You are on page 1of 4

JADUAL SPESIFKASI UJIAN

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa
pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya mewakili keseluruhan
sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang
telah ditetapkan.
Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang
relevan dengan sukatan pelajaran/objektif pengajaran.Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti
pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Akhir
sekali, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata
pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari
segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980).
Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta duahala yang
mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan
objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama
yang diajar dan ingin diukur. Dengan demikian, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang
sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi
pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina
merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Dengan demikian, JSU
seharusnya dibina seawall mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran.

Langkah Pembinaan JSU


Dalam pembinaan JSU, anda perlu membuat empat langkah, iaitu:
(1) mengkaji sukatanpelajaran,
(2) menganalisis objektif pengajaran,
(3) menentukan jenis soalan, dan
(4)menentukan bilangan soalan..

1. Mengkaji Sukatan Pelajaran

Anda perlu mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang
kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan
kepentingan tiap-tiap tajuk kandungannya. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah:
• skop dan kedalaman pengajaran bagi sesuatu tajuk;
• pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk;
• kepentingan bandingan di antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain;
• kompleksiti sesuatu tajuk; dan
• masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.

2. Menganalisis Objektif Pengajaran

Di samping mengkaji sukatan pelajaran, objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan


pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya
aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-
rakannya, seperti yang dijelaskan dalam tajuk sebelum ini. Maklumat-maklumat di atas adalah amat
penting kepada penggubal kertas ujian dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan
bilangan soalan yang perlu dibina. Berdasarkan penganalisisan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU
mengandungi dua paksi utama, iaitu:
i. Paksi Kandungan
ii. Paksi Objektif Pengajaran:

Kandungan Pengetahuan
• Tajuk
• Tajuk kecil Objektif Kognitif

Kandungan Kemahiran
• Tajuk
• Tajuk kecil

Objektif PsikomotorKandungan Afek/Perasaan


• Tajuk
• Tajuk kecil

Objektif Afektif

Kedua-dua paksi ini akan mewujudkan sel-sel yang perlu diisi dengan pemberatan soalan,yang
dipertimbangkan dari segi kepentingan kandungan/tajuk/tajuk kecil, yang biasanya ditunjuk dengan
menggunakan bilangan soalan.

3. Menentukan Jenis Soalan

Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, kita perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif
pengajaran (kognitif, psikomotor, afektif atau sosial) dan peringkat objektif pengajaran yang ingin
diukur. Misalnya, jika kita ingin mengukur domain kognitif bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi
tajuk “Struktur ayat” pada peringkat “Aplikasi”, maka jenis soalan yang sesuai ialah soalan jenis
“Objektif” yang berbentuk “melengkapkan ayat” atau soalan jenis “Subjektif” yang berbentuk
“menggubal ayat-ayat”. Jenis-jenis soalan/item dan cara membinanya akan dijelaskan dengan lebih
lanjut kemudian.

4. Menentukan Bilangan Soalan

Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran
dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ia
mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Secara ringkasnya, kebolehpercayaan
ujian bermaksud keupayaan sesuatu ujian member markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab
semula ujian tersebut. Kesahan ujian pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang
ujian itu ingin mengukur.Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut
kemudian.Kepentingan JSUJPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan
Pembina item/soalan ujian.

Antara kepentingannya ialah:


• kertas ujian dapat digubal secara sistematik;
• kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin;
• taburan soalan mengikut tajuk adalah seimbang;
• ujian meliputi keseluruhan sukatan pelajaran; dan
• aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina olehpembina lain.

LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN

Terdapat lima (5) langkah am pembinaan item ujian, iaitu

(1) meyediakan JPU,


(2)menulis item ujian,
(3) menyemak item ujian,
(4) menilai item ujian, dan
(5) membuatkajian rintis terhadap keseluruhan item.

1. Menyediakan JPU

Langkah awal dalam pembinaan item ujian ialah menyediakan JSU seperti yang dijelaskan sebelum
ini, iaitu mengkaji sukatan pelajaran, menganalisis objektif pengajaran, menentukan jenis soalan dan
menentukan bilangan soalan. Tujuan utama penyediaan JSU ialah supaya item-item ujian yang dibina
itu mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran
yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini dapat menjamin soalan-soalan
ujian yang terhasil akan dapat mengukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang kita ingin
pelajarpelajar kita kuasai.Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada kita tentang bentuk
soalan yang akan digunakan.
Sebagai contoh, soalan berbentuk penyelesian masalah perlu dibina sekiranya kita ingin mengukur
keupayaan pelajar kita menyelesaikan masalah matematik. Sekiranya kita ingin pelajar memahami
kesan sejarah ke atas perpaduan kaum, misalnya, mungkin soalan subjektif berjawapan panjang
adalah lebih sesuai daripada soalan objektif. Seterusnya, jika pelajar dikehendaki mengingat tarikh
penting dalam sejarah, mungkin soalan beraneka pilihan/mengisi tempat kosong adalah lebih sesuai.

2. Menulis Item Ujian

Sebaik sahaja anda siap menyediakan JSU (yang sebaiknya mengandungi jenis dan bilangan item
ujian bagi setiap tajuk dan objektif pengajaran), anda telah bersedia untuk membina/menulis item-
item ujian. Walaupun terdapat bentuk item ujian, seperti item beraneka pilihan (multiple-choice
item), item mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank item), item berjawapan pendek (short-answer
item), item betul-salah (true-false item), item padanan (matching item) atau item esei (essay item),
terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang sama, yang boleh digunakan untuk menulis item-item
ini. Prinsipprinsip tersebut dijelaskan dalam bahagian berikut.
• Arahan menjawab bagi setiap item hendaklah ringkas dan mudah difahami pelajar, misalnya, “Sila
isikan ruang kosong dalam soalan berikut dengan satu perkataan sahaja”.
• Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumat dalam
soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajarmemberi jawapan
seperti yang dikehendaki oleh soalan.
• Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/kemahiran yang spesifik daripada
tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan/ kepintaran am.
• Biasanya, kita meminta pelajar memberi jawapan yang “benar”, tetapi ada kalanyakita meminta
mereka memberi jawapan yang “tidak benar”. Dalam keadaan ini, arahan menjawab hendaklah jelas,
seperti menggunakan huruf besar.
• Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki.
Contohnya, unit ukuran dalam meter dan tepat kepada dua titik perpuluhan.

3. Menyemak Item Ujian

Selepas semua item ujian siap ditulis, kita perlu menyemak semula item-item tersebut. Semakan ini
perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:
• Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami
pelajar.
• Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan
mengandungimaklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.
• Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran.
• Soalan yang diberi, terutama soalan jenis objek, tidak mengandungi petanda (clue) kepadajawapan
yang dikehendaki.

Menilai Item Ujian

Selepas semua item ujian disemak oleh pembina/penulisnya, item-item ini perlu disemak dan dinilai
oleh pakar mata pelajaran. Semakan dan penilaian ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara
yang hampir sama dengan apa yang disebut di atas, iaitu:
• Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah difahami pelajar.
• Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukupuntuk
pelajar menjawabnya.
• Soalan-soalan yang dibina adalah mencukupi dan semimbang untuk mengukur kandungandan
objektif pengajaran yang ditetapkan.
• Jawapan yang diberikan oleh penulis adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam
masa yang diperuntukkan.

5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item

Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya, kajian rintis
dibuat terhadap keseluruhan item/kertas ujian. Kajian rintis di sini bermaksud kajian awal tentang
kesesuain item-item kepada pelajar yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran. Biasanya,
kajian rintis tidak dibuat untuk menjaga kerahsiaan ujian. Bagaimanapun, kajian rintis perlu dibuat
untuk soalan-soalan yang ingin disimpan dalam bank soalan. Kajian rintis begini perlu dibuat bagi
menentukan perkara-perkara berikut:
• Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajar dan tidak ada
kesilapan ejaan/istilah yang digunakan.
• Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang cukup untuk
pelajar menjawabnya.
• Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran yang diajar gurudan
tidak ada soalan yang “terkeluar” daripada kandungan tersebut.
• Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut kehendak soalan

You might also like