Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
1Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Orang Cina Luar Negara Yang Menjadi Warganegara Atau Penduduk Tetap Di Malaysia

Orang Cina Luar Negara Yang Menjadi Warganegara Atau Penduduk Tetap Di Malaysia

Ratings: (0)|Views: 582|Likes:

More info:

Published by: Mohamad Alias Bin Harun on Mar 04, 2011
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

03/04/2011

pdf

text

original

 
 
Orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap diMalaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba diMalaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnyakaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah Orang CinaMalaysia agak jarang dipakai di negara ini.Selain itu,pendatang Cina awal (sejak abad ke-15 di Melaka, abad ke-18 diPulau Pinang) membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang memelukkebanyakan adat Melayu secara takat-takat yang berbeza (terhad di Pulau Pinang,menyeluruh di Melaka), berbahasa Melayu, tetapi mengekalkan amalan agama Cina.Sebaliknya pula, pendatang-pendatan yang lebih lanjut (seawalnya abad ke-19) yangmengekalkan adat Cina dikenali sebagai
sinkheh
"tetamu baru".Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketarabezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayuatas sebab agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang Melayu beragamaIslam. Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihakbukan beragama Islam untuk memeluk agama pasangannya. Kebanyakan orang CinaMalaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya danpolitik.Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia,tetapi semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaanMalaysia untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi merekadalam ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoritigolongan berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Pada tahun 2006, terdapat7-7.5 juta orang Cina di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa terkaya diMalaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi negara.Di samping itu, kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari Chinaselatan, terutamanya wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan
 
mereka datang untuk bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis(
indentured labour 
), dikenali sebagai kuli ,"kuasa susah-payah"). Yang selainnya datangsecara bebas untuk bekerja, dan didukung oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi orangCina di Tanah Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta sekitar tahun 1949.Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enamkumpulan dialek utama:
Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan
dan
Hokchiu
. Inimembuktikan bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentutertumpu dalam bahagian komuniti berbeza di Malaysia.Selain itu,orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-KualaLumpur dan Pahang. Suku Hakka juga didapti di Pulau Pinang, Johor Bahru danPerak, di mana mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempattersebut.Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang,Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalampopulasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur danSandakan, Sabah. Sandakan pernah bergelar 
"Hong Kong Kecil 
" kerana bandar itupernah dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, dimana pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Mediabahasa Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2dan 8TV.
.::: Suku dialek :::.
 
Sementara itu,
suku Hokkien
membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang,Melaka, Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasanpantai Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak,iaitu Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancanganberbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cinadalam media Malaysia.Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang,kebanyakan pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru danPontian.Maka, secara amnya terdapat
t
iga
kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysiayang selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melakakebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur,Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatansemenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasaMandarin dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikanformal. Ini telah menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untukmenyisihkan penggunaan dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis.Di Malaysia Timur pula, bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yangcenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakatCina Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Bakusebagai bahasa nasionalisme etnik diaspora.Menurut
The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature
muka surAT 52dan 53, bilangan penutur bahasa Cina meningkat dari 2,667,452 pada tahun 1957kepada 5,365,846 pada tahun 2000, iaitu 26% daripada keseluruhan populasi diMalaysia. Sumber data ini berasal dari Banci Penduduk dan Perumahan 2000, danbilangan mereka menurut suku dialek ialah:

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->