You are on page 1of 22

EDU 3101

FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA


TAJUK 4

Nordin Tahir, JIP


Falsafah Pendidikan Barat

Essentialisme

Falsafah Pendidikan Barat Tradisional


Perennialisme

Progressivisme

Falsafah Pendidikan Barat Moden Eksistensialisme

Rekonstruktivisme

Nordin Tahir, JIP


Essentialisme
(William C. Bagley, 1874-1946)
• Essentialisme berpunca daripada realisme dan idealisme.
• Ia adalah teori yang mencadangkan penyampaian budaya
dan pengetahuan teras kepada setiap generasi baru sebagai
tujuan utama pendidikan.
• Memandangkan essentialisme bertujuan untuk
menggalakkan pertumbuhan intelek individu serta mendidik
individu yang berketerampilan, dengan tumpuan diberi
kepada pengajaran mata pelajaran tradisional yang asas
seperti Membaca, Menulis dan Mengira (3M) di samping
mata pelajaran Kesusasteraan, Bahasa Asing, Sejarah, Sains,
Seni dan Muzik.
• Ia juga berfokus pada pengajaran kemahiran asas,
penguasaan konsep dan prinsip kandungan mata pelajaran.

Nordin Tahir, JIP


• Guru dianggap sebagai berwibawa dalam
bidang mata pelajaran dan pengajaran.
• Guru mempunyai kawalan bilik darjah dan
membuat keputusan mengenai kurikulum tanpa
banyak input daripada pelajar.
• Guru juga bertanggungjawab untuk mengajar
nilai-nilai tradisional. Justeru guru dianggap
sebagai contoh teladan.
• William Bagley (1874-1946) merupakan
seorang ahli essentialis yang terkenal.

Nordin Tahir, JIP


Perennialisme (Jonson et al., 1969)
• Perennialisme berpunca daripada realisme.
• Ahli perennialis mempercayai bahawa tujuan utama
pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan ilmu yang
sejagat dan abadi.
• Fokus perennialisme adalah pada perkembangan peribadi.
Oleh sebab manusia ialah manusia, maka mereka hendaklah
diajarkan hal-hal berkaitan dengan manusia dahulu,
bukannya hal berkenaan dengan mesin atau teknik.
• Justeru tajuk-tajuk liberal seharusnya diajar terlebih dahulu,
dan bukannya tajuk-tajuk vokasional.
• Kurikulum perennialis adalah berpusatkan kandungan
dengan penekanan pada bahasa, kesusasteraan, matematik,
seni dan sains.

Nordin Tahir, JIP


Progressivisme (John Dewey, 1915)
• Progressivisme berkembang daripada pragmatisme yang
kemudian dikembangkan oleh John Dewey. Ahli progressivis
mempercayai bahawa kebenaran adalah relatif dan tentatif.
• Ilmu membawa seseorang ke arah pertumbuhan dan
perkembangan. Memandangkan pengetahuan boleh
menerangkan realiti masa kini, maka kanak-kanak hendaklah
diajarkan cara berfikir berbanding dengan hal yang perlu
difikirkan.
• Oleh sebab, progressivisme mempercayai bahawa kanak-kanak
akan memilih yang paling baik bagi diri mereka maka kurikulum
hendaklah berdasarkan minat, kandungan antara disiplin, dan
aplikasi masalah manusia.
• Ahli progressivis menggalakkan pelbagai kaedah alternatif seperti
aktiviti, pengalaman, penyelesaian masalah dan projek.

Nordin Tahir, JIP


• Ahli progressivis menganggap peranan guru
sebagai pembimbing untuk penyelesaian
masalah dan inkuiri saintifik.
• Kebanyakan ahli progressivis bersetuju dengan
pendekatan induktif yang menggalakkan pelajar
untuk memberi penjelasan sendiri dan
pemahaman fenomena.
• Dengan cara ini, pelajar dapat mengaplikasikan
pengetahuan baru yang dibentuk ke dalam
bidang kajian yang lain.

Nordin Tahir, JIP


Eksistentialisme
• Eksistentialisme memberi fokus pada fitrah kewujudan manusia. Ahli
eksistentialis berpandangan bahawa manusia dilahirkan tanpa sebarang
tujuan.
• Mereka melihat realiti sebagai subjektif dan didefinisikan oleh individu
sendiri. Oleh yang demikian, seseorang bertanggungjawab kepada diri
sendiri dan dengan demikian bebas untuk menentukan matlamat serta
membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sebarang autoriti luar.
• Menurut ahli eksistentialis, guru atau sistem sekolah tidak berhak untuk
menekankan matlamat pendidikan ke atas murid-murid.
• Memandangkan setiap individu bertanggungjawab atas pendidikan masing-
masing, maka kurikulum eksistentialis tidak mempunyai mata pelajaran
yang khusus.
• Namun, mata pelajaran yang bersifat emosional, estetik dan berfalsafah
seperti kesusasteraan, drama, perfileman dan seni adalah sesuai. Mata
pelajaran ini menggambarkan keadaan manusia dan keadaan membuat
pilihan.
• Kurikulumnya juga menekankan aktiviti luahan perasaan, eksperimen,
kaedah, dan media yang menerangkan emosi, perasaan dan pengertian
dalaman.
Nordin Tahir, JIP
Rekonstruktionisme
• Rekonstruktionisme adalah hasil progressivisme.
• Rekonstruktionisme memberi syor untuk membaiki dan membina
semula masyarakat. Ia melihat pengasasan corak budaya baru serta
penghapusan penyakit sosial sebagai tujuan utama pendidikan.
• Ahli Rekonstruktionisme melihat sekolah sebagai pemangkin
penting untuk meningkatkan keadaan manusia melalui
pembaharuan pendidikan dan sosial.
• Rekonstruktionisme berusaha untuk menggunakan sekolah untuk
mencipta sebuah masyarakat baru. Justeru fungsi utama sekolah,
termasuklah seperti yang berikut:
i) Untuk mengenal pasti masalah sosial yang memberi sumbangan
kepada krisis budaya, dan
ii) Untuk mewujudkan kemahiran dan sikap yang akan
menyelesaikan masalah-masalah ini.

Nordin Tahir, JIP


• Kurikulum rekonstruktionis menekankan sains sosial dan
kaedah kajian sosial. Ia berfokus pada kecenderungan kini dan
masa depan, serta pada isu nasional dan internasional.
• Kemahiran dan mata pelajaran yang diajarkan adalah yang
dapat mengenal pasti dan membantu menyelesaikan masalah
masyarakat.
• Pembelajaran adalah aktif dan ada hubungan dengan
masyarakat hari ini dan masa depan.
• Guru tidak harus takut tentang komitmen untuk membantu
membina sebuah masyarakat baru. Mereka harus bertugas
sebagai agen perubahan dan pembaharuan. Mereka juga
membantu pelajar menyedari masalah yang dihadapi umat
manusia.

Nordin Tahir, JIP


Idealisme
• Salah satu falsafah tertua di dunia
(Plato, Rene'Descartes, Baruch Spinoza, G. Berkeley,
Immenual Kant, G.F.Hagel dan S.T. Coleridge)
• Bertentangan pendapat antara mereka
• Bersetuju bahawa jiwa atau kerohanian manusia
penting dalam kehidupan
• Alam jagat pada hakikatnya bukan kebendaan
• Ia merupakan satu sistem yang memberi penekanan
kepada kepentingan fikiran, jiwa dan kerohanian

Nordin Tahir, JIP


Persoalan Metafizik (Realiti)
Dalam Mazhab Idealisme

• Asas kewujudan ialah dalam bentuk kerohanian dan


bukan berbentuk fizikal, atau dalam bentuk fikiran dan
bukan material
• Unsur terpenting dalam kehidupan ialah kerohanian
manusia dan semua kewujudan boleh diperturunkan
kepada kerohanian.
• Idealis tidak menafikan kewujudan alam fizikal, tetapi
mereka menganggap kewujudan alam fizikal tidak nyata
secara muktamadnya.

Nordin Tahir, JIP


• Semua benda hanya satu anggapan atau satu sari
pemikiran. Hanya fikiran sahaja yang nyata atau
pun benar. Oleh itu semua benda hendaklah
diperturunkan kepada fikiran atau kerohanian.
• Van Scottes et al (1979) berpendapat
kepentingannya tentang akal dan idea, maka
tumpuan dalam pendidikan ialah melatih akal,
menyuburkan roh dan menguasai idea.
• Idealis menganggap manusia mempunyai akal
dan jasad, atau jasad, akal dan roh.

Nordin Tahir, JIP


• Kanak-kanak adalah sebahagian daripada
alam kerohanian mutlak, dan
• mempunyal tujuan kerohanian yang perlu
dipenuhi mengikut kebolehan dan keupayaan
mereka. Pendidikan mestilah berusaha
memupuk kekariban antara pelajar, unsur-
unsur kerohanian tabii dan memberi
penekanan dalam keharmonian antara
manusia dan alam jagat.

Nordin Tahir, JIP


• Idealis mempercayai dua konsep yang penting iaitu
kebebasan dan rasionaliti, dan perkaitan antara
mereka.
i) Kebebasan :
Amalan kehendak dalam membuat keputusan sendiri
dan mesti diikuti dengan tanggungjawab terhadap
akibat yang mungkin timbul hasil daripada tindakan
yang dilakukan.
ii) Rasionaliti :
Proses mancari dan mengeluarkan idea. Idea adalah
satu kemungkinan dalam diri kanak-kanak.

Nordin Tahir, JIP


Persoalan Epistemologi (Kebenaran)
Dalam Mazhab Idealisme
• Pengetahuan boleh diperolehi dengan cara
seIain daripada kaedah saintifik.
• Ia boleh diperolehi melalui keimanan,
keautoritarian, taakulan dan intuisi.
• Plato: Pengetahuan sebenar adalah hasil
pemikiran taakulan. Pengetahuan lebih baik
dikeluarkan daripada pelajar sendiri
berbanding dengan mencurahkannya
kepada mereka.
Nordin Tahir, JIP
Persoalan Aksiologi (Nilai)
Dalam Idealisme
• Nilai dan etika adalah mutlak.
• Oleh itu, apa yang dikatakan baik, benar dan cantik,
secara asasnya tidak berubah daripada satu generasi
kepada satu generasi yang lain atau daripada satu
masyarakat kepada satu masyarakat yang lain.
• Nilai dan etika bukan ciptaan manusia, tetapi
sebahagian daripada tabii alam ciptaan Tuhan.
• Kebenaran, kebaikan dan kecantikan adalah nilai yang
tidak berubah

Nordin Tahir, JIP


• Oleh kerana Tuhan merupakan sumber nilai,
maka manusia hanyalah dianggap berakhlak
apabila mereka hidup mengikut kehendak
Tuhan.
• Oleh kerana idealis (Van Scottes, Kraft dan
Haas (1979) menganggap nilai sebagai mutlak,
maka dasar dan kaedah persekolahan
mestilah menggambar dan
memperkembangkan nilai-nilai tradisi yang
dianggap oleh masyarakat sebagai berguna
dan berharga.
Nordin Tahir, JIP
• Apabila kerohanian diberi perhatian yang lebih,
dunia ini akan menjadi lebih rasional dan
sempurna dan kejahatan akan hilang sedikit
demi sedikit.

• Dalam sistem persekolahan, tidak terdapat


pelajar yang benar-benar jahat, tetapi hanya
mereka yang melanggar atau tidak memahami
sepenuhnya susunan moral alam jagat ini.

Nordin Tahir, JIP


Ammenuel Kant:
• Apabila seseorang pelajar berkelakuan kurang
baik, guru mungkin bertanya tentang kelakuan
pelajar itu.Tetapi pernahkah guru bertanya diri
sendiri sama ada dia telah menunjukkan contoh
yang baik untuk diikuti oleh pelajarnya?
• Idealis secara umumnya bersetuju bahawa
pendidikan tidak hanya memberi tekanan
kepada perkembangan akal sahaja, tetapi juga
perlu menggalakkan pelajar memberi tumpuan
kepada semua benda yang mempunyai nilai
yang kekal.
Nordin Tahir, JIP
Sekian, Terima Kasih

Nordin Tahir, JIP

You might also like