You are on page 1of 3

Proposal Kajian TinjAuan

Refleksi PemurnIan Ke aTas Kertas CadangAn Penyelidikan

Pensyarah : Prof. Madya Dr. Wan Azlinda binti Wan Mohamed

Pendahuluan :

Penulisan Proposal asal yang bertajuk “ Amalan1kepImpInan µransformasional Guru BesAr


Cemerlang MemPengaruhi Corak Kapemimpinan Pengurusan dan Kecemerlangan Akademik
Sekolah Rendah di Daerah Kuala PilaH dan Daerah Tampin, NeGeri Sembilan” yang
sepatutnyA saya bentangkan pada 1 Oktober 2010 Telah tidak dapat dibentangkan disebabkan
oleh kekangan masA. Namun terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan di samping
kekuatan dalam penulisan ini yang memerlukan penambahbaikan agar penulisan proposal ini
menjadi lebih mantap serta menjurus ke arah kajian tindakan yang sebenarnya dan berkongsi
penulisan ini dengan rakan-rakan sekuliah.

Antara cadangan yang telah diberikan oleh pensyarah pembimbing ( sebelum kelas tamat ),
semasa rakan-rakan membentangkan di dalam kelas dan rakan-rakan sekuliah dan seniors
ialah :

i. Tajuk :

Tajuk asal proposal iaitu Amalan kepimpinan Transformasional Guru Besar


Cemerlang Mempengaruhi Corak Kepemimpinan Pengurusan dan Kecemerlangan
Akademik Sekolah Rendah Di Daerah Kuala Pilah dan Daerah Tampin, Negeri
Sembilan ditukar dengan kandungan cadangan yang sama kepada Amalan
Kepemimpinan Transformasional Guru Besar Cemerlang DGA 38 Di Daerah
Kuala Pilah Dan Tampin, Negeri Sembilan.
ii. Objektif Kajian:

Sebanyak 5 objektif yang disenaraikan kekal relevan.

Tambahan:

f. Dapatan kajian ini akan digunakan sebagai bench marking untuk Guru Besar-
Guru Besar sekolah lain dalam usaha untuk memenuhi ciri-ciri Anugerah Sekolah
Berprestasi Tinggi. (SBT)/Baiah Pemimpin Sekolah.

iii. Metodologi/Kaedah Kajian:

a. Kaedah temubual dengan responden dan ketepuan maklumat snowballing


harus lebih diperincikan. Ciri-ciri kepemimpinan transformasional responden
dinyatakan dengan jelas seperti gaya kepimpinan dalam aspek pengurusan
sekolah dan aspek kecemerlangan akademik pelajar.

b. Begitu juga dengan data dari subordinat responden (30 orang ) yang
memerlukan keesahan dan kebolehpercayaan tanpa dipengaruhi oleh
responden.

c. Kerahsiaan (dokumen sulit) menjadi elemen yang penting bagi memastikan


subordinat memberi data-data yang tepat.

Kesimpulan

Setelah saya mengambil kira segala pandangan dan teguran maka saya merasakan
dapatan dari proposal ini kelak akan menepati kehendak evolusi pendidikan di Malaysia
berdasarkan fakta-fakta semasa seperti berikut :

a. Dasar Pendidikan Negara yang mahu melahirkan pelajar yang kamil,

berketrampilan dan towering personality.


b. Melahirkan pemimpin sekolah rendah yang hebat seperti yang

sasarkan dalam NKRA/baiah Guru Besar.

d. Mengurangkan bilangan Pemimpin sekolah yang defisit ilmu pengurusan


sekolah.

Penghargaan dan terima kasih

1. Yang Berusaha Prof. Wan Azlinda bti Wan Mohamed

2. Rakan-rakan pkpgb/uthm 2010-2013

3. Seniors

4. Buku Penyelidikan dalam Pendidikan

5. Semua pihak yang memberi tunjuk ajar dan bimbingan

SHAHARUDIN BIN MD ISA

CB 100008

PKPGB 2010/2013

You might also like