You are on page 1of 2

Apam Pelangi

Bahan-bahan ( bergantung kepada saiz acuan )

 1 cawan nasi yang dah masak


 1 1/2 cawan air
 1 cawan tepung beras
 1 cawan tepung gandum
 1 1/2 cawan gula
 1/2 sudu kecik yis (mauripan)
 pewarna yang disukai
Cara-cara

1. Nasi dan air diblend bersama sehingga nasi hancur


2. Tepung beras dan tepung gandum diayak terlebih dahulu... kemudian digaul sebati
dengan gula dan yis
3. Satukan nasi yang diblend dengan adunan tepung td... digaul sehingga sebati...
4. Sebelum perap.. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut bilangan pewarna..
pastu letak pewarna dan gaul sebati...
5. Perap selama 3-4 jam... masukkan dalam acuan yang disukai... baru dikukus mengikut
saiz acuan berkenaan.. klu kecik kukus la dlm 10-15minit.. klu acuan besar kukus la selama 30-
40minit...
6. Bleh la nak makan terus atau makan ngan kelapa parut bergaram...

Apam gula hangus

hazz_63@myresipi.com
resepi olahan sendiri. cubalah buat sendiri untuk merasakan kelainannya.

Created on : 07-09-2006
Print
E-mail kepada kawan
Tulis Laporan

110 Share

Bahan-bahan ( untuk sekeluarga. )

 2 biji telur
 1 cawan gula pasir
 1 cawan air
 1/2 cawan minyak masak
 2 sudu besar marjerin
 2 sudu susu pekat
 1 sudu teh soda bikarbonat.
 1 1/2 cawan tepung gandum.
Cara-cara

1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air.kemudian sejukkan


2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin kisarkan anggaran 3 minit
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan
lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45
minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak
mendap dan basah dibahagian bawahnya.

You might also like