You are on page 1of 31

HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

1. Latar Belakang
1.1 Pengenalan
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat
keamanan dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini.
Tiada siapa yang dapat menyangka api kebencian tersebut bertukar
menjadi tragedi yang sukar dilupakan. Walau bagaimanapun, bibit-bibit
perpecahan kaum ini wujud sejak negara mencapai kemerdekaan lagi
disebabkan ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hak-hak keistimewaan
orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya
yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran.

Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang


menjurus kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikan
khususnya oleh kaum Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di dalam
kempen Pilihanraya 1969. Tanpa menghiraukan sensitiviti serta isu-isu yang
boleh mencetuskan kontroversi di kalangan kaum, orang-orang Cina telah
mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di
dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Keadaan kempen yang tidak
dikawal ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. 

Hal ini seolah-olah ada suatu elemen yang tidak harmonis antara kaum dalam
Negara khususnya antara masyarakat Melayu dan Cina yang mendominasi
majoriti kaum di Malaysia.
1.2 Pengajaran Daripada Peristiwa 13 Mei 1969
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu tragedi berdarah yang banyak
meninggalkan kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat
Malaysia. Peristiwa 13 Mei sememangnya bukan suatu peristiwa yang
berlaku secara tiba - tiba atau kerana sebab-sebab yang spontan tetapi ianya
merupakan suatu rentetan kepada sebab-sebab atau peristiwa yang telah
berlaku sebelumnya. Kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu merupakan
salah satu faktor yang turut menyumbang kepada peristiwa 13 Mei . Selain itu
kesan peninggalan penjajah Inggeris juga boleh dilihat sebagai punca kepada

1
peristiwa tersebut. Amalan diskriminasi oleh Inggeris contohnya telah banyak
merenggangkan lagi hubungan antara kaum di Tanah Melayu.

Dari sudut ekonomi peristiwa 13 Mei, banyak meninggalkan kesan yang


negatif terrhadap masyarakat Melayu khasnya dan golongan bumiputera
amnya. Pengenalan ekonomi mengikut ras umpamanya adalah bukti yang
jelas kepada persoalan ini. Keadaan ini merupakan suatu kesan yang nyata
selepas penjajahan British. Dasar ekonomi baru yang dirancangkan oleh
kerajaan pada 1971 merupakan satu usaha bertujuan untuk mengimbangi
kembali kedudukan ekonomi dan hubungan antara kaum di Malaysia.
Ekoran daripada Peristiwa 13 Mei 1969, Jabatan Perpaduan Negara (kini
dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah
Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Keseniandan Warisan) ditubuhkan
bagi menggerakkan program-program yang boleh memupuk perpaduan dan
muhibah dalam masyarakat. Selanjutnya pelbagai program dari Rukun
Tetangga sehingga kepada program Sekolah Wawasan dan Program
Khidmat Negara, telah direka dan dilaksanakan sebegitu rupa untuk
menangani dan memupuk perpaduan serta integrasi secara lebih
menyeluruh. Selain Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pula cuba
membangun para remaja agar lebih patriotik dan cinta kepada negara dengan
pengisian pelbagai aktiviti yang melibatkan fizikal, mental, pembinaan
karektor, kenegaraan dan kemasyarakatan. Walaupun pada awal tahun
pelaksanaannya ia menerima pelbagai reaksi dan kritikan lebih-lebih lagi dari
segi pengurusan, namun kini diakui oleh pelbagai pihak bahawa program ini
dapat membentuk sikap yang lebih positifdi kalangan generasi muda pelbagai
kaum terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara. Di samping itu,
pergaulan di antara etnik juga dapat diperbaiki dengan penglibatan semua
peserta dalam aktiviti kerjasama dan berkumpulan
2. Kepentingan Hubungan Etnik
Untuk mengukuhkan kestabilan dan keharmonian sesebuah negara termasuk
aspek politik, ekonomi dan sosial maka kayu ukur hubungan antara kaum
yang mendiami sesebuah negara menjadi teras utama. Dalam konteks
negara Malaysia, selepas peristiwa 13 Mei 1969, status kstabilan negara
semakin pulih. Banyak perancangan dibuat dan diimplimentasikan.

2
Antara perancangan yang dibuat ialah menubuhkan Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional pada tahun 1969. Tujuan utama merapatkan
hubungan anatara kaum di Malaysia seperti Bangsa Melayu, Cina dan India.
Disamping itu juga, merapatkan hubungan antara masyarakat di Sabah serta
Sarawak.
Rukun Negara turut diperkenalkan. Rukun negara merupakan Ideologi
Kebangsaan. Rukun Negara akan dihayati oleh semua kaum yang berada
dalam Negara dan merupakan teras serta tiang Negara.
Disamping itu, kerajaan turut memperkenalkan usaha yang lain untuk
menjamin kestabilan Negara. Antaranya :-
i. Dasar Ekonomi Baru
ii. Dasar Pendidikan Kebangsaan
iii. Satu Parti Majoriti mentadbir Negara
iv. Dasar Kebudayaaan
Namun untuk mengecapi nikmat kestabilan negara, buka sahaja pihak kerajaan
yang perlu lebih berusaha ke arah itu. Tetapi perkara yang lebih besar ialah
gabungan masyarakat seperti individu, pihak persatuan, pertubuhan dan kesatuan
perlu menyedari kepentingan perpaduan.
Akhir sekali, hubungan etnik yang baik dan harmonis memberi jaminan untuk
mengukuhkan pentadbiran negara. “ Negara Aman Rakyat Makmur ”.

3
KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
1. Bagaimanakah konsep integrasi berbeza daripada konsep asimilasi dalam
konteks memupuk perpaduan nasional?
Perbezaan konsep integrasi daripada konsep asimilasi dalam konteks
memupuk perpaduan nasional adalah Integrasi merupakan satu proses bagi
mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah
dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Proses
integrasi berlaku melalui integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial,
pendidikan dan politik. Proses untuk menghasilkan sebuah masyarakat
integrasi adalah suatu proses yang sukar dan amat kompleks.
Asimilasi pula merupakan proses percantuman antara etnik berlainan budaya
sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang
sama. Proses asimilasi apabila wujudnya interaksi yang erat ahli kumpulan
etnik yang berbeza dalam jangka masa yang lama. Asimilasi berjaya apabila
etnik minoriti sanggup menerima identiti atau budaya etnik majoriti yang lebih
dominan sebagai cara hidup mereka seharian.
2. Jelaskan kepentingan memahami konsep-konsep asas hubungan etnik dalam
konteks masyarakat majmuk Malaysia?
Kepentingan memahami konsep-konsep asas hubungan etnik dalam konteks
masyarakat majmuk Malaysia:

i. Mengetahui sifat struktur sosial, keadaan sosial dan ikatan sosial


masyarakat, darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik
dan struktur masyarakat bersifat kolonial.
ii. Memberi gambaran perkembangan sejarah dan kemampuan
sosioekonomi sesebuah negara.
iii. Mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial.
iv. Menggambarkan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku
masyarakat, isu prasangka dan diskriminasi.
3. Huraikan aplikasi tiga konsep asas hubungan etnik dalam konteks
Masyarakat Malaysia.
a. Konsep Masyarakat

4
Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada
pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat. Manusia mesti
memahami sebaik mungkin cara hidup bermasyarakat. Manusia juga
perlu memahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain
serta memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan dengan
masyarakat lain.
b. Konsep Budaya
Dapat membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta
identiti; dan kedua, memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan
bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental. Budaya
memberikan identiti kepada sesuatu kelompok dalam aspek cara
pengendalian hidup. Budaya diwarisi daripada satu keturunan kepada
satu keturunan. Maka ‘manusia itu sendiri membentuk budaya’ dan
perkembangan budaya akan mengikut perkembangan masyarakat itu
sendiri
c. Konsep Perpaduan dan Integrasi
Konsep Perpaduan harus diperluaskan melalui acara-acara peringkat
setempat supaya perpaduan kaum benar-benar wujud dan bukan
semata-mata dalam acara-acara formal saja seperti tradisi rumah
terbuka kebangsaan ini bukan saja untuk Hari Raya tetapi juga untuk
lima perayaan utama lain iaitu Krismas, Tahun Baru Cina, Deepavali,
Pesta Keamatan dan Hari Gawai. Integrasi ialah suatu proses yang
sangat kompleks. Tahap-tahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi
darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segregasi
sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgamasi.
Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan
integrasi dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya
mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahaman
serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik.

5
PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA
PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH
Dua konsep yang sering digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri Asia Tenggara ialah
plurality dan masyarakat plural (plural society).
Pluraliti : istilah yang digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa
di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah ( Eropah ) yang
terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di
sebaliknya.
Masyarakat Plural : ianya terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang
Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia
Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal
berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan system social-politik-agama yang
wujud di Asia Tenggara. Kesannya daripada itu wujudlah kelompok-kelompok
masyarakat yang hidup terasing daripada kelompok yang lain walaupun tinggal di
tempat yang sama (Masyarakat Majmuk).
Penjajahan Barat menjadi titik pemisah antara Pluraliti dan Masyarakat Plural.
Di mana mereka telah memperkenalkan sistem mereka yang menggalakkan
perkembangan masyarakat pluralistik.
Pluraliti alam Melayu boleh dikaji berdasarkan plurality social dan alam sekitar.
Pluraliti social dapat dilihat berdasarkan reality kehidupan masyarakat yang ada.
Pluraliti alam sekitar merujuk kepada leadaan alam sekitar dan muka bumi alam
Melayu yang begitu mudah berinteraksi dengan kawasan-kawasan lain di dunia.
Contohnya, Bunga raya adalah dibawa dari Kepulauan Pasifik, manakala getah pula
berasal dari Brazil.

Pembentukan Pluraliti di alam Melayu


1. Hubungan dengan China dan India.
Hubungan antara alam Melayu dengan China dan India ini telah lama berlaku.
Hubungan yang terjalin ini adalah disebabkan oleh faktor perdagangan dari kedua-
dua benua
tersebut. Di mana alam Melayu merupakan tempat persinggahan para pedagang
bagi memperdagangkan bahan-bahan yang mereka bawa bersama. Hubungan
perdagangan secara langsung antara Gugusan Kepulauan Melayu dengan China

6
telah diasaskan pada awal a bad ke-5 Masihi. Hubungan tersebut gterladi
disebabkan oleh beberapa faktor seperti perdagangan dan pendidikan. Alam Melayu
juga terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan sejak
abad ke-7 Masihi.
2. Zaman Hinduisme dan Buddhisme.
Pembentukan Pluraliti di alam Melayu juga dipengaruhi oleh agama dan kebudayaan
India. Di mana masyarakat alam Melayu terutamanya dalam kalangan raja dan
bangsawan telah menerima unsur-unsur agama Hindu dan Buddha yang tidak
bercanggah dengan kepercayaan tempatan. Pengaruh Hinduuisme dan Buddhisme
tidak member kesan yang besar dalam kehidupan rakyat biasa berbeza dengan
pengaruh Islam (menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas). Satu aspek lagi
menurut Al-Attas ialah tidak terdapat jitab-kitab yang membincangkan idea-idea
besar seperti falsafah, ketuhanan, metafizik dan sebagainya berasaskan Hinduisme
dan Buddhisme di alam Melayu. Apa yang ada atau terdapat cuma kitab-kitab yang
bersifat keseniaan terutamanya dalam bahasa Jawa.
Hinduisme dan Buddhisme diterima baik di kalangan pemerintah alam Melayu
sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme telah mengukuhkan lagi institusi raja di
alam Melayu. Kebesaran raja-raja juga digambarkan menerusi candi-candi yang
didirikan.
3. Penjelmaan dari segi material dan non-material.
Penjelmaan ini dapat dilihat dan difahami berdasarkan perubahan yang bersifat
epistemological yang dibawa oleh penjajah British. Epistemologikal bererti asal mula
sesuatu ilmu pengetahuan. Perubahan epistemologikal dari segi ilmu pengetahuan
yang melibatkan cara berfikir dan cara melihat sesuatu yang seterusnya akan
melibatkan perubahan terhadap cara memahami sesuatu.
Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, ilmu pengetahuan di alam Melayu banyak
berasaskan epistemologikal yang bercorak metafizik atau ilmu yang bersumberkan
alam ghaib. Amalan perubatan perdukunan dan perbomohan yang menggunakan
jampi serapah dalam berinteraksi dengan pihak alam ghaib adalah manifestasi yang
jelas mengenai ilmu metafizik alam Melayu.
Kedatangan Inggeris telah mengubah epistemologi yang bersifat non-material ini
kepada epistemology fizikal yang bersifat rasional atau saintifik. Asasnya ialah
pembuktian sesuatu material menerusi pancaindera dan kenudiannya
dipertingkatkan menerusi alat-alat saintifik seperti mikroskop dan sebagainya. Kesan
7
daripada itu muncullah pelbagai ilmu dan institusi moden, pengenalan kepada
ekonomi kapitalis yang berorientasikan pasaran dan birokrasi politik. Kesemua ini
kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial.

PUNCAK PLURALITI ALAM MELAYU: EMPAYAR MELAKA (KESULTANAN


MELAKA) MERCU HUBUNGAN ETNIK PRA-PENJAJAHAN.
Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan zaman keemasan dan kemuncak
keagungan kerajaan Melayu. Melaka diperintah oleh para sultan dan pembesaryang
berpandangan jauh. Di mana empayar Melaka pada masa itu merupakan tempat
pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia sehingga ianya digelar “The
Venice of The East”.
Dari segi pemerintahan:
Pemerintahan dijalankan dengan sikap penuh diplomasi dan terbuka. Para pegawai
istana terdiri daripada campuran orang-orang Melayu tempatan dengan bangsa-
bangsa asing yang dating berdagang dan menetap di istana. Perkhawinan campur
telah berlaku antara pemerintah Melaka dengan anak perempuan pemerintah
Negara China dan lain-lain. Pemerintahan Melaka pada masa itu telah mengambil
kira keharmonian antara kaum.
Perlembagaan Melaka yang berasaskan ajaran Islam iaitu (Hukum Kanun Melaka
dan Undang-undang Laut Melaka) telah menyumbangkan atau menggalakkan
kepada kemakmuran dan kemajuan system pemerintahan Melaka.
Perdagangan Melaka pada waktu itu berjalan dengan lancer hasil daripada system
pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yang cekap. Malah pelaksanaan
Undang-undang Laut Melaka itu sendiri telah menjamin tahap keselamatan yang
tinggi kepada ribuan kapal pedagang. Kecekapan kawalan terhadap hasil rempah-
ratus yang menjadi tarikan kepada kedatangan pedagang asing berdagang ke
Melaka.

Kependudukan.
Zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka adalah merupakan zaman plurality
kerana proses penghijrahan berlaku secara semula jadi atau alamiah tanpa ada
paksaan daripada mana-mana pihak di mana mereka tidak memerlukan passport
dan visa untukm memasuki sesuatu kawasan. Pedagang dari Arab, Cina , India dan
negara-negara lain datang berdagang secara sukarela. Mereka telah berakomodasi
8
dengan penduduk tempatan dan sistemnya dengan baik. Ini mewujudkan kategori
masyarakat yang baik yang tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba.
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka telah memperlihatkan wujudnya interaksi
aktif di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di Melaka.
Kebudayaan:
Keterbukaan pemerintah Empayar Melaka menerima kehadiran para pedagang
daripada seluiruh pelosok dunia tanpa syarat-syarat yang menyulitkan
memungkinkan pelabuhan Melaka berkembang sebagai pelabuhan penting dunia.
Kemajuan perdagangan dan kemajuan sebagai kota metropolitan memungkinkan
Melaka wujud sebagai kota multi-budaya di mana setiap budaya mempunyai tempat
masing-masing.
Pluralisme budaya bukanlah suatu fenomena baharu dalam alam Melayu. Interaksi
antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam
dan Eropah (Portugis, Belanda & British) dengan budaya alam Melayu telah berlaku
sekurang-kurangnya sejak abad ke-5 Masihi lagi. Pertemuan dan pertembungan
budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu cirri fenomena
kepluralitian budaya.
Pengasas Masyarakat Plural
Kedatangan penjajah British ke alam Melayu khususnya Tanah Melayu telah
membawa bersama-sama dasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan
mereka dari segi ilmu pengetahuan. Prinsip, system, struktur dan dasar yang
diamalkan dalam pemerintahan mereka jauh berbeza dengan sistem yang ada di
alam Melayu.
Perubahan epistemologikal yang besar ialah dari segi pemisahan di antara Negara
dan Agama. Kesannya di alam Melayu, pemerintahan Negara dikawal oleh penjajah
manakala agama dan adat istiadat peribumi di bawah pengawasan sultan Melayu.
Sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa di antara tiga unsure penting iaitu
Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman telah diperkenalkan oleh penjajah. Ianya
berbeza dengan kuasa mutlak raja yang tiada agihan kuasa. Hasil daripada
pemerintahan moden ini berkembangnya sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan
ekonomi perindustrian dan perdagangan. Sistem ekonomi ini bergantung kepada
pasaran, modal dan buruh. Perkembangan pesat ekonomi kapitalis inilah yang
mendorong kepada kewujudan masyarakat plural di alam Melayu dengan

9
kemasukan bangsa asing yang dibawa oleh penjajah untuk tujuan
pengeksploitasiam ekonomi dengan segera dan menguntungkan.

LATARBELAKANG BANGSA MALAYSIA DALAM KONTEKS KEPULAUAN


MELAYU.
Aspek Geo.budaya.
Kepulauan Melayu (Nusantara): ianya terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu,
Pulau Borneo, selatan Filipina, gugusan Kepulauan Maluku, Jawa dan Sumatera.
Masyarakat terawal ialah orang Melayu yang terdiri daripada pelbagai suku etnik dan
mempunyai pelbagai kepercayaan dan cara hidup. Mereka ini terangkum sebagai
Rumpun Melayu (mempunyai cirri-ciri persamaan budaya yang jelas antara satu
suku dengan suku yang lain.
Aspek Rumpun Bangsa
Di Semenanjung Tanah Melayu penduduknya ialah terdiri daripada kelompok
Melayu yang bertutur dalam bahasa Melayu serta mengamalkan cara hidup orang
Melayu dan beragama Islam. Selain daripada itu terdapat juga sebahagiannya
datang dari sekitar Kepulauan Melayu seperti Jawa, Banjar, Bugis, Minangkabau,
Melayu-Patani. Selain itu terdapat juga suku kaum asli iaitu Jakun, Sakai, Senoi dan
lain-lain.
Penduduk di sabah - penduduknya lebih heterogenes dan dikenali sebagai
bumiputera. Terdapat pelbagai suku kaum peribumi seperti Kadazan dusun, Murut,
Bajau, Bisaya, Suluk, Iranun, Idahan, Melayu-Brunei, Kedayan dan lain-lain. Suku
kaum ini pula terdiri dua iaitu Islam dan bukan Islam. Kaum yang beragama Islam
seperti kaum Bajau, Melayu-Brunei, Bisaya, Suluk manakala kaum Kadazan Dusun
dan Murut ialah masyarakat bumiputera yang bukan beragama Islam (beragama
Kristian dan fahaman animism) tetapi sebahagiannya juga beragama Islam.
Penduduk di Sarawak - penduduknya lebih heterogenes dan dikenali sebagai
bumiputera. Terdapat pelbagai suku kaum peribumi iaitu Iban, Melanau, Kelabit,
Bidayuh, Penan, Melayu, Murut, Kenyah, Kayan, Kedayan dan lain-lain. Melayu,
Melanau dan Kedayan merupakan masyarakat bumiputera yangb beragama Islam.
Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan dan Bisaya merupakan masyarakat bumiputera
bukan Islam (beragama Kristian dan fahaman animism) tetapi sebahagiannya juga
beragama Islam.

10
Aspek Bahasa.
Bahasa Melayu adalah berasal daripada bahasa Austronesia atau juga dikenali
sebagai bahasa Malay-Polinesia. Bahasa Melayu berkembang menjadi 150 cabang
bahasa lain mengikut suku kaum yang ada di Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu
mula berubah setelah kedatangan ajaran Hindu di mana pengaruh bahasa Sanskrit
dalam bahasa Melayu kuno. Dengan kedatangan pengaruh Islam pada abad ke-13
dan ke-14 Masihi, bahasa Melayu berkembang pesat. Pengenalan tulisan Jawi
menyebabkan perkembangan ilmu (Kesusasteraan, Teologi, Falsafah dan Tasawuf).
Bahasa Melayu adalah bersifat dinamik. Ianya menjadi bahasa Lingua-franca di
alam Melayu terutamanya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Kerajaan Tradisi Melayu – Pada zaman Hindu-Buddha mengamalkan sistem
pemerintahan beraja. Ini dapat dilihat seperti Kerajaan Kedah Tua, Langkasuka,
Srivijaya dan Majapahit. Pada zaman pemerintahan Islam seperti Kerajaan Melaka
dan Kerajaan Aceh telah memainkan peranan dalam bangsa Melayu. Selepas
Kerajaan Melaka maka munculm pula kerajaan Johor-Riau dan Brunei.

CAMPURTANGAN BRITISH DAN KELAHIRAN MASYARAKAT PLURALISTIK


Penguasaan kuasa penjajah ke atas Melaka oleh bangsa Portugis pada tahun 1511,
Belanda pada tahun 1641. Ini diikuti oleh British yang menguasai ke atas pelabuhan
Pulau Pinang pada tahun 1786, Melaka pada tahun 1824 dan Singapura pada 1826
bermulalah penguasaan British ke atas Tanah Melayu. Ini diperkuatkan lagi dengan
terbentuknya satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Inggeris-Belanda pada
tahun 1824. Perjanjian ini telah membentuk satu pembentukan sempadan
Kepulauan Melayu di bawah pengaruh British dan Belanda.
Pada tahun 1874 pihak British telah memberkenalkan pentadbiran ke atas Tanah
Melayu iaitu Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Sistem
Penasihat di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Di Sarawak pula kaum Bumiputera yang utama ialah orang Iban, Bidayuh, Melayu
dan Melanau. Penguasaan keluarga Brooke pada tahun 1841 – 1946 telah
menggalakkan kemasukan orang Cina untuk bekerja sebagai pedagang, petani dan
pelombong. Di Sabah ianya dikuasai oleh Pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo
Utara British (SBBUB) pada tahun 1881 – 1946 juga telah menggalakkan
penghijrahan masuk orang Cina ke Sabah.
11
Dalam proses campurtangan ke atas kerajaan Melayu, kuasa Barat (British) telah
mengiktiraf orang Melayu sebagai Tuan kepada tanah airnya. Manakala pihak British
terus berhubung dengan sultan-sultan Melayu untuk mendapatkan persetujuan
mereka.
Akibat daripada penjajahan ini juga telah menimbulkan penentangan tokoh atau
masyarakat tempatan ke atas kuasa Barat. Sebagai contohnya, di mana penasihat
British pertama yang mati dibunuh iaiatu J.W.W Birch. Penjajahan British ini telah
meninggalkan kesan yang sangat besar dalam politik, demografik dan sosio-
ekonomi Tanah Melayu

KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK ATAU PLURALISTIK


Kewujudan ini berkait rapat dengan dasar British mengeksploitasi ekonomi Tanah
Melayu untuk keuntungan yang cepat dan maksimum. Dasar British yang membawa
masuk orang Cina dari Kwangtung dan Fukien melalui sistem kontrak buruh, tiket
kredit, secara berkumpulan dan persendirian. Masyarakat Cina ini bertumpu di
sekitar Pulau Pinang hingga ke Singapura dan negeri-negari pantai barat. Pada
tahun 1895 hingga 1927 terdapat lebih daripada 6 juta oranjg Cina berhijrah ke
Tanah Melayu. Dengan ini pada tahun 1931 didapati 34 % daripada penduduk
Tanah Melayu ialah orang Cina. Di Sarawak orang Cina bertumpu di kawasan
Bandar Sibu, Miri dan Bintulu manakala di Sabah, Syarikat Berpiagam Borneo Utara
British membawa masuk buruh asing seperti orang Cina, Filipina, Jawa dan Jepun
untuk bekerja di lading tembakau, getah, kelapa, pembalakan dan pemeliharaan
mutiara.
Selain daripada orang Cina, migrasi orang India dari selatan India dan di bawa
melalui sistem Kangani. Ianya bermula pada tahun 1880an dan pesat pada abad ke-
20. Pada tahun 1911, orang India hanya 10 % daripada penduduk Tanah Melayu
dan telah meningkat kepada 15 % pada tahun 1921. Mereka ini di bawa masuk
untuk bekerja di lading-ladang getah, sektor perkhidmatan dan kerja raya.
Migrasi penduduk melayu dari Indonesia, Jawa dan Sumatera datang ke Tanah
Melayu untuk bekerja dalam sector pertanian dan tinggal di luar Bandar. Selain
daripada itu terdapat juga migrasi penduduk Arab-Parsi dan Ceylon.
Imigran yang masih tinggal di Tanah Melayu membentuk satu masyarakat yang
tetap dan mengasaskan organisasi social masing-masing. Contohnya orang-orang
cina telah membentuk persatuan dan pertubuhan social masyarakat mereka
12
(Huatuan). British telah melaksanakan dasar Pecah dan Perintah bagi
memudahkan kawalan ke atas imigran tersebut. Kesannya, pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi, pengasingan tempat tinggal dan pengasingan sistem
pendidikan. Dasar British telah mengasingkan kaum menceburi sector ekonomi
adalah berbeza iaitu : Melayu sebagai nelayan dan petani (sektor luar Bandar ), Cina
bekerja perlombongan dan perdagangan dan kaum India bekerja di perladangan dan
kerja raya.
Dengan ini timbullah Sistem Ekonomi Duaan/Dualisme Ekonomi. Perkembangan
sistem Ekonomi Moden dan Ekonomi Tradisional tidak seimbang. Penjajah juga
telah membezakan sistem pendidikan bagi setiap kaum iaitu Sekolah Inggeris,
sekolah Melayu, Sekolah Cina dan Sekolah Tamil. Pada dasarnya hubungan kaum
baik dalam konteks ‘bercampur tetapi tidak berssatu’.

MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA.


Politik:
Malaysia dianggap sebagai sebuah Negara yang berupaya melaksanakan sistem
demokrasi dengan berkesan. Demokrasi di Negara ini telah berjalan lancer
terutamanya semenjak pilihan raya umum pertama pada tahun 1955, di mana tiga
kumpulan etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak
British memberikan kemerdekaan.
Selepas era 1960an perjalanan politik terus berkembang secara dinamik. Kerjasama
parti-parti politik dalam pakatan parti pemerintah telah berkembang dengan
peningkatan keahliannya, contoh penubuhan Barisan Nasional tahun 1974. Dasar-
dasar kerajaan berkaitan perhubungan etnik melalui formula tolak ansur telah
berjaya mengekalkan keharmonian masyarakat di Malaysia.
Perlembagaan:
Kontrak social merupakan satu kesepakatan yang telah dirunding, pembentukan
parti-parti etnik dan ‘coalition’sebagai model permuafakatan politik (Parti Perikatan,
Barisan sosialis, barisan nasional, Barisan Alternatif). Perlembagaan merupakan
panduan asas kepada perlaksanaan sistem politik di Negara ini. Perlembagaan
mencatatkan kontrak social yang dipersetujui bersama antara kaum di Negara ini.
Dari segi sejarah terdapat dua peringkat kontrak social di alam Melayu iaitu:

13
Pertama- berlaku pada zaman pluraliti iaitu janji taat setia dan saling menghormati
antara rakyat dan raja. Janji taat setia dan saling menghormati ini diistilahkan
sebagai waad.
Kedua – berlaku dalam komnteks masyarakat pluralistic hasil daripda syarat yang
dikenakan oleh pihak British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah
Melayu.
Setiap etnik mempunyai wakil dalam bentuk parti politik dan mencapai persepakatan
untuknhidup dalam aman dan damai. Dengan itu terbentuklah jawatankuasa
Hubungan Antara Kaum (Communities Liason Committee – CLC) pada tahun 1949.
Ini usaha bersama tan Cheng Lock dan Dato’ Onn Jaafar.
Pendidikan:
Sebelum Penyata Razak, ada 4 aliran dalam sistem pendidikan iaitu aliran Inggeris,
Melayu, Cina dan India. Setiap aliran ini mempunyai adunan dan acuan pendidikan
yang berbeza. Semasa penjajah ianya dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu:
Pertama – pendidikan British rendah dan menengah yang mana anak-anak di
kalangan bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India. Kedua, sekolah Melayu
peringkat rendah yang dibantu oleh British untuk jadi petani yang pandai sikit.
Terdapat juga sekolah agama dan mengaji Quran.dan ketiga pula sekolah
vernacular Cina dan India.
Sistem pendidikan Kebangsaan telah dibentuk berasaskan keseragaman kurikulum,
sukatan mata pelajaran dan orientasi, iaitu Laporan Razak 1956b dan Laporan
Rahman taib 1960.
Matlamat utama dasar pendidikan menurut kedua-dua laporan tersebut ialah untuk
menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan
kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa
Melayu. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan 1957,
Bahasa Inggeris masih bahasa rasmi.
Pucuk pimpinan parti Perikatan telah mencapai kesepakatan pada tahun 1956 dan
bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957 di atas prinsip:
a) Sekolah pelbagai aliran di benarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda
masing-masing dibenarkan;
b) Oleh sebab bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, maka di
sekolah-sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar bahasa Melayu sebagai
salah satu daripada mata pelajaran;
14
c) Pendekatan dalam mata pelajaran sejarah, geografi dan buku-buku teks yang
lain mestilah berteraskan Malaysia;
d) Bukan lagi berteraskan Negara China dan India (John Lowe, 1960).

Ekonomi:
Selepas mendapat kemerdekaan tahun 1957, kerajaan telah menggiatkan usaha
untuk mengatasi pelbagai masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik. Rancangan
pembangunan ekonomi Negara dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:
1. Rancangan pramerdeka iaitu Rangka Pembangunan Persekutuan Tanah
Melayu (1950 -1955) dan rancangan Persekutuan Tanah Melayu Pertama
(1956 – 1960);
2. Perancangan selepas merdeka, merangkumi Rancangan Prsekutuan Tanah
Melayu Kedua (1961 – 1966) dan sebahagian daripada Raancangan
Malaysia Pertama (1966 -1970);
3. Perancangan dan era Dasar Ekonomi Baru; dan
4. Dasar-Dasar Pembangunan Negara.
Sistem ekonomi dualism ini merujuk kepada dua orientasi dan tumpuan yang
bberbeza namun bergerak seiring dengan garis etnik:
Pertama – sistem ekonomi moden yang mendominasi keseluruhan organisasi
pengeluaran (getah dan bijih timah),
Kedua – sistem ekonomi tradisional diidentifikasikan dengan sektor ekonomi
pertanian. Komoditi utamanya ialah padi dan perikanan. Teknik pengeluarann ya,
pemasaran, tenaga kerja serta modal adalah didominasi oleh etnik Melayu. Ia
bercirikan budaya luar Bandar (Ness, 1967).
Ketiga – jelas terdapat ketidakseimbangan antara etnik. Etnik Cina menguasai
separuh daripada keseluruhan sektor ini, manakala etnik Melayu dan India masing-
masing Cuma menguasai satu perempat sahaja.
Isu yangb berkaitan dengan ekonomi memerlukan iltizam yang kuat daripada semua
pihak untuk merapatkan jurang yang sedia ada. Keperluan untuk memperbetulkan
kedudukan dimensi ekonomi ini amat mendesak kerana ia menjadi sebagai salah
satu asas dalam memupuk kerjasama antara etnik. Ketidakseimbangan kedudukan
ekonomi berdasarkan etnik juga harus diatasi kerana ia dapat menjadi sumber
pencetus konflik. ( contohnya, 13 Mei 1969).

15
KESIMPULAN
Memahami plurality adalah asas penting kea rah memahami pembentukan
masyarakat plural.Pluraliti telah sedia wujud di alam Melayu. Ideologi secular telah
mempengaruhi perubahan dalam sistem masyarakat sepadu. Pluraliti masyarakat
Malaysia diperkukuhkan melalui dasar-dasar Negara yang dibentuk berteraskan
persetujuan bersama. Persefahaman dan kerjasama inilah yang membolehkan
Negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan seterusnya
mempergiatkan usaha untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian
kaum.

16
Huraikan bagaimana prosses dan tindakan politik boleh memupuk
hubungan etnik yang harmonis di Malaysia.

Malaysia mempunyai penduduk berbilang kaum dengan latar belakang


sejarah, keturunan, budaya, agama dan kepercayaan serta cara hidup dan nilai
hidup yang berbeza. Dasar penjajah British telah menggalakkan kemasukan imigran
asing (dari China dan India) ke Malaysia pada abad ke-19 dan awal abad ke-20
untuk mengembangkan sistem ekonomi penjajah. Orang Cina digalakkan datang
kerana keperluan sebagai tenaga buruh di sektor perlombongan bijih timah. Orang
India pula sebagai sumber tenaga buruh dalam sektor perladangan.Kedua-dua
sektor ekonomi (perlombongan & perladangan) adalah tulang belakang ekonomi
British di negara ini. Kehadiran imigran asing telah melahirkan masyarakat berbilang
kaum di Malaysia; setiap kaum dipisahkan dengan kegiatan ekonomi, tempat tinggal
dan sistem persekolahan yang berbeza.
Kepelbagaian etnik di Malaysia telah mempengaruhi dan mencorakkan
pembangunan politik di Negara ini. Perkembangan Politik Kepartian Melayu, Cina &
India Sebelum penubuhan parti-parti politik, kesedaran politik di kalangan penduduk
berbilang kaum telah lahir. Di kalangan orang Melayu, telah bermula kesedaran
berteraskan keagamaan, kemudian berkembang kepada pembentukan persatuan
kenegerian dan seterusnya pertubuhan bercorak politik sebelum penubuhan parti
politik. Kesedaran politik orang Cina dan orang India berteraskan kepada pergolakan
politik di negara China & India sebelum lahirnya parti politik kaum itu sendiri di
Tanah Melayu.

Berbeza dengan orang Melayu, kegiatan politik orang Cina dan India di Tanah
Melayu berdasarkan kepada peristiwa politik di negara asal mereka, China dan
India. Ini kerana kedatangan mereka ke Tanah Melayu pada awalnya hanyalah
untuk mencari kekayaan sebelum kembali ke negara asal mereka. Budaya
berpersatuan telah diamalkan oleh orang Cina sejak di China.

United Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan oleh orang Melayu


kesan daripada bantahan terhadap rancangan Malayan Union yang diperkenalkan
oleh British pada tahun 1946. Antara 1 - 4 Mac 1946, 41 pertubuhan Melayu dari
pelbagai bahagian Tanah Melayu dan Singapura berhimpun di Kelab Selangor,

17
Kuala Lumpur, untuk membantah perlembagaan Malayan Union. Pada 11 Mei 1946,
persetujuan dicapai untuk membentuk UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (PEKEMBAR). Kelahiran UMNO adalah hasil cetusan semangat
kebangsaan orang Melayu dalam memperjuangkan kepentingan dan hak-hak
mereka di bawah Rancangan Malayan Union. Melihat kepada perkembangan politik
di Tanah Melayu, orang Cina menubuhkan parti mereka.
Penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) dimulakan pada satu majlis
makan malam di rumah Yong Shook Lin pada 15 Disember 1948. Pada peringkat
awal, MCA lebih menumpukan perhatian kepada kerja-kerja sosial dalam membantu
orang Cina menghadapi zaman Darurat di Tanah Melayu.
Orang India menubuhkan Malayan Indian Congress (MIC) pada Ogos 1946.
MIC diketuai oleh John A. Thivy (1946-1947). Penubuhannya bertujuan untuk
membantu dan memperjuangkan kepentingan politik, ekonomi dan sosial orang
India di Tanah Melayu. UMNO berjaya mencapai kesepakatan dengan Malayan
Chinese Association (MCA) dalam membentuk Perikatan UMNO-MCA dalam
menghadapi persaingan politik di Tanah Melayu. Kerjasama itu kemudian
diperkukuhkan dengan penyertaan Malayan Indian Congress (MIC) pada tahun 1954
dan membentuk Perikatan UMNO-MCA-MIC. Perikatan telah berjaya dalam
pilihanraya & dapat mengukuhkan kedudukannya ke arah memperjuangkan
berkerajaan sendiri dan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.

Kemenangan parti perikatan dalam pilihan raya 1955 teal menjadi bukti
bahawa kerjasama politik dan perkongsian kuasa antara etnik boleh berjalan dengan
baik. Suruhanjaya Reid menghasilkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
1957 yang dianggap sebagai kontrak sosial merupakan satu persetujuan yang
dicapai antara etnik Melayu,Cina dan India

Perjanjian Malaysia 1963 merupakan satu lagi persetujuan yang dicapai


antara para pemimpin Persekutuan Tanah Melayu , Sabah, Sarawak dan Singapura
untuk menubuhkan Persekutuan Malaysia. Perkembangan tersebut sangat penting
untuk memahami proses politik antara etnik dan hubungan antara Kerajaan Pusat
serta Kerajaan Negeri, khasnya berkaitan Sabah dan Sarawak.Pergabungan parti-
parti politik yang beasaskan etnik telah membawa kepada pemupukan hubungan
etnik yang lebih harmonis.

18
i) Jelaskan sikap akomodatif yang wujud semasa penggubalan Perlembagaan
Malaysia.

KONSEP AKOMODASI

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik


menyedari serta menghormati norma & nilai kumpulan etnik yg lain & tetap
mempertahankan budaya hidup masing-masing. Pelbagai kumpulan etnik hidup
secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat
pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi
dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan
di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka
dalam keadaan harmoni.
Perlembagaan ialah kumpulan peraturan atau undang-undang sama adayang
bertulis atau tidak bertulis, yang menentukan organisasi kerajaan, pembahagian
kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip- prinsip umum bagaimana kuasa-
kuasa tersebut dilaksanakan. Perlembagaan juga berperanan sebagai panduan bagi
membentuk undang-undang sama ada oleh pihak kerajaan atau rakyat.
Semangat akomodatif yang dapat dilihat ialah persefahaman orang bukan
Melayu terhadap keistimewaan orang Melayu. Dengan pengenalan Persekutuan
Tanah Melayu, kerjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu semakin kuat .
Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ( Communities Liason Comittee
– CLC ) 1949 yang terdiri daripada pelbagai golongan etnik telah menyelesaikan
sesetengah masalah perlembagaan, politik dan ekonomi yang wujud akibat
permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik. CLC juga merupakan organisasi
pertama ditubuhkan secara tidak rasmi bagi membincangkan pelbagai isu seperti
kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan.
Antara tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato’ Onn Jaafar, Dato’
Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lock, C. C. Tan, Dr J. S. Goonting dan E.E.C.
Thuraisingham. Jawatankuasa ini telah berjaya memupuk persefahaman antara
pemimpin pelbagai kaum.
Kesediaan dan rela berkongsi kuasa dapat menggambarkan dengan jelas
sikap akomodarif yang wujud pada masa itu di mana orang Melayu dengan penuh
rela hati menyokong calon- calon Parti Perikatan berbangsa Cina dan India.

19
Pemimpin Melayu sanggup melepaskan kerusi- kerusi mereka kepada pemimpin
dari kaum Cina dan India. Dalam pilihanraya 1955 Perikatan yang diterajui oleh
UMNO telah meminta 40 kerusi diberikan kepada UMNO atas alasa jumlah
pengundi Melayu ialah 84.2 peratus, tetapi demi perpaduan dan mengamalkan
konsep perkongsian kuasa, UMNO diperuntukkan 35 kerusi sahaja, MCA 15 kerusi
dan MIC sebanyak 2 kerusi. Kerjasama yang lebih erat antara orang Melayu dan
bukan Melayu terus terjalin apabila British mensyaratkan kemerdekaan hanya
diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu dan bekerjasama.
Orang Melayu memberikan pengorbanan yang begitu banyak daripada hak-
hak sebagai Bumiputera Tanah Melayu kepada bangsa bukan Melayu. Walaupun
ada jaminan hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perjanjian Persekutuan , tetapi
ini tidak sekali-kali mencegah dan menyekat bangsa-bangsa bukan Melayu daripada
mencapai kesenangan dan kejayaan. Sehingga sekarang hak-hak istimewa Melayu
itu masih belum menghasilkan keadaan yang setaraf antara orang Melayu dengan
orang bukan Melayu, hal ini jelas dapat disimpulkan sebagai semangat akomodatif
yang wujud semasa penggubalan perlembagaan Malaysia.

ii) Huraikan peranan dan kepentingan unsur- unsur tradisi dan kontrak social dalam
konteks hubungan etnik di Malaysia.

KONSEP KONTRAK SOSIAL


Secara mudah, kontrak sosial merupakan satu istilah permuafakatan antara
kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan di kalangan rakyat
dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Pemeteraian
kontrak sosial ini juga turut disertai dan dipersetujui oleh parti-parti yang mereka
wakili iaitu UMNO, MCA dan MIC. Istilah ini sebenarnya tidak wujud dalam
Perlembagaan Persekutuan 1957 tetapidari perspektif lain, kontrak sosial
sememangnya wujud dalam sejarah negara dan permuafakatan yang dicapai itulah
yang mentakrifkan negara kita dan seterusnya menentukan sifat negara.
Kontrak sosial sebenarnya merupakan watikah asas keadilan sosial untuk
negara. Keadilan sosial yang terkandung dalam perjanjian ini merangkumi bukan
sahaja soal keadilan ekonomi tetapi juga keadilan politik dan keadilan kebudayaan.
Oleh itu, kontrak sosial yang dipersetujui perlu dijadikan rujukan asas segala usaha
untuk menegakkan keadilan sosial di negara ini. Pengajaran utama yang harus
20
dipelajari oleh kaum bukan Melayu ialah peristiwa rusuhan 13 Mei 1960 kerana
mencabar kedudukan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Malaysia.
Kontrak sosial di Malaysia lebih merujuk kepada permuafakatan dan
perkongsian hidup bersama secara aman harmoni antara penduduk dalam
masyarakat majmuk di negara ini. Seperti dalam mana-mana kontrak atau
perjanjian, walaupun ada sebahagiannya yang tidak disuratkan dan boleh
dipindamengikut keadaan, namun segala perubahan itu mestilah merupakan
persetujuan bersama atau keizinan bersama. Kontrak atau perjanjian tidak boleh
diubah secara satu pihak sahaja. Semua yangterlibat dalam perjanjian itu mesti
setuju kepada perubahan dan pindaan. Apatah lagi kontrak sosial itu telah
diinstitusikan dengan menyuratkannya ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Di
samping itu, asal usul dan rentetan sejarah kontrak sosial ini mesti didedahkan,
diperturunkan, dipelajari dan dihayati oleh setiap lapisan masyarakat, terutama
generasi muda daripada kalangan anak-anak Melayu, Cina dan India. Mereka mesti
memahami dan menghargai apa yang tersirat dan yang tersurat dalam kontrak
sosial itu. Hal ini amat penting kerana kontrak sosial dapat diertikan sebagai resipi
kehidupan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, aman makmur dan harmoni.
Penyebaran luas maklumat mengenai kontrak sosial perlu dijalankan secara
sungguh-sungguh, terutamamelalui sistem pendidikan di pelbagai peringkat sama
ada rendah, menengah, kolej dan universiti.

KEPENTINGAN KONTRAK SOSIAL


Ternyata selepas hampir 50 tahun kemerdekaan Malaysia, formula kontrak
sosial yang telah dipakai telah berjaya menyatupadukan semua kaum di Malaysia
tanpa berlaku sebarang konflik perkauman. Kontrak sosial ternyata berjaya
membawa semua kaum di Malaysia supaya menghormati setiap hak yang telah
ditetapkan oleh perlembagaan. Sesungguhnya elemen-elemen kontrak sosial yang
terdapat dalam perlembagaan persekutuan tanpa syak lagi adalah asas bagi
melicinkan urusan pentadbiran negara dan menolak sebarang percubaan
mempersoalkan mana-mana daripada elemen-elemen ini yang berkemungkinan
akan mencetuskan perpecahan dalam keharmonian kaum.
Meskipun kaum bumiputera telah diberi keistimewaan dan hak-hak tertentu
berbanding kaum lain, namun kaum lain turut sama dapat hidup dengan aman
21
damai di Malaysia tanpa berasa tertindas. Ini berlainan dengan masyarakat di
negara lain yang mempunyai konflik antara kaum disebabkan kegagalan masyarakat
untuk menghormati dan patuh pada kontrak sosial yang telah ditetapkan.
Sebahagian masyarakat bukan Melayu ketika itu mungkin menganggap kontrak
sosial sebagai sesuatu yang dikaitkan dengan kewarganegaraan yang diberikan
kepada mereka yang pada masa itu terdiri daripada imigran atau keturunan imigran.
Generasi bukan Melayu sekarang pula menganggap kontrak sosial ini sebagai
sesuatu yang sudah berlalu.Mereka tidak nampak kenapa ia masih dibangkitkan
kerana bagi mereka iaadalah sesuatu yang automatik. Mereka juga tahu bahawa
hak istimewa masyarakat bumiputera merupakan sebahagian daripada kontrak
sosial. Jika golongan bukan Melayu diberi kewarganegaraan atas syarat-syarat
tertentu, masyarakat bumiputera pula diberi perlindungan melalui fasal-fasal dalam
Perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu. Masyarakat bukan Melayu perlu
memahami kedudukan politik Melayu atau sistem kenegaraan Melayu dan
pengaruhnya kepada negara manakala kaum bumiputera pula harus memahami
hakikat masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini. Hak orang bukan
Melayu tidak boleh disangkal kerana mereka telah lama bermastautin, lahir dan
membesar di Malaysia. Apa yang penting ialah kedua-dua pihak harus saling
memahami. Oleh yang demikian seharusnya polemik berkaitan hak-hak kaum lain
tidak dipertikaikan. Ini kerana ia telah pun termaktub di dalam perlembagaan.
Penulis teringat polemik berkaitan isu kontrak sosial ini yang pernah ditimbulkan oleh
Jawatankuasa Rayuan Pilihan Raya Persatuan-Persatuan Cina Malaysia (Suqiu)
satu ketika dahulu iaitu tentang 83 tuntutan yang antaranya menuntut agar semua
orang Cina mendapat semua perkara yang dianggap sebagai hak mereka dan
menghapuskan hak istimewa orang Melayu.[Utusan Malaysia, "Suqiu keterlaluan –
PM -Kerajaan menolak sama sekali tuntutan hapuskan hak istimewa orang Melayu",
24 Disember 1998]. Begitu juga kenyataan yang dibuat oleh Presiden Gerakan,
Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik yang menggesa parti-parti politik melupakan formula
kontrak sosial antara kaum yang dipersetujui semasa negara mencapai
kemerdekaan.[Utusan Malaysia, "Lupakan formula kontrak sosial antara kaum –
Keng Yaik", 14 Ogos 2005]. Menurut beliau, formula kontrak sosial itu membuatkan
masyarakat Cina dan India merasa kecil hati.
Contoh-contoh polemik di atas seharusnya perlu dielakkan bagi menjamin
keharmonian kaum di Malaysia. Ini kerana mengapa perlu kontrak sosial dirombak
22
sedangkan formula tersebut ternyata berkesan hingga kini dalam memelihara
perpaduan antara kaum. Mungkin jika kontrak sosial ini dibincangkan secara terbuka
akan memberi lebih banyak kesan kepada setiap kaum di Malaysia. Ini kerana jika
ini sudah tentu orang Melayu akan memprotes dan ini sekaligus boleh menimbulkan
ketidaksefahaman dan sangsi dengan kaum lain. Oleh itu bagi mengelakkan rasa
prejudus ini dan mengelak perkara yang tidak dijangka adalah lebih wajar jika kita
mengambil jalan mudah dengan tidak membicarakan tentang kontrak sosial secara
terbuka.

KEPENTINGAN UNSUR-UNSUR TRADISI


Di mana-mana negara sekalipun, perlembagaan lahir hasil daripada
perkembangan sejarah. Perlembagaan juga merakamkan sifat-sifat asal negara itu
merangkumi nilai tradisi, politik dan kebudayaan.
Elemen-elemen ini yang menjadikan bangsa Melayu selaku bangsa asal yang
mendiami Tanah Melayu memasukkannya ke dalam Perlembagaan bagi
mengekalkan keistimewaan mereka iaitu institusi beraja, hak keistimewaan orang
Melayu, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan.
Empat perkara tersebutlah yang di ambil kira semasa membentuk
perlembagaan iaitu Bahasa Kebangsaan, agama persekutuan ,Kedudukan
keistimewaan orang melayu dan pemerintahan beraja. Semua unsur-unsur tradisi
tersebut memainkan peranan yang penting dalam konteks hubungan etnik di
Malaysia.
i) Bahasa Kebangsaan
Bahasa kebangsaan diwujudkan untuk komunikasi dan bahasa pertuturan
umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum
di Malaysia. Isu bahasa sentiasa menjadi faktor terpenting dalam menentukan jati
diri sesebuah negara dan kontrak sosial. Keperluan satu bahasa kebangsaan yang
menjadi pertuturan umum dan bahasa rasmi kebangsaan disedari penting untuk
menyatukan rakyat pelbagai asal keturunan yang masing-masing dengan bahasa
pertuturannya. Maka bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dengan
tidak mengenepikan bahasa lain. Ini seperti yang termaktub dalam Perkara 152
Perlembagaaan Persekutuan.
ii) Kedudukan istimewa orang melayu
23
Masyarakat Melayu bimbang dengan undang-undang yang diperkenalkan
Oleh British. Selain itu juga, masyarakat Melayu risau kedudukan dan hak mereka
sebagai penduduk pribumi akan tergugat dengan kemasukan pendatang dari negara
China dan India. Kerana itu, kontark sosial antara kaum di Malaysia member
jaminan kepada masyarakat pribumi. Perlembagaan Malaysia mempunyai satu
peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan
bumiputera Sabah dan Sarawak. Perkara 153 menggariskan bahawa Yang di-
Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet berkuasa
menyelamatkan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan
Sarawak dengan menentukan bagi mereka kedudukan dalam perkhidmatan awam,
agihan biasiswa atau
pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan oleh kerajaan
termasuk permit atau lesen perniagaan.
Kedudukan istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara
89 dan 90 yang memberi kuat kuasa undang-undang perlembagaan kepada
undang-undang yang sedia ada yang melindungi tanah rizab orang Melayu daripada
diselenggarakan oleh orang bukan Melayu. Selain itu, kemasukan orang Melayu
dalam Rejimen Askar Melayu dengan pengecualian orang bukan Melayu
sebagaimana dikuatkuasakan oleh Perkara 8(5)(f) juga dianggap sebagai
sebahagian daripada kedudukan istimewa orang Melayu.

iii) Agama Persekutuan


Selain itu juga, kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan adalah
satu isu yang penting kerana ianya berkait rapat dengan kepercayaan dan pegangan
orang Melayu di Malaysia. Dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan:
“Agama Islam ialah bagi seluruh persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”
[Perkara 3: Perlembagaan Persekutuan]
Islam sebagai agama rasmi negara tidak membimbangkan kaum lain kerana
kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan
iv) Pemerintahan beraja
Institusi beraja di Malaysia bermula sebelum kedatangan penjajah. Apabila
Tanah Melayu dijajah, raja-raja negeri Melayu merasakan kedudukan mereka mula
tergugat. Semasa penjajahan British,kuasa mutlak raja telah dihadkan hanya kepada
24
hal adat istiadat dan agama islam sahaja. British memperkenalkan Malayan Union
yang menghapuskan sistem beraja sebelum memberikemerdekaan kepada Tanah
Melayu. Pada tahun 1957, akhirnya kemerdekaan diberikan kepada Semenanjung
Tanah Melayu, institusi beraja diteruskan tetapi dengan beberapa pindaan supaya
dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen dan kemerdekaan [Salleh
Abbas, 1997].
Raja-raja Melayu menggambarkan ciri-ciri asal negara Malaysia. Ia melambangkan
kesinambungan sejarah dan menjadi sebahagian daripada identiti negara.
Masyarakat bukan melayu harus memahami sejarah ini dan .......
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, kontrak sosial dan undus-unsur tradisi adalah satu
formula mewujudkan satu cara hidup yang dinamik, aman dan terus membangun
melalui perpaduan dalam kepelbagaian berasaskan prinsip berkongsi, bekerjsama,
toleransi dan bersatu padu.
Formula ini sebahagian besarnya tersurat dalam Perlembagaan Persekutuan,
yang diamalkan secara bijaksana dalam satu pakatan agung negara dengan
inspirasi untuk membawa Malaysia muncul dalam peta dunia sebagai sebuah
negara maju.
Tugas rakyat Malaysia ialah menghayati semangat kontak sosial dan unsur
tradisi ini dengan menolak keganasan, perkauman, ketaksuban dan ekstrimisme;
dan pada masa yang sama terus memperkukuhkan ikatan masyarakat majmuk ini
dalam satu ikatan yang erat dan padu serta mengadunkannya dalam acuan
tersendiri yang unik dan menyenangkan.
Dalam kata-kata yang ringkas, unsur-unsur tradisi dan kontrak sosial
menjunjung semangat keadilan dan perpaduan berasaskan kepada prinsip “duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi”. Dan inilah semangat kontrak sosia dan unsur
tradisil yang perlu kita pertahankan bersama dalam sebuah masyarakat majmuk di
Malaysia bagi menjamin keamanan negara.

25
BERDASARKAN PEMBACAAN ANDA, SEDIAKAN SATU PELAN TINDAKAN
TENTANG USAHA ANDA UNTUK MENGERATKAN PERHUBUNGAN ANTARA
ETNIK MURID SEKOLAH ANDA.

Dewasa ini, masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari
segi pakaian dan makanan. Contohnya, pelajar perempuan bukan Melayu
memakai baju kurung ke sekolah. Dari segi pemakanan pula di kantin, pelbagai
makanan dari pelbagai kaum perlulah disediakan dimana sedikit sebanyak pelajar
dapat mengenali pemakanan kaum tersebut.

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, berlakunya rusuhan kaum yang mengancam


keselamatan negara. Kerajaan menyedari bahawa pendidikan menjadi alat
perpaduan untuk membina rakyat yang bersatu padu dan merapatkan jurang
kemiskinan. Kerajaan sedar bahawa pembangunan pendidikan haruslah selaras
dengan ideologi dan hasrat negara untuk mencapai perpaduan kaum dan
mewujudkan integrasi nasional. Lantaran itu Rukun Negara telah digubal
berasaskan lima (5) prinsip utama dan telah diterapkan dalam rancangan kurikulum
di sekolah .

RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu
cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang
liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden. Melalui cara ini, kanak-kanak akan dilatih atau diasuh serta diserapkan nilai-
nilai murni dan norma-norma masyarakat dalam proses pendidikan dan
mengamalkannya dalam kehidupan mereka demi mewujudkan perpaduan di antara
kaum. Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum
yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah
dipergiat dan dipertingkatkan. Aktiviti kokurikulum hendaklah dilaksanakan secara
berkumpulan di mana setiap kumpulan itu terdiri daripada pelbagai kaum.

26
Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum
seperti keluarga angkat di mana ibu bapa secara tidak langsung akan dapat
memupuk perpaduan dan tali persahabatan yang erat. Persatuan dan badan
beruniform juga boleh memainkan peranan penting didalam memupuk perpaduan
dan haruslah di sertai oleh pelbagai kaum. Walaubagaimanapun guru haruslah
pandai memainkan peranan didalam usaha memujuk pelbagai kaum menyertai
dengan memberi penjelasan serta huraian akan kebaikan penyertaan. Jelaslah
bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu
disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.

Selain itu, sebagai salah satu pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan
kaum dan integrasi nasional pelajar adalah dengan mengadakan program interaksi
antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur etnik dalam kurikulum serta
meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain.

Sehubungan dengan itu, para pelajar hendaklah di terapkan dengan nilai-nilai murni
melalui bahasa kebangsaan agar komunikasi di antara mereka boleh berjalan
dengan lebih lancar dan efektif tanpa mengenepikan bahasa ibunda mereka.
Penerangan tentang budaya, amalan dan agama semua kaum juga perlu di
terangkan dengan lebih terperinci agar setiap golongan lebih perihatin dan lebih
menghormati serta tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan itu.

Kesenian dan kebudayaan seperti kelas-kelas seni tari, kraf tangan, permainan
tradisional, kelas gamelan, kompang, tarian tradisional, tarian singa, pertunjukan
pentas dan lain-lain juga merupakan salah satu cara perpaduan.

Dari segi semangat perpaduan pula di sekolah-sekolah, gotong-royong melibatkan


pelbagai kaum juga merupakan satu kaedah untuk menyatu padukan pelbagai kaum
selain dari projek-projek kecil seperti tanaman sayur-sayuran di sekolah-sekolah.

27
Berdasarkan kepada pembacaan dan pemerhatian anda,hasilkan satu laporan
ringkas yang mengandungi maklumat tentang peranan sekolah anda dalam
mengeratkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar.

Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk,perpaduan rakyat sangat


penting.Para pelajar perlu berinteraksi ketika berada di sekolah untuk mengukuhkan
perpaduan.Sekolah memainkan peranan penting untuk merobohkan tembok yang
memisahkan pelajar-pelajar dan mengeratkan hubungan etnik dalam kalangan
pelajar.Langkah-langkah yang berkesan perlu diketengahkan bagi memupuk
semangat perpaduan kaum sesama pelajar dan memperkasakan sekolah.
Langkah-langkah berikut telah dilaksanakan di sekolah kami untuk mengeratkan
hubungan dalam kalangan pelajar seperti melaksanakan melalui:
1. Aktiviti –aktiviti kurikulum
Peranan guru-guru adalah sangat penting.Guru mesti menunjukkan
contoh yang baik.Guru harus menyedarkan pelajar tentang pentingnya
perpaduan kaum seperti kata pepatah “Bersatu kita teguh,Bercerai kita
roboh”.Hakikat ini perlu disedari dan dihayati bersama.Di dalam kelas semua
kegiatan kurikulum hendaklah melibatkan semua pelajar tanpa mengira kaum
berinteraksi dan bergaul antara satu sama lain seperti
perbincangan,diskusi,forum dan kegiatan akedemik yang lain.

2. Aktiviti-aktiviti KoKurikulum
Selain aktiviti dalam bilik darjah,kerjasama pelajar berlainan bangsa
boleh dipupuk melalui aktiviti di luar bilik darjah atau kokurikulum seperti
permainan dan sukan.Selain menyihatkan tubuh badan, sukan boleh
meneguhkan lagi pembentukan sikap kenegaraan dan moral kerana pelajar
berpeluang berinteraksi dengan pelbagai kaum,mendisplinkan diri mematuhi
peraturan,bekerjasama dalam pasukan dan mengamalkan sikap toleransi
terhadap rakan.
Melalui aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan pula, pelajar dapat
berinteraksi di antara satu sama lain,berpeluang memupuk nilai-nilai murni
seperti berkerjasama dan semangat kekitaan dalam usaha menjayakan
projek yang dirancang.

28
Begitu juga melalui aktiviti-aktiviti Unit Beruniform dapat membentuk sikap
kenegaraan melalui aktiviti kawad,berkhemah,gotong royong,latihan
kecemasan dan sebagainya.Ini akan dapat menyemai sikap
kerjasama,memupuk nilai-nilai murni dan semangat kemasyarakatan.Semua
aktiviti ini akan dapat menghapuskan benteng yang memisahkan pelajar-
pelajar antara kaum.

3. Program-program yang dianjurkan oleh sekolah.


Demi memperkukuhkan keharmonian dan perasaan muhibah antara
kaum dalam kalangan pelajar ,mereka boleh didorong untuk bergaul melalui
kerja-kerja berkumpulan atau berpasukan.Pelajar perlu diberi kesempatan
untuk merancang aktiviti-aktiviti penting di sekolah seperti sambutan Hari
Guru,Temasya Sukan Tahunan dan pesta-pesta kebudayaan.Penglibatan
pelajar ini akan mendorong mereka berinteraksi dan bergaul serta bertukar-
tukar idea dan saling memahami.
Para pelajar patut digalakkan untuk mengadakan lawatan sambil
belajar,perkhemahan dan perkelahan.Aktiviti seperti ini akan menggalakkan
mereka bergaul mesra.Pelajar-pelajar juga boleh digalakkan mengadakan
jamuan di dalam kelas mengikut musim perayaan seperti Hari Raya
Puasa,Tahun Baru Cina,Deepavali dan Krismas.Sambutan bersama
perayaan kaum-kaum lain memberi impak yang kukuh dalam hubungan
persahabatan antara kaum.

4. Kegiatan gotong –royong dan kerja amal


Pelajar perlu disemai untuk sentiasa bersifat tolong menolong dan
toleransi.Kegiatan gotong-royong yang dianjurkan di sekolah dapat
mewujudkan semangat sayangkan sekolah,cintakan kebersihan dan
memupuk semangat muhibah antara pelajar.Melalui kerja-kerja amal seperti
mengadakan pungutan derma bagi membantu mereka yang memerlukan
bantuan tanpa mengira kaum akan dapat mengeratkan lagi rasa kekitaan dan
perpaduan di kalangan pelajar.

29
5. Memupuk kesedaran sivik
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan mendidik pelajar supaya
menghormati hak orang lain,membentuk peribadi mulia dan menjadi model
kepada rakan-rakan,mempamerkan sifat-sifat mulia di sekolah dan di luar
sekolah.Kesedaran ini akan mewujudkan semangat kekitaan dan sikap
bertanggungjawab terhadap diri sendiri,sekolah,masyarakat dan negara.Hal
ini akan mendorong wujudnya hubungan baik sesama insan dan secara tidak
langsung hubungan dapat dipereratkan

6. Pendidikan Sejarah
Bertepatan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan para guru,perlu
menanamkan bibit-bibit kesedaran dan semangat patriotism bagi tujuan
penyatuan perpaduan dan pembangunan kewarganegaraan.Pelajar perlu
peka bahawa asas-asas pembinaan negara bangsa ini merujuk kepada
pendidikan sejarah.Sejarah awal ketamadunan bangsa,sejarah perjuangan
bangsa dan sejarah pembinaan semula masa depan nasib bangsa perlu
dimantapkan sesuai peranannya sebagai alat sosialisasi bagi pembinaan
bangsa Malaysia.Pelajaran sejarah mempunyai kaitan erat dengan proses
perpaduan kaum dan membina masyarakat yang bersatu padu di negara
kita.Pelajar-pelajar akan mengenal erti patriotism,nasionalisme dan identiti
bangsa.Generasi muda akan celik sejarah dan akan menghargai semangat
juang generasi terdahulu mempertahankan hak dan rasa cinta akan tanah air
demi kemakmuran bangsa dan negara.Sambutan Hari Kemerdekaan melalui
kempen kibar jalur gemilang yang melibatkan penyertaan semua pelajar akan
menyemarakkan perpaduan kaum.

7. Program Bahasa
Selaras dengan tujuan kerajaan memperkasakan Bahasa Kebangsaan
sebagai alat perpaduan antara kaum pelbagai program Kebahasaan dan
Kesusasteraan boleh dilaksanakan di sekolah seperti minggu Bahasa,Pelajar
digalakkan menyertai pertandingan deklamasi sajak,berbalas
pantun,syarahan dan pidato serta pertandingan menulis cerpen.Melalui aktiviti
ini pelajar dapat berinteraksi sesama mereka menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar.
30
Kesimpulan
Sebagai pendidik kita harus meletakkan kepentingan nasional dan
negara pada kedudukan paling utama daripada kepentingan diri.Hal ini dapat
dilakukan dengan memberi sokongan dan dorongan kepada usaha-usaha
murni dan program-program yang sistematik. Kesemua ini adalah bertujuan
memupuk dan mengukuhkan hubungan antara kaum yang terdapat di
Malaysia.

31

You might also like