You are on page 1of 4

Elemen-elemen dalam penerbitan video

Camcoder

Kamera studio televisyen

CCD
Studio pedestal

Pengarah: Ready Cam One, give me two shot of the singers...


Take Two...ops! sorry...

Elemen-elemen penerbitan yang asas adalah terdiri daripada kamera, lampu, audio,
video tape recording, switcher. Apabila mempelajari berkaitan penerbitan televisyen,
cuba perhatian operasi setiap elemen tersebut dan hubungannya dengan elemen yang lain
termasuk krew yang mengendalikannya iaitu 'production team'. Sekarang kita perhatikan
kepentingan setiap elemen dalam penerbitan tv.

1. Camera

Elemen penerbitan yang jelas dan nyata ialah kamera video. Kamera video terdiri daripada
beberapa saiz dan rupa. Ada kamera video yang mudah dibawa dan boleh dikendalikan
dengan seorang diri. Ada juga kamera yang berat dan memerlukan dua orang untuk
mengangkatnya ke atas tempatnya yang khas. Tempat kamera yang khas tersebut
membolehkan pengendalinya menggerakkan kamera yang berat dalam studio ketika 'on air'.

Kamera video yang 'portable' biasa digunakan untuk ENG atau electronic news
gathering iaitu rakaman untuk berita. Kamera sebegini juga biasa digunakan dalam EFP
atau electronic field production iaitu rakaman luar studio. Kebanyakan kamera video
untuk ENG dan EFP adalah terdiri daripada 'camcorder' iaitu paduan diantara 'video
camera' dan 'video recorder' dalam satu unit. Kamera video sebegini mempunyai kualiti
visual yang tinggi, begitu juga dengan harganya hingga mencapai RM100 ribu lebih sebuah.
Kamera video di studio kami berharga lebih kurang harga sebuah kereta Malaysia sebuah.
Dalam studio rakaman di stesen televisyen tempatan pula harga sebuah kamera video
bersama 'pneumatic pedestal' ialah lebih kurang RM1 juta ringgit.

Kamera video untuk studio televisyen pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, dan lens,
kamera, dan viewfinder.

LENS

Lens, pada kemera mengarahkan imej kepada 'imaging device' yang menukarkan cahaya
daripada imej kepada isyarat elektrik yang dikenali sebagai CCD. Semua kamera televisyen
mempunyai 'zoom lens' yang membolehkan pertukaran yang licin dari wide shot kepada
close up tanpa menggerakkan kamera ataupun subjek yang dirakam.

CAMERA

Kamera video direka untuk menukarkan imej optikal yang diarahkan oleh lens kepada
isyarat elektrik yang dikenali sebagai 'video signal'. 'Imaging device' yang wujud
dalam kamera video dan menukarkan optikal imej dikenali sebagai CCD atau 'Charge
Couple Device'. Bila CCD menerima jumlah cahaya yang banyak ia akan
menghasilkan isyarat video yang jelas. Tetapi apabila ia menerima cahaya yang
sedikit, ia akan menghasilkan isyarat video yang lemah. Itulah sebabnya kita
memerlukan cahaya yang cukup apabila membuat rakaman video.

VIEWFINDER

Viewfinder ialah sebuah televisyen kecil pada kamera video yang menunjukkan apa yang
dilihat oleh kamera tersebut. Kebanyakan viewfinder kamera video, imej yang ditunjukkan
adalah hitam putih. Ada juga yang berwarna yang membolehkan kita melihat keadaan
sebenar visual yang di rakam.
MOUTING EQUIPMENT

Kamera 'portable' dibina untuk membolehkannya diletak di atas bahu ketika membuat
rakaman. Akan tetapi untuk rakaman yang mempunyai jangka masa yang panjang akan
menyebabkan beratnya dirasakan oleh jururakam video. Dalam keadaan ini sebuat 'tripod'
amat diperlukan. Ia bukan saja untuk mengurangkan beban tetapi juga untuk mendapatkan
rakaman visual yang 'steady' atau tidak bergegar melainkan jika kita memang membuat
rakaman ketika gempa bumi berlaku. Kamera studio yang berat pula perlukan kepada
penyokong yang khas yang dikenali sebagai 'studio pedestal'. Studio pedestal ini boleh
dinaikkan dan diturunkan dan digerakkan dengan licin di atas lantai studio ketika 'on air'.

You might also like