Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
12Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
konsep halal

konsep halal

Ratings:

4.5

(4)
|Views: 5,601|Likes:
Published by ZaHRaH

More info:

Published by: ZaHRaH on Aug 24, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

03/29/2013

pdf

text

original

 
Masyarakat Perlu Jelas Tentang Konsep Halal dan Haram 
Kita selaku umat Islam yang tinggal di sebuah Negara Islam danmempunyai pemikiran yang maju selaras dengan konsep Islam Hadhariseharusnya tidak boleh mengabaikan konsep halal-haram pemakanan.Meskipun kita mungkin melihat agak remeh untuk memikirkan tentang isuini, namun apa yang membimbangkan ialah kesan serta natijahnya kepadadiri dan kerukunan bangsa kita pada masa akan datang. Memang diketahuiumum bahawa iman merupakan teras pembentukan jiwa dan peribadi diriyang suci lagi murni. Oleh itu, adalah amat penting pemakanan halal yangmampu menjana pembikinan muslim yang hakiki dan sempurna dari semuasegi keperibadian manusia,UMAT manusia secara am dan umat Islam secara khusus diperintahsupaya memakan hanya yang halal. Firman Allah (Surah Al-Baqarah ayat 168)bermaksud: “Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan dimuka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.Jelas,kepentingan makanan yang halal telah disebut oleh Allah di dalam Al-Quranlebih 1400 tahun yang lampau menunjukkan betapa pentingnya konseppemakanan halal yang sempurna. Malah mengikut ayat 88 surah al-Maidah,Allah menegaskan bahawa makan dan minum adalah tanda keimananseseorang. Ini bermaksud cara pemilihan makanan dan minuman itumembuktikan nilai iman seseorang.Namun, kita sebagai masyarakat Islam yang berkongsi sebuah negaradengan masyarakat bukan Islam yang lain perlu lebih prihatin dan mampumemilih makanan yang halal mengikut syarak. Masyarakat bukan Islam diMalaysia perlu dijelaskan dengan lebih mendalam tentang konsep halal-haram makanan mengikut perspektif Islam yang sebenarnya. Kita perlumengubah tanggapan mereka bahawa makanan yang halal bukan makanandaripada babi sahaja tetapi juga meliputi pelbagai konsep lain yang perludijelaskan dengan lebih mendalam. Antara konsep yang perlu diambilperhatian adalah: 
 
1.
Punca makanan tersebut iaitu seperti daging yang digunakan.Kebanyakan masyarakat bukan Islam menganggap hanya khinzirmakanan yang haram dalam Islam tetapi mereka perlu dijelaskantentang konsep binatang yang haram dimakan dalam Islam sepertibinatang yang bertaring serta binatang yang hidup dua alam danbinatang yang jijik seperti cicak dan sebagainya.
 
2.
Seterusnya ialah kaedah penyembelihan haiwan. Masyarakat bukanIslam tidak tahu konsep penyembelihan haiwan dalam Islam. Lebihmenakutkan adalah sekiranya mereka sendiri yang menyembelihhaiwan tersebut dan menjual di pasaran terbuka. Sedangkan antarasyarat penyembelihan dalam Islam adalah penyembelih mestilahorang Islam. Selain itu, peniaga makanan bukan Islam juga perlumemastikan haiwan yang mereka beli di pasaran dibeli daripadapeniaga Islam atau dari syarikat penyembelihan yang mendapatpengiktirafan halal oleh JAKIM.
 
3.
Mereka juga perlu dijelaskan tentang cara pengurusan makanan danpemprosesan sesuatu bahan makanan. Adakah tempat untuk merekaproses terhindar dari sebarang najis. Adakah tempat penyimpananmakanan tersebut bercampur dengan bahan-bahan yang haram disisiIslam. Begitu juga dari segi pengangkutan. Adakah barang makanantersebut dibawa dengan pengangkutan yang juga memuatkan bahanmakanan yang haram disisi Islam seperti daging khinzir yang dicampurdengan ayam dalam sebuah lori.
 
4.
Aspek seterusnya yang perlu diberi perhatian adalah dari segi ramuandalam bahan makanan. Sebagai contoh bahan makanan yangdicampur dengan alkohol ,minyak dari lemak khinzir dan sebagainya.Malah kedapatan restoran yang memaparkan lambang halal tetapibahan makanannya dicampur dengan ramuan seperti alkohol dansebagainya.Ini sering berlaku dikebanyakan restoran-restoran danhotel yang menggunakan khidmat chef dari luar negara.
 
5.
Seterusnya dari segi peralatan yang digunakan untuk memasak danmemproses sesuatu bahan makanan. Pihak berkenaan perlumemastikan bahawa peralatan seperti kuali, periuk, pisau dan
 
sebagainya tidak pernah digunakan untuk memasak bahan makananyang haram mengikut syariat Islam. Kita tidak mahu kuali yang pernahdigunakan untuk memasak daging khinzir digunakan pula untukmemasak makanan bagi orang Islam pula.
 
6.Perkara terakhir yang perlu diberi perhatian adalah dari segi penjagaankebersihan makanan dari benda-benda yang dianggap mengotorkandalam Islam dan tidak suci. Mungkin pelanggan tidak menyangkarestoran yang memaparkan logo halal dan mempunyai persekitaranyang bersih di luar tetapi di bahagian dapur berada dalam keadaanyang sangat kotor dan tidak memenuhi ciri-ciri konsep halal dalamIslam.  Jika semua konsep asas ini dapat dijelaskan dengan sempurna kepadamasyarakat bukan Islam, nescaya tidak akan berlakunya masalah dan kessosej yang diproses dengan usus khinzir dan kes-kes yang lain. Atas dasar ini,beberapa langkah efektif perlu diambil perhatian oleh pihak berkenaan untukmemastikan masyarakat bukan Islam memahami dengan jelas apasebenarnya konsep halal-haram pemakanan dalam Islam. Risalah-risalahperlu diedarkan kepada peniaga bukan Islam untuk memberi kefahamansepernuhnya kepada mereka agar menyedarkan mereka tentang konseppemakanan halal dalam Islam. Begitu juga, seminar tentang konsep halal-haram pemakanan menurut Islam perlu dijalankan kepada wakil setiappeniaga restoran dan syarikat pemprosesan makanan di setiap negeri.Selain itu, pemantaun yang lebih bagi memastikan logo halal yangdigunakan tidak disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Cadangan logo halal berkonsepkan hologram perlu dipraktikkan denganserius.Ini kerana dengan cara ini peniaga yang ingin mengaut keuntunganlebih tidak dapat meniru logo halal keluaran JAKIM.Peniaga yang mendapat kelulusan halal bagi restoran atau bahanmakanan keluaran mereka perlu diberi kad kelulusan bercip bagimemudahkan pihak JAKIM melakukan pemeriksaan pada masa akan datang.Kad bercip itu akan mengandungi segala maklumat seperti bahan makananserta ramuan yang disediakan oleh syarikat atau peniaga tersebut begitu juga dengan kaedah pemprosesan bahan makanan keluaran mereka.

Activity (12)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Bro Qim liked this
Naim Nordin liked this
Agnesia Jori liked this
Roslina Panat liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->