You are on page 1of 3

Contoh soalan PTK B&K

Perhatian:

Besarlah harapan saya, alangkah baiknya jika sahabat semua (pengunjung laman
web ini) juga dapat turut sama menyumbangkan contoh soalan bidang B&K ke
laman web e-komuniti kaunselor ini setelah melihat dan download contoh soalan
yang tidak seberapa ini.

Kepada yang sudi, teguran atau kritikan membina mengenai contoh soalan ini
adalah dialu-alukan.

Terima kasih.

* Mohon maaf dengan segala kekurangan contoh soalan-soalan berikut kerana ini
hanyalah percubaan saya membina soalan dengan pemahaman saya sendiri. Semoga
dapat kita sama-sama manfaatkan.

1 Komponen utama dalam parafrasa ialah :


i. ’sentence item’
ii. tingkah laku bukan lisan
iii. ’key-word’ oleh klien
iv. intipati yang dinyatakan oleh klien
v. ’a check out for accuracy’.

A. i, ii,iii, iv
B. I, iii, iv, v
C. I, ii, iii, v
D. I, ii, iv, v

2 X adalah hampir sama dengan parafrasa. Bagaimanapun X merangkumi masa


yang lebih panjang di mana kaunselor boleh memberitahu tentang apa yang
dinyatakan oleh klien di sepanjang sesi atau pada sesi lepas.

X merujuk kepada kemahiran :

A. Refleksi
B. Konfrantasi
C. Rumusan
D. Penyataan kaunselor
3 ”Semasa Yin menceritakan hal kematian abang Yin , Yin mengatakan Yin
sangat sedih hingga ke hari ini. Tetapi saya perhatikan Yin tersenyum semasa
menceritakannya. Bagaimana perasaan Yin sebenarnya ?” Ayat tersebut
menggambarkan kaunselor sedang menggunakan kemahiran kaunseling, iaitu :

A. Parafrasa.
B. Refleksi
C. Konfrantasi
D. Mempertikai

4 Semasa melakukan penstrukturan di awal sesi kaunseling, perkara paling asas


yang perlu dinyatakan oleh kaunselor ialah :
i. peranan kaunselor
ii. peranan klien
iii. tempoh masa untuk menjalankan sesi kaunseling
iv. matlamat sesi tersebut.
v. etika kerahsiaan

A. i, ii, iii, iv
B. i, ii, iii, v
C. i, ii, iv. v
D. ii, iii, iv. v

5 Di antara tujuan Y ialah memberikan klien satu pandangan lain dalam usaha
mengenali dan meneliti isu yang diutarakannya. Y merujuk kepada kemahiran :

A. Refleksi
B. Merumus
C. Konfrantasi
D. Parafrasa

6 Menurut Ivey (2003), ’sentence item’ digunakan semasa sesi kaunseling dengan
tujuan untuk :

A. memudahkan klien menerima pendapat kaunselor


B. merapatkan jurang komunikasi di antara kaunselor dan klien.
C. Membolehkan klien memahami isu sebenar yang dibincangkan
D. Membolehkan klien mendengar kembali perkara yang dinyatakannya
kepada kaunselor
7 ”Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat, sesi kita akan tamat lebih kurang
pukul 12.00 tengahari.” Dialog tersebut adalah contoh kaunselor sedang :

A. membuat parafrasa
B. menamatkan sesi
C. melakukan penstrukturan
D. membuat refleksi
E. menangguhkan sesi

8 ”Nampaknya anda begitu marah sekali dengan perbuatan abang anda itu.” Ayat
tersebut menunjukkan kaunselor sedang menggunakan kemahiran :

A. refleksi isi
B. refleksi perasaan
C. parafrasa
D. rumusan kecil
E. rumusan besar

You might also like