You are on page 1of 13

Latar Belakang Carl Rogers

Dilahirkan Januari 8 di Oak Park, lllinois, 1902 dan meninggal 1987. Dibesarkan

dalam keluarga yang kuat berdisplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi .

Rogers mula belajar di Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian tetapi dua tahun

kemudian bertukar kepada bidang keagamaan di Union Theological Seminary di New

York. Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan

berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Columbia Universiti

dan mendapat Ph.D pada tahun1928.

Semasa di Columbia, Rogers cuba mengharmonikan idea – idea yang

bertentangan seperti fahaman Sigmand Freud dengan pendekatan statistik saintifik.

Kemudian fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerak hati dengan objektif

dan klinikal dengan statistik. Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi sebagai

Pengarah di Child Study, Department of the Society for the Prevention of Cruelty to

Children, di Rochester, New York .

Antara kerjayanya yang lain ialah :

1. Profesor Psikologi Klinikal di Ohio State Universiti (1940 – 1943)

2. Profesor Psikologi dan Pengarah Kaunseling di Universiti of  Chicago (1945 –

1957)

3. Profesor Psikologi dan Psikiatri di Universiti of Wisconsin (1957 – 1963)

4. Pengarah di Western Behavioral Sciences institute (1963 – 1968)

5. Pengarah di Centre for the Studies of the Person (1968 – 1987).


Soa

lan 3 : Dalam melaksanakan proses kaunseling, teori memainkan peranan

penting. Pilih satu teori kaunseling dan huraikan teknik-teknik yang diaplikasikan

semasa proses kaunseling. 

Setiap masalah yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya, bergantung kepada

setiap individu untuk memilih tindakan atau cara untuk mengendalikan masalahnya.

Namun begitu, sesuatu masalah akan bertambah kronik sekiranya individu tidak dapat

mengendalikan masalahnya dengan baik. Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang

guru pembimbing atau kaunselor membantu murid yang mempunyai masalah dalam

mencari jalan penyelesaiannya. Pelbagai teknik dan teori boleh digunakan semasa

proses bimbingan diberikan, namun begitu ia bergantung kepada kesesuaian senario

sesuatu masalah. Pemilihan teori dan teknik yang tepat dapat membantu murid (klien)

mengendalikan masalah dan memilih jalan penyelesaian yang terbaik buat murid

tersebut.

Teori Humanis (berpusatkan klien) yang di ketengahkan oleh Carl Rogers ( 1902

– 1987 ) adalah antara teori yang boleh digunapakai atau diaplikasikan dalam proses

kaunseling. Seperti yang kita tahu, teori ini berbeza sama sekali dengan teori

kaunseling yang lain. Pendekatan humanistik dalam kaunseling tidak mempunyai

teknik yang khusus. Ia lebih menekankan kepada sifat guru, keikhlasan guru dan

hubungan yang baik dengan klien.


Carl Rogers adalah satu – satunya pakar yang amat mementingkan manusia

sebagai manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai

objek yang boleh dimanipulasikan sama ada dari dalam atau luar. Justeru itu,

pendekatan humanistik mengutamakan kepercayaan bahawa setiap individu

mempunyai potensi semula jadi. Pendek kata setiap individu itu unik, sama ada

dari aspek personalitinya, pengalaman yang dihadapinya dan pemikirannya. Setiap

insan mengalami pengalaman hidup yang berbeza, berdasarkan pengalaman yang

dihadapi sedikit sebanyak membentuk personaliti seseorang individu. Pengalaman

hidup adalah guru yang terbaik., hal ini kerana manusia belajar daripada pengalaman.

Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat

semua manusia sebagai entiti – entiti yang baik dan mulia. Semua tingkah laku mereka

didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri. Terdapat beberapa faktor luaran yang

dapat membantu manusia untuk berkembang secara positif. Amir Awang (1987)

mencatatkan tiga faktor luaran tersebut, iaitu :

Kejujuran, keikhlasan dan Penerimaan tanpa syarat dan


kebenaran. perasaan ambil berat

Kefahaman yang mendalam


Jikalau semua faktor ini ada pada setiap manusia, maka perkembangan diri yang positif

ke arah kesempurnaan kendiri akan berjalan dengan lebih lancar. Ketiga-tiga faktor

luaran boleh diaplikasikan oleh guru bimbingan / kaunseling dalam menjalankan proses

bimbingan / kaunseling. Malahan ia juga merupakan syarat asas dalam kejayaan

kaunseling berpusatkan murid . Misalannya :

Faktor luaran Huraian ringkas

1. Kejujuran, keikhlasan dan Guru perlu ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam

kebenaran membantu murid mencari jalan penyelesaian yang

terbaik. Melalui kualiti keikhlasan dan kejujuran yang

ditonjolkan oleh guru, maka ia dapat membina

keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.

Sekaligus hubungan yang baik dapat dibina di antara

klien (murid) dengan guru bimbingan / kaunseling. Oleh

itu, murid akan selesa untuk meluahkan perasaannya

secara terbuka atau bersedia untuk berkongsi masalah

yang dihadapinya. Kebenaran pula merujuk kepada

sifat kaunselor yang sebenar, di mana kaunselor

tidak berpura-pura dan menonjolkan dirinya yang

sebenar supaya keselarasan ( kongruen ) dapat

dipupuk di antara kanselor dan klien.


2. Penerimaan tanpa syarat Guru pembimbing / kaunselor perlu menghormati dan

dan perasaan ambil berat menerima diri klien yang sebenarnya dengan

memberikannya penghargaan tanpa syarat.

Kaunselor sewajarnya menggunakan pendekatan tidak

menilai, di mana seorang kaunselor harus mempunyai

sifat penyayang tanpa syarat. Apabila sikap mesra dan

menerima wujud dalam proses kaunseling, klien akan

bersedia untuk menerima bimbingan dan berasa lebih

berkeyakinan untuk menangani masalah yang

dihadapi. Kaunselor perlu ingat bahawa walaupun klien

datang berbagai cerita/masalah mereka tetap seperti

manusia lain yang mempunyai maruah dan unik.

3. Kefahaman yang Kefahaman yang mendalam juga boleh ditakrifkan

mendalam sebagai empati. Kaunselor memahami kliennya dalam

peringkat yang mendalam dan cuba untuk merasai apa

yang dihadapi oleh kliennya. Ia juga merujuk kepada

kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau

dunia klien.Perasaan empati ini mengcakupi daripada

kemahiran mendengar (lisan dan bukan lisan) dalam

setiap peringkat sesi kaunseling, termasuk imaginasi

dan kefahaman kendiri klien sebenar.


       

 Sehubungan dengan itu, dalam membentuk teori personaliti kemanusiaan, 

Rogers memberi tumpuan kepada individu dan sifat kendirinya. Mengikut pendapatnya

lagi, seseorang itu mempersepsikan objek serta pengalaman – pengalaman dan turut

memberi makna kepadanya. Sistem persepsi dan pemberian makna yang

berkeseluruhan ini membentuk fenomenologi individu berkenaan serta meliputi

peristiwa yang disedari dan ada yang tidak disedarinya. Fenomenologi merujuk

kepada persepsi dunia mengikut pandangan tersendiri dan unik.

           

Kendiri pula adalah satu organisasi atau aturan persepsi yang konsisten,

termasuklah sebahagian yang ada dalam ruang fenomenal serta hubungan dengan

entiti atau kelompok lain seseorang itu yang dilihatnya sebagai “aku”, “saya” atau “diri”.

Pada masa yang sama, Rogers menyatakan dalam setiap individu wujud satu konsep

yang digelar sebagai diri unggul, iaitu bentuk dan konsep kendiri yang amat

diingini oleh individu berkenaan. Diri unggul mempunyai kompenan- kompenan

seperti persepsi dan makna yang releven pada individu tersebut serta sesuatu yang

amat bernilai pada dirinya.

            Konsep kendiri didefinisikan sebagai penilaian, pandangan, tanggapan,

kepercayaan, termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebiasaanya konsep

kendiri terbentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga, guru, sekolah, rakan
sebaya dan komuniti setempat. Pengalaman hidup turut membantu dalam membina

konsep kendiri. Konsep kendiri yang disarankan oleh Rogers adalah definisi diri yang

individu sendiri berikan kepada diri individu secara sedar apabila menggunakan

perkataan “saya” atau “aku”. Ada beberapa fakta yang menarik berkenaan dengan

konsep - kendiri Rogers, antaranya ialah :

1. Pandangan Rogers terhadap kendiri sama seperti kefahaman umum psikologi

terhadap persepsi.

2. Kendiri mengandungi sifat configurational, gabungan dan mewakili satu yang

terurus dan konsisten secara keseluruhan.

3. Kendiri tidak homunculus. Kendiri tidak berbuat apa – apa. Seseorang individu

tidak mempunyai satu kendiri yang mengawasi tingkah lakunya, sebaliknya dia

mempunyai satu gabungan pengalaman yang digambarkan sebagai kendiri.

4. Gabungan pengalaman dan persepsi, dikenali sebagai kendiri, pola timbul

dalam kesedaran. Jika definisi kendiri terlibat dengan ukuran yang tidak sedar,

sukar dioperationaliskan untuk membuat kajian.

 
 Walau bagaimanapun, pergerakan individu ke arah kesempurnaan kendiri tidaklah

selalunya lancar seperti yang diharapkan oleh setiap individu. Dimana manusia

terpaksa melalui beberapa rintangan, terutama sekali yang berkaitan dengan hal

konsistensi kendiri dan kongruen untuk mencapai matlamat. Maksud konsistensi

kendiri adalah kecenderungan organisma mengekalkan struktur dirinya iaitu kesamaan

persepsi diri yang dilihat dari luar, tidak pula dari dalam seperti yang ada pada konsep –

kendiri.

Lazimnya konsep kendiri seseorang boleh digolongkan dalam dua kategori yang

utama, iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif.


Pembentukan konsep kendiri adalah berdasarkan kepada pandangan diri dan

orang lain terhadapnya. Oleh itu, faktor yang mempengaruhi pembentukan konsep

kendiri adalah berkait rapat dengan sistem psikofizikal, alam sekitar dan interaksi sosial

seseorang individu. Berikut adalah faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan

konsep kendiri :
Manakala kongruens pula bermaksud suasana yang nyaman dan konsisten yang

wujud diantara diri unggul dengan pengalaman seseorang (diri sebenar). Secara

ringkasnya kongruen adalah keselarasan antara idealself (diri unggul) dan realself (diri

sebenar). Walau bagaimanapun, seseorang sering mengalami keadaan tidak kongruen,

di mana kedaaan ini berlaku apabila wujud ketidaksamaan di antara kendiri yang
dipersepsikan dengan kendiri yang sebenar. Keadaan ini akan menimbulkan

kebingungan, ketidakselesaan dan ketegangan dalam diri individu. Jikalau keadaan ini

berpanjangan, individu akan mengalami anxieti, iaitu hasil ketidaksamaan di antara

pengalaman dan persepsi kendiri. Terdapat dua cara untuk mengatasi keadaan tidak

kongruen :

1. Menafikan kewujudan pengalaman yang tidak konsisten dan cara ini akan

mengekalkan konsep dan struktur kendiri yang sedia ada pada individu

berkenaan.

2. Menggunakan kaedah pertahanan yang lebih kerap iaitu pengherotan.

Pengherotan bermaksud individu akan mengherot makna pengalaman yang

dirasai dan individu berkenaan akan hanya membenarkan sesuatu pengalaman

yang konsisten dan tidak bercanggah dengan konsep kendiri, iaitu ke dalam

kesedaran.

 Carl Rogers (1980) memandang struktur personality serupa dengan konsep konsep

kendiri. Beliau turut menegaskan bahawa konsep kendiri seseorang mungkin tidak

sepadan dengan pengalamannya yang sebenar. Rujuk rajah di bawah bagi melihat

dengan lebih jelas ilustrasi keadaan sepadan dan tidak sepadan di antara konsep

kendiri dan pengalaman sebenar.


a) Keadaan sepadan / kongruen b) keadaan tidak sepadan / tidak

kongruen

a) contoh situasi tidak kongruen

diri unggul : ingin menjadi seorang ahli gimrama

diri sebenar : tidak pandai berenang dan mempunyai susuk tubuh yang agak

gempal

b) contoh situasi yang kongruen

diri unggul : ingin menjadi seorang pemain piano yang terkenal

diri sebenar : boleh bermin piano dengan baik dan amat meminati muzik

Sehubungan dengan itu, manusia juga memerlukan perhatian yang positif, iaitu

keperluan disayangi, disukai, dihormati, disanjung, diterima dan dikasihi oleh orang lain.

Namun, manusia tidak sentiasa mendapat perhatian yang positif yang amat diperlukan.

Oleh itu, Rogers menekankan kepentingan kongruen antara diri yang dipersepsi (diri

unggul) dengan diri yang dialami (diri sebenar) supaya seseorang dapat berkembang

ke arah kesempurnaan kendiri. Hal ini, bermakna individu harus menerima diri dan
pengalamannya dan menjadikan diri berfungsi sepenuhnya bagi mencapai

kesempurnaan kendiri yang diidamkan.

http://konvobersama.blogspot.com/2008/03/carl-rogers.html

You might also like