You are on page 1of 1

Guru-guru Pelatih,

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah SM,


Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Temenggong Ibrahim,
Jalan Datin Halimah
80350 Johor Darul Takzim
_______________________________________________________________________

Pengarah
PETRONAS Twin Towers
Level 4 Suria KLCC
50088 Kuala Lumpur  8 OKTOBER 2009

Tuan,
Permohonan Mengadakan Lawatan Sambil Belajar

Berkenaan perkara di atas, saya bagi pihak guru-guru pelatih KPLI ingin memaklumkan
bahawa kumpulan kami bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Petrosains
dan salah satu tempat untuk dilawati adalah ‘Skybridge’.

2. Berikut adalah cadangan untuk lawatan tersebut:

Tarikh : 3 November 2009


Masa : 12 tengahari hingga 4 petang
Bilangan peserta : 28 orang termasuk seorang guru pengiring

3. Tujuan kami mengadakan lawatan ini adalah untuk menambah pengetahuan di


samping merasai pengalaman menarik yang mungkin akan dapat dikongsi bersama para
pelajar suatu hari nanti.

4.       Oleh itu, saya berharap agar permohonan ini akan dipertimbangkan dan diluluskan
oleh pihak tuan. Segala kerjasama pihak tuan, saya ucapkan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

…………………..
( ABDUL HALIM BIN ROSLAN )
Ketua Opsyen,
KPLI SM Fizik,
IPGM Kampus Temenggong Ibrahim,
Johor Bahru.

You might also like