You are on page 1of 42

Sesi Percambahan Ilmu

23 Februari 2011 (Rabu) jam 9.30 pagi


              Bilik Ilmuan, Aras Satu, Perpustakaan Undang-Undang
Universiti Malaya

Disediakan oleh Shaikh Mohamed Noordin


Siapakah pustakawan undang-undang?

 Pustakawan undang-undang adalah pustakawan ikhtisas* dimana


kebolehan mereka dalam mengurus maklumat perundangan diiktiraf
oleh majikan* mereka terutama kemampuan mereka dalam menyelia
kemudahan penyelidikan undang-undang.

 Pustakawan undang-undang berkerja didalam bebagai jenis


organisasi seperti institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan,
mahkamah dan firma guaman.

 Pustakawan undang-undang seharusnya mempunyai skil dan


kemahiran dalam mencari maklumat perundangan dari berbagai
sumber yang terdapat di masa kini dan mampu mengenal pasti
kesahihan sumber-sumber yang digunakan itu.
Kategori pustakawan undang-undang

Pustakawan
Pustakawan
Undang-undang
Undang-undang

Pustakawan
Pustakawan Pustakawan
Pustakawan Pustakawan
Pustakawan
Undang-undang
Undang-undang Undang-undang
Undang-undang Undang-undang
Undang-undang
Akademik
Akademik kerajaan
kerajaan Firmaswasta
Firma swasta

Bertugasdi
Bertugas diperpustakaan
perpustakaan
Bertugasdi
Bertugas diperpustakaan
perpustakaan
Bertugasdi
Bertugas diperpustakaan
perpustakaan mahkamah,
mahkamah, Majlis Peguam,
Majlis Peguam,
undang-undanguniversiti
undang-undang universitidan
dan Jabatan PeguamNegara
Jabatan Peguam Negara
firmaguaman
firma guamandandan
Institutpengajian
Institut pengajiantinggi
tinggi danjabatan-jabatan
dan jabatan-jabatan
Secara persendirian
Secara persendirian
kerajaan
kerajaan
Apakah cabaran masa depan
pustakawan undang-undang?
 Perkembangan teknologi telah mendorong peningkatan jumlah
perpustakaan maya. Persoalan kini timbul sama ada perpustakaan
undang-undang yang ada hari ini masih lagi diperlukan di masa depan.

 Setiap kali berlaku krisis kewangan, perpustakaan akan menjadi


mangsa pertama akibat dari krisis ini. Kenapa perpustakaan tidak
dilihat sebagai unit yang strategik untuk dikekalkan supaya dapat
membantu organasi ketika menghadapi krisis kewangan ini??

 Ada komen yang menyatakan bahawa perpustakaan dalam bentuk


sekarang tidak lagi ekonomik dan diperlukan di masa depan kerana
mereka berpendapat “segala-galanya sudah boleh diperolehi melalui
Internet (online).”

 Jadi, apakah kedudukan masa depan pustakawan undang-undang?


Bagaimana hendak mengukur prestasi anda
berdasarkan penilaian pengguna?

 Adakah perkhidmatan perpustakaan anda itu selari dan


menyokong misi dan visi organisasi anda?

 Adakah perkhidmatan perpustakaan anda itu penting untuk


membantu kerjaya pengguna dan meningkatkan prestasi
organisasi anda?

 Adakah sumber yang anda perolehi dan salurkan itu tepat,


sahih dan bernilai kepada pengguna dan tidak
mendatangkan beban kewangan kepada organisasi anda?
Bagaimana meyakinkan pihak pengurusan / majikan
tentang sumbangan anda dan perpustakaan anda?
 Perpustakaan jarang sekali dianggap sebagai unit yang mendatangkan
keuntungan dari segi kewangan kepada oraganisasi mereka. Namun
anda perlu menyakinkan pihak pengurusan / majikan anda bahawa
keuntungan yang disumbangkan oleh perpustakaan itu lebih dalam
bentuk bukan fiskal.

 Bukti sumbangan pustakawan dapat dinilai berdasarkan pencapaian dan


kecemerlangan keputusan pelajar kerana mendapat sokongan dari
bahan maklumat dan pengetahuan yang disediakan oleh perpustakaan.

 Bukti sumbangan pustakawan dapat dinilai berdasarkan kualiti


penghakiman yang dibuat oleh para hakim kerana mendapat maklumat
dan rujukan kes-kes terdahulu yang dibekalkan dari sumber
perpustakaan.

 Bukti sumbangan pustakawan dalam membantu peguam dapat dinilai


berdasarkan kemenangan-kemenangan kes di mahkamah dan
peningkatan keyakinan pelanggan disebabkan bantuan dari sumber
maklumat yang disediakan oleh perpustakaan.
Perkhidmatan perpustakaan
undang-undang masa kini
 Apakah perkhidmatan yang disediakan?
 Rujukan
 Kursus kemahiran maklumat
 Kesedaran semasa
 Latihan penyelidkan undang-undang
 Pinjaman antara perpustakaan & penghantaran dokumen
 Khidmat nasihat bibliograpi, panduan penyelidikan dan penerbitan fakulti /
organisasi

 Untuk siapa perkhidmatan ini disediakan?


 Fakulti
 Pelajar undang-undang
 Kakitangan akademik / para serjana
 alumni
 Pengamal undang-undang (peguam / hakim)
 Orang awam (pro se)

 Siapa yang menyediakan perkhidmatan ini?


 Pustakawan undang-undang
 Profesional dalam bidang maklumat / subject specialists
 Kakitangan perpustakaan
Pengguna utama
perpustakaan undang-undang

Peguam firma guaman Pelajar undang-undang

Para hakim

Peguam jabatan kerajaan


Pensyarah undang-undang
Bagaimana menjadikan diri anda
lebih efektif dan strategik?
 Anda perlu tahu bagaimana memilih jenis pengetahuan dan skil yang
dapat mempertingkatkan daya-maju diri anda sebagai seorang
pustakawan undang-undang.
 Tahu bagaimana anda dinilai oleh pengguna anda sebagai seorang
profesional maklumat.
 Tahu memancing maklum balas dari pengguna supaya anda dapat
memperbaiki kelemahan yang ada dan menjadikan pujian mereka itu
sebagai testimonial untuk dinilai oleh pihak pengurusan atau majikan
anda.
 Tahu bagaimana memposisi dan mempromosikan perkhidmatan dan
diri anda supaya ia kelihatan lebih berketerampilan.
 Mempunyai kepelbagaian skil dan peranan mengikut keperluaan dan
keadaan supaya kepakaran anda sentiasa diperlukan untuk anda
akan terus kekal relevan.
Pengetahuan asas yang diperlukan
oleh pustakawan undang-undang
1. Anda perlu tahu tentang sistem dan sumber perundangan negara

2. Tahu tentang asas dan methodologi penyelidikan undang-undang

3. Tahu bagaimana menilai tahap kesahihan sumber perundangan

4. Tahu tentang jenis pengetahuan dan makumat yang diperlukan dalam amalan
guaman

5. Tahu bagaimana memilih jenis pengetahuan dan maklumat untuk menyokong


keperluan dan misi organisasi / institusi anda

6. Tahu mempromosi dan memposisi peranan anda sebagai pustakawan


undang-undang supaya jadi lebih strategik dan relevan
Peranan utama pustakawan undang-undang
dalam membantu pengguna

Undang-Undang Pustakawan Pengguna

Pustakawan undang-undang boleh bantu pengguna:


 Menjimatkan masa
 Mengelakkan kesilapan
 Mendapatkan kepastian dan kesahihan sumber
 Menambah nilai kepada maklumat yang diperolehi
“Pernyataan nilai tambah oleh pustakawan undang—undang”
(Statement of value added by law librarians)
AALL, March 2003

Pernyataan AALL ini menggariskan fungsi pustakawan undang-


undang terbahagi kepada empat peranan utama iaitu sebagai:

1. Penilai maklumat (information evaluator)

2. Pengurus maklumat (information manager)

3. Guru dan pelatih (teacher and trainer)

4. Pakar penyelidik (expert researcher)


Peranan pustakawan sebagai
“Penilai Maklumat”
 Dengan adanya kemudahan Internet, maklumat
perundangan kini jadi semankin bertambah. Oleh
sebab itu pustakawan undang-undang perlu
bertanggungjawab menjadi penyaring dan penilai
kepada semua sumber perundangan ini sebelum
sumber ini dianggap sesuai untuk dilanggani atau
digunakan oleh pengguna di perpustakaan mereka.

 Pustakawan undang-undang bertanggungjwab untuk


memilih sumber yang paling berauthoriti yang mampu
dilanggan berdasarkan kepada kemampuan dan
kedudukan kewangan institusi dengan mengambil kira
kos langganan, kaedah pengaksesan, reliabiliti
sumber, status terkini, kesahihan dan keaslian sumber
perundangan tersebut.
Peranan pustakawan sebagai
“Pengurus Maklumat”
 Pustakawan undang-undang sering juga dikenali sebagai
seorang ‘Pengurus Maklumat’ (information manager).
Mereka diambil kerja kerana kepakaran mereka dalam
mengurus maklumat perundangan supaya maklumat ini
senang dicari dan diakses oleh pengguna mereka.

 Sekarang ini pustakawan undang-undang harus tahu


bagaimana cara mengurus pengetahuan (Knowledge
Management) termasuk cara memasarkan perkhidmatan
dan urus-niaga guaman serta mempromosi kepakaran
para peguam yang berkerja di firma mereka.
Peranan pustakawan sebagai
“Guru dan Pelatih”

 Pustakawan undang-undang juga berperanan sebagai


guru dan pelatih kerana mereka menjadi orang
perantaraan utama yang memperkenalkan sumber
perundangan yang baru diperolehi kepada pengguna
mereka.

 Oleh sebab itu mereka perlu tahu dan dilatih terlebih


dahulu tentang bagaimana cara mengguna dan
mengakses sumber ini subelum mereka dapat mengajar
dan melatih pengguna mereka untuk mendapatkan
maklumat daripada sumber-sumber tersebut dengan
lebih mudah.
Peranan pustakawan sebagai
“Pakar Penyelidik”
 Pustakawan undang-undang perlu mengubah peranan
mereka daripada seorang “pemegang amamah” untuk
maklumat dan pengetahuan yang berada di perpustakan
mereka kepada seorang “pakar penyelidik” yang mampu
menyelidik dan mengetahui seluruh maklumat dan
pengetahuan yang berada didalam organisasi mereka.

 Jika pustakawan undang-undang ingin dianggap sebagai


rakan sepasukan yang mampu menjayakan misi organisasi
mereka, mereka bukan saja perlu mengetahui jenis
maklumat yang dapat membantu program pendidikan atau
amalan guaman organisasi mereka tetapi juga mengetahui
jenis maklumat yang dapat memasarkan kegiatan
organisasi mereka itu.
Bagaimana program latihan dapat meningkatkan
nilai tambah anda ?
 Masukkan program latihan anda sebagai sebahagian daripada kurikulum atau program latihan
guaman kepada pelajar atau pelatih guaman.

 Pastikan progran latihan anda dapat membantu pengguna jadi lebih cekap dan kos-efektif.
Pengguna dapat melakukan lebih banyak assigments dengan hasil kerja yang lebih tepat dan
pantas. Ini dapat meningkatkan produktiviti mereka.

 Latihan anda dapat menghadkan penggunaan sumber dari pengkalan data yang berbayar dan
ini dapat mengurangkan kos dan seterusnya dapat membantu anda didalam rundingan kontrak
akan datang.

 Latihan anda dapat mengurangkan kos bagi pihak pelanggan yang terpaksa menanggung kos
penyelidikan melalui masa yang dicaj oleh peguam.

 Sediakan peluang latihan dalam pelbagai topik berkaitan sumber perundangan untuk sepanjang
tahun.

 Maklumkan kepada pihak atasan anda tentang faedah dari hasil latihan anda yang mereka
perolehi melalui prestasi yang ditunjukkan oleh pengguna anda. Adakah ia memberi kesan?
Jika tidak, cari punca kenapa ia kurang berkesan dan cuba perbaiki program latihan anda itu.

 Buat kaji-selidik tentang apa yang pengguna anda ingin tahu daripada seri latihan anda ini.
Dapatkan maklum balas mereka dan bawa maklum balas mereka ke pengetahuan pihak atasan
anda.

 Anda harus menyediakan laporan tahunan untuk menilai segala aktiviti yang anda lakukan
untuk tujuan mempromisikan perkhidmatan perpustakaan anda jika ini masih belum dilakukan.
Peranan pustakawan undang-undang

Perananutama
Peranan utama

Pustakawanundang2
Pustakawan undang2 Pustakawanundang2
Pustakawan undang2 Pustakawanundang2
Pustakawan undang2
Akademik
Akademik Kerajaan
Kerajaan swasta
swasta

Sebagai
Sebagai Sebagai
Sebagai Sebagai
Sebagai
Tenagapengajar
Tenaga pengajar
Pengurusmaklumat
Pengurus maklumat pelatih
pelatih
/ /pelatih
pelatih

Sebagai
Sebagai
Pakarpenyelidik
Pakar penyelidik Sebagai
Sebagai
Pakarpenyelidik
Pakar penyelidik

Sebagaipengurus
Sebagai pengurus
pengetahuan
pengetahuan
Tugas asas pustakawan undang-undang
Tugasasas
Tugas asas

Perkhidmatan
Perkhidmatan
Perkhidmatan
Perkhidmatan Perkhidmatan
Perkhidmatan
Teknikal
Teknikal
Pentadbiran
Pentadbiran pengguna
pengguna

Pengurusan
Pengurusan Mengemas-kini
Mengemas-kini Mencari
Mencari
kewangan
kewangan Undang-undang
Undang-undang Undang-undang
Undang-undang

Memperolehi
Memperolehi Dalamperpustakaan
Dalam perpustakaan
Undang-undang
Undang-undang

Menguruspenglokasian
Mengurus penglokasian
Luarperpustakaan
Luar perpustakaan
Undang-undang
Undang-undang

Memastikanundang-
Memastikan undang- Daribahan
Dari bahanbercetak
bercetakdan
dan
Undangterkini
Undang terkini Dalamtalian
Dalam talian
Perubahan tugasan pustakawanan
undang-undang dulu dan sekarang
Dulu Sekarang

Jenis bahan yang diurus Hanya mengurus bahan Termasuk mengurus


bercetak saja sumber elektronik

Jenis maklumat yang Hanya sumber dari luar Termasuk sumber dari
diperolehi organisasi dalam organisasi
Kaedah mengkategori Menggunakan sistem Menggunakan teksonomi
bahan klasifikasi perpustakaan untuk maklumat seluruh
saja organisasi
Jenis perkhidmatan yang Untuk tujuan pendidikan Termasuk untuk tujuan
disediakan & amalan perundangan permasaran dan urus
saja niaga guaman
Jawatan yang dikenali Pengurus maklumat Pengurus Pengetahuan
(Information Manager) (Knowlwdge Manager)
Bidang tugas pustakawan undang-undang
akademik
 Menyediakan latihan kepada pelajar tentang penggunaan sumber
perundangan termasuk maklumat mengenai sumber perpustakaan
melalui laman web universiti mereka.

 Membantu pelajar mengikuti perkembangan perundangan seperti


menyediakan table of contents untuk bahan-bahan yang baru
diperolehi, Legal Alert, dsb.

 Mengajar pengguna mengakses sumber perpustakaan dan


panduan mengemaskini hasil penyelidikan mereka.

 Memberi bantuan dalam pencarian maklumat perundangan kepada


fakulti dan lain-lain kakitangan akademik di dalam universiti
mereka.
Bidang tugas pustakawan undang-undang
jabatan kerajaan
 Memaklumkan kepada pegawai perundangan di jabatan
kerajaan mengenai sumber perundangan dan kaedah
penyelidikan yang baru diperkenalkan.

 Membantu mahkamah dalam pengaksesan maklumat-


maklumat perundangan melalui sumber elektronik (dalam
talian) untuk kegunaan jabatan dan mahkamah.

 Membantu para hakim menyalurkan penghakiman terbaru


mereka untuk diterbitkan dalam laporan undang-undang.

 Menjadikan perpustakaan undang-undang sebagai pusat


depositori untuk menyimpan dokumen perundangan
kerajaan termasuk penghakiman dari mahkamah sebagai
rekod awam.
Bidang tugas pustakawan undang-undang
firma guaman?

 Penyelidikan di firma guaman meliputi pencarian fakta-fakta yang


diperlukan oleh peguam dalam lain-lain bidang seperti bidang
perniagaan, sains, kejuteraan dan perubatan selain daripada
bidang perundangan.

 Perlu sentiasa mengikuti perkembangan legislatif dan regulatori

 Perlu sentiasa mengkaji sumber-sumber perundangan yang


diperolehi berasaskan kos, kandungan dan kesahihan nilai
maklumat dari sumber-sumber tersebut

 Membantu peguam dalam penggunaan sumber-sumber


perundangan yang baru
Bagaimana meningkatkan kemahiran anda?

Kemahiranasas
Kemahiran asas

Pengetahuan
Pengetahuan Skil
Skil Sikap
Sikap
(Knowledge)
(Knowledge) (Skills)
(Skills) (Attitudes)
(Attitudes)

Pengetahuantentang
Pengetahuan tentang Minatyang
Minat yang
Skilkomunikasi
Skil komunikasi
kepustakawanan
kepustakawanan mendalam
mendalam

Pengetahuantentang
Pengetahuan tentangsistem
sistem
Skilteknologi
Skil teknologimaklumat
maklumat Sikapingin
Sikap inginbelajar
belajar
&&sumber
sumberperundangan
perundangan

Pengetahuantentang
Pengetahuan tentang Tahumeletak
Tahu meletak
Skilpengurusan
Skil pengurusan
Profesionperundangan
Profesion perundangan keutamaan
keutamaan

Pengetahuantentang
Pengetahuan tentang
Istilah perundangan
Istilah perundangan
Kemahiran asas pustakawan undang-undang
 Kemahiran am
 Memahami latar belakang sejarah perundangan Malaysia
 Memahami sistem perundangan Malaysia
 Memahami jenis sumber perundangan dan bagaimana ia
dikategorikan
 Memahami tugas hakiki profesion perundangan

 Kemahiran khusus
 Memahami bagaimana undang-undang dibuat, diterbit dan
digunakan
 Mengetahui dimana sumber perundangan ditempatkan dan
bagaimana mencari sumber tersebut
 Mengetahui bagaimana mengurus, mengendali dan
mengemaskini bahan perundangan bagi memastikan kesahihan
bahan-bahan tersebut

Competencies of Law Librarianship, AALL, March 2001 (revised 2010)


Kemahiran khusus yang diperlukan oleh
pustakawaan undang-undang
 Pengurusan Maklumat Perundangan
 Bagaimana mengurus maklumat perundangan
○ Mengetahui jenis sumber perundangan seperti Sumber Utama
dan Sumber Skunder
○ Mengetahui kegunaan sumber-sumber ini; bagaimana dan bila
ia digunakan.

 Skil Penyelidikan Undang-Undang


 Bagaimana mencari & mengenal pasti undang-undang
○ Mengetahui sistem perundangan negara dan badan-badan
pembuat undang-undang
○ Mengetahui siapa yang buat undang-undang dan bagaimana
undang-undang itu dibuat, diterbit dan disimpan
○ Mengetahui sama ada undang-undang yang dicari itu masih lagi
sahih untuk dirujuk di makahmah

Competencies of Law Librarianship, AALL, March 2001 (revised 2010)


Bagaimana meningkatkan kecemerlangan
Perwatakan
Perwatakan
peribadi
peribadi

Perkhidmatan
Perkhidmatan Perkhidmatan
Perkhidmatan Perkhidmatan
Perkhidmatan
Pentadbiran
Pentadbiran Teknikal
Teknikal Pengguna
Pengguna

Bertanggungjawaban
Bertanggungjawaban Cermat
Cermat Sukaberkhidmat
Suka berkhidmat

Mudah-suai
Mudah-suai terperinci
terperinci Pintarberkomunikasi
Pintar berkomunikasi

Fleksiibil
Fleksiibil Service-oriented
Service-oriented Memberiperhatian
Memberi perhatian

Kreatif
Kreatif Berbudibahasa
Berbudi bahasa

Penyimpanrekod
Penyimpan rekod Tahantekanan
Tahan tekanan
Pengurusan pengetahuan (Knowledge
Management) dalam firma guaman
Bagaimana program KM bantu firma guaman?

 Memperbaiki kualiti perkhidmatan guaman untuk memberi kelebihan


dalam persaingan dalam industri perundangan
 Meningkatkan kepantasan dalam memberi perkhidmtan untuk
kepuasan hati pelanggan
 Memastikan khidmat-nasihat perundangan yang konsisten bagi
mengukuhkan keyakinan pelanggan
 Memperbaiki pengurusan dan penggunaan pengetahuan peguam
untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran mereka
 Memperbaiki pengaksesan sumber perundangan
 Mempertingkatkan kemampuan untuk menyunkil maklumat dengan
cepat
 Dapat menarik dan mengekalkan peguam-peguam yang terbaik
 Dapat menarik dan mengekalkan pelangan-pelanggan yang terbaik
Objektif pengurusan pengetahuan
(KM) dalam firma guaman

Objektif
Objektif
Pengurusan
Pengurusan
Pengetahuan
Pengetahuan
(KM)
(KM)

Pembangunan
Pembangunan Pembangunan
Pembangunan Bantuan dalam
Bantuan dalam
Penyelidikan
Penyelidikan Ikhtisas
Ikhtisas Urusniaga
Urusniaga Pentadbiran
Pentadbiran
Undang-undang
Undang-undang Para peguam
Para peguam guaman
guaman Firma guaman
Firma guaman
Bagimana proses transaksi pengetahuan
(knowledge transactions) berlaku?

Pembeli Pembekal Broker


(Pelanggan) (Peguam)

(Pustakawan undang-undang) (Pengurus Pengetahuan)

Pengetahuan Ekplisit Pengertahuan Tasit


(Explicit Knowledge) (Tacit Knowledge)
(Pakar dalam pengetahuan ekternal (Pakar dalam pengetahuan Internal
yang diperolehi dari luar organisasi yang dibuat dari dalam organisasi untuk
untuk amalan perundangan) memasarkan perkhidmatan guaman)
Bagimana proses transaksi pengetahuan
(knowledge transactions) berlaku?
Proses transaksi pengetahuan melibatkan:

 Pembeli (Pelanggan): memerlukan pengetahuan guaman untuk


menyelesaikan masaalah perundangan mereka. Mereka “membeli”
pengetahuan dalam bentuk “nasihat guaman” bagi tujuan tersebut

 Pembekal (Peguam): “menjual” pengetahuan dan kepakaran


mereka dalam bentuk “pendapat dan nasihat perundangan” untuk
menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh pelanggan (pembeli)
mereka.

 Broker (Pustakawan Undang-Undang dan Pengurus


Pengetahuan): adalah mereka yang mempunyai kepakaran dalam
mencari maklumat yang dapat membantu peguam (pembekal)
merumuskan nasihat perundangan yang tepat dan pantas untuk
menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh pelanggan (pembeli)
mereka.
Pemetaan pengetahuan
Kategori pengetahuan mengikut kegunaan

Pengetahuan
Pengetahuan
guaman
guaman

Untuk amalan
amalan guaman
guaman Untuk urusniaga
Untuk urusniaga guaman
guaman
Untuk
(Practice of
of Law)
Law) (Business of
(Business of Law)
Law)
(Practice Pengetahuan yang
yang diperlukan
diperlukan dalam
dalam
Pengetahuan yang
yang diperlukan
diperlukan Pengetahuan
Pengetahuan menyokong aktiviti
aktiviti pemasaran
pemasaran
dalam amalan
amalan perundangan
perundangan menyokong
dalam perkhidmatan perundangan
perundangan
perkhidmatan
Pemetaan pengetahuan
Pengetahuan dalam amalan guaman

Pengetahuan dalam
Pengetahuan dalam
Amalan guaman
Amalan guaman

Penyelidikan
Penyelidikan Pembelajaran //
Pembelajaran
perundangan
perundangan Pembangunanikhtisas
Pembangunan ikhtisas

Duluan terbitan
Duluan terbitan firma
firma
Kertas seminar
Kertas seminar
(firm’s Precedents)
(firm’s Precedents)

Amalan terbaik
Amalan terbaik firma
firma
Bahan ceramah
Bahan ceramah guaman
guaman
(best Practices)
(best Practices)

Bahan perundangan
Bahan perundangan
(legislation material)
(legislation material)

Laporan undang-undang
Laporan undang-undang
Case Law
Case Law (Law
(Law Reports)
Reports)
Pemetaan pengetahuan
Pengetahuan dalam urusniaga guaman

Pengetahuan dalam
Pengetahuan dalam
Urusniaga guaman
Urusniaga guaman

Pengurusan
Pengurusan Aktiviti
Aktiviti Pengurusan
Pengurusan
pelanggan
pelanggan pemasaran
pemasaran Kewangan
Kewangan

Data kontek
Data kontek Profil tentang
Profil tentang Maklumat
Maklumat
pelanggan
pelanggan firma
firma Billing
Billing

Laporan tentang
Laporan tentang Profil tentang
Profil tentang Maklumat tentang
Maklumat tentang
Perniagaan pelanggan
Perniagaan pelanggan peguam
peguam Perkara file
Perkara file

Artikel dari
Artikel dari
peguam
peguam
Penilaian Pengetahuan
(Knowledge evalution)
Piramid Pengetahuan

Pengetahuan
(Knowledge)

Maklumat
(Information)

Data
(Data)
Penilaian Pengetahuan
(Knowledge evalution)
Piramid Pengetahuan

Pengetahuan Inovatif
(Innovative Knowledge)
(Mempunyai pengetahuan yang sangat bernilai –
Cukup untuk berada ditempat paling atas dan memimpin industri )

Pengetahuan Lanjutan
(Advanced Knowledge)
(Mempunyai pengetahuan dan maklumat yang sangat relevan –
Cukup untuk bersiang dalam industri / perkhidmatan perundangan)

Pengetahuan Asas
(Core Knowledge)
(Pengetahuan dan maklumat asas -
Cukup untuk melakukan amalan asas perundangan)
Penilaian Pengetahuan
Tahap Nilai Pengetahuan
(adapted from Rusanow, 20012:9)

Pengetahuan yang paling bernilai


Pengetahuan Inovatif Contoh:
 Hanya dikendalikan oleh KM (Innovative Knowledge)  Law firm precedent documents
 Maklumat pelanggan
 Pencarian melalui kategori
 Industry and project information
 Boleh diperolehi secara full-text  Law firm staff skills and expertise

Pengetahuan dan Maklumat Lanjutan


Pengetahuan yang sangat releven (Advance Knowledge and Contoh:
 Sering dikendalikan oleh KM  Best practice documents, e.g.
 Searchable by categories
Information) transactional documents,
methodologies and research
 Boleh diperolehi secara fill-text  Regularly used information indexed
Pengetahuan Asas, Maklumat Am by subject matter
Pengetahuan asas
 Boleh diperolehi secara full-text
dan Data Contoh:
Core Knowledge, General  Publicly available; legal, industry and
client information
Information and Data
Pembangunan kerjaya untuk pustakawan
undang-undang
 Bina reputasi mesra-pengguna dikalangan kakitangan organisai anda supaya dapat
menarik minat mereka mengenali anda dan tugasan anda.

 Sertai persatuan pustakawan seperti Kumpulan Pustakawan Undang-Undang


terutama untuk tujuan menjalinkan rangkaian persahabatan (networking).

 Menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh persatuan pustakawan dan kumpulan-


kumpulan yang berkaitan.

 Libatkan diri dengan program yang diselenggarakan oleh institusi pengajian


kepustakawanan seperti mengajar dalam topik kepustakawanan undang-undang
serta memberi ceramah tentang kerjaya dalam bidang kepustakawanan undang-
undang.

 Menawarkan latihan amali kepada pelajar dalam bidang kepustakawanan. Jadikan


perpustakaan anda sebagai tempat mereka menjalani latihan amali supaya dapat
memupuk minat mereka untuk memilih kerjaya sebagai pustakawan undang-undang.

 Menghadiri kursus terutama mengenai bidang kepustakawanan undang-undang

 Baca banyak artikel dan buku-buku berkaitan kepustakawanan undang-undang

 Menulis artikel dan berkongsi pengetahuan dengan rakan sejawatan yang lain
Apakah yang menghalang pustakawan undang-undang
daripada memperbaiki prestasi diri?
 Ramai pustakawan merasakan diri mereka kurang dihargai kerana beban
kerja yang tidak berpadanan dengan gaji berbanding dengan rakan mereka
yang berkerja sebagai pensyarah atau peguam. Ini boleh menjatuhkan
semangat dan kommitmen mereka untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

 Mempunyai rasa kurang keyakinan diri kerana tidak pernah mendapat


bimbingan, tunjuk ajar dan berkongsi pengetahuan dari mereka yang
berpengalaman dalam bidang kepustakawanan undang-undang.

 Kurang mendapat sokongan, insentif dan galakan dari pihak pengurusan


atau majikan

 Tidak mempunyai kakitangan sokongan yang mencukupi

 Tidak mendapat sokongan kewangan untuk menyokong perubahan

 Sikap pengurusan / majikan yang kurang faham (atau terlepas pandang)


tentang kemampuan dan sumbangan sebenar seorang pustakawan
undang-undang hingga berlaku pembaziran sumber insan dalam
membangunkan organisasi mereka.
Siapakah menjadi pesaing kepada
pustakawan undang-undang
 Peguam Sokongan Profesional –
Professional Support Lawyers (PSL)

 Profesional Teknologi Maklumat –


IT Professional

 Profesional Bukan Profesion –


Non Profession Professional

 Kakitangan Bukan Profesional –


Non-professional (Support) Staff
Kesimpulan
 Perkembangan teknologi maklumat telah mengubah sumber perundangan
dalam berbagai bentuk format. Bahan-bahan bercetak tidak lagi menjadi
sumber rujukan utama yang menyalurkan maklumat perundangan.

 Perkembangan teknologi maklumat ini juga memaksa pustakawan undang-


undang mengubah cara mereka berkerja. Skil dan pengetahuan yang
diperolehi dulu perlu sentiasa diperbahrui supaya dapat menepati keperluan
semasa pengguna.

 Perpustakaaan undang-undang tradisi kini menjadi pilihan kedua


berbanding perpustakaan undang-undang maya. Oleh itu kemahiran untuk
mengendalikan kedua-dua sumber perundangan ini sangat-sangat
diperlukan sekarang.

 Peranan dan kemahiran pustakawan undang-undang juga terpaksa diubah


supaya ia kekal relevan, daripada pengurus maklumat kini telah menjadi
pengurus pengetahuan.
Penutup kata
 Jangan terlalu selesa dengan kedudukan profesion anda sekarang
terutama jika anda enggan berubah dan mengubah peranan anda,
meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan skil anda untuk disesuaikan
dengan keperluan semasa dan bersiap sedia untuk menghadapi keperluan
masa depan.

 Jangan biarkan pengguna anda merasakan lebih baik mereka bergantung


kepada penggunaan sumber dari Internet daripada berurusan dengan anda
yang kurang mahir dan berpengetahuan atau tidak tahu bagaimana
memenuhi keperluan mereka.

 Jangan biarkan profesion anda diambil-alih oleh pihak lain yang


nampaknya lebih bersedia menawarkan perkhidmatan mereka kepada
pengguna anda dengan lebih berkesan.

 Jadikanlah diri dan profesion anda sebagai pilihan utama atas reputasi dan
kridibiliti anda yang mampu menyumbang kearah membangunkan sistem
pendidikan perundangan dan industri guaman di negara ini.

You might also like