peringkat antarabangsa, apabila China sering menjadi pendominasi sejakkebelakangan ini.
1.0.2 Sejarah Badminton di Malaysia
Pada awal tahun 1900, permainan Poona dibawa ke Pulau Pinang olehpegawai-pegawai Kompeni Hindia Timur. Permainan Poona dimainkan di SuffolkHouse, rumah kediaman Kapten Francis Light di Pulau Pinang. Pada tahun1925, Persatuan Badminton Pulau Pinang ditubuhkan, dan seterusnyaPersatuan Badminton Perak pula ditubuhkan. Minat mendalam yang ditunjukkanoleh pemain negeri-negeri Malaya menyebabkan Persatuan Badminton Malayaditubuhkan pada tahun 1934, apabila J.I.Woods dari Perak sebagai Presidenyang pertama. Pada tahun 1937 Persatuan Badminton Malaya bergabungdengan Persekutuan Badminton Antarabangsa. Sejak itu, imej negara dalampermainan badminton telah dipertingkatkan dengan memenangi kejohananberprestij seperti Piala Thomas dan Kejohanan Seluruh England.Pada tahun 1960, Persatuan Badminton Malaya (BAM) telah ditubuhkan,dengan Tan Sri Mohd.Khir Johari iaitu selaku Menteri Kabinet sebagaipresidennya yang pertama. Pada era kepimpinannya, Malaysia pada tahun 1967telah memenangi semula Piala Thomas. Beliau memimpin BAM selama 25tahun, iaitu dari tahun 1960-85. Pada tahun 1985 hingga 1993, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar dilantik sebagai Presiden BAM yang kedua.
3