Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
10Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
sejarah dan konsep ahli as-sunnah-jama'ah

sejarah dan konsep ahli as-sunnah-jama'ah

Ratings:

5.0

(3)
|Views: 3,220|Likes:
Published by ZaHRaH

More info:

Published by: ZaHRaH on Aug 24, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

07/11/2011

pdf

text

original

 
SEJARAH DAN KONSEP AHLI'S-SUNNAH WA'L-JAMA'AH
PENDAHULUAN TAKDIRNYA mazhab Ahli's-Sunnah Wal-Jama'ah merupakan mazhabyang paling dominan dalam sejarah ummat ini dan ianya merupakan mazhab yangorthodoks dalam pengertian yang asalnya iaitu mazhab yang benar, asal, tepatmengikut apa yang dikehendaki oleh ajaran dan amalan Islam itu sendiri. Walaupundi dalamnya terdapat beberapa pendirian yang mengambil kira peristiwa sejarahawal Islam - yang memang tidak boleh dielakkan - hakikat ajaran dan pendiriannyaadalah hakikat yang telah ada dalam Islam semenjak awal; penzahirannya dalamsejarah kemudian dengan istilah-istilah itu adalah merupakan 'deployment' prosesperkembangan kemudian yang semestinya berlaku sebagaimana berkembangnyapokok daripada biji benihnya dengan segala sifat-sifat yang telah ada padanya sejakawal lagi. Dalam nota ringkas ini in sha'Allah akan ditelitikan sedikit sebanyakperkembangannya dalam sejarah dan juga konsep-konsep asas yang terlibat dalamperkembangan ini untuk memperingatkan kembali segi-segi demikian iniberhubungan dengan identiti umat ini. Moga-moga ini mendatangkan faedahbersama dan bukan merupakan sesuatu untuk kepentingan ilmiah semata, walaubagaimana relevannya kepentingan ilmiah itu pada parasnya sendiri.Bab ISEBELUM dilihatkan kembali segi-segi sejarahnya, eloklah dimulakan perbincanganini dengan meneliti istilah Ahli's-Sunnah wa'I-Jama'ah itu sendiri dan punca-puncanya. Penggunaan istilah jama'ah Muslimin memang terdapat dalam hadith-hadith, terutamanya dua istilah iaitu 'jamaah' dan 'firqah' dengan pluralnya 'firaq'.Dalam Sunan Ibn Majah 1 riwayat dari Abu Hurairah radiya'Llahu 'anhu:Maksudnya:
'Orang-orang Yahudi telah berpecah menjadi tujuh puluh satu golonganatau puak(firqah) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan'.
 Dalam catitan nota kakinya oleh Muhammad Fu'ad 'Abdul Baqi dinyatakan bahawamereka yang dikatakan 'umatku' itu adalah umat ijabah, ahli Qiblat, dan perpecahanyang dimaksudkan itu adalah dalam bidang usul dan 'aqidah, bukan dimaksudkandalam bidang furu' dan 'amaliyat.Sebuah hadis lagi ialah diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik bahawa bagindasalla'Llabu 'alaihi wa sallam bersabdaMaksudnya:
'Orang-orang Yahudi telah berpecah kepada tujuh puluh satu golongan(ihda wa sab'ina firqatan). Satu golongan daripada mereka itu dalam syurga dan yang tujuh puluhnya dalam neraka. Orang-orang Nasara pulaberpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan, tujuh puluh satu golongan mereka dalam neraka, dan satugolongan dalam syurga. Demi Tuhan yang dirl Muhammad berada dalam tangankekuasaannya, benar-benar umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tigagolongan, satu golongan berada dalam syurga dan tujuh puluh dua dari merekadalam neraka' Baginda ditanya: Siapakah mereka (yang masuk syurga) itu?'. JawabBaginda 'Jama'ah'.
 Boleh dilihatkan bagaimana disebutkan golongan yang selamat itu adalah 'jama'ah'.Dalam catatan pentahkiknya dengan berdasarkan kepada az-Zawa'id 3 bahawaisnadnya terdiri daripada mereka yang dipercayai.
 
Dalam sebuah hadith lagi diriwayatkan daripada Anas bin Malik radiya'Llahu'anhubahawa baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam bersabda:Maksudnya:
'Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah menjadi tujuh puluh satu golongan.Dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan(firqah), semuanya masuk neraka, melainkan satu golongan, iaitu al-Jama'ah'.
 Boleh diperhatikan bahawa yang disebutkan sebagai golongan selamat di sini ialah'al-Jama'ah'. Dan dari segi isnadnya, sebagaimana yang dicatitkan 5 isnadnya adalahsahih dan periwayat-periwayat di dalamnya oleh pentahkikadalah mereka yang kepercayaan (rijaluhu thiqat).Kepentingan berpegang kepada jama'ah Muslimin yang berada atas jalan yang hakitu disebutkan dalam sebuah hadith dari Hudbaifah bin al-Yaman radiya'Llahu 'anhu,katanya bahawa Nabi S.A.W. bersabda bila diminta baginda menyifatkan penyeru-penyeru kepada neraka jahannam pada akhir zaman, katanya, 'Mereka itu kaum daribangsa kita (jildatina) dan bercakap dengan bahasa kita'. Lalu Hudhaifah bertanya,'Apakah yang tuan hamba suruh bila hamba bertemu dengan keadaan itu?'. JawabBaginda: 'Hendaklah tuan hamba berpegang kepada jamaah Muslimin dan imammereka. Maka kalau tidak ada jamaah dan tidak ada imam mereka, hendaklahengkau tinggalkan golongan-golongan itu semua sekali, walaupun engkau terpaksaberpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikianitu'.Hadith di atas jelas menunjukkan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimindan imam mereka.Hadith berkenaan dengan kepentingan berpegang kepada jamaah Muslimin danimam mereka terdapat juga dalam Sahih al-Bukhari 7 riwayat daripada Hudhaifah binal-Yaman; di dalamnya disebutkan oleh baginda S.A.W. penyeru-penyeru yangmenyeru manusia kepada neraka jahannam, dan Hudhaifah meminta arahandaripada baginda apa yang patut dilakukan dalam keadaan itu. Sabda Baginda:Maksudnya:
'Hendaklah engkau berpegang kepada jamaah Muslimin dan imammereka....... (dan bila tidak ada mereka itu) hendaklah engkau meninggalkan semuagolongan-golongan itu walaupun engkau terpaksa berpegang kepada pangkal pokok kayu dan engkau mati dalam keadaan demikian itu'.
 Dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq, al-Khatib al-Baghdadi rahimahu'Llahu Ta'ala adamenyebutkan beberapa hadith berkenaan dengan perpecahan ummat dalam babawal kitabnya itu.Antara hadith-hadith itu ialah yang diriwayatkan daripada 'Abdullah bin 'Amruradiya'Llahu 'anhu Baginda diriwayatkan bersabda:Maksudnya:
'Benar-Benar akan berlaku atas umatku apa yang telah berlaku ke atasBani Isra'il. Bani Isra'il telah berpecah menj'adi tujuh puluh dua golongan (ithnatainwa sab'ina millatan) dan umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh tiga golongan(thalathin wa sab'in millatan) meleblhi mereka itu satu golongan (millah). Semuamereka itu dalam neraka melainkan satu golongan (illa millatan wahidatan).
 
 
Mereka bertanya Baginda,
'Siapakah satu millah yang tidak masuk neraka itu?'. Jawab Baginda, '(Mereka itu adalah golongan yang mengikut) perjalanan hidupku dan para sahabatku (ma ana 'alaihi wa ashabi)'.
 Sebuah hadith lagi yang disebutkan dalam kitab al-Farq baina'l-Firaq ialah yangdiriwayatkan daripada Anas melalui Qatadah, bahawa Baginda S.A.W. bersabda:Maksudnya:
'Sesungguhnya Bani Isra'il berpecah kepada tujuh puluh satu golongan(firqah) dan sesungguhnya umatku akan berpecah menjadi tujuh puluh dua golongan('ala thinatain wa sab'infirqatan), semuanya dalam neraka melainkan satu iaitu al- jama'ah'.
 'Abdul Qahir al-Baghdadi menyatakan bahawa hadith yang datang riwayatnyadaripada Nabi S.A.W berkenaan dengan perpecahan umat (iftiraq al-ummah) itubanyak isnad-isnadnya.9 Satujamaah daripada para sahabat meriwayatkan hadith itudaripada Nabi S.A.W. seperti Anas bin Malik, Abu Hurairah, Abu Darda', Jabir, AbuSa'id al-Khudri, Ubay bin'Ka'ab, 'Abdullah bin 'Amr bin al-'As, Abu Umamah danWathilah bin al-Asqa'dan yang lain daripada mereka itu.Beliau menyatakan lagi bahawa ada diriwayatkan daripada Khulafa' alRashidinradiya'Llahu 'anhum bahawa mereka itu ada menyebut perpecahan umat yang akanberlaku selepas mereka dan mereka menyebutkan ada satu golongan yang selamat,yang lain itu dalam kesesatan di dunia dan di akhirat mereka mengalami kebinasaan.Beliau menyatakan lagi bahawa Baginda S.A.W. menunjukkan kecelaan kaumQadariyah dan menyatakan bahawa mereka itu adalah golongan Majusi bagi umat iniSelain dari itu ada riwayat daripada Baginda S.A.W. yang menunjukkan kecelaankaum Murji'ah beserta dengan kaum Qadariyah itu; ada riwayat yang menunjukkankecelaan kaum Khawarij. Selain daripada riwayat daripada Baginda S.A.W. sendiri,ada riwayat daripada pemuka para Sahabat (a'lam as-sahabah) berkenaan dengankecelaan kaum Qadariyah,Murji'ah dan Khawarij.Pada fahaman 'Abdul Qahir al-Baghdadi 12 yang disebutkan sebagai golongan-golongan yang keji itu yang dikatakan ahli neraka itu merujuk kepada golongan-golongan dari kalangan para fuqaha' (firaq al-fuqaha') yang mempunyai pendirianyang berlainan dalam masalah-masalah cawangan fiqh beserta mereka itu bersetujudalam bidang usul agama. Beliau menyatakan pendirian atau kefahaman yangdemikian itu adalah berdasarkan kepada kaedah bahawa dalam perkara-perkara furu'tentang halal dan haram yang berlaku di dalamnya khilaf di kalangan 'ulama' Muslimada dua pendapat; satunya mereka yang menganggap benar semua pandanganmujtahidin yang dikeluarkan dalam masalah-masalah furu'fiqh. Pada pendapatmereka yang berpegang kepada kaedah ini golongan fiqh adalah benar. Keduanyamereka yang menganggap di dalam tiap-tiap masalah furu' ada satu golongan yangbenar, dan yang baki lagi itu tersilap, dan peri tersilapnya golongan yang baki lagi itutidak membawa kepada kesesatan.Seterusnya beliau menyatakan bahawa Baginda S.A.W. mendetailkan sebutantentang golongan-golongan tercela (firaq al-mudhmumah)sebagai golongan-golongan mengikut hawa nafsu yang sesat yang menyalahi golongan yang selamatitu dalam perkara-perkara: keadilan Tuhan dan tauhid, dalam al-Wa'd dan al-Wa'id,bab al-Qadr dan al-Istita'ah, atau dalam bab Taqdir baik dan buruknya, bab hidayahdan kesesatan, atau bab Iradah dan Mashi'ah (Kehendak dan Iradat Allah) atau babRu'yah atau Idrak (Melihat Tuhan dan mencapainya), atau bab-bab sifat-sifat Allah

Activity (10)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Syaz Bobo liked this
Aqilah Imoet liked this
Muhd Naim liked this
BlackAlbino liked this
Shamsul Jamil liked this
Steven Kit liked this
ambiya086114 liked this
vigenzen liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->