You are on page 1of 25

PENUBUHAN DAN

PENGENDALIAN PERNIAGAAN
Jenis Bantuan Perniagaan

• Perbankan
• Insurans
• Pergudangan
• Pengangkutan
• Promosi
• Komunikasi
PERBANKAN
Bank merupakan antara bantuan perniagaan yang penting dalam membantu peniaga
dalam urusan perniagaannya. Antara kepentingan perbankan dalam peniagaan ialah :

1. Menyediakan kemudahan penyimpanan wang kepada


peniaga sama ada dalam Akaun Simpanan, Akaun
Simpanan Tetap atau Akaun Semasa.
2. Menyenangkan peniaga dalam urusan pembayaran hutang
atau membuat pembayaran , khususnya dengan
menggunakan cek (Akaun Semasa).
3. Membantu peniaga memungut hutang daripada
penghutang.
4. Membantu peniaga dalam mengembangkan lagi
perniagaan dengan menyediakan kemudahan pinjaman
dan overdraf bank.
Bank di Malaysia

Bank Saudagar Bank Koperasi


Bank Bank Pusat
Islam

Bank Bank Badan


Perdagangan Berkanun
Bank Pusat
~ dikenali sebagai Bank Negara Malaysia. Bank ini ditubuhkan
dan dimiliki oleh kerajaan. Tujuan penubuhannya adalah untuk
melaksanakan dasar-dasar kewangan kerajaan dan mengawasi
perjalanan bank-bank perdagangan.

Fungsinya :
• Mengeluar dan mengawal
mata wang sama ada wang
kertas atau wang syiling.
•Penasihat kewangan dan
jurubank kepada kerajaan.
•Mengawal penghantaran
wang ke luar negara.
•Menjadi jurubank dan
peminjam terakhir kepada
bank perdagangan.
•Menyediakan tempat
penjelasan cek.
Bank Perdagangan
~ ditubuhkan dan dimiliki oleh pihak swasta. Tujuan penubuhan
adalah untuk mencari keuntungan. Contoh bank perdagangan
ialah Maybank, Ambank dan sebagainya. Bank ini menyediakan
pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada orang ramai.
Bank ini penting kepada peniaga kerana adanya kemudahan
akaun semasa dan membolehkan peniaga membuat pembayaran
cek. Bank ini juga boleh memberikan pinjaman dan kemudahan
overdraf kepada peniaga.
Perkhidmatan dan kemudahan lain yang disediakan ialah :
• Simpanan wang melalui Akaun Simpanan, Akaun Simpanan Tetap dan Akaun
Semasa
•Kad ATM dan kad kredit
•Tukaran wang asing
• Menjual cek kembara
•Peti simpanan malam dan selamat
•Perkhidmatan wasiat dan pemegang amanah
•Menjadi referi atau mengeluarkan surat rujukan
•Memberikan khidmat nasihat kepada peniaga yang hendak membuat pelaburan
•Autopay (pembayaran secara elektronik)
Bank Saudagar
~ dimiliki oleh pihak swasta dan hanya menyediakan
perkhidmatan kepada peniaga dan syarikat berhad. Contohnya,
Arab Malaysian Merchant Bank Berhad dan Sakura Merchant Bank
Berhad.

Perkhidmatan yang
disediakan oleh bank
saudagar ialah :
• Memberi pinjaman kepada
syarikat yang besar
•Menerima simpanan
daripada syarikat-syarikat
•Membantu menguruskan
pelaburan bagi pihak syarikat
•Membantu menerbitkan syer
atau debentur
•Membantu dalam
pencantuman dan
pengambilalihan syarikat
berhad
Bank Badan Berkanun
~ dimiliki oleh kerajaan di mana kerajaan yang menyumbangkan
modal. Penubuhan bank ini adalah untuk tujuan tertentu :

• Bank Simpanan Nasional : Ditubuhkan untuk mengglakan sikap


menabung dan berjimat-cermat
• Bank Pertanian : Diwujudkan untuk mengembangkan sektor
pertanian
• Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad :
Ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam
sektor perniagaan dan perindustrian
Bank Koperasi
~ Sumbangannya diperoleh daripada koperasi dan individu yang
menjadi ahli. Bank ini ditubuhkan di bawah Ordinan Koperasi
1948 untuk mempergiatkan pergerakan koperasi dan semangat
bekerjasama di kalangan ahli-ahli.
~ Tujuan penubuhannya adalah untuk menjaga kepentingan dan
kebajikan ahli-ahlinya. Contohnya ialah Bank Kerjasama Rakyat
Malaysia Berhad (Bank Rakyat).
Bank Islam
~ ditubuhkan mengikut Akta Bank Islam 1983 yang menjalankan
aktiviti berlandaskan hukum syarak. Contohnya ialah Bank Islam
Malaysia Berhad (BIMB).

Tiga prinsip syariah digunakan dalam menguruskan bank ini, iaitu :

• Al-Mudharabah : Perjanjian antara pihak bank dengan pelanggan dalam


menjalankan sesuatu projek secara usaha sama. Pembahagian keuntungan
berdasarkan keuntungan yang dipersetujui bersama-sama. Begitu juga jika
mengalami kerugian kecuali kerugian akibat kecuaian pihak bank.

• Al-Musyarakah : Perjanjian antara pihak bank dengan dua atau lebih pemodal
bagi membuat sesuatu projek. Keuntungan dan kerugian akan ditanggung
bersama berdasarkan kadar yang dipersetujui dan modal yang disumbangkan.

• Al-Wadiah : Tanggungjawab menjaga wang tunai atau harta pelanggan yang


diamanahkan kepada pihak bank.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Bank Islam
antaranya ialah :

 Menerima simpanan orang ramai melalui akaun simpanan, akaun semasa


dan akaun pelaburan.

 Memberi pinjaman dan pembiayaan sesuatu projek berdasarkan prinsip al-


murabahah, al-bai’bithaman ajil, al-ijarah, qard al-hassan dan al-baial-ta’jiri.

 Membiayai sesebuah perniagaan berdasarkan prinsip al-musyaarakah dan


al-wakala.

 Lain-lain perkhidmatan seperti tukaran wang asing, kad kredit, cek


kembara, pemegang amanah dan mengurus pelaburan pelanggan.
INSURANS
Semua peniaga terdedah kepada risiko yang boleh menyebabkan kerugian. Risiko ialah
kemungkinan berlakunya kemalangan yang akan menyebabkan kerugian. Peniaga boleh
mendapatkan perlindungan insurans bagi menlindung perniagaan mereka daripada risiko.
Risiko yang boleh diinsuranskan ialah risiko yang boleh dikira. Selain itu, risiko juga dikira
berdasarkan rekod kejadian pada masa lalu. Ini penting bagi menentukan kadar premium yang akan
dikenakan. Contohnya :
• Kebakaran
• Liabiliti awam
• Kecurian dan rompakan
• Kenderaan perniagaan
• Jaminan setia
• Pampasan pekerja

Risiko yang tidak boleh diinsuranskan ialah risiko yang tidak boleh dikira dan kadar premiumnya
tidak dapat ditentukan seperti :
• Hutang lapuk
• Pengurusan tidak cekap
• Perubahan fesyan dan cita rasa
• Kemelesetan ekonomi
• Ketidakstabilan hrga
• Rusuhan atau peperangan
• Bencana alam
KEPENTINGAN INSURANS
KEPADA PENIAGA
Insurans penting kepada peniaga bagi melindungnya daripada risiko ekonomi seperti kebakaran,
kecurian dan kemalangan.

JENIS POLISI MELINDUNG PENIAGA DARIPADA RISIKO


Kebakaran Kebakaran kedai, stok, peralatan dan kelengkapan perniagaan
Kecurian dan Wang tunai, stok dan peralatan berharga dicuri atau dirompak
rompakan
Kenderaan Apabila kenderaan perniagaan terbabit dalam kemalangan atau
perniagaan dicuri
Jaminan setia Pekerja yang menyelewengkan wang perniagaan dan tidak
amanah
Liabiliti awam Tuntutan ganti rugi daripada pelanggan yang mengalami
kecederaan atau kemalangan semasa berada di premis perniagaan
Pampasan Tuntutan ganti rugi daripada pekerja yang mengalami kemalangan
pekerja atau kecederaan ketika sedang bertugas
Insurans

Insurans Insurans
Islam Konvensional
Insurans Konvensional
~ dimiliki oleh pihak swasta. Contohnya, Mayban General
Assurance Berhad, Kurnia Insurans, MAA Assurance dan MCIS
Zurich Assurance. Aktiviti perniagaan berasaskan kepada empat
prinsip, iaitu :
Ganti rugi Membayar ganti rugi berdasarkan kerugian yang dialami
sahaja. Ganti rugi yang diberikan oleh syairkat insurans tidak
melebihi kerugian sebenar.
Penuh Pemegang polisi mesti memberi maklumat yang betul dan
percaya tepat. Jika ada penipuan maklumat, syarikat insurans berhak
untuk tidak membayar ganti rugi yang diinsuranskan
Doktrin Ganti rugi hanya akan diberi jika risiko yang diinsuranskan itu
punca berlaku. Jika kemalangan berlaku luar daripada risiko yang
terdekat diinsuranskan, tuntutan tidak boleh dibuat.
Kepentingan Individu yang mengambil insurans mestilah mempunyai
boleh kepentingan terhadap perkara yang diinsuranskan sahaja. Ini
diinsuranska bermakna jika berlaku kemalangan terhadap kepentingan
n tersebut, individu itu akan mengalami kerugian
Insurans Islam
~ dikenali sebagai takaful dan dimiliki oleh pihak swasta.
Contohnya ialah Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad.
Aktiviti perniagaan yang dilakukan berlandaskan hukum syarak
atau undang-undang dalam Islam. Perkara yang perlu dihindari
oleh syarikat takaful kerana bertentangan dengan hukum syarak
ialah :

Al-Gharar Maklumat yang tidak jelas dalam perniagaan dan sumber


ganti rugi yang akan diberikan jika berlaku risiko yang
diinsuranskan itu
Al-Maisir Wujudnya unsur-unsur perjudian
Riba Adanya unsur-unsur faedah yang diberikan kepada
pemegang polisi
Insurans Islam mengamalkan prinsip al-Mudharabah,
iaitu syarikat takaful bertindak sebagai pengusaha (Al-
Mudharib), manakala peserta (pemegang polisi)
sebagai pemodal (Sahid-Ul-Mal). Prinsip ini
menjelaskan tentang :

Keuntungan yang dibahagikan antara syarikat takaful dengan


peserta
Cara penggunaan wang oleh syarikat takaful
Syarat dan hak yang diberikan oleh syarikat takaful kepad
peserta
Manfaat yang didapati oleh peserta
PERGUDANGAN
Pergudangan ialah aktiviti penyimpanan barang-barang yang selamat dan boleh digunakan
apabila diperlukan. Tempat yang digunakan untuk menyimpan barang-barang itu disebut sebagai
gudang. Peranan pergudangan adalah untuk :

• Bekalan barang terusan

• Menstabilkan harga barang di pasaran

• Proses pengeluaran dapat dilakukan secara


berterusan

• Mengelakkan kerosakan terutama barang


yang mudah rosak

• Memecahkan pukal

• Menyenangkan kerja eksport dan import

• Keselamatabn barang lebih terjamin


PENGANGKUTAN
Pengangkutan bermaksud pergerakan barang atau manusia dari satu tempat ke satu tempat yang
lain. Terdapat empat jenis pengangkutan iaitu melalui darat, laut, udara dan saluran paip.
Pengangkutan penting dalam perdagangan dan pemasaran barangan. Peranan pengangkutan
kepada perniagaan ialah :

• Meluaskan pasaran

• Mengurangkan kos penyimpanan

• Meningkatkan pengeluaran secara besar-besaran

•Mengurangkan pembaziran

•Mewujudkan peluang pekerjaan

•Membolehkan pergerakan tenaga buruh

•Menikmati pelbagai barangan


Kos angkutan

Jarak mangangkut Nilai barangan

Faktor yang
mempengaruhi
pemilihan jenis
Kuantiti, saiz dan berat Keperluan barang
pengankutan

Risiko kerosakan Mudah diperoleh


PROMOSI
Promosi ialah proses memberitahu atau memaklumkan kepada orang ramai tentang sesuatu
perkara. Tujuan promosi adalah untuk memberitahu, menyedarkan dan memujuk pengguna
tentang keistimewaan sesuatu barang atau perkhidmatan. Promosi memainkan peranan dalam :

• Memperkenalkan barang dan perkhidmatan yang ada di pasaran

• Memujuk dan mempengaruhi pengguna

• Menwujudkan permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan

• Meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan

• Meluaskan pasaran barang atau perkhidmatan

• Menonjolkan kelebihan barang atau perkhidmatan yang dipasarkan

• Mengekalkan pasaran sesuatu barang atau perkhidmatan


Pengiklanan
Pengiklanan merupakan satu cara yang
digunakan oleh peniaga untuk memberitahu,
menarik, mempengaruhi serta mengekalkan
minat pengguna terhadap barang atau
perkhidmatan yang diiklankan itu. Pelbagai
media boleh digunakan untuk mengiklan
seperti radio , televisyen, surat khabar,
majalah dan papan iklan.
Promosi Jualan
Aktiviti yang dijalankan oleh pengeluar untuk
memujuk dan menarik perhatian pelanggan
agar membeli produk yang dikeluarkan.
Jangka masa promosi dilakukan pendek. Cara
yang digunakan untuk mempromosi jualan
adalah dengan mengadakan pameran,
demonstrasi penggunaan baarang dan
sebagainya. Tujuannya adalah untuk
meningkatkan jualan, serta mengembangkan
dan memperkukuh pasaran.
Jualan Terus
Biasanya dilakukan dari premis ke premis
oleh jurujual yang dilatih dan diupah.
Tujuannya adalah untuk memberitahu dan
memujuk pengguna untuk membeli produk
yang dipromosikan itu. Melalui cara ini,
pengeluar mendapat maklum balas terus
daripada pengguna tentang cita rasa mereka.
Contoh barang yang dijual mengikut cara ini
adalah alatan pejabat dan bahan dandanan
diri.
Publisiti
Aktiviti yang dilakukan oleh syarikat atau
pengeluar untuk menaja sesuatu program dan
disampaikan melalui media massa tanpa perlu
menbayar kepada pihak media massa.
Kebiasaannya, maklumat yang disampaikan
adalah dalam bentuk berita. Contohnya
terdapat sebuah syarikat menaja sesuatu
pertandingan. Mereka akan mendapat publisiti
kerana nama syarikat mereka disiarkan dalam
media massa
KOMUNIKASI
Komunikasi ialah penghantaran maklumat sama ada dalam bentuk lisan (telefon, telefon bimbit)
atau bukan lisan (surat). Peranan komunikasi kepada peniaga adlah untuk :

• Meluaskan pasaran barang dan perkhidmatan

• Mengenal pasti keadaan pasaran

• Mempercepatkan proses perdagangan

• Menyampaikan maklumat kepada pengguna

• Memudahkan urusan

You might also like