You are on page 1of 9

KEAGAMAAN

Istilah candi yang terdapat di Lembah Bujang merujuk kuil Hindu-Buddha yang

pernah diguanakan oleh masyarakat Kedah Tua.1 Candi-candi yang terdapat di Lembah

Bujang kebanyakan berunsurkan keagamaan yang dipengaruhi oleh unsur Hindu-Buddha.

Perkataan candi berasal daripada perkataan Candika iaitu salah satu daripada nama isteri

Dewa Maut. Selain itu, candi merupakan kependekan daripada Candika-graha atau rumah

(kuil) untuk Dewi Candika. 2

Di sini kita dapat melihat bahawa candi merupakan salah satu lambang atau arca

yang penting dalam upacara keagamaan. Pengertian candi di bawah jelas menunjukkan

bahawa candi sememangnya penting untuk tujuan keagamaan bagi masyarakat Hindu di

Lembah Bujang ketika itu.

“Bangunan purba yang dibuat daripada batu ( tempat orang Hindu atau Buddha

menyembah berhala, menyimpan abu mayat dan lain-lain”

“ Cinandi bererti ‘ dimakamkan ’ padahal arti harafiahnya adalah dicandikan”.

PERANAN CANDI

Menurut para sarjana, candi boleh dibahagikan kepada dua peranan utama iaitu candi

berperanan sebagai tempat untuk memuliakan orang yang telah mati terutamanya raja, para

pembesar ataupun golongan Brahmin. Oleh itu. Abu mayat akan ditempatkan di tengah-

1
. Mohd Supian Sabtu ( 2002 ), Tamadun Awal Lembah Bujang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hal. 32
2
.Ibid, hal. 32

1
tengah bangunan candi sebagai penghormatan. Biasanya, abu mayat diletakkan dalam cepu

batu ataupun relikuari dan ditempatkan di bahagian vimana sesebuah candi.3

Selain itu, candi juga berperanan sebagai tempat untuk melakukan kegiatan atau

upacara yang mempunyai kaitan dengan unsur keagamaan sama ada untuk tujuan harian

mahupun upacara keagamaan yang disambut secara tahunan.4

Di samping itu, para sarjana juga berpendapat bahawa candi merupakan tempat

untuk melakukan kegiatan keagamaan dan bukannya sebagai pemakanan juga berlandaskan

hasil artifak yang dijumpai dalam cepu batu ataupun relikuari tidak kesemuanya terdapat

abu mayat tetapi lebih kerap dijumpai ialah barangan berharga seperti patung yang

diperbuat daripada logam, emas, batu permata dan disertai dengan saji-sajian. Peninggalan

tersebut juga dikenali sebagai peripih. Bahan berharga tersebut sering dihubung kait

dengan pergabungan antara roh para pembesar dengan dewa yang menjadi anutan semasa

hayatnya.5 Berdasarkan kajian yang dibuat oleh para sarjana telah membuktikan bahawa

candi amat penting untuk tujuan upacara ritual dalam agama masyarakat Hindu dan

Buddha ketika itu.

CANDI UTAMA LEMBAH BUJANG

Terdapat beberapa candi utama yang terdapat di Lembah Bujang dan kesemua candi-candi

tersebut mempunyai keunikan yang tersendiri terutamanya dari segi keagamaan dan setiap

satunya kuat dipengaruhi oleh unsur agama Hindu-Buddha. Candi-candi tersebut adalah

Candi Tapak 21 dan Tapak 22 ( Kampung Pengkalan Bujang), Candi Tapak 16 ( Kampung

3
. Mohd Supian Sabtu ( 2002 ), Tamadun Awal Lembah Bujang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hal. 32&33
4
.Ibid, hal.33
5
. Ibid, hal. 33 & 34

2
Pendiat), Candi Tapak 50 ( Kampung Bendang Dalam ), dan Candi Tapak 8 ( Bukit Batu

Pahat ).

CANDI PANGKALAN BUJANG

Rajah 1: Candi Tapak 21 ( Kampung Pangkalan Bujang )

Rajah 2 : Candi Tapak 22 ( Kampung Pangkalan Bujang )

3
Tapak candi 21 dan Tapak 22 ( Kampung Pangkalan Bujang ) telah digalicari secara

serentak oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti pada tahun 1974. struktur candi tersebut

secara keseluruhannya terdiri daripada batu bata termasuk pada binaan asas bangunan.

Candi ini mempunyai lubang di bahagian tengah. Candi ini dipercayai dibina pada sekitar

abad ke-9 sehingga abad ke-10. Candi ini dipercayai mewakili ajaran Buddha.6

Rajah 3 : Relikuari Tapak 19 ( Kampung Pangkalan Bujang )

Relikuari Tapak 19 mempunyai artifak yang berkaitan dengan unsur keagamaan. Salah satu

ialah Lingga. Lingga merupakan salah satu objek pemaju yang dilakukan oleh penganut

aliran Siwa.7 Lingga yang ditemui di Tapak 19 mempunyai ciri gabungan dewa Trimurthi.

Lingga ini di bahagian dasarnya berbentuk segi empat ( Brahma-bhaga ), bahagian

tengahnya berbentuk segi lapan ( Visnu-bhaga ), sementara di bahagian atas tidak

kelihatan kerana terdapat kesan pahatan. Secara tidak langsung keadaan ini telah

6
. Mohd Supian Sabtu ( 2002 ), Tamadun Awal Lembah Bujang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hal. 38 & 39
7
. Ibid, hal. 60

4
mewujudkan perlambangan unsur waktu yang dimiliki oleh kedua-dua dewa Trimurthi

( dewa Brahma sebagai dewa pencipta diletakkan di bahagian dasar, dewa Wisnu sebagai

dewa pemelihara. 8Hal ini jelas menunjukkan wujudnya ritual keagamaan di Lembah

Bujang ketika itu. Buktinya, penemuan arca Ganesha di sekitar tapak berkenaan.

Berdasarkan arca yang telah ditemui jelas menunjukkan arca-arca tersebut digunakan oleh

penganut yang mengamalkan Sivaisme. Candi ini juga digunakan oleh penganut Buddha

berdasarkan jumpaan arca Buddha yang diperbuat daripada terracotta.9

CANDI PENDIAT 16 ( KAMPUNG PENDIAT)

Rajah 4: Candi Tapak 16 ( Kg. Pendiat)

8
. Mohd Supian Sabtu ( 2002 ), Tamadun Awal Lembah Bujang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hal. 65 & 66
9
. Ibid, hal. 146

5
Menurut Quaritch Wales, pada asalnya tapak ini berada di sebelah kanan sungai Bujang

dan sekitar 25 ela dari kawasan sawah padi. Tinggalan struktur candi tersebut telah di

carigali dan kemudiannya dipindahkan dan dibina semula di kawasan Muzium Arkeologi

Lembah Bujang. Candi Tapak 16 atau dikenali sebagai Kampung Pendiat secara

keseluruhannya dibina daripada batu lada atau batu laterit. Seperti struktur yang terdapat di

Lembah Bujang yang lainnya, dipercayai di bahagian atas lapisan batu lada atau batuan

laterit terutamanya di bahagian badan dan atap candi, kayu dan genting masih digunakan. 10

Oleh itu, strukutr candi Tapak 16 telah rosak, Quaritch Wales hanya membuat

perbandingan secara umum dengan Tapak 15. Penyelidikan arkeologi yang dijalankan pada

awal tahun 1970-an telah menunjukkan bahawa perlu dilakukan galicari yang berterusan.

Hasilnya pada tahun 1974, tapak ini telah digalicari dan dibina semula. Hasil daripada

galicari itu telah menemui suatu struktur yang berbeza dengan struktur candi di Tapak 15

kerana di Tapak 16 iaitu di kampung Pendiat terdapat bahagian vimana-mandapa. Semasa

galicari dilakukan telah menemui peripih bersama-sama dengan relikuari.

Walaubagaimanapun, bahagian vimana-mandapa candi Tapak 16 terpisah antara satu sama

lain.11Candi Tapak 16 ( Kampung Pendiat) merujuk kepada unsur keagamaan Hindu.

10
. Mohd Supian Sabtu ( 2002 ), Tamadun Awal Lembah Bujang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hal. 39
11
. Ibid, hal. 40

6
Rajah : 5 : Peripih dalam relikuari tembaga yang ditemui dari Candi Pendiat (Tapak 16)

Rajah 6:Relikuari yang ditemui dari Candi Pendiat (Tapak 16)

7
Merujuk kepada rajah 5 dan 6 di atas, menunjukkan penggunaan relikuari dalam upacara

keagamaan bagi penganut Hindu di Lembah Bujang. Relikuari merupakan sejenis bekas

atau wadah yang digunakan untuk meletakkan barang-barang peninggalan orang alim
12
( Joyce M.Hawkins, 1981:290). Wadah yang diperbuat daripada tanah liat ini mungkin

dijadikan perlambangan untuk kedudukan dewa yang menjaga kelapan-lapan arah mata

angin ( Dikpalaka ). Perkembangan ini dapat dilihat berdasarkan kegiatan agama Hindu

masa kini yang pada saat akhir untuk upacara keagamaan dipecahkan kelapa dan

kemungkinan pada masa dahulu di Lembah Bujang, kelapa tidak digunakan tetapi diganti

dengan wadah tanah liat yang diisi dengan air lalu dipecahkan. 13 Hal ini menunjukkan

terdapatnya unsur agama Hindu dalam setiap upacara yang dijalankan.

CONTOH CANDI LAIN

CANDI TAPAK 50 ( KAMPUNG BENDANG DALAM )

Rajah 7: Candi Tapak 50 ( Kampung Bendang Dalam )

CANDI TAPAK 8 ( BUKIT BATU PAHAT )


12
. Mohd Supian Sabtu ( 2002 ), Tamadun Awal Lembah Bujang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hal. 111
13
. Ibid, hal. 113

8
Rajah 8 : Candi Tapak 8 ( Bukit Batu Pahat )

Berdasarkan tinjauan keseluruhan candi yang terdapat di Lembah Bujang, candi ini

dibahagikan dua kepada iaitu candi yang mengamalkan ajaran Hindu dan candi yang

mengamalkan ajaran Buddha. Hal ini jelas membuktikan bahawa candi-candi yang dibina

adalah untuk tujuan keagamaan bagi penganut Hindu-Buddha di Lembah Bujang.

You might also like