You are on page 1of 8

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PENGANTAR

DASAR BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DAN BAHASA


PENGANTAR DALAM PELAJARAN.

PENYATA RAZAK

Satu jawatankuasa ditubuhkan pada bulan September pada tahun 1955. Ia bertujuan untuk
merangka satu dasar pelajaran kebangsaan yang munasabah dan dapat diterima oleh
rakyat persekutuan tanah melayu (Penyata Razak, 1956, m/s 33).

2. Penyata Razak (Jawatankuasa Pelajaran 1956) juga memperakukan bahasa melayu


sebagai bahasa kebangsaan.

“Oleh itu bahasa melayu mestilah dipelajaridi dalam semua sekolah dan kami
cadangkan mengajar bahasa bahasa melayu kepada semua murid itu dijadikan
syarat pertolongan yang di beri kerajaan kepada semua sekolah”
( Penyata Razak, 1956, m/s 4 )

3. Tiga perkara penting yang di sampaikan dalam Penyata Razak.


i. Bahasa Malaysia sebagai satu mata pelajaran yang mesti di pelajari.
ii. Semua murid di beri peluang belajar bahasa melayu.
iii. Semua sekolah yang ingin bantuan kerajaan mesti menjadikan bahasa melayu
sebagai bahasa yang mesti di pelajari.

4. Untuk melaksanakan tujuan ini, kerajaan telah melakukan beberapa langkah iaitu :
i. Menubuhkan maktab perguruan bahasa.
ii. Murid yang ingin memasuki sekolah menengah di syaratkan mempunyai
pengetahuan bahasa Malaysia setaraf darjah III di sekolah melayu.
iii. Memberi galakan dan hadiah.
iv. Bahasa Malaysia sebagai mata pelajaran penting.
v. Mendirikan dewan bahasa dan pustaka.

5. Sekolah yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di beri nama
sekolah umum.

6. sekolah yang menggunakan bahasa lain sebagai bahasa pengantar di beri nama sekolah
bukan jenis umum.
PENYATA RAHMAN TALIB

Penyata Rahman Talib juga dikenali sebagai Penyata Jawatankuasa Penyemak Dasar
Pelajaran 1960.
2. Terdapat beberapa perkarapenting dalam Penyata Rahman Talib, antaranya :
i. Mewajibkan kelulusan baha melayu sebagai syarat bagi bakal guru pelatih untuk
memasuki maktab.
ii. Menggalakkan guru yang berkelayakan belajar bahasa kebangsaan untuk
membolehkan mereka mengajar bahasa kebangsaan.
iii. Mengeluarkan lebih banyak buku dalam bahasa melayu yang dikarang oleh pakar
atau menterjemahkan kepada bahasa melayu ( Penyata Rahman Talib, 1960, m/s
57-58 )

Penyata Rahman Talib telah melangkah setapak lagi kehadapan dengan mencadangkan
supaya semua sekolah jenis kebangsaan inggeris menggunakan bahasa melayu sebagai
bahasa pengantar.
# Ia bertujuan untuk meninggikan taraf bahasa melayu sebagai bahasa pengantar
utama ( Penyata Rahman Talib, 1960, m/s 30 ).
SEKOLAH RENDAH

SISTEM SEKOLAH RENDAH SELEPAS PENYATA RAZAK DAN RAHMAN


TALIB.

Penyata Razak dan Rahman Talib telah diberi penafsiran dalam Akta Pelajaran 1961 dan
diluluskan sebagai Akta Parlimen nombor 43 tahun 1961 ( Akta Pelajaran 1961 ).

2. Selepas ke dua-dua penyata diluluskan, sekolah rendah terbahagi kepada dua bahagian,
iaitu :
i. Sekolah rendah kebangsaan.
ii. Sekolah rendah jenis kebangsaan.

SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN


Sekolah rendah ini merupakan sekolah rendah bantuan penuh kerajaan. Sekolah
rendah ini menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar, namun bahasa
inggeris merupakan salah satu mata pelajaran yang wajib di pelajari.
Walaubagaimanapun, kemudahan untuk mempelajari bahasa Cina dan bahasa Tamil
boleh diadakan sekiranya terdapat lebih permohonan dari ibu bapa.

SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN


Sekolah rendah ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu :
i. Sekolah rendah jenis kebangsaan inggeris.
ii. Sekolah rendah jenis kebangsaan cina.
iii. Sekolah rendah jenis kebangsaan tamil.

1. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Inggeris


Sekolah rendah ini mendapat bantuan penuh kerajaan. Bahasa pengantar yang
digunakan ialah bahasa inggeris manakala bahasa melayu dijadikan sebagai mata
pelajaran wajibb bagi sekolah tersebut. Sekiranya terdapat permintaan dari ibu bapa,
bahasa Cina dan Tamil boleh diajar di sekolah ini.

2. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina


Sekolah ini juga merupakan sekolah bantuan penuh kerajaan. Pelajar di sekolah
ini berumur antara enam hingga sebelas tahun. Sekolah ini menggunakan bahasa Cina
sebagi bahasa pengantar. Bahasa melayu dan bahasa Inggeris merupakan di antara mata
pelajaran wajib di sekolah ini.

3. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil


Sekolah ini mendapat bantuan penuh dari kerajaan untuk kanak-kanak yang
berumur antara enam hingga sebelas tahun. Bahasa Tamil merupakan bahasa pengantar
bagi sekolah ini. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris turut menjadi mata pelajaran wajib
di sekolah ini

PERUBAHAN SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN INGGERIS


KEPADA SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN.
Terdapat dua objektif penukaran, iaitu :
i. Membentuk satu system pendidikan nasional yang menggunakan sukatan
pelajaran yang sama.
ii. Bahasa kebangsaan sebagai bahasa wajib.

2. Punca berlakunya penukaran adalah disebabkan oleh penukaran bahasa pengantar


secara perlahan kepada bahasa Malaysia.
3. Pada tahun 1968 lima mata pelajaran telah menggunakan bahasa melayu sebagai
bahasa pengantar. Manakala pada tahun 1970 semua mata pelajaran telah
menggunakan bahaasa melayu sebagai bahasa pengantar kecuali bahasa inggeris dan
bahasa ibunda para pelajar.
4. Pada tahun 1975 sekolah rendah kebangsaan menggunakan bahasa melayu sebagai
bahasa pengantar manakala sekolah jenis kebangsaan menggunakan bahasa, Cina,
Tamil dan Inggeris sebagai bahasa pengantar.

SEKOLAH MENENGAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN.


Sekolah ini memberi peluang kepada murid-murid yang berumur antara 12 hingga
19 tahun belajar selama tujuh tahun dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar.

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN


Sekolah ini turut mengalami perubahan sebagaimana yang telah berlaku kepada
sekolah rendah jenis kebangsaan inggeris. Bahasa pengantar di sekolah ini beransur-ansur
bertukar kepada bahasa melayu.

Pada tahun 1976, semua pelajaran kecuali bahasa inggeris diajar dengan
menggunakan bahasa melayu bagi murid-murid tingkatan satu.
BIBLIOGRAFI
Prof. Dr Nik Safiah Karim 1990. Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti
Malaya. Beberapa persoalan sosiolinguistik bahasa melayu. Penerbit : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Haji Mohd. Khusairi Haji Abdullah 1983. pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar pelajaran. Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Prof.Madya Dr.Nik Safiah Karim 1981. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian
Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur. Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka.
INSTITUT PERGURUAN KOTA BHARU

OPSYEN:
PPISMP PRASEKOLAH (BM) / PSV / PJ

TAJUK:
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA
PENGANTAR

NAMA GURU PELATIH:


1) NOR FARIDAH BINTI NORJAN
(890606-06-5720)
2) NORZULINA BINTI NORDIN
( 890626-01-5624 )

NAMA PENSYARAH:
EN.ABDULLAH BIN MOHD YASSIN.

You might also like