You are on page 1of 18

Konsep kebersihan dalam Islam

-Pembahagian kebersihan
-Wudhuk
PENGENALAN
• Islam itu merupakan agama yang suci, bersih. Agama Islam
amat menitik beratkan aspek kebersihan kepada umatnya. Hal
ini demikian, dalam mmengerjakan ibadat, solat terutamanya
kebersihan itu perlu diutamakan.

• Kita perlu bersuci untuk memastikan kebersihan terjamin


dan membolehkan kita menjalankan ibadat dengan
sempurna, malah kesihatan kita juga terjamin. Bersuci bererti
membersihkan diri, pakaian, dan tempat tinggak daripada
hadas kecil, hadas besar, kotoran dan najis. Bersuci ini dapat
dilakukan dengan cara membasuh, mandi, berwudhuk,
tayammum, beristinjak, dan menyamak. Hukumnya adalah
wajib terutama ketika hendak beribadat.

•  
• Allah S.W.T amat mengasihi orang yang
menjaga kebersihan. Firman Allah S.W.T dalam
surah AL-BAQARAH: 222 “sesungguhnya Allah
mengasihi orang yang bertaubat dan orang
yang sentiasa bersuci”.
1.Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab semua
pihak. Orang yang tidak bersuci dibenci Allah S.W.T. Hal
ini memungkinkan pelbagai keburukan juga. Antaranya:
-Mudah dihinggapi penyakit.
-Solat dan ibadat lainnya tidak diterima.
-Sentiasa berada dalam kekotoran dan najis.

2.Pelbagai kebaikan akan dapat diperoleh jika


kebersihan dijaga dan dipelihara. Iaitu:
-Dapat menghidari penyakit dan gangguan syaitan.
-Mengembalikan kesegaran tubuh badan.
-Dapat melakukan ibadat dengan khusyuk.
3. Kebersihan dapat dijaga dengan pelbagai cara.
Antaranya ialah dengan bersuci. Antara alat yang
digunakan untuk bersuci ialah:
-Air mutlak: iaitu air yang suci lagi menyucikan.
-Tanah atau debu
-Benda-benda kesat seperti anak batu, daun kering
-Benda-benda bersifat tajam seperti tawas dan bahan
kimia.

4.Oleh itu, secara keseluruhannya, kita hendaklah


menjaga kebersihan demi untuk mendapatkan
kesempurnaan dalam beribadat dan menjaga kesihatan.
WUDHUK

1. Pengertian wudhuk
• Bahasa: suci, bersih, bercahaya
• Istilah : suatu amalan bersuci yang menjadi syarat sahnya
solat.
• Dalam ajaran Baginda S.A.W amalan ini dapat
menghilangkan hadath-hadath kecil seperti hadis kecil iaitu
dengan membasuh atau menyapu anggota badan tertentu
yang dimulakan dengan niat.
• Allah S.W.T berfirman: Dan Allah mengasihi orang-orang
yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). (AT-
TAUBAH ayat 108)
KEISTIMEWAAN WUDHUK
• Setiap amalan syariat yang diajarkan oleh Islam
melalui Rasulullah S.A.W pasti memiliki hikmah dan
pengajaran sebaliknya. Misalnya mengapa Islam
mengutuk perbuatan zina, minum arak dan
mencuri, dan mengapa pula Islam mengajarkan
umatnya bertauhid, menegakkkan solat,
mempererat silaturrahim dan lainnya? Tentunya
ada sesuatu yang sangat penting disebaliknya.
Demikian juga dengan berwudhuk, memiliki
keistimewaan yang khas.
• Boleh menghilangkan dosa-dosa yang telah
dilakukan oleh tubuh kita yang telah menjadi
sebahagian daripada anggota wudhuk.
• Boleh meredakan kemarahan. Hal ini demikian
kerana manusia tercita daripada tanah dan air agar
kembali kepada sifat semulajadinya. Marah itu
digambarkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W sebagai
sebahagian daripada syaitan. Oleh itu, dengan
berwudhuklah orang yang marah diharapkan
menjadi tenang.
RUKUN WUDHUK DAN SYARATNYA
1. Menurut Mazhab Syafie rukun wudhuk ada enam
• Niat
• Membasuh muka
• Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku
• Menyapu sebahagian kepala atau sebahagian
rambut di dalam hadnya.
• Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali.
• Tertib.
2. Syarat-syarat sah wudhuk.

• Islam ( tidak sah wudhuk orang kafir)


• Mumaiyyiz
• Meggunakan air mutlak yang suci lagi menyucikan
• Tiada sesuatu yang menghalang air daripada sampai pada
anggota wudhuk seperti getah, kapur atau cat kuku.
• Meratakan air ke suluruh anggota badan.
• Suci daripada haid dan nifas.
• Tiada sesuatu pada anggota wudhuk yang dapat mengubah air
seperti bedak.
 
 
 
CARA WUDHUK RASULULLAH S.A.W

• Suatu amalan ibadat yang dapat dibenarkan adlah amalan


yang sesuai dengan apa yang diajarkan ole Rasulullah S.A.W,
bukan mengikuti kemahuan hawa nafsu dan taklid buta yang
tidak ada asasnya.
• “ Telah diriwayatkan daripada Abu Muhammad Abdullah
bin Amr bin ‘As r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah
S.A.W: Tidaklah beriman salah seorang daripada kamu
sehingga hawa nafsunya mengikut apa-apa yang aku bawa.
• Maka tiadalah sepatutnya orang-orang beriman melakukan
amlannya menurut hawa nafsunya kalau berlawanan
dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.
• Basmalah: ialah ungkapan singkat yang diambil dari kata
Bismillahir rahmanirrahim. Kata ini mempunyai kedudukan
yang sangat penting disisi Islam. Ia juga memiliki makna yang
sangat luas dan mendalam.

• Dimulakan dengan yang kanan: Rasulullah S.A.W suka


memulakan sesuatu amalan yang baik dengan tangan atau
kaki yang sebelah kanan, termasuk dalam berwudhuk.

• Bersiwak: Ada beberapa hadith yang menunjukkan bahawa


Rasulullah S.A.W dalam wudhuknya sentiasa menggunakan
siwak atau sugih, malah ada anjuran kuat dari baginda kepada
umatnya untuk bersugih sebelum berwudhuk “ seandainya
tidak menyukarkan atas umatku, nescaya aku perintahkan
mereka bersiwak dalam setiap wudhuknya.”( Riwayat Muslim)
• Mencuci tapak tangan tiga kali: Di samping
membasuh tangan hendaklah membelat-belat anak
jari. Rasulullah S.A.W memerintahkan seperti
disebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh
Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah “Apabila kamu
berwudhuk maka belat-belatlah anak-anak jari
kedua-dua kakimu.
• Berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung
tiga kali.Rasulullah S.A.W sebelum berwudhuk
sentiasa berkumur-kumur. Kemudian disokong oleh
hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan
Baihaqi “Apabila kamu hendak berwudhuk, maka
berkumurlah.”
• Membasuh muka dan membelat-belat
janggut:Rasulullah S.A.W juga mengajarkan dalam
membasuh muka tidak meninggalkan dagu yang
berjanggut. Ini adalah demi kesempurnaan wudhuk.
• Membasuh kedua belah tangan hingga ke siku:
‘…..maka basuhlah muka kamu, dan kedua belah
tangan kamu meliputi siku…’(Al-Maidah:6)
• Menyapu kepala dan membasuh kedua-dua daun
telinga: Dalam surah al-Maidah diperintahkan agar
menyapu kepala dalam berwudhuk “…..dan sapulah
sebahagian dari kepala kamu.” (AL-MAIDAH:6)
• Menyapu ubun-ubun dan serban.

• Membasuh kedua-dua kaki dengan sempurna: Rasulullah S.A.W


mengajarkan agar kita berwudhuk dengan sempurna, meratakan
air dengan sempurna, meratakan air membasahkan badan
anggota wudhuk. Jika tidak, maka wudhuknya tidak sah. “dan
sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah
kaki kamu meliputi buku lali.”(AL-MAIDAH:6)

• Menyempurnakan wudhuk: Sempurna dalam berwudhuk


termasuk bahagian daripada syarat sahnya wudhuk.

• Berdoa selepas berwudhuk.


 
 
PEMBATAL WUDHUK

1. Terdapat beberapa perkara yang boleh menbatalkan wudhuk. Ertinya


jika perkara-perkara itu berlaku, maka wudhuk menjadi batal dan
seseorang itu tidak boler bersolat, sehingga wudhuknya diperbaharui.
2. Antara perkara yang membatalkan wudhuk ialah:
• Setiap yang keluar daripada kemaluan dan dubur seperti kentut,
buang air, darah istihadah, bersetubuh, haid, nifas.
• Hilang akal, sama ada sementara atau kekal.
• Bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.
• Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan tapak tangan.
• Tidur, kecuali apabila dalam keadaan duduk dan tidak berubah
kedudukannya.
 
BIBLIOGRAFI
1. SIFATWUDHUK RASULULLAH S.A.W. ABU EZZAT AL-MUBARAK.
2007. AL-HIDAYAH PUBLISHER.KUALA LUMPUR
2. MUNTAKHAB AHADITH. HADZRAT MAULANA MUHAMMAD
YUSUF AL-KANDAHLAWI.CETAKAN 2008. KLANG BOOK CENTRE.
3. BUKU PANDUAN DAN REKOD PENCAPAIAN PENILAIAN PERKARA
ASAS FARDU AIN. (PAFA) JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN
MORAL. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 2005.
4. REVISI STUDI LENGKAP FORMULA UNGGUL TASAWWUR ISLAM
SPM. ZULKIFLI AHMAD. 2004. PUSTAKA MEDIA JAYA.
 
 
 
INSTITUT PERGURUAN RAJANG
KERJA KURSUS PENDEK
PPISMP AMBILAN JULAI 2008
• NAMA GURU PELATIH: NURFATIN LIYANA BINTI OMAR
• KUMPULAN : PPISMP PENGAJIAN SOSIAL
• MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN ISLAM
• NAMA PENSYARAH : ENCIK NORMIZAN BIN ABANG
• TARIKH MULA : 4 OGOS 2008
• TARIKH HANTAR : 25 0G0S 2008

You might also like