You are on page 1of 11

PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK
Perkembangan fizikal peringkat kanak-
kanak
PERINGKAT-PERINGKAT
PERKEMBANGAN FIZIKAL

Pre
nat
al
Awal kanak-
kanak(2-6
tahun)

Kanak-kanak(7-12 tahun)

Awal remaja (12-15 tahun)


PERINGKAT PRENATAL
 Perkembangan organisma bermula pada masa
persenyawaan, iaitu apabila sperma bapa bersatu
dengan ovum telur ibu.
 Selepas seseorang wanita mencapai akil baligh , satu
ovum akan mencapai tahap kematangan setiap 28 hari
di dalam ovari.
 Persenyawaan berlaku apabila ovum ibu bergabung
dengan sperma bapa di bahagian atas tiub falopia
bersebelahan dengan ovari.
 Sekiranya ovum tersebut tidak disenyawakan dalam
masa 48 jam selepas ovulasi, ia akan dikeluarkan sebaga
haid.
 Ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot.
 Kadangkala seseorang wanita akan menghasilkan
lebih daripada satu telur, samada secara
semulajadi ataupun dengan rangsangan dadah.
 Persenyawaan dua ovum oleh dua sperma
berbeza akan menghasilkan kembar dwizigot
atau lebih dikenali sebagai kembar bersaudara.
 Jika ovum yang disenyawakan oleh sperma
bercerai kepada dua bahagian, iaitu zigot
mambahagi kepada dua dan setiap bahgian
melalui pembahagian sel dan berkembang
menjadi dua individu yang serupa maka kembar
monozigot atau serupa terhasil.
 Kembar monozigot terhasil daripada zigot yang
sama, oleh itu dia mewarisi gen yang sama
daripada ibu dan bapa.
PERINGKAT AWAL KANAK-
KANAK (2-6 TAHUN)
 Kadar pertumbuhan fizikal perlahan jika
dibandingkan dengan pertumbuhan pada tahun
pertama kanak-kanak.
 Ketinggian kanak-kanak pada perigkat ini dua kali
ketinggiannya semasa lahir dan berat badannya
mungkin empat kali ganda.
 Perkembangan kanak-kanak permpuan adalah lebih
cepat pada peringkat ini berbanding dengan
perkembangan kanak-kanak lelaki.
 Perubahan dalam kebolehan psikomotor mengikut
aturan, misalnya seorang kanak-kanak boleh berlari
terlebih dahulu sebelum dia boleh belajar bergerak
menggunakan kasut roda.
PERINGKAT KANAK-KANAK (7-12
TAHUN)
 Pertumbuhan dan perkembangan pada peringkat
ini lebih bercorak penambahbaikan kemahiran-
kemahiran psikomotor yang sedia ada.
 Pada peringkat ini, pertumbuhan gigi kekal
bermula dan gigi susu diganti .
 Ketinggian kanak-kanak perempuan bertambah
pada umur 8 -10 tahun dan mencapai tahap
kemuncak pada 12 tahun.
 Ketinggian kanak-kanak lelaki akan bertambah
apabila mereka berumur antara 10 hingga 12
tahun dan mencapai tahap kemuncak semasa
mereka berumur 15 tahun.
 Pada umur 11 tahun apabila kanak-kanak
menghampiri akil baligh, kanak-kanak kelihatan
lebih kuat, cepat dan mempunyai keupayaan
untuk fokus kepada aktiviti atau tugasan yang
diberi kepada meraka.
 Perkembangan otot-otot halus, keordinasi mata
dan tangan sudah mencukupi untuk kanak-kanak
menulis degan lebih kemas dan belajar bermain
alat-alat muzik.
PERINGKAT AWAL REMAJA (12-
15 TAHUN)
 Kadar pertumbuhan dan perkembangan pada
peringkat ini adalah cepat dan pesat, sama
seperti kadar perkembangan semasa bayi.
 Perubahan fizikal seperti ketinggian, saiz dan
bentuk badan mula ke arah dewasa.
 Apabila mencapai akil baligh, bentuk badan
remaja perempuan mula menunjukan sifat
kewanitaannya dan bulu ketiak mula tumbuh.
 Bagi remaja lelaki pula, akan berlaku perubahan
suara atau suara pecah. Tubuh badannya
bertambah tegap, bulu ketiak dan misai akan
mula kelihatan.
 Perubahan ketinggian akil baligh berlaku pada
remaja perempuan terlebih dahulu sebelum
remaja lelaki, namun tempoh pertumbuhan
lelaki semasa mencapai akil baligh akan lebih
lama.
TEORI KEMATANGAN BIOLOGI : ARNOLD GESELL
 Baka dan kematangan adalah faktor penting
dalam perkembangan kanak-kanak.
 Perkembangan kanak-kanak melalui
beberapa peringkat tertentu.
 Tempoh 5 tahun yang pertama merupakan
perkembangan kanak-kanak dalam aspek
fizikal, mental, emosi, dan sosial.

You might also like