You are on page 1of 3

Eksperimen

Eksperimen : Mengkaji penyulingan petroleum (minyak


mentah) di dalam makmal.

Kaedah :

Radas penyulingan ringkas seperti pada rajah di atas disediakan .


Minyak mentah dalam tabung didih dipanaskan dan hasil sulingan dikumpulkan
pada julat suhu yang berbeza.
Hasil sulingan dipungut dan sifat setiap pecahan dikaji dari aspek berikut , iaitu
kelikatan, warna pecahan , sifat nyalaan dan kebolehbakaran
Untuk menentukan sifat kelikatan , sedikit pecahan tertentu dituang ke dalam
piring kaca. Piring kaca itu dicondongkan sedikit dan pemerhatian dibuat
samada pecahan itu mudah mengalir atau tidak.
Untuk menentukan warna pecahan , perbandingan warna dibuat bagi setiap
pecahan itu.
Untuk mengkaji sifat nyalaan , pecahan tertentu dimasukkan ke dalam mangkuk
pijar . Sekerat benang dicelup ke dalam pecahan itu untuk bertindak sebagai
sumbu. Sumbu itu dinyalakan . Warna nyalaan itu diperhatikan . Sekeping kertas
turas diletak di atas nyala untuk lihat kuantiti jelaga yang terkumpul dari nyala
itu.
Ujian Sifat Nyala

Keputusan :

Pecahan Julat Suhu Warna Kelikatan Keboleh Kuantiti


Pecahan bakaran jelaga
( 0C )

1 50- 100 0C Tidak Cair / mudah Mudah Tiada jelaga


berwarna mengalir terbakar

2 101-150 0C Kuning Pekat sedikit Mudah Sedikit


muda terbakar jelaga

3 151- 200 0C Kuning tua Agak pekat Susah Agak


terbakar banyak
jelaga

4 201- 250 0C Perang Agak pekat Amat sukat Amat


terbakar banyak
jelaga

Baki Lebih dari Perang tua Amat likat / Tidak -


250 0C - hitam sangat sukar terbakar
mengalir

Perbincangan :

1) Daripada keputusan eksperimen , didapati sifat(ciri) pecahan berubah dengan


bertambahnya takat didih pecahan.

Semakin tinggi takat didih pecahan itu :


Semakin likat pecahan itu ( kerana saiz molekul pecahan semakin besar dan
daya tarikan antara molekul-molekulnya semakin kuat menyebabkan molekul –
molekul sukar bergelongsor antara satu sama lain. )
Semakin sukar ia terbakar dan kuantiti jelaga semakin bertambah .( sebab
peratus karbon per molekul semakin bertambah dengan bertambahnya takat
didih pecahan itu.)
Semakin gelap warna pecahan itu .

2) Pecahan-pecahan itu mempunyai sifat yang sama dari segi :

Keterlarutan dalam air - Semua pecahan petroleum tidak larut dalam air.

PH – Semua pecahan petroleum bersifat neutral .

Hasil pembakaran sama - Semua pecahan terbakar dalam udara berlebihan untuk
menghasilkan gas karbon dioksida dan air.

Sifat Pecahan-Pecahan  Petroleum Yang Diperolehi


Makin rendah takat didih pecahan petroleum itu ;

makin kurang likat pecahan itu


makin cerah warnanya
makin mudah pecahan itu terbakar
makin bersih nyalanya ( kurang berjelaga )

Makin tinggi takat didih pecahan petroleum itu ;

makin likat pecahan itu


makin gelap warnanya
makin sukar pecahan itu terbakar
makin berjelaga nyalanya.

You might also like