You are on page 1of 47

Seni pertukangan khususnya pertukangan tradisional merupakan satu seni yang

tidak dapat dipisahkan di kalangan masyarakat Malaysia. Pertukangan tradisional


adalah lebih kepada pertukangan tangan yang halus dan menarik. Ia
menggunkan peralatan tradisional yang dilakukan secara manual dan bukannya
dengan menggunakan mesin atau pun alatan moden.

Alat-alat tradisional yang biasanya digunakan adalah seperti ketam, pahat,


penukul, kikir, gergaji, gerudi, kertas pasir dan lain-lain. Penggunaan alatan ini
boleh menghasilkan kerja yang halus dan menarik walaupun mengambil masa
yang agak lama. Namun pada masa kini, kebanyakan alatan ini telah digantikan
dengan peralatan moden yang lebih menjimatkan masa dan kos.

Gergaji
Gergaji merupakan alat yang diperbuat daripada besi yang bergerigi pada
matanya dan digunakan untuk memotong kayu, papan dan lain-lain. Gergaji
mempunyai saiz dan bentuk mata yang bermacam-macam. Mata yang berbagai-
bagai jenis ini boleh ditukar-tukar mengikut keperluan penggunanya.

Pelbagai jenis gergaji yang digunakan pada masa dahulu mengikut keperluannya.
Gergaji tangan merupakan gergaji kecil yang kerapkali digunakan. Selalunya
pemegang tangan bagi gergaji diperbuat daripada kayu.

Jenis-jenis gergaji adalah seperti:-

. Gergaji aneka iaitu gergaji yang pelbagai jenis matanya yang boleh ditukar-
tukar.

. Gergaji balak (baluk) iaitu gergaji untuk membuat papan.

. Gergaji belah iaitu gergaji untuk memotong kayu mengikut hala urat

. Gergaji besi iaitu gergaji untuk memotong besi.

. Gergaji besar iaitu gergaji yang bingkainya merupakan bentuk huruf H.

. Gergaji kerat iaitu gergaji untuk memotong kayu melintang urat.

. Gergaji kerawang iaitu gergaji untuk membuat ukiran.

. Gergaji pita (tali) iaitu gergaji yang matanya berlingkar.

. Gergaji tangan iaitu gergaji kecil yang dipegang dengan sebelah tangan.

. Gergaji tebuk iaitu gergaji dengan mata yang tidak lebar.

. Gergaji rantai.

. Gergaji racik.

. Gergaji talam.
. Gergaji andang.

Gergaji Balak

Gergaji Andang

 
Gerudi
Gerudi merupakan salah satu alat pertukangan yang popular pada masa dahulu
dan masih lagi digunakan pada masa sekarang. Ia merupakan sejenis alat untuk
membuat lubang pada kayu, yang biasanya untuk memasang pasak. Pada masa
dahulu, banyak tanggam atau sambungan kayu yang menggunakan pasak kayu.

Gerudi mempunyai mata yang tirus dan tajam, diperbuat daripada besi dan
mempunyai pemutar tangan untuk menggerakkannya. Hulu pemegangnya pula
kebiasaannya diperbuat daripada kayu.

 Kertas Pasir
Kertas pasir merupakan kertas yang digunakan pada proses akhir pertukangan.
Ia merupakan kertas kasar yang seperti pasir di mana ia digunakan untuk
meratakan permukaan kayu supaya ia lebih kemas dan licin. Kertas ini akan
digosokkan berkali-kali ke atas permukaan kayu yang hendak dilicinkan. Secara
tradisional sebelum kewujudan kertas pasir, masyarakat Malaysia menggunakan
daun palas untuk proses merata dan melicinkan kayu seperti hulu kapak, parang,
cangkul dan sebagainya.

Daun Mempalas

Bentuk-bentuk Kertas Pasir


 

 
Ketam
Ketam merupakan alat yang digunakan untuk melicinkan kayu. Papan atau
mengecilkannya kepada ukuran yang diperlukan dalam pertukangan tradisional
Melayu.

Mata ketam diperbuat daripada logam dan bahagian-bahagian lain diperbuat


daripada kayu. Ia mempunyai pemegang kanan dan kiri untuk memudahkan
pengguna menjalankan proses pengetaman kayu. Namun pada masa sekarang,
keseluruhan ketam diperbuat daripada logam dan banyak yang menggunakan
tenaga elektrik.

Ketam mempunyai saiz yang pelbagai, di mana ketam panjang digunakan


sebagai ketam penyudah, terutamanya untuk melicinkan dan meratakan
permukaan kayu. Ketam jantan akan menghasilkan tahi ketam atau tatal yang
tebal, tetapi ketam betina sebaliknya. Ketam jantan juga sesuai dijadikan alat
pemula kerja dan ketam betina sebagai alat penyudah kerja. Ketam ada
pelbagai-bagai jenis iaitu ketam panjang, ketam lidah betina, ketam lidah jantan,
ketam halus besi dan ketam golek.

Ketam Panjang

Ketam Lidah Betina

Ketam Lidah Jantan


Ketam Halus Besi

Ketam Golek

 
Kikir
Kikir merupakan alat yang diperbuat daripada keluli dalam batang atau bar yang
bergerigi halus pada permukaan atau tepinya. Ia digunakan untuk mengikis,
melicinkan dan memotong besi, kayu dan lain-lain.

Kikir juga mempunyai pelbagai jenis yang dirujuk berdasarkan bentuk rentas
batang dan bentuk mata atau giginya. Rentas batang kikir yang berbentuk bulat,
separuh bulat, tiga segi dan sebagainya. Matanya pula ada yag disusun sehala,
dua hala dan pelbagai hala.

Kikir satu permukaannya melengkung atau berbentuk separuh silinder dikenali


sebagai kikir belah rotan.

Secara tradisionalnya orang Melayu zaman dahulu menggunakan kikir yang


diperbuat daripada kulit ikan pari yang menggerutu. Ia digunakan untuk mengikir
kayu atau kulit. Kikir ini dikenali sebagai kikir pari.

Kikir Kikir Tiga Segi

Kikir Pipih Kikir Setengah Bulat

 
Pahat
Pahat merupakan alat besi yang berbentuk bilah bersegi dengan mata yang tajam
dihujungnya. Kegunaan utamanya adalah bersama tukul/penukul untuk menebuk
lubang dan memperkemaskan takuk tanggam serta mengukir kayu.

Hulu pahat diperbuat daripada kayu yang berbentuk bulat gadah dan dibuntutnya
dipasangkan sisi supaya ia tidak mudah pecah apabila diketuk dengan tukul.

Pahat juga mempunyai pelbagai jenis. Jenis-jenisnya diberi berasaskan bentuk


mata dan bilahnya. Antara jenis yang pelbagai itu ialah pahat mata bulat, pahat
kuku, pahat putar, pahat caku dan pahat mata lintang. Ada juga jenis pahat yang
tidak bermata tajam. Pahat itu dinamakan sebagai pahat pating.

Pahat

Pahat Kuku Pahat Batu

Pahat Ulu

 
Tukul
Tukul atau penukul merupakan sejenis alat pertukangan yang digunakan untuk
mengetuk atau memukul. Bentuk tukul yang asal adalah hulu yang lurus dan
kepala dihujungnya. Kepala tukul mempunyai pelbagai bentuk dan rupa. Ada
yang bersegi, ada yang halus dan ada yang berkuku digunakan untuk mengumpil
paku.

Tukul yang keseluruhannya diperbuat daripada kayu dipanggil tukul kayu. Tukul
kayu ini selalunya digunakan pada bahagian yang mesti tidak tercalar oleh
ketukan. Tukul besi pula keseluruhannya diperbuat daripada besi dan ia biasanya
digunakan untuk mengetuk logam dan memecahkan batu.

Tukul Tukul Besi Kepala Bulat

Tukul Besi Kepala Pipih Tukul Besi Kepala V

Tukul Kayu

*Gambar tukul kayu diambil dari website www.brandnametools.biz


PERALATAN PERTANIAN

Pertanian merupakan satu bidang yang terpenting dalam menjana ekonomi


negara pada masa kini. Perubahan demi perubahan telah dilalui dalam bidang
pertanian terutamanya dari segi penggunaan alat-alatan serta kaedah-kaedah
yang dijalankan. Masyarakat Malaysia pada masa dahulu menggunakan peralatan
pertanian tradisional dalam mengusahakan tanaman serta menjalankan seluruh
kegiatan pertanian.

Peralatan pertanian tradisional yang kebiasaan digunakan adalah seperti cangkul,


tajak, sabit, parang, kelewang, tenggala, kuku kambing, pencakar dan
sebagainya. Masyarakat moden pada masa ini sudah tidak menggunakan alatan
tradisional lagi kerana telah ditenggelami oleh penggunaan peralatan moden
yang canggih serta dapat memudahkan dan mempercepatkan proses kerja

Bajak
Bajak merupakan alat tradisional yang digunakan bagi kegiatan pertanian untuk
tujuan penggemburan tanah. Bajak diperbuat daripada besi dan mempunyai gigi-
gigi seperti sikat dan digunakan secara manual serta tidak disambungkan kepada
jentera moden untuk membolehkan ianya berfungsi. Ia juga berfungsi dengan
bantuan binatang peliharaan seperti kerbau dan lembu dan ini boleh membantu
mempercepatkan proses pembajakan tanah.

Fungsi utama bajak ini juga adalah untuk melakukan kerja-kerja penimbusan
bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tumbuhan seperti rumput-rampai, akar
dan sebagainya ke dalam tanah , menyediakan ruang udara di dalam tanah untuk
tanaman dan mengawal rumput-rampai daripada tumbuh. Kebiasaannya bajak
selalu digunakan dikawasan sawah bagi proses penanaman padi.

Bajak Sikat

Cangkul
Cangkul atau penggali merupakan alat tradisional yang digunakan untuk
pertanian. Walaupun kini sudah terdapat pelbagai jenis jentera bajak moden
namun penggunaan cangkul masih lagi diperlukan bagi setengah-setengah kerja
di kebun atau di sawah. Cangkul kebiasaannya digunakan untuk merata,
menggembur dan memecahkan tanah.

Cangkul mempunyai pelbagai jenis bentuk pemegang atau hulu yang diperbuat
daripada kayu. Ada hulu berbentuk lurus dan ada juga yang berbentuk bengkok.
Matanya pula diperbuat daripada besi. Terdapat pelbagai jenis cangkul yang
dikenali sebagai cangkul betul (lurus) dan cangkul burung yang lebih dikenali
sebagai alabangka. Cangkul lurus digunakan untuk menggali lubang yang sempit
seperti turus pagar atau untuk menanam tiang. Cangkul burung pula digunakan
untuk memecahkan tanah yang keras atau merejang batu.

Petani di kampung lazimnya menggunakan cangkul bagi menggemburkan tanah


sebelum bercucuk tanam. Tanaman yang diusahakan seperti ubi, keledek, keladi,
sayur-sayuran, tebu dan sebagainya.

Cangkul Kecil

Cangkul Besar
 Tajak

Tajak merupakan alat tradisional yang biasanya digunakan di sawah-sawah padi.


Tajak adalah satu-satunya alternatif yang boleh diambil untuk membajak
bahagian-bahagian sawah yang terlalu dalam kerana ia tidak boleh menggunakan
tenggala atau kerbau.

Tajak mempunyai bentuk yang amat berbeza daripada senjata atau alat
pertanian yang lain. Pada pandangan yang paling dekat, tajak umpama gabungan
cangkul dan parang. Hulunya berbentuk bulat gadah besar secekak yang mana
panjangnya setengah depa. Pemegangnya panjang ( purata dua kaki setengah)
yang sederhana besar serta bongkok udang dan runcing dihujungnya. Pada
lengkungan dalam terdapatnya mata dan bilah ini dipasang melintang hulu
seperti cangkul, tetapi kegunaannya adalah untuk menajak rumput dan
menggembur tanah.

Cara menggunakan tajak adalah memegang dengan kedua-dua belah tangan, di


mana satu dipangkal hulu dan satu lagi kira-kira dua pertiga hulu ke bawahnya.
Ayunan tajak adalah meliputi jarak sudut kira-kira 120 darjah dikeliling
penggunanya, di mana ia bermula dari bahagian rusuk kanan atau rusuk kiri.

Tajak digunakan oleh petani untuk membersihkan rumput dikeliling rumah,


sawah, kebun atau dusun. Petani lebih gemar menajak rumput di kebun mereka
daripada menggunakan racun serangga makhluk perosak kerana dikhuatiri racun
akan memberi kesan negatif kepada hasil tanaman di kebun atau dusun.

Bagi petani wanita, tajak digunakan seperti cangkul untuk menggembur tanah
bagi bercucuk tanam di sekeliling rumah.

Tajak Duduk
Cara Tajak digunakan untuk menggemburkan dan mencangkul tanah

Sabit
Sabit juga merupakan satu jenis alat tradisional yang digunakan dalam bidang
pertanian. Sabit adalah pisau yang melengkung dengan mata yang licin atau
bergerigi. Ia mempunyai pemegang/ hulu yang diperbuat daripada kayu.
Kegunaan alat ini yang paling utama adalah untuk memotong padi, rumput dan
mengait buah seperti kelapa dan kelapa sawit. Sabit yang digunakan untuk
mengait kelapa dan kelapa sawit perlu digantung kepada galah, diikat secara
kuat dengan tali supaya tidak jatuh semasa digunakan.

Namun begitu, penggunaannya yang paling meluas adalah untuk menuai padi di
mana ia menggantikan penggunaan ani-ani yang merupakan alat utama penuai
padi pada era 1960-an.

Penggembala lembu dan kambing di kampung-kampung menggunakan sabit


tangan untuk menyabit rumput sebagai makanan ternakan tersebut.

Sabit
Sabit yang digunakan untuk mengait kelapa atau kelapa sawit

Sabit yang digunakan untuk mengait kelapa

 
Parang
Parang merupakan alat serbaguna yang boleh digunakan dalam bidang pertanian
dan juga untuk kegiatan harian seperti mengupas kelapa, menyembelih binatang
dan seumpamanya. Kebiasaannya, ia digunakan untuk menebas dan menebang
pokok-pokok kecil di kebun atau di ladang.

Ukuran mata parang adalah berbeza-beza dan bergantung kepada cara


kegunaannya di mana parang yang lebih panjang di gunakan untuk menebas
atau menebang dan parang kontot ( sederhana panjang ) digunakan untuk kerja
harian seperti mengupas kelapa.

Hulu parang pula diperbuat daripada kayu di mana sesetengah hulu ada yang
berukir tetapi pada kebiasaannya tidak mempunyai sebarang ukiran. Parang juga
mempunyai sarung di mana ia bergantung kepada bentuk bilahnya. Bagi bilah
yang bengkok ia tidak mempunyai sarung, tetapi yang lurus dan pendek ada
yang mempunyai sarung.

Pelbagai jenis parang yang boleh didapati iaitu termasuk parang panjang, parang
puting, parang belitung dan parang bongkok. Parang puting digunakan untuk
mencungkil tanah bagi menanam sayur-sayuran, tebu dan sebagainya. Parang
belitung digunakan untuk membelah kelapa, memotong rawan, tulang kambing,
lembu, mencincang ayam atau memotong duri dan sirip ikan yang besar seperti
ikan mayong, pulutan atau bagok.

Jenis-jenis Parang

Parang Penebas Parang Kelapa

Parang Cengkok Parang Bugis


 

Kelewang
Kelewang adalah tergolong dalam kumpulan parang panjang yang bilahnya
melengkung . Ada kalanya muncung bilah dibengkokkan ke bawah bagai paruh
burung yang disebut kelewang pucuk berkait.

Hulunya pula sama seperti hulu parang biasa, diperbuat daripada kayu dan
diperkukuhkan dengan sigi. Bilah kelewang lebar di tengah, kecil dan tebal
dipangkal serta mempunyai muncung yang runcing.

Kelewang juga dianggap sebagai senjata kecemasan terutama terhadap ular.


Kelewang digunakan juga bagi menebas rumput, membersihkan kawasan
sekeliling rumah atau kebun dan juga dusun. Ianya diguna secara sabitan rumput
atau hayunan secara berpusing bergantung kepada kemahiran penggunanya.

Cara menggunakan Kelewang

Tenggala
Tenggala merupakan alat pertanian yang penting bagi membajak sawah. Pada
kebiasaannya tenggala digunakan pada tanah yang berlumpur untuk dibajak. Ia
diperbuat daripada kayu dan mempunyai pemegang pandu serta mempunyai
canggungnya di hujung.

Ada tenggala yang mempunyai ukiran pada hujung canggungnya dengan ukiran
seperti sulus bayung. Tenggala mempunyai ukiran panjang kira-kira 205 cm dan
lebarnya kira-kira 78 cm.

Tenggala

Kuku Kambing
Kuku kambing merupakan salah satu cara tradisional digunakan oleh masyarakat
petani bagi proses penanaman benih padi di sawah. Kuku kambing diperbuat
daripada besi dan hulunya daripada kayu dan ada juga daripada besi. Ia
mempunyai mata yang bercabang dua dihujungnya bagi menyelitkan anak padi
dan akan ditekan ke dalam tanah untuk ditanam. Ini dapat mempercepatkan
proses penanaman anak padi dan memudahkan petani membuat penanaman
yang teratur ke atas tapak penanaman.

 
Pencakar
Pencakar adalah satu jenis peralatan tradisional yang digunakan dalam bidang
pertanian bagi membantu petani menjalankan kegiatan pertaniannya. Pencakar
mempunyai pelbagai fungsi kegunaan iaitu sebagai penggembur tanah,
membersihkan batas semaian sayur-sayuran, membuang rumput-rumput ditapak
semaian dan menyapu sampah di laman.

Pencakar mempunyai mata seperti sikat, diperbuat daripada besi dan mempunyai
pemegang daripada kayu yang sederhana panjangnya. Cara menggunakan
pencakar adalah mudah di mana ia hanya perlu dicakar-cakarkan ke atas tanah
mengikut kesesuaian tempat tersebut.

 
Sektor Pertanian merupakan salah satu sektor penting yang mendapat tumpuan dalam perdagangan
dunia. Teknologi Pertanian semakin hari semakin berkembang mengikut peredaran zaman. Jentera
Pertanian semakin lama semakin moden.  Jentera Pertanian amat penting dalam pertanian kerana
ianya mempercepatkan kerja pertanian, menjimatkan kos buruh, meningkatkan kecekapan pengeluaran
dan menjimatkan masa kerja. Akhir sekali dapat meningkat produktiviti hasil.

Gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa melawat Pameran Jentera dan peralatan
pertanian sempena MAHA 2010 yang lalu. Memang macam-macam mesin atau jentera pertanian
yang boleh dijumpai di sana. Ada mesin pengupas kelapa, mesin pembajak, mesin pemerah kelapa
dara, dan pelbagai lagi. Dari sekecil-kecil mesin rumput sehingga sebesar mesin pembajak. Pelbagai
Inovasi jentera pertanian juga terdapat di sana.
Jentera Pertanian, Teknologi Pertanian
Penyediaan Kawasan Projek Pertanian

Kebiasaanya terdapat beberapa peringkat dalam proses penyediaan kawasan sesuatu projek
pertanian iaitu menebang, mengumpul, membakar dan membersihkan serta yang paling penting ialah
membajak.
Menebang, mengumpul, membakar dan membersihkan
Jika tapak tanaman adalah dari kawasan hutan, maka semua pokok-pokok, belukar dan rumpai mestilah
ditebang dan dibersihkan. Pokok biasanya ditebang dengan menggunakan gergaji atau jentera seperti
jentolak. Akar dan tunggul pokok mestilah dibersihkan jika tidak ia akan menjadi sumber inokulum
bagi berbagai jenis penyakit akar dan juga perumah kepada anai-anai.  Seminggu selepas ditebang
kayu-kayu dihimpun untuk dibakar seelok-eloknya pada musim kering.

Selalunya bagi tanaman pokok buah-buahan jenis saka, tapak tanaman tidak perlu diratakan, kerana
sistem tanaman teres boleh digunakan. Tetapi untuk tanaman buah-buahan yang memerlukan batas ,
seperti tembikai dan nenas ada kalanya tapak tanaman perlu diratakan. Untuk meratakan, tanah atas
hendaklah ditolak dahulu dan dihimpun di satu kawasan kerana tanah atas mengandungi bahan organan
dan ‘humus’ yang menjadikan tanah itu subor.

Membajak
Sebab-sebab utama membajak tapak tanaman adalah untuk memulihkan struktur atau keadaan tanah
untuk penyediaan batas bagi mendapatkan pengedaran udara dan kelembapan yang sesuai bagi
percambahan biji benih
Jenis-jenis jentera pembajak yang biasa digunakan ialah bajak piring (disc plough), sikat piring (disc
harrow) dan bajak putar (rotary cultivator)
1. Bajak piring

Bajak piring boleh digunakan ditanah yang kering dan keras hingga tanah yang agak lembik. la
digunakan dalam pusingan pertama selepas tanah-dibersihkan untuk menolong dan membalekkan
tanah.  Selepas dibajak tanah menjadi ketulan-ketulan yang besar.
2. Sikat piring
Fungsi sikat piring ialah untuk memecah dan menghuraikan ketulan tanah dan mendapatkan tanah
permukaan yang gembur. Biasanya sikat piring digunakan sebanyak dua pusingan selepas tanah
dibajak dengan bajak piring dimana ia akan menghancurkan ketulan-ketulan tanah yang besar dan
menutup ruang-ruang udara.
3. Bajak putar
Bajak putar biasa digunakan untuk membuat batas. lanya dapat menghasilkan permukaan yang gembur
sesuai untuk percambahan biji benih. Bajak putar boleh dipasangkan kepada trektor 4 roda, trektor 2
roda atau trektor jalan kecil (pedestrian operated). la dapat mengerjakan tanah sedalam antara 150
hingga 200 mm. Jika digunakan pada tanah yang terlalu basah, ia tidak dapat memecah dan
menghuraikan tanah disebaliknya menghasilkan ketulan-ketulan besar.  Kelajuan bajak putar yang
rendah akan menghasilkan ketulan-ketulan yang lebih kecil dibandingkan dengan kelajuan yang lebih
tinggi. Pada kelajuan yang rendah lebih banyak potongan terdapat pada satu meter jarak perjalanan.
Mesin Pertanian

Gambar peralatan mesin pertanian di ambil semasa pameran HPPNK 2009 yang berlangsung
selama 8 hari di MITC, Melaka. Pelbagai peralatan mesin pertanian yang dipamerkan.

Dengan adanya mesin-mesin pertanian atau jentera pertanian dapat memudahkan pelbagai kegiatan
pertanian dijalankan.
Dengan bantuan mesin pertanian ini banyak kos tenaga kerja dapat dijimatkan serta produktiviti juga
dapat ditingkatkan.

Seharusnya pengusaha atau usahawantani mengetahui mesin apakah yang sesuai bagi memudahkan
kerja-kerja mereka seharian. Kini, aktiviti pertanian tidaklah sesukar dahulu dengan adanya mesin atau
peralatan pertanian yang canggih ini.
elektronik terdiri dari komponen - komponen mulai transistor, Elco, Ic dan sebagainya, yang
jika ditempelkan, disatukan, dipanaskan dan sebagainya akan menghasilkan suatu efek suhu
atau panas, mengirim atau menangkap, menggetarkan materi, melektronik terdiri dari
komponen - komponen mulai transistor, Elco, Ic dan sebagainya, yang jika ditempelkan,
disatukan, dipanaskan dan sebagainya akan menghasilkan suatu efek suhu atau panas,
mengirim atau menangkap, menggetarkan materi, mengubah arus, menghasilkan tegangan
listrik dan lain-lain, semakin bagus komponen dari rangkaian elektronik tersebut semakin
bagus juga efek yang di dapatkan. Suatu rangkaian elektronika dapat di gabungkan dengan
menggunakan PCB, CCB, Protoboard, ataupun Veroboard dengan cara di solder
menggunakan timah, dapat juga langsung di tempelkan pada papan rangkaian dengan alat
penghubung lain seperti kabel atau tembaga.engubah arus, menghasilkan tegangan listrik
dan lain-lain, semakin bagus komponen dari rangkaian elektronik tersebut semakin bagus
juga efek yang di dapatkan. Suatu rangkaian elektronika dapat di gabungkan dengan
menggunakan PCB, CCB, Protoboard, ataupun Veroboard dengan cara di solder
menggunakan timah, dapat juga langsung di tempelkan pada papan rangkaian dengan alat
penghubung lain seperti kabel atau tembaga.
Resistor dan simbolnya

kapasitor dan simbolnya

Transistor dan simbonya

Gambar 6 IC atau chip


Thursday, January 29, 2009

PENGENALAN KOMPONEN ELEKTRONIK DAN RANGKAIAN LISTRIK

KOMPONEN-KOMPONEN DASAR ELEKTRONIK

1.Resistor
Tahukah kamu jika resistor adalah salah satu komponen yang paling sering
digunakan dalam sebuah rangkaian elektronik, seperti rangkaiannya TV, radio
bahkan komputer.
Bagaimana bentuk resistor itu?
Gambar 1 merupakan gambar resistor

Gambar 1 Resistor dan simbolnya

Coba perhatikan bentuk dari resistor di atas! Setiap resistor mempunyai garis/
gelang yang berwarna-warni. Warna tersebut menunjukkan nilai hambatan dari
sebuah resistor.
Untuk jelasnya mari kita lihat tabel di bawah. Setiap warna menentukan
nilainya masing-masing.

Setelah tahu nilai setiap warna, sekarang kita akan belajar mengunakannya.
Perhatikan contoh berikut:
Misalnya resistor dengan cincin kuning, violet, merah dan emas. Cincin
berwarna emas adalah cincin toleransi. jadi urutan warna cincin resistor ini
adalah

- cincin pertama berwarna kuning ………………………………………4


- cincin kedua berwarna violet …………………………………………..7
- cincin ke tiga berwarna merah. ……………………………………….x100
- Cincin ke empat berwarna emas adalah cincin toleransi………….+ 5%
Arti dari toleransi itu sendiri adalah batasan nilai resistansi minimum dan
maksimum yang di miliki oleh resistor tersebut. Jadi nilai dari resistor tersebut
adalah
= 47 x 100+ 5%
= 4700 ohm + 5%
= 4,7k Ohm + 5%
Nilai toleransi dihitung dengan cara:
4700 x 5% = 235
sehingga,
Rmaksimum = 4700 + 235 = 4935 Ohm
Rminimum = 4700 – 235 = 4465 Ohm
Apabila resistor di atas di ukur dengan menggunakan ohmmeter maka nilainya
antar 4465 s/d 4935.

Ada juga resistor yang nilainya dapat berubah-ubah. Nilai itu juga bisa kita yang
memilihnya, unik kan. Resistor yang seperti ini biasanya disebut variabel
resistor.
Setelah kalian mempelajari bentuk dan macam dari resistor, tahukah kalian
fungsi dari resistor?
Jadi Banyak sekali kegunaaan dari resistor seperti:
- Untuk menghambat dan membatasi arus listrik dalam sebuah rangkaian
elektronik
- Untuk melindungi rangkaian listrik dari arus yang berlebih
- Untuk membagi tegangan dan masih banyak lagi.

2.Kapasitor
Tahukah kamu bahwa ada sebuah komponen elektronika yang bisa menyimpan
muatan listrik .Saat kita sambungkan ke sebuah baterai maka muatan listrik
akan tersimpan didalamnya. Dan uniknya saat baterai dilepas komponen ini
masih bisa mengeluarkan listrik walaupun beberapa detik saja. Komponen
seperti inilah yang disebut kapasitor.
Bentuk kapasitor kebanyakan menyerupai tabung kecil tetapi ada juga yang
pipih, seperti terlihat pada gambar berikut:

Gambar 2 kapasitor dan simbolnya


Sebagai penyimpan muatan listrik sudah tentu kapasitas penyimpanannya ada
berbagai macam dari beberapa uF sampai F. Setelah tahu bentuknya sekarang
kita akan mempelajari penggunaan kapasitor pada sebuah rangkaian elektronik.
Fungsi utamanya adalah menyimpan muatan listrik, untuk filter, pembangkit
frekuensi. Untuk mempelajari fungsi ini kita akan membuat suatu percobaan
yang menarik. Ikuti langkah-langkah di bawah:

PROJECT:
Langkah 1 : Mari kita buat rangkaian seperti tampak pada gambar 3.

Langkah 2 : Siapkan semua komponen yang dibutuhkan.


Langkah 3 : Rangkailah semua komponen sesuai dengan gambar rangkaian.
Langkah 4 : Buka switch 1 (OFF), tekan dan lepas switch 2. perhatikan nyala
LED
Langkah 5 :Tutup switch 1 (ON), lepas switch 2. perhatikan green LED.

Sekarang kalian sudah mendapat hasil dari percobaan tentang kapasitor. Dari
hasil itu dapatkah kalian menarik sebuah kesimpulan tentang kapasitor.

3.Transistor
Komponen yang satu ini merupakan komponen dasar dari sebuah
mikroprosesornya computer. Dalam satu mikroprosesor bisa terdapat jutaan
bahkan milyaran transistor, wah….hebat ya. Semakin banyak jumlah
transistornya semakin cepat aksesnya.
Apa sih sebenarnya transistor itu?
Transistor merupakan komponen dengan 3 kaki, berbeda dengan resistor
ataupun kapasitor yang hanya memiliki 2 kaki. Gambar dari sebuah transistor
adalah seperti di bawah:
Gambar 4 Transistor dan simbonya

Setiap kaki mempunyai nama sendiri-sendiri ada emitter, collector, basis. Dan
memasangnya jangan sampai salah, karena akan merusak rangkaian. Oh…ya
ternyata transistor ada 2 macam ada yang bertipe NPN dan PNP. Perbedaanya
terletak pada kombinasi bahannya.
Karena transistor mempunyai 3 kaki maka untuk mengetahui kaki-kainya
diperlukan teknik khusus atau bisa juga melihat datasheet yang dikeluarkan
pabrik pembuatnya.
Tahukah kalian fungsi dari transistor? Fungsinya diantaranya
- Sebagai switc otomatis
- Sebagai penguat tegangan dan arus

Project dibawah akan membantu kalian memahami penggunaan dan cara kerja
transistor.

PROJECT:
Langkah 1 : Mari kita buat rangkaian seperti tampak pada gambar 5.

Langkah 2 : Siapkan semua komponen yang dibutuhkan.


Langkah 3 : Rangkailah semua komponen sesuai dengan gambar rangkaian.
Langkah 4 : Geser potensio pada posisi paling rendah
Langkah 5 : Tutup switch (ON), geser pelan-pelan VR sampai nilai maksimum,
amati perubahan nyala LED.

Tahukah kalian penyebab dari ON/OFF LED. Bisakah kalian menjelaskannya!


Transistor akan aktif saat tegangan di basis cukup besar. Pada percobaan dio
atas tegangan di basis kita ubah dari kecil sampai besar dengan mengeser VR

4.IC (Integrated Circuit)


Jika kalian bandingkan ukuran peralatan elektonik zaman dulu dengan
peralatan keluaran sekarang pasti perbedaan ukurannya sangat mencolok.
Sebagai contoh, computer pada awal ditemukan ukurannya sangat besar, tetapi
sekarang jauh lebih kecil (laptop) atau ukuran televisi yang sangat besar
sekarang dengan teknologi layer datar maka ukurannya tinggal beberapa centi
saja.
Tahukah kamu mengapa kemajuan di dunia elektronik begitu pesat. Ya, itu
semua karena ditemukannya IC (Integrated Circuit) atau biasa dikenal dengan
chip. Bahan untuk membuat IC disebut semikonduktor. Di dalam sebuah chip
bisa terdapat beberapa rangkaian dengan jumlah transistor, resistor dan
kapasitor yang bisa mencapai ribuan bahkan jutaan. IC dirancang dengan fungsi
yang spesifik dan dalam penggunaannya harus di kombinasikan dengan
rangkaian tertentu pula. Berikut adalah gambarnya.

Gambar 6 IC atau chip

5.LED (Light Emiting Diode)


Pernakah kalian melihat benda kecil yang bisa berkedip-kedip dalam sebuah
alat elektronik. Ya, benda kecil semacam lampu yang bias bercahaya itulah
yang disebut LED (light Emiting Diode).

Gambar di samping merupakan bentuk LED. Tahukah kamu bahwa warna cahaya
yang dihasilkan LED bermacam-macam, ada yang berwarna biru, merah, dan
kuning
Gambar 7. LED

Sekarang coba cari fungsinya LED untuk apa?


-Penghasil cahaya
-Sebagai indicator/penunjuk jika suatu rangkaian sedang aktif.

Karena kemampuannya menghasilkan cahaya, sekarang banyak lampu hias


seperi lampu 17-san, lampu pohon natal yang menggunakan LED.

Sedangkan cara memasang LED yang benar adalah kaki anoda (biasanya kaki
yang terpanjang) haruslah dapat (+) baterai.

6.Buzzer dan speaker


Kalian pasti sudah sering melihat alat yang satu ini. Ya! Alat ini digunakan
untuk menghasilkan suara. Seperti pada radio, TV, telephone. Alat ini dapat
mengasilkan suara karena mempunyai membran yang terhubung dengan magnet
dan koil. Koil merupakan lilitan kabel pada sebuah logam biasanya tembaga
yang berguna untuk mengahsilkan gaya magnet.
Sinyal listrik yang melalui koil akan mengakibatkan besar gaya magnet berubah-
ubah sehingga membran bergetar dan menghasilkan bunyi.

7.Switch
Jika kalian sedang ingin menyalakan lampu atau ingin menonton TV pasti kalian
terlebih dahulu menekan sebuah tombol. Tombol inilah yang dimaksud dengan
switch.
Apa sebenarnya kegunaan dari switch?
Fungsi utamanya adalah untuk menyambung dan memutuskan aliran listrik dari
sebuah rangkaian, sekarang kalian tahu bukan dengan adanya switch maka kita
dapat mengnyalakankan dan memadamkan lampu kapan saja.

8.Kipas
Alat yang satu ini tentu sudah tidak asing lagi bukan. Alat ini dapat berputar
layaknya baling-baling pesawat terbang jika kita aliri listrik. Dapatkah kamu
menyebutkan contoh alat yang mengunakan kipas?.
Peralatan yang menggunakan kipas antara lain kipas angin yang sering kita
pakai saat udara panas atau juga pada CPU sebuah PC sebagai pendingin
ternyata juga mengunakan kipas.
Pada kipas terdapat lilitan (koil) yang akan menghasilkan gaya megnet saat
dialiri arus listrik. Gaya magnet inilah yang akn menggerakkan kipas sehingga
menghasilkan putaran.

PROJECT:
Tahukah kalian bahwa ada 2 macam rangkaian listrik yaitu seri dan pararel.
Tahukah kalian perbedaannya.
Melalui sedikit percobaan yang sederhana yang akan kita lakukan, maka kita
dapat mengetahui perbedaan diantra keduanya. Supaya percobaan kita berhasil
harap diikuti setiap langkah berikut:
Langkah 1: Siapkan komponen bulp 2,5 V, kipas, switch, baterai box.
Langkah 2: Buat rangkaian Light and Fan in Series (rangkaian bisa dilihat pada
gambar 8.1).
Langkah 3: Aktifkan switch, apa yang dapat kalian lihat. Coba pahami dan beri
kesimpulkan.
Langkah 4: Buat rangkaian Light and Fan in Parallel (rangkaian bisa dilihat pada
gambar 8.2).
Langkah 5: Aktifkan switch, apa yang dapat kalian lihat. C

Gambar 8.1 Rangkaian Project kipas (seri)


Gambar 8.2 Rangkaian Project kipas (parallel)
NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA

ELEKTRONIK

A. Bateri

1. Bateri 9 Volt menghasilkan arus terus


B. Diod Pemancar Cahaya - L.E.D.

1. Ia adalah sejenis diod


2. Dikenali sebagai "Light Emiting Diod"
3. Digunakan untuk mengeluarkan cahaya dan isyarat
4. Digunakan di dalam alatan elektronik seperti radio, TV, permainan, pemain CD/DVD
5. Ia mempunyai kaki berkutub - negatif (katod) dan positif (anod)
6. LED tidak boleh dibekalkan voltan melebihi 3 volt

Bahagian LED Simbol LED


C. Perintang Tetap Karbon

1. Dibuat daripada karbon dan tanah


2. Digunakan untuk mengurangan arus dan voltan
3. Dibina dalam beberapa unit sukatan dan ditanda dengan kod warna
Simbol perintang tetap karbon
perrintang tetap karbon
ditandakan dengan 4 jalur warna
Kod Warna Nombor Warna Jalur Pertama/Kedua Bilangan Sifar Toleransi
Hitam  0    0     
Perang/Coklat  1    1  0   
Merah  2    2  00    
Oren/Jingga  3    3  000    
Kuning  4    4  0000   
Hijau  5    5  00000   
Biru  6    6  000000   
Ungu  7    7  0000000   
Kelabu  8      -   
Putih  9      -   
Emas        -  5% 
Perak        -  10% 
Tiada warna        -  20% 
5. Lagu Kod Perintang
Haji Pak Mat Jaga Kampung Hanya Beli Ubi Kayu Putih

D. Membaca Kod Perintang

 
Kod Warna M M H   E
1 2        
2   2      
3     0    
4         5%
Nilai Rintangan 2 2 - Ohm 5%
 
 
Kod Warna MM O   E
1 2        
2   2      
3     3    
4         5%
Nilai Rintangan 2 2 000 Ohm 5%
 
  22K Ohm  
F. Perintang Boleh Laras
1. Digunakan untuk mengubah rintangan dalam arus
2. Sering digunakan dalam radio, tv dan unit pembesar suara
Simbol resistor
Perintang boleh laras
G. Kapasitor
1. Digunakan untuk menyimpas cas elektrik
2. Jenis. Terdapat dua jenis
Kapasitor berkutub

Simbol Kapasitor Berkutub


Kapasitor tanpa kutub

Simbol kapasitor tanpa kutub

H. Transistor
1. Digunakan untuk meninggikan dan merendahkan arus. Berfungsi juga sebagai suis
2. Jenis. Terdapat 2 jenis transistor
a. Transistor NPN

Binaan
Simbol Transistor NPN
b. Transistor PNP

Binaan : N = Bahan Negatif ; P = Bahan Positif


Simbol Transistor PNP
3.

4. Transistor mempunyai 3 kaki

i. C = Pemungut (Collector)
ii. B = Tapak (Base)
iii. E = Pemancar (Emitter)

B. Buzzer

Simbol Buzzer
1. Digunakan untuk menghasilkan bunyi berfrekuansi tinggi
2. Digunakan dalam litar penggera
C. Suis togel

Simbol suis togel

1. Dikenali sebagai suis satu kutub satu arah


2. Digunakan untuk membuka dan menutup litar
D. Suis tekan
Simbol Suis Tekan Tutup
Simbol Suis tekan Hidup

1. Terdapat dua jenis , suis tekan tutup, dan suis tekan on


2. Suis tekan tutup tidak membenarkan arus mengalir ketika butang (punat) ditekan.
3. Suis tekan hidup (on) hanya akan membenarkan arus mengalis ketika butang (punat) ditekan.
E. Suis Mikro

ALATAN TANGAN ELEKTRONIK

A. Playar Muncung Tirus

- Digunakan untuk memegang komponen kecil dan membengkokkan kaki komponen

B. Pemotong Sisi

- Digunakan untuk memotong lebihan kaki komponen

C. Penjalur Wayar
Penjalur Wayar Mudah
Penjalur Wayar Spring
D.
- Digunakan untuk memotong dan menjalur wayar
E. Pemutar Skru

Pemutar Skru rata Pemutar Skru Philips


F.
- Digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan skru
G. Alat Pematri Elektrik

- Digunakan untuk mencairkan timah patri dan mengikat kaki komponen elektronik
H. Stesen Pematri

- Digunakan untuk meletakkan pematri yang panas dan mengawal suhunya


I. Penyedut Patri

- Digunakan untuk menyedut patri yang berlebihan atau membuang patri untuk pematrian semula

BAHAN PEMATRI

1. Timah Patri

a. Dibuat daripada campuran timah dan plumbum


b. Gred timah patri ditentukan oleh peratusan campuran timah dan plumbum
c. Gred timah patri yang biasa digunakan ialah 60:40 iaitu timah 60% dan plumbum 40%
2. Fluks
a. Dipanggil juga sebagai bahan lakur.
b. Digunakan untuk menghindarkan oksida pada bahagian pematrian dan membantu menghasilkan
pematrian yang kukuh.

3. Bod Litar

1. Bod litar bercetak


2. Verobod

Bahagian Atas Bahagian Bawah

KAEDAH MEMATRI

2. Sebelum Mematri

a. Bersihkan hujung bit pematri dengan kertas las


b. Panaskan alat pematri
c. Celupkan hujung bit pematri di dalam bekas fluks
d. Sentuhkan hujung bit pematri kepada sedikit timah pematri
2. Semasa mematri
a. Condongkan pematri sehingga 30 darjah
b. Sentuhkan hujung bit pematri kepada kaki komponen
c. Sentuhkan bahan pematri ke kaki komponen
d. Apabila timah mencair dengan baik jauhkan hujung bit pematri dan timah patri daripada kaki
komponen

Hasil pematrian yang baik bahan patri berlebihan bahan patri sangat berlebihan
3. Selepas Mematri
a. Jika di dapati terdapat lebihan timah patri, cairkan dengan hujung pematri dan sedut dengan
menggunakan penyedut patri
b. Hujung kaki komponen yang telah siap dipatri bolehlah dipotong dengan menggunakan playar
pemotong sisi

MEMBACA DAN MENTERJEMAH LUKISAN LITAR SKIMATIK

Trek dalam litar verobod di bawah sengaja diperlihatkan disebelah atas supaya pelajar lebih memahami sambungan
litar.
Dalam keadaan sebenar trek berada di bawah

4. Contoh litar 1
Bateri 9V
Perintang Tetap Karbon

L.E.D.
Wayar Pelompat

Litar Bergambar

Lukisan Skematik Litar 1


6. Contoh litar 2

Bateri 9V
Perintang Tetap Karbon

L.E.D.
Wayar Pelompat
Buzzer

Litar Bergambar

Lukisan Skematik Litar 2


8. Contoh litar 3
Bateri 9V
Suis Togel
Perintang Tetap Karbon

L.E.D.
Wayar Pelompat
Buzzer

Litar Bergambar

Lukisan Skematik Litar 3


10. Contoh litar 4

Bateri 9V
Suis Togel
Kapasitor
Perintang Tetap Karbon

L.E.D.
Transistor
Wayar Pelompat
Buzzer
Litar Bergambar
11.

Menu

Hakcipta © Muhammad Khairi. 2007


Smk. Bukit Jana, 34600 Kamunting.

Asal

You might also like