You are on page 1of 17

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu (Kemahiran Membaca)

Definisi

Membaca adalah salah satu masalah utama yang dihadapi oleh


kanak-kanak masalah pembelajaran. Bacaan juga merupakan sebagai
punca utama kegagalan kanak-kanak di sekolah. Malah dikatakan juga
bahawa kegagalan membaca akan membawa kepada perlakuan salah
laku, cemas, kurang motivasi, dan perasaan rendah diri (Mercer, 1992).
Membaca adalah kemahiran yang kompleks dan banyak definisi diberikan
untuk menjelaskan maksud bacaan. Secara asasnya, membaca
mengandungi dua proses asas, iaitu ”nyah kod” (decode) dan pemahaman.
Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara huruf-
huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama
dengan bahasa lisan. Oleh itu, kemahiran nyah kod membolehkan
seseorang menyebut perkataan yang ditulis dengan betul. Manakala
poroses pemahaman pula membolehkan seseorang memahami makna
sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.

Terdapat banyak definisi yang diberikan untuk menjelaskan maksud


bacaan. Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai
proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-
lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula
mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam
bentuk visual (lambang-lambang grafik yang mewakili bahasa atau
perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang
telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami
dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999). Dua definisi yang
diberikan ini sudah cukup untuk menjelaskan bahawa kemahiran membaca
adalah satu proses yang kompleks.
Berdasarkan definisi-definisi membaca yang ditelitinya, Marohaini
Yusoff (1989) telah merumuskan proses membaca seperti berikut:

1. Perlakuan membaca adalah perlakuan yang kompleks dan tidak


dapat diperhatikan. Cuma dua komponen kemahiran utama yang
dipersetujui wujud dalam kemahiran membaca iaitu kemahiran
mengenal atau mengecam perkataan dan kemahiran memahami
apa yang dibaca.

2. Sesuatu perlakuan membaca mesti dapat menghasilkan


pemahaman
selain pengecaman dan penyebutan perkataan-perkataan.
Maksudnya,
untuk menjadi pembaca yang berkesan, seseorang itu tidak perlu
dapat
menyebut perkataan dengan betul dan lancar asalkan dia tahu
makna
perkataan-perkataan yang dibacanya.

3. Semasa membaca, seseorang itu perlu berfikir, merasai, dan


membayangkan apa yang dibaca.

Seseorang murid itu mempunyai tujuan, jangkaan, pengetahuan, dan


pengalaman lalu yang akan mempengaruhi apa yang akan dibacanya.
Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:

 mengecam atau mengenal lambang atau perkataan yang dilihat.

 mengaitkan lambang atau perkataan dengan bunyi atau makna.

 menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya


dengan apa yang sedia ada di kepala.
 mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan,dan ayat sehingga
menjadi sebuah idea yang kengkap.

 mencuba menghuraikan idea kepada orang lain.

Melihat kepada susun tugas dalam proses membaca, dapatlah


dikatakan bahawa membaca adalah satu proses yang memerlukan
pemikiran yang aktif. Berdasarkan definisi membaca dan rumusan yang
dibuat berkaitan dengan proses membaca, dapatlah dimengerti bahawa
membaca adalah kemahiran yang kompleks yang melibatkan beberapa
kemahiran lain.

Proses Membaca

Daripada definisi-definisi yang telah dibincangkan, ternyata bahawa


membaca adalah proses yang kompleks yang yang terdiri daripada
gabungan beberapa proses yang kompleks, iaitu proses sensori
(kederiaan), proses pengamatan, proses bahasa (linguistik), dan proses
kognitif. Setiap proses memainkan peranan penting dalam proses
membaca secara keseluruhan.

1. Membaca sebagai proses sensori (kederiaan)

Deria atau panca indera adalah pintu masuk berbagai rangsangan ke


otak untuk diproses. Dua deria yang terlibat secara aktif dalam proses
membaca adalah penglihatan dan pendengaran. Kedua-dua deria ini
berhubung rapat antara satu sama lain dalam proses membaca.

Deria penglihatan

Proses membaca berlaku apabila lambang-lambang dilihat dan disalurkan


ke otak untuk diproses bagi mendapat makna sebenar. Bagi individu yang
bermasalah penglihatan (buta) deria penglihatan akan digantikan dengan
deria sentuhan.

Deria pendengaran

Seseorang memerlukan pendengaran yang baik untuk membolehkannya


membaca dengan baik. Seseorang perlu mendengar dengan baik mesej
yang diterima supaya ia dapat menghasilkan semula mesej itu dengan
jelas dan tepat. Keadaan ini tidak berlaku kepada individu yang mengalami
masalah pendengatan

2. Membaca sebagai proses pengamatan

Pengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugas-


tugas panca indera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini
berhubung rapat dengan pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan
membolehkan seseorang mengenal dengan tepat lambang-lambang dan
mengaitkannya dengan bunyi-bunyi dan juga makna. Pengamatan dalam
bacaan adalah seperti:

 mendiskriminasi iaitu mengecam dan juga membezakan

 “figure ground” iaitu mengenal objek-objek, bentuk, atau corak-


corak

 ingatan, iaitu mengingat kembali apa yang dilihat atau didengar,

 turutan, iaitu seperti memahami giliran dan urutan.

3. Membaca sebagai satu proses bahasa


Bacaan adalah sebagaian daripada kemahiran bahasa (language
arts) iaitu yang bermula daripada mendengar, bertutur, membaca, dan
seterusnya menulis. Membaca dapat membantu manusia berkomunikasi
dan berhubung sesama mereka melalui sistem lambang-lambang tulisan
yang mereka cipta.

4. Membaca adalah satu proses kognitif

Membaca bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga


melibatkan proses kognitif atau berfikir pada semua peringkat membaca
seperti mengecam, mendiskriminasi, dan memaham. Oleh itu kecerdasan
seseorang akan mempengaruhi kemajuannya dalam membaca.

Faktor-faktor yang Berkaitan Dengan Membaca

Kesediaan Membaca

Kesediaan adalah faktor penting sebelum seseorang kanak-kanak


menguasai sesuatu kemahiran. Seorang kanak-kanak tidak boleh terus
berjalan sekiranya otot-otot anggota kakinya cukup kuat untuk berdiri dan
seterusnya berjalan. Oleh itu bagi menyediakan kanak-kanak berjalan, dia
akan memulakan dengan merangkak, duduk, bangun, berdiri, bertatih, dan
barulah berjalan. Begitu juga dengan membaca, seseorang kanak-kanak
harus mempunyai keadaan perkembangan yang diperlukan terlebih dahulu
sebelum kemahiran membaca diperkenalkan diajar kepadanya.

Kebolehan membaca kanak-kanak wujud sekiranya kanak-kanak itu


memahami dan bertindak secara bersesuaian apabila melihat perkataan-
perkataan yang ditulis. Maksudnya kanak-kanak mesti berkeupayaan
memahami konsep iaitu;
 semua “benda” mempunyai nama,

 nama benda boleh ditulis dalam perkataan,

 kedua-duanya saling bertukar,

 simbol-simbol perkataan boleh dibaca (Mechado, 1985).

Kanak-kanak boleh cepat membaca sekiranya mereka hidup dalam


persekitaran yang intelektual yang sentiasa berfaedah dengan tulisan
seperti buku, surat khabar, dan sebagainya, kanak-kanak yang kaya
dengan pengalaman persekitaran seperti ke pasar raya, ke pameran atau
ke pusat-pusat peranginan, dan juga kanak-kanak mempunyai banyak
peluang untuk berinteraksi dengan orang lain.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca kanak-kanak


adalah:

 keadaan fizikal

 pengalaman dan persekitaran

 emosi, motivasi, dan sahsiah

 kecerdasan

 pengamatan

 penguasaan bahasa

Keadaan fizikal merujuk kepada keadaan mata, telinga, dan organ


pertuturan yang sempurna. Persekitaran yang intelektual yang memberi
pengalaman-pengalaman bermakna akan dapat merangsang otak dan
menimbulkan minat membaca. misalnya mendengar cerita, lawatan ke
perpustakaan atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengan
anak mereka, dan sebagainya.

Keadaan rumah tangga yang dan cara asuhan akan mempengaruhi


perkembangan emosi, motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang
diberikan oleh ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membaca kanak-
kanak.

Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat


mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang
cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan lebih cepat
berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang


kuat, iaitu daya diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran.
Semasa membaca kanak-kanak perlu mendiskriminasi huruf dan juga
mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf.

Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat


belajar kemahiran membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan
baik kerana bahasa adalah alat manusia melahirkan fikiran, perasaan,
kehendak ,dan sebagainya semasa berkomunikasi.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa dan juga guru
untuk memastikan kanak-kanak sudah mempunyai kesediaan membaca
yang mencukupi sebelum mula mengajar kemahiran membaca kepada
kanak-kanak.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kebolehan Membaca

Kemahiran membaca adalah satu proses kognitif yang kompleks.


Oleh itu faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran membaca juga
adalah rumit dan saling mempengaruhi. Kesedaran tentang faktor-faktor
yang mempengaruhi bacaan ini akan dapat membantu guru merancang
pengajaran bacaan untuk murid-muridnya. Menurut Marohaini Yusoff
(1999) faktor yang mempengaruhi bacaan terbahagi kepada dua kategori
besar, iaitu:

i. faktor yang ada pada diri murid atau pembaca

ii. faktor yang ada pada bahan bacaan.

Peringkat-peringkat Mengajar Bacaan

Pengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru bahasa tertumpu


kepada dua kemahiran iaitu bacaan secara kuat (bacaan mekanis) dan
bacaan secara senyap (bacaan mentalis/akaliah). Kemahiran membaca
kuat lebih menumpukan kepada kemahiran sebutan, intonasi, dan gaya
membaca (membaca berita). Manakala bacaan senyap merupakan
kemahiran membaca untuk memaham dan juga kepantasan membaca
petikan sesuatu bahan.

Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah


dibuat secara berperingkat-peringkat supaya mereka dapat menguasai
kemahiran membaca dengan baik. Kamarudin Hj. Husin (1988)
membahagikan pengajaran bacaan kepada lima peringkat:

i. peringkat menyediakan murid

ii. peringkat mendirikan asas

iii. peringkat melatih membaca dan memaham


iv. peringkat melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumat

v. peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemar membaca.

Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan, guru perlu


menyiasat terlebih dahulu tahap kesediaan murid terutamanya penguasaan
bahasa dan juga emosi murid. Pengetahuan guru tentang tahap kesediaan
membaca murid dan juga kemahiran sedia ada murid akan dapat
membantu guru untuk menyediakan murid bagi pelajaran membaca.

Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting dalam pengajaran


kemahiran membaca kepada murid-murid. Pada peringkat ini guru perlu
menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan juga bahan bacaan yang
sesuai. Bahan bacaan yang digunakan hendaklah ringkas, menarik, dan
bermakna. Kemahiran asas bacaan bermula dengan mengenal abjad, suku
kata, perkataan, frasa, dan seterusnya ayat. Pada peringkat ini juga
galakan dan dorongan perlu diberikan kepada murid secara berterusan.

Peringkat seterusnya adalah melatih membaca dan memaham. Pada


peringkat ini bahan bacaan yang digunakan hendaklah dipilih dengan baik.
Selain menekankan aspek sebutan dan kelancaran, guru juga mula
menekankan aspek pemahaman. Kebiasaan murid membaca nyaring
boleh dikurangkan kepada bacaan senyap secara beransur-ansur. Soalan-
soalan guru berkaitan bahan yang dibaca akan membantu murid membina
kemahiran memahami.

Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan lancar dan


seterusnya memahami isi bahan yang dibaca, mereka akan menggunakan
kemahiran ini untuk memilih bahan bacaan lain untuk mencari maklumat
dan juga untuk mengisi masa lapang. Guru boleh membantu kanak-kanak
dengan mengajar mereka kemahiran mencari maklumat di pusat sumber
dan juga internet.

Akhir sekali adalah peringkat membina sikap suka membaca. Sikap


suka membaca hendaklah dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya sebati
dengan jiwa kanak-kanak. Kebiasaannya sekolah kerap mengadakan
pertandingan membaca, pameran buku, peraduan mengarang, dan
sebagainya.

Pemulihan Bacaan

1. Menguji Kemahiran Membaca

Membaca adalah salah satu kemahiran bahasa yang penting


dikuasai oleh kanak-kanak supaya mereka dapat mencapai kemajuan
dalam pelajaran dan juga kualiti kehidupan mereka. Sebab itulah sekiranya
seorang murid gagal membaca dengan baik selalunya dikaitkan dengan
kegagalan pengajaran guru dan juga pendidikan di sekolah berkenaan.
Sebab itu guru perlu didedahkan kepada alat, kaedah dan teknik menguji
kemahiran bacaan terutamanya ujian bacaan secara diagnostik. Ujian
diagnostik bacaan akan dapat membantu guru mengesan kesukaran-
kesukaran khusus bacaan murid.

Ujian bacaan perlu diberikan kepada murid supaya guru dapat


mengesan secara objektif kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh murid
dalam proses membaca. Bermula dari sinilah guru akan dapat merancang
aktiviti-aktiviti pengajaran pemulihan bacaan. Murid yang bermasalah
dalam bacaan tidak boleh dibiarkan berterusan dengan masalah
membacanya kerana akan memberi kesan terhadap pencapaiannya dalam
pelajaran secara keseluruhan.
Ujian bacaan hendaklah dijalankan secara berterusan supaya
maklumat yang diperolehi dapat memberi gambaran sebenar kelemahan
murid. Masalah bacaan sebenar murid penting supaya guru dapat menilai
semula rancangan pemulihan bacaan dan boleh membantu guru
menentukan objektif pengajaran bacaan seterusnya. Kaedah dan teknik
mengajar membaca perlu dipelbagaikan bagi mengelak kebosanan.

2. Ujian Bacaan Nyaring

Terdapat berbagai-bagai jenis ujian bacaan yang boleh dilaksanakan


guru kepada murid-muridnya. Namun begitu ujian bacaan nyaring
merupakan langkah pertama untuk mengesan kesukaran-kesukaran
secara khusus dalam bacaan secara diagnostik. Berdasarkan kajian-kajian
lepas, Abdul Aziz Talib (1989) telah menyenaraikan kesukaran-kesukaran
dalam kawasan-kawasan yang perlu ditubuhkan dalam sesebuah ujian
bacaan:

A. Peringkat huruf (abjad)

 Huruf kecil (a-z)

- mengenal bentuk huruf

- mengenal nama huruf

- mengenal bunyi huruf

 Huruf besar (A-Z)

- mengenal bentuk huruf

- mengenal nama huruf

- mengenal bunyi huruf


- memadan huruf besar-huruf kecil

 Diskriminasi penglihatan

- huruf-huruf yang berdekatan bentuk

- huruf besar dalam perkataan

- huruf-huruf kecil dalam perkataan

 Diskriminasi pendengaran huruf-huruf yang berdekatan bunyi foniknya

 Pembalikan huruf (reversals)

- huruf besar

- huruf kecil

B. Peringkat Perkataan

 membatang suku kata terbuka

 membatang suku kata tertutup

 membatang suku kata yang mempunyai gugusan konsonan

C.Peringkat Perkataan

 pembalikan perkataan

 membezakan bunyi fonem /e/ dan /a/ dalam perkataan

 membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata terbuka dalam


perkataan
 Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata tertutup dalam
perkataan

 Membatang dan mencantumkan suku kata-suku kata yang


mengandungi gugusan konsonan dalam perkataan

 Kekeliruan antara ejaan dan sistem bunyi Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris dalam perkataan

 Menyebut perkataan dasar dan perkataan berimbuhan

D. Peringkat Frasa

 Membaca frasa-frasa sebagai satu unit makna/pemikiran.

E. Peringkat Ayat

 Membaca ayat-ayat pendek

 membaca ayat-ayat panjang

Daerah-daerah kesukaran yang disenaraikan di atas hendaklah diuji


melalui item-item soalan yang dibina oleh guru yang dibina secara
berasingan. Guru boleh menggunakan kad-kad ujian bagi setiap daerah
kesukaran yang hendak diuji dan tidak perlu dijalankan serentak bagi
kesemua tajuk.

Dalam ujian bacaan nyaring, murid diminta membaca petikan dengan


kuat dan guru merekod kesalahan –kesalahan yang dilakukan murid. Abdul
Aziz Talib (1989) menyenaraikan jenis kesilapan yang perlu direkod seperti
berikut:

 membuang/meninggalkan (omission) – bunyi huruf/perkataan


/imbuhan yang ditinggalkan
 Ulangan (repetition) - mengulang-ulang perkataan/suku kata

 Gantian (substitute) - bunyi huruf/perkataan diubahgantikan

 Tambahan (insertion) – bunyi huruf/imbuhan/perkataan ditambah

 Pembalikan (reversals) - huruf/perkataan/frasa dibaca secara


terbalik/songsang.

Kesalahan-kesalahan di atas boleh mengubah makna perkataan


atau ayat yang dibaca dan perlu diberi perhatian oleh guru untuk
mengatasinya. Selain itu, guru juga perlu merekodkan masalah-masalah
atau tingkah laku yang ditunjukkan semasa murid membaca, iaitu:

 membatang suku kata terlebih dahulu

 bacaan tersekat-sekat iaitu perkataan demi perkataan

 membaca terlampau cepat atau gopoh tanpa menghiraukan tanda


bacaan

 membaca terlampau lambat atau merangkak-rangkak

 tidak boleh membaca langsung

Maklumat lain yang perlu direkodkan guru adalah sekiranya murid


mempunyai kecacatan yang boleh menjejas bacaannya seperti gagap,
sengau, pelat, telor, masalah penglihatan, dan masalah pendengaran.

Prinsip-prinsip pengajaran Pemulihan Bacaan


Segala maklumat yang guru perolehi membolehkannnya merancang
rancangan pengajaran pemulihan bacaan untuk muridnya. Margaret et.al.,
1989) telah menyarankan beberapa prinsip pengajaran pemulihan bacaan
yang boleh dijadikan pegangan oleh guru dalam membantu muridnya
membaca.

Guru haruslah memulakan pengajaran pada tahap yang sesuai.


Keputusan ujian diagnostik bacaan dapat membantu guru mengenal pasti
daerah kelemahan dan tahap bacaan murid.

Murid perlu diberi tangungjawab terhadap pembelajaran mereka.


Murid akan dapat belajar dengan lebih baik sekiranya mereka terlibat
secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Gunakan bacaan nyaring dan bacaan senyap mengikut kesesuaian.


Gunakan setiap jenis bacaan ini mengikut keperluan murid. Bacaan senyap
sangat berkesan untuk mengajar murid mengawal proses bacaan mereka
sendiri. Manakala bacaan nyaring pula sangat berkesan untuk
meningkatkan kemahiran sebutan dan kelancaran bacaan.

Komponen Pengajaran Pemulihan Bacaan

Sepanjang sesi pengajaran bacaan guru disarankan mengikut


langkah-langkah pengajaran yang meliputi komponen-komponen bacaan
berikut:

Bacaan peringkat pengajaran bermaksud murid membaca bahan


bacaan mengikut tahap pembelajaran mereka. Di sini mereka akan
menjumpai perkataan-perkataan baru dan juga konsep-konsep baru di
bawah bimbingan guru yang akan membantu menyelesaikan masalah dan
juga membantu mereka menguasai bahan bacaan dengan baik.
Pengajaran berfokus dilaksanakan bergantung kepada keperluan
murid. Guru mungkin akan memperuntukkan sedikit masa untuk
membantiu murid tertentu membaca dengan memberi fokus kepada aspek
tertentu dalam bacaan. Cara ini akan membantu murid memfokus kepada
aspek bacaan yang mereka hadapi kesukaran.

Menyemak atau meneliti semula dilakukan untuk membantu murid


untuk mengingat semula perkara yang telah dipelajarinya. Sedikit masa
yang diperuntukkan digunakan untuk mengingat semula seperti makna
perkataan dan bahan bacaan yang telah dipelajari sebelum itu.

Bacaan bebas adalah untuk membentuk sikap membaca yang kekal,


iaitu murid mendapati membaca dapat memberi maklumat, dan
menyeronokkan. Pada peringkat ini murid digalakkan memilih bahan
bacaan mereka mengikut tahap bacaan bebas mereka iaitu dapat
membaca sendiri tanpa bimbingan guru.

Kesimpulan

Kemahiran membaca sangat penting dikuasai oleh kanak-kanak


kerana melalui pembacaan mereka dapat meningkatkan pencapaian
mereka dalam pelajaran, meluaskan pengetahuan, mencari dan
mengumpul maklumat-maklumat yang diperlukan dan lain-lain lagi. Guru
memainkan peranan penting dalam mengajar kanak-kanak kemahiran
membaca. Oleh itu guru perlu nmenggunakan pelbagai kaedah dan teknik
pengajaran bacaan supaya kemahiran membaca dapat dikuasai dengan
baik. Ujian-ujian pemahaman bacaan perlu dijalankan secara berterusan
bagi mengetahui dan mamantau pencapaian murid dalam bacaan.

http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/pengajaran-kemahiran-bahasa-melayu_19.html

You might also like