fakta dalam Book of Genesis 1
datangnya dari Tuhan? Tentu tidak kan?" tanya penulis kepada Rini setelah membuat
penjelasan kepadanya..

Rini mengangguk lagi.

"Nak teruskan dengan post mortem ini?" tanya penulis.

"Boleh juga," jawab Rini ringkas.

"Bukankah awak dah setuju kalau mana-mana Kitab yang dikatakan diwahyukan oleh
Tuhan tak boleh mengandungi walaupun satu kesilapan, kesalahan fakta atau
percanggahan dengan fakta sebenar? Tak cukup ke dengan beberapa percanggahan
dengan fakta sains yang sangat jelas macam yang saya dah jelaskan tadi?" tanya penulis
lagi.

"Alah… sikit je lagi, kita post mortem Book of Genesis 1 sampai habis la. Kan tak sampai
satu muka surat." Rini merayu supaya menghabiskan Book Of Genesis 1 tersebut.

"Awak pun tengok sendirikan, ini baru muka surat pertama dalam Bible dah ada beberapa
kesalahan yang bertentangan dngan fakta sebenar sains. Tapi oleh sebab awak nak
sambung juga, kita habiskan la," tambah penulis.

"O.k kita teruskan. Hari ke empat dalam turutan penciptaan langit dan bumi menurut
Bible, Tuhan menciptakan matahari, bulan dan bintang. Pada hari kelima menurut Bible,
Tuhan menciptakan ikan-ikan paus di lautan dan semua binatang yang bergerak dalam
laut serta unggas-unggas di udara. Pada hari ke enam menurut Bible, Tuhan menciptakan
binatang liar, jinak dan segala binatang yang melata di muka bumi dan kemudian Tuhan
ciptakan manusia lelaki dan wanita di bumi. Manusia pula menurut Bible, Tuhan ciptakan
menurut rupabentuk dan imej Tuhan sendiri. Kemudiannya Tuhan memberikan kepada
manusia semua buah yang mempunyai biji sebagai makanan. Bagi semua binatang pula,

Syahadah: 97
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

tak kira yang liar, jinak, burung, ikan dan sebagainya, Tuhan menjadikan tumbuh-
tumbuhan sabagai makanan yang ditetapkan pada mereka," jelas penulis mengingati
semula semua ayat yang terkandung dalam Book Of Genesis 1.

"Dua lagi fakta yang salah dalam penciptaan hari ke enam ialah Tuhan telah
menganugerahkan kepada manusia semua jenis buah yang berbiji sebagai makanannya.
Awak tahu tak yang tak semua buah yang berbiji boleh dimakan? Ada buah yang kalau
dimakan awak akan mati keracunan. Takkan Tuhan tak tahu apa yang diciptakanNya,
betul tak? Satu lagi kesilapan fakta ialah, semua tumbuhan yang ada di muka bumi ini
akan dijadikan sebagai makanan kepada semua jenis binatang oleh Tuhan. Tak kiralah
binatang tu herbivor, karnivor atau pun omnivor. Pernah tak awak tengok harimau makan
ulam? Pernah awak tengok singa makan bendi? Tentu tak pernah kan? Jadi macam mana
awak nak katakan yang ini semua ayat-ayat dari Allah? Amatlah tidak masuk akal apabila
menyatakan ayat-ayat yang mengandungi kesilapan seperti ini sebagai ayat-ayat dari
Allah s.w.t.. Rini..., tak dinafikan yang masih ada ayat-ayat dari Allah s.w.t. yang
dipelihara atas tujuan-tujuan tertentu yang hanya Allah s.w.t. tahu dalam Bible ini, tapi
disebabkan banyaknya ayat yang dimasukkan oleh manusia, kita tak dapat mengenal pasti
yang mana satu ayat dari Allah. Cuma yang boleh kita kenal pasti ialah, ayat-ayat yang
mempunyai kesilapan fakta dan bercanggah dengan pengetahuan sains dan teknologi,
merupakan ayat-ayat yang diciptakan oleh manusia kerana tidak mungkin Allah s.w.t.
melakukan apa-apa kesilapan sebagaimana friman Allah s.w.t. yang saya dah baca tadi,”
jelas penulis menghabiskan kajian terhadap ayat-ayat dalam Book of Genesis 1 ini.

“Ada tak Allah mengatakan sesuatu mengenai ayat-ayat yang datang daripadaNya?”
tanya Rini.

“Ada, Allah s.w.t. dah menyatakan dalam Al-Qur’an yang jika sesuatu yang datang
daripadaNya pasti tidak mengandungi apa-apa kekeliruan. Allah s.w.t. berfirman dalam
surah An-Nisaa’ ayat 82 : Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan
isi Al-Quran? Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka
akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya. Ada lagi ayat yang Allah s.w.t.
nyatakan dalam Al-Qur’an yang menyatakan kalau Al-Qur’an bukan dari Allah s.w.t.
tentulah kenyataan didalamnya dah terpesong serta bercanggah. Kejap saya cari ayat-ayat
tu lagi,” jelas penulis sambil membelek buku nota yang dibuat oleh penulis.

“O.k. Rini, ini ayatnya dari surah Az-Zumar ayat 27 dan 28,: Dan demi sesungguhnya!
Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam
Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran. laitu Al-Quran yang
berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya
mereka bertaqwa.”

“Dan ni satu lagi ayat dari surah Al-Kahfi ayat 1 dan 2,: Segala puji terentu bagi Allah
yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak
menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong), (Bahkan keadaannya) tetap
benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-
orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi

Syahadah: 98
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh,
bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik. Dalam ayat 27 surah yang sama, surah
al Kahfi, juga Allah s.w.t. menyatakan yang Al-Qur’an itu kalimah-kalimah Allah yang
tak boleh diubah, saya bacakan terjemahannya; Dan baca serta turutlah apa yang
diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah
kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan
selain daripadaNya,” jelas penulis.

“Nizam, itu semua ayat dalam Al-Qur’an yang menyatakan bahawa kalau Al-Qur’an
bukan dari Allah tentu ada kesilapan didalamnya kan? Tapi ada tak dalam Bible ayat ayat
yang menyatakan yang menyatakan kalau ayat-ayat dalam Bible tu bukan dari Tuhan,
tentu ada kesilapan yang banyak di dalamnya? Tadi kita dah buktikan yang memang
Book of Genesis 1 tadi mengandungi percanggahan fakta dengan sains dan lojik, tapi
lebih elok jika Bible sendiri yang menyatakan bahawa kalau ayat tu bukan dari Tuhan,
tentu terdapat banyak kekeliruan di dalamnya. Ada tak ayat macam tu?” tanya Rini lagi.

“Rasa-rasanya ada la Rini, bagi kat saya Bible tu jap, saya cari, biasanya saya ada lekat
nota dalam kertas kuning dalam Bible ni,” beritahu penulis.

“Ada.. memang ada, nasib baik saya pernah baca ayat ni dulu. Awak dengar o.k. Ini ayat
dari Bible yang menyatakan Tuhan bukanlah pengarang sesuatu yang mengelirukan.
Buktinya ayat dalam Bible bahagian New Testament dalam Book of 1 Corinthians
Chapter 14 ayat 33 : For God is not the author of confusion, but of peace, as in all
churches of the saints. (Kerana Tuhan itu bukanlah pengarang kekeliruan, tapi
keamanan, sebagaimana di dalam gereja-gereja para santos.)” jelas penulis.

"Jadi awak dah fahamkan cara bagaimana nak mengetahui sesuatu kitab itu datang dari
Tuhan atau pun tidak?" tanya penulis kepada Rini.

"Ya.. terima kasih kat awak la," jawab Rini kembali.

"Saya cuma berkongsi dengan awak ja, kan lebih berkat ilmu tu kalau disampaikan,"
tambah penulis pula.

"Awak tak ngantuk ke?" tanya penulis kepada Rini.

"Taklah, saya dah biasa tak tidur malam," jawab Rini pula.

"Sama la ngan saya, biasanya saya tidur pada waktu-waktu cuti ni lepas subuh, kan
terbalik dari fitrah yang Allah jadikan kita sebagai manusia. Allah jadikan malam untuk
kita berehat dan tidur, sebab tu waktu malam suasana dia sedikit nyaman. Semua tu
anugerah Allah kat kita," tambah penulis.

"Ya lah… tapi dah terbiasa la. Tak salahkan?" tanya Rini lagi.

Syahadah: 99
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"Tak salah, cuma kualiti tidur waktu malam tu lebih elok jika dibandingkan dengan
kualiti tidur waktu siang dengan malam yang bejaga. Sebab tu la kalau awak tengok
muka orang yang berjaga malam lebih dari dua minggu rupa dia nampak lain macam
sikit, macam sakit. Betulkan?" tanya penulis pula.

"A'aah.. memang betul la. Kalau kita biasa tidur siang kita punya mood pun macam tak
betulkan?" balas Rini balik.

Penulis hanya mengangguk.

"Rajin awak buat research ngan kitab-kitab ni semua ya.." puji Rini pula.

"Ya la, habis tu macam mana nak beriman dengan Kitab kalau kitab pun tak pernah baca.
Itulah masalah orang Islam sekarang, sepatutnya Al-Qur'an tu habis dibaca barulah kita
akan jadi generasi yang maju dan benar-benar beriman. Betul tak?" tanya penulis
kembali.

Rini mengiakan dengan perbuatannya menganggukkan kepala.

"Bagaimana pula dengan Bible, perlukah kita baca isi kandungannya untuk memenuhi
kriteria sebagai mukmin yang beriman kepada kitab-kitab yang diturunkan Allah?" tanya
Rini inginkan kepastian.

"Sebenarnya Rini, dengan membaca Al-Qur'an dan memahami isikandungannya sahaja


dah cukup untuk kita beriman dengan semua kitab-kitab yang Allah s.w.t. turunkan
sebelum daripadanya," jelas penulis.

"Kenapa macam tu pulak?" Tanya Rini.

"Sebab Al-Qur'an tu merupakan kesinambungan kesemua apa yang yang diturunkan


Allah s.w.t. sebelum daripadanya, intipati ajaran Taurat, Zabur, Injil dan selainnya sudah
pun dirangkum dalam Al-Qur'an. Maka Al-Qur'an ini merupakan satu kitab yang paling
lengkap merangkumi semua ajaran-ajaran kitab-kitab sebelum ini yang diturunkan Allah
s.w.t. kepada umat-umat sebelum ini serta ilmu-ilmu dan panduan-panduan yang sah
digunapakai sehingga kiamat. Sesetengah ulama' menggelarkan Al-Qur'an sebagai The
Final Testament. Jika kitab Tanakh sebagai Old Testament atau Perjanjian Lama dan
Bible digelar sebagai New Testament maka Al-Qur'an sebagai kitab pelengkap panduan
manusia dan terakhir digelarkan sebagai The Final Testament. Allah s.w.t. berfirman
dalam surah AL Maidah ayat 48 : "Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad)
Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-
kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya.
Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa
nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari
kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu
Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah

Syahadah: 100
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang
satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan
kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan
beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan
memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya." salah satu dari sebab Al-
Qur'an diturunkan ialah untuk menegakkan kembali hukum-hukum Allah kerana umat-
umat yang dipertanggungjawabkan dengan hukum-hukum Allah ini, sudah pun
menyeleweng dan menyembunyikan serta meminda ayat-ayat Allah sesuka hati mereka
untuk kepentingan dunia mereka," jelas penulis.

"Ada tak jaminan dari Allah yang menyatakan al-Qur'an ini tak akan diseleweng atau
diubah oleh sesiapa pun?" tanya Rini.

"Ambil buku nota saya tu, awak tengok kat indeks yang saya buat, cuba cari tajuk Al-
Qur'an Kitab Terpelihara. Kalau dapat awak bacakan petikan ayat-ayat Al-Qur'an yang
dicatat kat situ. Boleh?" penulis meminta Rini supaya mencari ayat yang dimaksudkan
dalam buku nota penulis.

"O.k. ada, tapi ayatnya tak ada cuma yang ada nombor rujukan ayat tu dalam tafsir Al-
Qur'an," jelas Rini.

"O.k. cuba awak baca surah apa dan ayat berapa, saya cari dalam tafsir ni," kata penulis.

"Al An'aam ayat 115," jawab Rini.

"O.k. tunggu jap saya cari.." kata penulis sambil membuka tafsir Al-Qur'an.

"Dah dapat. Awak dengar saya baca,: Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-
Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa
yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang sentiasa
Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui." penulis membaca petikan ayat surah Al An'aam
ayat 115.

"Jelas..?" tanya penulis kepada Rini.

"O.k." Rini menjawab.

"Jadi memang benar la Al-Qur'an kitab yang Allah pelihara berdasarkan kata-kata Allah
dalam ayat ni. Tapi kenapa jika awak dah yakin yang Al-Qur'an itu benar dan
merangkumi semua ajaran yang Allah turunkan dalam semua kitab-kitab terdahulu, awak
masih membeli dan membaca dan mengkaji Bible dan kitab-kitab lain?" tanya Rini lagi.

"Semua tu untuk pengetahuan dan tujuan dakwah serta mempertahankan diri," jelas
penulis.

"Mempertahankan diri? Dari apa?" tanya Rini lagi.

Syahadah: 101
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"Rini.. awak sendiri pun dah tahu yang sekarang ni satu dunia mengecam Islam dengan
berbagai-bagai tuduhan buruk dan tak berasas. Semua ni berpunca dari propaganda media
barat yang mengutuk Islam serta memfitnah perkara-perkara yang bukan-bukan
terhadapnya. Mereka mengatakan bahawa Islam itu agama keganasan, disebarkan dengan
mata pedang, penindas wanita, menghalang kemajuan, agama yang kolot dan banyak lagi
yang jijik dilemparkan terhadap Islam. Jadi bagi yang tak pernah membaca Al-Qur'an dan
memahami maksud dan maknanya dan tak pernah mengamalkan apa yang disuruh Islam,
mereka-mereka ini akan senang terpengaruh dengan bentuk dakyah yang sedemikian
rupa. Sebagai contoh saya bagi kat awak, sekarang kita dah dengar yang makin ramai
anak melayu Islam kita murtad. Awak tahu sebab apa mereka ini dengan senang saja
meninggalkan Islam?” tanya penulis.

“Entahla.. mungkin tak ada asas agama kot?” Rini cuba menjawab.

“Itu memang betul Rini, asas agama tiada langsung. Walaupun awak tengok ibu bapa
sekarang berlumba-lumba menghantar anak-anak diorang ke kelas mengaji Al-Qur’an,
tapi kesudahannya anak-anak ini cuma menjadi anak-anak yang pandai mengaji tapi tak
faham langsung apa yang dibaca mereka. Sama macam contoh burung kakaktua yang
saya bagi kat awak tadi. Ia pandai bercakap tapi maksud dan makna percakapannya satu
pun tak difahaminya, jadi apa manfaat yang dia dapat dari situ? Sebetulnya kita perlu
pandai mengaji dan fahami apa yang kita baca. Sepatutnya para ibubapa ini mengambil
inisiatif membeli tafsir Al-Qur’an di rumah dan melengkapkan diri mereka dengan ilmu-
ilmu yang ada dalam Al-Qur’an serta mengajar anak-anak mereka. Kalau tak mampu
buat, hantar ke kelas-kelas agama yang bertauliah, tapi bukankah lebih baik jika dibuat
sendiri oleh ketua keluarga? Berapa ramai bapa-bapa Islam yang ada sekarang ini
bersembahyang jemaah dengan anak-anak mereka? Tak ramaikan? Paling kurang dapat
sembahyang Maghrib secara jemaah dengan anak-anak mereka dan selepas sembahyang
Maghrib, ambil sedikit masa membacakan hadis-hadis Nabi, mengajar serba sedikit tafsir
Al-Qur’an dan bercerita tentang cerita-cerita Nabi-Nabi terdahulu, tentang kisah-kisah
orang-orang yang disayangi Allah s.w.t. dan cerita-cerita para sahabat Nabi. Jika ini
dibuat semenjak mereka kecil dahulu, tentulah lembut jiwa mereka dengan Islam dan
keras pertahanan diri mereka terhadap anasir-anasir yang ingin menghancurkan Islam.
Ibarat contoh botol air mineral la, kalau penuh berisi air, angin yang datang takkan dapat
menterbalikkan botol air tersebut. Kalau nak terbalik pun, hanya angin kencang pada
tahap ribut dan taufan saja yang boleh terbalikkan botol berisi penuh tersebut. Cuba awak
tengok kalau botol mineral tu kosong tak ada isi. Awak tiup dengan mulut pun botol tu
boleh terbalik, inikan pula dengan angin-angin yang lebih kuat. Macam tu la
perumpamaan orang-orang Islam kita yang nama saja Islam tapi isi dan amalan tiada.
Mereka-mereka inilah yang paling senang goyah dengan segala macam ujian dan
hasutan. Jadi golongan inilah yang sering menjadi sasaran anasir-anasir yang jahat diluar.
Awak fahamkan?” tanya penulis.

Rini mengangguk.

Syahadah: 102
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Syahadah: 103
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

8.

“Saya terbaca dalam banyak media dan


internet yang Islam merupakan agama
yang menindas wanita, benarkah begitu?
Boleh jelaskan.”

Syahadah: 104
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Keretapi yang bergerak laju dengan bunyinya yang agak sedikit bising seakan-
akan tidak mengganggu penumpang-penumpang lain yang lena diuliti mimpi. Perbualan
kami sedikit sebanyak tidak kedengaran kepada penumpang lain disebabkan bunyi bising
ini. Mungkin satu rahmat juga. Kalau tidak, mungkin sesetengah orang akan membuat
persepsi negatif kepada kami apabila mendengar butir-butir perbualan antara kami
berdua.

Destinasi dituju semakin hampir, hanya akan mengambil masa tidak sampai empat jam
lagi untuk sampai ke stesen keretapi Butterworth. Semakin lama semakin rancak
perbualan antara penulis dengan Rini. Rini yang sedari mula tadi mempertikaikan adanya
Tuhan dan kuat berpegang teguh kepada prinsip hidupnya bahawa semua perkara dalam
hidup sepatutnya ditentukan oleh dirinya dan hatinya kerana pada dasarnya tubuh
badannya dikatakan milik sepenuh dirinya. Tapi setelah diberikan penjelasan dan contoh
oleh penulis, kelihatan seperti apa yang tegar dihatinya sebelum ini semakin melonggar
dan membuka sedikit ruang dalam hatinya kembali mengakui bahawa Tuhan itu ada dan
dia makhlukNya. Bukanlah sukar untuk memujuk hati yang sedang memberontak
jiwanya jika yang diamanahkan menjaga jiwa dan tubuh tersebut tidak tertutup
pemikirannya. Rini bukanlah seorang yang tertutup pemikirannya, tapi seakan-akan
seorang yang sentiasa memburu jawapan kepada persoalan-persoalan yang biasa
menusuk jiwanya dengan kadar mendesak.

Ketidakpuasan dirinya mendapatkan jawapan terhadap persoalan yang dicarinya


menyimpulkan tekad dalam dirinya bahawa apa yang difahami secara ikut-ikutan selama
ini hanyalah bagaikan mirage di padang pasir. Syukur juga kepada Allh s.w.t. kerana
sebelum dari ini, penulis juga dibukakan hati olehNya berminat membaca tafsir Al-
Qur’an serta mengkaji ayat-ayat Allah serta menjawab pertuduhan-pertuduhan yang
dilemparkan terhadap Islam di internet. Tidak disangka pengetahuan sedikit sebanyak
yang dikumpul sebelum ini rupa-rupanya ditakdirkan untuk disampaikan malam ini
kepada yang memerlukannya.

“Awak tahu kenapa saya tak pakai tudung tak?” tanya Rini memecahkan kesunyian
setelah kami terdiam seketika.

“Manalah saya tahu, kenapa?” jawab penulis dan kemudian bertanya untuk mendapatkan
maklumat lanjut daripada Rini.

“Mummy tak kasi... dia cakap semua tu old fashion dan lambang penindasan ke atas
wanita. Saya ikutkan saja, kan berdosa kalau lawan cakap ibu?” jelas Rini sambil
membuka topik perbualan yang baru. Satu topik yang paling disukai penulis, hak wanita.

“Rini, memang betul cakap awak, kita kena patuh kata-kata ibu. Tapi hukum wajib patuh
itu akan terbatal dengan sendirinya bila apa saja arahan yang dibuat oleh ibu awak itu
bertentangan dengan arahan dan suruhan Allah s.w.t.. Tadikan saya ada katakan yang
dalam Islam awak perlu tahu apa keutamaan yang awak perlu ikut dalam urusan hidup
awak sehari-harian, pertama sekali ialah tanggungjawab awak dengan Pencipta iaitu
Allah s.w.t., kedua RasulNya, ketiga ibu awak dan ke empat ayah awak dan selainnya

Syahadah: 105
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

selepas dari itu. Jika awak melakukan arahan ibu awak yang bertentangan dengan apa
yang Allah s.w.t. tetapkan, itu bermakna Tuhan awak yang pertama sekali ibu awak
sebab awak meletakkan kepentingan dirinya melebihi dari Allah. Maka awak meletakkan
kedudukan ibu awak lebih daripada Allah. Samalah macam yang awak selalu baca dalam
akhbar bila awak tengok kenyataan yang dibuat oleh artis-artis Islam kita, biasanya bila
mereka melakonkan adegan yang bertentangan dengan hukum Allah, segera mereka akan
menyatakan tanggungjawab mereka sebagai anak seni ialah untuk mengikuti apa saja
arahan sang pengarah filem, padahal dia terlupa yang tanggungjawab dan keutamaan
utama yang patut dia berikan ialah kepada Allah s.w.t.. Maka anak seni tersebut dengan
tidak sengaja atau sengaja, dia meletakkan pengarah itu di kedudukan Allah s.w.t. dan
menggantikan tempat Allah dan Rasulullah dengan pengarah tersebut juga. Maka dia
bertuhankan pengarah itu tanpa dia sedari. Apa tidaknya, jika sang pengarah
menyuruhnya sembahyang sebagai satu babak dalam lakonan, dia akan sembahyang
walaupun dalam kehidupan biasanya dia jarang ataupun tak pernah sembahyang.
Sembahyangnya dalam babak tu pulak kelihatan sangat khusyuk sehinggakan
mengalahkan sembahyang Saidina Ali semasa anak panah hendak dicabut dari lututnya.
Jika sang pengarah tu pula suruh dia selak kain dan buka baju untuk adegan dalam filem
atau dramanya bagi menjayakan watak sebagai isteri atau suami kepada pasangan dalam
filem itu, dia akan selak dan melakukan babak tu penuh dengan penghayatan lebih dari
keintiman sebenar pasangan yang sah dari segi syarak. Hebat! Memang hebat anak-anak
seni tersebut menjalankan kewajipannya kepada sang pengarah filem sehinggakan
kedudukan pengarah filem tersebut lebih tinggi dari Allah s.w.t. yang boleh
diperkotakkatikkan arahan dan hukum-hukumNya. Tak apalah, kan prinsip hidupnya Lil
Pengarah hi Taala. Maka diakhirat nanti, sang pengarah dan sang anak seni ini akan
dikumpulkan bersama di satu tempat yang selama ini diperolok-olokkan mereka. Tiada
bertapi-tapi lagi waktu itu. Kecuali kepada yang tidak mengetahui, kerana Allah s.w.t.
takkan menghukum orang yang tidak tahu dan tidak mempunyai pengetahuan. Jika sudah
sampai pengetahuan kepada mereka, hendaklah mereka berubah dan bertaubat kepada
Allah. Itulah keadilan Allah s.w.t. yang Maha Adil. Dia takkan menghukum orang yang
tidak sedar, lupa dan tak tahu. Tapi bagi yang tahu, bertaubatlah sesungguhnya azab
siksaNya amat keras dan pedih,” jelas penulis.

“Jadi saya boleh ingkari arahan ibulah?” tanya Rini lagi.

“Hanya jika arahan ibu awak itu melanggar perintah Allah s.w.t., jika arahan ibu awak
tidak langsung melanggar perintah Allah, jadi menjadi satu kewajipan kepada awak untuk
memenuhi arahannya dan permintaannya. Apsal ibu awak cakap Islam tu menindas
wanita?” tanya penulis lagi.

“Mummy saya dia aktif ngan satu pertubuhan yang menekankan gerakan pembebasan
wanita. Dia cakap hak-hak wanita perlu dipertahankan dan diangkat samarata menyamai
hak-hak lelaki, ini termasuk hak-hak untuk mendapatkan pendidikan, mencapai tahap
professional dalam kerjaya serta terlibat dalam membuat keputusan dalam kerajaan dan
badan-badan berpengaruh?” jawab Rini.

Syahadah: 106
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Saya rasa mak awak dah tersilap dengan menghukum Islam macam tu. Rasanya dia
menghukum Islam dengan membuta tuli dan saya sangat yakin yang dia dah terpengaruh
dengan dakyah media barat dan gerakan liberasi feminisme barat yang berhalatujukan
kekaburan dan ketidakpuasan hati mereka kepada sistem yang menindas mereka selama
ini. Tapi ini semua tak terjadi kepada muslimah Islam, jadi kenapa Islam pula yang
dikatakan menindas sedangkan agama yang menjadi asas tunjang kepada negara-negara
barat yang sebenarnya menindas kaum-kaum wanita mereka. Kenapa tidak dihalakan
kemarahan mereka kepada sistem dan cara agama mereka mengkelasduakan golongan
wanita mereka? Apakah dengan memakai tudung dan menutup aurat itu lambang kepada
penindasan wanita? Sebenarnya apa yang mereka tak tahu ialah dengan menutup aurat,
Islam telah membuka peluang paling luas bagi gerakan pembebasan muslimah dari segala
sudut dan aspek penindasan. Muslimah dalam Islam bukan seperti kaum wanita di barat
yang meletakkan sasaran hidup mereka untuk bersaing untuk mendapatkan hak yang
samarata dengan lelaki. Ini disebabkan oleh Islam telah lama memberikan hak yang lebih
dari itu kepada wanita. Wanita-wanita di barat, mereka ditindas oleh agama dan sistem
yang diamalkan. Jadi diorang dah lama membuang Tuhan sebagai matlamat hidup dan
asas perjuangan diorang. Maka yang kelihatan pada diorang ialah lelaki yang merampas
hak-hak mereka sebelum ini. Bermula dari ini mereka meletakkan sasaran untuk
mengambil apa yang dikatakan hak-hak mereka dari lelaki dan apabila mencapainya,
mereka akan rasa berpuas hati biarpun dalam mengejar hak-hak tersebut, maruah dan
kemuliaan yang Allah s.w.t. berikan kepada mereka sebagai wanita tergadai,” jelas
penulis.

“Awak tahu tak yang hukum menutup aurat bagi wanita tu wajib?” tanya penulis.

“Entah la... saya pun tak pasti,” jawab Rini.

“Hukum menutup aurat tu wajib, diwajibkan untuk wanita-wanita Islam yang beriman.
Allah s.w.t. menyebut dalam dua ayat dalam Al-Qur’an mengenai hukum menutup aurat.
Ayat-ayat ni memang saya hafal terjemahannya. Allah s.w.t. berfirman dalam surah An
Nur ayat 30 dan 31 : Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang
beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang
haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka;
sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka
kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya
menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan
tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-
anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang
gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari

Syahadah: 107
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang
yang beriman, supaya kamu berjaya.”

“Rini... kedua-dua ayat yang saya baca tadi menyentuh mengenai perintah memelihara
pandangan dan aurat bagi lelaki dan wanita yang beriman. Tapi buat pengetahuan awak,
surah ini dimulakan dengan ayat pertama yang memberi penekanan terhadap hukum-
hukum yang terdapat dalam surah An Nur ini. Ayatnya berbunyi : "Ini ialah satu "surah"
yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan
padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya)."
(An Nur : 1). Ayat ini menunjukkan yang hukum memelihara aurat itu adalah wajib dan
hanya orang-orang yang beriman dapat memeliharanya. Bermula dengan ayat ke 30 iaitu
ayat pertama dalam dua ayat yang menyentuh mengenai aurat ini, Allah s.w.t.
menekankan terlebih dahulu batasan pandangan dan aurat bagi lelaki yang beriman
supaya dipelihara, sekaligus menunjukkan hukum pemeliharaan pandangan dan aurat
dititikberatkan terlebih dahulu keatas lelaki. Setiap apa yang diperintahkan oleh Allah
s.w.t. adalah dipenuhi dengan hikmah dan kebaikan bagi mereka yang memerhatikan
dengan akal dan iman. Setiap lelaki yang menundukkan pandangan, dengan izin Allah
akan memelihara diriya dari bisikan syaitan, nafsu serta dorongan ke arah perkara yang
memudaratkan iman dan kemanusiaannya. Boleh dikatakan bahawa majoriti wanita yang
berhias adalah untuk mendapatkan perhatian dari golongan adam dan ini kerana perasaan
sedemikian itu merupakan satu fitrah dalam diri mereka yang telah Allah tetapkan dalam
diri mereka. Betul tak?” jelas penulis kepada Rini.

Rini hanya tersenyum.

“Fitrah bagi lelaki pula suka memandang sesuatu yang menyedapkan pandangan serta
cantik dan lelaki suka kepada kesenangan tetapi seringkali mereka terlupa bahawa
secantik-cantik kesenangan dunia ialah isteri yang solehah. Dengan menundukkan
pandangan, maka berkuranglah wanita yang memilih untuk tidak menutup aurat. Ini
boleh diibaratkan dengan contoh seorang pemilik panggung wayang yang tiada
pelanggan yang datang untuk menonton filem yang dinobatkan 'hebat' dipanggungnya,
sehebat mana pun filem yang dimainkan , jika tiada yang datang menonton, lambat laun
akan tutup juga premis panggung tersebut.
Begitulah dengan apa yang berlaku ke atas fitrah manusia, psikologi yang disebutkan
Allah s.w.t. di dalam ayat 30 ini menunjukkan bahawa setiap permulaan kepada kebaikan
dan pematuhan kepada perintah Allah s.w.t. itu sepatutnya bermula dengan lelaki.
Mengapa mesti lelaki Rini...? Persoalan mudah ini boleh dijawab dengan bermulanya
tanggungjawab seorang lelaki sebagai ketua keluarga, wali bagi saudara-saudara
perempuannya serta saudara kepada muslimin dan muslimat seluruhnya. Jika
tanggungjawab ini dijalankan dengan betul dan amanah, maka tidaklah menjadi sesuatu
yang pelik sekiranya generasi yang dilahirkan dari dan selepas itu merupakan satu
generasi yang beriman, berakhlak serta maju dalam dalam setiap bidang yang diceburi.
Dari generasi inilah bakal lahir golongan pemuda-pemuda Islam yang menghormati serta
memandang samarata ke atas kaum wanita dan tidak menganggap golongan wanita hanya
sebagai objek yang boleh diperdagangkan, dipermainkan, alat pemuas nafsu dan dilayan
sebagai kelas dua. Pemudi-pemudi Islam dari generasi ini akan sama-sama menjadi

Syahadah: 108
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

tonggak serta tulang belakang kepada kekuatan ummah. Allah s.w.t. meletakkan
persamaan hak diantara lelaki dan wanita tetapi hak dan tanggungjawab setiap dari yang
tersebut tadi adalah tidak sama ke atas keduanya. Tapi kat sini saya nak tekankan kepada
pemahaman ayat sambungan dari ayat 30 surah An Nur seperti yang tersebut tadi,”
tambah penulis lagi.

“Ayat 31 surah An Nur di atas menjelaskan perintah supaya menjaga pandangan bagi
mereka-mereka yang beriman dan batasan aurat bagi muslimah yang beriman. Perintah
Allah inilah yang selama ini menjadi bahan gurauan dan sendaan masyarakat barat dalam
liberasi feminisme diorang terhadap Islam. Lebih malang lagi, sekarang ni budaya
sendaan ini menular dan berakar umbi pula dalam generasi muslimah liberal yang
mengadaptasikan cernaan dangkal akal fikiran liberasi feminisme barat dan semakin
terbawa-bawa dakyah ini dalam kehidupan seharian mereka. Persoalannya, betulkah
batasan aurat bagi muslimah Islam yang beriman itu satu bentuk penindasan ke atas kaum
wanita dalam Islam? Perkara ini hanya kelihatan benar dalam pemikiran cetek yang tidak
pernah cuba kenal atau memahami perintah Allah s.w.t. secara keseluruhannya. Retorik
dan tembelang diorang ni dalam menyatakan bahawa mereka beriman dan setiap hari
membaca terjemahan Al Quran sebagai panduan nyata terbongkar apabila membicarakan
mengenai perintah Allah dalam pemeliharaan aurat ini. Masing-masing melenting
membela pendapat akal mereka yang diracuni gerakan membuta tuli liberasi feminisme
barat. Islam merupakan satu-satunya agama yang diiktiraf dan diredhai Allah
sebagaimana yang tersebut didalam surah Al Maidah ayat 23 : ..Pada hari ini, orang-
orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah
mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan
gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada
hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan
nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.…”

“Islam juga merupakan sebuah agama bagi orang-orang yang bijak dan berakal
sempurna. Macam yang saya dah kata awal tadi, seorang doktor atau saintis yang pandai
dalam bidangnya tidak boleh dikatakan cerdik atau bijak jika menganggap sesuatu yang
diukir oleh tangan manusia sendiri, bulan, bintang, binatang, pokok dan sebagainya
sebagai tuhan mereka yang memberikan mereka rezeki dan dapat memudaratkan mereka.
Maka perkara seupama ini yang menghina daya akal, kekuatan dan kebijaksanaan akal
fikiran manusia tidak terdapat dalam Islam. Bagi mereka yang boleh berfikir dengan
waras, tentulah mereka menyedari bahawa semua objek tersebut tidak dapat memberikan
mereka manfaat atau pun kemudaratan biar pun sebesar zarah. Maka Islam menunjukkan
jalan yang benar dalam mengenali Siapa Pencipta seluruh alam yang sepatutnya
disembah. Sebagai agama yang diredhai Allah s.w.t., setiap apa yang datang bersama
agama tersebut akan dapat membantu menyelesaikan semua persoalan dan permasalahan
yang telah, sedang atau bakal dihadapi oleh manusia sebagai khalifah di muka bumi ini
sehingga kiamat. Maka dalam setiap perintah dan hukum yang terdapat di dalam Al
Qur'an, ada penjelasan baik dari segi pemahaman tersurat atau tersirat bagi setiap faedah
pelaksanaannya. Bagi yang hanya dapat melihat atau memahami perintah pematuhan
kepada hukum memelihara aurat ini dari segi pemahaman literasi, ayat 31 surah An- nur
ini telah dengan jelas menyatakan bahawa salah satu dari faedah dari pelaksanaannya

Syahadah: 109
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

ialah mereka-mereka iaitu muslimin dan muslimat yang beriman kepada perintah Allah
ini akan memperolehi kejayaan. Satu lagi sebab yang dinyatakan dalam Al-Qur’an
mengenai kelebihan menutup aurat ini ialah ianya dapat membezakan antara wanita-
wanita yang beriman dan menjaga kehormatan serta memelihara muslimah tersebut dari
ganguan sepertimana yang dinyatakan dalam surah Al-Ahzab ayat 59. Wahai Nabi,
suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang
beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa
mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai
perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah)
Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” jelas penulis.

Rini hanya memandang tanpa berkelip matanya.

“Jika tidak difahami dengan betul surah An Nur ayat 31, maka pernyataan kejayaan yang
bakal dicapai oleh golongan ini akan segera menjadi klise dan dikaitkan dengan balasan
pahala dan mendapat tempat di dalam syurga di akhirat dan terselamat dari seksaan
dalam neraka kelak selepas mati. Sebenarnya bukan macam tu sahaja Rini! Kejayaan
yang dinyatakan oleh Allah s.w.t. tersebut bermula dari sisi kehidupan dunia lagi dan ayat
ini merupakan satu dalil bagi gerakan pembebasan muslimah dari kongkongan karut
marut yang meletakkan mereka sebagai warga kelas dua yang tidak layak untuk berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan lelaki dalam semua bidang yang
mampu diceburi. Bermula dengan perintah Allah s.w.t. membataskan aurat muslimah
hanya kepada sesama muslimah, telah pun membuka satu lembaran dalam pembebasan
dari kongkongan mendapatkan pendidikan supaya fardu kifayah dapat dipenuhi.
Bayangkan jika para muslimah dikekang dan dihalang dari mendapat pendidikan dan hak
untuk memajukan diri dalam karier, maka dengan secara automatiknya kaum muslimah
dan kaum muslimin rigid atau jumud itu sendiri akan mengalami masalah bila
berhadapan dengan masalah kesihatan dan terpaksa mendapatkan khidmat dari doktor
dari jantina berlawanan. Maka ini dengan sendiri akan menimbulkan rasa kurang selesa
bagi mukminat yang cuba menjaga batasan aurat seperti yang diperintahkan Allah s.w.t..”
tambah penulis.

“Satu contoh lagi, bagaimana pula dengan khidmat kaunselor professional? Sebagaimana
yang kita sedia maklum, setiap sesi kaunseling bagi individu yang mempunyai masalah
akan dibuat secara sendirian dengan kauselor professional terlibat. Bukankah perkara
seumpama ini akan menimbulkan masalah bagi mukminat yang memahami hukum-
hukum batasan aurat dan pergaulan dalam hidup sehari-hari. Disinilah timbulnya kepada
keperluan bagi umat Islam mempunyai Doktor, Kaunselor Professional, Pensyarah, Guru,
Jurutera, Juruterbang, Penyelam Professional dan professional-professional muslimah
yang lain bagi memenuhi dan membantu muslimah lain dalam melaksanakan perintah
Allah s.w.t.. Tentunya semua ini bermula dengan mendapat pendidikan awal sehingga
tinggi yang tidak dikekang oleh golongan jumud yang terperangkap dalam dunia mereka
sendiri. Islam datang membawa keluar golongan wanita dari segala kongkongan lelaki
seterusnya meletakkan wanita di atas jalan serta hak-hak mereka sendiri tanpa
merendahkan martabat mereka. Maka 1400 tahun dulu, wanita-wanita Islam telah lama
dapat menikmati semua hak-hak kesamaan biarpun wanita-wanita lain diseluruh dunia

Syahadah: 110
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

masih ditindas pemerintah dan dibelengu hukum-hukum agama yang dianuti masing-
masing. Hanya sekitar abad ke 20 barulah wanita-wanita di barat tersedar akan sekatan-
sekatan hak yang mereka alami. Wanita-wanita di Amerika Syarikat hanya mula
diberikan hak untuk mengundi bermula 24 Ogos 1920. Itu pun setelah muslimah-
muslimah diberikan kemuliaan dan hak-hak 1300 tahun lamanya oleh Allah s.w.t., maka
gerakan pembebasan feminisme mula bergerak di barat bertunjangkan perjuangan dengan
meletakkan kaum adam sebagai penanda aras kejayaan. Semua ini adalah kerana mereka-
mereka ini mengenepikan Tuhan dalam asas perjuangan mereka. Apa yang sering mereka
lupakan ialah, Allah s.w.t. telah memuliakan kaum wanita dengan memberikan mereka
maruah dan menilaikan mereka dalam hubungan mereka dengan Allah s.w.t. dan bukan
berdasarkan perbandingan mereka dengan pencapaian lelaki. Tapi oleh kerana gerakan
liberasi wanita di barat telah lama mengenepikan Tuhan dalam matlamat mereka, maka
tanda aras bagi kejayaan yang tinggal hanyalah dengan membandingkan diri dengan
pencapaian yang dibuat dan apa yang diperbuat oleh lelaki. Hasilnya, wanita-wanita di
barat ini memaksakan ke atas diri mereka untuk mencari nilai diri mereka dengan
membandingkan diri mereka dengan lelaki. Untuk mencapai matlamat tersebut, wanita-
wanita ini dengan silapnya membuat satu kesimpulan atau tanggapan. Mereka telah
meletakkan kaum lelaki sebagai penanda aras atau standard dengan menganggap bahawa
wanita takkan mencapai tahap kesempurnaan sebagai seorang manusia sekiranya apa
yang dicapai dan dibuat oleh lelaki tak dapat dicapai atau dilakukan olehnya.”

“Bila lelaki masuk tentera diorang pun nak masuk tentera, bila lelaki kerja dilombong
diorang pun hendak kerja dilombong, bila lelaki memakai singlet, diorang pun nak pakai
singlet. Sebenarnya mereka ini mahukan semua ini oleh sebab apa saja perbuatan yang
dilakukan lelaki ini akan menjadi penanda aras kepada pencapaian diri mereka sebagai
manusia yang mempunyai hak yang sama rata. Ini bukanlah hak tapi kebodohan semata-
mata,”

“Tanpa mereka sedari, kedudukan mulia serta semua keistimewaan yang Allah s.w.t.
letakkan serta berikan kepada mereka, diketepikan mereka dan mereka-mereka ini sendiri
merendahkan martabat mereka dengan meletakkan golongan Adam sebagai penanda aras
kejayaan mendapatkan hak-hak asasi mereka. Mereka terlupa yang Allah s.w.t.
memuliakan kedua-dua lelaki dan wanita dengan ciri-ciri unik yang membezakan
mereka, bukan dengan persamaan mereka.”

“Kejayaan dalam liberasi feminisme barat yang diperjuangkan sekadar hanya berjaya
melacurkan kembali maruah wanita sebagai objek seks semata-mata serta meletakkan
kembali wanita di bawah penindasan kaum adam. Perhatikan saja dalam klip-klip video
artis-artis barat, di mana untuk mendapatkan kontrak rakaman serta untuk menjual album,
maka perkara pertama yang harus dilakukan ialah menanggalkan pakaian mereka untuk
diperagakan tubuh mereka dalam klip-klip video tersebut. Diskriminasi seperti ini tidak
pula berlaku ke atas artis lelaki. Maka bagaikan kupu-kupu malam yang mencari
pelanggan, diorang ni, menjatuhkan diorang sendiri dalam perjuangan tanpa arah ini.
Macam tu juga kalau awak perhatikan mana-mana saja iklan dalam mana-mana media
sekalipun, biarpun apa sahaja objek yang hendak dijual, tidak kira mesin cetak,
motosikal, kereta atau apa sahaja, maka akan kelihatan seorang wanita dengan pakaian

Syahadah: 111
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

menjolok mata yang menghina maruah wanita itu sendiri disertakan. Apakah ini yang
diperjuangkan sebagai hak wanita? Bukankah ini tidak lebih dari eksploitasi yang
bertopengkan hak-hak asasi dan seni?”

“Tetapi ini tidak berlaku kepada kaum muslimah kerana kejayaan di dunia dan akhirat
bagi mereka, diukur melalui usaha mereka dan ketaatan mereka kepada perintah-perintah
Allah s.w.t.. Tiada lelaki diletakkan langsung sebagi penanda aras kejayaan bagi
muslimah. Mengapa mesti menghinakan diri sendiri setelah banyak kemuliaan Allah
berikan kepada kaum hawa? Perhatikanlah Rini, setiap anak adam pasti membawa satu
parut kekal pada tubuh mereka yang menyatakan dengan jelas bahawa mereka ke dunia
ini adalah melalui rahim seorang wanita yang bergelar ibu. Setiap lelaki dan wanita
mempunyai pusat sebagai peringatan tentang betapa bergantungnya hidup setiap insan
terhadap ibu, iaitu wanita yang mengandungkan, melahirkan, menyusukan seterusnya
memelihara dan menjaga kita sehingga kita dapat berdikari sendiri. Betapa Allah itu
Tuhan Yang Maha Adil, diperingatkanNya tentang jasa seorang ibu dengan parut kekal
ini supaya setiap individu itu tidak terlupa bahawa wanita merupakan tonggak kekuatan
ummah. Wanita di serata dunia telah dinafikan hak lama sebelum kedatangan Islam.
Tamadun Babylon misalnya, wanita dinafikan segala hak dan direndahkan martabatnya
di bawah undang-undang Babylon. Jika terdapat seorang lelaki membunuh seorang
wanita, lelaki yang membunuh perempuan tersebut tidak dihukum sebaliknya isterinya
pula yang akan dijatuhkan hukuman bunuh. Satu contoh lagi Tamadun greek, tamadun
yang dinobatkan sebagai sebuah tamadun yang paling gemilang di antara tamadun-
tamadun silam. Di bawah ketamadunan yang ‘gemilang’ ini, wanita-wanita mereka
dinafikan segala hak dan dipandang rendah. Dalam mitologi Greek, seorang ‘perempuan
jelmaan’ bernama ‘Pandora’ dikatakan sebagai punca bagi semua kecelakaan dan
musibah yang dihadapi manusia. Golongan Arab jahiliah lebih kejam dalam memberi
layanan kepada golongan wanita. Mereka ini dianggap sebagai pencemar maruah
keluarga serta satu beban dan kebanyakan dari kanak-kanak perempuan di kalangan Arab
jahiliah ini ditanam hidup-hidup oleh ibu bapa mereka. Kedatangan Islam, menghapuskan
segala amalan karut marut dan penindasan ke atas wanita di seluruh dunia. Kitab Bible
sendiri menyatakan bahawa adalah sesuatu yang tidak sopan bagi wanita-wanita untuk
bersuara dalam majlis ilmu di gereja-gereja, jika terdapat apa-apa persoalan mengenai
apa yang dipelajari, mereka tidak dibenarkan langsung dari bertanyakan hal tersebut
secara langsung dan dinasihatkan pula untuk mendapatkan penjelasan dari suami-suami
mereka di rumah. Maka, hal sebegini tentulah menjadi satu masalah bagi wanita-wanita
yang ingin menuntut ilmu dan tidak mempunyai suami. Arahan tersebut terdapat dalam
kitab perjanjian baru 1 Corinthians Bab 14 ayat 34 dan 35. Bagi kat saya Bible tu, cari
cari,” penulis meminta Bible yang dipegang Rini.

“O.k. saya baca petikan Bible ni,: Let your women keep silence in the churches: for it is
not permitted unto them to speak; but they are commanded to be under obedience as also
saith the law. And if they will learn any thing, let them ask their husbands at home: for it
is a shame for women to speak in the church (Perempuan-perempuan harus berdiam diri
dalam gereja-gereja. Sebab mereka tidak diperbolehkan untuk berbicara. Mereka harus
menundukkan diri, seperti yang dikatakan juga oleh hukum. Jika mereka ingin

Syahadah: 112
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

mengetahui sesuatu, baiklah mereka menanyakannya kepada suaminya di rumah. Sebab


tidak sopan bagi perempuan untuk berbicara dalam pertemuan Jemaah.).”

“Begitu juga dengan ayat dalam Kitab Perjanjian Baru, 1 Timothy bab 2 ayat 11 dan 12
yang membawa pengertian kepada arahan tunduknya wanita di bawah kuasa lelaki dan
halangan bagi mereka untuk bersuara. Let the woman learn in silence with all subjection.
But I suffer not a woman to teach, nor to usurp authority over the man, but to be in
silence. (Seharusnyalah perempuan berdiam diri dan menerima ajaran dengan patuh.
Aku tidak mengizinkan perempuan mengajar dan juga tidak mengizinkannya memerintah
laki-laki; hendaklah ia berdiam diri.)”

“Pada ketika wanita di gereja-gereja dan synagogue-synagogue dikekang hak-hak mereka


untuk bersuara dalam majlis-majlis ilmu, ummul mukminin Saiditina Aisha r.a. menjadi
tempat rujukan hukum-hukum agama dan menjadi antara periwayat hadis terbanyak
dalam sejarah Islam. Rasulullah s.a.w. sendiri memperuntukkan satu hari khas dalam
seminggu bagi memberi peluang kepada muslimah-muslimah merebut peluang
mendalami ilmu daripadanya. Ini dilakukan setelah muslimah-muslimah ini mengadu
kepada baginda bahawa agak sukar bagi mereka untuk belajar disebabkan hari-hari
pengajaran yang lain telah dipenuhi oleh para sahabat lelaki Rasulullah s.a.w. yang lain.
Ini diriwayatkan dalam Sahih Bukhari :Dari Abu Sa’id Al Khudri r.a. katanya,
“Beberapa orang wanita memajukan permohonan kepada Nabi : “Kami tidak
memperolehi waktu untuk belajar dari Anda kerana semua waktu telah diisi oleh lelaki.
Oleh kerana itu sediakanlah barang sehari untuk kami agar kami pula dapat belajar.”
Maka Nabi menjanjikan kepada mereka suatu hari khusus untuk pengajian wanita, di
mana Nabi mengajar dan menyampaikan perintah-perintah Allah......”
Pelajaran bagi wanita dalam Islam tidak hanya terhad kepada golongan muslimah yang
merdeka malahan digalakkan oleh Rasulullah s.a.w. supaya tuan-tuan kepada hamba-
hamba wanita yang dimiliki supaya mengajarkan kepada hamba-hamba wanitanya itu
ilmu pengetahuan kemudian memerdekakan mereka dan memuliakan mereka dengan
perkahwinan. Perkara ini dinyatakan ada diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab
Sahih Bukharinya :Dari Abu Burdah r.a. dari bapanya, bahawa Rasulullah s.a.w.
bersabda, “Ada tiga jenis orang yang mendapat dua pahala sekaligus. Iaitu :
1. Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) yang percaya kepada Nabinya dan percaya pula
kepada Muhammad s.a.w..
2. Hamba sahaya, apabila dibayarkan kewajipannya kepada Allah dan kewajipan
kepada majikannya, dan
3. lelaki yang mempunyai hamba sahaya perempuan, diajarkannya berkesopanan
dan disempurnakan pengajaran kesopanan itu; diajarkannya ilmu pengetahuan
dan disempurnakan pelajaran itu dan dikahwininya.

Maka ketiga jenis orang itu mendapat dua pahala.”

“Perlu kita semua ingat wanita merupakan tonggak kekuatan ummah dan janganlah
menghinakan serta mencemar maruah wanita kembali dengan segala perjuangan liberasi
kosong berkiblatkan barat yang akhirnya mencampakkan wanita lebih 1400 tahun

Syahadah: 113
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

kebelakang. Kebanyakan dari muslimah kita sebenarnya tertipu disebabkan mereka ini
buta sejarah dan buta ilmu Islam mereka,” jelas penulis.

“Awak tahu tak Rini, Allah s.w.t. memberikan banyak keistimewaan kepada golongan
wanita muslimah yang tak pernah diberikanNya kepada lelaki?” tanya penulis kepada
Rini setelah melihatkannya hanya terdiam dan merenung wajah penulis semasa penulis
menerangkan perkara ini kepadanya.

“Apa dia?” tanya Rini dengan wajah ceria setelah mendengar soalan penulis.

“Awak tahu tak, cuma kaum wanita diberikan peluang dalam hidup diorang kelepasan
dari melakukan amal ibadat?” tanya penulis.

“Betul ke?” tanya Rini seakan keliru.

“Ya.. kan masa awak period Allah bagi kelepasan kat awak dan tak perlu qada’. Sama
juga selepas melahirkan anak, awak diberi kelepasan tanggungjawab dari melakukan
amal ibadat. Tapi hak sebegini tak diberikan langsung kepada lelaki. Walaupun sakit dan
nazak, selagi akal dapat berfikir bagi lelaki, dia masih wajib menunaikan tanggungjawab
ibadatnya kepada Allah s.w.t.. Sama juga macam puasa, wanita ada waktunya diberikan
kelepasan.” jawab penulis sehingga membuatkan Rini tersenyum lebar.

“Awak tahu tak yang Allah s.w.t. memuliakan wanita dengan pemberian mahar atau mas
kahwin oleh pihak lelaki apabila ingin memperisterikan mereka. Sesetengah kepercayaan
agama sebelum dari kedatangan Islam, ada setengahnya memaksa ke atas wanita dan
keluarga wanita tersebut untuk membayar mahar perkahwinan ke atas keluarga lelaki.
Amalan seperti ini adalah sangat menindas ke atas keluarga yang mempunyai anak
perempuan yang ramai, sedangkan pada waktu tersebut, wanita amat dilarang orang
kepercayaan-kepercayaan atau agama-agama tersebut untuk mencari nafkah?” jelas
penulis lagi.

“Awak tahu tak yang kedatangan Islam juga menghapuskan satu budaya jahiliah yang
menganggap wanita sebagai pencemar maruah keluarga dan satu beban kepada keluarga.
Dengan kedatangan Islam, budaya membunuh anak-anak perempuan yang baru lahir
diharamkan sama sekali. Sekaligus memberikan hak sama rata kepada mereka untuk
hidup. Amalan membunuh bayi perempuan ini maih lagi berlku dinegara-negara luar
yang bukan Islam dan contoh terbaik ialah negara India yang sehingga kini amalan
seperti ini masih lagi berleluasa. Ditambah dengan teknologi yang ada sekarang,
penentuan jantina bayi yang belum dilahirkan dapat diketahui. Maka apabila diketahui
bayi yang dikandung tersebut ialah bayi perempuan, maka pasangan yang bakal
menimang cahayamata perempuan tersebut memilih untuk menggugurkannya. Ini kerana,
perempuan dianggap mereka bakal menyusahkan keluarga dan mencemarkan maruah
keluarga. Ini semua diharamkan Islam!” tambah penulis.

Rini memandang wajah penulis tanpa memberikan apa-apa reaksi.

Syahadah: 114
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Rini, awak tahu tak di India sehingga sekarang ini masih terdapat satu amalan yang
dinamakan sebagai Saati?” tanya penulis.

“Apa benda tu?” tanya Rini yang tidak tahu mengenai perkara tersebut.

“Saati tu satu amalan di mana apabila seorang isteri kematian suami, semasa jasad
suaminya dibakar, dia akan disuruh melompat ke dalam api bakaran mayat suaminya
untuk dibakar bersama demi untuk menemani suaminya yang meninggal dunia.
Bukankah amalan sebegini menafikan hak isteri tersebut untuk meneruskan hidup?”

“Sedangkan dalam Islam seseorang suami itu pada setiap masa perlu mengingatkan
dirinya supaya menyediakan harta dan simpanan yang boleh digunakan isteri dan anak-
anaknya dalam jangka masa sekurang-kurangnya setahun selepas dia meninggal dunia.
Ini supaya isteri yang baru kehilangan suami tersebut tidak hilang mata pencarian dan
sumber nafkah sementara dia dapat membina hidup baru. Awak tahukan perasaan
seseorang yang hilang tempat bergantung? Tentu keadaan fikirannya terganggu di awal-
awal kehilangan tersebut. Keadaan tersebut mungkin akan berlangsung selama beberapa
minggu atau bulan sehingga balu tersebut dapat menerima kenyataan kehilangan tempat
bergantungnya dan mendapat masa yang mencukupi baginya untuk mengatur jalan hidup
baru. Sekurang-kurangnya dalam tempoh tersebut nafkah dan mata pencarian untuk
keluarga yang ditinggalkan oleh suaminya adalah mencukupi. Bukankah ini meletakkan
Islam mementingkan hak-hak wanita yang dipertanggungjawabkan ke atas suami
sehingga ke tahap sedemikian rupa sehinggakan hak-hak untuk isteri tersebut perlu
diambilkira sehingga sekurang-kurangnya setahun selepas kematian suami? Adakah ini
yang dinamakan menindas wanita? Sesungguhnya mereka yang mengatakan demikian itu
hanyalah orang yang buta akal fikirannya,” jelas penulis.

“Betul ke macam tu Nizam, suami kena sediakan harta dan nafkah selama sekurang-
kurangnya setahun selepas kematiannya untuk isterinya? Ada perintah Allah macam tu
ke? Kalau ada boleh tunjukkan kat saya? Ini sangat menarik...” tanya Rini inginkan ayat
dari Allah sebagi kepastian.

“Ada, kejap saya cari... o.k ayat tu dalam surah Al Baqarah ayat 240 : Dan orang-orang
yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk
isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal)
hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian
jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah
kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu)
lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan
ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” penulis membaca petikan ayat 240
surah Al Baqarah.

“Subhanallah.....” tiba-tiba kalimah ini terpacul dari mulut Rini. Penulis yang terkejut
mendengar kalimah tersebut terpacul dari mulut Rini, serta merta memandang wajahnya.

“Apa yang awak sebut tadi?” tanya penulis.

Syahadah: 115
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Penulis dapat lihat airmata mula bergenang di kelopak matanya. Seakan-akan tidak
penulis percaya wajah Rini yang semenjak dari empat jam tadi yang nampak seperti
suram, kusam dan misteri bagaikan sedikit bercahaya, sesuatu yang tak dapat penulis
gambarkan ada pada wajahnya.

Dengan suara seperti menahan perasaan sayu, Rini menjawab.

“Subhanallah... Maha Suci Allah..........” jawab Rini yang kemudian menundukkan


pandangannya. Dapat penulis lihat dia mengesatkan airmatanya.

“Apsal Rini, awak o.k. ke...?” tanya penulis inginkan kepastian.

“A’aah...” masih dengan nada sayu Rini menjawab.

“Boleh saya teruskan?” tanya penulis lagi.

“O.k...” jawab Rini ringkas.

“Dari ayat yang saya baca tadi juga menunjukkan yang Allah s.w.t. bukan sahaja menjaga
hak si isteri malahan ayat tersebut juga menjadi satu dorongan kepada para-para lelaki
Islam supaya dapat berusaha dengan gigih mengumpulkan harta bagi menjamin
kehidupan mereka di dunia ini tidak melarat. Dengan harta, tempat tinggal dan nafkah
yang ada selama sekurang-kurangnya setahun itu, isteri-isteri yang ditinggalkan juga
tidaklah akan terjebak dengan perkara-perkara yang memudaratkan diri dan akidah
mereka,” jelas penulis.

Rini mengangguk lagi.

“Rini awak tahu tak yang wanita-wanita Islam telah 1400 tahun lamanya diberikan hak
untuk memiliki dan melupuskan harta mereka sendiri tanpa perlu meminta izin kepada
sesiapa pun. Setiap sen yang diperolehi wanita dalam Islam adalah miliknya sendiri. Si
suami tiada hak ke atas harta wanita tersebut melainkan wanita itu sendiri yang
memberikan kepadanya atas dasar saguhati. Tetapi nafkah dan harta yang dikumpul oleh
si suami dalam Islam sebahagian daripadanya merupakan hak yang perlu diberikan
kepada isterinya. Jika suami itu bakhil, si isteri itu mempunyai hak untuk mengambil
tanpa pengetahuan suaminya wang sekadar keperluan asasnya dari harta dan wang yang
disimpan oleh suaminya dan ini tidak dikira sebagai mencuri. Tetapi tahukah awak Rini
yang wanita-wanita selain dari Islam tidak mendapat hak-hak sedemikian rupa
sehinggalah baru-baru ini saja. Awak tahu tak yang wanita-wanita di barat hanya
diberikan hak untuk memiliki dan melupuskan harta sendiri pada tahun 1817 iaitu setelah
1300 tahun wanita-wanita Islam memperolehi hak-hak sedemikian rupa. Itu pun hak yang
diberikan kepada wanita-wanita di barat itu masih mengenakan syarat-syarat yang
menindas. Contohnya wanita-wanita di barat hanya diberikan peluang untuk menyimpan
sehingga 200 Pound Sterling mana-mana harta yang dikumpul olehnya. Yang selebihnya
menjadi hak milik si suami. Common law di Britain sendiri memberikan petunjuk

Syahadah: 116
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

sebelum dari itu yang wanita-wanita di sana dianggap tidak lebih dari barang pemilikan
bukan seperti wanita Islam yang telah lama diangkat martabat mereka dan dilayan
sebagai manusia yang bebas dan disamaratakan kedudukan mereka dengan lelaki,” jelas
penulis.”

“Dalam perjuangan golongan liberisasi wanita barat menghambat pencapaian lelaki,


mereka-mereka ini tanpa mereka sedari sudah pun meninggalkan apa yang dimuliakan
kepada mereka dari Allah s.w.t. semata-mata kerana ingin menjadi seperti lelaki. Waktu
dulu, kita hanya melihat fenomena lelaki keluar dari rumah pada waktu pagi dan pulang
lewat petang semata-mata untuk mencari nafkah yang Allah sw.t. pertanggungjawabkan
ke atas mereka. Kaum lelaki ini, bekerja dengan mesin-mesin semata-mata memenuhi
tuntutan agama supaya si isteri di rumah pula dapat memberikan tumpuan kepada
membentuk generasi pemimpin negara akan datang. Tapi sekarang ini sudah berbeza,
lelaki-lelaki ini keluar rumah waktu pagi, begitu juga dengan isteri-isteri mereka, dan
tanpa mereka sedari, anak-anak yang mereka tinggalkan di rumah sudah mula membesar
dan menjadi seperti orang yang tidak dikenali mereka dan kini fasih berbahasa Indonesia.
Wanita-wanita ini meninggalkan kemuliaan bekerja dengan generasi pemimpin akan
datang dengan memilih untuk bekerja dengan mesin setiap hari. Bukankah itu satu
kerugian? Sedangkan Nabi s.a.w. apabila ditanyakan kepada baginda siapa yang perlu
seorang manusia muliakan dan utamakan di dunia ini, baginda menjawab ibu sebanyak
tiga kali kemudian baru baginda menyatakan bapa. Itu pun hanya sekali saja bapa
disebutkan baginda. Kenapa ini tidak dianggap sebagai diskriminasi ke atas lelaki oleh
mereka? Kenapa hendak meninggalkan sesuatu yang Allah s.w.t. telah khaskan kepada
mereka dengan kemuliaan yang amat tinggi yang hanya mereka saja boleh
melakukannya. Hanya seorang wanita boleh menjadi seorang ibu. Satu kedudukan yang
sangat mulia di sisi Allah s.w.t.. Dengan cuba menjadi seperti lelaki, ianya tidak langsung
memberikan nilai tambah kepada kedudukan wanita itu sendiri di hadapan Allah s.w.t..
Ini disebabkan ia meninggalkan semua kemuliaan wanita yang telah Allah s.w.t.
tetapkan. Mengapa perlu mempertahankan rumah yang dimasuki pencuri sedangkan itu
merupakan tanggungjawab seorang lelaki. Hanya mereka yang berakal tidak sihat sahaja
akan beremosional dengan hak sama rata yang kabur sebegini. Islam tidak menghalang
wanita untuk maju, tapi berpada-padalah dan biar bertempat. Begitu juga dengan lelaki,
tanggungjawab perlu dilaksanakan mereka supaya cukup makan, pakai, tempat tinggal
dan memberikan kelapangan dan keselesaan dalam hidup si isteri dan anak-anak.
Tanyalah mana-mana golongan wanita yang bekerja yang mempunyai anak, jika bukan
masalah ekonomi yang memaksakan diri mereka untuk keluar bekerja tentulah mereka
tidak akan berbuat demikian. Majoriti dari ibu-ibu yang bekerja, apabila ditanyakan
kepada mereka mengenai pilihan untuk bekerja atau menjaga dan melihat anak mereka
membesar, tentulah pilihan yang kedua itu yang menjadi pilihan jika tidak kerana
keadaan ekonomi yang memaksa. Jadi permasalahan ekonomi keluarga ini bukan di atas
bahu si isteri untuk memikulnya, itu semua di atas tanggungjawab suami. Kalau
pendapatannya sikit, maka usaha perlu dilakukannya dengan lebih gigih untuk
melipatgandakan pendapatan. Bukan dengan menyuruh si isteri keluar bekerja dan
kemudian mengharapkan si isteri dalam masa yang sama menjadi seorang ibu mithali.
Lelaki-lelaki sebegini, ada yang tak kena dengan iman mereka. Kecualilah jika si isteri

Syahadah: 117
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

itu sendiri yang menawarkan diri untuk membantu di atas kerelaannya bukan di atas
paksaan.” jelas penulis.

Rini mengangguk.

“Jadi tanggungjawab mencari nafkah ini terletak di atas bahu lelakilah?” tanya Rini.

“Ya.. kalau isteri nak menolong di atas kerelaannya, tiada masalah, tapi sepatutnya
lelakilah mencari jalan untuk menambahkan pendapatannya.” jelas penulis lagi.

“Macam mana pulak dengan hak samarata antara lelaki dan wanita dalam Islam? Ada tak
Allah sebut dalam mana-mana surah dalam Al-Qur’an yang lelaki dan wanita mempunyai
hak yang samarata?” tanya Rini lagi.

“Tentulah ada, kan ini kitab dari Allah s.w.t., setiap persoalan yang ada di benak hati
manusia mengenai dunia ni pastinya akan terjawab dengan Al-Qur’an. Pasal ayat tu,
kalau tak silap saya ayat tu dalam surah Al Baqarah ayat 228, kejap, biar saya tengok
dulu...” jawab penulis.

Rini hanya tersenyum.

“O.k., betul, memang ayat 228 surah Al-Baqarah.. nak saya baca terjemahannya atau pun
awak nak baca?” tanya penulis kepada Rini.

“Bagi saya baca boleh?” Pinta Rini.

“O.k...” kata penulis sambil menghulurkan tafsir Al-Qur’an kepadanya. Kemudian Rini
pun membuka Tafsir Al-Qur’an itu ke muka surat yang mengandungi ayat tersebut dan
terus membacanya.

“Dan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka
(dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid). Dan tidaklah halal bagi mereka
menyembunyikan (tidak memberitahu tentang) anak yang dijadikan oleh Allah dalam
kandungan rahim mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan
suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa
idah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu
mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap
suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak); dalam pada itu
orang-orang lelaki (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang-orang
perempuan (isterinya). Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Rini
membaca petikan ayat 228 surah Al-Baqarah.

“Awak faham tak?” tanya penulis kepada Rini untuk memastikan yang Rini faham denga
petikan ayat Al-Qur’an yang dibacanya.

“Boleh awak jelaskan?” tanya Rini kembali.

Syahadah: 118
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Macam ni Rini, ayat ni berkenaan dengan tempoh iddah bagi wanita yang diceraikan
suami, iddahnya tiga kali suci dengan maksud untuk memastikan yang wanita yang
diceraikan tersebut tidak mengandung supaya nasab keturunan dapat ditentukan bagi bayi
tersebut dan supaya pihak lelaki bertanggungjawab ke atas wanita tersebut sekiranya dia
mengandung. Untuk pengetahuan awak seorang suami diharamkan dan tak boleh
menceraikan isterinya ketika isterinya mengandung. Bukankah ini satu bentuk
perlindungan kepada wanita tersebut? Dan ayat ni juga menyatakan bahawa tempoh
iddah yang diberikan itu juga membolehkan pihak suami merujuk kembali isterinya
dengan jalan untuk berdamai dan bukan untuk tujuan menganiaya. Di dalam ayat ni Allah
s.w.t. menyatakan yang hak bagi seorang isteri dan suami tu sama, tetapi suami itu
dilebihkan satu darjatnya oleh Allah s.w.t..” jelas penulis kepada Rini.

“Tadikan awak cakap yang Allah memberikan hak samarata kepada lelaki dan wanita,
tapi kenapa darjat lelaki ditinggikan lebih satu darjat?” tanya Rini lagi.

“O.k. untuk jawab soalan awak tu, kita perlu rujuk satu lagi ayat Al-Qur’an dalam surah
An-Nisaa’ ayat 34. Cuba awak cari dan bacakan,” ujar penulis.

“O.k., saya bacakan,: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan
orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan
juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari
harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah
dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib
dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan
pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan
derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil)
pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah
mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka
taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.
Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” Rini membaca petikan ayat surah
An Nisaa’ ayat 34.

“Awak ada tulis nota dalam kertas kuning kat sini, nak saya baca sekali ke? Panjang nota
awak ni..” tanya Rini.

“Nota tu nanti dulu, kalau perlu saya bacakan untuk awak. Awak faham petikan ayat
surah An Nisaa’ ayat 34 tu?” tanya penulis lagi.

“Macam biasa, boleh tolong jelaskan?” pinta Rini lagi.

“O.k. macam ni, kan sebelum dari tu awak ada tanya pasal lelaki yang Allah s.w.t.
tinggikan kepada mereka satu darjat melebihi wanita, ayat ni memberikan penjelasan
pada persoalaan awak tadi tu. O.k. sebenarnya kelabihan satu darjat yang Allah s.w.t.

Syahadah: 119
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

berikan kepada lelaki juga merupakan satu hak keistimewaan yang Allah s.w.t. berikan
kepada wanita. Awak faham?” tanya penulis.

“Macam mana pulak tu, satu darjat Allah lebihkan lelaki semata-mata nak berikan
keistimewaan kepada wanita? Boleh explain lagi?” tanya Rini seakan-akan keliru.

“Rini.. kan dalam ayat 34 Surah An Nisaa’ yang awak baca tadi tu Allah s.w.t.
menyatakan bahawa satu darjat yang Allah s.w.t. lebihkan kaum lelaki berbanding kaum
wanita tu disebabkan oleh tanggungjawab yang Allah s.w.t. pikulkan ke atas bahu lelaki
supaya menjadi pengawal dan menjaga keselamatan kaum wanita. Kalau ditakdirkan
rumah awak masuk pencuri atau perompak, maka menjadi tanggungjawab lelaki yang
berada dalam rumah itu untuk mempertahankan kaum wanita yang ada dan bukan
sebaliknya. Ini semua disebabkan oleh kekuatan fizikal yang Allah s.w.t. kurniakan
kepada lelaki melebihi kekuatan fizikal yang ada pada kaum wanita. Secara
anthropologinya tiada siapa pun dapat menafikan yang memang lelaki dilahirkan dengan
fizikal yang lebih kuat dari wanita. Oleh sebab itulah juga tanggungjawab mencari nafkah
diletakkan sepenuhnya di atas bahu lelaki. Itu yang Allah s.w.t. firmankan dalam ayat
yang awak baca tadi. Kalau tak percaya cuba awak tengok kat mana-mana pejabat atau di
mana-mana saja. Kalau ada sesuatu yang berat yang hendak diubah atau diangkat,
tentulah kerja tersebut akan diserahkan kepada mana-mana lelaki yang ada dalam pejabat
atau tempat tersebut. Satu lagi contoh yang awak tak boleh nak nafikan ialah bila awak
tengok mana-mana kejohanan sukan berlangsung, tak kira la samada Olimpik ke, sukan
Komanwel ke, sukan ASIA ke atau mana-mana sukan sekalipun, bila awak tengok saja
perbezaan rekod kejohanan yang dicatat oleh lelaki dan wanita, semua rekod yang
dicatatkan menunjukkan lelaki lebih tinggi satu darjat dari segi kekuatan fizikal mereka
berbanding wanita. Contohnya dalam lumba lari, cuba awak tengok perbezaan rekod
dunia yang dicatat oleh pelari pecut lelaki dengan rekod dunia yang dicatat pula oleh
pelari pecut wanita. Kan ada perbezaan yang ketara. Ini membuktikan yang ayat Allah
s.w.t. ini betul. Tapi kenapa nak bersedih pula dengan kelebihan satu darjat yang Allah
s.w.t. anugerahkan kepada lelaki ini? Kan kelebihan ini sebenarnya merupakan
tanggungjawab lelaki untuk menjamin hak-hak keselamatan dan mempermudahkan hidup
wanita. Bagi lelaki, keselamatan dirinya dia kena tanggung sendiri. Tak ada siapa nak
tolong kalau rumahnya diceroboh melainkan dia sendiri yang bertindak mempertahankan
keluarganya. Begitu banyak kelebihan yang Allah s.w.t. berikan kepada wanita dalam
Islam. Kalau masih dikatakan menindas juga, saya tak tahula nak cakap apa lagi?” jelas
penulis.

“Tapi kenapa dalam ayat yang sama ada disebut yang lelaki berhak memukul wanita
sekiranya wanita itu berdegil? Bukankah ni satu bentuk penderaan ke atas wanita?” tanya
Rini lagi.

“Rini, bukan mendera la. Cuba awak baca betul-betul, bagi sini nota saya tu. Saya
jelaskan kat awak,” jelas penulis.

“O.k... Rini.. ayat tu menyebut tindakan memukul si isteri hanya boleh dilakukan bila
isteri tersebut berterus-terusan menderhaka kepada suaminya tanpa sebab musabab. Tapi

Syahadah: 120
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

perlu awak ingat yang ayat ini menjelaskan terlebih dahulu yang jika seseorang isteri itu
menderhaka kepada suaminya, maka perkara pertama yang perlu dibuat oleh si suami
ialah dengan menegur isterinya mengenai perkara tersebut dengan cara yang berhemah
dan baik terlebih dahulu. Bermakna si suami tu handaklah bersabar dengan karenah
isterinya itu dan dalam masa yang sama cuba menegur isterinya dengan cara paling
berhemah. Kalau tak jadi dan tak berubah juga selepas ditegur berkali-kali, maka perkara
yang kedua dibenarkan Allah untuk dilakukan oleh si suami ialah dengan memisahkan
tempat tidur dengan isterinya. Maknanya dah berkali-kali nasihat tak nak dengar juga,
maka si suami tu ambil bantal peluk dan selimut, pergi tidur luar dulu kat atas sofa ke apa
ke. Kalau ditegur pun tak jadi apa, kan lebih baik menjauhkan diri buat beberapa waktu
dari bertemu mata dan ‘berkongsi tilam’. Mungkin juga dengan tindakan ini, si isteri
yang sedang mengamuk itu akan reda sikit kemarahannya bila tak bertemu muka.
Kemarahan itu umpama api Rini, kalau api yang kecil ditiup angin, api tu akan padam.
Tapi kalau api yang marak pulak, lagi di tiup angin lagi besar api tu jadinya. Maka kalau
api dah mula marak, perkara pertama yang perlu dibuat ialah dengan menjauhi api tu dulu
bagi menyelamatkan diri dan keadaan. Kalau api tu dalam bilik, keluar la bilik, baru
selamat sikit. Macam tu juga la dengan seorang isteri yang sedang marah dan membuat
perbuatan derhaka tanpa sebab kepada suami, kalau ditegur tak boleh. Maka berpisah
tempat tidur jadi jalan kedua. Bila jauh ni mungkin masing-masing boleh bermuhasabah
diri dalam ketenangan dan si isteri yang pada mulanya menderhaka tadi tu mungkin akan
menyedari apa kesilapan yang dibuat. Yalah, masa tengah marah macam macam benda
yang tak sepatutnya keluar dari mulut pun boleh terkeluar kan? Dah lama tak bersama
mesti rindu pula yang datangkan?” tanya penulis.

Rini tergelak kecil.

“Kalau rindu tak datang juga?” tanya Rini.

“Kalau rindu tak datang juga, tu tandanya si isteri tu tak bermuhasabah diri la. Semua dia
betul la tu dalam pemikiran dia. Hanya wanita berhati keras saja akan sampai ke tahap
macam tu,” jelas penulis kepada Rini.

“Abis tu bila time boleh pukul isteri ni?” tanya Rini sambil tersenyum seakan-akan suka
pula si isteri dalam cerita penulis tu dipukul.

“Macam ni la Rini, si suami tu dah seminggu dua tidur atas sofa, baju pegi kerja kena
iron sendiri, baju kotor basuh sendiri, nasi bungkus jadi juadah hari-hari, mana boleh
tahan makan sambal ikan bilis ngan telur masin hari-hari. Pastu tiap-tiap hari tengah baik
punya lepak atas sofa tiba-tiba ja isteri tu datang menyerang lagi dengan semua yang dia
tak puas hati sebelum tu. Kalau dibiar melarat sampai memusnahkan rumah tangga dan
menghancurkan masa depan anak-anak, jadi supaya rumahtangga tak musnah jalan akhir
terpaksa diambil la, iaitu berkeras sedikit dengan isteri. Jika jalan lembut dan semua
saluran diplomatik dah digunakan, tapi tak berhasil, memang sudah ditakdirkanlah yang
si isteri ni perlu ditegur dengan jalan yang sedikit keras pula. Cara yang dibenarkan
bukan dengan kayu besbol atau kerusi meja atau sepak terajang. Cara ni semua dilarang
Allah s.w.t.. Cara tu bukan untuk mengajar tapi lebih kepada mendera. Tapi dalam Islam

Syahadah: 121
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

cara yang dibenarkan ialah dengan memarahi si isteri itu pula, setelah semua jalan lembut
tak jadi, maka si suami perlu meninggikan suara agar si isteri itu kembali sedar yang dia
sedang menderhaka. Kalau tetap juga menderhaka, apa yang dibenarkan syarak ialah
dengan memukul si isteri tapi tidak sampai ke tahap mendera dan tidak mendatangkan
kecederaan kepada isterinya,” jelas penulis.

Rini yang semenjak tadi tergelak mendengar penjelasan penulis kembali bertanya.

“Abis tu pukul dengan cara macam mana yang dikira tak mendera dan mendatangkan
kecederaan kepada isteri?” tanya Rini lagi.

“Ulama’ menyatakan yang caranya ialah dengan menggulung tuala basah dan memukul
ke bahagian kaki si isteri. Imam Syafie pula menyatakan hanya dibenarkan memukul
dengan miswak sejenis kayu kecil sebesar berus gigi yang panjangnya tidak lebih dari dua
jari telunjuk. Miswak ini digunakan sebagai berus gigi di zaman rasulullah s.a.w.. Tapi ini
bukanlah diambil dari ayat Al-Qur’an atau pun Hadis Nabi, cuma syor yang dibuat oleh
Imam Syafie bagi menafsirkan Hadis yang melarang memukul seseorang pada muka dan
tidak sehingga meninggalkan kesan atau parut,” jawab penulis.

“Kalau macam tu buat apa pukul, bukan rasa apa pun... buat penat makan nasi sambal
ikan bilis ngan telur masin ja,” jawab Rini sambil tergelak.

“Ya la.. dah hukum meletakkannya macam tu. Bahagian muka dengan atas badan
dilarang sama sekali untuk dipukul. Jadi tempat yang paling sesuai dipukul ialah
bahagian kaki. Cuba awak fikir, waktu tengah marah kat bini pergi ambil tuala dan
kemudian masuk bilik air, tentula ambil masa sikit kan... lepas tu nak rendam tuala lagi..
alih-alih bila tuala dah digulung marah tadi pun dah berkurang. Itu antara hikmahnya.
Jadi pukulan tu pun bukan lagi dengan pukulan marah, tapi lebih kepada pengajaran atau
amaran bukan penderaan. Masuk akal tak?” tanya penulis kepada Rini.

“A’aah.. tentulah, kalau sampai tahap macam tu punya kena sabar memang layak
dimarahi dan dipukul la isteri tu sebab peluang dengan cara yang elok dah diberikan,
cuma dia yang memilih untuk sampai ke tahap tu dengan perangainya. Err.. tapi Nizam,
kenapa tak disuruh ceraikan saja si isteri tu? Kan lebih elok cerai dari pukul ngan tuala
yang tak rasa apa-apa tu?” tanya Rini lagi.

“Haa... sebab tu la ini ayat yang diturunkan oleh Allah s.w.t.. Kalau ayat ni dibuat oleh
manusia tentulah cerai dimasukkan ke dalam ayat ni. Walaupun ada sarjana Islam yang
mentafsirkan perkataan ‘idribuhunna’ dalam ayat ini dengan maksud lain yang membawa
maksud ‘berpisah’ atau ‘berpecah’ tapi bila dirujuk kembali Asbabun Nuzul ayat ini, jelas
perkataan ‘idribuhunna’ ini membawa maksud memukul si isteri. Semasa zaman
Rasulullah s.a.w. dulu, ada para sahabat dari kalangan wanita datang dan menemui
Rasulullah s.a.w. mengenai perihal suami mereka yang memukul mereka dengan teruk
dan ada diantaranya sehingga meninggalkan bekas di muka. Para sahabat wanita ini
meminta Rasulullah s.a.w. menghukum para suami mereka dengan 'Qishas'. Awak tahu
'Qishas' tu apa?" tanya penulis.

Syahadah: 122
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"Tahu... ala yang macam keldai campur kuda tu kan? Betul tak?" jawab Rini yang
kemudiannya cuba untuk memastikan yang jawapan yang diberikannya betul.

“Apa awak merepek ni.. itu Qibash la bukan Qishash, merepek awak ni, macam mana
nak hukum ngan Qibash?” kata penulis yang menyangka Rini membuat loyar buruk.

“Ha..ah. hahha.. mana la saya tahu... tak sama ke? Abis tu Qishash tu apa?” tanya Rini
lagi sambil ketawa.

"O.k., 'Qishash' tu satu bentuk hukuman yang diberikan kepada sesiapa yang melakukan
kesalahan, jika dia memukul seseorang dengan batu, maka dia akan dipukul balik dengan
batu, jika dia menampar seseorang dengan tangan kiri, maka dia akan dihukum balas juga
dengan hukuman ditampar dengan tangan kiri. Jadi, bila para isteri sahabat yang dipukul
oleh suami mereka meminta Rasulullah s.a.w. menghukum suami mereka dengan
'Qishash' ini, maka ayat 34 surah An Nisaa' ini diwahyukan Allah s.w.t. kepada
Rasulullah s.a.w.. Maka ayat 34 surah An Nisaa' yang awak baca tadi tu sebenarnya
diturunkan oleh kerana peristiwa tersebut. Rasulullah s.a.w. tidak menghukum lelaki
yang memukul wanita tersebut, sebaliknya membacakan ayat 34 surah An Nisaa' ini yang
menyatakan seorang perempuan tidak boleh menderhakai suaminya tanpa sebab.
Sebelum saya jelaskan dengan lebih lanjut, perlu saya terangkan kat awak apa sebenarnya
budaya orang Arab pada waktu zaman sebelum kedatangan Islam. Wanita di zaman
jahiliah dilayan hanya sebagai objek dan barang pemilikan, dipandang hina dan
diperlakukan sesuka hati oleh orang-orang lelaki Arab waktu sebelum kedatangan Islam.
Malah sehingga ke tahap membunuh anak-anak perempuan mereka yang mereka anggap
sebagai bakal mencemar maruah keluarga. Apabila Islam datang, hak-hak wanita ini
semua dipertahankan dan Rasulullah s.a.w. mengajar orang-orang Arab ini supaya
menghormati wanita dan memberikan hak sama rata kepada mereka. Jadi kebanyakan
ayat-ayat dalam Al-Qur'an ini mengangkat martabat wanita serta memberikan hak-hak
yang adil kepada semua wanita. Macam dalam contoh ayat 34 surah An Nisaa' ini juga la,
ayat tu sebenarnya ditujukan dan dipertanggungjawabkan ke atas lelaki supaya
mengetahui apa tanggungjawab sebenarnya dalam hubungan dengan wanita terutamanya
isteri. Diberikan Allah s.w.t. kekuatan kepada lelaki bukanlah untuk menindas wanita
tetapi untuk membela, mempertahankan serta mengawal keselamatan wanita bukanlah
untuk mendera dan menganiaya mereka. Jadi apa yang ayat ini ajarkan ialah, kaum lelaki
seharusnya bersabar sebelum mengambil tindakan terhadap wanita. Jika dulu sewaktu
zaman jahiliah mereka ini dengan sesuka hati boleh menampar, menumbuk, terajang
malah sampai tahap membunuh isteri mereka yang derhaka atau curang kepada mereka,
maka selepas memeluk agama Islam, mereka ini diperintahkan supaya bertanggungjawab
pula ke atas wanita atau isteri-isteri mereka. Kalau ada masalah, yang pertama sekali
yang perlu mereka buat ialah berbincag dan memberikan nasihat. Jika dah berkali-kali
dah nasihat pun tak nak dengar, maka jalan kedua ialah berpisah tempat tidur dan kalau
dah lama berpisah tempat tidur pun tak berubah juga, maka barulah kekerasan yang tidak
sehingga ke tahap mendera dan mendatangkan kecederaan dibolehkan. Setelah dua jalan
damai dan amaran diberikan dan tetap tak berubah juga, barulah sedikit kekerasan
digunakan. Cara yang ketiga ini lebih elok jika dibandingkan dengan jalan bercerai, oleh

Syahadah: 123
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

sebab kemudaratan yang datang dari perceraian berkali-kali ganda lebih teruk kesannya
dari tindakan dengan cara ketiga yang diambil. Peceraian akan mengakibat keadaan lagi
huru-hara, keluarga yang baik akan berpecah, mertua dan keluarga ibu bapa akan tidak
bertegur sapa, kasih sayang untuk anak-anak dipisahkan dan memberikan kesan tidak
langsung kepada perkembangan emosi anak-anak. Semuanya lebih menjurus kepada
keburukan yang berkali-kali ganda teruknya dalam jangka masa yang panjang. Tapi tak
semua proses perceraian yang berakhir dengan keburukan, ada juga yang menuju ke
kehidupan yang lebih baik, tapi majoriti dari kes-kes perceraian akan berakhir dengan
seribu satu masalah lagi," jelas penulis.

"Tapi awak perlu ingat yang dalam ayat 34 tadi, Allah s.w.t. telah berpesan kepada
suami-suami yang telah diamanahkan tanggungjawab menjaga keselamatan, makan
minum dan kebajikan isterinya supaya jangan sekali-kali melakukan sesuatu tindakan
yang menganiayai isterinya yang taat dan baik kepadanya. Kalau derhaka dan selepas
ditegur dengan baik si isteri tu pun berubah, atau pun jika si isteri tu menderhaka dan
kemudian dia berubah menjadi baik setelah dipisahkan tempat tidur atau mendapat
amaran atau dipukul dengan cara yang dibenarkan, maka Allah s.w.t. telah memberi
amaran kepada para suami tersebut supaya tidak mencari apa-apa jalan sekali pun untuk
menyusahkan si isteri yang kembali taat. Awak fahamkan?" tanya penulis lagi.

"Faham, tapi boleh jelaskan kat saya Asbaabun Nuzul tu apa?" tanya Rini lagi.

"Asbaabun Nuzul tu merupakan sebab-sebab turunnya sesuatu ayat dari Allah s.w.t..
Ianya berdasarkan hadis-hadis yang diriwayatkan dari para sahabat Nabi s.a.w. yang
berada atau terlibat sewaktu sesuatu ayat diturunkan oleh Allah s.w.t.. Setiap ayat yang
diwahyukan, ada sebab musababnya. Jadi Asbaabun Nuzul ini menjadi antara elemen
yang paling penting bagi kita untuk memahami dengan jelas maksud sesuatu ayat
tersebut." Tambah penulis lagi.

"Kalau si isteri tu tak berubah juga lepas dipukul dengan cara yang dimaksudkan, apa lagi
yang boleh dibuat?" tanya Rini lagi.

"O.k. kalau macam tu juga, tak ada perubahan, masih ada satu lagi jalan penyelesaian
supaya konflik rumahtangga ni tidak melarat dan memudaratkan mana-mana pihak.
Macam yang kita tahu, kalau kena pukul dengan bentuk pukulan yang macam saya
cakapkan tadi, mungkin bagi sesetengah wanita, dia akan mula sedar tapi ada juga yang
bila dipukul dia makin melawan tambah-tambah yang ada tae kwan do atau silat. Awak
kena tahu yang sifat manusia ada macam-macam bentuk. Tapi setiap manusia ada tahap-
tahap kesabaran yang boleh dia jaga. Sekiranya dah terlalu melampau sehingga tahap
yang macam yang awak cakapkan tu, maka ditakuti nanti suami tersebut hilang terus
kesabarannya dan bertindak kasar melampaui had yang dibenarkan terhadap isterinya.
Jadi kalau lepas langkah ketiga diambil dan si isteri masih lagi berkelakuan serupa, maka
jalan penyelesainnya kita boleh baca dalam ayat selepas ayat ke 34 tadi, iaitu ayat 35
surah An Nisaa'. Boleh tolong bacakan kat saya terjemahan ayat tersebut?" penulis
meminta Rini membaca terjemahan ayat 35 surah An Nisaa'.

Syahadah: 124
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri) maka
lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari keluarga
lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang tengah" itu (dengan
ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan menjadikan kedua (suami
isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui, lagi Amat mendalam
pengetahuanNya." Rini membaca petikan ayat tersebut.

"Apa yang awak faham dari ayat tu?" tanya penulis lagi.

"Kalau tak o.k. juga lepas semua tiga langkah tadi diambil, maka kita kena lantik orang
tengah untuk bagi keadilan kepada kedua-dua pihak untuk menyelesaikan masalah yang
berlaku. Lebih kurang macam kaunseling la kan. Tapi kena lantik dua pihak, satu dari
keluarga isteri dan satu lagi dari pihak keluarga suami untuk mengusahakan perdamaian
bagi pasangan tersebut. Betul tak?" tanya Rini selepas mengulas ayat tersebut.

"Ishhh.. betul tu ustazah…" jawab penulis mengiakan jawapan Rini.

"Apa ustazah pulak, mana ada ustazah tak pakai tudung." Balas Rini pula.

"Tak lah..saya cuma cakap yang cara awak hurai ayat tu macam ustazah la," sambung
penulis lagi.

"Awak perasan tak yang dalam ayat tu Allah s.w.t. menyatakan yang keadaan pasangan
tersebut boleh menjadi baik jika kedua-dua pihak yang dilantik tu memang berniat untuk
mendamaikan, kalau orang yang dilantik untuk mendamaikan tu pulak yang lebih-lebih
menyucuk supaya berpisah, maka pasangan tu pun akan hancur la dengan pakai nasihat
diorang. Jadi kalau nak lantik orang untuk menjadi orang tengah paling baik sekali ialah
ibu bapa diorang kalau masih ada, sebab ibu bapa ni dia pasti tak mahu melihat anak-
anak serta cucu-cucu diorang ni menghadapi masalah. Lagipun selaku orang yang lebih
tua, mereka ni lebih memahami konflik yang dilalui pasangan tersebut," jelas penulis.

"Macam mana kalau tak berhasil juga?" tanya Rini lagi.

"Macam yang saya jelaskan tadi, kalau orang tengah yang dilantik mereka betul-betul
berniat untuk mendamaikan maka Allah s.w.t. telah berjanji yang pasangan itu akan
dibuka pintu hati mereka untuk berbaik semula. Biasanya kalau tak boleh diperbaiki lagi,
mungkin ianya berpunca dari mana-mana pihak yang tidak ikhlas untuk berdamai atau
terlalu ego untuk berdamai. Hasilnya, jalan terakhir yang paling Allah s.w.t. benci
terpaksa diambil. Awak tahukan satu perkara halal yang paling dibenci Allah s.w.t.?"
tanya penulis lagi.

"Berceraikan?" jawab Rini ringkas.

"Ya.. kalau semua langkah untuk mendamaikan dah dibuat dan keadaan masih tak
kembali seperti biasa, apa yang cuba dielakkan sejak dari awal tadi terpaksa dibuat juga.
Maka tak ada jalan lain selain dari berpisah dengan cara yang baik. Walaupun perkara ni

Syahadah: 125
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

nampak seperti menyelesaikan masalah, tapi sebenar banyak masalah lain yang lebih
besar akan timbul jika tidak dilakukan dengan betul. Itulah sebabnya semua langkah ini
disusun satu persatu supaya rumahtangga pasangan tersebut dapat diselamatkan terlebih
dahulu dan perceraian cuba dielakkan. Tapi kalau dah tak boleh diselamatkan, apa boleh
buat, memang itu saja jalan terbaik dan keputusan terbaik bagi pasangan tersebut. Dalam
proses hendak berpisah itu juga ada tanggungjawab yang Allah s.w.t.
pertanggungjawabkan ke atas bahu lelaki atau lebih tepat lagi si suami bagi menjaga
kebajikan bekas isterinya yang baru diceraikan," jelas penulis lagi.

"Ada lagi tanggungjawab ke lepas berpisah?" tanya Rini lagi.

"Itu la sebab Islam ni satu agama yang mementingkan kebajikan, keselamatan dan hak-
hak seorang wanita supaya tak diperkotakkatikkan dan diperlakukan seumpama barang.
Cuba awak baca terjemahan surah At- Talaaq ayat satu sampai tujuh," ujar penulis.

"Tak jumpa la…" balas Rini ablik.

"Tak silap saya samada dalam juzuk 29 atau 30 la. Cuba awak cari kat bahagian belakang
terjemahan Tafsir Al-Qur'an tu," tambah penulis lagi.

"O.k. saya dah jumpa, saya baca ya…" kata Rini.

"Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri
(kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan
hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu.
Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga
selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali
(jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum
Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-
aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya.
(Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan
mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain). Kemudian, apabila mereka
(hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan
cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang
saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan
hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah
semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran
kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa
kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya),
nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang
menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.
Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah
baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan
segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi
berlakunya tiap-tiap sesuatu. Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang
putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka)

Syahadah: 126
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang
tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga
mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa
kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya. Peraturan-
peraturan yang demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan
diterangkanNya kepada kamu; dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah,
nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala
balasannya. Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman
kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang
menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan
mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan
sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka
melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk
kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu
(dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua
pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya. Hendaklah
orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di
sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah
kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar
kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan
hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya
kesusahan." Rini membacakan petikan terjemahan Al-Qur'an surah At Talaaq dai ayat
satu sampai ayat tujuh.

"Awak fahamkan ayat tu semua?" tanya penulis lagi.

Rini mengangguk tanda faham.

"Tapi apa yang dimaksudkan jangan menghalau keluar si isteri tu setelah jatuh talak dan
dalam tempoh Idah?" tanya Rini.

"Maksudnya, selepas menjatuhkan talak dan masih dalam tempoh edah, si isteri masih
berada dalam tanggungjawab suami tu, semua makan, pakai dan tempat tinggal semuanya
mesti ditanggung si suami tersebut dan si suami dilarang samasekali menghalau si isteri
tu keluar dari rumah tempat mereka tinggal sebelum tu," jelas penulis.

"Bukankah kalau dah berpisah tu maknanya kena keluar terus dari rumah suami?" tanya
Rini.

"Itu yang silapnya orang kita pada hari ni, banyak kes yang kalau awak tengok sekarang
ni, kalau lepas gaduh dan jatuh talak tu, terus saja bungkus beg dan angkat kaki keluar
dari rumah si suami. Kadang-kadang tu, lebih teruk lagi, si suami tu sendiri yang
menghalau si isteri itu keluar. Semua ni tak mengikut cara yang telah Allah s.w.t.
gariskan dalam Al-Qur'an. Ada hikmahnya tinggal di rumah suami semasa dalam tempoh
Idahnya. Salah satu daripadanya ialah dalam waktu menunggu tiga kali suci tersebut,
kemungkinan kemarahan yang menjadi sebab perceraian tu akan reda. Biasanya manusia

Syahadah: 127
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

ni kalau waktu dia marah, akan keluar segala kata-kata yang tak sepatutnya diucap dan
akan berlaku ungkit mengungkit peristiwa-peristiwa lama yang akan menyebabkan
keadaan mula parah. Yang sering kita lupa ialah dalam waktu sedang marah tu ada
makhluk ketiga yang akan masuk ke dalam hati dan menguasai diri dan akal kita dan
menghasut kita melakukan banyak perkara yang dilarang dan dibenci Allah s.w.t..
Syaitan tak akan sekali-kali melepaskan peluang, maka apabila berjaya memisahkan
pasangan tersebut, maka berjayalah dia meruntuhkan satu ikatan suci satu pasangan
Islam. Tujuan Idah selain dari ingin memastikan yang si isteri itu tak mengandung dan
membawa benih suami, satu lagi tujuannya yang tak nampak ialah supaya pasangan yang
baru berpisah tadi mempunyai peluang kedua untuk merujuk kembali. Pastinya dalam
majoriti setiap kes perceraian, ramai daripada yang terlibat dengannya akan dihantui
perasaan menyesal atas tindakan yang mereka buat sebelum ini. Jadi masa Idah yang
lebih dari mencukupi itu merupaka satu peluang bagi suami isteri tu berbaik semula. Iya
lah, dulu sebelum ni tinggal serumah boleh tidur bersama, makan bersuap dan kalau
pening kepala ada orang tolong picitkan. Tapi lepas bercerai dan masih tinggal bersama
dalam tempoh Idah, sudah la makan tak bersuap, kalau pening pun picit kepala sendiri
dan hanya boleh tengok saja si isteri yang diceraikan tu masuk bilik tidur sorang-sorang.
Maka kenangan terindah kebaikan sang suami dan kebaikan si isteri tu mula menerjah
ingatan diorang. Barulah nampak kembali semua kebaikan si suaminya dulu dan si suami
juga akan mula terkenangkan segala kebaikan dan khidmat isterinya yang satu ketika
dulu tak berbelah bagi terhadap dirinya. Waktu marah dulu, yang nampak hanyalah
keburukan. Kebaikan dilupakan langsung. Bila dah tinggal serumah dan tak boleh
bermesra macam dulu, barulah teringat kembali semua nostalgia indah. Maka dengan itu,
harapan untuk pasangan ini merujuk kembali insyaAllah semakin cerah. Cuba awak
bayangkan jika dalam tempoh Idah tu terus saja blah angkat kaki. Tentulah sukar nak
merujuk semula kan?" tanya penulis setelah memberikan penjelasan yang panjang lebar
kepada Rini. Rini hanya tersenyum sehingga menampakkan giginya yang terbaris cantik.

"Bagaimana pula kalau dalam kes lain, si suami pula yang menganiaya isterinya?" tanya
Rini.

"Kan dalam ayat 34 surah An Nisaa' tadi Allah s.w.t. jelaskan yang si suami jangan
sekali-kali mencari apa-apa saja jalan yang boleh menyusahkan isterinya yang baik dan
taat kepadanya. Kalau si suami tu yang mencari pasal, itu bermakna dia tak mengikut
perintah Allah s.w.t.. Tapi kalau si suami tu buat perangai juga, maka si isteri boleh
memulakan langkah perdamaian dengan cuba menegur si suami dengan cara yang baik
dan berhemah. Nak tegur laki tak boleh tegur dengan cara nak tegur budak-budak. Lelaki
ni ada egonya yang sendiri, macam tu jugalah dengan wanita. Jadi gunalah kepandaian
menegur suami dengan menggunakan cara psikologi. Kalau tak boleh juga, bolehlah terus
merujuk kes tersebut kepada keluarga terdekat yang boleh dipercayai atau berjumpa
dengan kaunselor di pejabat agama. Kalau tak berhasil juga dan tak nampak apa-apa
perubahan dan keadaan semakin memudaratkan kepada si isteri atau anak-anaknya, si
isteri boleh meminta tebus talak dengan membayar sedikit wang pampasan yang bakal
ditentukan jumlahnya oleh mahkamah syariah bagi membubarkan ikatan perkahwinannya
dengan si suami. Tapi ini hanya dilakukan setelah semua jalan untuk menyelamatkan

Syahadah: 128
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

perkahwinan tersebut menemui jalan buntu dan hanya jika ikatan perkahwinan tersebut
lebih banyak memudaratkan dari memberi kebaikan," jelas penulis.

"Jadi wanita juga mempunyai kuasa untuk bercerailah?" tanya Rini lagi.

"Ya.. tapi secara tidak langsung iaitu dengan membawa kes tersebut ke pengetahuan kadi
atau mahkamah syariah. Kuasa menjatuhkan talak terletak ditangan lelaki. Tetapi jalan
keluar dari ikatan perkahwinan tetap ada dan hak untuk mendapatkan keadilan bagi si
isteri tetap terpelihara," jawab penulis.

"Kenapa kuasa talak hanya terletak di tangan si suami?" tanya penulis.

"Kita belum kahwin, jadi kita tak tahulah macam mana masalah dalam rumahtangga tu
dan keadaannya sewaktu berlaku apa-apa konflik dan masalah. Tujuan sebenar hanya
Allah s.w.t. sahaja yang tahu. Tapi, menurut ustaz yang mengajar saya, satu hikmah
kuasa talak itu di beri hanya kepada si suami, ialah untuk menjamin ikatan perkahwinan
itu kekal dan lebih lama bertahan," jelas penulis.

"Kenapa macam tu pulak?" tanya Rini.

"Sebabnya, menurut ustaz saya tu, kalau kuasa talak terletak ditangan si isteri, tahun
pertama perkahwinan saja si suami pasti sudah diceraikan oleh si isteri lebih dari 40 kali.
Sebab katanya kebiasaannya dalam mana-mana perkahwinan sekalipun, apabila berlaku
apa-apa perselisihan atau pergolakan, si isteri dengan pantas akan meminta supaya
diceraikan atau dilepaskan oleh suaminya walaupun perselisihan yang berlaku dalam
rumahtangga tersebut cuma disebabkan oleh perkara kecil," jelas penulis.

"Tapi si isteri juga mempunyai hak untuk meletakkan syarat dalam 'kontrak' perkahwinan
sebelum diijabkabulkan supaya dapat memastikan beberapa kepentingannya tidak terjejas
dan dia mendapat jalan keluar dari ikatan perkahwinan tersebut sekiranya perkahwinan
yang bakal dilaluinya menghadapi masalah. Sebagai contoh kebiasaan yang dibuat di
Malaysia ini, si suami akan membaca ikrar taklik yang mana kalau dia meninggalkan
isterinya tanpa apa-apa berita, hubungan, nafkah dan sebagainya melebihi empat bulan,
maka jika si isteri membawa perkara tersebut kepada pengetahuan kadi, maka talak satu
ke atas isteri itu terjatuh dengan sendirinya. Ini dibuat supaya si isteri tersebut tidak
teraniaya dengan suami yang tidak bertanggungjawab. Maka dalam kes sebegini, cerai itu
dapat diperolehi pihak isteri dengan permohonannya. Jadi amatlah salah jika mengatakan
yang wanita dalam sesebuah ikatan perkahwinan Islam itu tiada kuasa untuk meminta
cerai," jelas penulis.

"Ooo.. macam tu baru saya faham," Rini mencelah.

Syahadah: 129
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

9.

“Jika awak katakan yang Islam tu adil,


kenapa hanya lelaki dibenarkan kahwin
sampai empat sedangkan wanita hanya
dibenarkan bernikah hanya dengan
seorang suami, bukankah tak adil
namanya tu?.”

Syahadah: 130
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"Tapi Nizam, awak ada cakap yang Allah memberikan hak sama rata kepada lelaki dan
wanita. Tapi kenapa dalam bab perkahwinan, Allah s.w.t. cuma membenarkan kaum
lelaki saja berkahwin empat tapi wanita hanya dibenarkan berkahwin hanya dengan
seorang suami. Pada pandangan orang biasa macam saya, itu kelihatan sangat berat
sebelah dan tidak adil. Boleh awak jelaskan apa yang saya tak tahu tentang perkara ni?"
tanya Rini pula.

"Rini, sebenarnya apa yang sudah Allah tetapkan itu amatlah adil kepada semua hamba-
hambaNya. Awak kena faham apa yang dimaksudkan dengan adil. Kita di sini terbawa-
bawa dengan konsep keadilan yang membabi buta yang dicedok gaya pemikirannya dari
barat. Kalau di barat, keadilan itu bermaksud, kalau awak dapat baju biru, adik-adik awak
juga kena dapat baju biru. Kalau awak kena cuci pinggan, semua orang dalam rumah
awak pun kena cuci pinggan. Kalau abang awak main bola sepak, awak yang perempuan
pun kena main bola sepak. Itu bukan adil namanya. Itu kebodohan dan penghinaan
terhadap akal dan keupayaan unik dan tersendiri manusia. Dalam Islam, keadilan itu
bermaksud meletakkan sesuatu itu sesuai dan kena pada tempatnya. Apa awak fikir adil
tak kalau awak bekerja kat dalam ofis, tiba-tiba datang perabot baru yang berat untuk
diangkat dan disusun. Untuk memberi keadilan kepada semua pekerja lelaki dalam ofis
tu, awak pun kena pergi panjat lori kat bawah ofis awak dan tolong angkat perabot yang
berat tu. Bukankah ini bodoh namanya. Dalam Islam tugas awak dalam pejabat itu cuma
meminta tolong kepada pekerja-pekerja lelaki yang Allah s.w.t. anugerahkan kudrat dan
tenaga yang lebih dari wanita untuk melakukan kerja-kerja berat tersebut. Dan awak kat
atas ofis tu bersama dengan pekerja-pekerja wanita yang lain boleh tolong kemaskan
sedikit tempat di mana perabot baru tu nak awak letakkan. Kemudian sesudah pekerja-
pekerja lelaki tu mengangkat dan meletakkan perabot tersebut kat tempat yang awak
cadangkan, bolehlah awak dan kawan-kawan wanita awak mengemaskan sedikit kawasan
tersebut balik supaya nampak lebih cantik. Biar kawan-kawan pekerja lelaki awak
berehat pula setelah penat mengangkat perabot yang berat tu dari tingkat bawah. Awak
dan kawan-kawan perempuan awak yang tak berbuat apa tadi, bolehlah gunakan daya
kreativiti yang Allah s.w.t. anugerahkan lebih kepada wanita untuk mengemaskan tempat
tersebut. Ini barulah dinamakan adil. Satu contoh lagi, macam seorang bapa, dia nak
belikan baju kepada tiga orang anak perempuan kembarnya yang sudah meningkat
remaja, kalau mengikut konsep keadilan barat, kalau si bapa tu beli sehelai baju biru
kepada salah seorang daripada kembarnya, yang saudara lagi dua orang tu juga perlu
dibelikan baju biru dengan pattern yang sama juga, sedangkan si kembar yang lagi dua
orang tu diorang pun ada warna dan pattern kegemaran masing-masing. Jadi keadilan
yang diberikan di sini dalam bentuk sebegini akan melahirkan rasa tak puas hati kepada
adik-beradik kembar yang lain yang mersakan pemberian kepada mereka tidak adil
kepada mereka. Kalau dalam Islam pula, si bapa itu akan memberikan wang yang sama
jumlahnya kepada si anak bertiga dengan budget yang samarata untuk membeli apa yang
digemari oleh diorang selagi pakaian yang dibeli itu menurut etika berpakaian Islam,”
jelas penulis kepada Rini.

“Apa kena mengena keadilan ni dengan kahwin empat?” tanya Rini lagi.

Syahadah: 131
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Rini, keadilan tu elemen paling penting yang perlu ditegakkan oleh orang Islam. Awak
tahu tak yang syarat utama bagi seseorang lelaki untuk beristeri lebih dari satu ialah dia
mestilah seorang lelaki yang beriman dan syarat yang kedua ialah dia mestilah dapat
berlaku adil kepada semua isteri yang dikahwininya. Dan seharusnya seseorang lelaki
mukmin mengetahui apa sebenar erti dan tujuan sesebuah perkahwinan dalam Islam.
Tujuan utama sesebuah perkahwinan dalam Islam ialah untuk memberi kepada umat-
umatnya satu jalan yang suci dan selamat dalam mengubati kehendak fitrah manusia iaitu
keinginan terhadap hubungan jenis. Setiap manusia dilahirkan dengan fitrah ini iaitu
ingin disayangi dan menyayangi, ingin memiliki dan dimiliki. Cinta itu satu perasaan
yang indah yang Allah s.w.t. tanamkan dalam setiap manusia. Cinta tidak buta tapi
seringkali manusia itu dibutakan dengan cinta. Sebab itu pegangan dan pedoman itu
sangat penting agar kita sentiasa terbimbing dan tidak terarah kepada jalan-jalan yang
menghancurkan. Hukum-hukum yang Allah s.w.t. tetapkan dan syaratkan dalam Al-
Qur’an mengajar kita sebagai umat Islam khususnya dan manusia amnya supaya tahu
menguruskan perasaan cinta dalam diri agar tidak tersasar dan mengakibatkn
kemudaratan kepada diri kita sendiri dan pihak lain. Tujuan perkahwinan ialah supaya
kita dapat membendung nafsu yang bergelodak dengan jalan yang selamat dan suci serta
diredhai Allah s.w.t.. Satu lagi tujuan dalam perkahwinan ialah supaya kita dapat
memperkembangkan umat Islam dengan banyak serta memastikan survival kewujudan
manusia di dunia ini akan berterusan. Perkahwinan juga Rini, adalah bertujuan untuk
melengkapkan seseorang insan. Manusia ini tak sempurna sebenarnya Rini,
kesempurnaan dalam hidup akan mula kita rasakan apabila kita berkahwin. Sebagai
contoh yang selalu ustaz saya bagi ialah, seorang lelaki, Allah s.w.t. menganugerahkan
kepadanya daya imaginasi yang tinggi dan dia akan dapat berfikir jauh berpuluh-puluh
tahun ke hadapan. Mereka dapat merangka strategi dan pelan-pelan tindakan yang perlu
diambil supaya mereka dapat bersedia untuk menghadapi kemungkinan yang mendatang.
Satu lagi anugerah Allah s.w.t. kepada mereka ialah kekuatan fizikal yang mereka ada.
Tapi seringkali anugerah-anugerah Allah kepada mereka ini juga merupakan satu bentuk
kelemahan kepada diri mereka. Lelaki merupakan kaum yang mudah terlupa jika
dibandingkan dengan wanita. Kekuatan akal mereka untuk berfikir jauh ke hadapan juga
sebenar meninggalkan satu bentuk kelemahan ketara kepada diri mereka. Sebagai contoh,
mereka ini kurang mengambil berat mengenai perkara kecil yang bagi mereka sangat
remeh, tapi apa yang mereka tidak tahu, perkara-perkara kecil sebeginilah yang selalunya
akan merencatkan apa yang mereka rencanakan untuk masa depan mereka. Kekuatan
fizikal mereka juga memberikan satu bentuk kekurangan kepada diri mereka kerana
banyak aspek dalam kehidupan, sentuhan lembut atau berbentuk feminin amat
diperlukan. Sebagai contoh dalam membesarkan anak, mendidik pelajar dan
mengindahkan persekitaran. Wanita pula Allah s.w.t. anugerahkan mereka dengan satu
bentuk daya ketekunan dan ketelitian yang tinggi. Mereka juga mempunyai sentuhan
kelembutan dalam setiap kerja-kerja yang mereka lakukan. Wanita juga tidak mudah lupa
berbanding lelaki yang mudah lupa. Wanita juga amat mengambil berat mengenai semua
perkara yang nampak di hadapan mereka. Maka dengan jalan perkahwinanlah, semua
kelebihan ini dapat disatukan untuk mengatasi semua kekurangan yang ada pada diri
setiap insan. Sebagai contoh untuk awak Rini, seorang suami yang pelupa akan sentiasa
diingatkan oleh isterinya yang tidak pelupa. Seorang isteri yang ingin mengemas rumah
dan mengubah perabot-perabot dalam rumah boleh meminta suaminya melakukan semua

Syahadah: 132
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

itu kerana suami mereka mempunyai daya kekuatan fizikal yang lebih kuat berbanding si
isteri. Si suami yang sering kurang mengambil berat dengan segala yang berlaku di
sekelilingnya, akan dibantu oleh si isteri yang mengambil berat. Sebagai contoh, bil-bil
bulanan yang perlu dibayar, si isteri akan sentiasa mengingatkan suami supaya membayar
bil-bil tersebut pada masa yang sepatutnya. Bukankah ini sesuatu yang saling lengkap
dan melengkapi. Jika kita berkahwin, akan ada seorang teman untuk kita luahkan masalah
dan perasaan serta apa yang kita rasa. Sebagai manusia, kita memerlukan seseorang untuk
memberikan kita nasihat dan teguran serta menyayangi kita supaya kita dapat rasakan
ketenangan hidup. Kalau ada seorang isteri atau suami, bila kita ada banyak wang dan
harta, kita boleh berkongsi kegembiraan tersebut dengan orang yang kita sayang. Kalau
dalam kesempitan pula, kita ada teman untuk membantu dan memberikan sokongan serta
sama-sama ketawa dan menjadikan situasi tersebut sebagai bahan lawak bila tengah
pokai. Bila hati gembira barulah boleh merangka strategi untuk bangun semula dari
masalah kewangan. Jika anda memilih untuk hidup bujang, maka anda sebenarnya
memilih suatu jalan yang akan sedikit sebanyak merugikan awak. Nabi Muhammad
s.a.w. pernah melarang sahabat-sahabat baginda yang beribadat siang dan malam yang
cuba mengelak dari berkahwin. Baginda menyarankan supaya mereka mencontohi
baginda yang juga beribadat, berpuasa tapi tetap juga berkahwin. Tujuan perkahwinan
juga ialah untuk memberikan perlindungan kepada kaum wanita Islam. Wanita akan
bersa lebih selamat apabila mereka berkahwin dan lelaki pula akan menjadi seorang yang
lebih tenang dan penyabar apabila dia juga berkahwin kerana ada isteri yang akan
menguruskannya. Majoriti lelaki memang tak pandai menguruskan diri, dia memerlukan
wanita sebagai pengurus rumahtangganya. Jadi perkahwinan itu memberi perlindungan
kepada seorang wanita dan memberikan ketenangan kepada seorang lelaki," jelas penulis.

"Ya lah.. tapi kenapa lelaki boleh kahwin empat tapi perempuan tak boleh?" tanya Rini
mencelah.

"Sabarla Rini, kalau awak nak faham kenapa laki boleh kahwin empat dan perempuan tak
boleh, awak kena faham tujuan perkahwinan itu dulu," kata penulis.

"Oooops… Sorry.." kata Rini yang seolah-olah tidak sabar menunggu penjelasan penulis.

"Rini.. cuba awak buka Tafsir Al-Qur'an tu dan bacakan terjemahan surah An-Nisaa' ayat
3. Boleh?" Ujar penulis.

"Kat mana? Bahagian mana?" tanya Rini untuk kepastian.

"Bahagian depan lepas surah Al-Baqarah dan Ali Imran. Dapat?" penulis menerangkan
kedudukan surah An Nisaa' dalam Al-Qur'an.

"A'aah.. dapat, ayat berapa tadi?" tanya Rini lagi.

"Ayat 3," jawab penulis.

Syahadah: 133
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila
kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu
berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu
bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah
dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.
Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan
kezaliman." Rini membacakan terjemahan ayat surah An Nisaa' ayat 3.

"Awak faham petikan terjemahan ayat yang awak baca tu?" tanya penulis.

"Saya rasa saya faham, tapi kalau boleh awak tolong jelaskan supaya saya dapat nampak
apa yang saya tak nampak dalam ayat ni?" jelas Rini sambil meminta penulis
menerangkan kepadanya tafsir kepada terjemahan ayat 3 surah An Nisaa' tersebut.

"O.k. Rini, ayat tu dimulakan dengan satu keutamaan yang perlu diambil perhatian dan
sering dipandang remeh. Dari permulaan ayat ini, kita dapat pastikan yang memang benar
antara tujuan utama perkahwinan dalam Islam ialah memberikan perlindungan kepada
kaum wanitanya. Sebab itulah, ayat ini dimulakan dengan satu nasihat supaya
mengutamakan wanita-wanita yang memerlukan perlindungan sebagai teman hidup
dahulu. Dan sebab itulah, anak-anak yatim perempuan yang sudah mencapai umur yang
membolehkannya berkahwin harus diutamakan untuk diambil sebagai isteri kerana jelas
mereka inilah yang paling memerlukan perlindungan dalam kehidupan mereka. Anak-
anak yatim perempuan ini sudah tentulah tiada tempat bergantung dan tempat untuk
mengadu nasib, maka jika dibiarkan mereka tanpa tempat bergantung, adalah ditakuti
yang mereka-mereka ini akan dianiaya atau dipergunakan oleh manusia-manusia yang
tidak bertanggungjawab. Dengan mengambil mereka sebagai isteri, sekurang-kurangnya
lelaki-lelaki tadi memberikan mereka perlindungan dan tempat bergantung hidup setelah
tiada sesiapa di dunia yang boleh menjaga mereka. Tapi, diletakkan syarat dalam ayat
tersebut bahawa untuk berkahwin dengan perempuan-perempuan yatim ini, lelaki-lelaki
tersebut perlulah berlaku dengan sangat adil kepada perempuan-perempuan yatim ini
kerana mereka ini tiada siapa-siapa pun di dunia yang akan mengambil berat tentang
keadaan mereka dan tempat mereka mengadu nasib jika mereka dianiayai suami. Maka
Allah s.w.t. telah menjelaskan dalam ayat tersebut, jika si lelaki tersebut takut tidak akan
dapat berlaku adil kepada perempuan-perempuan yatim ini, maka adalah lebih baik
mereka menikahi perempuan-perempuan biasa dua, tiga dan empat. Allah s.w.t., Tuhan
Yang Maha Bijaksana, bila Dia meletakkan sesuatu, tentulah ada hikmahnya yang
tersembunyi. Lelaki-lelaki Islam dipertanggungjawabkan oleh Allah s.w.t. supaya
menjadi pembela dan pelindung kepada wanita. Bagi memenuhi kehendak Allah s.w.t.
ini, lelaki-lelaki Islam haruslah mempertingkatkan keupayaan diri dan memajukan diri
mereka terlebih dahulu dengan mengukuhkan ilmu-ilmu agama dalam diri,
memperkukuhkan iman serta memperkukuhkan ekonomi diri supaya seruan Allah s.w.t.
kepada mereka untuk berkahwin lebih dari satu boleh dilaksanakan dengan baik dan
dapat memberikan keadilan yang saksama serta memberikan perlindungan yang optimum
kepada semua isteri-isteri di bawah naungannya," jelas penulis.

Syahadah: 134
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"Jadi, lelaki Islam seharusnya memberi keutamaan berkahwin dua, tiga dan empat dulu
ke?" tanya Rini lagi.

"Salah tu, sebenarnya, macam mana awak nak tahu yang awak dapat bagi keadilan
kepada isteri-isteri awak sekiranya awak belum pernah berkahwin. Jadi saranan Allah
s.w.t. dalam ayat tersebut ialah berkahwinlah hanya satu, kalau rasa diri tu dah mampu
untuk mempunyai isteri yang lain dan memberikan setiap seorang dari mereka keadilan
yang saksama.bagi memenuhi kehendak mereka yang tak melampaui batas, maka si
lelaki tersebut bolehlah berkahwin lebih dari satu dan tidak lebih dari empat orang isteri
dalam satu-satu masa. Perlu awak ingat yang Islamlah satu-satunya agama dalam dunia
yang meletakkan had dalam poligami yang melarang keras umatnya dari berkahwin lebih
dari empat orang isteri. Semua agama dan kepercayaan lain yang ada dalam dunia ini
tidak meletakkan sebarng had dalam berpoligami dalam kitab-kitab agama mereka.
Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut lagi, saya nak awak faham apa maksud
poligami tu sendiri dan bentuk-bentuk poligami yang ada. Poligami membawa maksud
berpasangan dengan lebih dari seorang isteri atau suami. Poligami terbahagi pula kepada
dua bentuk. Satu dinamakan polygyny dan satu lagi dinamakan sebagai polyandry.
Polygyny bermaksud seorang suami yang mempunyai lebih dari seorang isteri sebagai
pasangan hidup manakala polyandry pula membawa maksud seorang isteri yang
mempunyai ramai lebih dari seorang suami. Polygyny diamalkan oleh semua agama
dalam dunia kecuali Sikh. Semua kitab agama yang ada dalam dunia mengandungi kisah-
kisah serta ayat-ayat yang berkenaan dengan poligami berbentuk polygyny. Kitab Bible
dan Tanakh Yahudi mengandungi kisah-kisah yang menceritakan Nabi-Nabi, raja-raja
serta umat-umat terdahulu yang mempunyai isteri yang sangat ramai dan tiada had
bilangannya. Nabi Sulaiman a.s. digambarkan dalam kitab Bible sebagai mempunyai 700
orang isteri dan 300 gundik. Nabi Ibrahim a.s. digambarkan dalam Bible mempunyai
lebih dari seorang isteri begitu juga dengan Nabi Daud a.s.. Tidak terdapat sebarang ayat
dalam Bible yang menentang amalan poligami. Kitab-kitab Veda, Mahabharata,
Ramayana dalam agama Hindu menjelaskan yang personaliti-personaliti agung dalam
agama mereka juga mempunyai lebih dari seorang isteri, sebagai contoh Raja Dashratta,
bapa kepada Rama mempunyai lebih dari seorang isteri, Lord Krishna mempunyai
beberapa orang isteri. Dalam epik Mahabharatta, awak akan dapat baca amalan polygyny
pun turut diamalkan oleh personaliti-personaliti agung seperti Vichitravirya iaitu anak
kepada Shantanu pemilik kerajaan Hastinapura, yang berkahwin dengan dua orang adik
beradik perempuan iaitu Ambika dan Ambalika. Jika awak membaca epik Mahabharatta
ini dengan lebih lanjut lagi, awak akan mendapati bahawa amalan polyandry turut
diamalkan dimana Arjuna iaitu anak kepada Pandu, yang juga mengamalkan polygyny,
berkongsi isteri dengan adik beradiknya yang lain. Arjuna berkahwin dengan Draupadi
setelah memenangi satu pertandingan bagi memilih calon untuk berkahwin dengan
seorang puteri Panchala iaitu Draupadi. Cara pertandingan itu dibuat ialah dengan
mengarahkan putera-putera raja yang bertanding memanah sasaran pada syiling
bangunan dengan hanya melihatkan kepada bayang sasaran itu dalam air. Semua putera
raja yang masuk pertandingan tu gagal kecuali Arjuna. Arjuna yang memenangi
pertandingan tersebut membawa pulang Draupadi dan memberitahu ibunya yang dia
telah menang satu pertandingan dan mendapat satu hadiah. Tanpa diketahui apa bentuk
hadiah tersebut, si ibu itu tadi telah menyarankan kepada Arjuna supaya hadiah yang

Syahadah: 135
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

dimenangi dikongsi bersama adik-beradiknya yang lain. Bermula dari itu Arjuna
berkongsi isteri dengan adik beradiknya yang lain dengan menggilirkan Draupadi dari
bulan ke bulan atau tahun ke tahun sesama adik beradiknya yang lain. Cuba awak baca
dalam nota yang saya labelkan poligami dalam kepercayaan Hindu," ujar penulis.

“Kejap, saya cari...” jawab Rini.

“Ada banyak kat sini, yang mana satu saya nak baca dulu?” tanya penulis.

“Awak baca yang saya catat Mahabharata,” ujar penulis.

“O.k. saya bacakan; The Mahabharata, Anusasana Parva Section XLIV:


Addressing King Yudhishthira
Bhishma said: A Brahmana can take three wives. A Kshatriya can take two wives. As
regards the Vaisya, he should take a wife from only his own order. The children born of
these wives should be regarded as equal. Of the three wives of a Brahmana, she taken
from his own order should be regarded as the foremost. Similarly, of the two wives
permitted to the Kshatriya, she taken from his own order should be regarded as superior.
Some say that persons belonging to the three higher orders may take, only for purposes
of enjoyment, wives from the lowest or the Sudra order. Others, however, forbid the
practice. The righteous condemn the practice of begetting issue upon Sudra women. A
Brahmana, by begetting children upon a Sudra woman, incurs the liability of performing
an expiation. That girl who has no brother nor father should not be wed, O chief of
Bharata’s race, for she may be intended as Putrika of her sire.
(Raja Yudishistra menyatakan:
Kata Bishma : Seorang dari kasta Brahmana dibolehkan mengambil tiga orang isteri.
Seseorang dari kasta Kshatriya boleh mengambil dua orang isteri. Manakala Kasta
Vaisya, dia hanya dibolehkan mengambil seorang isteri dari kastanya sendiri. Anak-anak
yang dilahirkan dari isteri-isteri ini seharusnya dilayan sebagai samarata. Daripada tiga
orang isteri bagi seorang lelaki dari Kasta Brahmana, isterinya dari Kasta yang sama
dengannya (iaitu Kasta Brahmana) haruslah diberi keutamaan. Begitu juga dengan dua
orang isteri yang dibenarkan kepada Kasta Kshatriya, isteri yang dikahwini dari Kasta
yang sama haruslah dilayan sebagai isteri yang lebih tinggi darjatnya. Sesetengah orang
menyatakan yang lelaki-lelaki dari tiga Kasta teratas hanya boleh mengambil isteri dari
Kasta terendah atau dari Kasta Sudra, hanya untuk bersuka-suka. Bagaimana
sesetengah yang lain melarang perbuatan seumpama itu. Mereka yang bijaksana
mengutuk perbuatan mempunyai anak dengan perempuan dari Kasta Sudra. Seorang
dari Kasta Brahmana, jika mempunyai anak dengan mana-mana perempuan dari Kasta
Sudra, dihukum dengan tanggungjawab untuk menebus dosanya. Dilarang berkahwin
dengan perempuan-perempuan yang tidak mempunyai abang dan bapa, wahai ketua
kaum Bharata, berkemungkinan perempuan tersebut dijadikan Putrika bagi
keturunannya.)," Rini membacakan petikan ayat dari kitab Mahabharata, Anusasana
Parva Section XLIV.
Syahadah: 136
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"Awak boleh buat perbandingan sendiri dengan ayat yang menyentuh tentang poligami
dalam Al-Qur'an surah An-Nisaa' ayat 4 dengan ayat dari kitab Mahabharata yang awak
baca tadi. Apa bezanya?" tanya penulis kepada Rini.

"Kalau surah An-Nisaa tadi, perempuan yang menjadi keutamaan untuk dikahwini oleh
seorang lelaki Islam ialah perempuan-perempuan yatim yang tiada tempat bergantung
supaya dapat dibela nasib mereka dan diberikan perlindungan. Tapi dalam Mahabharata,
perempuan sebegini dilarang untuk dikahwini," jelas Rini kepada penulis.

"Itu saja ke?" tanya penulis lagi.

"Ada lagi… semua lelaki Islam dibenarkan untuk memiliki sehingga empat orang isteri
dengan syarat utama ialah berlaku adil terhadap semua isterinya. Tapi dalam
Mahabharata tidak semua lelaki Hindu dibenarkan memiliki lebih dari seorang isteri.
Lelaki Hindu dari kasta yang lebih tinggi dibenarkan berkahwin lebih daripada lelaki
Hindu yang berasal dari kasta yang lebih rendah. Dan jika seorang lelaki Hindu dari kasta
yang tinggi contohnya dari kasta Brahmana berkahwin dengan tiga orang isteri dari
kasta-kasta berlainan, maka si suami dari Kasta Brahmana tersebut perlu memberikan
keutamaan kepada isterinya dari kasta yang sama berbanding dengan isterinya dari kasta
yang lain," jawab Rini sambil menerangkan kembali kepada penulis apa yang
difahaminya.

"Jadi tak perlulah saya jelaskan kat awak sebab awak dah faham kan?" tanya penulis.

Rini hanya tersenyum.

"O.k. sekarang ni kita bandingkan dengan Bible pula," ujar penulis.

"Baca dalam nota saya poligami dalam Old Testament, kalau tak silap saya dalam
Deuteronomy," ujar penulis.

"O.k. saya dapat dah.. yang ni ke?" tanya Rini inginkan kepastian.

"A'aah.. yang tu.. awak nak bacakan ke atau saya yang bacakan?" tanya penulis lagi.

"Biar saya baca, baru senang faham," tambah Rini.

"Book of Deuteronomy Chapter 21 ayat 15 dan 16, ; 21:15 If a man have two wives, one
beloved, and another hated, and they have born him children, both the beloved and the
hated; and if the firstborn son be hers that was hated: 21:16 Then it shall be, when he
maketh his sons to inherit that which he hath, that he may not make the son of the beloved
firstborn before the son of the hated, which is indeed the firstborn. (21:15 Apabila
seorang mempunyai dua orang isteri, yang seorang dicintai dan yang lain tidak
dicintainya, dan mereka melahirkan anak-anak lelaki baginya, baik isteri yang dicintai
maupun isteri yang tidak dicintai, dan anak sulung adalah dari isteri yang tidak dicintai,

Syahadah: 137
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

21:16 maka pada waktu ia membagi warisan harta kepunyaannya kepada anak-anaknya
itu, tidaklah boleh ia memberikan bagian anak sulung kepada anak dari isteri yang
dicintai merugikan anak dari isteri yang tidak dicintai, yang adalah anak sulung.)" Rini
membacakan petikan ayat 15 dan 16 dari Book Of Deuteronomy Chapter 21.

"Awak faham?" tanya penulis.

"Nak saya jelaskan kat awak?" tanya Rini pula kepada penulis.

"O.k. tolong jelaskan dan buat perbandingan dengan poligami Islam," ujar penulis.

"O.k., dalam ayat yang dipetik dari Deuteronomy 21 tadi, si suami yang mempunyai dua
orang isteri, satu dicintainya dan satu lagi tidak. Walaupun anak sulungnya dilahirkan
oleh isteri yang tidak dicintainya, dia tetap perlu mengakui dan mengiktiraf yang anak
sulungnya merupakan anak yang dilahirkan oleh isterinya yang tidak dicintai. Bezanya
dengan poligami dalam Islam ialah, seorang suami tu perlu berlaku adil terhadap semua
isterinya, kalau tak boleh berlaku adil, adalah lebih baik bagi suami tersebut berkahwin
hanya dengan seorang isteri," jelas Rini kepada penulis.

"Hebat! Tepat sekali penjelasan awak.. macam ni kan senang, tak payah saya bagi hujah-
hujah panjang lebar kat awak," tambah penulis.

"Terima kasih.. tapi yang saya dengar orang Kristian, Yahudi dan Hindu hanya boleh
kahwin seorang saja, kenapa kitab suci diorang menceritakan pasal poligami sedang
diorang ni dilarang dari berkahwin lebih dari satu?" tanya Rini yang tak masih belum
berpuas hati.

"Memang benar apa yang awak cakap tu, tapi pada awalnya, orang-orang Kristian
dibenarkan untuk memiliki sebanyak mana isteri yang mereka mahukan tanpa ada
sebarang had bilangan isteri kerana dalam Bible, tidak terdapat sebarang ayat yang
menghalang perbuatan sedemikian rupa. Cuma di akhir-akhir beberapa ratus tahun yang
lalu pihak Gereja mengharamkan poligami dan mengehadkan bilangan isteri kepada
cuma seorang. Dalam kitab Yahudi juga, polygyny dibenarkan. Macam yang saya katakan
tadi, dalam kitab mereka terkandung kisah-kisah Nabi-Nabi, raja-raja dan umat-umat
terdahulu yang mengamalkan polygyny. Cuma apabila seorang Rabbi Yahudi bernama
Rabbi Gershom ben Yehudah pada abad ke 9 menentang amalan tersebut dan
mengharamkan orang Yahudi daripada mengamalkan polygyny. Komuniti Yahudi yang
terakhir sekali mengamalkan polygyny ialah komuniti Yahudi Sephardic, iaitu Yahudi
yang berasal dari utara Afrika dan Timur Tengah, mereka ini menghentikan amalan
polygyny disebabkan oleh Akta Ketua Rabbi Israel (Act of the Chief Rabbinate of Israel)
mengharamkan amalan tersebut pada tahun 1950. Begitu juga dengan penganut agama
Hindu, mereka juga turut diharamkan dari amalan poligami apabila Akta Perkahwinan
Hindu yang digubal pada tahun 1954 mengharamkan amalannya. Walaupun diharamkan,
amalan poligami masih lagi diamalkan oleh ramai penganut Hindu di India. Untuk
pengetahuan awak, semua pengharaman yang dibuat oleh akta-akta ini yang digubal oleh
manusia, akta-akta tersebut dengan sendirinya menyimpang dari ajaran agama mereka

Syahadah: 138
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

sebab kitab-kitab suci mereka tak pernah sekalipun mengharamkan amalan-amalan


sebegini dari diamalkan. Jadi apa yang mereka lakukan adalah bertentangan sama sekali
dengan apa yang dianjurkan oleh kitab-kitab suci mereka." Jelas penulis.

"Tapi dalam Islam hanya amalan polygyny dibenarkan. Itupun dengan bilangan isteri
yang dihadkan hanya setakat empat. Tidak lebih dari dari itu. Hanya Islam satu-satunya
agama dengan Kitab Suci yang mengehadkan bilangan isteri kepada empat dan hanya
Islam sahaja agama yang menyatakan dengan jelas ‘berkahwin hanya satu jika tak
mampu untuk berlaku adil’. Amalan polyandry sebagaimana yang diamalkan Arjuna
diharamkan sama sekali dalam Islam. Amalan polygyny sebagaimana yang diamalkan
oleh Vichitravirya dengan menghimpunkn dua adik beradik peempuan sekaligus juga
turut diharamkan dalam Islam. Untuk pengetahuan awak Rini, sebelum dari kedatangan
Islam, orang-orang Arab jahiliah mengamalkan polygyny tanpa had. Maka kedatangan
Islam mengurangkan bilangan isteri yang dibolehkan kepada mereka kepada hanya empat
orang dan bukannya membuka lembaran peluang kepada mereka untuk beristeri lebih.
Kebanyakan dari masyarakat tidak mengetahui bahawa modul amalan polygyny dalam
Islam merupakan modul yang terbaik berbanding dengan modul-modul polygyny dalam
agama lain. Keadilan diletakkan sebagai asas utama yang membolehkan polygyny
diamalkan dalam Islam.” jelas penulis lagi.

“Bagi seorang lelaki, tidak sukar baginya untuk menguruskan dan menjalankan
tanggungjawabnya sebagai suami, bapa dan ketua keluarga apabila berpoligami. Awak
nak tahukan sebab kenapa wanita dilarang mengamalkan polyandry dalam Islam?” tanya
penulis kepada Rini.

“Haa... itulah yang saya tunggu awak jelaskan dari tadi,” kata Rini seolah tidak sabar
mendengar penjelasan penulis.

“O.k. sebagaimana yang dah saya jelaskan kat awak tadi, perkara yang paling penting
dalam sesuatu perkahwinan ialah kesinambungan keturunan yang bakal dilahirkan.
Dalam Islam nasab keturunan adalah sesuatu yang sangat penting. Sebab itulah seorang
anak angkat tidak boleh dibinkan dengan bapa angkatnya. Kalau dalam perkahwinan
polygyny, amat mudah dan jelas bagi kita untuk mengetahui siapa bapa kandung kepada
anak-anak tersebut. Tapi lain pula jika amalan polyandry diamalkan. Sangat sukar untuk
mengetahui dan memastikan siapa bapa sebenar kepada anak yang dilahirkan oleh isteri
yang mempunyai ramai suami. Betul tak?” tanya penulis kepada Rini.

“Tapi sekarang ni kan dah ada teknologi yang boleh menentukan DNA anak yang
dilahirkan itu siapa bapanya,” Rini menjawab.

“Betul, memang betul cakap awak tu. Tapi bukankah saya dah cakap kat awak dari awal
tadi, Islam tu satu agama yang praktikal. Bukankah menyusahkan setiap kali lepas saja
melahirkan anak, awak kena buat ujian darah pula untuk menentukan siapa bapa bayi
awak sebenarnya? Bukankah merugikan dengan tambahan kos mengadakan ujian darah
selepas berhabis membayar kos hospital selepas melahirkan anak? Siapa pula yang nak
tanggung kos itu semua, tentu ini akan menimbulkan rasa tak puas hati dikalangan para

Syahadah: 139
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

suami yang mungkin tak mahu menanggung semua kos terbabit selagi bapa sebenar
kepada bayi tersebut belum diketahui? Lagi satu, ujian darah dan DNA yang dibuat
tersebut tak menjamin bahawa keputusan yang bakal diperolehi akan memberikan
ketepatan seratus peratus. Maka perkara seumpama ini kan lebih menimbulkan
perbalahan kepada si suami yang kalah dalam ujian darah tersebut,” jelas penulis kepada
Rini.

“Lagi satu Rini, ujian darah yang tidak seratus peratus tepat ini hanya boleh didapati dan
dijalankan cuma pada akhir-akhir ini saja. Padahal sejarah kewujudan manusia telah pun
berlaku berpuluh ribu tahun yang lampau. Jika polyandry diamalkan sejak dulu,
bagaimanakah orang-orang di zaman dahulu nak menentukan anak yang dilahirkan
tersebut anak suami yang mana? Bukankah ini akan mengakibatkan perkelahian berlaku
kepada para suami yang bermati-matian menyatakan yang anak yang baru dilahirkan itu
anaknya? Semua ini tak masuk akal dan sangat tidak praktikalkan?” Tanya penulis
kepada Rini.

Rini mengangguk seakan-akan setuju.

“Itu baru satu aspek, macam yang cakap tadi juga kalau seorang suami hendak beristeri
lebih dari seorang, syarat utamanya, si suami itu perlulah berlaku adil kepada semua
isterinya. Begitu juga jika kalau awak nak mengamalkan polyandry, awak perlulah adil
kepada semua suami awak. Kalau seorang suami dalam sesebuah perkahwinan polygyny
tidak bermasalah untuk bertindak sebagai seorang suami, bapa dan ketua keluarga. Tapi
apa yang berlaku kepada seorang isteri yang mengamalkan polyandry pula adalah
sebaliknya. Banyak masalah akan timbul dan tak mungkin pada bila-bila masa sekalipun
dia akan dapat berlaku adil kepada suaminya. Banyak contoh mengenai keadilan yang
dapat saya bagi kat awak. Sebagai contoh sebagaimana awak sebagai seorang wanita
sedia maklum, seseorang wanita itu mempunyai satu waktu dalam setiap bulan yang dia
akan mengalami haid. Pada ketika itu, empat hingga tujuh hari dari jadual hidupnya
dalam sebulan tertutup kepada sebarang hubungan intim suami isteri. Maka, malanglah
suaminya yang gilirannya jatuh pada hari-hari ‘no entry’ tersebut. Bukankah ini satu
bentuk ketidakadilan kepada pihak suami tersebut? Perkara sebegini tidak berlaku kepada
pihak suami yang mengamalkan polygyny kerana si suami tersebut sebagai lelaki tidak
mengalami kitar kesuburan bulanan sepertimana seorang wanita,” jelas penulis.

“Cuba awak fikir, jika si isteri dalam perkahwinan polyandry itu mengandung pula,
bukankah ianya akan menjejaskan tanggungjawabnya kepada para suaminya yang lain
yang bukan pemilik anak yang dikandungnya. Bagaimana dia hendak memasak bagi
semua suaminya yang berjumlah empat orang setiap hari dan menguruskan semua
rumahtangganya yang ada dalam keadaan mengandung sebegitu? Bagaimana pula
dengan hubungan intim dengan suami-suaminya yang lain apabila dia baru melahirkan
anak? Bukankah dia tak dapat berbuat demikian menunaikan tanggungjawabnya semasa
dalam keadaan sedemikian rupa? Itu belum dikira dengan pengurusan anak-anaknya pula.
Kalau nak berlaku adil kepada semua suami, tentulah dia perlu mempunyai anak dengan
setiap suami yang ingin memastikan mereka mempunyai zuriat keturunan. Bukankah
akan menyusahkan dirinya dengan setiap tahun perlu melahirkan anak demi untuk

Syahadah: 140
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

memenuhi kehendak para suaminya. Bukankah perkahwinan sebegini lebih


menyusahkan wanita tersebut dari menyenangkan dirinya? Bukankah polyandry ini lebih
memperhambakan wanita tersebut dengan semua tanggungjawab yang tak mampu dia
lakukan? Sanggup tak awak hadapi hidup macam tu?” tanya penulis kepada Rini.

Rini menggelengkan kepalanya seakan-akan baru tersedar dengan segala kemungkinan


buruk yang bakal berlaku dalam sesuatu perkahwinan polyandry.

“O.k. tu dari sudut common sense, ni saya nak terangkan dari sudut perubatan pulak.
Pakar-pakar perubatan menyatakan yang perempuan-perempuan yang terlibat dengan
hubungan jenis dengan berbagai pasangan lebih cenderung untuk dijangkiti dengan
berbagai penyakit berkaitan seksual berbanding lelaki. Apabila dia mula dijangkiti, maka
dia juga akan menjangkiti suami-suaminya yang lain. Maka penyakit tersebut menjadi tak
terbendung dalam keadaan seumpama itu. Bukankah ini akan mengundang akibat yang
lebih buruk?” jelas penulis.

“Satu lagi Rini, salah satu sebab Islam menghalalkan polygyny adalah disebabkan oleh
bilangan wanita pada akhir zaman ini semakin hari semakin mengatasi bilangan lelaki.
Ini semua disebabkan oleh banyak faktor. Yang pertamanya sebagaimana yang diakui
oleh pakar-pakar perubatan, secara semulajadinya lelaki dan wanita dilahirkan dalam
nisbah yang agak sama bilangannya. Seorang kanak-kanak perempuan mempunyai daya
tahan penyakit yang lebih tinggi dari seorang kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak
perempuan dapat melawan kuman dan penyakit lebih baik dari kanak-kanak lelaki.
Disebabkan perkara ini, semasa melalui jangka hayat kanak-kanak ini (pediatric age)
sahaja, lebih banyak kematian berlaku terhadap lelaki berbanding perempuan. Macam
sekarang ni awak tengok kat berita dalam t.v., banyak peperangan yang berlakukan?
Semasa tempoh peperangan pula, terdapat lebih ramai orang lelaki terbunuh berbanding
wanita. Lebih ramai lelaki juga mati disebabkan oleh kemalangan dan penyakit
berbanding wanita. Jadi, jangka hayat wanita melebihi dari jangka hayat lelaki, dan pada
bila-bila masa pun kita akan mendapati bahawa jumlah balu yang terdapat di dunia ini
melebihi jumlah duda yang ada.” tambah penulis lagi.

“Betul ke macam tu? Saya ada terbaca yang kat India jumlah penduduk perempuan kat
sana lebih ramai dari lelaki. Apsal kat India situasi dia berbeza pula?” tanya Rini lagi.

“Kan awal tadi saya dah cakap kat awak yang kat India, ada satu bentuk amalan yang
diorang kat sana amalkan. Di India sampai sekarang ini, merupakan antara beberapa buah
negara di dunia, termasuk yang berjiran dengannya, yang mana bilangan penduduk
wanita mereka adalah kurang dari bilangan penduduk lelaki. Ini adalah disebabkan oleh
tingginya kadar pengguguran janin dan pembunuhan bayi perempuan yang diamalkan di
India, dan menurut fakta bahawa dianggarkan lebih dari satu juta janin digugurkan pada
setiap tahun di negara ini sejurus jantina bayi tersebut dikenalpasti sebagai bayi
perempuan. Jika amalan kejam sebegini dihentikan, maka India juga pasti akan
mempunyai populasi wanita yang lebih banyak dari lelaki,” jelas penulis yang
mengulangi apa yang telah dijelaskan sebelum dari itu kepada Rini.

Syahadah: 141
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Awak tahu tak yang bilangan populasi wanita di seluruh dunia melebihi dari jumlah
populasi lelaki. Di Amerika Syarikat, bilangan wanita melebihi bilangan lelaki lebih dari
7.8 juta orang. Di New York sahaja terdapat lebih satu juta wanita berbanding lelaki, dan
lebih kurang satu pertiga pula dari jumlah lelaki-lelaki New York ini adalah homoseksual
atau gay. Di Amerika sahaja bilangan gay di sana mencecah 25 uta orang. Ini membawa
pengertian bahawa golongan-golongan ini tidak berminat untuk berkahwin dengan
wanita. Great Britain mempunyai empat juta lebih bilangan wanita berbanding lelaki.
Jerman pula mempunyai lebihan 5 juta wanita berbanding lelaki. Russia mempunyai
Sembilan juta wanita lebih dari lelaki. Hanya Tuhan saja yang mengetahui berapa juta
bilangan sebenar wanita diseluruh melebihi bilangan lelaki. Dalam sebuah hadis Nabi
Muhammad s.a.w. mengenai situasi dunia pada akhir zaman, hadis yang diriwayatkan
oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim. Daripada Anas r.a. berkata; “Aku ceritakan
kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya
setelah aku. Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda; “Di antara tanda kiamat ialah
sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan
sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan menguruskan limapuluh
orang perempuan. ” jelas penulis yang membacakan petikan hadis tersebut dari ota yang
ditulis dalam buku nota penulis.

“Cuba awak fikir, bukankah apa yang dikatakan Rasulullah s.a.w. semakin hari semakin
menghampiri kenyataan. Berdasarkan keadaan waktu sekarang ni, jika setiap lelaki yang
ada berkahwin dengan hanya seorang wanita, masih terdapat lagi lebih dari tiga puluh
juta orang wanita yang tidak akan bertemu jodoh. Ini dengan mengambilkira bilangan
gay di Amerika Syarikat yang berjumlah lebih dua puluh lima juta orang. Empat juta
wanita di Great Britain, lima juta wanita di Jerman dan Sembilan juta lagi wanita di
Russia akan gagal untuk mendapatkan jodoh atau pasangan suami masing-masing.
Katakanlah adik perempuan saya menjadi salah seorang dari mereka-mereka yang gagal
mendapat suami di Amerika Syarikat, ataupun awak atau adik perempuan awak
merupakan salah seorang dari mereka-mereka yang tidak berkahwin yang tinggal di
Amerika Syarikat. Hanya terdapat dua sahaja pilihan kepada mereka ini yang tinggal,
samada memilih untuk berkahwin dengan lelaki yang telah beristeri ataupun memilih
untuk menjadi ‘hak milik awam’. Tiada pilihan yang lain selain daripada itu. Bagi
mereka yang ingin menjaga maruah diri tentulah mereka akan memilih pilihan yang
pertama tadi. Kebanyakan dari wanita tidak suka berkongsi suami dengan wanita lain.
Tetapi dalam Islam, apabila keadaan dan situasi sangat mendesak, adalah sangat perlu
bagi wanita Muslim berkorban sedikit kepentingan diri untuk mengelakkan dari
kemudaratan yang lebih besar berlaku daripada membiarkan saudara-saudara
Muslimahnya menjadi terbiar dan menjadi ‘hak milik awam’,” kata penulis meminjam
terminologi yang sering digunakan Dr. Zakir Naik, seorang sarjana Islam tersohor yang
disegani dunia, lawan dan kawan.

“Awak pun tahukan di kalangan masyarakat barat, adalah menjadi satu kebiasaan bagi
lelaki mempunyai perempuan-perempuan simpanan atau hubungan-hubungan sulit di luar
perkahwinan, yang mana, wanita-wanita ini akan menjalani kehidupan yang hina dan
tiada perlindungan bagi mereka. Walaubagaimanapun, masyarakat yang sama juga di
sana, tidak dapat menerima lelaki-lelaki yang mempunyai lebih dari seorang isteri, yang

Syahadah: 142
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

mana wanita-wanita ini terjamin akan kehormatannya, dimuliakan kedudukan mereka


dalam masyarakat dan mendapat perlindungan dalam kehidupan mereka. Jadi, hanya
terdapat dua pilihan bagi wanita yang gagal mendapatkan suami, iaitu samada memilih
untuk berkahwin dengan lelaki yang sudah beristeri ataupun menjadi ‘hak milik awam’.
Islam cenderung kepada memberikan wanita kedudukan yang mulia dan terhormat
dengan membenarkan pilihan yang pertama tadi dibuat dan mengharamkan pilihan kedua
tersebut samasekali. Terdapat banyak lagi sebab mengapa Islam membenarkan amalan
polygyny terhad diamalkan, tetapi, tujuan utamanya ialah untuk memelihara kehormatan
wanita,” tambah penulis lagi.

“Awak fahamkan?” tanya penulis kepada Rini.

Rini mengangguk menandakan yang dia faham dengan apa yang dijelaskan penulis.

“Terima kasih sebab bagi penjelasan panjang lebar kat saya pasal poligami ni,” Rini
berterima kasih kepada penulis.

“Setakat apa yang saya faham dan tahu, itu yang saya sampaikan kat awak. Mungkin
nanti kalau awak ada kesempatan, awak tanyalah ustaz-ustaz yang bertauliah di luar sana.
Mungkin diorang akan bagi jawapan yang akan lebih memuaskan hati awak sebab
mereka lebih pakar dalam bidang-bidang ini," ujar penulis lagi.

Syahadah: 143
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

10.

“Kenapa pula wanita didiskriminasikan


dalam pembahagian harta pusaka,
bukankah awak katakan yang Islam
mengutamakan hak wanita dalam semua
perkara?”

Syahadah: 144
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Awak nak turun kat mana nanti?” tanya Rini dengan tiba-tiba.

“Saya turun kat B.M. la, sebab kat situ senang dapat bas nak balik rumah,” jawab
penulis.

“B.M. tu kat mana?” tanya Rini inginkan kepastian.

“Stesen Bukit Mertajam la..,” jawab penulis.

“Oooo, Bukit Mertajam tu jauh tak dari Stesen Butterworth?” tanya Rini lagi.

“Tak jauh la, cuma selang satu stesen saja, lepas stesen Bukit Mertajam baru keretapi
sampai stesen Butterworth,” jawab penulis.

“Awak nak turun kat mana nanti?” tanya penulis pula kepada Rini.

“Butterworth...” jawab Rini.

“Lambat lagi ke nak sampai?” tanya Rini.

“Sekarang pukul berapa?” tanya penulis kepada Rini.

“Dekat pukul empat pagi," jawab Rini.

“Mungkin dalam dua atau tiga jam lagi sampai la," ujar penulis.

“Lapar tak?” tanya Rini kepada penulis.

“Tak.. kenyang makan burger tadi,” jawab penulis.

“Awak lapar ke?” tanya penulis kepada Rini pula.

“O.k., saya pun kenyang juga,” jawab Rini pula.

“Kat mana saya boleh beli buku-buku macam yang awak ada ni?” tanya Rini kepada
penulis.

“Kat mana-mana kedai buku pun ada, tapi saya paling suka pergi cari buku kat kedai-
kedai buku second hand, kedai buku-buku terpakai," jawab penulis.

“Kenapa pulak kat situ?” tanya Rini lagi.

“Rini, kalau awak pergi kedai-kedai buku biasa yang ada kat shopping complex, buku-
buku yang ada kat situ cuma buku-buku yang biasa dan tajuk-tajuk dan jenis-jenis buku
yang ada amatlah terhad. Saya suka pergi kedai buku terpakai sebab kat sana awak akan
jumpa macam-macam jenis buku yang tak terdapat di kedai-kedai buku biasa. Banyak

Syahadah: 145
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

buku-buku import dan yang dibeli dari luar negeri oleh pemilik-pemilik buku yang asal
dijual kat sini lepas buku tu diorang habis baca dan tak berminat untuk baca lagi. Jadi
‘permata-permata’ yang ada kat kedai buku terpakai ni sangat bernilai bagi yang tahu
menghargainya. Harga pun awak dapat murah berbanding kalau awak nak tempah buku-
buku ni dari luar negeri," jawab penulis.

“Elok lagi ke condition buku-buku terpakai ni?” tanya Rini lagi.

“Banyak yang masih elok, ada juga yang nampak sedikit lusuh, tapi bukan rupa buku tu
yang penting, tapi isinya. Seburuk mana pun buku, kalau isinya masih boleh dibaca,
ianya sangat bernilai jika isinya padat dengan maklumat yang membina," jawab penulis
lagi.

“Betul juga cakap awak..” tambah Rini pula mengiakan apa yang penulis jelaskan
kepadanya sebelum itu.

“Awak memang selalu balik kampung naik keretapi ke?” tanya Rini kepada penulis.

“Tak selalu la, kadang-kadang saya balik naik bas. Kalau saya balik malam macam ni
baru saya naik keretapi la. Bila sampai esok pagi terus boleh naik bas balik rumah.
Senang sikit,” jawab penulis.

“Kalau naik keretapi waktu siang, baru boleh nampak permandangan cantik sepanjang
semenanjung Malaysia ni," tambah penulis lagi.

“Pasal hak wanita yang awak tanya tadi, awak faham semua penjelasan saya kan?” tanya
penulis lagi.

“Faham.. tapi saya ada lagi soalan pasal hak wanita ni kat awak. Boleh saya tanya?”
tanya Rini lagi.

“Boleh, kalau saya tahu macam mana nak jawab, nanti saya jelaskan kat awak. Kalau
saya tak dapat jawab, saya akan cuba cari jawapan nanti supaya saya boleh jelaskan kat
awak jumpa awak bila-bila nanti," jawab penulis.

“Macam mana nak jumpa lepas ni?” tanya Rini lagi.

“Awak ada email kan?” tanya penulis. Penulis meminta email Rini supaya mudah untuk
dihubungi. Disebabkan teknologi telefon bimbit baru sahaja memasuki pasaran sekitar
1996, maka tak semua orang mempunyai telefon bimbit waktu tersebut berbanding
sekarang. Jalan paling mudah dan murah ialah dengan berhubungan melalui email.

“Ada.. saya tuliskan alamat email saya kat awak," Rini pun mengambil sekeping kertas
dan menulis alamat emailnya kepada penulis.

“Terima kasih.. apa yang awak nak tanya tadi?” tanya penulis kembali kepada Rini.

Syahadah: 146
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Macam yang awak katakan tadi dan sudah pun jelaskan kat saya, Islam merupakan satu
agama yang mengangkat martabat wanita serta mengutamakan hak-hak wanita. Tapi
boleh tak awak jelaskan kat saya kenapa wanita didiskriminasikan dalam soal
pembahagian harta? Kenapa bahagian seorang anak perempuan separuh dari yang
diterima oleh anak lelaki? Boleh awak jelaskan kat saya?” tanya Rini.

“Apa yang awak tanyakan tu memang selalu menjadi satu bentuk serangan yang selalu
digunakan oleh media-media barat yang ingin menunjukkan yang Islam ni satu agama
yang menindas wanita. Padahal mereka-mereka yang berada di barat sendiri mengakui
yang hak-hak kepada pemilikan harta oleh wanita cuma diiktiraf oleh mereka sekitar
tahun 1881 di United Kingdom. Awak pun dah dengar penjelasan panjang lebar saya tadi
mengenai perbandingan-perbandingan hak-hak wanita dalam Islam berbanding agama
lain dan mana-mana sistem yang wujud semenjak 1400 yang lampau. Semua tu kan dah
dijelaskan? Tapi tak apa lah, untuk bagi awak faham dengan lebih mendalam saya akan
cuba huraikan dan jelaskan lagi kat awak," ujar penulis.

“Terima kasih..” Rini mencelah.

“O.k., sebelum saya jelaskan pasal pembahagian harta dalam Islam, saya nak jelaskan
dan ceritakan kat awak terlebih dahulu mengenai keadaan dan nasib-nasib yang dialami
kaum wanita di seluruh dunia sebelum kedatangan Islam. Boleh saya teruskan?” tanya
penulis kepada Rini.

“O.k...” jawab Rini ringkas.

“Sebelum dari kedatangan Islam, kaum wanita tidak langsung mempunyai apa-apa hak
untuk mewarisi apa-apa harta yang ditinggalkan ibu bapanya. Keutamaan sentiasa
diberikan kepada anak lelaki di mana semua harta akan dibahagikan sesama mereka.
Kaum Yahudi dalam kitab Tanakh mereka menyatakan jika seorang anak lelaki dan
wanita menjadi waris kepada ibu bapa yang meninggal dunia, semua harta yang
ditinggalkan akan hanya diwarisi oleh anak lelaki. Wanita telah dinafikan hak untuk
memiliki harta sepanjang sejarah manusia, hanya Islam datang membawa pembaharuan
dan keadilan kepada wanita," jelas penulis.

“Ayat-ayat mengenai pembahagian harta dalam Al-Qur’an awak boleh dapati dalam
surah-surah yang saya nak bacakan ni," tambah penulis sambil mengambil buku nota
untuk merujuk ayat-ayat berkenaan dengan pembahagian harta yang terdapat dalam Al-
Qur’an.

“Rini.. saya bacakan antara nama-nama surah yang mengandungi ayat-ayat berkenaan.
Surah Al Baqarah ayat 180 dan ayat 240, surah An Nisaa’ ayat 7 hingga 9, ayat 19 dan
ayat 33, surah Al Maidah ayat 106 sampai 108. Terdapat tiga ayat dalam Al-Qur’an yang
menjelaskan mengenai pembahagian harta di kalangan keluarga terdekat. Ayat yang saya
maksudkan tu ialah dari surah An Nisaa ayat 11, 12 dan 176. Boleh awak bacakan
terjemahannya?” ujar penulis.

Syahadah: 147
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Ayat berapa tadi?” tanya Rini kembali.

“Surah An Nisaa ayat 11, 12 dan kemudian awak baca ayat 176 surah yang sama.
Boleh?” tanya penulis setelah mengulang kembali nombor ayat-ayat dari surah yang
hendak dibaca.

Rini mengangguk sambil membuka tafsir Al-Qur’an yang berada di tangannya kembali.

“O.k. saya mulakan dengan surah An Nisaa ayat 11 dan 12 : Allah perintahkan kamu
mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang
anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak
perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang
ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka
bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap
seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si
mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang
mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga.
Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka
bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan
wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa
kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat
serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan
bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah;
sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Surah An Nisaa
ayat 12 : Dan bagi kamu satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu
jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu
beroleh satu perempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat
yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-
isteri) pula satu perempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai
anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu)
ialah satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang
kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi
itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada
meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi
tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-
saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga
(dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat
yang diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang
tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu
hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha Penyabar," Rini membacakan petikan ayat 11 dan 12 dari surah An Nisaa.

“O.k. terjemahan surah An Nisaa ayat 176 pula, boleh bacakan?” ujar penulis lagi.

“O.k., : Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai


Muhammad mengenai masalah Kalaalah). Katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada

Syahadah: 148
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

kamu di dalam perkara Kalaalah itu, iaitu jika seseorang mati yang tidak mempunyai
anak dan ia mempunyai seorang saudara perempuan, maka bagi saudara perempuan itu
satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh si mati; dan ia pula (saudara lelaki itu)
mewarisi (semua harta) saudara perempuannya, jika saudara perempuannya tidak
mempunyai anak. Kalau pula saudara perempuannya itu dua orang, maka keduanya
mendapat dua pertiga dari harta yang di tinggalkan oleh si mati. Dan sekiranya mereka
(saudara-saudaranya itu) ramai, lelaki dan perempuan, maka bahagian seorang lelaki
menyamai bahagian dua orang perempuan". Allah menerangkan (hukum ini) kepada
kamu supaya kamu tidak sesat. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu," Rini membacakan terjemahan ayat 176 surah An Nisaa kepada penulis.

“Biar saya jelaskan kat awak, dalam kebanyakan kes, wanita memperolehi serta mewarisi
separuh daripada bahagian yang biasanya diberikan kepada pihak lelaki. Tapi keadaan
tidak selalunya begitu. Saya bagi kat awak beberapa contoh di sini di mana wanita
memperolehi harta yang sama banyak bahagiannya dengan lelaki atau lebih dari bahagian
yang diwarisi lelaki. Sebagai contoh, jika dalam kes si mati tidak mempunyai anak atau
ibu bapa lagi, tetapi mempunyai saudara lelaki dan perempuan, setiap seorang dari
mereka akan mewarisi satu per enam harta. Dan di sini bahagian seorang saudara lelaki
dan perempuan dalam kes ini adalah sama. Dalam satu bentuk kes lagi, di mana si mati
hanya meninggalkan anak dan ibu bapa kepada si mati, ibu dan bapa kepada si mati akan
mendapat bahagian sebanyak satu per enam setiap seorang. Dan di sini juga pembahagian
dilakukan secara samarata kepada kedua ibu bapa si mati. Ada juga kes di mana seorang
wanita akan mendapat hak mewarisi harta peninggalan si mati lebih dari bahagian lelaki.
Sebagai contoh kes yang dimaksudkan, jika seorang wanita meninggal dunia, dan dia
meninggalkan seorang suami, ibunya dan bapanya saja tanpa mempunyai anak-anak atau
mana-mana saudara lelaki dan perempuan, maka suami kepada si mati tadi akan
mendapat satu per dua bahagian dari harta peninggalannya, manakala si ibunya tadi akan
mewarisi hartanya sebanyak satu per tiga bahagian dan bapanya pula akan memiliki satu
per enam bahagian dari harta peninggalannya iaitu bahagian yang selebihnya setelah
dibahagi hartanya kepada si suami dan ibunya. Dalam kes ini, si ibu mendapat bahagian
yang lebih dari si bapa," penulis menjelaskan kepada Rini.

“Wah.. bukan main-main matematik Al-Qur’an ni ya, kena cekap dan pandai matematik
baru boleh faham ayat ni kan?” tanya Rini seakan kagum dengan pembahagian
matematik dalam ayat yang diturunkan Allah s.w.t. ini.

“Sebab tu la saya cakapkan kat awak sejak dari awal tadi, Islam ni satu agama progress.
Sebab tu Allah s.w.t. mengatakan Islam ni agama bagi mereka yang berakal fikiran
dengan sempurna. Awak perlu pandai matematik, sains, ilmu bahasa, hadis, sejarah,
geografi, kajibumi, ekonomi, politik, astronomi, fizik dan kimia dan banyak lagi ilmu
yang kita ketahui wujud dan yang tidak kita ketahui wujud buat masa ini yang perlu ada
kepada seseorang untuk memahami dengan tepat ayat-ayat Al-Qur’an. Inilah salah satu
bukti yang menyatakan bahawa Al-Qur’an itu sememangnya wahyu dari Allah s.w.t.,
cara pembahagian harta ini sangat hebat jika awak teliti cara pengiraannya dibuat. Awak
perlu cekap dalam matematik untuk memahaminya. Mustahil tuduhan golongan musyrik
yang menyatakan Rasulullah s.a.w. yang menulis Al-Qur’an sedangkan kita sendiri dan

Syahadah: 149
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

mereka sendiri lebih tahu yang baginda seorang yang ummi iaitu tidak tahu membaca dan
menulis. Jadi jelaslah kepada kita bahawa Allah s.w.t. yang mewahyukan Al-Qur’an
kepada Rasulullah s.a.w," penulis menambah.

Rini mengangguk seakan kagum.

“O.k., kita sambung tadi, memang benar pada kebanyakan kes, pihak wanita mendapat
separuh dari bahagian yang diwarisi pihak lelaki. Sebagai contoh, seorang anak
perempuan mewarisi harta separuh dari bahagian yang diwarisi oleh seorang anak lelaki.
Seorang isteri pula mewarisi harta sebanyak satu per lapan dari apa yang diwarisi
suaminya iaitu satu per empat bahagian jika si mati tersebut tidak mempunyai anak. Bagi
kes si mati meninggalkan anak, si isteri dan si suami akan mendapat bahagian satu
perempat dan satu perdua masing-masing. Salah satu sebab mengapa dalam kebanyakan
kes, si wanita akan mendapat bahagian yang separuh daripada bahagian yang diberikan
kepada lelaki disababkan dalam Islam, adalah menjadi tanggungjawab pihak lelaki untuk
mencari nafkah dan tanggungjawab ini tidak terletak di atas bahu wanita. Sebelum
mendirikan rumahtangga, tanggungjawab memberikan makan, pakai, tempat tinggal dan
keperluan kewangan yang lain bagi seorang wanita adalah dipertanggungjawabkan ke
atas bapa dan adik beradik lelakinya yang lain untuk ditanggung. Selepas mendirikan
rumahtangga pula, adalah menjadi tanggungjawab si suami dan si anak lelaki untuk
menjaga makan, pakai, tempat tinggal dan segala keperluan hidup dan kewangan si
wanita yang menjadi isteri kepada suami tersebut dan menjadi ibu kepada si anak
tersebut. Islam meletakkan tanggungjawab mencari nafkah dan tanggungjawab kewngan
ke atas lelaki dan dia sepatutnya berusaha dengan bersungguh-sungguh memenuhi
keperluan keluarganya. Dan untuk membolehkannya melaksanakan tanggungjawabnya
dengan sempurna, pihak lelaki diberikan bahagian yang lebih dari separuh dari bahagian
yang diwarisi wanita. Satu contoh saya bagi kat awak, jika seorang lelaki meninggal
dunia dan meninggalkan kira-kira seratus lima puluh ribu ringgit sebagai harta
peninggalannya dan dia hanya memiliki seorang anak lelaki dan hanya seorang anak
perempuan, maka bahagian yang kan diberikan kepada anak lelakinya adalah sebanyak
seratus ribu ringgit. Manakala anak perempuannya akan mendapat bahagian sebanyak
lima puluh ribu ringgit. Tetapi bahagian yang diberikan kepada anak lelaki tersebut,
sebagaimana tanggungjawab menyara keluarga yang Allah s.w.t. pikulkan ke bahunya,
akan digunakan juga bagi menyara keluarganya terutamanya adik perempuannya
tersebut. Makan, pakai, tempat tinggal, keperluan asas hidup dan keperluan ekonomi bagi
adik perempuannya itu perlu disediakan olehnya dengan secukupnya oleh kerana
sekarang ini, adik perempuannya dipertanggungjawabkan sepenuhnya kepadanya untuk
dijaga. Jika adik perempuannya hendak berkahwin, dia perlu menyediakan segala
kelengkapan asas kepada adik perempuannya tersebut. Jadi dari mana dia hendak
mendapat sumber kewangan bagi membolehkannya melaksanakan tanggungjawabnya
kepada adik perempuannya dengan sempurna, sedangkan dia juga mempunyai keluarga
yang sendiri yang menjadi tanggungjawabnya. Dengan pembahagian harta dengan
bahagian yang didapatinya lebih separuh dari adik perempuannya itu, maka harta yang
ada padanya akan digunakan untuk melaksanakan tanggungjawabnya dengan sempurna.
Manakala bagi adik perempuannya pula, bahagian lima puluh ribu ringgit yang dia
perolehi dari pembahaian harta peninggalan bapanya dulu adalah miliknya sepenuhnya

Syahadah: 150
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

tanpa dipertanggungjawabkan kepadanya untuk membelanjakan harta tersebut walaupun


satu sen kepada orang lain selain dari dirinya sendiri. Maka akhirnya bahagian si anak
lelaki tersebut akan digunakan untuk keperluan adik perempuannya sehingga adik
perempuannya berkahwin dan akhirnya seratus ribu yang diwarisi mungkin hanya akan
tinggal lima belas ke dua puluh ribu saja untuk digunakan kepada dirinya sendiri.
Akhirnya yang lebih untung ialah adik perempuannya yang memiliki lima puluh ribu
ringgit tanpa apa-apa tanggungjawab untuk memberikannya kepada orang lain disamping
mendapat ekstra duit sara hidup dari abang lelakinya tadi. Jadi yang mana satu awak
hendak, mendapat bahagian dua kali ganda yang dipertanggungjawabkan kepada awak
untuk diberikan kepada orang lain kembali atau satu bahagian yang akan menjadi milik
awak sendiri tanpa perlu dikongsi? Mana satu yang lebih awak suka, mendapat seratus
ribu ringgit yang akhirnya akan digunakan untuk orang yang menjadi tanggungjawab
kepada awak sehingga lebih dari sepruh yang awak warisi akan digunakan untuk mereka-
mereka yang menjadi tanggungjawab kepada awak atau memiliki lima puluh ribu ringgit
dengan setiap satu sen daripadanya menjadi hak milik awak saja?” tanya penulis kepada
Rini.

“Tentulah lima puluh ribu ringgit tadi, tak perlu berkongsikan?” tanya Rini kembali.

Penulis hanya mengangguk tersenyum.

“Itulah hikmah disebalik pembahagian harta, kepentingan wanita sentiasa diutamakan


dan lelaki diasah dengan tanggungjawab supaya menjadi pemimpin keluarga yang dapat
melahirkan keluarga yang harmoni dan sama-sama maju," tambah penulis.

“Yang jadi masalahnya ialah apabila harta tersebut dapat ke tangan lelaki-lelaki yang tak
bertanggungjawab, inilah masalahnya, bukan sistem Islam itu yang bermasalah. Jika
lelaki itu tak bertanggungjawab, maka Islamnya cacat, dan janganlah sesuka hati
mengaku yang dirinya tu Islam jika tanggungjawab sebagai orang Islam tak dapat dia
penuhi,” jelas penulis lagi.

"O.k. saya faham, tapi saya ada satu lagi soalan kat awak yang lebih kurang sama bentuk
dengan soalan tadi, apsal dalam Islam seorang saksi lelaki bersamaan dengan dua saksi
wanita pula? Bukankah ini merendahkan martabat wanita itu sendiri?" tanya Rini lagi.

"Rini, macam soalan tadi juga, awak perlu faham setiap apa yang diperintahkan Allah
s.w.t. tu ada hikmahnya. Kalau kita kaji dengan mendalam, kita akan temui lojik di
sebalik hukum dan perintah Allah s.w.t.. Mengenai saksi pula, apa yang ditanyakan awak
tu memang betul, tapi macam kes pembahagian harta juga, tak semua kes yang
memerlukan dua saksi wanita bersamaan dengan satu saksi lelaki. Banyak contoh yang
boleh saya bagi kat awak di mana seorang saksi wanita sebagai saksi sudah mencukupi
bagi memberikan keterangan yang diterima umum," jelas penulis.

"Ada ke macam tu? Contohnya?" tanya Rini lagi.

Syahadah: 151
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"O.k. dalam Al-Qur'an terdapat paling kurang tiga ayat yang menyatakan perihal saksi
tanpa merujuk mana-mana jantina tak kira samada lelaki atau pun wanita. Ayat
berkenaan dengan wasiat menjelaskan bagi seorang yang menghampiri kematian atau
yang ingin berwasiat, dua orang saksi yang adil diperlukan sebagai saksi, tak kiralah
saksi itu lelaki atau wanita. Ayat yang dimaksudkan tu ialah surah Al Maidah ayat 106.
Awak boleh rujuk dalam tafsir tu," ujar penulis.

"Nak saya bacakan ke?" tanya Rini pula.

"Boleh juga, kan lebih baik awak bacakan supaya awak tengok sendiri ayat tu macam
mana," tambah penulis.

"Surah Al Maidah kan tadi? Ayat berapa?" tanya Rini inginkan kepastian kembali.

"Ayat 106, lepas surah An Nisaa' baru awak jumpa surah Al Maidah tu," jelas penulis.

"O.k. dah jumpa, saya bacakan, o.k.?" tanya Rini ingin memulakan bacaan terjemahan
ayat 106 surah Al Maidah tersebut.

Penulis mengangguk memberikan lampu hijau bagi Rini meneruskan pembacaannya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati,
ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil
di antara kamu, atau dua orang lain dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka
bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut. (Kalau kamu ragu-ragu
tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu tahan mereka sesudah selesai
sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (dengan
berkata: "Demi Allah) kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu
harta benda, walaupun orang itu dari kaum kerabat, dan kami tidak menyembunyikan
(keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh)
Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu termasuk dalam
golongan orang-orang yang berdosa". Rini membacakan terjemahan surah Al Maidah
ayat 106 yang diminta oleh penulis.

"Macam yang saya katakan tadi, ayat ini menyatakan yang seorang saksi lelaki
bersamaan dengan seorang saksi wanita dalam kes yang disebut dalam ayat yang awak
baca tadi," jelas penulis.

"Ada satu lagi ayat yang menunjukkan kredibiliti seorang saksi wanita menyamai
kredibiliti seorang saksi lelaki. Kejap, biar saya rujuk nota-nota yang saya buat dulu.
Minta maafla sebab saya tak hafal," tambah penulis.

"It's o.k," Rini membalas sambil tersenyum.

Syahadah: 152
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"O.k. saya dah dapat, satu lagi ialah ayat berkenaan dengan talak, awak buka surah At
Talaaq ayat 2. Tolong bacakan kat saya. Surah tu kat bahagian belakang kalau tak silap
saya mungkin dalam juzuk 29 ataupun 30. Cuba awak cari?" ujar penulis.

Rini kembali membelek tafsir Al-Qur'an tersebut dan mencari ayat yang dimaksudkan
penulis.

"Dapat?" tanya penulis.

"Ya.. dapat, ayat dua kan?" tanya Rini balik.

Penulis mengangguk mengiakan.

"Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu
pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang
baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu
merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi)
menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang
tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah
dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan
suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya
jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya)," Rini membacakan terjemahan
ayat dua surah At Talaaq sebagaimana yang diminta penulis.

"Dah jelas kan kat awak yang dalam ayat yang baru awak baca tadi juga, kredibiliti
seorang saksi wanita menyamai kredibiliti seorang saksi lelaki?" tanya penulis.

Rini mengangguk.

"Satu lagi ayat ialah surah An Nuur ayat 4. Boleh tolong bacakan?" tanya penulis lagi.

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang


terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi,
maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima
persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik,"
Rini membacakan terjemahan surah An Nuur ayat 4.

"Empat orang saksi diperlukan untuk membuktikan yang si wanita yang dituduh itu
benar-benar melakukan maksiat, empat orang saksi yang dimaksudkan itu termasuklah
wanita. Maka kredidbiliti persaksian seorang wanita di sini diterima dengan taraf yang
sama dengan persaksian seorang lelaki," jelas penulis.

"Jadi di mana yang dikatakan seorang saksi lelaki bersamaan dua orang saksi wanita
dalam Al-Qur'an, ada ke tak ada atau pun itu semua cuma cakap-cakap orang yang saya
dengar?" tanya Rini inginkan kepastian mengenai apa yang dia dengar tentang persaksian

Syahadah: 153
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

dalam Islam yang menyatakan bahawa seorang saksi lelaki bersamaan dengan dua saksi
wanita.

"Sebenarnya memang ada ayat dalam Al-Qur'an yang menyatakan bahawa dua orang
lelaki diperlukan sebagai saksi dalam sesuatu perjanjian kewangan atau kegiatan
ekonomi. Jika tidak dapat membawa dua orang saksi lelaki maka seorang saksi lelaki dan
dua saksi wanita diperlukan. Untuk memahami tujuan sebenarnya, kita perlu membaca
terjemahan ayat tersebut terlebih dahulu untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai
maksud ayat tersebut. Ayat tu dalam surah Al-Baqarah ayat 282. Awak tolong bacakan,
o.k.?" ujar penulis kepada Rini.

Rini pun lantas mengambil membuka kembali tafsir Al-qur'an yang dipegangnya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan
hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah
kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di
antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan
menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan
hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas).
Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan
sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah
atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan
oleh walinya dengan adil benar; dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi
lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka
bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui
menjadi saksi, supaya jika yang seorang 'keliru' dari saksi-saksi perempuan yang berdua
itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan
apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara
hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang
demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan
saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara
itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah
jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan
janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan
(apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik
(derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan
(ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa
Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu," Rini membacakan terjemahan ayat 282 surah Al
Baqarah.

"Panjangnya ayat ni…" tambah Rini sesudah habis membacakan terjemahan ayat 282
surah Al Baqarah itu tadi.

"A'aah.. memang pun, ayat terpanjang dalam Al Qur'an ialah ayat ni," tambah penulis.

Syahadah: 154
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"O.k untuk memahami kenapa dalam ayat ni Allah s.w.t. meletakkan syarat bagi sesuatu
perjanjian urusniaga yang dilangsungkan secara kredit dalam tempoh yang lama, dua
orang lelaki diperlukan sebagai saksi. Hanya jika keadaan tidak mengizinkan untuk
perjanjian tersebut disaksikan oleh dua orang lelaki, maka seorang saksi lelaki dibolehkan
menjadi saksi dengan ditambah oleh lagi dua orang saksi wanita. Awak nak tahu kenapa
dan apa hikmahnya dua orang saksi wanita menggantikan kedudukan saksi lelaki?" tanya
penulis kepada Rini.

"Ya.. itulah yang saya tunggu dari tadi," jawab Rini.

"Pertamanya perlu awak ingat yang dalam Al Qur'an, terdapat lima ayat yang
menceritakan perihal saksi dengan tidak menyatakan jantina saksi yang diperlukan. Cuma
ada satu ayat saja dalam Al Qur'an yang menyatakan seorang saksi lelaki hanya boleh
digantikan dengan kehadiran dua saksi wanita. Ayat tu ayat yang awak baca tadi, dalam
surah Al Baqarah ayat 282. Hanya dalam urusan urusniaga dan kewangan yang
melibatkan tempoh perjanjian yang panjang hal persaksian dua wanita ini termaktub.
Dalam ayat tu, Allah s.w.t. dengan jelas menyatakan antara sebab dua orang saksi wanita
diperlukan bagi menggantikan seorang saksi lelaki ialah bagi mengelakkan timbulnya
'kekeliruan' kepada wanita yang menjadi saksi tersebut. Sebagaimana yang telah saya
jelaskan kat awak, dalam Islam adalah menjadi tanggungjawab si lelaki mencari nafkah
dan menjadi sumber ekonomi bagi keluarga. Jadi hal ehwal kewangan menjadi satu
perkara yang biasa bagi seorang lelaki. Jadi persaksian yang diberikan oleh mereka dalam
hal ini adalah lebih jelas disebabkan oleh mereka ini faham selok belok berurusniaga
berbanding wanita. Tapi dalam ayat ini juga, Allah s.w.t. masih lagi menyatakan yang
persaksian seorang wanita dari dua orang saksi tersebut adalah cukup jika seorang dari
mereka terkeliru atau tidak dapat memberi keterangan. Ini bermakna, jika seorang dari
wanita itu keliru, yang seorang lagi yang lebih yakin dengan persaksiannya dulu boleh
diterima keterangannya. Maka ini bermakna masih lagi ayat ini menekankan bahawa
salah seorang dari saksi wanita itu bersamaan dengan seorang saksi lelaki, tapi ada
syaratnya dalam kes sebegini. Biar apa pun keadaannya dua orang saksi wanita tetap
diperlukan sebagai saksi dalam perjanjian seumpama ini. Awak faham tak Rini?" tanya
penulis.

"Maknanya ayat ini menekankan yang seorang saksi wanita tu tetap sama kredibilitinya
dengan seorang saksi lelaki, tapi macam mana sekalipun dalam perjanjian yang macam
ini dua saksi wanita diperlukan untuk menggantikan seorang saksi lelaki. Jadi kenapa
perlukan dua sedangkan keterangan seorang saksi wanita tadi saja sudah memadai? Itu
yang saya tak faham, boleh tolong jelaskan?" tanya Rini lagi.

"Salah satu sebab saya dah jelaskan awal tadi iaitu lelaki lebih arif tentang hal ehwal
kewangan berbanding wanita disebabkan tanggungjawabnya sebagai sumber ekonomi
keluarga. O.k., sebab yang lain ialah, apabila berlaku sebarang perselisihan dan
keterangan saksi perlu diambil dan dipanggil kembali, maka kehadiran saksi saksi ini
amat penting bagi melaksanakan proses keadilan terhadap pihak-pihak yang terlibat
dalam perjanjian. Awak pernah ke mahkamah?" tanya penulis.

Syahadah: 155
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"Tak, tapi saya pernah tengok drama dan filem pasal mahkamah la," jawab Rini.

"Itu pun o.k. juga. Apa yang selalu awak tengok dilakukan saksi yang dipanggil ke
mahkamah?" tanya penulis lagi.

"Dia bersumpah dengan Kitab Suci setiap kali ingin memberikan keterangan. Betulkan?"
tanya Rini kembali.

"Haaa… pandai pun. Sebab tu lah salah satu alasan utama dua saksi wanita diperlukan
dalam perjanjian macam yang disebutkan tadi. Walaupun seorang saksi wanita
mempunyai kredibiliti yang sama dengan saksi lelaki, tapi bagi mengelakkan berlakunya
saksi tak dapat menghadirkan diri dan memberikan keterangan apabila dipanggil nanti,
maka Allah menetapkan dua orang saksi perempuan sebagai syarat untuk menggantikan
seorang saksi lelaki. Fahamkan?" tanya penulis.

"Kenapa macam tu pulak?" tanya Rini lagi.

"Awakkan seorang wanita, takkan awak tak tahu perkara-perkara yang menghalang awak
dari menghampiri masjid dan membaca kitab suci Al Qur'an?" tanya penulis.

"Ooopss.. sorry arr… saya terlupa pulak… hadas besar kan maksud awak?" tanya Rini
inginkan kepastian.

"Haa… tepat sekali. Kalau awak dalam hadas besar, macam mana awak nak bersumpah
dengan Al Qur'an, takkan nak tunggu awak sampai tujuh hari sampai awak bebas hadas
besar baru boleh berikan keterangan? Macam mana pulak kalau awak tengah sarat
mengandung waktu perbicaraan tengah dijalankan? Bukankah membebankan awak kalau
awak tengah sarat? Macam mana pulak kalau perbicaraan tu berlangsung lepas awak baru
melahirkan anak? Takkan nak tunggu sampai sebulan lebih sampai nifas habis keluar
baru awak boleh beri keterangan? Bukankah ianya lebih memberikan keadilan kepada
pihak yang terlibat dengan perjanjian tersebut dengan saksi yang boleh dipanggil pada
bila-bila masa apabila berlaku sesuatu pertikaian mengenai perjanjian yang dibuat. Bagi
lelaki, tiada alasan dapat diberikan oleh mereka untuk mengelakkan diri dari bersumpah
dalam memberikan keterangan sedangkan pihak wanita pula mempunyai beberapa alasan
yang dapat mengecualikan mereka dari bersumpah dan menghadirkan diri sebagai saksi.
Maka jika seorang dari saksi wanita tersebut tidak dapat menghadirkan diri maka seorang
lagi boleh berbuat demikian. Jadi tidak timbullah masalah yang menyatakan seorang
saksi lelaki bersamaan dengan dua saksi wanita. Pendapat tersebut boleh dipertikaikan.
Hukum yang Allah sw.t. letakkan sudah cukup bagi mengiktiraf persaksian seseorang
wanita dan memberikan keadilan kepada pihak yang disaksikannya. Awak juga perlu
tahu yang hampir dua ribu lebih hadis dari Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Saiditina
Aisya r.a., isteri kepada baginda. Semua hadis yang diriwayatkan olennya diterima tanpa
sebarang pertikaian oleh muslimin dan muslimat sepanjang zaman sedangkan waktu
perkara tersebut yang menjadi subjek hadis yang diriwayatkannya berlaku, hanya beliau
dan Rasulullah s.a.w. sahaja yang ada, dan persaksian saiditina Aisya r.a. sudah
mencukupi. Para ulama’ juga menjelaskan yang jika seorang wanita sekalipun menjadi

Syahadah: 156
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

saksi kepada terbitnya anak bulan pertama ramadhan, maka persaksiannya diterima dan
rukun Islam yang ketiga boleh terus dilaksanakan pada hari berikutnya. Cuba awak
bayangkan, satu perkara yang melibatkan kepentingan seluruh ummah dalam
melaksanakan ibadat yang menjadi rukun dalam Islam boleh dilaksanakan sebaik saja
sesiapa saja, tak kira samada dia lelaki atau wanita, menjadi saksi kepada terbitnya anak
bulan pertama ramadhan? Bukankah ini menunjukkan yang persaksian seorang wanita
dikira sebagai sama dari segi kredibilitinya dengan persaksian seorang lelaki?" tanya
penulis kepada Rini.

Rini tersenyum mendengar penjelasan penulis.

"Oooo.. macam tu rupanya, saya tak terfikir pulak sebelum ni. Hahaha…..," Rini tergelak
setelah megetahui yang apa yang didengarnya sebelum ini cumalah cakap-cakap kosong
yang tidak boleh dipakai.

"Tu la.. lain kali kalau dengar orang cakap, pastikan awak periksa dulu samada betul atau
tidak apa yang dicakapkan tu," penulis menasihati Rini agar tidak cepat terpengaruh
dengan cakap-cakap kosong yang didengarinya.

“Err.. ada satu lagi Nizam, saya ada baca dalam suratkhabar, ada satu kes di Pakistan
dimana seorang mangsa rogol telah dihukum sebat disebabkan oleh dia tak dapat
memberikan bukti dan mengemukakan empat saksi yang boleh dipercayai semasa kes
rogol tu berlaku. Akhirnya si mangsa rogol tersebut, dihukum kerana dikatakan
memfitnah orang yang merogolnya. Bukankah syarat empat saksi yang boleh dipercayai
ini menyusahkan dan mengakibatkan keadilan tak dapat ditegakkan dan tak dapat
membela si mangsa tersebut?” tambah Rini menanyakan soalan lagi.

“Sebenarnya Rini, keperluan untuk mengemukakan empat saksi yang bercakap benar tu
merupakan satu bentuk cara untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan. Sebenarnya
dalam satu-satu kes yang di bawa ke muka pengadilan, tiada siapa yang dapat meneka
atau mengagak pihak mana yang benar dan pihak mana yang bersalah dalam sesuatu
pertuduhan itu. Boleh jadi seorang wanita itu benar-benar dirogol atau boleh jadi dia
hanya mengada-ngadakan cerita untuk menganiaya orang yang dituduhnya," jelas
penulis.

“Tapi bukankah tak praktikal untuk mempunyai empat orang saksi yang dipercayai
sedangkan macam yang kita ketahui, kes-kes rogol ini dilakukan ditempat-tempat yang
terpencil dan jauh dari pengetahuan orang. Jika ada pun empat saksi yang bercakap benar
atau baik akhlaknya menyaksikan kejadian sedemikian rupa, bukankah lebih elok dan
baik bagi mereka untuk menyelamatkan si wanita yang hampir dirogol tersebut?” tanya
Rini pula.

“Memang betul apa yang awak cakap, susah untuk dapatkan empat orang saksi yang
berakhlak baik dan bercakap benar yang menyaksikan kejadian rogol tersebut tanpa
bebuat apa-apa. Dan kalau ada pun, di zaman sekarang ni, memang payah untuk kita cari
saksi-saksi yang yang memenuhi kriteria yang di minta. Tapi awak perlu ingat kembali

Syahadah: 157
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

yang keperluan mengemukakan empat orang saksi yang tak berbohong dan berkata benar
ini merupakan arahan dan perintah dari Allah s.w.t.. Setiap arahan dan perintah dari Allah
s.w.t. memerlukan kebijaksanaan untuk difahami dan setiap apa yang diperintah oleh
Allah s.w.t. itu adalah perkara yang terbaik untuk dilakukan," penulis menjelaskan
kepada Rini lagi.

“Macam mana tu, boleh jelaskan lagi tak?” tanya Rini kembali.

“O.k., Al-Qur’an sebuah kitab yang menjadi mukjizat teragung sepanjang zaman. Jadi
sebagai kitab yang datangnya dari Pencipta seluruh alam ini, semua perkara yang
melibatkan kepentingan makhlukNya yang berakal, akan diliputi dengan jelas dalam Al-
Qur’an ini. Penyelesaian kepada isu yang dibangkitkan awak tadi berkenaan saksi yang
berkata benar dan tidak berbohong telah pun Allh s.w.t., Tuhan Yang Maha Esa lagi
Maha Bijaksana selesaikan 1400 tahun dulu sebelum manusia mengetahui caranya, dan
1400 tahun lebih awal sebelum awak mengajukan pertanyaan yang berkenaan hal
tersebut," tambah penulis menjawab pertanyaan Rini tadi.

“Betul ke macam tu, macam mana pulak boleh siselesaikan?” tanya Rini lagi.

“Allah s.w.t. lebih mengetahui mengenai semua sifat-sifat makhlukNya. Dia lebih
mengetahui bahawa fitrah manusia yang dijadikanNya itu cenderung kepada kehendak
nafsu. Dari sinilah bermulanya segala masalah dalam kehidupan manusia. Seorang yang
mengaku dirogol atau dianiaya itu belum tentu dia bercakap benar, begitu juga dengan
orang yang dituduh juga, belum tentu dia yang melakukan kesalahan tersebut. Demi
untuk menjaga dan memberikan keadilan kepada semua pihak, maka syarat untuk
mensabitkan kesalahan kepada seseorang mestilah disertakan kepadanya bukti-bukti yang
benar dan boleh dipercayai. Sebagai contoh, dalam pertuduhan tersebut, empat saksi yang
berkata benar dan tidak pernah berbohong sekurang-kurangnya diperlukan agar
keputusan yang lebih tepat dapat dibuat dan memberikan keadilan kepada semua pihak.
Sebenarnya, Allah s.w.t. telah sebut dengan jelas dalam Al-Qur’an mengenai perkara ini
siap dengan contoh yang sama seperti yang awak bagi dan apa yang awak kata terjadi di
Pakistan tu,” jelas penulis.

“Allah s.w.t. berfirman dalam dua surah yang menunjukkan ‘siapa’ dia saksi-saksi yang
berkata benar dan tak pernah bebrohong ni. Allah berfirman dalam surah An Nuur ayat
23, 24 dan 25; Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang
terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi
yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan, mereka pula akan
beroleh azab seksa yang besar; pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki
mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan.
Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan (azab seksa) yang
berhak mereka mendapatnya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah
Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya. Dan satu lagi ayat iailah surah Yasiin
ayat 65; Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang
kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki
mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan," jelas penulis

Syahadah: 158
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

sambil membacakan petikan ayat surah An Nuur ayat 23,24 dan 25 serta ayat 65 dari
surah Yasiin yang dicatat oleh penulis dalam buku nota.

“Awak faham?” tanya penulis kepada Rini.

“Kurang faham la.. jelaskan la?” pinta Rini.

“O.k., dalam ayat surah An Nur 23, 24 dan 25 yang saya baca tadi, kesnya sama dengan
kes yang awak tanyakan kepada saya. Ayat ni menjelaskan yang jangan sekali-kali
menuduh seorang perempuan yang beriman dan yang menjaga kesuciannya dengan
tuduhan yang mencemarkan maruahnya. Maka Allah s.w.t. di sini telah menyatakan
kepada si penuduh tersebut bahawa Allah s.w.t. akan membawa bukti-bukti yang tak
dapat disangkal oleh sipelaku kejahatan dan dosa itu tadi. Bukti-bukti tersebut ialah
bahagian-bahagian tubuh si pelaku dosa dan kejahatan tersebut sendiri, yang akan
‘memberikan’ kenyataan mereka di hadapan Allah s.w.t. nanti. Dalam ayat 65 surah
Yasiin, Allah s.w.t. menambah dengan menyatakan bahawa satu-satunya anggota tubuh
yang akan dikunci dan tak dapat memberikan kenyataan ialah mulut sipelaku dosa dan
kejahatan itu. Sedangkan anggota lain dapat memberikan kenyataan. Ini kerana mulutlah
yang selama ini melakukan pembohongan dan tak dapat dipercayai. Sebagai contoh,
kalau awak menangkap seorang pencuri dan awak menuduh dia mencuri dan awak
tanyakan kepadanya adakah dia mencuri, awak tahu apa yang akan dijawb oleh pencuri
itu tadi?” tanya penulis kepada Rini.

“Tentulah dia tak mengaku mencuri...” jawab Rini.

“Haahahah... memang pun. Mana ada pencuri yang mengaku dia mencuri. Oleh sebab
itulah awak kena bawakan bukti-bukti yang tak dapat disangkal oleh si pelaku kejahatan
dan dosa tersebut. Jika hanya satu bukti yang dibawa, mungkin ianya akan memberikan
ketidakadilan kepada si pencuri itu untuk kita mensabitkan dia dengan kesalahan tersebut.
Tapi apabila sampai empat bukti yang boleh dipercayai dan tepat menunjukkan yang
memang dia yang melakukan kesalahan tersebut, maka peluang untuk kita tersilap untuk
membuat keputusan penghakiman menjadi semakin kecil. Bila peluang tersilap semakin
mengecil, maka keputusan yang tepat akan menjadi lebih senang dibuat," jelas penulis.

“Antara bukti-bukti yang digunapakai ialah bahagian-bahagian dari tubuh si pelaku


kejahatan tersebut. Sebagai contoh cap jari, kuku, rambut, sel kulit yang tertanggal,
darah, cecair dari badan, bulu roma dan sebagainya yang boleh diperolehi dari tempat
kejadian itu berlaku. Dengan teknologi yang ada pada hari ini, tidak sukar untuk
mengenalpasti pemilik kepada semua bahagian tubuh manusia yang saya sebut. Perkara
ini sudah pun disebut oleh Allah s.w.t. dalam Al-Qur’an 1400 tahun dahulu, 1400 tahun
lebih awal dari pencapaian sains dan teknologi. Kini teknologi untuk mengenal pasti
DNA seseorang itu sudah pun wujud dan membolehkan kita di zaman jenayah yang
semakin bertambah ni satu kelebihan untuk menyelesaikan kes-kes yang ada. Bukankah
ini menunjukkan yang Al-Qur’an itu mendahului zaman dan selama-lamanya ia akan
mendahului zaman. Tiada istilah hukum-hukum dan perkara-perkara yang ketinggalan

Syahadah: 159
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

zaman dalam Al-Qur’an. Ini kerana memang sebenarnya Al-Qur’an itu diwahyukan oleh
Allah s.w.t..” tambah penulis dengan panjang lebar.

“Ooo.. macam mana la saya tak perasan tadi yang ayat yang awak baca tu membawa
maksud macam tu," Rini mencelah.

“Itu la.. ayat Al-Qur’an awak perlu hayati isikandungannya. Terlampau banyak rahsia
masa depan ada dalam Al-Qur’an. Kalau betul-betul awak mahu mengkaji, awak perlu
belajar dahulu dan minta perlindugan dari Allah supaya tak tersesat dengan bisikan
syaitan," tambah penulis.

Syahadah: 160
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

11.

“Kenapa pula Allah menyuruh para


Malaikat dan Iblis menyembah Nabi Adam
a.s., sedangkan menyembah makhluk tu
satu perbuatan mensyirikkan Allah, tolong
jelaskan kat saya?”

Syahadah: 161
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Setelah panjang menjelaskan kepada Rini berkenaan semua persoalan yang


ditimbulkannya, penulis pun bangun memberitahu Rini yang penulis ingin ke tandas
sekejap. Rini kemudiannya mengambil terjemahan Al-Qur’an yang dipegangnya dan
mula membelek-belek dan membaca terjemahan surah-surah yang terdapat didalamnya.

Setelah kembali ke tempat duduk, kelihatan Rini sedang khusyuk membaca terjemahan
Al-Qur’an itu lagi. Penulis pun mengambil tempat duduk dan mengambil buku nota
penulis untuk disimpan kembali. Rini kemudiannya menyatakan kepada penulis supaya
tidak menyimpannya lagi disebabkan mungkin nanti dia hendak bertanyakan sesuatu dan
berkemungkinan penulis perlu merujuk buku nota itu semula.

Dalam kesunyian yang baru hadir setelah lama bersoal jawab dengan Rini semenjak dari
stesen Kuala Lumpur tadi, Rini memecahkan keheningan tersebut dengan satu lagi
soalan.

“Nizam, awak pernah baca surah ni tak?” tanya Rini.

“Surah apa Rini?” tanya penulis.

“Al-Baqarah..” jawab Rini ringkas.

“Dah.. kenapa?” tanya penulis kembali.

“Taak.. cuma saya nak tanya kat awak sesuatu berkenaan ayat dalam surah ni,’ kata Rini.

“Rini, saya bukan ustaz, tapi saya akan cuba jawab apa yang saya faham. Kalau tak boleh
jawab, nanti saya usahakan atau pun awak cuba tanya dari ustaz-ustaz yang sudah
pastinya lebih pandai dalam perkara tu," jawab penulis.

“Saya harap awak boleh jawab la, sebab lepas ni mungkin susah untuk kita berjumpa.
Kalau nak tanya kat ustaz, saya tak kenal sesiapa pun ustaz atau ustazah. Kalau awak
kenalkan saya dengan diorang boleh la saya tanyakan," jawab ini lagi.

“O.k., no problem, apa yang awak nak tanyakan?” tanya penulis lagi.

“Tadi masa saya tengah baca terjemahan ayat surah Al-Baqarah masa awak ke toilet, saya
terbaca satu ayat ni. Saya kurang faham tapi saya harap awak faham dan boleh jelaskan
kat saya," kata Rini.

“O.k., ayat apa dan kenapa dengan ayat tu?” tanya penulis.

“Dalam ayat 34 surah Al-Baqarah ni, biar saya bacakan kat awak; Dan (ingatlah) ketika
kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah kepada Nabi Adam". Lalu mereka
sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan
menjadilah ia dari golongan yang kafir. kenapa pula Allah menyuruh para Malaikat dan

Syahadah: 162
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Iblis tunduk kepada Nabi Adam a.s., sedangkan perbuatan tunduk kepada makhluk tu
satu perbuatan mensyirikkan Allah, tolong jelaskan kat saya?” tanya Rini.

“Sebenarnya Rini, ayat tu menceritakan tentang perintah Allah s.w.t. kepada semua
makhluk supaya tunduk memberikan penghormatan kepada Nabi Adam a.s., bukan
menyembahnya. Dengan tunduk memberi hormat kepada Nabi Adam a.s., bererti
perbuatan semua makhluk tersebut adalah kerana menurut perintah Allah s.w.t. semata-
mata. Sama juga macam kita diperintahkan Allah s.w.t. bersembahyang dan sujud
menghadap Kaabah. Kita melakukannya kerana menurut perintah Allah s.w.t. dan bukan
kita menyembah Kaabah tersebut. Kaabah itu hanyalah makhluk Allah yang merupakan
batu-batu yang disusun sebagai binaan. Ia tak dapat memberi manfaat atau kemudaratan
kepada sesiapa pun. Tujuan utama arahan Allah s.w.t. mengarahkan semua muslimin
bersembahyang dan sujud menghadap Kaabah ialah untuk menyatukan arah sembahyang
bagi semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Jika tiada penyatuan ini, maka awak
akan lihat sembahyang jemaah orang Islam akan menjadi kucar-kacir di mana setiap
orang akan memilih untuk menghadap ke arah yang disukai masing-masing. Menghadap
dan tunduk kepada Kaabah bukan bermakna kita menyembahnya, tapi bermakna kita
menurut perintah Allah. Samalah juga dengan perintah Allah kepada para malaikat dan
makhluk-makhluk Allah yang lain supaya tunduk memberi hormat kepada Adam a.s.. Ini
bukanlah bererti mereka menyembah Nabi Adam a.s.," jelas penulis.

"Faham kan?" tanya penulis kepada Rini.

"Ya.. terima kasih," jawab Rini.

Syahadah: 163
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

12.

“Apa yang saya tahu, Nabi Muhammad


menerima wahyunya yang pertama ketika
dia berumur 40 tahun, jadi apa agama
Nabi Muhammad sebelum dia dilantik
menjadi Rasul?”

Syahadah: 164
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"Awak ada kata kat saya tadi yang awak dapat A 1 dalam subjek pengetahuan Islam masa
S.P.M. dulu kan?" tanya penulis.

"Ya… tapi subjek yang diajar tu cuma untuk pengetahuan saja dan tak fokus langsung ke
arah pembinaan keyakinan diri dan iman kepada setiap pelajar. Saya rasa macam tak
cukup la apa yang diajar di sekolah dulu. Sepatutnya subjek terjemahan Al-Qur'an
dimasukkan dan ditekankan dengan lebih mendalam. Barulah kita faham dengan apa
yang dikehendaki oleh Islam kan?" Rini bertanya pula.

"Itu saya setuju, macam mana nak mengaku Islam kalau perkara yang paling penting
dalam Islam tidak dibuat iaitu memahami isikandungan Al-Qur'an yang menjadi intipati
yang membentuk sahsiah diri seorang Islam yang beriman. Masalah-masalah yang
berlaku sekarang ni disebabkan oleh mereka tak terdedah dengan kesucian agama Islam
tu sendiri. Malah ibu bapa juga pun tak pernah tekankan disebabkan mereka sendiri pun
lemah pengetahuan Islam. Inilah masalah kita di Malaysia sekarang," tambah penulis
menyokong kenyataan yang dibuat Rini.

"Nizam, bukankah Nabi Muhammad dilantik sebagai Nabi dan Rasul ketika baginda
berusia 40 tahun?" tanya Rini.

"Ya.. memang betul. Nabi Muhammad s.a.w. memang dilantik sebagai Nabi dan Rasul
ketika umurnya 40 tahun. Kenapa?" tanya penulis kembali.

"Taaak.. cuma saya nak kepastian, jika Nabi Muhammad dilantik sebagai Nabi dan Rasul
yang membawa risalah Islam pada ketika baginda berumur 40 tahun, jadi apakah agama
baginda sebelum daripada tu?" tanya Rini.

"Sebelum saya menjawab soalan awak, saya nak ceritakan sedikit tentang kelebihan
selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.. Saya perasan sejak dari tadi yang awak apabila
menyebut nama Nabi Muhammad s.a.w., awak tak menyebut langsung selawat ke atas
baginda. Dengan berselawat ke atas baginda, kelebihan akan awak sendiri yang dapat.
Nabi Muhammad s.a.w. pernah berpesan yang sesiapa berselawat ke atas diri baginda,
maka Allah s.w.t. akan berselawat ke atas orang yang berselawat ke atas Nabi
Muhammad s.a.w. itu sebanyak sepuluh kali pula. Cuba awak bayangkan yang Allah
s.w.t. sendiri mengucapkan selamat ke atas diri awak sebanyak sepuluh kali setiap kali
awak berselawat ke atas Rasulullah s.a.w.. Bukankah hidup awak akan lebih selamat dan
tenang selepas dari itu?" jelas penulis yang kemudian bertanya kepada Rini.

"Errr.. sorry la.. saya tak tahu.," jawab Rini.

"Bukan satu kesalahan kalau tak berselawat, tapi ibarat macam orang yang kedekut yang
merugikan diri sendirila.. kaalu awak berselawat ke atas Rasulullah s.a.w., kelebihan tu
akan diberikan kepada awak. Awak juga yang untungkan. Sebab tu la kalau awak sedang
menghadapi masalah, dianjurkan kepada awak supaya berselawat sebanyak-banyaknya
supaya awak akan selamt dari masalah yang awak hadapi. Tak kiralah apa saja bentuk
masalah awak tu samada hutang, keselamatan, kesakitan dan sebagainya. Jika awak

Syahadah: 165
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

berselawat, insyaAllah akan diberikan kepada awak jalan keluar dari masalah tersebut,"
jelas penulis lagi.

"O.k., berbalik kepada persoalan awak tadi, apakah agama Nabi Muhammad s.a.w.
sebelum dari perlantikan baginda sebagai Rasul yang membawa risalah Islam pada ketika
baginda berumur 40 tahun? Betulkan ini soalan awak tadi?" tanya penulis inginkan
kepastian kembali dari Rini.

"Ya.," kata Rini sambil menganggukkan kepalanya.

"Saya jelaskan kat awak o.k., sebenarnya Nabi Muhammad s.a.w., sebelum dari ketika
baginda dilantik sebagai Rasulullah, baginda mengikuti agama Nabi Ibrahim a.s., iaitu
agama nenek moyang baginda. Orang Arab pada ketika itu terbahagi kepada beberapa
pihak dengan berbagai pegangan agama, terdapat dua golongan terbesar yang tinggal di
Mekah pada ketika itu. Satu golongan yang masih berpegang kepada agama yang
mengEsakan Allah s.w.t. iaitu agama Nabi Ibrahim a.s. dan satu lagi pihak yang telah
tersesat jauh yang menyembah berhala. Nabi Muhammad s.a.w. semenjak dari beliau
kecil hingga dewasa, baginda tidak pernah terlibat dengan mana-mana ritual atau
perbuatan yang mensyirikkan Allah seperti menyembah berhala atau terlibat dengan
masalah-masalah sosial orang-orang Arab jahilliah pada ketika itu. Baginda berpegang
teguh kepada agama nenek moyang baginda iaitu agama yang dibawakan Nabi Ibrahim
a.s. dan pada waktu itu golongan yang mengikuti agama tersebut dikenali sebagai
golongan Hunafa dalam kata jamaknya dan hanif dalam bentuk tunggal," jelas penulis
kepada Rini.

"Agama Hunafa ini berlainanan ke dengan Islam?" tanya Rini lagi.

"Sebenarnya Hunafa merupakan nama julukan yang diberikan kepada pengikut-pengikut


agama Nabi Ibrahim a.s.," jawab penulis.

"Jadi apa nama agama Nabi Ibrahim a.s. yang menjadi pegangan Nabi Muhammad s.a.w.
sebelum dilantik sebagai Rasul?" tanya Rini lagi.

"Agama Nabi Ibrahim ialah Islam," jawab penulis.

"Saya tak faham la, kan Nabi Muhammad s.a.w. yang membawa risalah Islam, macam
mana pula Nabi Ibrahim yang dilahirkan beribu tahun lebih dahulu dari Nabi Muhammad
s.a.w. pun seorang Islam sedangkan Islam itu datang bersama Nabi Muhammad yang
dilahirkan kemudian dari itu? Boleh jelaskan tak, saya sedikit confuse?" tanya Rini yang
seakan keliru.

"Sebenarnya Rini, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul yang terakhir
sekali dilantik oleh Allah s.w.t.. Semua Nabi dan Rasul membawa risalah yang sama
dengan berpaksikan ajaran mentauhidkan Allah s.w.t.. Dan semua Nabi dan Rasul
membawa agama Islam dan ajarannya yang sedikit demi sedikit diajarkan oleh Nabi-Nabi
dan Rasul-Rasul terdahulu. Nabi Muhammad s.a.w. menjadi pelengkap kepada agama

Syahadah: 166
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Islam di mana sebagai rasul dan Nabi yang terakhir sekali dilantik oleh Allah s.w.t.
baginda melengkapkan semua ajaran Islam yang diwahyukan Allah s.w.t. untuk semua
umat manusia. Dalam Al-Qur'an, Allah s.w.t. sendiri menceritakan Islam merupakan
agama yang menjadi pegangan Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul terdahulu. Sebagai contoh di
sini saya akan sebutkan kat awak ayat-ayat berkenaan dan awak baca dari terjemahan Al-
Qur'an tu kepada saya. Boleh?" tanya penulis.

"Boleh.," jawab Rini ringkas.

"Awak bacakan kat saya surah Al An 'aam ayat 161 dan kemudian baca surah An Nahl
ayat 123," ujar penulis.

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah


oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama
Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik," Rini membacakan
surah Al An 'Aam ayat 161. Kemudian dia menyambung pula dengan membaca surah An
Nahl ayat 123.

" Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut
ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari
orang-orang musyrik," Rini menghabiskan membaca petikan surah An Nahl ayat 123.

"O.k., awak cari pula surah Ali Imran ayat 67 dan 68. Lepas tu bacakan kat saya," ujar
penulis.

"O.k. saya dapat dah, saya bacakan ya; Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk
ugama Yahudi, dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian, tetapi ia seorang yang
tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat
kepada Allah), dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik. Sesungguhnya orang-
orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim (dan berhak mewarisi ugamanya) ialah
orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini serta orang-orang yang
beriman (umatnya - umat Islam). Dan (ingatlah), Allah ialah Pelindung dan Penolong
sekalian orang-orang yang beriman," Rini membaca petikan ayat 67 dan 68 surah Ali
Imran kepada penulis.

"O.k., bagus, awak baca pula surah yang sama iaitu Ali Imran ayat 52 lepas tu awak baca
surah Al Maidah ayat 111 pula, ayat-ayat ini berkenaan dengan Nabi Isa a.s. dan
pengikut-pengikutnya pula," ujar penulis lagi.

"Maka ketika Nabi Isa merasa (serta mengetahui dengan yakin) akan kekufuran dari
mereka (kaum Yahudi), berkatalah ia:" Siapakah penolong-penolongku (dalam
perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan ugamaNya)?". Orang-orang
"Hawariyyuun" (Penyokong-penyokong Nabi Isa) berkata: "Kamilah penolong-penolong
(utusan) Allah. Kami telah beriman kepada Allah, dan saksikanlah (wahai Nabi Allah)
sesungguhnya kami ialah orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah),"
Rini membacakan surah Ali Imran ayat 52.

Syahadah: 167
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

"O.k. saya bacakan surah Al Maidah ayat 111 pula; Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan
kepada orang-orang Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib nabi Isa): "Berimanlah kamu
kepadaku dan kepada RasulKu!" Mereka menjawab: "Kami telah beriman, dan
saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam (yang menyerah diri kepada
Allah)" Rini membaca pula surah Al Maidah ayat 111.

"O.k., ayat yang ni pula pasal tukang-tukang sihir yang dikalahkan oleh Nabi Musa yang
bertaubat dan memeluk agama Islam. Ayatnya dari surah Al A'raaf ayat 126. Tolong cari
dan bacakan," ujar penulis lagi.

"Kejap ye,…. Haa.. o.k., saya dapat dah, dengar tau; Dan tidaklah engkau (hai Firaun)
marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat
Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami". (Mereka berdoa): "Wahai Tuhan kami,
limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam
(berserah bulat-bulat kepadaMu)" petikan ayat 126 surah Al A'raaf dibacakan Rini.

"Bagus… ini pula ayat berkenaan Nabi Musa menyeru umatnya supaya berserah diri
kepada Allah s.w.t. jika mereka benar-benar Muslim. Ayat 84 surah Yunus," ujar penulis
lagi.

"Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): "Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu
beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu
orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah)," Rini membackan ayat
84 surah Yunus.

"Berkenaan dengan Nabi Sulaiman yang ingin memastikan puteri Balqis memeluk Islam
ada dinyatakan dalam ayat 38 surah An Naml dan ayat 44 surah yang sama. Nak teruskan
membaca terjemahan tu atau dah cukup contoh ayat yang saya bagi semua ni?" tanya
penulis kepada Rini supaya dia tidak bosan dengan hujah topik ini.

"Teruskan la.. baru saya dapat baca terjemahan ni dengan lebih banyak," jawab Rini lagi.

"O.k. awak cari ayat yang saya sebut tadi dan baca," ujar penulis.

"Ayat berapa tadi?" tanya Rini yang terlupa.

"Ayat 38 surah An Naml dan ayat 44 surah yang sama," jawab penulis.

"Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-
pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya
sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?" Rini
membaca petikan ayat 38 surah An Naml seperti yang diminta penulis.

"Ni saya bacakan ayat 44 surah An Naml pula; (Setelah itu) dikatakan kepadanya:
"Dipersilakan masuk ke dalam istana ini." Maka ketika ia melihatnya, disangkanya

Syahadah: 168
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua
betisnya. Nabi Sulaiman berkata: "Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat
licin berkilat dari kaca". (Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: "Wahai Tuhanku,
sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan
bahawa) aku berserah diri memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah
Tuhan sekalian alam," Rini membaca petikan ayat 44 surah An Naml.

"O.k., sekarang ni ayat Al Qur'an yang menjelaskan berkenaan kaum Nabi Lut yang
diarahkan keluar dari tempat yang akan dihancurkan oleh Allah s.w.t.. Ayat ini
menunjukkan Kaum Nabi Lut juga digelarkan sebagai Muslimin iaitu orang-orang Islam.
Ayatnya ialah Surah Adz Dzariyaat ayat 36. Tolong cari dan bacakan," ujar penulis.

"(Sesudah diperiksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah
rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada
Nabi Lut)," Rini membacakan ayat 36 Surah Adz Dzariyaat.

"Awak faham semua ayat yang dibaca tadi?" tanya penulis kepada Rini.

"Faham," jawab Rini sambil menganggukkan kepalanya.

"Apa kesimpulannya?" tanya penulis kepada Rini.

"Semua Nabi dan Rasul membawa risalah yang sama iaitu Islam dengan mentauhidkan
Allah s.w.t.. Nabi Muhammad s.a.w. bukanlah yang pertama membawa Islam tapi
baginda lah yang terakhir sekali dan menjadi pelengkap kepada ajaran Islam yang
diturunkan Allah s.w.t," Rini membuat kesimpulan dari semua ayat yang dibacakannya.

"Tepat sekali, jadi bukan lagi satu masalah kat awak untuk mengetahui apa agama Nabi
Muhammad s.a.w. sebelum dilantik sebagai Rasul kan?" tanya penulis.

"Ya… tak ada masalah, saya dah faham…" jawab Rini.

"Sebenarnya banyak lagi contoh ayat dalam Al-Qur'an yang menceritakan bahawa setiap
Nabi, Rasul dan umat-umat mereka yang terdahulu ialah mereka-mereka yang memeluk
Islam dan dikenali sebagai Islam. Islam yang mereka anuti ialah sebahagian dari apa yang
kita ada pada hari ini. Islam yang ada pada kita hari ini merupakan yang sudah lengkap,"
penulis menjelaskan kepada Rini.

Syahadah: 169
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

14.
13.

“Kenapa Hukum Hudud dalam Al-Qur’an


tu nampak macam terlalu kasar, bukankah
tak bertamadun hukuman sebegitu?”

Syahadah: 170
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Dalam masa setengah jam lagi, keretapi akan singgah di stesen Parit Buntar.
Destinasi yang ditujui penulis semakin hampir. Mata masih belum mengantuk lagi.
Soalan-soalan dan perbualan dengan Rini bagaikan ubat bagi rasa mengantuk yang cuba
menguasai diri penulis semasa mula-mula naik keretapi. Tempat duduk dalam gerabak
yang ditumpang penulis dan Rini semakin banyak yang kosong. Ramai penumpang telah
pun turun di destinasi yang ditujui masing-masing.

“Stesen awak lepas ni kan?” tanya Rini.

“A’aah.. mungkin, tapi saya tak pasti, mungkin lepas ini atau pun ada satu stesen lagi
sebelum sampai B.M," jawab penulis yang tak pasti.

“Jam pukul berapa Rini?” tanya penulis pula.

“Dah dekat pukul lima pagi la..” jawab Rini.

“Cepatnya masa jalan, biasanya kalau saya balik naik keretapi dulu, rasa macam masa tu
lama sangat. Nak tidur pun susah gak sebab bising. Hari ni rasa cepat pulak," kata
penulis.

“Ya la.. rasa cepat sangat masa berjalan kan?” tanya Rini pula.

Penulis mengangguk.

“Awak nak baca lagi ke kitab-kitab tu?” tanya penulis.

“Kenapa? Awak nak simpan dah ke?” tanya Rini tidak menjawab soalan penulis tadi.

“A’aah.. Nak simpan, nanti sampai stesen nanti tak la kelam kabut nak berkemas," jawab
penulis.

“Alaa.. nanti la dulu, nanti masa awak nak turun nanti saya tolong la kemaskan," kata
Rini pula.

“O.k," jawab penulis ringkas.

“Nizam, betul ke Allah tu Maha Pengampun?" tanya Rini.

"Ya.. kenapa awak tanya?" tanya penulis lagi.

"Boleh ke Allah ampunkan dosa-dosa saya?" tanya penulis.

"Perkara tu sangat mudah bagi Allah, kalau dosa-dosa kecil, semua tu sudah dihapuskan
dan diampunkan Allah dengan kebaikan-kebaikan yang awak buat. Solat juga
menghapuskan semua dosa-dosa kecil awak. Setiap langkah awak untuk mengerjakan
solat akan menghapuskan dosa awak. Setiap titisan air sembahyang yang awak ambil

Syahadah: 171
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

jatuh dari tubuh awak juga akan menghapuskan semua dosa kecil awak. Setiap huruf
dalam ayat Al-Qur'an yang awak baca juga akan menghapuskan setiap dosa kecil awak.
Setiap perbuatan awak dan pergerakan awak dalam solat juga akan menghapuskan dosa.
Jadi bayangkanlah kerugian orang-orang yang tidak bersolat. Dosa-dosa kecil ni,
walaupun dilabelkan sebagai dosa-dosa kecil, tapi akibat lama terkumpul dan tidak
dibersihkan akan menyebabkan ia menjurus kepada perlakuan dosa besar pula," jelas
penulis.

"Kenapa macam tu pula?" tanya Rini.

"Macam ni Rini, saya bagi contoh kat awak supaya mudah awak faham. Cuba bayangkan
yang awak memandu sebuah kereta dan meletakkannya di satu tempat parking yang
bertiket. Kalau awak tak bayar tiket parking tu, awak akan kena denda. Denda tu pula
bernilai RM 10 yang perlu dibayar. Dalam undang-undang tempat tersebut, sebarang
denda terkumpul yang mencapai lebih dari nilai RM 500 akan dikenakan tindakan
mahkamah dan mungkin dipenjarakan. Jika denda yang awak kena sejak awal tadi sudah
awak bayar setiap kali didenda, tentulah awak tidak akan dikenakan tindakan dibawa ke
mahkamah. Tapi cuba awak bayangkan setiap kali awak kena denda, awak buat tak tahu
saja dengan surat saman tersebut. Lambat laun, jumlah denda yang terkumpul atas nama
awak akan mencapai tahap RM 500 yang boleh dikenakan tindakan dibawa ke
mahkamah. Macam tu juga la dengan dosa-dosa kecil ni. Kalau tak dibersihkannya, maka
lambat laun hati awak akan jadi gelap dan awak akan cenderung untuk melakukan dosa-
dosa besar pula. Maka kerugian paling besar ialah bagi orang-orang yang meninggalkan
solat. Sebab dengan bersolat tu awak diumpamakan mandi lima kali stiap hari sepanjang
perjalanan awak ditengah padang pasir yang berdebu. Cuba bandingkan dua orang ini,
kedua-duanya menunggang unta di padang pasir yang berdebu dan dalam perjalanan
merentasinya selama sebulan untuk menemui seorang Raja. Seorang daripadanya sentiasa
turun mandi lima kali sehari di setiap oasis yang di temui dan seorang lagi bila time
jumpa oasis tu dia buat tak tahu saja dan cuma menghabiskan masa di oasis tersebut
dengan memetik buah dan makan dan kemudiannya meneruskan perjalanan sebab nak
mengejar masa untuk sampai ke destinasi. Akhirnya bila sampai ke destinasi yang ditujui,
si pemuda yang mandi lima kali sehari tu terus di jemput masuk kerana fizikalnya sangat
bersih untuk memasuki istana. Si pemuda yang tak mandi tu pula, di suruh tunggu di luar
pintu untuk dibersihkan dirinya satu per satu dulu sampailah dia bersih. Macam tu la
perumpamaan orang yang berdosa jika tidak bertaubat. Untuk masuk ke syurga semua
dosa yang dibuatnya akan dicuci terlebih dahulu dengan hukuman dalam neraka. Setelah
habis tempoh hukuman, barulah orang yang banyak dosa dan tak pernah bertaubat tu
ditarik keluar dari neraka setelah beratus ribu tahun diseksa dan dibawa kepada Allah
untuk dimasukkan ke dalam syurga. Awak fahamkan?" jelas penulis.

“Jadi maksud awak, akhirnya semua manusia akan masuk ke dalam syurga juga ye?”
tanya Rini lagi.

“Salah tu, cuma mereka yang tidak menyekutukan Allah saja yang akan diberi peluang
keluar dari neraka setelah diseksa kerana dosa-dosa mereka. Bermakna mereka-mereka
yang menyembah berhala, manusia dan apa saja makhluk dan objek selain dari Allah

Syahadah: 172
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

s.w.t. maka mereka akan dibakar selama-lamanya dalam neraka. Saya sudah pun jelaskan
keadilan hukuman ini sejak awal tadi pada awak," jelas penulis lagi.

“Kalau dosa kecil boleh dihapuskan dengan solat, amal ibadat dan kebaikan yang kita
buat, macam mana pula dengan dosa-dosa besar?” tanya Rini lagi.

“Dosa besar hanya akan diampunkan oleh Allah s.w.t. dengan jalan taubat. Disebabkan
semua perbuatan yang dikategorikan sebagai dosa besar merupakan perkara-perkara yang
mendatangkan akibat yang amat buruk kepada si pelakunya dan orang yang
diperlakukannya serta masyarakat sekelilingnya, jadi untuk mendapatkan keampunan dan
membersihkan dirinya dari dosa tersebut, maka si pelaku dosa tersebut perlulah
bertaubat. Taubat yang diterima Allah s.w.t. ialah taubat nasuha iaitu taubat dengan
bersungguh-sungguh taubat. Taubat nasuha ini memerlukan penyesalan yang
bersungguh-sungguh dan tidak diulangi kembali perbuatan dosanya selepas dari bertaubat
dan memohon keampunan dari Allah s.w.t.. Jika dosa besar itu antara si pelakunya
dengan Allah. Maka dosa itu akan Allah s.w.t. ampunkan di atas sifat Maha
MengasihaniNya. Tapi jika dosa itu dilakukan oleh si pelakunya ke atas mana-mana
manusia lain, maka dosanya hanya akan diampunkan Allah s.w.t. setelah si pelaku dosa
itu diampunkan oleh manusia yang dianiayainya. Jika si manusia yang menjadi mangsa
kepada si pelaku dosa itu tidak mahu mengampuninya, maka kedua-dua mereka akan
diadili dengan seadil-adilnya oleh Allah s.w.t.. Setiap seorang dari mereka akan
mendapat habuan masing-masing, si pelaku dosa dengan azab yang telah dijanjikan, si
manusia yang teraniaya dengan keadilan dan nikmat yang dijanjikan kerana bersabar
dengan ujian yang ditanggungnya sebelum dari itu. Tapi adalah menjadi satu kerugian
bagi si manusia yang dianiaya tu jika dia melepaskan peluang untuk memaafkan si pelaku
dosa tersebut kerana Allah s.w.t. telah menjanjikan kepadanya nikmat yang lebih besar
berkali-kali ganda kepadanya jika dia mengampunkan si pelaku dosa setelah dia meminta
maaf dengan ikhlas. Ini kerana dengan mengampunkan dosa si pelaku dosa tersebut, si
manusia itu dengan sendirinya menjauhkan si pelaku dosa tersebut dari kemurkaan Allah
s.w.t. dan juga menyelamatkannya dari seksaan api neraka," jelas penulis.

“Macam mana kita nak kenal dosa-dosa besar?” tanya Rini kembali.

“Dosa-dosa besar merupakan dosa-dosa atau perbuatan-perbuatan yang dikenakan


hukuman had ataupun hukuman hudud yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t..
Contohnya kesalahan berzina akan dihukum dengan hukuman seratus kali dera. Semua
hukuman ini telah ditetapkan Allah s.w.t. dalam Al-Qur’an dengan sangat jelas. Awak
tahukan?” tanya penulis kepada Rini.

“Faham.. saya pernah terbaca dan melihat serta mendengar perbincangan orang tentang
hukuman hudud ini. Banyak yang menyatakan sukar untuk dilaksanakan dan ramai juga
yang menyatakan yang hukuman ini sangat tak bertamadun dan keras. Apa pendapat
awak?” tanya Rini.

“Bukan pendapat, tapi penjelasan. Hukuman ini merupakan hukuman yang ditetapkan
oleh Allah s.w.t., jadi apa saja yang datang dari Allah s.w.t., itulah yang terbaik kepada

Syahadah: 173
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

kemanusiaan. Jadi bukanlah pendapat yang perlu diberi untuk menjustifikasikan


hukuman tersebut, tapi penjelasan agar semua pihak faham. Pendapat kalau diberi,
adakalanya menyokong dan adakalanya menentang. Ini kerena manusia yang menurut
lojik akal takkan dapat menggarap sepenuhnya hikmah semua arahan Allah s.w.t.
sehinggalah kelebihan itu kelihatan dengan mata kepala mereka sendiri. Adakalanya
kelebihan perlaksanaannya itu akan kelihatan dalam masa yang singkat saja dari atrikh
pelaksanaannya. Tapi adakalanya ianya mengambil masa yang panjang untuk
menampakkan hasil. Tapi bagi hukuman hudud ini, kelebihan pelaksanaannya akan
kelihatan dengan serta merta setelah dilaksanakan. Itu saya sangat optimis," jelas penulis.

“Tapi ada pihak yang menyatakan yang hudud tu cuma kurang dari 10% dari kandungan
Al-Qur’an, jadi pelaksanaannya bukanlah sesuatu yang significant sebagai membuktikan
keimanan kita kepada Allah s.w.t. dan tidak sepatutnya dijadikan sebahagian dari
undang-undang negara. Kenapa begitu?” tanya Rini.

“Inilah akibatnya menggunakan lojik akal untuk mentafsir arahan Allah s.w.t.. Biar
sebesar mana sekalipun bahagian sebarang hukum dalam Al-Qur’an, ianya bukan
membawa erti ianya significant atau pun tidak. Jika sesuatu itu tidak significant, ianya tak
akan dimasukkan dalam Al-Qur’an. Biarpun kurang dari 10% ayat berkenaan dengan
hudud terdapat dalam Al-Qur’an, tapi ianya bukanlah tidak significant. Sebagai contoh,
stereng dalam sebuah kereta, berat stereng tersebut dan saiznya tak sampai pun 5% dari
keseluruhan kereta tersebut. Jadi bolehkah kita anggap stereng tu sesuatu yang tidak
penting dan boleh diketepikan? Salahkan pendapat tu? Sedangkan sterenglah yang
menjadikan kereta tersebut dapat sampai ke destinasi yang ingin ditujui oleh si pemandu
tadi. Tanpa stereng, kereta tadi pastinya dah berjalan tanpa tujuan dan akhirnya akan
kemalangan dan mengakibatkan si pemandu tadi juga yang cedera parah atau pun
terkorban. Begitu juga dengan undang-undang dan hukum hudud. Hukum inilah yang
akan memandu ummah menuju ke arah kemajuan dan mengurangkan permasalahan
sosial dan menghalang apa jua bentuk pencemaran kepada persekitaran supaya agama
dan bangsa dapat dibangunkan dan dimajukan. Percayalah, bangsa ini akan hancur
dengan undang-undang buatan manusia. Tengoklah sendiri nanti," jelas penulis.

“Tapi kalau dijalankan juga hukum hudud ni, bukankah ianya sangat keras dan nampak
seperti melampau?” tanya Rini lagi.

“Apa yang melampau? Boleh bagi contoh kat saya?” tanya penulis yang mahukan Rini
memberikan satu contoh yang hukum hudud yang diperintahkan Allah s.w.t. yang
dikatakannya melampau.

“O.k, contohnya hukuman mati kepada orang yang murtad. Bukankah dalam Islam tu
sendiri ada ayat yang menyatakan bahawa tiada paksaan dalam beragama? Jadi kalau
tiada paksaan dalam beragama, macam mana pula orang yang memilih untuk keluar dari
Islam tu dikenakan hukuman mati? Kenapa pula dia dikenakan hukuman mati semata-
mata hendak menurut kata hatinya yang menyatakan dia tak mahu kekal dalam Islam?
Bukankah ini melampau?” tanya Rini memberikan contoh dengan soalan yang bertalu-
talu.

Syahadah: 174
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Hahahaa.... apa la awak ni... nampak sangat awak memang terpengaruh dengan media
barat. Tu semua tuduhan yang terlalu common dan sangat biasa kita dengar. Percayalah,
seribu tahun lagi pun, kalau dunia masih belum kiamat, perkara yang awak sebut tu akan
diulang-ulang, tak kira lah macam mana sekalipun awak cuba jelaskan. Ayat yang awak
sebut ‘tiada paksaan dalam agama’ tu pun selalu sangat digunakan oleh golongan yang
cuba memberi tafsiran kelabu terhadap Islam. Sebenarnya ayat tu ada dalam Surah
Al_Baqarah ayat 256. Ayat tu memang menceritakan tentang tiada paksaan dalam agama.
Ceritanya yang sebenar ialah, ayat tu menekankan yang sebagi orang Islam, kita tak
boleh langsung memaksa mana-mana pihak yang bukan Islam untuk memeluk agama
Islam. Biar mereka dengan agama mereka, tapi tanggungjawab kita adalah untuk
berdakwah kepada mereka dengan cara paling baik dan rasional. Kalau mereka tolak dan
tak mahu, kita tidak boleh memaksa. Dalam Asbabun Nuzul ayat tersebut, Rasulullah
s.a.w. menegah seorang sahabat baginda dari kalangan Ansar yang beragama Islam, dari
memaksa dua orang anaknya yang beragama Kristian memeluk Islam tanpa kerelaan
mereka. Saya bacakan hadis tersebut; Diketengahkan oleh Ibnu Jarir, dari jalur Said atau
Ikrimah dari Ibnu Abbas, katanya : “Tak ada paksaan dalam agama," Ayat ini
diturunkan ialah mengenai seorang Ansar dari Bani Salim bin Auf bernama Hushain,
yang mempunyai anak beragama Nasrani, sedangkan ia sendiri beragama Islam. Maka
katanya kepada Nabi s.a.w.: “Tidakkah akan saya paksa mereka, kerana mereka tak
hendak meninggalkan agama Nasrani itu?” Maka Allah pun menurunkan ayat tersebut,"
jelas penulis.

“Jelas sekali ayat berkenaan yang sering digunakan sebagi hujah oleh golongan
penentang dan golongan kafir bukanlah membawa maksud yang seseorang Islam yang
hendak murtad itu dibenarkan murtad di atas tiket tiada paksaan dalam agama. Ayat ini
merupakan satu peringatan dari Allah s.w.t. supaya tidak memaksa sesiapa pun
dikalangan orang yang bukan Islam untuk memeluk agama Islam. Tapi ini bukan
bermakna seorang yang beragama Islam boleh keluar dari Islam sesuka hatinya.
Seseorang yang beragama Islam tertakluk kepada semua hukum syariah dan
perlembagaan Al-Qur’an. Jika murtad, maka dia akan dikenakan hukuman," jelas
penulis.

“Kenapa pula, bukannya dia merompak atau membunuh orang. Bukankah hukuman mati
tu sesuatu yang sangat berat jika dibandingkan dengan kesalahannya?” tanya Rini lagi.

“Rini, awak janganlah menurut sangat hasutan para penentang Islam tu. Mereka berkata
ikut sedap hati mereka saja. Tapi realitinya mereka lebih kejam daripada tu," jawab
penulis.

“Kenapa lebih kejam pula?” tanya Rini lagi.

“Macam ni lah Rini, saya jelaskan apa itu Islam kepada awak dari awal supaya awak
faham dan saya akan bagi contoh kat awak kenapa hukuman mati yang ditetapkan ke atas
orang yang murtad itu sangat berpatutan dan mengikut perkembangan semasa," jelas
penulis.

Syahadah: 175
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Mengikut perkembangan semasa? Macam mana tu?” tanya Rini lagi.

“Sebenarnya, syarat untuk seseorang itu menjadi seorang Muslim, dia perlulah mengucap
dua kalimah syahadah terlebih dahulu. Betul tak?” tanya penulis.

“Ya..” jawab Rini sambil mengangguk.

“Apa maknanya mengucap dua kalimah syahadah?” tanya penulis kepada Rini.

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi
bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah. Betulkan?” tanya Rini kembali selepas
menjelaskan terjemahan dua kalimah syahadah.

“Itu terjemahan dua kalimah syahadah dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu la... yang
saya tanyakan ialah, apakah pengertian seseorang itu mengucapkan dua kalimah
syahadah?” tanya penulis lagi.

“Ikrarnya bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu
pesuruh Allah. Ikrar ini membawa maksud yang dia sudah menjadi seorang Islam dan
telah meninggalkan agama atau kepercayaannya sebelum ini. Betulkan?” tanya Rini lagi.

“Hampir tepat... bagus! Tapi pengertian sebenarnya ialah bahawa dia telah mengakui
bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh
Allah dan ini membawa maksud bahawa dia telah berikrar dengan membuat satu
perjanjian dengan Allah s.w.t. bahawa segala apa yang terkandung dalam undang-undang
Islam itu akan dipertanggungjawabkan keatasnya. Dia juga dengan mengucapkan dua
kalimah syahadah, dia telah meletakkan dirinya dibawah semua perlembagaan Al-
Qur’an. Dia juga telah membuat perjanjian dengan Allah s.w.t. bahawa dia tidak akan
mengkhianati Allah s.w.t. dengan apa saja makhluk dan objek atau ‘tuhan’ yang lain.
Dengan perlakuannya untuk murtad, ini bermakna bahawa dia telah melakukan
pengkhianatan terhadap ikrar dan perjanjiannya dahulu dengan Allah. Maka hukuman
mati ke atasnya adalah sangat adil. Ini kerana semasa dia melafazkan ucapan dua kalimah
syahadah dahulu, dia telah berjanji untuk mengikuti dan mematuhi semua perlembagaan
Allah dalam Al-Qur’an dan dia juga sangat memahami bentuk-bentuk perbuatan dan
akibat dari melakukan perbuatan yang sangat dilarang," jelas penulis.

“Awak tahu tak, kalau awak merupakan orang yang berasal dari luar negara dan tak
memiliki kewarganegaraan Malaysia, jika awak telah memenuhi syarat-syarat yang
diperuntukkan bagi membolehkan awak menjadi rakyat Malaysia, maka apa yang
diwajibkan awak lakukan sebelum awak menjadi rakyat Malaysia ialah dengan
mengangkat sumpah untuk taat setia kepada Yang diPertuan Agong dan bersumpah untuk
menjadi warganegara yang sebenar, setia dan jujur. Awak tahu tak?” jelas penulis lantas
bertanya kepada Rini.

“Tak tahu la...” jawab Rini ringkas.

Syahadah: 176
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Awak pernah dengar ikrar sumpah setia bagi seorang yang bukan warganegara untuk
menjadi seorang warga negara Malaysia?” tanya penulis kepada Rini.

“Taaaak.. boleh awak bacakan untuk saya?” tanya Rini lagi.

“Boleh... o.k. awak dengar ni saya bacakan dari nota yang saya catatkan di sini. Sumpah
setia ini terdapat dalam Jadual Pertama Perlembagaan Persekutuan, Sumpah Bagi
Pemohon-Pemohon Untuk Pendaftaran Atau Masukan. Sumpah tersebut berbunyi seperti
ini; Saya____________________________ beralamat di _________________________
dengan ini mengaku di atas sumpah bahawa saya adalah dengan sesungguh dan
sepenuhnya menolak dan meluputkan kesetiaan saya kepada mana-mana negeri atau
Negara di luar Persekutuan, dan saya bersumpah bahawa saya akan jujur dan
menumpahkan segala taat setia saya yang sebenar kepada Duli Yang Maha Mulia Seri
Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan akan menjadi seorang warganegara
Persekutuan yang sebenar, setia dan jujur," jelas penulis sambil membacakan sumpah
setia bagi seorang warganegara asing yang ingin menjadi warganegara Malaysia.

“Ehh.. macam dua kalimah syahadah pula kan?” tanya Rini.

“Hahahahaha... kan dah faham, senang sikit saya nak jelaskan kat awak nanti. Memang
bunyinya macam dua kalimah syahadah. Awak perhatikan terdapat satu kenyataan dalam
sumpah ikrar taat setia tersebut yang menyatakan si pengangkat sumpah itu dengan
bersungguh-sungguh dan sepenuhnya meluputkan kesetiaannya kepada negara lain yang
dia menjadi warganegara sebelum dari itu dan dia bersumpah untuk bertaat setia kepada
Persekutuan. Begitu jugalah dengan kalimah pertama dalam dua kalimah syahadah yang
diucapkan oleh seorang yang bukan Islam untuk memeluk agama Islam, bahawa tiada
tuhan lain yang akan dia sembah melainkan Allah. Dalam kalimah ini bukan setakat dia
menyatakan yang tiada tuhan lain yang disembah melainkan Allah, tapi dia menyatakan
dengan penuh yakin yang Tuhan itu hanyalah Allah s.w.t. dan tiada wujud mana-mana
tuhan selain Allah dan Allah itu Maha Esa. Dengan ucapan kalimah ini bermakna dia
akan menuruti dan tertakluk kepada semua perlembagaan Islam sama juga dengan
seorang warganegara asing yang mengangkat ikrar sumpah taat setia kepada Persekutuan,
maka secara automatiknya dia akan tertakluk kepada semua perlembagaan Persekutuan
dan semua undang-undang yang terdapat didalamnya," jelas penulis.

“Dalam ikrar sumpah untuk menjadi warganegara Persekutuan tersebut, jelas disebut
didalamnya bahawa si pengangkat sumpah tersebut berikrar dan bersumpah bahawa dia
akan jujur dan menumpahkan segala taat setia dia yang sebenar kepada Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong dan akan menjadi seorang
warganegara Persekutuan yang sebenar, setia dan jujur. Awak tahu tak apa hukumannya
dalam undang-undang Persekutuan kepada kesalahan melanggar sumpah ini iaitu dengan
menentang dan memerangi Yang diPertuan Agong?” tanya penulis.

“Tak tahu.. apa dia?” tanya Rini lagi.

“Hukuman mati!” jawab penulis ringkas.

Syahadah: 177
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Hah! Betul ke?!” tanya Rini.

“Ya.. memang betul, hukuman mati mandatori! Begitu juga dengan perlembagaan
negara-negara lain di dunia. Jika awak menentang dan memerangi kepimpinan tertinggi
di negara yang awak tinggal, maka hukumannya ialah hukuman mati mandatori. Jadi
kenapa perlu dikritik hukuman mati ke atas orang Islam yang murtad? Bukankah dia
tidak amanah dalam janji dan ikrar sumpah setianya dulu dan kemudian menentang serta
memerangi Allah s.w.t.? Siapa lebih besar? Ulil Amri atau Allah? Mengapa hukuman
mati ke atas warganegara yang menentang dan memerangi Raja, Sultan, Presiden,
Canselor, Tsar, Kaisar, Maharaja dan apa saja pemimpin tertinggi sesuatu negara
dikatakan adil dan berpatutan sedangkan hukuman mati ke atas orang yang menentang
Tuhan pula dikatakan kejam dan tak bertamadun? Apakah Allah itu kelas dua yang lebih
rendah martabatnya dari Raja, Sultan, Presiden, Canselor, Tsar, Kaisar, Maharaja atau
mana-mana pemimpin negara? Kalau bukan, kenapa dipersoalkan hukuman mati kepada
mereka-mereka yang satu ketika dulu bersumpah taat setia kepadaNya dan kemudian
menghina sumpah mereka dengan ‘meninggalkan’, menentang dan memerangiNya?
Sampai begitu sekalikah hinanya Tuhan, sampai menjadi kelas dua dan dipertikaikan
hukuman ke atas mereka yang menentangNya? Inilah yang dinamakan kebodohan!” jelas
penulis dengan panjang lebar.

“O.k., saya faham. Itu kes mereka yang dari agama lain yang memeluk Islam dan masuk
di atas kerelaan mereka sendiri. Macam mana pula dengan mereka yang dilahirkan
sebagai Islam yang tidak langsung membuat keputusan untuk memeluk agama itu
semenjak lahir. Apakah sama juga bagi mereka?” tanya Rini.

“Ya.. tentulah sama. Kalau awak diberi pilihan samada awak hendak dilahirkan di Israel
ataupun di Malaysia, mana satu yang akan awak pilih?” tanya penulis.

“Tentulah saya pilih Malaysia sebab negara ni aman," jawab Rini.

“Macam tu jugalah mengenai Islam, kalau awak diberi pilihan untuk dilahirkan dalam
satu agama yang sesat, kepercayaan yang mengarut atau pun dilahirkan dalam satu
masyarakat yang tiada hala tuju, mana satu yang awak pilih?” tanya penulis lagi.

“Tentulah saya mahu dilahirkan dalam agama yag benar, tak payah susah-susah nak cari
kebenaran lagi sebab dah memang dilahirkan dalam agama yang benar," jawab Rini.

“Jawapan awak tu ada benarnya dan ada salahnya juga. Yang benarnya, awak kata awak
pilih untuk dilahirkan dalam agama yang benar. Yang salahnya ialah awak kata yang
kalau dilahirkan dalam satu agama yang benar, awak tak perlu berusaha untuk mencari
kebenaran dalam agama lagi. Sepatutnya, apabila awak sudah berada dalam agama yang
benar, awak sepatutnya mencari kebenaran yang terdapat dalam agama tersebut supaya
awak juga dapat membantu mereka-mereka yang mencari kebenaran," jelas penulis.

“Sama macam seorang bayi yang dilahirkan oleh ibunya di negara kelahiran mereka,
maka anak itu juga secara automatik akan diiktiraf sebagai warganegara tersebut tanpa

Syahadah: 178
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

perlu mengangkat sumpah apabila mencapai umur 18 tahun. Jadi kewarganegaraan


automatik ini menjadi satu kelebihan kepadanya. Jadi apabila dia membesar sebagai
warganegara, dia secara tidak langsung juga terikat dengan semua perlembagaan negara
tersebut. Jadi bila dewasa apabila dia melakukan apa-apa kes jenayah dan kesalahan
undang-undang, maka dia tidak boleh menyatakan bahawa dia tidak terikat dengan
perlembagaan dan undang-undang negara tersebut disebabkan dia tak pernah mengangkat
sumpah untuk menjadi warganegara semenjak lahir. Awak pernah tak angkat sumpah
sebagai warganegara Malaysia seumur hidup awak?” tanya penulis kepada Rini.

“Tak pernah..” jawab Rini.

“Macam tu juga dengan saya dan 22 juta lagi rakyat yang dilahirkan dalam negara ni.
Tapi kita semua faham bahawa walaupun tanpa mengangkat sumpah, kita semua telah
secara automatiknya menjadi warganegara apabila dilahirkan dan dibesarkan ibu bapa
kita di negara ini dan secara tak langsungnya semua undang-undang dan perlembagaan
Persekutuan tertakluk ke atas kita. Maka kalau mana-mana warganegara ini yang apabila
dia dewasa mengatakan yang dia tak mahu tunduk dan setia kepada Yang diPertuan
Agong serta menentangnya, maka hukuman tetap dikenakan ke atasnya walaupun dia tak
pernah mengangkat sumpah untuk taat setia kepada Yang diPertuan Agong dan
Persekutuan. Macam tu juga dengan mereka yang dilahirkan sebagai Islam. Secara
automatiknya mereka juga sedar yang semua undang-undang syariah dan perlembagaan
yang Allah s.w.t. tetapkan dalam Al-Qur’an adalah tertakluk ke atas mereka. Lebih hebat
lagi apa yang Allah s.w.t. tetapkan dalam Islam, di mana Allah s.w.t. menetapkan supaya
setiap umat Islam menunaikan solat lima kali setiap hari. Solat ini secara tak langsung
mengingatkan kita sebagai umat Islam kembali dengan ikrar dan sumpah taat setia
kepada Allah dan Rasulullah sekurang-kurangnya sembilan kali setiap hari. Cuba awak
bayangkan, setiap hari kita mengangkat sumpah di depan Allah paling kurang sembilan
kali setiap hari. Ini mengingatkan kita bahawa kita tertakluk kepada semua undang-
undang Allah dan mengigatkan kita setiap hari mengenai pengakuan taat setia kita
kepadaNya dan RasulNya. Sebab itulah, kebanyakan dari mereka yang murtad itu,
mereka sebenarnya tidak langsung memahami dan mengetahui mengenai Islam. Mereka
keluar disebabkan kejahilan mereka dalam agama ini. Jika mereka bijak dan pandai
membuat perbandingan maka Islam tetap menjadi pilihan mereka. Oleh sebab itu jugalah,
awak akan dapat lihat di mana sahaja bahagian di dunia ini, jika masyrakat di kawasan
tersebut merupakan masyarakat yang mencintai ilmu dan masyarakat yang suka berfikir
dan mengkaji, maka di situlah juga awak akan mendapati bahawa kadar orang bukan
Islam kembali ke Islam sangat tinggi. Sebaliknya jika awak lihat kadar orang yang lari
dari Islam itu tinggi di satu-satu tempat, maka awak akan dapat lihat di kawasan tersebut,
budaya ilmu tidak dititikberatkan dan akan kelihatan masyarakat ditempat tersbut sedng
bergelut dengan masalah sosial. Hanya orang Islam yang lemah akal fikirannya akan
meninggalkan Islam kerana daya analitik mindanya untuk membandingkan antara mana
yang betul dan salah tidak berfungsi dengan betul," jelas penulis.

“Tadi awak kata kadar orang bukan Islam yang kembali ke Islam bertambah dalam
masyarakat yang budaya cintakan ilmunya sangat tebal. Apa maksud awak dengan
kembali? Apakah diorang sebelum ni Islam?” tanya Rini lagi.

Syahadah: 179
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. menyatakan yang setiap manusia yang dilahirkan, tak
kiralah oleh ibubapa beragama Yahudi, Nasrani, Hindu, Buddha, Sikh dan sebagainya,
bayi tersebut itu Islam selagi belum mencapai akil baligh. Ibubapanyalah yang akan
mencorakkan agamanya apabila dia meningkat dewasa nanti. Sebab itulah setiap kanak-
kanak yang belum mencapai akil baligh, apabila dia meninggal dunia, maka dia akan
dimasukkan terus ke dalam syurga. Sebab itu jugalah saya katakan yang mereka-mereka
yang bukan Islam apabila mereka memeluk agama Islam, mereka itulah golongan
manusia yang kembali kepada Islam. Mereka dilahirkan sebagai Islam, dibesarkan oleh
ibubapa mereka dengan cara bukan Islam, kemudian apabila akal fikiran mereka mulai
matang dan dapat membezakan antara yang mana yang benar dan tidak, kemudian
mereka membuat keputusan dan bermujahadah memeluk agama Islam. Mereka-mereka
inilah manusia-manuisa yang hebat. Lebih hebat dari awak dan saya, lebih hebat dari
semua umat Islam yang dilahirkan Islam, kerana mereka bermujahadah dan berjuang
dalam hidup mereka untuk mengenali Pencipta mereka. Mereka-mereka ini sanggup
menempuh jalan sukar untuk kembali kepada Islam. Ada diantara mereka dibuang
keluarga, dihalau, diberhentikan kerja, dipukul malahan ada yang sampai terkorban
kerana ingin mempertahankan keputusan mereka kembali kepada Islam. Saya sentiasa
doakan mereka-mereka ini mendapat perlindungan Allah di mana saja mereka berada
begitu juga umat Islam yang lain," jelas penulis.

“Dah jelas?” tanya penulis lagi.

“Hampir jelas..” jawab Rini.

“Awak perlu tahu Rini yang hukuman hudud ini bukanlah bertujuan untuk menghukum
seseorang pesalah, tapi lebih kepada tujuan mencegah dan menakutkan mereka dari
melakukannya supaya masyarakat ditempat mereka tinggal itu dapat hidup dengan aman
damai," jelas penulis lagi.

“Apa maksud awak menakutkan dan bukan dengan tujuan menghukum?” tanya Rini lagi.

“Ya lah, kalau mencuri hukumannya dipotong tangan, bukankah ianya sedikit sebanyak
meninggalkan perasaan takut kepada si pencuri tersebut untuk melakukan aktivitinya?”
jelas penulis yang kemudiannya bertanya.

“A’ahh.. betul juga. Tapi bukankah agak kasar juga hukuman potong tangan ni ke atas
pencuri?” tanya Rini pula.

“Awak nampak kasar sebab si pencuri tu tak pernah mencuri dari awak atau adik beradik
awak yang lain. Pencuri, perompak dan peragut ni sanggup membunuh untuk
mendapatkan duit awak yang tak seberapa tu. Awak tahu tak? Mencuri ni dimulakan
dengan gerakan kecil-kecilan dulu, bila dah biasa maka dia akan meningkatkan lagi
aktivitinya sampaikan ke tahap boleh mecederakan si mangsa dan kadang-kadang
sehingga ke tahap membunuh si mangsa. Kalau mengikut hukuman konvensional,
seorang pencuri yang mencuri itu hanya akan dikenakan hukuman penjara selama
beberapa bulan sehingga ke beberapa tahun. Awak tahu tak hukuman dalam bentuk

Syahadah: 180
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

sebegini merugikan awak, saya dan rakyat Malaysia keseluruhannya?” tanya penulis
kepada Rini.

“Eh.. kenapa pula rugi?” tanya Rini lagi.

“Awak tahu tak hampir RM 30 sehari diperlukan bagi menyara kehidupan seorang
banduan dalam penjara di Malaysia?” tanya penulis kepada Rini.

“Betul ke?” jawab Rini hairan.

“Awak tahu tak hampir 40,000 orang banduan terdapat di penjara seluruh Malaysia?”
tanya penulis lagi.

“Banyaknya!” jawab Rini dengan nada terkejut.

“Cuba awak bayangkan berapa banyak kos yang perlu ditanggung kerajaan setiap tahun
untuk mereka-mereka ini? Kalau seorang, kosnya hampir RM 30, maka awak darabkan
dengan 40,000 dan kemudian awak darabkan dengan 365, berapa banyak setahun yang
perlu dibelanjakan kerajaan? Cuba awak kira?” tanya penulis.

“Lebih kurang RM 438 juta setahun.. banyak juga ya, hampir setengah billion ringgit,"
jawab Rini.

“Itu baru kos pengurusan harian seperti makan dan minum, penyediaan tempat tahanan,
penggunaan air dan elektrik, penyediaan pakaian, perkhidmatan dobi dan tenaga kawalan
manakala kos pemulihan meliputi latihan vokasional, kebajikan, program kaunseling,
ceramah agama, kemudahan perpustakaan, perjumpaan keluarga dan urusan surat
menyurat, tak termasuk kos rawatan dan kos-kos tambahan lain. Setengah billion tu boleh
digunakan untuk pembangunan pendidikan dan membantu golongan susah. Awak tahu
tak dari mana kerajaan dapat setengah billion ringgit tu?” tanya penulis lagi.

“Ntahla…” jawab Rini lagi.

“Dari poket awak la... bila awak kerja nanti. Setiap hari awak kerja, awak akan
sumbangkan sedikit dari wang awak tu untuk menyara beberapa orang perogol,
pembunuh, perompak di dalam penjara. Mahu ke awak menyara kehidupan seorang
perogol yang merogol awak atau adik atau kakak awak selama 20 tahun?” tanya penulis
lagi.

“Tak mahulah... sudahlah merosakkan masa depan orang, lepas tu kita kena sara dia
pulak, yang senang nanti dia, bukannya mangsa rogol tu..” jawab Rini sambil
mencebikkan mulutnya.

“Tapi itulah yang berlaku secara tidak langsung, si mangsa rogol yang berkerjaya
mungkin akan secara tidak langsung juga menanggung kehidupan orang yang
merogolnya selama 20 tahun melalui cukai yang dibayarnya. Kalau awak yang dirogol

Syahadah: 181
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

apa perasaan awak jika awak dapati sebahagian wang yang awak bayar itu digunakan
untuk menyara si perogol awak itu. Siapa yang terbela di sini? Awak yang menjadi
mangsa rogol atau si perogol tu yang terbela? Tak pun lebih malang lagi awak sebagai si
mangsa membela si perogol? Hahahahahahaha.. lawak bukan?” jelas penulis sambil
menanyakan soalan bertalu-talu kepada Rini.

“Kalau macam tu saya tak mahu bayar cukai lah...” jawab Rini marah.

“Awak tak boleh buat macam tu. Menjadi kewajipan awak sebagai rakyat Malaysia untuk
menunaikan tanggungjawab awak untuk membayar cukai. Kalau awak tak bayar cukai,
itu bermakna awak menganiaya orang lain pula. Cukai tu bukan saja digunakan untuk
menyara banduan saja, tapi juga duit tu digunakan untuk infrastruktur rakyat yang lain
seperti sekolah, jalanraya, masjid, memberi bantuan kebajikan kepada golongan susah,
memajukan negara, membayar gaji guru dan pensyarah yang mengajar kita. Cukai tu
sangat penting dan awak mesti membayarnya. Cuma malanglah jika awak sebagai
mangsa rogol, wang yang awak sumbangkan dalam bentuk cukai disalurkan kepada si
perogol awak. Cuma di sinilah kelihatan sedikit cacatnya. Sebab tu lah saya cakapkan
tadi, hukuman Allah itu penuh dengan hikmah," jelas penulis.

“Awak tahu tak yang sebahagian daripada pelaku jenayah yang pernah dipenjarakan,
melakukan kesalahan yang sama kembali apabila dibebaskan kerana hukuman penjara
yang dijatuhkan ke atas mereka lebih memberikan keselesaan kepada mereka daripada
kehidupan mereka di luar. Jadi mereka ini memilih untuk masuk ke penjara kembali
disebabkan semua kemudahan yang mereka perolehi semasa berada dalam penjara.
Contohnya seperti makan, pakai, tempat tidur dan kawan-kawan serta aktiviti-aktiviti
dalam penjara. Hukuman fizikal seperti hudud yang dikenakan kepada mereka pastinya
memberikan mereka pengajaran yang akan mengakibatkan mereka serik disamping
berlaku adil kepada semua pembayar cukai yang ada di antara pembayar-pembayar cukai
ini merupakan mangsa kepada pelaku-pelaku jenayah tersebut. Pastinya mereka tak akan
berpuas hati jika mengetahui bahawa selama berpuluh-puluh tahun ini merekalah yang
menyara kehidupan penjenayah-penjenayah yang satu ketika dulu tanpa belas
menganiaya mereka. Ini bukanlah keadilan, tapi proses yang terbalik, iaitu si mangsa pula
terpaksa berhempas pulas bekerja untuk ‘menganggung’ si pelaku jenayah sedangkan si
pelaku jenayah tersebut dengan bersenang lenang tanpa usaha mendapat makan percuma
setiap hari di penjara," jelas penulis lagi.

“Tapi kenapa kalau mencuri di hukum potong tangan, kenapa tidak sebat atau dihukum
kerja berat?” tanya Rini lagi.

“Itu adalah ketetapan Allah s.w.t.. Hukuman itu bukanlah dengan mencuri saja, terus
tangannya akan dipotong. Ada pengiraannya yang perlu dilakukan terlebih dahulu.
Banyak aspek yang perlu diperhatikan terlebih dahulu sebelum hukumannya dijatuhkan.
Ini termasuklah keupayaan fizikal seseorang itu untuk menerima hukuman. Jika seorang
pencuri itu sudah berusia agak lanjut, berkemungkinan hukumannya akan diringankan
mengikut kadar yang dapat diterima tubuhnya supaya tidak berlaku kezaliman pula ke
atasnya. Tapi hanya faktor kesihatan, faktor penyebab kejadian dan keupayaan fizikal

Syahadah: 182
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

sahaja yang akan dipertimbangkan. Kedudukan, kemuliaan, keturunan dan kekayaan


seseorang itu tidak dikira sama sekali. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang membawa
maksud kaum-kaum atau umat-umat terdahulu dibinasakan Allah s.w.t. kerana
melaksanakan hukuman hudud ke atas rakyat bawahan dan miskin tetapi mengecualikan
golongan kaya dari hukuman yang sama. Nabi s.a.w. mengingatkan supaya tidak pilih
kasih dan memberi contoh sekiranya anak baginda Fatimah sendiri mencuri maka
baginda sendiri akan memotong tangan anaknya. Mengenai soalan awak mengapa
tangannya harus dipotong, saya dah jawab tadi yang itu adalah ketetapan Allah s.w.t.
Satu contoh saya bagikan kat awak, jika awak dihadiahkan seseorang dengan sebotol
krim pencuci muka yang berkualiti tinggi. Selepas seminggu awak pakai, muka awak
yang licin mula ditumbuhi jerawat batu dengan banyak. Apa yang awak nak buat dengan
krim tu?” tanya penulis lagi.

“Tentu la saya tak pakai dah, terus masuk tong sampah la jawabnya...” jawab Rini.

“Macam tu juga la tangan bagi seorang pencuri, tangan tu dianugerahkan Allah s.w.t.
kepadanya dalam keadaan paling elok dan berfungsi baik. Diberikan tangan itu oleh
Allah s.w.t. kepadanya adalah untuk membawa kebaikan kepada dirinya, keluarga dan
masyarakat disekelilingnya. Tapi malangnya, tangan yang sepatutnya digunakan untuk
kebaikan dan mencari rezeki, telah digunakannya untuk mendatangkan kemudaratan
terhadap orang lain. Sama juga dengan krim pencuci muka tadi, sepatutnya ianya
memberikan hasil yang baik kepada si pemakainya. Tapi disebabkan dengan
menggunakan krim tersebut, muka si pemakai tu ditumbuhi pula jerawat sehingga
memudaratkan si pemakainya, maka lebih elok bagi krim itu dibuang ke dalam tong
sampah dan tidak digunakan lagi. Begitu jugalah dengan tangan si pencuri, disebabkan
dia tidak menggunakan anugerah Allah itu untuk kebaikan, maka selayaknyalah Allah
menetapkan bahawa tangan yang dipinjamkan itu ‘diambil’ balik. Ini kerana ianya tidak
mendatang apa-apa faedah pun kepada tuan punya tangan dan kepada masyarakat
disekelilingnya," jelas penulis.

“Habis tu kalau dipotong tangannya nanti, macam mana dia nak cari makan?” tanya Rini
lagi persis aktivis hak asasi manusia.

“Kenapa awak tanya macam tu pula sedangkan selama ini dia hidup dengan mencuri
hasil titik peluh orang lain, bukannya bekerja pun untuk mencari makan. Kenapa tiba-tiba
nak tersedar tak boleh nak cari makan kalau tak ada tangan? Sedangkan sebelum ini masa
ada tangan tak pernah terfikir pun nak cari nafkah dengan cara yang elok?” jelas penulis.

“Tapi Allah s.w.t. tidak kejam, jika si pencuri tu kidal, maka tangan kanannya sahaja
akan dipotong, begitu juga sebaliknya. Itu pun bahagian yang hendak dipotong itu hanya
dipotong mengikut jumlah nilai barang yang dicuri. Kalau tak sampai pun satu per empat
dinar, maka hukuman potong tangan tak akan dilaksanakan. Tapi kalau sampai satu per
empat dinar atau lebih, maka tangannya akan dipotong mengikut kadar barang yang
dicuri dan tangan yang akan dipotong itu merupakan tangan yang tidak digunakannya
untuk menulis, membuat kerja dan bukan tangannya yang paling kuat. Ini bagi
membolehkannya mencari nafkah sesudah menjalani hukuman potong tangan tersebut,

Syahadah: 183
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

dengan tangannya yang lemah yang dipotong itu sebagai peringatan kepadanya supaya
menggunakan apa yang tinggal kepadanya dengan baik dan memberikan kebaikan kepada
semua pihak," jelas penulis.

“Awak fahamkan?” tanya penulis.

Kali ini tiada lagi soalan daripada Rini. Dia hanya mengangguk tanda faham.

Setelah hampir setengah jam berborak kosong dengan Rini, keretapi pun hampir sampai
ke destinasi yang ditujui oleh penulis.

“Rini, stesen destinasi saya kat depan tu, mungkin sampai dalam lima minit lagi. Boleh
saya ambil kitab-kitab tu untuk disimpan?” tanya penulis.

“Eh.. dah nak sampai..” tiba-tiba muka Rini berubah.

“Kenapa dengan awak?” tanya penulis yang hairan melihat riak wajah Rini tiba-tiba
berubah.

“Err... Tak ada apa-apa..” jawab Rini yang masih dengan wajah yang nampak seperti
gelisah.

Siap saja menyimpan semua kitab-kitab dan buku penulis ke dalam beg, keretapi pun
sampai dan berhenti di stesen Bukit Mertajam.

“Rini.... dah sampai dah B.M., entah kenapa berat hati saya nak turun..” kata penulis
kepada Rini.

“Saya minta diri dulu ya Rini, nanti kalau umur panjang kita jumpa lagi o.k. , saya minta
maaf kat awak kalau-kalau sepanjang kita sembang tadi saya ada lukakan hati awak atau
terkasar dengan awak. Saya minta maaf ya..InsyaAllah saya akan contact awak melalui e-
mail.” kata penulis kepada Rini.

Rini hanya terdiam dan mengangguk kemudian melemparkan senyuman hambar.


Wajahnya tidaklah seceria separuh perjalanan tadi. Penulis pun mengambil beg dan
menyandang gitar kapok penulis ke bahu. Sambil tersenyum penulis melambaikan tangan
sambil berlalu dari Rini.

Baru melangkah menghampiri pintu gerabak, terdengar nama penulis dipanggil.

“Nizam! Tunggu sekejap!” Rini memanggil penulis lantas dia bangun mengambil begnya
dan terus bergerak ke arah penulis.

“Saya nak turun sini gak.... saya nak ikut awak.. boleh?” tanya Rini.

Pertanyaannya membuatkkan penulis hairan.

Syahadah: 184
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Apsal awak nak turun kat sini? Bukan awak cakap tadi awak nak turun kat
Butterworth?” tanya penulis kehairanan.

“Nanti saya cerita kat awak... saya nak ikut awak.. boleh?” tanya Rini lagi mendesak.

“Nak ikut ke mana?” tanya penulis yang semakin keliru.

“Ke mana awak pergi la..” jawab Rini sambil tersengih.

“Jangan buat gila Rini... saya nak balik rumah orang tua saya ni... kan awak cakap mak
cik awak ada kat sini? Awak nak saya hantarkan sampai rumah dia ke?” tanya penulis
cuba mententeramkan perasaan.

“Kita turun dulu.. nanti saya cerita kat awak..” jawab Rini ringkas sambil menarik beg
gitar penulis untuk memaksa penulis turun bersamanya.

Sebaik saja turun, penulis mengajak Rini duduk di kantin KTM stesen Bukit Mertajam
tersebut.

“Sekarang pukul berapa Rini?” tanya penulis.

“Tu haa! Sikit punya besar jam kat atas kepala awak tu.. takkan tak nampak?” jawab Rini
seakan cuba memerli penulis.

“Hahahhah.. pukul enam suku pagi. Tadi masa kat K.L., ada sorang amoi tanya jam kat
saya, jawapan saya lebih kurang dengan jawapan awak la. Sekarang dah terkena balik kat
saya," kata penulis.

“Awak tunggu sini kejap ye Rini.. Saya nak gi sembahyang subuh.. tunggu jap o.k.?”
tanya penulis kepada Rini.

Rini mengangguk.

Selesai menunaikan sembahyang jemaah dengan penumpang-penumpang yang turun di


stesen Bukit Mertajam, penulis pun menuju ke kantin KTM untuk berjumpa Rini
kembali.

“Kenapa awak turun kat sini?” tanya penulis.

“Awak nak tahu juga ke?” tanya penulis.

“Ya lah.. mestila saya nak tahu.. kan tadi awak dah janji nak bagitau saya sebelum turun
tadi?” tanya penulis mengingatkan Rini dengan apa yang dikatakannya sebelum itu.

“Awak jangan marah tau," jawab Rini kembali.

Syahadah: 185
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Buat apa saya nak marah, cerita saja la...” jawab penulis.

“Sebenarnya saya datang ke Penang ni bukan untuk jumpa mak cik saya. Tapi saya nak
jumpa Bernard, kawan saya yang saya cakapkan kat awak tadi," jawab Rini.

“Bukan awak cakap yang Bernard tu budak Sabah?” tanya penulis cuba mengingati apa
yang diceritakan Rini di atas keretapi tadi.

“Betul dia budak Sabah, tapi sekarang ni dia tinggal kat Penang. Tujuan saya datang sini
pun semata-mata nak jumpa dia. Mulanya saya plan nak habiskan masa kat sini sampai
habis cuti, tapi bila dah bersembang dengan awak malam tadi atas keretapi saya jadi
sangat tak sedap hati. Itula pasal saya turun kat sini. Saya ikut gerak hati saja," jawab
Rini menceritakan perihal tindakannya.

“Abis tu awak nak tinggal kat mana kat sini sepanjang cuti awak nanti?” tanya penulis
lagi.

“Kalau ikut plan sebelum ni, kat rumah Bernard la.. tapi saya rasa sangat tak sedap hati.
Sebenarnya Bernard tunggu saya kat stesen Butterworth pagi ni. Saya tak mahu jumpa
dia la.. saya mula tersedar apa yang saya bakal buat dengan Bernard itu sangat salah..
sebelum ni dia ada pernah mengajak saya mengikuti kepercayaannya.. saya tak pernah
ambil peduli... tapi saya rasakan kalau saya tinggal di sana buat seketika, mungkin saya
akan terpengaruh... mungkin juga Allah telah menetapkan yang saya akan berjumpa
dengan awak malam ini, sekurang-kurangnya perkara yang menjauhkan saya denganNya
telah dijelaskan awak dan awak membuatkan saya terfikir kembali dengan semua
tindakan saya sebelum ini...” kata Rini.

“Abis tu, macam mana dengan Bernard?” tanya penulis lagi.

“Entahla.. tiba-tiba saja hati saya memaksa supaya tak turun di Butterworth. Saya harap
tindakan saya ni betul.. dan saya harap saya tak berdosa tak menunaikan janji saya
dengannya....” jawab Rini.

“Abis tu apa plan awak sekarang?” tanya penulis lagi.

“Saya nak balik rumah...” jawab Rini.

“Rumah?” tanya penulis.

“Ya .. balik rumah saya kat Johor," jawab Rini.

“Awak boleh tolong saya tak?” tanya Rini lagi.

“Boleh.. setakat mana yang saya mampu saya akan tolong awak," jawab penulis.

Syahadah: 186
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

“Boleh awak temankan saya sekejap ke stesen bas?” tanya Rini lagi.

“Tapi Rini, stesen bas untuk bas ke Johor cuma ada di Butterworth. Kalau awak tak nak
terserempak dengan Bernard, awak kena tunggu la satu dua jam lagi," ujar penulis.

“Awak nanti temankan saya kan?” tanya Rini inginkan kepastian.

“Ya.. jangan takut.. saya temankan sampai awak naik bas nanti..” jawab penulis.

Penulis pun menghabiskan masa sehingga hampir pukul sepuluh pagi berbual kosong
dengan Rini disekitar kawasan Bukit Mertajam. Kemudian hampir pukul sepuluh pagi,
penulis mengajak Rini menaiki bas ke stesen Butterworth. Sesudah sampai di sana,
kelibat Bernard tidak langsung kelihatan menurut Rini., tiket bas untuk ke Johor Bahru
pun dibeli Rini. Bas dijangka bertolak pada pukul 1045 pagi.

“Terima kasih Nizam sebab sudi temankan saya dan terima kasih kat awak sebab banyak
yang saya belajar dari awak dalam satu malam, melebihi apa yang saya tahu seumur
hidup saya," kata Rini yang berterima kasih kepada penulis.

“Tak ada apa sebenarnya tu, sebenarnya seronok bersembang dengan awak juga, awak
seorang yang sangat rasional dan senang untuk saya bertukar pendapat. Saya harap awak
akan dilindungi Allah setiap saat dan masa,” kata penulis kepada Rini di kala dia mula
melangkah untuk menaiki bas.

“Rini! tunggu kejap.. ada sesuatu saya nak bagi kat awak," kata penulis.

“Apa dia?” tanya Rini kembali.

Penulis pun mengambil tafsir Al-Qur’an yang sejak dari malam tadi digunakan Rini dan
kemudiannya menghulurkan kepadanya.

“Saya tak ada apa yang berharga untuk bagi kat awak sebagi tanda persahabatan, tapi
saya rasa Terjemahan Al-Qur’an saya ini mungkin lebih berharga dari semua objek yang
ada di dunia ini. Saya harap awak akan mendapat manfaat dari hadiah saya ini. Untuk
awak...” kata penulis sambil menghulurkan Terjemahan Al-Qur’an milik penulis kepada
Rini.

“Terima kasih banyak Nizam... saya naik dulu o.k., kitab ni saya akan jaga dan baca
setiap masa.. keep in touch o.k..” kata Rini sambil berjalan dan melambaikan tangannya
ke arah penulis.

Penulis menunggu sehingga bas yang dinaiki Rini berlalu. Ternampak pada penulis Rini
sedang mengesatkan airmatanya di dalam bas. Dia kemudiannya melambaikan tangannya
kepada penulis. Bas tersebut pun bergerak perlahan meninggalkan stesen menuju ke
destinasi yang ditujui.

Syahadah: 187
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Itulah kali ketiga akhir penulis bertemu Rini. Kali kedua akhir ialah semasa penulis
tinggal di Singapura semasa bekerja dengan sebuah firma swasta di sana. Kali terakhir
penulis berjumpa dengannya ialah pada hari dia melangsungkan perkahwinan dengan
seorang jurutera perisian di Johor. Alhamdulillah, setelah enam tahun, dia akhirnya
mendapat seorang suami yang pada pandangan penulis mempunyai karektor yang baik
dan boleh membimbingnya ke jalan syurga. Tudung yang dipakainya pada hari
persandingan itu mengingatkan penulis kepada janjinya kepada penulis untuk melakukan
perubahan drastik apabila berumahtangga. Maka benarlah dia memegang kepada
janjinya. Sesudah dari itu tiada lagi berita dari Rini. Semoga syahadahnya diterima Allah
s.w.t. dan diampunkan kejahilannya satu ketika dulu.

Syahadah: 188
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Rujukan
1. TAFSIR JALALAIN BERIKUT ASBAABUN NUZUL Jilid 1,2,3, & 4, Imam
Jalaluddin Al-Mahalli & Imam Jalaluddin As-Suyuthi. Terbitan Penerbit Sinar Baru
Algensindo Bandung.

2. THE HOLY QUR’AN Original Arabic Text with English Translation & Selected
Commentaries by Abdullah Yusuf Ali, 2nd Reprint 2001; Terbitan Saba Islamic
Media Sdn. Bhd; www.saba-islamic-media.com

3. TAFSIR QUR’AN KARIM 30 JUZU oleh Prof. Dr. H. Mahmud Yunus; Terbitan
Pustaka Al-Azhar Kuala Lumpur; Terbitan asal P.T. Hidakarya Agung Jakarta.
Cetakan edisi pertama di Malaysia 1987.

4. HOLY QUR’AN version 6.31 CD ROM; 1991 – 1996 Sakhr Software.

5. PENCIPTAAN ALAM SEMESTA (The Creation of Universe) oleh Harun Yahya;


Penterjemah Rohidzir Rais; Cetakan Pertama 2006; Diterbitkan oleh PERNIAGAAN
JAHABERSA; www.jahabersa.com.my

6. TERJEMAHAN HADIS SHAHIH BUKHARI JILID I, II, III & IV, Al-Imam Al-
Bukhary; Cetakan ke enam 2005; Diterbitkan oleh KLANG BOOK CENTRE.

7. TERJEMAHAN HADIS SHAHIH MUSLIM JILID I, II, III & IV, cetakan kelima
1997; Diterbitkan oleh KLANG BOOK CENTRE.

8. IS THE BIBLE GOD’S WORD? By Ahmed Deedat; Diterbitkan di Malaysia oleh


ISLAMIC PROPAGATION CENTRE INTERNATIONAL (IPCI MALAYSIA),
Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang. Layari www.ipci.com untuk maklumat lanjut
dan semua booklet percuma dapatkan secara percuma dengan emailkan pesanan
kepada satuhala@yahoo.com .

9. World Religious Scriptures Vol 1 CD ROM, Infinett Communication Technology


2007. Info

10. Answers to Non Muslims Common Question About Islam by Dr. Zakir Abdul Karim
Naik; Terbitan Islamic Research Foundation. Layari www.irf.net untuk maklumat
lanjut dan informasi yang sangat berguna. Dapatkan secara percuma booklet ini di
www.irf.net atau dapatkan secara percuma dengan emailkan pesanan kepada
satuhala@yahoo.com

11. THE QUR’AN AND MODERN SCIENCE COMPATIBLE OR INCOMPATIBLE


by Dr. Zakir Abdul Karim Naik. Layari www.irf.net untuk maklumat lanjut dan
informasi yang sangat berguna. Dapatkan secara percuma booklet ini di www.irf.net
atau dapatkan secara percuma dengan emailkan pesanan kepada
satuhala@yahoo.com

Syahadah: 189
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
www.satuhala.blogspot.com

Semua ilustrasi grafik, lukisan,tulisan dan cerita yang terkandung dalam eNovel ini adalah
merupakan hakmilik Mohd Aswanizam Bin Alias.

Syahadah: 190
Dialog dengan gadis melayu Atheist.
© Mohd Aswanizam Bin Alias Februari 2007
Adakah anda berminat mengkaji atau
membaca dan membandingkan kitab
agama yang terdapat di dunia?
Dapatkan World Religious Scriptures Vol 1
sekarang!

Hanya RM 40.00* sahaja


(Bagi mereka yang telah membeli eBook Syahadah atau mana-mana produk kami
sebelum ini, harga diskaun RM 30.00* diberikan. Klik sini untuk maklumat lanjut)
*Harga termasuk kos penghantaran melalui Pos Ekspress

Kitab-kitab yang terdapat dalam CD-ROM ini:

1) Veda : Rig, Atharva, Sama dan Yajur Veda


2) Bible : Duoay Rheimes (Katolik) dan King James Version
(Protestant)
3) Tanakh : Torah, Neviim dan Ketuvim
4) Al-Qur’an
5) Shri Guru Granth Sahib
(Semua kitab ini adalah dalam bentuk pdf dan dalam terjemahan Bahasa Inggeris)

Percayalah, nilai ini adalah kecil berbanding dengan nilai


sebenar kitab-kitab agama ini.... Pesanlah SEKARANG. Klik sini
CARA PEMBELIAN

Untuk mendapatkan CD ROM World Religious Scriptures Vol 1


ini, anda boleh membuat bayaran sebanyak RM40.00* ke:

Bank : MAYBANK
No. Akaun : 157091045597
Nama : Mohd Aswanizam Alias

Pastikan selepas membuat bayaran, sila emelkan maklumat


penting di bawah kepada satuhala@yahoo.com dengan
tajuk "PESANAN WRSV1 CD ROM"

Nama :
Email :
Tarikh / Tempat / Masa Pembayaran :
No. Telefon Bimbit :
No. Rujukan Transaksi :
Alamat Rumah :

CD ROM tersebut akan dihantarkan ke alamat yang anda


berikan dalam masa 7 hari bekerja selepas pengesahan
pembayaran dibuat.

Percayalah, nilai ini adalah kecil berbanding dengan nilai


sebenar kitab-kitab agama ini.... Pesanlah SEKARANG.

Sekian Terima Kasih.


CARA PEMBELIAN BAGI PEMBELI YANG
PERNAH MELANGGAN PRODUK DARI
KAMI
Bagi setiap pelanggan yang pernah melanggan produk dari kami,
DISKAUN 25% akan diberikan kepada setiap produk lain dari pihak kami
yang dilanggan.

Pastikan KOD PELANGGAN yang diberikan semasa pembelian produk


pertama dahulu disertakan supaya kami dapat memastikan dengan tepat
yang anda layak untuk mendapatkan diskaun 25% tersebut.

Untuk mendapatkan CD ROM World Religious Scriptures Vol 1 ini, anda


boleh membuat bayaran sebanyak RM30.00* ke:

Bank : MAYBANK
No. Akaun : 157091045597
Nama : Mohd Aswanizam Alias

Pastikan selepas membuat bayaran, sila emelkan maklumat penting di


bawah kepada satuhala@yahoo.com dengan tajuk "PESANAN WRSV1
CD ROM"

Nama :
KOD PELANGGAN :
Email :
Tarikh / Tempat / Masa Pembayaran :
No. Telefon Bimbit :
No. Rujukan Transaksi :
Alamat Rumah :

CD ROM tersebut akan dihantarkan ke alamat yang anda berikan dalam


masa 7 hari bekerja selepas pengesahan pembayaran dibuat.

Sekian terima kasih kerana pernah melanggan produk dari kami.


Pesanlah SEKARANG.
*termasuk kos penghantaran

You might also like