You are on page 1of 4

PERMAINAN TRADISIONAL SUKU KAUM MELANAU

(PISA’ TIBOW)

1.0 SEJARAH

Pisa' Tibow ialah sejenis permainan tradisi masyarakat Melanau yang sangat
popular. Permainan ini dilangsungkan oleh masyarakat kampung sebagai simbol
perpaduan dan bersuka ria di samping menyambut ketibaan musim buah. Ia juga
merupakan pemainan yang digemari ramai di mana waktu inilah anak-anak
muda akan berkaul, iaitu pesta untuk mencari jodoh.

Ia diadakan pada musim buah, iaitu lazimnya pada awal tahun.


Permainan ini dimainkan bermula pada waktu petang hingga kadang-kadang
sehingga larut malam. Pada zaman dahulu, penduduk akan bermain pada waktu
bulan mengambang, kerana pada waktu inilah suasana di sekitar tapak
permainan tampak terang.

2.0 ASAS PERMAINAN

Tibow lazimnya dimainkan di kawasan tanah lapang, belakang atau hujung


kampung. Biasanya, tapak untuk permainan tersebut haruslah lembut dan tidak
mempunyai batu-batu kerikil yang keras. Bahkan di sesetengah tempat,
diletakkan pasir untuk mengelakkan para pemain yang jatuh hayunan daripada
mendapat sebarang kecederaan parah.

Tibow ini didirikan dengan dua tiang kayu yang panjang masing-


masingnya melebihi 30 kaki sebagai tiang tibow ini, selain beberapa batang kayu
sederhana sebagai tangga rak. Rotan sega dan daun muda pula digunakan
untuk membentuk penghayun manakala set canang dan gendang melela pula
dipalu bagi memeriahkan dan menambahkan gempar suasana.
Sepanjang pembinaan tiang Tibow, suatu pantun akan dinyayikan
bersama-sama, “Kat Kerakat, Kerurieng udat, Tibow idei pada ‘mekat’. Pantun ini
bertujuan untuk meminta pertolongan daripada Ipo’Tibow, iaitu dewa yang
mempunyai kuasa dalam permainan Tibow supaya memudahkan tugas-tugas
mendirikan tiang itu dan semoga permainan ini dapat dilaksanakan dengan
sempurna dan diberkati dewa.

3.0 CARA PERMAINAN

Terdapat dua pasukan yang akan bertanding. Setiap pasukan boleh terdiri dari
sekurang-kurangnya 10 orang peserta. Seterusnya, mereka dikehendaki
memanjat tiang kayu yang disediakan (setiap kumpulan satu tiang). Pada
permulaan permainan, hanya beberapa orang pemain yang dibenarkan
memanjat tiang tersebut supaya mereka dapat menaikkan diri dengan lebih
tinggi dan seterusnya memberikan ruang dan jarak bagi ahli kumpulan yang lain
melakukan pendakian.

Jika sekiranya terdapat lebihan peserta mahupun ahli kumpulan yang


sedang menunggu giliran untuk bermain, mereka boleh duduk di atas para yang
disediakan. Dari situ, mereka boleh melihat dengan jelas pergerakan ahli
kumpulan mereka, di samping untuk memberikan sokongan.

Mana-mana peserta yang te

4.0 PERATURAN PERMAINAN

Terdapat beberapa pantang larang dan tradisi yang perlu diikuti untuk
membolehkan si pemain bermain dengan selamat. Bahkan untuk mendirikan
peralatannya pun harus dengan tertib dan istiadatnya sendiri. Ini termasuklah
dengan menyediakan bubur kacang dan penglibatan tenaga yang banyak.
LAMPIRAN

You might also like