You are on page 1of 16

1.

0) Pengenalan
Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa
Bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia. Kajian ini amat penting dari dahulu
hingga kini. Di Malaysia subjek bahasa diajar dari sekolah rendah sehingga ke peringkat
institusi pengajian tinggi. Ini mengambarkan betapa pentingnya fungsi ilmu bahasa
kepada masyarakat sebagai alat untuk berkomunikasi dalam menjalani kehidupan
seharian.
Istilah linguistik berasal daripada perkataan latin lingua yang membawa maksud
‘bahasa’.Dalam bahasa Melayu, istilah linguistic merupakan nama bagi bidang ilmu, dan
kata adjektifnya adalah linguistic atau “ linguistik”. Ferdinand de Saussure (1916) bapa
linguistik moden berbangsa Swiss menyatakan langue, merupakan suatu “sistem”
Ilmu linguistik dikatakan bersifat umum. Umum, bermaksud bahawa bidang
kajian ilmu linguistik ini tidak bersifat spesifik, iaitu hanya menyelidik bahasa-bahasa
tertentu sahaja. Ilmu linguistik sebenarnya merujuk kepada bahasa secara umum. Ini
bertepatan dengan pandangan Ferdinand Se Saussure (1857) yang merumuskan bahawa
ilmu linguistik tidak hanya meneliti salah satu langue sahaja, tetapi merangkumi bahasa
atau language secara umum.
Ilmu linguistik juga dikatakan sebagai ilmu pengetahuan spesifik. Ini bermakna
bidang kajian linguistik, seperti juga disiplin ilmu yang lain, mempunyai sistem yang
teratur bagi merealisasikannya sebagai salah satu bidang ilmu yang dipelajari. Selain itu,
ilmu linguistik dikaitkan juga dengan ilmu yang bersifat empiris. Ini kerana ilmu
linguistik dikaitkan dengan fakta dan data yang dapat diuji kesahihannya oleh ahli-ahli
tertentu dan semua ahli yang lain.
Terdapat banyak definisi linguistik yang telah dikemukakan oleh ahli linguistik
sejak dahulu hingga kini. Banyak definisi yang dikemukakan oleh pengkaji bahasa
berfokus kepada pengertian kata linguistik itu sendiri yang membawa pelbagai tafsiran
yang berbeza. Menurut Verhaar (1985:1), kata linguistik berasal dari perkataan latin iaitu
lingua yang bermaksud bahasa.Selain itu, Langacker (1987), berpandangan linguistik
adalah kajian bahasa manusia iaitu mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia
melalui alat pertuturan yang membawa pelbagai makna.
David Crystal ( 1973 ) menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik.
Dengan kata lain bahasa yang dikaji harus dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun
serta mempunyai organisasi tersendiri. Selain itu, saintifik juga merujuk kepada sesuatu
ilmu yang mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan dari segi mutu dan kesahihan
fakta.
Berdasarkan definisi dan kajian serta pandangan tokoh-tokoh linguistik di atas,
maka dapatlah kita simpulkan bahawa ilmu linguistik meliputi bidang yang sangat luas.
Ilmu linguistik merangkumi bidang fonetik, morfologi, sintaksis, leksikografi, semantik,
pragmatik, linguistik sinkronik dan linguistik diakronik, linguistik teoritis dan linguistik
terapan. Bidang ilmu linguistik ini dapat dilihat berdasarkan gambarajah di bawah.

Bidang Ilmu Linguistik

Fonetik dan Fonologi

Morfologi

Sintaksis

Leksikografi

Semantik

Pragmatik

Linguistik Sinkronik

Linguistik Diakronik

Linguistik Teoritis

Linguistik Terapan

Bidang Ilmu Linguistik / Bahasa


2.0) Kepentingan Ilmu Linguistik

2.1) Kanak-kanak ( 1 hingga 5 tahun )


Kanak-kanak didefinisikan sebagai seseorang yang berumur di bawah umur 18
tahun seperti yang termaktub dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak dan Akta
Kanak-Kanak, 2001.
Pemerolehan bahasa merupakan satu proses perkembangan bahasa manusia.
Lazimnya pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanak-
kanak Mengikut Piaget, semua kanak-kanak sejak lahir telah dilengkapi dengan alat
nurani yang berbentuk mekanikal umum untuk semua kebolehan manusia termasuklah
kebolehan berbahasa. Alat mekanisme kognitif yang bersifat umum inilah digunakan
untuk menguasai segala-galanya termasuklah bahasa. Bagi Chomsky dan Miller pula, alat
yang khusus ini dikenali sebagai Language Acquisition Device (LAD) yang fungsinya
sama seperti yang pernah dikemukakan oleh Lenneberg yang dikenali sebagai “Innate
Prospensity for Language”. LAD dikatakan telah dimiliki oleh setiap anak secara semula
jadi dan dengan alat nurani ini akan membolehkan kanak-kanak mampu memperoleh
bahasa ibundanya dengan mudah dan cepat.
Mengikut Bowen (Language ages and stages:On-line) pembelajaran bahasa
bermula sejak bayi dilahirkan. Bayi-bayi yang baru lahir sudah mula mengecam bunyi-
bunyi yang terdapat di sekitarnya. Mengikut Brookes (dlm. Abdullah Yusoff dan Che
Rabiah Mohamed, 1995:456), kelahiran atau pemerolehan bahasa dalam bentuk yang
paling sederhana bagi setiap bayi bermula pada waktu bayi itu berumur lebih kurang18
bulan dan mencapai bentuk yang hampir sempurna ketika berumur lebih kurang empat
tahun.
Bagi Mangantar Simanjuntak (1982) pula, pemerolehan bahasa bermaksud
penguasaan bahasa oleh seseorang secara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku
dalam kalangan kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-6 tahun. Hal ini tidak
bermakna orang dewasa tidak memperoleh bahasa tetapi kadarnya tidak sehebat kanak-
kanak. Pemerolehan bahasa dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari
atau dipelajari secara langsung iaitu tanpa melalui pendidikan secara formal untuk
mempelajarinya, sebaliknya memperolehnya dari bahasa yang dituturkan oleh ahli
masyarakat di sekitarnya.
Pada umumnya, setiap bayi yang normal akan mengalami proses perkembangan
bahasa secara berperingkat-peringkat dan bersifat arbitrari. Perkembangan bahasa akan
menjadi lebih mantap dan sempurna mengikut perkembangan usia kanak-kanak tersebut.
Mengikut Mangantar Simanjuntak, 1987 (dlm. Tay. 2000:228) peringkat perkembangan
bahasa ini boleh dibahagi kepada (a) peringkat mengagah; (b) peringkat holofrasa; (c)
peringkat ucapan dua kata; (d) peringkat permulaan tatabahasa; (e) peringkat menjelang
tatabahasa dewasa; dan (f) peringkat kecekapan penuh. Seseorang kanak-kanak akan
melalui tiga proses pemerolehan bahasa iaitu proses pemerolehan komponen fonologi,
sintaksis dan semantik. Ketiga-tiga komponen ini dikatakan berlaku secara serentak.
Bahasa adalah sistem komunikasi perkataan dan tatabahasa. Melalui bahasa ini,
kanak-kanak dapat berhubung dengan orang di sekitar mereka bagi menyatakan perasaan,
keperluan dan idea. Seorang kanak-kanak menggunakan bahasa untuk mengekspresikan
diri dan kehendaknya atau perasaanya pada sasaran yang tetap. Proses kognitif, iaitu
pengenalan benda-benda kepada bahasa telah berlaku (Asmah Omar,1993:16).
Perkembangan bahasa adalah gambaran sejauh mana interaksi berlaku. Ia
membantu mempercepatkan literasi iaitu keupayaan menulis dan membaca. Sebelum
kanak-kanak menggunakan perkataan, mereka hanya tahu merengek dan menangis,
‘babbling’ (ma ma-ma, ta-ta-ta) dan ‘cooing’ (menjerit, menggelobok dan membunyikan
perkataan) seterusnya meniru gelagat dan apa sahaja yang mereka dengar. Mereka juga
berupaya mengenal pasti bunyi dan suara orang dewasa dengan cepat. Menangis bagi
bayi yang baru lahir adalah komunikasi. Nada, corak dan penguatan (intensity) ke atas
bunyi suara menyatakan ada maksud tertentu seperti lapar, tidak cukup tidur, marah atau
merajuk.
Pada usia bayi enam minggu sehingga tiga bulan, mereka mula mendekut
(cooing) apabila rasa seronok. Mereka juga suka bermain dengan bunyi-bunyi perkataan
yang didengari dari persekitaran. Mengagah (babbling) pula berlaku di antara enam bulan
hingga sepuluh bulan. Ia bukannya bahasa sebenar dan tidak ada makna. Penerimaan ke
atas bunyi-bunyi bahasa berterusan dilakukan oleh bayi yang berumur 9 bulan hingga 10
tahun namun belum memahami sepenuhnya perkataan-perkataan tersebut. Keupayaan
membezakan bunyi-bunyian sangat penting untuk perkembangan bahasa. Ia bermula
sebelum kelahiran dan sangat kritikal ketika tahun pertama kehidupan. Bayi dapat
membiasakan diri dengan perkataan apabila mereka kerap mendengar dan mula
menggunakannya.

2.2) Pelajar ( 7 – 18 Tahun )


Menurut takrifan Kementerian Pelajaran Malaysia, Pelajar adalah kelompok
komuniti yang berusia antara 7 hingga 18 tahun yang mesti mendapat pendidikan wajib
di sekolah bantuan kerajaan.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam pendidikan tidak
menghalang kemajuan, malah penggunaannya sebagai bahasa ilmu lebih 30 tahun lalu
membawa banyak kejayaan kepada negara, kata Penyandang Kursi Pengajian Melayu di
Beijing Foreign Studies University (BFSU), Professor Dr. Awang Sariyan.
Bagi para pelajar penguasaan ilmu linguistik atau bahasa amat penting dalam
memperolehi ilmu pengetahuan yang terkandung dalam buku-buku yang dibaca.
Penguasaan yang baik dalam perbendaharaan kata, fonetik, morfologi, semantik, sintaksis
dan sebagainya membolehkan mereka memahami dan seterusnya menguasai apa yang
dibaca atau dipelajari. Secara tidak langsung pengetahuan yang luas dalam ilmu linguistik
menjadikan pembelajaran mereka lebih menarik dan mudah.
Selain itu, penguasaan ilmu linguistik khususnya bahasa melayu membolehkan
mereka menyampaikan semula segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dengan
jelas dan tepat terutamanya semasa bersoal jawab dengan guru, rakan-rakan dan
menjawab soalan peperiksaan secara lisan mahupun bertulis dengan tepat dan cemerlang
hasil penggunaan kata, kosa kata, dan ayat yang betul dan tepat.
Bahasa merupakan alat perhubungan yang penting dalam kehidupan manusia.
Melalui bahasa seseorang itu dapat berkomunikasi dengan orang lain untuk
menyampaikan kehendak, perasaan, pendapat, pengalaman, buah fikiran, pengetahuan,
mendapatkan informasi, menambahkan ilmu pengetahuan, memahami orang lain dan
sebagainya (Raminah Hj. Sabran, 1993).
Pembelajaran bahasa secara formalnya berlaku di sekolah. Oleh itu, guru-guru
bahasa Melayu memainkan peranan yang utama bagi memastikan murid-murid di sekolah
dapat mempelajari bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya. Kepentingan terhadap
penguasaan bahasa lebih ketara dalam bidang pendidikan kerana bahasa menjadi medium
utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bahasa digunakan dalam interaksi
lisan antara guru dengan murid. Hal ini jelas dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa
Malaysia (Melayu) sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Banyak aktiviti dan
kemahiran yang menekankan aspek-aspek kemahiran bahasa dalam sukatan pelajaran.
Perkara ini diberi tumpuan utama bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran bahasa
Melayu iaitu membolehkan murid-murid mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu,
guru bahasa Melayu memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan murid-murid
mereka dalam penguasaan bahasa Melayu. Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt dan Ab.
Rahim Selamat (1997) menggariskan empat peranan guru bahasa Melayu iaitu sebagai perancang
pengajaran dan pembelajaran; penggerak dan pendorong pengajaran dan pembelajaran;
pembimbing murid; dan pemupuk semangat dan pembentuk sahsiah murid.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Sharbi Ali, 2005) dengan jelas
menyenaraikan matlamat dan objektif mata pelajaran Bahasa Melayu. Matlamat yang hendak
dicapai dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan murid yang
berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah
Pendidikan Negara.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (Kementerian Pendidikan Malaysia
[KPM], 1983) telah menjelaskan objektif pengajaran bahasa Melayu adalah untuk membolehkan
kanak-kanak bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai
dalam pelbagai keadaan perhubungan. Sementara dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah (Sharbi Ali, 2005) juga menggariskan 11 objektif yang merangkumi beberapa
kemahiran berbahasa sebagaimana yang berikut;

i) mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam


kehidupan sehari-hari;
ii) bertutur dengan petah dan membuah fikiran yang bernas serta menggunakan
bahasa yang sesuai dan bertatasusila;
iii) membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan
kematangan;
iv) menjadikan pembacaan sebagai suatu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan
pengetahuan dan hiburan;
v) menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format
yang betul;
vi) memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul; menghargai dan
menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;
vii) menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;
viii) menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;
ix) memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan
sesuai; dan
x) menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli
masyarakat yang berbilang keturunan.

2.3) Masyarakat Umum.


Bahasa mempunyai kepentingan dan fungsi yang tersendiri. Ia dapat
berfungsi dan memainkan peranannya apabila sesuatu bahasa itu telah diseragamkan
penggunaannya melalui perbendaharaan dan pengimbuhan serta segala peraturan
penggunaannya ( Darwis Harahap Mohamad, 2004:50 )
Masyarakat menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi ( Mokhtar
Mansor,1991:22 ) Dalam komunikasi seharian, bahasa lisan dan bahasa tulisan dijadikan
alat untuk berhubung antara satu sama lain. Bagi memastikan bahasa menjadi alat
komunikasi yang paling berkesan, masyarakat umumnya harus menguasai ilmu
linguistik dalam memastikan komunikasi berjalan dengan lancar. Melalui komunikasi
juga, kita dapat mempelajari dan mewarisi semua yang pernah dicapai oleh nenek
moyang kita, serta apa yang dicapai oleh orange-orange yang sezaman dengan kita.
Menyedari hakikat itu, ilmu linguistik atau bahasa amat penting dan harus
dikuasai dengan baik oleh masyarakat bagi membolehkan bahasa memainkan
peranannya. Dengan memiliki ilmu linguistik masyarakat dapat menggunakan bahasa
yang tepat untuk mengekspresikan diri dan berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling
demi mencapai kesejahteraan diri. Sebagai alat untuk menyatakan ekpresi diri, bahasa
dapat menyatakan secara terbuka segala sesuatu yang tersirat dalam fikiran dan hati kita.
Unsur yang mendorong ekspresi diri adalah untuk menarik perhatian orange lain terhadap
kita dan keinginan untuk membebaskan diri kita daripada semua tekanan emosi ( Gorys
Keraf, 1997:4 ).
Sebagai alat komunikasi, bahasa merupakan alat atau saluran penyampai maksud,
melahirkan perasaan dan memungkinkan kita menciptakan kerja sama dalam melakukan
pelbagai aktiviti, merencanakan dan mengarahkan masa depan ( Gorys Keraf, 1997:4 ).
Dalam berkomunikasi, kita mempertimbangkan perkataan apa yang paling sesuai
digunakan untuk menyampaikan idea, perasaan, maksud, dan pendapat kita kepada orang
lain mengikut kelompok atau darjat atau kedudukan orang yang menjadi lawan kita
bercakap. Di sini ilmu linguistik amat penting dimiliki oleh masyarakat bagi
membolehkan segala maksud dan tujuan penyampaian dan penerimaan berlaku dengan
sempurna.
Selain itu, Penguasaan ilmu linguistik juga penting agar bahasa dapat memainkan
fungsinya sebagai alat integrasi dan adaptasi sosial atau kemasyarakatan. ( Sumarsono,
2004:145 ). Bahasa merupakan alat penyatuan masyarakat. Oleh itu, bahasa yang
sempurna dan tepat sahaja dapat menjalankan fungsi ini secara efisien. Bahasa sebagai
alat komunikasi, lebih jauh memungkinkan setiap ahli dalam masyarakat untuk merasa
dirinya terikat dengan kelompok sosialnya. Manusia dapat melakukan segala kegiatan
kemasyarakatan dengan menggunakan bahasa. Ini memungkinkan integrasi yang
sempurna bagi setiap individu dengan masyarakatnya ( Gotys Keraf, 1997:5 ). Semasa
mengadaptasi dalam lingkungan soaial tertentu, kita akan memilih perkataan atau bahasa
yang kita akan gunakan bergantung pada situasi yang dihadapi. Kita gunakan bahasa
yang berbeza kepada orange yang berbeza. Di sini ilmu linguistik memainkan peranan
penting. Dengan menguasai ilmu bahasa sesuatu bangsa, kita dengan mudah dapat
bergaul dan menyesuaikan diri dengan masyarakat tersebut. ( Zulkifley Majid, 1996:16 )
Seterusnya bahasa juga berperanan sebagai pengawal keadaan sosial yang efektif.
Pelbagai maklumat, penerangan, dan pendidikan dapat disampaikan melalui bahasa
dengan sempurna sekiranya masyarakat menguasai ilmu linguistik dengan baik. Buku-
buku pelajaran dan buku-buku instruksional adalah salah satu contoh penggunaan bahasa
sebagai alat kawalan sosial ( Zulkifley Majid, 1996:17 ). Selain itu, ceramah agama,
dakwah, penyampaian ilmiah dan politik merupakan penggunaan bahasa sebagai alat
kawalan sosial. Semua itu merupakan kegiatan berbahasa yang memerlukan penguasaan
ilmu linguistik bagi memperoleh pandangan baru, sikap baru, perilaku dan tindakan yang
baik dengan menggunakan bahasa yang tepat untuk berfungsi dengan sempurna.
Selain itu, bahasa merupakan alat untuk berfikir. Dalam proses berfikir, kita
menggunakan bahasa agar apa yang kita fikirkan mampu untuk diungkapkan atau
disampaikan dengan sempurna. Dengan memiliki ilmu linguistik, seseorang itu dapat
menggunakan bahasa yang betul dan tepat untuk mengutarakan idea dengan
menggunakan bunyi-bunyi bahasa yang membentuk pertuturan. Selain itu, alat fikiran ini
juga boleh menjadi bahasa lisan yang boleh digunakan untuk berkomunikasi ( Mokhtar
Mansor, 1991:23 ).
Kepentingan ilmu linguistik kepada masyarakat seterusnya adalah sebagai alat
perakam atau pengungkapan pengalaman ( Mokhtar Mansor, 1991:24 ). Apabila
seseorang itu melihat symbol atau gambar, dia merakamkan apa yang dilihat itu dalam
fikirannya. Dalam hal ini, aspek bahasa dijadikan medium dalam memindahkan segala
apa yang ingin diperkatakan melalui penceritaan semula dengan menggunakan ilmu
linguistik yang dimiliki.

3.0 ) Kesimpulan:
Berdasarkan kupasan tentang kepentingan ilmu linguistik dan peranan bahasa
dalam kehidupan masyarakat di atas, maka dapat kita simpulkan bahawa penguasaan
ilmu linguistik amat penting dalam memartabatkan bahasa dan seterusnya bagi memboleh
bahasa memainkan peranan yang efisien. Bahasa boleh diperoleh daripada pelbagai
sumber dan ia terbentuk daripada pelbagai faktor. Bahasa mempunyai beberapa fungsi;
sebagai alat ekspresi diri, alat komunikasi dan identiti diri yang memudahkan pekerjaan
manusia. Melalui bahasa, kita dapat mengutarakan sudut pandangan kita, pemahaman
kita terhadap sesuatu perkara, asal usul bangsa dan negara kita, pendidikan kita mahupun
sebagai diri sendiri. Bahasa adalah sesuatu yang utuh dan bersistem.Tegasnya, bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara bererti bahasa untuk memajukan rakyat dan
negara Malaysia. Dalam proses ini kepentingan negara seharusnya mengatasi
kepentingan etnik dan kaum. Setakat hari ini, nampaknya hanya bahasa Melayu sahajalah
yang dapat merentas segala sempadan budaya dan bahasa-bahasa etnik yang lain untuk
digunakan sebagai alat kemajuan dan perpaduan antara etnik di negara ini. Inilah
sebenarnya nilai dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.
Soalan 2
1.0) Pengenalan
Sesebuah negara yang merdeka dan berdaulat lazimnya memerlukan bahasa, lagu,
negara, atau bendera sebagai lambang kemerdekaan dan kedaulatannya. Pengiktirafan
dan penerimaan lambang kebangsaan berkenaan oleh rakyat yang terdiri daripada
pelbagai latar belakang kaum, agama, dan budaya di negara berkenaan amat penting dari
segi pembentukan negara bangsa. Negara berkenaan perlu menyemai dan mengukuhkan
nilai kolektif yang menjadi hak dan ikon bersama. Sesungguhnya, bahasa kebangsaan
merupakan wahana simbolik semangat kebangsaan yang paling berkesan.
Dalam konteks negara ini, kepentingan bahasa kebangsaan telah mulai disedari
oleh Perdana Menteri pertama.  Tunku Abdul Rahman  menyatakan bahawa “adalah
wajar bagi kita sebuah negara membangun berhasrat mempunyai bahasa kita sendiri.
Sekiranya bahasa kebangsaan tidak diperkenalkan negara kita tidak akan mempunyai
peribadi dan keperibadian apa yang boleh saya ungkapkan sebagai negara yang tidak
mempunyai jiwa dan roh.”
Bukan sebarang bahasa boleh diangkat sebagai bahasa kebangsaan.  Nida E.A
(1975) menghuraikan tiga ciri yang perlu ada pada setiap bahasa kebangsaan. Pertama,
perlunya bahasa itu berkecuali dari segi politik; kedua, ia hendaklah ada kaitan dengan
pelbagai bahasa di rantau itu; dan ketiga, terdapat bilangan ketara penutur supaya mereka
dapat menjadi penutur contoh kepada orang lain untuk mempelajarinya.
Sebagai masyarakat multietnik, masyarakat dalam sesebuah negara adalah
terbahagi-bahagi mengikut ideologi, kepercayaan, agama, bahasa dan seumpamanya.
Dalam keadaan yang demikian, peranan bahasa kebangsaan sebagai  alat untuk
menyatukan pelbagai suku kaum amat dituntut.   Melalui bahasa kebangsaan sesebuah
negara dapat membina keperibadian dan tamadun mengikut acuannya sendiri - sesuai
dengan aspirasi, latar sejarah dan budaya rakyatnya
Bahasa tidak akan mungkin maju atau tumbuh sendiri, melainkan kita sebagai
pemegang amanah bangsa berusaha gigih untuk menggerakkan dan membinanya. Tidak
mungkin bagi mana-mana bahasa kebangsaan mencapai tahap kemajuan yang seterusnya
jika bangsa itu bersikap alpa dan tidak bersungguh-sungguh. Sebab, yang jelas, selain
membina bahasa itu dari segi korpus dan taraf, sesuatu bangsa perlu berusaha
memperluas penggunaannya dalam negara, sekali gus menebarkan sempadan
penggunaannya di luar negara. Kalau bahasa itu lemah, mundur dan tidak berkembang,
kelalaian dan kecuaian bangsa itulah yang menyebabnya dalam keadaan demikian.
Bahasa  kebangsaan pun dapat menjadi bahasa ilmu, bahasa tamadun tinggi,
bahasa berprestij, bahasa global, dan bahasa abad ini dan masa depan jika kita
mempunyai keyakinan, dengan memberikan pengiktirafan yang wajar kepadanya. Mana-
mana negara tidak harus menjadi pemuja, pengagum dan pentaaksub nilai dan bahasa
asing. Rakyat sesebuah negara sebenarnya lebih ekspresif, kreatif, dan komunikatif dalam
bahasa kebangsaan. Dalam  konteks ini, bahasa kebangsaan berperanan sebagai wadah
untuk memupuk semangat kecintaan terhadap negara. Melalui bahasa kebangsaan,
semangat nasionalisme dan patriotisme dapat disemai dan dipupuk.
Bahasa kebangsaan ialah lambang kebanggaan kebangsaan dan lambang identiti
nasional, maka rakyat negara berkenaan menyemai sikap bahasa yang positif dan
menjunjung bahasa itu sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan. Bahasa sebagai  tunjang penting kebudayaan dan tamadun bangsa sekali ugs
memperlihatkan tahap kemajuan sesuatu negara.  Bagi negara ini, bahasa Melayu
merupakan  wahana komunikasi dan bahasa kebangsaan yang mutlak dan paling efektif
bagi rakyat Malaysia. Bahasa kebangsaan ialah pendorong dan pemangkin lambang
pemersatu, serta berperanan sebagai wadah untuk membina peradaban moden sesuatu
bangsa.
Hanya melalui bahasa kebangsaan, sesebuah negara dapat menggambarkan diri
sebagai  sesuatu bangsa secara utuh. Kalau tidak, bangsa itu adalah bagai bangsa yang
tidak mempunyai wajah. Sesuatu bangsa tidak mungkin wujud dalam tabula rasa atau
kepakuman. Bangsa tidak seharusnya hanya menjadi komuniti yang diimaginasikan;
sebaliknya bangsa yang mampu mengharungi gelombang cabaran masa depan ialah
bangsa yang jitu dan kukuh peribadinya. Kesedaaran kolektif bangsa dapat dibentuk
melalui bangsa kebangsaan yang digunakan dengan meluas dalam semua bidang,
meliputi pelbagai aspek kehidupan. Selain keteguhan busdaya, politik dan ekonomi,
bahasa kebangsaan merupakan wadah penting sesuatu bangsa untuk memantapkan dan
melonjakkan martabatnya dalam komuniti antarabangsa.
Salah satu perkara yang perlu diberi penekanan ketika  mengharungi arus deras
globalisasi ialah persoalan jati diri bangsa melalui bahasa kebangsaan, kerana bahasa
menunjukkan bangsa.  Jadi, bahasa kebangsaan tidak seharusnya hanya dimaktubkan
dalam perlembangaan negara, tetapi perlu dijunjung tinggi sebagai lambang jati diri dan
maruah bangsa yang tidak boleh dikompromi. Hakikat bahawa bahasa kebangsaan
merupakan tonggak utama dalam pembinaan bangsa dan tunjang perpaduan nasional,
serta faktor utama dalam membangun peradaban dan tamadun moden tidak seharusnya
dipandang ringan. Wajah, jati diri dan kemajuan sesuatu bangsa pada masa depan
bergantung pada sikap generasi hari ini terhadap bahasa kebangsaan negaranya.

1.2) Latar Belakang Kajian


Penggunaan bahasa kebangsaan (merujuk kepada bahasa Melayu/bahasa
Malaysia) mulai terpinggir di kalangan rakyat Malaysia sendiri. Apa yang dapat
diperhatikan, tidak semua rakyat negara ini tahu dan mahu bertutur dalam bahasa
kebangsaan. Malah ada di kalangan pemimpin masyarakat yang langsung tidak
menguasai bahasa kebangsaan kita.
Fenomena ini amat menyedihkan. Dalam mengejar arus kemajuan, masyarakat
kita semakin ghairah menguasai bahasa Inggeris. Kita berlumba-lumba menghantar anak-
anak ke kelas bahasa Inggeris kerana tidak mahu anak-anak kita ketinggalan. Akan tetapi,
tahap penguasaan anak-anak dalam Bahasa Kebangsaan tidak pula dipersoalkan.
Penggunaan Bahasa Kebangsaan di kalangan masyarakat kita semakin terbatas.
Pengambilalihan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan harian (termasuk semasa
temuduga dan urusan pejabat) kini meletakkan bahasa kebangsaan pada situasi yang
membimbangkan. Malah ada yang menganggap bahasa kebangsaan kita ini rendah
tarafnya dan tidak sesuai untuk kebanyakan urusan harian.
Kejatuhan martabat bahasa kebangsaan bukan sahaja dari segi pertuturan, malah
menular kepada tata bahasa (nahu dan istilah). Penggunaan istilah cedokan dari bahasa
Inggeris memburukkan lagi keadaan. Perkataan-perkataan seperti total, live, trend dan
banyak lagi, kian mewarnai arena penulisan di Malaysia. Jika memang tiada istilah dalam
bahasa Melayu, adalah wajar istilah baru itu digunakan. Sayangnya sudah ada istilah
yang mapan, tetapi istilah cedokan daripada bahasa Inggeris telah menghakiskan istilah
lama. Sebagai contoh, apakah wajar menggantikan perkataan `kesimpulan' dengan
`konklusi', `perbincangan' dengan `diskusi'?
Dalam jangka panjang, percayalah bahawa dunia antarabangsa akan lebih
menghormati dan memandang tinggi masyarakat yang berpegang kukuh kepada identiti
bangsanya (perkataan bangsa merujuk kepada negara). Bahasa adalah sebahagian
daripada jati diri.
Kesilapan ejaan bahasa kebangsaan dan penggunaan bahasa rojak juga semakin
ketara pada papan tanda perniagaan. Ketiadaan penguatkuasaan yang mantap adalah
antara faktor utama. Namun, apa yang menjadi pemangkin adalah sikap sambil lewa di
kalangan masyarakat kita yang memandang perkara itu sebagai remeh. Saya berharap
agar bahasa kebangsaan yang juga dikenali sebagai bahasa Malaysia dan bahasa Melayu,
akhirnya tidak terpinggir seperti tulisan jawi.
Atas kesedaran peri pentingnya penggunaan bahasa melayu yang betul dan
standard, kertas kerja ilmiah yang dihasilkan ini cuba mengupas sejauh mana
keprihatinan rakyat Malaysia tehadap penggunaan bahasa Malaysia yang merupakan
bahasa rasmi negara Malaysia sebagaimana yang telah termaktub dalam perlembagaan
negara. Ini kerana perkembangan mutakhir memperlihatkan banyak kesalahan
penggunaan bahasa telah dilakukan oleh media massa, penggunaan bahasa pada papan-
papan iklan yang tidak tepat, penulisan buku-buku yang tidak tepat penggunaan
tatabahasanya, penggunaan bahasa rojak di kalangan penutur jati bahasa melayu sendiri
dan sebagainya.
2.0) Objektif Kajian.

Ahmad Mahdzan Ayop (1983:30) mengatakan, “ tujuan sesuatu penyelidikan


dijalankan ialah untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau mencari jawapan kepada
beberapa persoalan ”. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh mana
keprihatinan rakyat Malaysia terhadap penggunaan bahasa Malaysia yang menjadi
bahasa utama mereka sebagai alat komunikasi harian: Oleh itu, tujuan kajian ini
dijalankan adalah untuk:

i) Mengenalpasti aspek tatabahasa yang sering menjadi masalah kepada


pengguna bahasa sehingga berlakunya banyak kesalahan dari segi
penggunaanya.
ii) Mengenalpasti punca-punca berlakunya kesalahan pengunaan bahasa di
kalangan penutur jati bahasa melayu.
iii) Mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna bahasa Melayu
dalam penggunaan bahasa yang tepat
iv) Mengetahui tahap penguasaan dan kemahiran berbahasa sample kajian
v) Mengetahui kepekaan masyarakat ( sampel kajian ) terhadap penggunaan
bahasa yang betul.
vi) Mengetahui tahap penguasaan ilmu bahasa yang dimiliki oleh rakyat Malaysia

3.0) Sampel / Responden Kajian.


Seramai 10 orang responden telah dipilih secara rawak untuk menjayakan kajian
ini. Mereka terdiri daripada tiga kelompok atau komuniti yang berbeza sebagai mewakili
kelompok masing-masing. Responden yang dipilih adalah empat orang murid tahun
enam, Tiga orang pekerja sekolah yang terdiri daripada tukang kebun, Pembantu Am, dan
kerani serta tiga orang guru yang terdiri daripada guru matematik, sains, dan guru
pendidikan jasmani.
Semua responden yang terlibat dibekalkan dengan satu set soalan ujian berkaitan
tatabahasa Melayu. Set soalan yang dibekalkan adalah sama bagi ketiga-tiga kempulan
tersebut. Setiap responden dikehendaki menjawab 25 soalan yang dibekalkan dalam
jangka masa 30 minit.

You might also like